Well, MD dah mampu membebel semula ~_^

Salam Khamis kawan-kawan!

Oh, sakit gigi dan gusi tak hilang lagi yerk tapi tidaklah datang selalu. Mengikut kata hati pakar gigi tak bertauliah ni ( I ler tu...) rasanya bukan sebab nak tumbuh gigi baru. Mungkin juga kurang minum air masak makanya mulut ini panas. But then, kalau macam tu selalunya I dah kena ulcer merata dalam mulut! Daripada kena ulcer merata pecahnya dalam mulut, biarlah kena sakit gigi dan gusi (Amboi, PK...pandai buat lawak ya! Nasib baik takda depan mata, kalau tidak putus sudah kasih-sayang antara bakal besan!)

Bila dah macam ni, barulah I teringat nak minum air masak barang 10 liter sehari ....

Nak suruh I pergi jumpa dentist macam nasihat jiran sebelah, Kakzakie tersayang dan makcik vogue kat Utagha tu, to be honest you all.... I memang rela menggelupur sakit daripada pi jumpa dentist. Sebabnya I ni ada sejarah silam dan kelam dengan dentist ni masa kecil-kecil. Ya, sudah! Tak perlu tanya lebih nanti kalau I start buka sejarah silam tak habis-habislah entri ni nampaknya....

By the way, tengahari ni ada 'makan besar' company nak belanja. Besar mana amaunnya tidaklah pasti. Nanti kalau mood okey dan muka tak malu MD muncul menggantikan perempuan Melayu sejati terakhir dalam diri, I snaplah gambar. Kalau tidak, jangan haraplah. Macam entri-entri yang selalu keluar ~ penuh dengan tulisan tanpa gambar *_* 

Tapi... macamana nak makan ek?

Takpa, takpa. Nanti-nanti tengoklah macamana. Kalau tak dapat makan, telan air liur je balik nanti bancuh Milo semug, buatlah aktiviti cicah biskut 'sampah'. Kalau kena sakit dalam mulut tak boleh makan, mahu turun 10 kg dalam masa dua hari but the last time I checked, tak pernah pula kejadian jarum penimbang tetiba dah naik berpatah balik hampir ke kosong tau!

Okeylah, mari kita masuk ke bab yang seterusnya....

Memandangkan I memang berhasrat nak menulis satu entri sehari, tetiba aje semalam I cubalah nak mencabar diri sendiri. Sejak kehadiran orang bos baru ni, hidup berblogging terasa terumbang-ambing bak kapal Titanic menghadapi saat-saat getir selepas terhantuk iceberg gitu ~_^ 

Apa cabarannya nantilah I habaq. Tak pun tau-tau aje ah kak Diba (Ingat! Baca sebagai 'Diva' ya ^_^) dah start mencabar dirinya. Eleh, bukan nak panjat Mount Kilimanjaro sambil berposing on top of Mawenzi cone yang berapi-api itu, mahupun berenang dengan 2pc suit di Pas de Calais, English Channel atau mencari harta karun di Timbuktu nun berhampiran Sahara Desert. So, don't you worry! I nak berhenti berblogging barang setengah tahun jerk..... Hahahah!

Mesti antara rakan alam maya yang baru (maybe yang lama juga) rasa musykil dengan status I ni sebagai ibu bekerja. Sekali tengok macam rileks je memanjang. Ikut sukahati dia nak taip entri, blogwalking sampai basah ketiak setiap hari. Dua kali tengok macam curi tulang jerk. Tiga kali tengok, eh dia ni CEO company ke... ~_^

Yang sebenarnya, kerana kerja yang mudah dan rutin kerja yang sudah jadi agak membosankan itulah menyebabkan  I berblogging ya! Kan dah diberitahu, I mula berblogging sejak Julai, 2013. Kononnya selepas sambut birthday ke-ehem,ehem,ehem (tiga tu, tiga...) pada akhir Jun tahun tersebut naklah start menulis blog tapi tak reti nak start macamana (Sudah, jangan ada yang gegatal jari-jemari mulus tu nak tengok entri pertama! Tak sanggup I terima komen dan diperlakukan macam Mak buat tu~ ada ke Mak gila selfie tu kata kita syok sendiri! Macamlah dia tak syok sendiri masa pertama kali tulis entri! Gusti tarik rambut atas katil kang, baru tau!)

