Hari ini hari Rabu ~_^

Salam kawan-kawan!

Yeah, hari ini I tak lupa hari! Hari ni Rabu, kan....

Of courselah tak lupa mengira hari minggu ni sebab hujung minggu nanti cuti panjang *_ * Bestnya dapat cuti 4 hari. Dapat mengulit anak-anak kat rumah pun dah best. Boleh main gomol-gomol sampai pengsan dengar jerit pekik mereka ~_^

Oh, ya! Ada berita sensasi tapi belum rasmi lagi. Ala.... my mak mertua rasanya macam tak jadi datanglah. Hip hip hurray!!!! Semalam kata Hubbydearie, abangnya ada email. Katanya Mami mungkin terpaksa batalkan niat nak datang Malaysia bulan ni sebab entah pak saudara mana nak kahwinkan anak!

Mereka memang macam tu. Kalau dah suka, tetiba je on minggu depan buat majlis kahwin. Kalau kitalah, haruslah nak berhabis ribu riban belas juta gitu bila nak kahwin. Maklumlah pengalaman sekali seumur hidup naik pelamin katanya....

Tapi belum pasti lagi kesahihan berita ni kerana belum dapat berhubung dengan Mami. Akhir bulan ni adik ipar yang bercuti di sana nak pulang semula ke US. Makanya tak mungkinlah Mami dan nak datang mai Malaysia (Lebar senyum nampak Kak Ton? Eh, boleh nampak ke? Hahaha) 

Bulan Jun dah nak puasa. Bulan Julai dah raya. Jadinya tak pastilah apa next plan Mami. Datang ke tidak, menantu mithali dah tak kisah sebab penat dah badan ni dok menyental segala lantai dan dinding. Asal kata nak datang jer, I berkemas bagai nak rak. Asal kata cancel jerk, I lepas tangan bab-bab berkemas ni sekejap ^_^

Bila hari Rabu, marilah kita bercerita secara rawak *_* But then, knowing me yang kuat berpidato berceloteh ni, memang hari-hari pun tak penat menaip entri panjang lebar tiada batasan sempadan daerah apatahlagi negara. Hahaha....

Well, one of those weekends yang indah, kami adalah 'tersampai' di KL Festival. Ni nak habaq, walaupun semua shopping malls kat KL dan kawasan sekitar ni I dah 'rasmikan', inilah kali pertama I masuk KL Festival. Yang tak puas hati tu, HD kata beliau dah banyak kali sampai sini dengan Mami! Ish, Ish! Manalah hati I tak terasa bagai dicucuh dengan lighter bila Mami ada jerk, suami I lupa kehadiran isteri tercinta tau!

I know, I know.... tak boleh komplen banyak. Itu ibu my beloved suami makanya I have no hak nak minta undi lebih-lebih! Mahunya kalah nanti. Beranilah nak berlawan dengan emak Hubbydearie. I jongkit kening depan Mami jerk, HD dah tenung macam harimau nak makan mangsa je tau! Silalah jangan berani... ~_^

Sebab itulah bila Mami ada, kesopanan dan ketatasusilaan I mencanak-canak tinggi levelnya dalam diri I ni tau... Well, I kan perempuan Melayu terakhir... apa ada herannya *_* Betul tak, Mak? Sila setuju kalau tidak, kurentungkan dapurmu malam nanti!

Eh... jauhnya corner baring! Nasib baik tak masuk long-kang!

Meh, balik ke pangkal cerita semula *_*

Since kita tak tahu nak melawat shopping mall mana lagi makanya I pun suggestlah HD untuk pergi ke KL Festival. Ada satu kedai ni I teringin nak pergi. Katanya best dan murah. I bukan boleh kalau dengar perkataan best dan murah ni. Mencanak-canak keinginan dalam diri nak join sekaki berkata!

Unfortunately, sebaik aje kita parking kereta dan keluar jenjalan, tetiba aje I datang sakit perut memulas-mulas..... Mulanya dok tahan juga sebab I ni memang tak suka betul masuk public toilet. Tak kiralah percuma ke atau berbayar. Lagi satu memang kepantangan I kalau nak pergi makan atau lepas makan dan masuk public  toilet. Memang I elakkan selagi boleh.

