Entri 2+1

 Salam Selasa kawan-kawan!

Semalam I tumbang tapi masih sempat main WA, tak tahulah apa puncanya. Hari Ahad lepas pergi makan nasi Arab berdulang di Aroma Hijrah beramai-ramai. Tapi kalau itu puncanya, tak akanlah I seorang jerk yang tumbang, orang lain segar-bugar masing-masing.

Asalnya sakit perut memulas-mulas tapi duplohlapankali keluar masuk bilik air pun takda apa berlaku. Dah rasa macam nak jadikan bilik air tu my second home jerk, tak mahu keluar-keluar tapi dah spesies tak baca novel dalam bilik air, haruslah tak sanggup berlama-lama.

Tiba-tiba masuk tengahari badan jadi panas, kaki dah sejuk kaku. Oh, demam pulak... Gagahkan juga pi klinik tapi sampai jerk klinik dah tutup! Patah balik semula ke rumah and bantai tidur berkelubung dengan tak makan dan tak minum. Panadol pun tak larat nak pi cari, dah nak bangun berdiri pun tak larat. Padahal bukan payah benar nak mencapai kotak ubat atas almari tu. Dah diikutkan sangat sakitnya, mengerang ajelah seorang diri...

Rupanya perut kosong dan dah angin satu badan. Segala sendi pun dah rasa macam nak tercabut, sakit-sakit pulak. Maklumlah usia dah lanjut kata omputihkan.... Bab itu tak payah beritahu, I pun tahu ~^

Akhirnya I beritahu HD masa makan malam yang I tak pergi klinik pun, isi leave form ajelah. Malas nak fikir panjang. Yang best bila sakit ni, sang suami tetiba jadi mithali. Tolong berikan ubat, tolong masakkan untuk isteri dan anak-anak. Oh, indahnya... bolehlah demam selalu ~_^

Berbalik tentang masalah si Abang ni, petang Jumaat lalu (oh, ya... I buat 'reverse osmosis' yerk....) I pun dok bertafakur kat dapur nak masak apa. Ingat hati tak mahu dah hidangkan ayam goreng untuknya. Masa balik dari rumah MakNgah, si Abang beritahu I tadi MakNgah gorengkan  telur bubuh kicap, sedap pulak katanya... Oh, kalau dengan Mommy semua pun tak boleh cuba! Kalau dengan MakNgah boleh pulak. Untuk pengetahuan, si Abang memang tak makan telur sebab katanya bau telur adalah sungguh tak best!



Makanya petang tu sebelum masak I pun tanya kat Abang boleh tak Mommy buat spaghetti carbonara. Nanti Mommy bubuhlah daging, sosej, crab fillet, dan macam-macam lagi. Apa je yang kita boleh bubuh, kita masukkan.... 

Abang ni tak suka spaghetti, tak suka carbonara, tak suka sosej dibubuh dalam makanan, tak suka segala fillet dan segala jenis makneklah. So, I pun nak tengok, boleh tak dia terima kalau I masak spaghetti petang tu. Kalau tak nak, Mommy sanggup pi cari mi dan goreng mi togel khas untuk Abang seorang saja... 

Dijawabnya okeylah, dia nak cuba makan. 18kali dok cakap benda yang sama ~ telur yang tak suka pun tadi boleh makan, takkan makanan lain tak boleh cuba! Wah, seronok hati I ni mendengarnya....

Maka I pun sesegera mungkin siapkan makan malam. Sampai masa nak makan, Abang ambil sikit jer spaghetti letak dalam pinggan. Si Adik tukang kutip segala sosej dalam pinggan orang! I tengok Abang makan slow and steady. Dah tahu dah... Makanya I pun tanyalah dua soalan sama ada spaghetti carbonara Mommy tak sedap atau Abang tak boleh makan! Jawapannya seperti yang dijangka ~ tak boleh makan!

Apalagi...terus berderai air mata I ni bantai menangis sambil hadap makanan. Terus berhenti nafsu nak makan! Tersedu-sedu, bercucuran air mata menangis dok fikir awatlah nak buat si Abang ni happy, tak memilih makan macam ni! 