Sebelum Julai tahun tersebut, I memang tersangat sibuk ya. Sentiasa aje bersarapan telan air liur sesaja. Adakalanya buat teh tarik 3in1 pepagi tu sampailah nak balik baru sedar air tak minum lagi. Nak pergi touch up 15 minit sekali pun tak mampu. Nak terpee pun boleh main pujuk-pujuk pundi kencing suruh tahan sampai balik rumah!

Kalau dapat kunyah sekeping karipap tu, heavennya rasa. Itu pun kunyah sekali terus terlupa. Tau-tau masa nak balik, karipap masih di atas meja lagi, tak habis-habis! Satu hari you all nak makan sekeping karipap jerk. Tapi jangan terperanjat pulak. Takdalah I kurus melidi kerana merana tak sempat makan. Time lunch break, I pi terapi minda kat 'kawasan Parlimen' berdekatan ~_^  Kalau tidak, tapau makanan untuk lunch kat gerai makcik jual mahal ikut harga petrol tu ....

Ada desktop dan laptop di atas meja ni tapi nak melayari internet janganlah mimpi. Takda masa langsung. Asyik-asyik bos tengok muka I, I tengok muka dia balik. Kalau dapat bos macam muka Takenouchi tu takpalah, ini biasa-biasa aje. Laki orang, bapak budak pulak tu. Duh, takda keterujaan langsung nak bekerjasama *_* 

Lepas Julai, 2013... lega banyak dah! Siap penuh kotak bawah kaki letak magazines dan novels. Asal lapang jerk, selak helaian novel. Suratkhabar tak payah ceritalah. Kalau ada lima suratkhabar sehari, semua pun I khatam baca! Sampai tak tahu nak buat apa, itu yang I jalan-jalan makan angin baca blog orang. The rest of the story, is a history by now ~_^

Sebab itulah I boleh komen berkoyan-koyan, berguni-guni, berlori-lori, bertan-tan kat blog kawan-kawan bila ada masa. Sebab itulah I taip entri on the spot bila masuk kerja. Bila ada kerja, I concentrate on my work dulu. Takdanya buat ala kadar je kerana sibuk nak berblogging dan blogwalking ya. Dah namanya makan gaji, haruslah buat kerja sesuai dengan gaji dibayar dan mendahulukan kerja daripada semua perkara lain bila di pejabat *_*

Well, well, well, Kak Ton tak curi tulang tau...

Tapi sejak kehadiran bos baru ni dah mula nampak tanda-tanda kesibukan akan melanda walaupun tak macam dulu-dulu. Bukan sebab bos baru  dengki tengok I rileks goyang kaki sambil sengih depan pc, tapi pertengahan bulan Mei nanti akan berlaku perubahan lagi. Sebelum ni, kan I kata I ada tiga bos. Sekarang tinggal dua aje. Satu tu dah pulang ke negaranya dan tiada pengganti lagi buat selamanya (tulis bajet macam sedih tapi tidak sebenarnya... mengekeh-ngekeh dalam hati gumbira tau...) 

Pertengahan Mei nanti salah seorang staff in our section ini akan ditamatkan kontraknya due to bad performance yang dah makan bertahun-tahun sudah. Nak kata  I sedih, tidak juga sebab yang terbabit pun tak nampak sedih kontrak ditamatkan. Yang membuatkan I kalut ni sebab selepas itu, semua kerja yang sepatutnya ditanggung oleh lima orang akan ditanggung oleh dua orang sahaja~salah seorang itu adalah saya ler....