Mula-mula datang memulasnya sekejap aje makanya kita suruh superheroes berposing kat mana dapat ~_^ 



Tapi makin lama makin tak tahan kuasa pulasannya dalam perut, makanya I dok ajak Hubbydearie balik rumah! HD pun bila tengok I berkerut hodoh gitu, terus hilang selera nak teman jalan-jalan. Makanya kita bayar parking dan balik.

Kesimpulannya, I  tak tahulah apa ada kat dalam KL Festival ni kerana my first trip melawat kawasan telah gagal dengan hebatnya ^_^ Next timelah kalau pergi, I cerita habis-habisan. Oh, by the way, kata PB, I boleh jerk buat cerita tentang semua shopping malls di KL ni untuk panduan jenjalannya kalau sesat di tengah hutan batu Kay El ni. Well, nanti kalau I takda kerja, I compile lah semua. Silalah baca dengan hati yang tenang yerk. Jangan skip ~_^ Hahaha!

Ini di shopping mall yang lain pulak yerk....

Abang suruh ambil gambar penuh tapi I dah croppedkan gambar ni. Tak sanggup nak tengok 'ke-sado-an' si Abang masa nih... Tengoklah t-shirt yang sama disarungnya sebab memang dia suka sangat. I rasa nak sembunyikan bawah katil t-shirt ni nanti *_*

Si Adik Cute ni memang kuat jealous sekarang. Abang suruh I ambil gambar, dia pun nak ambil gambar juga di tempat yang sama! 

Masa ni kita sibuk cari pakaian untuk HD dan juga Bubbly Abang. Eh, bukan baju raya! Puasa pun tak lagikan.... Saja jerk beli pakaian baru. Kalau HD yang nak shopping, barulah nampak shopping bags di tangan. Kalau tidak, pulang dengan tangan kosong jerk. HD pulak memang bijak menambat hati. Kalau beliau nak beli apa-apa, mesti tanya kat I - You tak nak apa-apa ke?

Belum sempat I jawab HD akan tolong jawab - Eh, you kan rajin beli barang. Takda apa kot nak beli lagikan!

So, againlah pulang dengan penuh kehampaan katanya ^_^ 

Yang ini pulak masa kami ke KLCC untuk breakfast baru-baru ni. 


Macam yang I kata, si Adik Cute ni tengah mode tak lapar sepanjang hari. Kita ajak dia makan, dia kata dia kenyang memanjang sebab 'baru makan tadi'! Risau pulak I bila anak tak nak makan. Anak terlebih makan pun I risau jugak!

Paling tak menahan, si Adik Cute ni suka makan sushi *_* Ni mesti ikut Daddydearie. I memang tak makan benda mentah macam ni. Adik ni kalau Daddy makan yoghurt dengan timun, dia pun join sekaki. Daddy kunyah tomato, dia pun kunyah sama! Pencinta pisang walaupun selalu jerk kena sembelit...  Memang ikut tekak Daddylah senang cerita....

Nampak tak beg yang digalas di belakangnya tu? Sejak dua menjak ni memang Adik bawa ke mana-mana aje. Penuh ya 'kereta mewah'nya di dalam tu. Siang malam nak bawa beg tu. Padahal beg tu I beli masa umurnya 2 tahun untuk letak pampers dan sebagainya. Tapi buat penat jerk, dia langsung tak teringin nak sandang belakang. Sekarang ni, itulah beg kesukaannya sampaikan nak tidur malam pun beg masih bergalas di belakang!


Yang ini satu lagi beg dapat free dari produk susu kot. My anak saudara yang beri. Beg ni dulu kegunaannya untuk mengisi blocks. Tapi sebab tali panjang dan susah nak sandang, sekejap ajelah dia menggunakannya ~_^

Eh, ni lagi jauh dah melalut ni! Memang seperti yang selalu dilakukan, hari Rabu adalah hari untuk melakar entri rawak ya, bukannya tanpa ayat ^_^

Okeylah, bos dah sampai! Hari ni my boss masuk lambat! So I nak start buat kerja sekarang  *_*



 




Comments

  1. Amboiii lebar nauuu sneyum Mami tak jadi datang Mesiaa. Hahahaha :P Ehh nani pun tak pernah pegi KL festival. Kah ! Baruu fefeeeling nak baca tadi tetiba akak pulak kansel pegi. Akak sorok bawah katil entah entah nanti abang jumpa balik baju tu. Hikssss. Amboii adik siap pakai sunglass lagi keluar bejalan. Kemahenn lagi sekarang :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, nampak ke kelebaran senyuman akak dari kejauhan, Nani? Hahaha.... Ini barulah gelak besar *_*

      Itulah, potong stim betul. Tetiba jerk sakit perut. Kalau sebelum masuk parking dah sakit perut, bolehlah balik dengan rela hati. Ini... dah ambil tiket parking, dah masuk, dah posing boleh pulak perut memulas. Memang potong stim tau!