I suruh dia berhenti makan dan hantar pinggan ke sink. Dia senyap. I pun bangun nak ambil pinggannya. Dia tak bagi. Katanya dia nak makan lagi. Nak ambil hati Mommylah tu. I pun kata tak guna nak paksa diri kerana Mommy kerana kalau apa-apa berlaku, bukan Mommy yang susah. Abanglah susah. Selagi Mommy ada, bolehlah Mommy layan. Bila Mommy takda, siapa yang sanggup layan cerewet makan Abang ni? Makan pasir ajelah nanti bila orang benci tengok sikap mengada-ngada dan memilihnya tu... Dia pun senyap  tak cakap apa sambil cuba menyuap sebanyak mungkin spaghetti atas pinggan tu....

You all rasa dia berubah ke?

Of courselah tidak... Makanya mulai hari ni I kena ubah jadual menu di rumah. Tak mahu lagi sediakan makanan khas untuknya tapi cuba jugalah include apa yang dimakan dalam menu untuk the whole family. Kalau ikutkan si Adik tu suka sup-sup tapi disebabkan Adik tak banyak kerenah, takdalah I tiap hari pun nak sediakan sup untuk Adik. Asal apa ada, dia makan. Lagipun budak sebesar Adik tu, letak sesenduk nasi pun tak habis dimakannya! Main je yang banyak!

Abang nilah yang paling cerewet. Kalau tak buat apa yang dimakannya, kesian pulak. Kelaparan sampai malam. Kalau diikutkan cerewetnya, entah bilalah akan berubah.... Hujung minggu lepas pun I tak include ayam bila berbelanja bahan basah. I dok pulun beli ikan bermacam jenis. So, minggu ni memang minggu ikanlah senang cerita.... 

Nak masak ikan ni pun bukan semua menu si Abang suka. Macam I kata, masak kicap memang terkeluar senarai. Begitu juga dengan kari ni. Sama ada goreng garing, masak gulai asam pedas tak pun grill jelah.... Ini pun I dok mencari apa lagi boleh masak yang sesuai dengan anak tekaknya....

Kesian juga tahu bila tengok Abang buka peti sejuk atau cari makanan. Setiap kali ke dapur, mesti kena tanya. Yang lagi sadis, bila buka peti sejuk ~ kosong! Takdalah makanan kegemarannya. I kesian sebenarnya tapi kena kuatkan semangat I dulu kalau nak dia berubah. Kalau tidak, semua pun I beli sebab tak sampai hati tengok anak terkilan nak makan sesuatu!

Buah hati yang satu lagi memang tak banyak kerenah. Asal bangun je tidur, mulalah tekan mode aktif sampai malam. Kalau Abang sekarang ni tengah musim merajuk bila kena tegur selalu, si Adik pulak merajuk bila sekali ditegur. Memang over, kalau dia nak kita kata jangan teruslah merajuk tahap tak kuasa nak pujuk. Lagi kita kata babat kang, lagilah berderaian air mata. Bila kita nak pujuk, lagi dia buat drama. Dengan Daddy kesayangannya pun dia dah mula buat seteru ~_^


Adik memang over. Sekarang ni tengah sibuk 'baca' buku cerita Abang masa di Smart Reader. Bila tak larat nak baca buku, dia suruh kita bacakan, dia ikut sambil main toys. Boleh pulak minta stop dan sambung balik ikut sukahati dia. Solat pun dah lebih  tertib. Siap pakai kopiah dengan seluar pendek! Time dia solat, semua orang disuruh diam jangan cakap. Lepas tu bila orang sibuk solat, dialah pulak membebel suruh shhh, shhh, shhhh, jangan bising. Abanglah yang selalu tak khusyuk sebab Adik nak solat sebelah menyebelah. Abang tak rukuk lagi Adik dah terus sujud. Tengok Abang terkumat-kamit baca, dia pun baca juga ~ tak doa makan, doa tidur! Mana boleh tahan... Mommy yang dok perhati sembunyi-sembunyi pun boleh tergelak!

Ada satu hari kami nak keluar berjalan, si Adik minta bawa satu beg berisi kereta mainannya. Kalau nak masuk kereta memang dia sandang beg tu ke bahu. Bila dah balik rumah nanti, penyakit malasnya sampai memang tak kuasa nak sandang-sandang. Sedap je dia kata,

Mommy angkatkanlah... Adik penat!