I masih tak dapat membayangkan apa yang akan berlaku tapi kemungkinan besarlah akan sedikit sibuk. So, dah tentu menggugat keterujaan I berblogging dan blogwalkingkan.... Nantilah, kita tengok macamana bila masanya sampai....

Okey, guys! Itu aje nak cerita hari ini. Ada entri yang menunggu lagi. Dalam pada menaip yang ini, boleh pulak draft entri lain lagi tu... Punyalahkan kuat membebelnya ~_^

Tiru gaya besan satu lagi ~ Till we meet again ^_^

 

 

 






Comments

  1. anggaplah sakit gusi & gigi hidayah dari Allah untuk buat kita kurus sekilo dua hahaha... saya start berblog rasanya 2008tapi blog 2008 semua dah delete.. blog yg start 2009 ni je bertahan.. masa kerja dulu berblog sebab dah tak tau nak buat kerja apa.. dapat ketua yang gila kuasa + gila kerja.. takut kepentingan dia tergugat so dia tak ajar kita buat banyak kerja & dia lebih rela buat banyak kerja sebab dia buat perangai macam HJ pun tetap orang tak boleh buang dia kerja sebab dia sangat berkepentingan kat opis tu.. Ops.. terbuat cerita pulak kat sini.. hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapannya nak turun berkilo-kilo dalam masa 2 hari ni, Suria... Hahaha... Oh, maknanya blog yang 2008 tu dah takda lagi ke apa? Hahaha....so kiranya kita ni serupalah ya cuma sebab tak sama. Mula berblogging masa bekerja....

      Uhuh...geramnya masih berbisa rupanya... Biarlah dia dok senyap-senyap kat company tu dah dia aje yang pandai buat kerjakan...

      Delete
  2. haha saja ja nak menghiburkan hati orang yg sikit gusi..

    org baru ada blog semuanya syok sendiri.same goes to me.kali je dulu2 bila MD dok korek entry seawal kemunculan dulu.huhu

    makanya pasni tak dapat la nak bermaharajalela blogging meroyan komen ya..katanya dah terbeban dengan kerja sorg la yg nak ditamatkan kontrak.ke MD dah memang hebat boleh selesaikan tanpa menjejaskan aktiviti meroyan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula-mula berblogging, sopan ya amat. Itu yang kena kutuk dengan jiran sebelah. Selamba jerk dia mengutuk tanpa rasa segan silu kita ni terhiris hati gitu. Sekarang ni, tak payah tunggu orang kutuk, kita dah siap-siap mengutuk orang dulu dalam blog. Hahaha....

      Tengok keadaanlah, PK. Kalau teruk sangat kerja kat pejabat ni, kena cari waktu sesuailah nak gelak sorang depan komputer. Maybe, tengah malam kot. Boleh buat teman PK waktu syif malam ~_^

      Eh, saya super-E, awat tak tahu-tahu lagi nih.... ^_^

      Delete
  3. Dalam pada sakit gusi ada makan besarlah pulak.
    Nasiblah dpt menikmatinya ke tidak. Kalau tak dpt pandang ajelah jawabnya hihi..

    Kakak ni bw pun kalau tak busy walau boss kakak ada tengok dia tak kisah tau MD. Tapi boss kakak bukan selalu ada pun. Sesekali dtg dok berbual jadi tergendala. Sebab itu sambil berbual kakak bw. Tak pun kakak buat N3. Dia bukan faham pun apa yg kita tulis dan apa yg kita baca..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak dapat pun, kak.... Lagi sadis, makanan tak sedap dan bercampur dengan benda entah apa-apa. Teruslah tutup selera. Balik muntahkedarah minum Milo. Hahaha....

      Untunglah kakak, bos buat derk je akak blogwaking sambil tulis entri depan dia. Kalau bos saya nampak ni, mungkin dia curious juga nak tahu. Hahaha....