      Oh, mereka dua beradik memang ada sunglasses. Entah berapa kali pecah pun tak tahulah. Yang ini, my nephew punya dia rembat buat hak sendiri :)

      Delete
  2. ohhh kemnugkinan tak jadi dtg erk MIL nya...happy nmpk..haha... oh kat sana nk buat persiapan khawin tak ambil masa lama kan.. nak, nak terus buat...klu kt sini, erm paham2 jer lah...hehe
    Festival KL seronok jg nengok kat TV tu...ntah bila nak smpai sana...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, mana ada! Tengah bersedih meratap hiba ni tau dengar mak mertua tak jadi datang *_*

      Memang pun kat sana takda dating mating ni. Nanti makpak buat rombongan menilik si gadis anak orang. Bagi peluang dok chit chat kejap. Pastu kalau berkenan, kalau kena arrow kat hati tu tepat, minggu depan buat majlis kahwinlah. Habis cerita!

      Nanti nak pergi lagi KL Festival sebab tak puas hati!

      Delete
  3. boleh caya ke MD..cuti 4 hari dok guling2 je main ngan superheroes dirumah..acik tak yakin..he he..acik nak tunggu n3 selepas bercuti ni nanti kemana gerangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acikkkkk.... percayalah sepenuh jiwa raga kat saya ni! Tak baik tau. Saya bercakap benar ni :) Memang takda plan pun Acik sebab anak saudara lelaki saya nak bertunang. Mungkin sibuk di rumah kakak sulunglah nanti. Kalau ada pun terlepas pergi tu, plan mengejut namanya :)

      Delete
  4. Laaaa x jd dtg mertua MD akhirnya. Letih je duk gilap smpi dinding . Hihihi. Ye lah sy pun klu dgr org nk dtg nk2 mertua mmg seploh kali cek bilik air, cek dapur. Kikiki

    Cute sungguh gmbr adik masa bekpes kat klcc tu

    Bab asik nk pki baju sama adik ad pun camtu. Asik baju tu je dia sambar. Mmg LM pun rasa nk sorok jap baju tu. asik purple je dua duk sarung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penat weyh dok menyental. Sakit sendi terus. Hahaha....

      Dah namanya mak mertua, bila dengar jerk terus kecut perut walaupun mak mertua takdalah garang mana pun. Kalau mak sendiri yang datang, dengan mak-mak kita ajak sental seluruh lantai. Hahaha!

      Budak-budak ni memang begitu kot. Asal ada baju yang mereka suka, nak pakai dan pakai dan pakai sampai jemu.

      Delete
  5. Salam kenal mummydearie..
    Pertama2 sekali nak tanya
    MIL u pandai berblog tak?
    Nanti dibacanya menantu jerit Yeay...
    Tecit hati dia...

    Mmg mana2 pun serupa.
    Risau MIL dtg
    Yeay bila MIL takjd dtg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Mak mertua saya confirm kalau jumpa blog ni sekali pun beliau tak faham. Mami tak boleh berbahasa Melayu mahupun English. Mereka bantai bahasa Uzbek dan Rusia jerk :)

      Betul tu, Ibu.... Kalau datang susahnya hati nak bersopan-santun. Kalau tak datang, eh tetiba pulak suka! Tapi yang sebenarnya bukanlah tak suka mak mertua. Cuma tak kiralah baik ke jahat mak mertua tu, hati menantu tetap kecut jadinya *_*

      Delete
  6. Trick nak bagi rumah berkilat HD kata mami dia nak datang. Cantik tak trick tu:) Kalau awal-awal kata tak jadi datang mood nak polish merudum.

    Peluang nak menyopping semakin menjadi-jadilah. Sediakan ajelah fulus sebanyak mana wallet boleh masuk. Tak cukup card ada apa susah, swap ajelah:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknyalah kot, Kakzakie! Depa saja-saja nak suruh saya rajinkan diri menyental apa yang patut. Penat periuk belanga, cerek semua saya sental kasi berkilat tau. Nak bagi taulah konon kat Mami yang menantu Melesyanya ni memang baik dan berhemah tinggi. Hahaha....