Sikap malas memang tak berubah habis lagi ni....

Ini kisah lama dulu.... Budak sebaya Adik ni memang minat kot tengok segala jenis jentera. Asal nampak ambulans ke, jentolak ke, fire engine ke, bukan main teruja nak suruh orang tengok sama. Adik pun ada juga kereta bomba ni. Selain 'kereta mewah'nya, jentera berat pun dia bawa sama masuk kereta kalau berjalan.

Mommy, ambilkan pilot tuang!

Terpinga-pinga I bila first time dengar. Memang bunyi macam 'pilot tuang'. Puaslah dok suruh dia ulang apa mahunya. Pun I  tak boleh nak tangkap apa ke bendanya pilot tuang ni... I pun tanya kat Abang, apa yang Adik nak sebenarnya...

Adik nak dia punya fire trucklah Mommy!

Oh, alahai.... yang ini memang jauh berbeda ni, Dik! Sampai habis belajar kat university pun Mommy tak pernah jumpa perkataan ni dalam kamus!

Baru-baru ni dia suka betul naik atas katil dan main lompat-lompat. I kata,

Adik, jangan lompat atas katillah!

Adik tak lompat. Mana ada Adik lompat! Adik jump ajelah!

Mahu pitam otak ni ligat berfikir apa bezanya! Jauh berbeza sebutan pun jadi pening. Yang lebih kurang sama maksud pun boleh buat pitam nih...
















Comments

  1. eh kak same laa kite...dlm mgu lepas liey apun kene mcm akak...silap lieya la layankan sgt sakit ulser sampai mkn merepek2....pertu masuk angin n demam satu badan....tdo awal lepas lumur minyak panas satu badan.....akak take care ok kak...pasni mkn kene tgk2 la kak...

    abg agak cerewet bab mkn ye kak.. nampaknye akak kene ajar gak cara pemakanan biase.... sebab lieya tgk die boleh mkn bende yg die tak suke cume mungkin die buat2 tak nak....mcm telur tu .... tapi tu la kak, kene pujuk2 gak...takleh main paksa2 kan...kang merajuk tak mo mkn satu hal plak nanti...ape2pun akak byk2 sabar key...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahulah apa puncanya, Lieya. Nak kata sebab nasi arab tu, orang lain tak pun kena. Lepas tu punyalah sendawa macam apa. Angin satu badan. Nak pijak lantai pun sakit alahai tapak kaki. Dok bantai baring je, tetiba satu badan sakit segala sendi. Nak patah pinggang rasanya dok baring je dari siang bawa ke malam!

      Abang memang cerewet sangat Lieya oi. Akak ni teringinlah nak jadi macam Lieya, bento bukan main pelbagai tapi takdanya pepagi tu. Kalau kita teruja pun anak tak nak bawa, buat buang peluh jerk pepagi *_*

      Dia kalau tak suka, memang tak suka. Dia tak akan sentuh. Entah apa MakNgah cakap yang menjerut hati tu sampai dia makan telur bubuh kicap. Lagipun dia manja dengan akak itu yang dia boleh buat apa suka sebab tau Mommynya muakan...

      Ni tengah nak ubah menu makan, kita tolak ayam siap-siap slowly, slowly... tengok macamana. Nak ikan pun bukan sembarangan ikan Lieya....

      Delete
  2. adik dengan abang memang berbeza ye..
    abang tak leh telan makanan macam tu ye? kesian pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh sangat bezanya. Anak nombor dua maybe lebih lasak gayanya. Abang ni sensitif, berjiwa lembut gitu. Lasak tu lasak juga tapi takdalah sampai tak boleh kawal. Bab makan, memang tak tahu nak kata. Cerewet yang amat!

      Delete
  3. patutlah tak nampak bersiaran tak erapa sihat rupanyaaa. nani pun kalau demam memang tak boleh nak buat apa. serik dah demam pastu kena awarded hari tu T.T semoga cepat sembuh ye kak :D
    nampaklah abag cerewet bab makan tu. adik bawah nani dia macam abag jugak cerewet bab makan. kalau masa kecik dulu nak makan mesti tanya dia dulu nak ke tak. huhu. sekarang dah besar tak dek dah orang nak layan dia. nak makan, makan tak nak sudah. hahaha.
    alahaii adik. hahahaha. lompat dengan jump tu samalah. hikssss :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak jarang demam tapi kalau dah demam memang tumbang habis. Memang tak larat. Mungkin juga nak minta dimanjakan. Hahaha...