      Delete
  4. Alaaaaaaa.....tak best ar camni..... Kak Tonkan kaki buli, so kerja org yg kena stop kontrak tu, Kak Ton pas balik kat bos tulahhhh.....biar dia buat sikit. Mak takut tau jiran mak kena sawan kalau buat kerja banyak. Kang entah apa sawan yg hinggap pulak kang huhu....

    Alah kak Ton janganlah pencen, Tak besr ar takde geng nak bergaduh, mengumpat, tarik rambut, cili mulut semua tu....kang mak hilang skill nak buat tu semua, ha camne?

    Baru nak tolong operatekan gusi, dah kurang pulak ek...agaknya ada ulcer kot kat gusi tu. Kekadang suka jer dia tumbuh merata kat celah mana ulcer tu, tambah lagi kalau org tuvsuka ketawa tak berhenti hihi....

    Lega mak tau Datin Diba tak kona pasal pengalaman gi dentist zaman tak baligh lagi....huh lega....mengalahkan minum jus LEGAlah ......Kalau tidak terpaksa baca sambil lompat jilapah haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang Kak Ton ni pembuli orangnya, tapi tak sampai hati nak pas baton kat bos. Nanti appraisal tak bagus, siapa yang nangis? Kak Ton juga tau....

      Alahai...kalau Kak Ton tak kutuk, Mak lagi suka. Aman dunia katanya takda siapa yang datang sawan menyerang Mak tanpa bersebabkan...

      Sakit tuh di sini masih lagi, Mak ooi... tapi Kak Ton kebalkan jiwa raga, say No to dentist. Hahaha.... Tak, tak...bukan ulcer. Kak Ton dah periksa seluruh pelosok dalam mulut Kak Ton ni. Tak nampak bayang wajah cemerlang, gemilang, terbilang ulcer menyerang. Tapi kan sejak pagi tadi dah start balik sakit dan mulut ni dah heaty semacam. Rasanyalahkan.... maybelah ulcer nak war attack lepas ni. Duh, 2 minggu ni Kak Ton asyik diserang penyakit jerk. Itu tandanya suruh Kak Ton senyap sikit. Macamana nak senyap ~ jangan merapu dalam blog. Hehehe....

      Mak ni, kalau pun Kak Ton tak cerita sejarah kisah silam kau dan aku (me and the dentistlah okey...) Mak harus faham. Kak Ton ni kan rajin menulis entri. Tak tulis itu, I tulis ini. I am 'Diba' kan.... Eh, bukan Dibo, the Gift Dragon tu ~_^

      Delete
  5. Bila baru buat blog benda biasa tetap kan hari sekian2 untuk entry sekian2..isnin hanya tulis pasal anak,selasa tentang tips kecantikan..tapi semua tu hanya bertahan 2 minggu..ahahha...lepas tu mula la membebel tak berhenti2 ..kan??semua cerita nak sumbat dalam satu entry ..

    ekekek...

    Sibuk tu cuma dijangka saja..kan??belum kompem lagi...alah..selalu MD kalau sibuk2 pun entry mesti 4 perenggan...apa nak heran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni masa mula-mula dulu, sopan tau. Tak tahu response orang macamana. Buatnya kita merapu lelebih lepas tu kena kutuk, sudah... hilang terus niat nak aktif berblogging pulak nanti!

      Tapi bila dah lama menulis, terserlah ganasnya bila menaip entri. Tak jumpa-jumpa fullstop. Kalau boleh semua nak masuk dalam satu entri baru puas hati. Hahaha....

      Saya ni super-E kan.... Haruslah cemerlang, gemilang, terbilang, geget karang ~_^ Tengoklah macamana kekdahnya... Kalau masih boleh berlapang dada, bolehlah sambung 'cita-cita' *_*

      Delete
  6. alaa baru nak bermesra dengan entry MD,
    harap2 dapat berblogging macam selalu yea.
    moga gusi MD dah sembuh..
    take care :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...baru cadang jerk.... Kalau tak termampu nak galas tugas baru. Kenalah korban mana perlu. Tapi saya memang suka berblogging, suka menulis katanya. Idea pun tak pernah kering nak merapu....