      Baru je swipe debit card tetiba dapat call dari HD tanya beli apa sampai banyak tu kat situ.... Huhuhu.....

      Delete
  7. Amboi...amboi...amboii..*sila ikut style azwan ali :-)*. Bukan main melebar senyum bila mak mertua tak jadi datang yerp. Sampai cyberjaya ni dah nampak senyuman tu...hahaha...MD bukan saja suka beriadah di taman rekreasi, tapi suka jugak beriadah di shopping complex kan. Apa kata minggu ni gi Setia City Mall. Ada poplook warehouse sale *suka lettew* ☺☺

    Kita baru 4 hari ganti posa. Pssttt...ingat tau, esok hari khamis...ekekeke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada senyum lebar? Senyum simpul ajelah :) Itu pun belum confirm lagi, Fiza. Buatnya kata Mami nak juga datang tak kira apa pun yang terjadi, siapa pun yang nak kahwin kat sana tu, mahulah aktiviti menyental berjalan kembali. Huhuhu....

      Silap tu... yang beriadah kat taman tu suami dan anak-anak. Saya mana ada suka *_* Kalau beriadah kat mall tu mungkin betullah 200%!

      Ish, tak baik tau ajak-ajak ayam macam ni! Nanti kalau terpergi juga, siapa yang susah? Poket saya juga yang nipis tau....

      Ingat! Ingat! Sebab lusa cuti *_* Yang pelik sikit tu kan kita dah janji nak datang hari Khamis je ke sini awat cepat sehari! Buat konpius tuan rumah je nak serve air teh ke atau hot cappucino tau *_*

      Delete
  8. kannnn ok jugak kalau MD buat entry shopping mall. untuk orang luar mcm weols ni xyah servey2 dah terus tuju je dekat mall yang dinyatakan. hewhewhew

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada permintaan nanti akak buatlah entri panjang lebar berjela-jela, sehari selembar kertas sampai habis semua shopping malls kita cover yerk.... Korang tak yah pergi. Baca pun dah cukup. Jimat duit berbelanja. Telan air liur je percuma *_*

      Delete
  9. wah happy nampak mami tak jadi datang.. suka yer.. hehehhee

    ermmm klu hari ni khamis kan best... hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, mana ada! Sedih adalah... Penat menyental rumah bagai nak rak. Menghias bilik tidur Mami sampai nak terkehel bahu. Hahaha...auta jerk lebih *_*

      Kalaulah hari ni tak perlu kerja, bukan ke lagi best!!!

      Delete
  10. kaknoor tabik spring lah kat MD hebat bercerita, suka akak baca, tapi yg best kita serupa tak suka sushi, walaupun anak2 dan hubby suka tapi kaknoor tetap jugak cari nasik yg betul punya, yg ikan nya dah dimasak dgn betul hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni kak memang tak reti diam di alam maya. Kalau jumpa regu, lagilah tak reti berhenti jari-jemari ni menaip *_*

      Saya lagi suka makanan Jepun daripada Korea tapi bab mentah-mentah ni saya memang tak boleh nak masuk ke anak tekak. Serius tak boleh. Tak payahlah suruh cuba kalau tak nak saya muntah kaler-kaler kat situ ~_^

      Delete
  11. Penuh semangat ai baca.. rupanya eemm.. hehehe.. kelakarlah..
    Tapi tengok dak Adik geram je.. rasa nak cubit pipinya itu.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...Sebenarnya I pun bersemangat nak bercerita walaupun dah tahu endingnya *_* Nantilah lain kali kalau I betul-betul melenjan kat sini, I heboh-heboh seluruh alam maya macam I sorang jerk yang dah sampai KL Festival ni yerk *_*

      Delete
  12. Assalam sis,
    salam perkenalan yer
    thanx sebab sudi singgah blog picisan iols
    he3
    terharu
    iols nakfollow sini.......
    tapi takdak follow button laaaa
    cencaner ?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam!

      Sesaja jalan-jalan blogwalking mana yang tak pernah sampai katanya *_*

      Oh, kat sini memang tak letak butang follow. Kalau nak kena terus masuk dalam bloglist ~_^

      Delete
    2. Assalam sis,
      done
      uols my ibu&ayah bloglist gitew :)

      Delete
    3. Wa'alaikum salam!

