I takda mood.... (nak kerja!)

Salam kawan-kawan!

Hari ini sudah 30hb April. Sekejap aje masa berlalu. Tau-tau esok dah masuk bulan Mei. Tapi apa yang lebih penting esok, lusa, tulat dan tubeng adalah hari CUTI !

" Marilah, mari! Kita bercuti!"

"Jalankanlah kewajipan, pada keluarga!"

Eh, tetiba aje teruja nak nyanyi lagu untuk mengundi tapi telah ditukar lirik nih ~_^

I nak buat apa esok?

Seriously, I tak pergi mana-mana! I rileks dengan my family di rumah aje sambil menonton movie yang kita download free. Maybe sehari selembar benang 3,4 movies kita bantai tengok sambil buat air liur basi kat atas sofa. 

Hari Sabtu ada majlis pertunangan anak sulung my eldest sister, Ngah (Beliau memang Kak Ngah tapi anak perempuan sulung dalam keluarga dan jadi anak tertua sekarang selepas my arwah abang meninggal dunia...alkisahnya kalau ada yang tertanya-tanya...) Makanya, of courselah I akan menyibukkan diri walaupun tak disuruh. Itu pun I dok sembang jerk dengan adik-beradik yang lain. Kalau suruh buat kerja, mulalah I 'gunapakai' nama Adik Cute walaupun si Adik Cute dah besar panjang tak perlu sangat perhatian over-over dari Mommy. Knowing Mommy ni, memang suka take advantage bila dan mana dapat ~_^

Jalan-jalan mengukur jalan dan mengenalpasti spesies batu-batuan kat dinding shopping mall tu mungkinlah akan terjadi. Yang itu tak payah plan, rasa terdetik hati jerk, kita bersiap terus masuk kereta ^_^

Ni nak cerita... sebenarnya hari ni I malas nak update blog. Itu pun dalam pada malas, I tetap juga mengarang manuskrip entri teragung pagi tadi tapi tak siap-siap sebab ada kerja nak buat dan I takda hati nak bekerja hari ni 

Tetiba dalam pukul 10 lebih, si Bubbly Abang telefon dari pejabat sekolah suruh datang ambil. Katanya dia sakit perut. Mommy yang panik ni main iyakan aje kata nak datang tapi tak sempat nak cakap lebih lanjut, si anak dah letak telefon. I called balik ke sekolah bercakap dengan kerani. Katanya, nampak Abang macam dah 'okey' lepas letak telefon. I pun jadi teragak-agak nak pergi ambil ke tidak....

Nasib baiklah I pergi. Kalau tidak, anak I duduk dalam tandas sekolah tak keluar-keluar! Abang tu geli nak masuk tandas dan tak reti nak guna tandas cangkung macam tu. Habis dibukanya seluar sukan letak atas lantai tandas. Siap berstokin lagi sebab dia geli tengok keadaan dalam tandas.

Oh, siksa Mommy ke hulu ke hilir cari penyelesaian! Akhirnya I pergi koperasi sekolah yang hampir-hampir nak tutup pintu gril. I belikan aje seluar sukan baru. Nasiblah ada saiz. Tetiba tengok duit dalam purse takda duit kecil. Not RM100 I bagi sambil sengih-sengih minta maaf! Kata amoi tu,

Ayoooo..... ini bukan kedai biasa! Ini koperasi sekolah aje. Mana ada duit manyak!

Sorrylah, moi! I pun emergency ni! Kalau tak percaya, tengok dalam purse I. Takda duit kecil. Kalau ada I dah bagi dah nih! You bagi ajelah duit syiling, duit RM1 dan apa-apa yang you ada!

Dalam pada dia membebel, boleh pulak dia bagi I duit baki RM103. Seluar sukan  tu baru RM17. Nasib baik dalam kalut, akal cerdik Matematik I ni blink-blink sekejap. I pulangkan balik RM20. Berlari lagi pergi tandas budak lelaki nak bagi Abang seluar. 

Keluar dari tandas, I tengok mukanya pucat lesi. Menahan sakit perut pun ya juga. Malu pun dah tentu tu. Masa I sampai, di kelasnya ada cikgu tengah mengajar BM tapi budak-budak terutama kawan-kawan Abang ni bukan main prihatin, keluar masuk tandas dok tengok-tengokkan dia.