      Delete
  7. Haiii akak. sorry baru dapat singgah sini hari ni. "busy" sangat sampai tak sempat nak singgah. eheh ! padahal nyaa sibuk pegi shopping tengok wayang apa semuaaa. hahahaha. ehhh nani pun ada penyakit takut kalau nak jumpa doktor gigi. hahahah. dulu masa sekolah rendah nak cek gigi pun boleh melalak macam orang tak betul . Kah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi, sibuknya... Tengah menguruskan majlis pertunangan ke, Nani? Ke tengah sibuk cari barang nak terus kahwin dengan bakal doktor ni? Akak jangan lupa jemput ya. Hahaha....

      Sama spesieslah kita, Nani. Dulu-dulu bolehlah melalak, sekarang ni kalau melalak ada juga yang kena ketuk dengan dentist. Mengada-ngada katanya...

      Delete
  8. Haha.. panjang lebar cerita pasal sejarah perkhidmatan ya.. ayat ceo tu saya gelak baca. Awal dulu saya pun pernah syak MD ni bos ke, pengarah urusan ke, macam banyak je masa dia. Haha..

    Olo2 sian dia sakit gigi hari tu ya.. maafla xsempat nak bertanya khabar.. nak berblog pun masa dari isnin ke rabu eh petang khamis, sebab asyik berangin je bila melayan karenah pelbagai orang kat sekolah tu.. hish...geram betul.. ops tetiba menulis pasal diri pulak kat entry MD ni..

    Harapnya kita sama2 ada masa untuk rasa gembira melakukan aktiviti kegemaran kita ya.. memikirkan kerja dan orang di sekeliling ni memang la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...itulah kena explain dengan penuh teliti supaya tidak mendatangkan syak wasangka. Hahaha....

      Kalau dok fikir 1001 kerenah tentang bos, rakan seperjuangan mahupun kerja yang tak sudah-sudah, memang boleh botak cepat. Lebih baik kita ambil langkah selamat supaya sentiasa awet muda macam jiran tu ~_^

      Delete
    2. Haha.. awet muda mmg takleh lawan Okjelah nampaknya.. tgh geram hari khamis tu saya menjawab bila ada senior bagi ayat cetek ilmu.. haha, saya pun tkejut yang saya sendiri berani bagi respons gitu.. haha.. main2 lagi dengan orang yang kerja bersungguu2 siapkan projek penting, memang cari pasal la dia.. terdiam..

      Lepas minggu ni saya nak kembali bertenang jadi sopan santun, baru leh awet muda ya..

      Delete
    3. Lepas ni kan AN kalau rasa nak marah jer, mendidih darah je, silalah senyum. Senyum tu sedekah. Di samping itu, barulah tercapai niat kita nak lebih awet muda daripada jiran Kak Ton tu. AN muda lagi, tak terlambat kalau nak mencuba sekarang. Hahaha....

      Delete
  9. sebut pasal entu pertama tu , saya pun syok sendiri . tak tau lagu mana nak share dgn blogger lain sudahnya sekarang dok dlm draft je ...klu kerja bertambah , makanya kenalah berli elaun sbb buat kerja org kan tapi mana ada company baik macm tu ... selamat menyibukkan diri ya tapi masih ada masa bw lagi tu ... saya gak yg masih byk berhutang bw ni ... adeh ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapalah tak syok sendiri masa mula-mula menulis blogkan... Itulah, jiran saya tu saja je nak menjirus minyak ke bara api kat Bt Caves tu~_^ Saya dulu sopan jerk tapi sekarang tak sanggup dah nak berlakon sopan lagi. Gelak pun besar jerk, takda tersipu-sipu lagi. Huahahaha....

      Belum start lagi Vee. Tunggu pertengahan bulan Mei nanti tengok macamana. Kalau gian, malam pun boleh je singgah rumah kawan-kawan kan...