      Thanks ya habis semua entri diterjahnya. Bukan kerja senang tu. Terima kasih banyak-banyak ~_^

      Delete
  13. Kesedapan pula bila baca part sushi tu. Pergh. Lamanyaaa tak makan sushi salmon. OMG ! Hahahaha. Oh , part perut memulas ni lagi tak boleh blah. Orang selalu sangat kena attack tiba tiba. Time nak makanlahhhhhh kan kau nak datang. Memang spoil. Makan sambil terkemut kemut bontot. Hahahahaha. Tapi aktiviti makan tu tetap diteruskan ye. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...tetiba akak tak boleh nak bayangkan makan sambil terkemut-kemut bontot ~_^ Biar betul tau, Nadia nih. Wah, ni mesti tengah sedap mengidam makan macam-macam. Baik-baik jangan sampai jadi belon terbang tinggi nun jauh gitu *_*

      Delete
  14. hai MD, salam...hari ni hari Khamis hehe
    kalo main gomol2 long weekend ni, kot la pengsan, bangun sendiri ya! haha

    selamat coti2 santai MD ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, lama tak nampak? Sibuk ke.... Hahaha....

      Semalam lepas Maghrib beria-ia I nak baca yasin sebab hari Khamis malam Jumaat. Tetiba Abang kata - hari ni Rabu, Mommy!

      I ingat dah over dah sikap keterlupaan 'skip the day' I tu rupa-rupanya berlaku juga! Huhuhu.....

      Delete
  15. KL Festival? Kat mana tu ? Mak tak tau pun....maklumlah duk Cheras solok nun huhu....

    Sanggup ek balik semata mata nak ekek kat rumah. Nape tak gi shopping mall jer? Kat sana selesa kan...Nasib HD pun sporting gak....mau jugak dia balik bila kekasih belahan jiwa dia ajak. Berani tak nak, tak nak kaloo.....2 bulan pose hihi...

    Sama ngan perangai si TLBD masa kecik, ada jer benda nak diangkutnya kalau berjalan....

    Sia sia tau berjiran jalau tak tolong jiran. Mak of kos setuju jer kalau kak Ton tanya mak. Jiran kannnn... Ni kiranya doa kak Ton termakbullah ek hihi....Tak sia sia bertahajjud sambil solat hajat memalam .. haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KL Festival dekat Setapak. Dekat dengan Khadijah's Kitchen tu, Mak.... Kak Ton pun dok Cheras tapi semua tempat Kak Ton jelajah tau cuma jangan tanya jalan sudahlah. Kak Ton bab menunjuk arah memang gagal tapi bab dalam shopping mall boleh eksyen sikit ^_^

      Tak bolehlah masuk public toilet ni. Lagi satu tak suka nak queue menunggu lama-lama tau..... Lebih baik balik rumah kalau dah dekat dan boleh tahan ler *_*

      Entah apa-apa yang dibawanya si kecil ni tapi bila penat especially masa balik rumah, selamba je dia kata dia penat dan suruh kitalah angkat baw masuk rumah. Geram sungguh tapi nak cubit sayang pulak anak ~_^

      Psstttt.... Mak ni, janganlah beritahu orang lain Mak nampak Kak Ton bertahajjud, solat hajat memalam. Malu tau Kak Ton orang tau Kak Ton baik *_*


      Delete
  16. saya wpun blm ada mertua , dah dpt bygkan mcm mana persediannya dan nak melayan bila mertua ada . saya klu saudara mara atau adik beradik nak dtg pun dah sibuk kemas itu ini , lagikan klu mak mertua kan . klau tak nak jadi mcm kisah mak mertua iklan susucap junjung tu , haruslah mengilatkan rumah ... perut sakit mmg jadi spoil lah bila nak bershopping kan . nak menahan sakit tu mau menonggeng dibuatnya ... perghhh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah kahwin dan ada mertua, memang haruslah macam ni jadinya walaupun mertua tu kita suka sangat/suka kat kita *_*

      Kalau kakak saya lagi teruk. Ada je kata orang nak datang, habislah anak-anaknya kena marah sebab dia sibuk nak berkemas rumah bagai nak rak. Kita pulak tension bila tengok dia sibuk mengemas sambil membebel *_*

      Delete
  17. tu dia buat lompat bintang mami tak jadi Mai Malaysia..Takpa la at least berkilat jugak lantai dinding rumah u MD..

    selamat bercuti n selamat menggomol anak2..mesti kakton sibuk curi tulang..kata sapa tadi tu nak bertunang?dh baca entry ni pastu tak sempat komen dah pi komen entry satu lagi..lupa dah tak kosa nak scroll balik.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Senyum sikit punya lebar ni tapi nasib baiklah orang tak nampak! Eh, dah terlepas cakap pulak!