Ada satu budak ni comel sungguh perangai. I baru sampai tetiba dia tegur,

Makcik! Makcik mak Luth ya?

Ya, ya! Mana dia pergi?

Dia ada dalam tandas. Dia takda seluarlah, makcik. Kita dah bagi seluar tapi semua tak muat!

Oh,ho....

Abang, Abang... Kan dah famous satu sekolah.....

Selesai tugas, jumpa jugalah dengan cikgu BMnya. Kata cikgu nak buat macamana, budak-budak. Sedangkan orang tua pun kalau sakit perut tak boleh nak menahan!

Glamour Mommy ni Abang....atas sebab-sebab yang dah tentu Abang malu nak ungkit pada masa mendatang *_*

Kalaulah Mommy suruh Daddy datang tadi, mahu tergugat status kegantengannya kena uruskan anak dalam tandas, lari sana, lari sini. Nasib baiklah Mommy yang datang....

Eh, dah pukul 1 lebih ni. I nak makan mi hun goreng RM1.40 yang beli pagi tadilah yerk *_* 

Adios semua!

Selamat bercuti esok, lusa, tulat dan tubeng yerk ~_^






Comments

  1. Selamat Bercuti MD...
    Kami balik kg malam ni.. inshaaAllah..
    haa.. cerita pasal sakit perut kat sekolah, teringat masa sekolah dulu adik ira sakit perut, ira yang kene cuci seluar dia.. huhu...
    tak tau la adik ira ingat ke tak.. hehe.. kalau ingat pun mesti x cakap.. malu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat bercuti, Ira! Bestlah boleh balik kampung. Saya dah takda kampung, dah kena pangkah dari senarai orang kampung kat BP tu. Hahaha....

      Ini kali kedua Abang kena sakit perut di sekolah. Kali pertama dia menahan sampai balik rumah. Kesian sungguh tengok muka masa tu. Hari ni dia dah call masa sakit perut tu. Itu pun kawan-kawan yang suggest dengan pesanan- Janganlah malu. Beritahu jerk cikgu. Kita pun selalu juga sakit perut!

      Punyalah prihatin. Bimbang juga kalau jadi bahan ejekan. Nampaknya kawan sekelas bagus-bagus. Alhamdulillah!

      Delete
  2. Bukan Kak Ton jer yg happy tau, esok cuti.....mak pun sama. Tp tulah ...esok dah nak kena melawat pulak pepagi huhu....

    Huh.... malas malas menaip pun manuskrip panjang sepelaung!

    Laaa..... abg sakit perut ke?. Salah makan apa agaknya abang tu. Terkencitlah ni ceritanya hihi....

    Betul kak Ton, mak tak dpt bayangkan kalau HD yg datang. Lelaki ni kan lain sikit perangainya. Nak control macho memanjang. Tambah lagi bab yg nak kena malukan diri sendiri. Nyampah ek....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam budak sekolah pulak, terkinja-kinja rasa happy sebab cuti 4 hari ^_^ Serius takda mood nak kerja. Nasib baiklah kerja pun tak banyak. Bolehlah bermaharajalela hari ni....

      Err... pergilah Mak melawat makpak mertua. Dua minggu sekali je tu. Bukan selalu. Kak Ton lainlah. Mak mertua jauh beribu kilometer. Kalau nak melawat hari-hari, meraung juga Kak Ton lakibini anak-beranak nanti. Hahaha....

      Semalam hari tak masak nasi. So, dia ni pagi tak mahu sarapan kat rumah katanya nanti leceh takut sakit perut. Makan masa rehat banyak manalah bekalnya. Balik rumah pun kalau MakNgah masak ikut selera, makanlah. Kalau tidak kena tunggu Mommy balik kerja memasak. Semalam pulak pakat semua nak makan burger aje sorang satu, buat sendiri. Pastu gorengkan hot & spicy popcorn atas permintaan dia. Pagi ni nak bawa bekal hot & spicy popcorn lagi! Saya syak semalam dia minum susu sebelum tidur sedangkan perut tu kosong. Pagi tadi rehat makan lagi spicy popcorn. Itu yang jadi sakit perut.