      Itulah akak cakap dengan Abang. Sekarang ni ada Mommy bolehlah nak demand itu ini. Kalau Mommy takda, memang jangan haraplah orang lain nak layan. Kena biasakan diri jangan cerewet sangat nanti sendiri yang susah. Pernah dulu dia kata kalau dia belajar overseas, bawa jer Mommy sekali. Tak pun kalau nak makan, masak sendiri apa mahunya. Amboi, cakap memang senanglahkan!

      Delete
  4. Alahai anak...

    suatu masa nanti, mommy kalian akan terkenang2 dan merindui waktu2 itu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang pun dah mula merindui, Kakcik....

      Bila tengok anak dah mula membesar aje dah mula datang rindu kenangan zaman mereka kecil-kecil dulu ~_^

      Delete
  5. ohh MD tak sihat rupanya..penghapus dosa tu MD bila sikit..jadi bawak bersabar ajelah ye.hehe..

    Kesian pulak bila cerita Bab tabiat pemakanan Abang ni..sory ye sy bertanya.kenapa sekarang baru MD terasa nak pantau pemakanan Abang?takpelah nti slowly dia belajar makan benda yg dia tak makan.Kadangkala budak ni berubah tabiat makan dia..yg penting benda berkhasiat Kira oklah kan walaupun ayam goreng.

    yg si adik tu kenapa pulak sensitip sangat.drama je lebih kot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah tu, penghapus dosa kecilkan, PK! Suruh kurang bercakap maybe, kurang sikit dosa ditimba. Gitu....

      Memang dari dulu dia macam ni tapi sebab Abang ni lebih tinggi daripada rakan sebaya, takdalah nampak dia gemuk. Bila timbang-timbang pun sipi-sipi obes tapi tak obes lagi sebab ketinggiannya. Mula susah hati bila dia balik dan kata timbang di sekolah dah naik 51kg dulu. Tapi itu pun saya tak pantau beria-ia kerana makannya cuma nasi putih dan ayam aje. Setakat snacking pun takdalah kuat mana. But then sejak kebelakangan ni memang hebat tabiat makan malamnya. Sejak cuti sekolah baru nilah senang cerita. Makin bulat. In between makan, ada snacking lagi. Habis dilicinkan apa yang ada dalam peti sejuk. Tak dibeli, kesian kat anak. Nak dibeli selalu, takut tengok tabiatnya menghabiskan makanan. Bila dah semua kata mukanya makin bulat (dan saya pun nampak memang naik sungguh badannya ni) saya dah susah hati. Bila timbang, oh yes... naik lagi 2 kg. Lagilah tenat rasa dalam hati ni. Nak dibiarkan, kesian kat nasib anak. Tak dibiarkan, kesian juga kat dia bila tengok menggelupur nak makan tapi takda apa yang boleh dimakannya. Memang pening. Sebab itulah saya cuba pantau sekarang sebelum dia naik menggebu-gebu. kalau tak susut lagi susah. Dulu-dulu orang kata biarkan ajelah. Yalah masa kecil comellah kalau bulatkan. Katanya nanti dah sekolah kuruslah sebab aktif. Memang masa sekolah dia takdalah chubby sangat tapi sejak dua menjak ni....

      Nak tukar menu pun kena fikir berpuluh kali, PK. Banyak sangat yang dia tak makan!

      Delete
  6. Kakak sedihlah pulak bila abang behave macam tu MD. Memang tujuan dua-dua (MD dan abang baik) itu yg memasing cuba ambil hati last airmata yg berderai. Pelan-pelanlah MD sebab abang tu masih kecik lagi. Cuma dia pandai nak ambil hati mommy dia tu yg jadi macam tu. MD pulak sebagai ibu mestilah terkesan... serba-salah dibuatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya lagilah sedih, kak. Tak sampai hati bila anak teringin nak makan dan kita tak bagi. Buatnya kempunan, lagilah sedih hati ni. Tapi itulah, kalau saya ikutkan tak sampai hati ni, susah juga. Kesian kat anak. Apalah nasibnya nanti kalau berbadan besar. Jadi bahan cacian orang. Hidup pun sukar. Itu yang saya nasihat padanya. Pernah sekali terdetik hati kami suami isteri nak bawa dia pergi melawat wad kanak-kanak. Nak suruh dia tengok sendiri apa jadi kalau dah sakit. Cucuk sana, cucuk sini. Hidup di hospital saja. Nak buka mata dan hatinya supaya teringin nak kurus. Tapi yalah, budak baru nak masuk 9 tahun, apalah sangat fahamnya. Bila ditanya faham, lepas tu buat semula!