      Memang best menggomol anak-anak masa cuti panjang ni, PK. Bukan selalu dapat! Oh, sebab kita belah lelaki takdalah kerja banyak mana. Dah semua kerja ada orang nak conquer, senanglah hati. Tak payah susah hati nak curi tulang bagai, nak guna nama Adik Cute ke apa!

      Delete
  18. Aduh.. sharing the same feeling la kita.. kalau MIL cancel nak databg rumah rasa seronok sangat walaupun faham anaknya sedih.. haha.. bukan jahat kan? Kalau kes saya, saya mcm rasa MIL tahu menantu yg sorang ni sibuk bekerja jadi dia selalu je datang mengejut tanpa bgtahu dan dia nak gembirakan hati menantu dgn memagickan transform rumah jadi berkilat.. menantu ni je yang bila balik petang macam kena serangan sebab terkejut kereta MIL ada kat depan rumah dan dah mmg tahu dah tak ada tongkang pecah.. malunya..

    Bab pergi ke tandas awam tu pun samalah.. kalau tak terpaksa memang tak masuk.. rela paksa suami pecut balik rumah kalau nak membuang.. itu yg ada masa kena bebel je..

    Hari kenduri dah ke hari ni? Amboi bestla korang ya.. dah lama tak ada kenduri kawin sebelah keluarga saya..

    Perangai nak angkut benda dr rumah ni kalau anak2 saya tak lama.. tapi perangai nak angkut benda dr shopping mall mmg tak stop lg setakat ni. Kalau hati masuk 3 tempat maka 3 bendalah dia akan beli. Aduh. Kalau kena benda murah ok lg.. kalau masa berkenan yabg mahal maka berdrama air mata la kat situ.. macam2 ragam menjaga anak kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sep sikit jom! Beginilah nasib mak mertua kalau dapat menantu yang berpekerti mulia macam saya *_* Tapikan AN bukan langsung tak datang tau. Ditangguhkan aje sebab banyak pulak hal kat sana. So kalau nanti tetiba kata Mami datang, memang brek mengejutlah saya menguruskan rumahtangga ^_^

      Saya pun sama. Kalau tak terpaksa sangat-sangat, memanglah tak nak masuk. Tak lalu rasanya nanti nak buat apa-apa lepas tu!

      Oh, ini majlis bertunang aje. Tapi sebab kami belah lelaki, takdalah meriah mana. Datang majlis makan aje maklumlah jemputan VIP katanya. Hahaha!

      Yang besar dah kurang tapi si Adik Cute tu masih lagi. Kalau 3 kali kita keluar pergi shopping mall sehari, 3 kali jugalah dia minta belikan toys. Pitam kadang-kadang. Kalau Mommy yang nak beli apa-apa, takdalah rasa nak pitam pulak *_*

      Delete
  19. haha...MD memang terer tau mengarang cerita...bestkan boss masuk lambat, kalau tak masuk langsung berhari-hari lagi lah syok hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maklumlah adik beradik novelist, Linda. Hahaha....

      Kalau tak panjang, memang salah 'rumah'lah tu.... Ni pun dah seminggu tak mengarang cerpen, rasa semacam jerk tau *_*

      Kalau bos tak masuk berhari-hari, sayalah pekerja yang paling gembira dalam dunia. Hari pekerja pun nak sambut sebulan rasanya *_*

      Delete
  20. Penyudahnya sakit perut ye MD.. tak dapat lah melawat kawasan dengan jaya nya..
    Tengok anak2 MD badan bersemangat .. buat akak cemburu.. anak2 akak kurus keding jer.. macam mama tak bagi makan huhuhu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habislah kalau dah sakit perut. Memang tak berminat lagilah hal-hal berkaitan jalan-jalan ni *_*

      Anak-anak saya memang bernasib baik. Walaupun sorang picky eater, sorang lagi tak kuat makan, mereka memang debaboom. Itu pun kadang-kadan dapat juga soalan cepu hempuk orang dok tanya - bagi makan apa nih?

      Nak je jawab bagi makan lembu kerbau dan besi sebab itulah besar *_*

      Delete

Post a Comment