      Kesian saya tengok masa sampai tadi. Pucat lesi muka dalam toilet. Malu tak payah ceritalah. Dia tak terceret tapi dah masuk tandas buka seluar dok atas lantai, buka kasut sekolah pakai stokin jerk, apa kes.... Cikgu bagi seluar pun takda yang muat. Nasib baik saya datang. Nak marah tak sampai hati tengok keadaan dia. Kesianlah anak saya dok sorang diri dalam tandas menahan sakit perut dan malu. Nasib baik kawan-kawan bekerjasama, tak mengejek tapi menolong dia yang sendirian tak boleh keluar dalam tandas!

      HD saya baru je call tanya free ke tidak, boleh tak rush ke sekolah Abang dah membebel-bebel dalam telefon. Tak nak cari, nak suruh anak pi kat guard house tunggu kat situ. Budak dah takda seluar, nak tunggu kat guard house apanya. Kalau HD yang pergi tadi, memang sayalah kena bebel bila balik nanti. Konon jatuh air mukalah anak buat hal kat sekolah.....

      Kita jugalah yang kena buat semua. Kalau benda memalukan sekali pun, kita jugalah yang buat muka tak malu. Dah namanya anak, kan....

      Delete
  3. Replies
    1. Memang kesian tengok mukanya menahan sakit perut dan malu tadi... Hiba pulak!

      Delete
  4. salam sis..
    lahhh kesian kat Luth tu.. awat tetiba sakit perut kan? ker salah makan...nasib lah ada super mommy yg boleh ke sana kemari mengurus anak tu... dlm takda mood tu panjang jg entry nya.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silap makanlah agaknya. Semalam perut kosong dia pergi minum segelas susu sebelum tidur. Pagi tadi nak bawa spicy popcorn chicken pergi sekolah. Itulah agaknya jadi memulas. Nasib baik saya datang, kalau tidak kesian alahai dia dok dalam tandas tak boleh keluar. Seluar sukan dah habis basah dibalingnya kat lantai tandas!

      Ini kepanjangan untuk entri takda mood. Kalau ada mood lagilah panjang *_*

      Delete
    2. singgah melawat.. masih takde mood ker..hihi

      Delete
    3. Thanks singgah melawat, Atie *_*

      Bukan takda mood tapi sibuk. Biasalah lepas cuti panjang memang sibuk. Tak pun menyibukkan diri *_*

      Delete
  5. Silap makan apalah abang tu kesiannya. Tapi betullah jgn kata HD kalau en hubby kakak pun sama. Mahu-mahu minta tolong kawan anak yg buat. Tapi kita ni dah kata mak-mak anak besar mana pun kita urus tak kisah apa lagi macam bubbly abang yg masih mentah lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia kan picky eater. Adalah yang tersilap. Tak silap saya malam sebelum tu dia minum susu sebelum tidur. Dia bukan boleh, kalau perut tak penuh, minum susu ke, milo ke, memang sakit perut. Nasib baik dia sempat call, takdalah melarat. Ingatnya tak nak datang bila kerani sekolah kata nampak macam okey tapi nasib baiklah naluri emak-emak ni kuatkan, Kakzakie!

      Delete
  6. Alahaiiii...siannya abang. Tak tak dapat nak tahan gelak baca dialog tu. Smoga abang cepat sembuh.

    Samalah kita MD. Lately mood blogging ke laut lah. Harap² tak berpanjangan. Bila cuti pankang ni, blog pon cuti jugak. Happy holiday lah MD. IOI mall ada mothercare sale. 50% tu....hehehe...Saja bagi tau ☺☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...sempat ngukur jalan je masa cuti tu, Fiza tapi takdalah pi holiday bagai.....

      Kata Abang kalau Mommy tak datang-datang, memang dia dah standby nak suruh kawan sorang tu cari nombor hp Mommy dalam pencil case, pi ke pejabat, call Mommy dan kata 'Ini kawan Luth. Luth sakit perut tolonglah bawa seluar extra!'

      Nak gelak I mendengarnya....

      Delete
  7. Kali pertama saya dgr tubeng.. kg saya sebut tuling.. sama je maksudnya tu.. tak kisahla kan..