      Delete
  7. Anak lelaki saya pun tengah dok mintak2 nak pilot tuang tu..hahaah...jauh sangt bunyi pilot tuang dengan fire truck..

    kesian jugak kat abang nih..nanti lama dia terbiasa la harapnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ni dah mula menu baru tanpa menu pilihan hatinya. Ayam pun dah terkeluar dari senarai. Hehehe...

      Alhamdulillah, walaupun makan tak bertambah, dia makan jugalah nasi dan ikan salmon. Lega juga. Saya pulak yang hilang selera tengok takda lauk pedas-pedas.

      Adik memanglah dulu bukan main dengan pilot tuangnya. Pening dok fikir apa benda! Abang kira cleverlah faham bahasa adiknya *_*

      Delete
  8. Bila anak-anak dah mula membesar.. rasa rindu nak bau badan dorang masa baby dulu.. huhuhu.. indahnya kenangan itu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Aiza. Rindu sangat keletah mereka masa kecil-kecil. Abang tu pun dulunya bukan main petah bercakap. Sayang masa tu takda blog, takdalah catatan bertulis untuknya.

      Delete
  9. Kisah anak2 ni memang boleh banjir ngan airmata kan MD.
    Acik harap berjaya la MD nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Acik. Lagi besar lagilah banjir agaknya. Harapnya tidaklah kebanjiran selalu kita ni...

      Delete
  10. biasalah tu kak.. budak2 mmg byk ragam. nak taknak kita kena melayan jugak. Dah anak kita kak. nnti dorang dah besar, akak rindu plak time dorang kecik2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kita tak layan, siapalah nak layan. Lagipun salah emaknya juga, muakan sejak dulu. Kita kadang tu tak sampai hati kalau anak nak sesuatu. Kalau boleh dapatkan, dapatkanlah! Manalah tahu dia beranggapan apa mahunya mesti tertunai dek orangtua! Ahah, sudah!

      Delete
  11. errr pitam otak tu mcmna ye MD, ala2 fenin2 lalat ke? hehe

    berat mata yg membaca, berat lagi bahu yang menaip cerita..ecewahh..chill MD chill...Allah bersamamu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... mendalam maksudnya tu, Syida kalau sampai otak pun pitam nih *_* Kenalah buka kamus tak pun google macamana ya! Hehehe....

      Itulah kecil aje dugaannya ni berbanding dengan awak tapi takpalah, mak-mak pasti dapat mengharunginya jua. Cuma kekadang emo je berlebihan, melimpah ruah tak dapat dibendung gitu ^_^

      Delete
  12. Oh patutla tajuk macam iklan shampoo.. macam2 kisah ya.. siannya MD.. awat teruk sangat sakitnya tu? Pelik kalau MD sorang je yang kena je? Mujur tak berlarutan ya. Walaupun HD layan best tapi janganlah berulang sakit gitu kan..

    oh makan lagi kat aroma ya. sedap sangat makan set dulang tu ya.. oo saya pun ada try masa pergi bln 1 hari tu. Patutla MD suka set dulang, lauknya macam2 ya.. yang suka ayam makan ayam, yang nak kambing makan kambing.. lain kali memang ambil dulang je kot kami pun.. ai abis ke kalau kami berempat je makannya?