      Delete
  10. saya oun byk draft terbiar..hihi. upload gambar, buat tajuk dan tinggal..
    ala membebel alam maya tak pe MD..takde sapa sakit telinga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya yang berdraft memang terbiarlah sebabnya bila nak taip entri je, tetiba idea lain yang muncul dulu ~_^

      Delete
  11. dah takdelah idola saya kalau kak MD kurang membebel..istiqamah betul tulis sehari satu entry..kalau saya dapat seminggu sekali pun syukur.hahaha.

    semoga sakit gigi/gusi/ulser akak tu cepat sembuh ye..nanti boleh membebel ngan Adik n Bubbly Abang.

    all the best kak MD lepas ni...moga tabah menghadapi pancaroba doniawi...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak kan memang suka membebel. Kadang tu kalau tak membebel dalam blog terasa macam peminat akan merindui selebritinya. Hahaha... bab perasan tu memang confirmlah akak menangkan, Sal... Opppssss... tak leh gelak besar, mulut sakit :)

      Sekarang ni tak leh membebel kat rumah, akak main signal tangan jerk. Kalau suruh senyap, I clap my hands jer you...pandailah mereka berdua mendefinisikan maksudnya ikut berapa kuat bunyi clapping tu. Hahaha... .opsss.. terlupa lagi sakit mulut :)

      Delete
  12. klu busy kat office kak, kena lah rajin2 buat auto published masa weekend.
    ermm tak lah kosong blog akak ni.. ada lah jugak masa Lyn membaca entry yg pjg berjela ni.. hehehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe, akan datang kena buat auto-published lah kot. Tapi yang tak bestnya, idea selalu datang tak tentu masa. So kalau nak menulis tak dapat, terpaksa peram lepas tu tension tak tahu apa nak tulis dulu :)

      Delete
  13. bab bagi komen berkoyan-koyan, berguni-guni, berlori-lori, bertan-tan kat blog kawan-kawan, memang MD champion! *tabik spring*

    sapa yang suka2 tuduh kak ton curik tulangg tuu? ishishhh tak baik tau buruk sangka...dont worry MD, Allah bersamamu :)

    psst, misi sehari se-entri ku mmg dah ala2 ke laut dah ni...tolongggg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, tetiba Kak Diba perasan balik tau ~_^

      Itulah, lain kali jangan buruk sangka dengan Kak Ton. Kak Ton ni sebenarnya baik, friendly, sopan, rajin kerja, etc.etc.etc...laaa...bilalah nak habis puji diri sendiri ni! Takpa, nanti, Kak Ton buat entri syok sendiri, puji diri banyak-banyak ler, senang nak baca sambil muntah-muntah ~_^

      Hahaha...tak cakap pun dah tahu. Dah nampak dah lubang-lubang entri sikit punya besar, kalah lubang yang terbentuk kalau meteor jatuh ke bumi tau ^_^

      Delete
  14. sakit gg sakit y xlehh ditahan-tahan.. sampai leh sakit kepala habis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Tak pernah ingat pun sakit gigi gusi teruk macam ni. Kiranya inilah first time. By now, dah kurang dah sakitnya. Yeah, bukan sebab geraham bongsu. Lega!

      Delete
  15. 10 litre cukup ke MD... cuba minum 10 gelen baru berkesan kut :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hajat di hati macam tulah, kalau boleh nak 10 gelen tapi tak cukup gelenlah CH ~_^

      Delete
  16. Dah hilang ker belum sakit gigi nya? Saya kalau sakit gigi pon memang tak di dentist. Sanggup menahan kesakitan dengan saiko diri sendiri yang sakit gigi tu akan hilang nanti...hahaha...Dasar penakut tak kena tampat kan. Harap² sakit gigi tu tak datang lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tetiba pulak hari ni datang balik.... sakit gigi belah bawah pulak! Aduhai...malas sungguh nak jumpa dentist ni. Takut pun satu hal. Tahan ajelah.... ikut segala petua yang ada!

      Delete

Post a Comment