    Alahai..banyak2 Kak Ton duk celoteh saya fokus pada Luth Adam punya sakit perut je.. alahai. Siannya dia tu.. sampai gitu sekali ya.. sakit perut tu dah masalah besar, kawan2 pulak tahu xda seluar alahai.. moga2 Abang cepat baik sakit perutnya.. masa sekolah rendah, saya yang jadi mcm MD tau.. adik masa tu kena sakit perut gini. Cikgu pergi panggil saya tau.. alahai.. buatla kita yang kecil..masa tu umo 9 tahun, adik 7 tahun.. ingat lagi masa tu kami duduk bertiga dengan kakak je sebab mak ayah pergi haji kali pertama.. rasa sedih sangat masa tu.. tapi bila usik adik, dia tak mengaku saya pernah cucikan seluarnya kat sekolah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah dengar perkataan 'langkat' tapi terlupa pulak untuk hari ke berapa....

      Nasib baik naluri emak-emak ni kuat, AN. Kalau ikutkan saya malas nak pergi sebab bila call balik kerani sekolah katanya okey dah nampaknya. Saya suruh juga HD tolong jenguk tapi tau ajelah orang lelaki nikan...Benda macam ni memang tak berkenan nak ambil peduli. Itu yang saya minta izin dengan bos nak keluar satu jam tengok anak di sekolah. Sampai-sampai je tengok dia dah terkurung dalam toilet tak boleh keluar sebab dah takda seluar. Seluar yang cikgu bagi tu pun alahai....macam saiz Adik Cute jerk saya tengok. Nasib baik juga koperasi sekolah masih buka. Kalau dah tutup, satu hal pulak nak lari balik ke rumah ambil pakaian baru!

      Delete
  8. haha ralit tau saya baca entry ni,
    dalam pada malas nak karang entry,
    kemain panjang berjelanya MD,
    tau2 dah habis baca.

    bagus juga kawan2 abang ni, caring kan.
    btw selamat bercuti MD
    boleh gi jalan-jalan bawa si cute berdua tew :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini entri orang malas... ^_^ Kalau entri orang rajin lagilah panjang takda fullstop, takda end of the story gitu....

      Nasib baiklah kawan-kawannya membantu. Itupun kelmarin naik sekolah dia takut nak pergi ke sekolah. Takut kawan-kawan ejek. Tapi alhamdulillah, takda pun kawan-kawan yang sibuk tanya pasal hal tu. Legalah dia...

      Delete
  9. saya pun happy sebab ada kawan gaduh untuk 4 hari di rumah ni..tapi yang tak best nya 4 hari kami cuma dirumah saja sebab kakak dari minggu ni bersambung sampai minggu depan dah exam..kena jadi cikgu la 4 hari ni...dah siap rotan pun...heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya tiga beranak ada di rumah, memang riuhlah *_* Anak-anak main terjerit-terpekik, saya pun sama juga menjerit macam langsuir tak jumpa mangsa!

      Anak saya si Abang dah habis exam. Lagilah syok duduk rumah nampak gayanya. Mommy yang di sini tak mampu nak beli rotan, Diana. Kalau beli pun, tak sampai hati nak rotan. Kita takut-takutkan kata nak hanggol kepala ke dinding pun, depa buat rileks jerk! Takda kesan scary mary langsung ^_^

      Delete
  10. Kesian abang.nanti kena tengok makan malam dan pagi abang ru MD takut berulang kesian abang.
    memang la bagus bukan daddy dia yang pergi MD..kot tak mau abang kecik hati lagi kena bebel ngan daddy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya agak-agaklah sebabnya. Si Abang nikan cerewet, selalu juga sakit perut. Angin sebenarnya dek tabiat makannya yang tak berapa elok tu. Kalau Daddy yang pergi, haruslah merah padam muka menahan marah. Silap haribulan saya pun ditelefonnya kena tazkirah. Kalau apa-apa berkaitan anak memang kesalahan letak kat emak aje! Geram tau, Acik!