    Ni baru dua orang anak ya? Ai.. banyak2 sabar jelah ya MD.. saya setuju tu bab tak sediakan menu khas utk anak.. sekali sekala ok la.. tp naim pun pesen lebih kurang je dgn abang tu..saya yang malas ni mmg masak sama je.. tp saya bagi la cth hari ni masak ayam merah dan ayam goreng biasa.. bg anaj dan bapaknya sama ada makanan boleh telan. Esok masak ikan supaya diorang belajar gak menelan ikan.. haha.. saya yg suka ikan..

    adik tu aktif orangnya.. jenis tak leh duduk diam tu. Rasanya kalau adik ni MD tak payah risau sangat.. jenis mudah bawa diri ni.. pandai menyesuaikan diir dan pandai ambil perhatian..

    kita sama2 banyakkan doa utk anak2 kita ni ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...nasib baik pandai relate tajuk dengan entri. Bersangkutankan? Hahaha!

      Sampai hari ni masih pulak terasa-rasa pedih perut. Nak pi doktor malas. Tengok pada sendawa, macam banyak sangat angin. Habis dah saya bantai satu sachet gaviscon pun tak jalan. Semalam HD pulak kena diarrhea. Tak tahu kenapa...takkan pulak nak kata isteri masak tak bersih, ya tak? Mahu mengamuk nanti, hilang sakit perut!

      Banyak kali dah berulang ke Aroma ni, AN. Ahad lepas makan dengan kakak sekeluarga. Minta yang RM84.50 punya tapi si Bangla tak faham. Tengok ramai sangat, diberinya set yang RM110! Pitam jugalah tengok daging kambing, ayam, daging dan ikan semuanya ada! Nasib baik bawa tukang makan dua, tiga orang. Selesai sudah sedulang!

      Itulahkan, dua anak pun dah terkangkang kiap nak jaga, teruk kita dibuatnya. Kalau anak ramai, entah macamanalah agaknya. Memang tetas baju kelawar sampai ke buku lali nampak gaya *_*

      Dulu-dulu saya kalau masak memang ini untuk Adik, itu untuk Abang, yang ini untuk suami. Itu yang terasa penatnya kalau nak masak. Buat itu ini pun bukan habis. Kita pulak yang kena tapau bawa pi kerja. Teruk gak jadi DBKL ni. Nak buang sayang, makanan tu, rezeki!

      Setakat ni Adik memang tak banyak kerenah, pandai bawa diri. Cuma yang tak tahan keletahnyalah. Kalau tak naik angin, memang buat gelak je memanjang!

      Delete
  13. Rasanya campur ni dah 2 kali kot OKje cerita pasal SA yg susah nak makan jugak macam abang ni.....Dulu dia tak makan daging, kurang makan ikan, memanjang nak ayam tapi sejak masuk asrama masa ting 4, bolehlah pulak dia bedal semua tu..... Sampai ada masa Pak Jilap naik anginlah jugak sebab terlampau memilih sangat....

    Kalau kat rumah dan kita ada gagahlah jugak melayan selera anak.....kalau kita tak
    de, pandai pulak si SA bawak diri. Esok dia pandailah bawak diri tu Kak Ton.... Eh? beriya training ubah habit makan abg ni.....standby mami nak datang ke hihi....

    Adik cute ni sama dengan Angry Bird, tak susah bab makanan, semua pun boleh senang hati mak! Agaknya anak no 2 lebih berdikari kot. Dah namanya anak lelaki memang le suka keta keta, jentera bagai tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah juga baca OKje cerita pasal SA tu. Saya ni pun selalu orang kata bila anak dah besar, dah pandai malu, kuruslah nanti. Bila aktif pun, kuruslah. Makanya saya pun takdalah kisah sangat memandangkan Abang pun tinggi orangnya. Sebelum ni memang tak nampak gemuk sangat tapi sekarang tengoklah, muka pun bulat penuh! Semua orang tegur, bukan setakat kaum keluarga, jiran tetangga juga! Oh, tension ni! Bukan sebab teguran mereka tapi risaukan kesihatan anak terganggu nanti...

      Itulah mak-mak, kan. Kalau kita ada, bolehlah layan. Bolehlah minta itu, ini. Kalau hidup sendiri, jangan haraplah orang nak ambil peduli. Pandai-pandailah, nak hidup makan, tak nak makan sendiri punya pasal. Tak ke kesian jadinya....