      Delete
  11. cuti panjang dah tentu byk yg buat majlis . mesti up entry nanti tu ya ... kesian abang . sakit perut mmg seksa . tapi lagi seksa bila abg dpt cipta sejarah kwn pinjamkan seluar tapi tak muat ... heheheee ... dpt bygkan klu HD yg urursakn ... heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak uplah nampaknya entri majlis bertunang tu, Vee. Satu, saya sibuk makan. Dua, sibuk control anak-anak suruh behave. Tiga, saya ditimpa malas nak snap foto sebab orang ramai sangat! Empat, gambar keponakan memang tak boleh masuk blog juga *_*

      Seluar yang kawan/cikgu bagi tu adalah macam saiz si Adik Cute. Manalah muat. Anak kita memang pakai saiz orang dewasa dah! Nasib baik ada koperasi sekolah. Kiranya memang nasib baik ajelah hari tu. Kalau tidak, lagilah malu!

      Delete
  12. cerita pasal sikit perut,ohh stress!mungkin juga antara punca yg ada kaitan sy tak update blog seminggu.haha

    adoi bubbly Abang buat lawak..kawan2 dh nk tolong tu,tp takda saiz nak buat Macam mana.hahaha

    happy holiday MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, PK bukan ke tak update blog sebab sibuk dengan aktiviti memasak di dapur? Hahaha.....

      Itulah padahnya kalau pakai saiz orang dewasa ni. Seluar yang kawan bagi tu kecil sangat, PK. Nak masuk kaki pun tak muat. Kesian pun ya juga bila saya tengok dia pucat lesi dalam bilik air. Saya tanyalah kalau saya tak datang apa akan berlaku? Dia kata dia dah standby suruh kawannya si Daniel cari no. telefon saya dalam pencil case, pergi pejabat pinjam telefon dan telefon saya. Cakaplah yang itu kawan Abang dan Abang sekarang 'terkandas' dalam toilet sebab takda seluar!

      Hahaha....

      Holiday saya dihabiskan di rumah aje, PK. Sempatlah mengkari daging dan kambing *_* Berasaplah juga dapur kita ~_^

      Delete
  13. Wahhhh seronoknya cuti....stok cuti nini dah abis...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ke mana-mana pun, Nini. Dok rumah mengulit anak sambil upkan pitching sekali-sekala *_*

      Delete
  14. Salam. First time dengar perkataan 'tubeng' =D. Your writing is funny!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam!

      Hahaha.. tetiba je nak jadi pakar bahasa BM rojak, Nin *_* Thanks for adding me. I dah buat benda yang sama juga ~_^

      Delete
  15. Kalau dah nak dekat dekat cuti memang mood kelaut. buat kerja asyik ingat cuti je. Hahahah. lepas ni dah cuti puas puas jangan malas pulak buat kerja kak.. Kalau nani spesis gitu lah. Nak dapat balik mood kerja tu bila cuti lama fuhhhh lama betul dia nak datang. Hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah puas cuti pun, macam tak puas hati jer nak buat kerja, Nani! Hahaha....

      Ini pun berat hati nak tekun bekerja tau padahal dah puas menternak lemak dan kolesterol masa cuti empat hari tu *_*

      Delete
  16. Kita pun sama MD, tak de mood nak keje...rasa nak jadi full time housewife jek...huk huk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kan Linda itu bukan sebabnya. Percayalah. Kalau kita jadi fulltime housewife pun, kita tetap malas jugak. Hahaha....

      Delete
  17. alahai kesian abg....mesti siksa menahan sakit perut dan siksa menunggu mummy dtg.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kak. Kesian saya tengok keadaannya bila sampai di sekolah. Cikgu buat tak tahu je. Suruh masuk bilik air dan biarkan aje budak dalam tu. Sedih hati saya emak-emak ni tau! At least cikgu tolonglah call beritahu pada emaknya keadaan anak. Laju jerk saya datang. Dah namanya emak, kan!