      Adik memang tak banyak songeh. Yang masalahnya sikap menyepah rumah dan kuat jerit jerk. Ikut siapalah agaknya ya *_*

      Delete
  14. Semalam kita dah baca entry akak ni tapi boleh pula tak terperasan time balik memanggil. Langsung tak sempat tinggalkan komen. Hahaha. Kesiannya si abang tu. Nak makan pun dah duk serba salah tapi betul juga kalau tak dikawal lagi jenuh. Pula tu abang tu jenis picky eater. Huhu.

    Yang pilot tuang tu kenapaaaaa. Nak kene tuang ke adik oi. Kemain jauh benor beza pilot tuang dengan fire truck. Hahahaha. Mujur ada abang yang jadi tukang translate. Ekekeke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..akak pun selalu terkena. Tengah syok nongkat dagu tetiba tengok dah 4.30 petang. Haruslah lintang pukang tutup pc dan balik. Nak sambung kat rumah, huh haram tak sempat katanya. Tidur lagi best *_*

      Buat masa ni kalau dapat kawal, memang nak kawallah. Itu pun ada juga bolos lobos sana-sini. Kalau belakang Mommy, memang dicarinya makanan merata tapi Mommy lagi clever, tak beli langsung *_*

      Akak pun pening apa kebendanya pilot tuang ni. Bunyi memang pilot tuang tapi makna lari sungguh... Nasib baik ada penterjemah :)

      Delete
  15. Si abg ni sama problem mcm asya..sgt cerewt dgn mknan..smua mde tak makan..sgt mcabar jiwa raga nk prepare bekal utk dia.. tp lya pom buat mcm MD ajr slow n suh dia cuba mkn..stakat ni dh cuba mkn spageti.. tp spageti kosong.. tu pom awlnya lya gtau mee lidi.. lps dh mkn..gtau..sdpnya mee lidi ni.. haha..pdahal y tu spageti..stakat ni segala jnis ikan , mkanan laut mmg fia x sntuh lgung.. ayam n daging ok..cuma kna msk sup aje.. lain2 mmg x mkn la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak gaya memang serupalah Lya anak-anak kita ni. Kalau dah macam tu style Asya, memang spesies picky eater juga macam Abang. Abang tu pun sama, walaupun minat ayam tak semua jenis masakan sesuai dengan minatnya. Ayam masak kicap - no! Ayam kari - no! Ayam kurma - no!

      Memang pitamlah kalau nak memasak ikut citarasanya. Kalau dah ikut citarasanya, kena ikut juga citarasa Daddynya dan Adik. Kalau tidak, akak juga yang kena sound!

      Delete
  16. Alahaiiiii...sedih lagi baca. Abang agak cerewet yer bab makan. Macam kawan kita, anak dia tak makan nasi langsung. Memang dia kekadang pening tak tau nak masak apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan pening lagi rasa macam nak tumbang pitam terus! Kalau nak memasak, itulah yang paling susah di fikiran ~ nak masak apa untuk si Abang ni. Kalau tengok badan, memang terlebih sihat. Montok jerk. Tapi duduklah di rumah dengannya, memang pening nak bagi makan apa. Sekarang dah pandai snacking, lagilah kalau lapar tak boleh tahan, nak snacking jerk. Lagi buat kita susah hati.

      Picky eater macam si Abang ni selalunya kurus tapi tiba kat anak kita, eh, montel pulak. Gene bapaknya nih...Hahahahaha!

      Delete
  17. abang tu wlwupun cerewet , dia pandai jaga hati orang . klu ada bini nanti , bini masak apa pun dia makan je . x sedap pun dia kata sedap . kira pandai bawak diri lah ... my anak buah pun ada sesetengah makanan cuma pandang sepi je . bila mamanya tayang mkn kat mrk , pastu buat gaya sedap , mrk pun cuba rasa , now , pantang nampak , kami lak yg tak dapat makan . salah satunya tempe ! ... bebudak ni , dlm pemerhatian saya , mrk akan berubah ikut masa dan persekitaran . tak perlu susah payah nak ubah mereka . lagilah bila mrk kelur dr kepompong mrk nanti ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia cuma jaga hati Mommy dia jer, Vee. Itu sebenarnya. Orang lain dia tak kisah pun termasuk Daddynya. Hahaha!

      Ini pun nampak jugalah susut sikit. Kalau tak dikawal, memang membuak-buak nanti nafsu makannya. Takutlah juga.

      Delete

Post a Comment