      Itupun masa naik sekolah Selasa lepas dia malu nak ke sekolah. Takut kawan-kawan tegur. Alhamdulillah, takda siapa pun antara kawan-kawannya yang buka cerita lama :)

      Delete
  18. Kesian anak kalau sakit perut ni MD.. Anak akak nombor 2 tu selalu gak sakit perut.. dia ni makan memilih tu yg mudah sakit perut.. Telefon juga akak kat ofis suruh jemput dia balik.. bawa kan klinik dulu tengok dah pucat jer muka tu..
    Ada sekali tu abahnya yg hantar ke sekolah.. pastu dia sakit perut pulak dah terkincit dalam seluar.. mampus dia tak nak turun gi sekolah.. udah abah dia marah2 .. tu lah org lelaki.. nak jaga mancho dia ajer.. anak yg sakit perut pun tak endah.. lain kita ni mak-mak MD .. apa jua keadaan anak kita mesti uruskan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah tu, CH. Anak saya si Abang tu pun memilih makan, teruk sangat. Itulah punca dia selalu sakit perut. Lagipun dengan saiz badan besar macam tu, nak masuk duduk dalam toilet yang berbau, basah dan tak selesa tu, memanglah sukar baginya. Saya pun faham, takdalah nak marah anak ke apa. Tapi sedihlah bila cikgu biarkan aje dia di dalam toilet. Nasib baik ada kawan yang prihatin tolong itu ini.

      Suami saya, kita yang uruskan semua bila balik rumah, kita yang kena marah. Anak sakit perut, kita juga yang salah! Aduhai....

      Delete
  19. Err seluar dia letak
    Atas lantai? Sobsss baca kena beli seluar pastu berkejar ke tandas pun dah letih. Jd ibu ni letih kan? Ops ibu mithali maksud LM. Klu x pedulik anak tak letih la kan...

    Apa yg abg mkn smpi
    Jd camtu. Sian dia. Klu x dtg camnelah agaknya kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maklumlah LM, si Abang ni kan badannya besar. Siksa juga dok dalam toilet sekolah tu dalam keadaan sakit perut. Dah tercirit lah tu. Nak buka seluar pun payah. Kat lantai ada air. Nak buka kat tepi-tepi toilet bowl cangkung tu takut termasuk terus kaki ke dalam tu, tak stabil! Itu agaknya dia panik terus buka seluar terus ke lantai!

      Yalah, jadi mak-mak memang macam ni. Susah senang bersama anak-anak. Malu ke bangga ke, memang kita tetap ada setia sebelah anak, kan....

      Rasanya dia minum susu sebelum tidur tapi malam tu dia tak makan, cuma makan burger sekeping jerk. Dia ni kalau perut kosong janganlah minum susu, memang memulas. Tapi itulah, kata-kata emak tak nak dengar bila dah kena, pandai cari mak....

      Delete
  20. untunglah cuti...hahaha.kte gak yang berkeje demi mengumpul duit nak kahwin..haha. ni namanya entry time malas ek, tapi dah macam novel.

    kesiannya Abang, nasib baik sisa-sisa kehebatan Mummy masa jadi peserta merentas desa 20 tahun dahulu ada lagi.dapatlah berlari ke hulu ke hilir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah untung *_ * Kesiannya Dik Sal. Kerja dengan suratkhabar memang gini gaya ke? Nasib baik akak tak pernah kerja dengan suratkhabar yerk. Kalau tidak, akak utilise MC secukup rasa gamaknya!

      Nasib baiklah Mommy ni walaupun perasan vogue, masih lagi turun ke tanah menguruskan hal-hal macam ni demi anak-anak. Kalaulah spesies mak datin, haruslah anak kena tunggu sampai maid datang. Nak datang sendiri, malu pulak....

      Delete
  21. Lain anak lain ragamnya kan..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu baru dua anak. Kalau ramai anak lagilah berlainan ragamnya, ya tak?

      Delete
  22. alahai kesiannya abg. nasib baik ada superwomen yg terbang terus ke sekolah. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..... kalau tak kerana superwoman yang satu ni, entahlah tak tahu apa berlaku pada Abang di sekolah. Instinct mak-mak ni memang kuat tau, Lyn ~_^

      Delete
  23. Assalam sis,
    waaaaaaaaaa
    sian abang yer
    seb baek mommy cepat tangkas dan bijak kan3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam!

      Kesian pulak tengok dia berpeluh dalam tandas! Dahlah sekolah Cina, tahu ajelah 'suasana ' dalam tandas macamana! Nasib baik ada Mommy Super-E datang membantu. Hehehe!

      Delete

Post a Comment