30 entri

Salam kawan-kawan!

Nampak gayanya memang tak tercapailah target nak buat 30 entri dalam sebulan! 

Tengok kat sidebar tu, separuh pun semput nafas nak mencapainya! Ingatkan mudah aje setakat 30 entri sebulan. Eleh, macam kacang hazel aje! Sehari satu entri dah dapat 30 entri sebulan! Berlagak memang 'I'm number one!'

Terlupa pulak tuan rumah yang ini memang tak menaip manuskrip kalau tiba hujung minggu. Selalu aje berangan nak habiskan blogwalkinglah, nak taip entri untuk autopublish seminggulah bila sampai hujung minggu tapi bila di rumah, jangan haraplah sempat nak tengok blog.

Adakala tu ingatkan bila anak-anak dah tidur dan kerjarumah dah selesai, naklah juga bertafakur depan komputer. Tapi tidak juga. Dahlah I ni kalau tak duduk depan pc, tak boleh menaip. Setakat tab, laptop dan smartphone tu bukan style I lah.

Yalah, tengok sendiri setiap entri I yang ada. Mana pernah 100 patah perkataan jerk! Kalau masuk majalah ni dah kira satu cerpen! Huhuhu.... Ada hati nak menaip kat tab, laptop mahupun smartphone... Memang tidaklah jawabnya! Dengan terkial-kialnya, mahu awal tahun ni mula menaip, awal tahun depan baru siap!

Kalau depan pc tu laju sikit *_* Belum sempat habis menaip, dah terfikir ayat seterusnya ~_^

Selalunya memang I menaip pagi-pagi bila sampai di pejabat. Maklumlah, sampai pejabat seawal 7 pagi. Banyak masa untuk buat hal sendiri sebelum memulakan tugasan harian. Tapi adakalanya memang tak menyempat juga nak taip on the spot. Bila ada kerja urgent dan dalam kepala dok fikir macamana nak siapkan kerja tu, memang lambatlah taip entri. Adakalanya sampai tak sempat langsung nak tatap blog apatahlagi nak suruh blogwalking sesuka hati. 

Dah namanya bekerja, walau suka macamana sekali pun dengan aktiviti blogging dan blogwalking, kerja tetap kena utamakan ~_^

Oh, ya... macam minggu lepas juga, ini cuma entri pemanas hati! Sebenarnya kalau tak baca pun tak pa tapi dah you all baca entri pendek ni sampai habis, nak wat camana.... Dah terlajak baca habis, sia-sia je tekan button X kat atas nun ^_^

Jangan marah yerk terbuang masa. Nanti ah kak tempek manuskrip teragung lagi macam selalu ~_^

 




Comments

  1. Haha.. awal2 dah surrender nampaknya.. ada lagi 6 hari ni tau.. kalau nak seribu daya kalau tak nak seribu dalih!!! Haha.. apa macam?

    Katanya blog ni suka2 kan, kita lapang kita tulis la.. azam tahun baru 2015 saya ni nak tulis 10 entry sebulan, ha.. kan sesuai tu, taklah tinggi bedooh targetnya.. selalu tercapai je kecuali ada bulan apa yang sibuk sangat dilanda angin kus kus sekali tu je..

    Kalau entry berjela mcm MD ni pun saya rasa dah ok..klau banding dgn org lain rasanya dah macam 50 entry yang pendek2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awal apanya AN. Rasa macam tak mampu dah ni lagi 6 hari nak cover lagi berapa entri nih. Kalau satu, dua entri tu boleh juga pulun habis-habisan... Huhuhu... Itulah verangan sampai ke bintang. Kalau tau tak mampu janganlah nak capai bintang! Tapi kalau verangan tak cukup tinggi, tak best jugakan.... *_*

      Yalah, dah namanya aktiviti masa lapang, masa lapanglah baru kita menulis! Kalau asyik nak ngadap blog memang nyesal separuh nyawalah banyak benda terbengkalai tak dibuat pada waktu sepatutnya *_* Itulah agaknya yang MakJilap rasa.... Dah best kurang berblogging terus lenyap *_*


      Delete
  2. sama la kita kalau taip kat kebot pc laju jer mencurah2 idea merapu merapan tu datang.. kalau kat Tab tu bergantung pada keadaan.. kalau tetiba ada cerita hot & spicy malas nak on pc.. baru update guna tab.. kita ni tak tau la berapa puluh entri sebulan.. yang tahu ada jer cerita update hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain macamkan lajunya menderu kalau guna proper keyboard ni. Kalau guna tab ke, smartphone, feeling teruja nak menaipnya tak sama :)

      Awak tu memanjang jerk Suria ada jerk cerita hot and spicy nak diupdate. Kalau tak, nanti kempunan nak baca cerita hantu untuk hari ni. Kurangkanlah sikit cerita BioEssence tu, banyak hikmatnya pada member-member yang spesies terkulai layu jerk hati kalau dok baca review percuma :)

      Eh, ini reply komen yang mana nih....cam tak sama jerk! Hehehe!

      Delete
  3. macam dah jadi trend blogger sekarang berlumba-lumba update blog tapi apa-apa hal pun kena utamakan kerja sebab kerja itu adalah tanggungjawab dan amanah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni nasib baiklah ada aje yang nak dibebelkan dalam blog. Kalau takda apa nak borak, memang rasanya malas juga nak up entri :)

      Tapi, betul tu...tanggungjawab kat dunia nyata ni banyak makanya kenalah dahulukan!

      Delete
  4. fuh..fuh..dah menyiapkan diri ini untuk membaca karangan cerpen, sekali pendek la pulak hari ni...takpe..xpe..lain kali ada lagi..fuh..fuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Ni yang buat kita serba salah tau.... Kalau tulis pendek, kena tegur. Tulis panjang, kena tegur. Macam ni lebih baik stick to novel ajelah ~_^

      Kalau kita tulis entri pendek itu pemanas aje katanyanya....nanti-nanti menyusullah entri lain pulak *_*

      Delete
  5. eemm.. lebih kurang sama dengan ai.. sibuk dengan rutin harian yang lain.. bila ada masa barulah hadap blog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni macam menyibuk aje kerjanya...Eh, sibuk bukan menyibuk ~_^ Harap-harapnya hari bersantai tu akan datang selalu macam dulu-dulu. Tapi tengok pada keadaan sekarang ni memang nak kena adjust juga aktiviti berblogging. Blogwalking pun dah semput ni, Aiza *_*

      Delete
  6. Hahahhaa..
    Tu pun ialah impian saya, utk menulis satu entri, sehari...azam utk 2015.
    Penyudahnya?
    Hahahaha..
    Tetap lah macam dulu....4- 5 entry je seminggu...Sabtu Ahad selalu off..Jumaat pun, off kadangkadang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasang impianlah. Masuk bulan Mei hari tu ingatnya naklah tulis 30 entri sebulan sebab bila tinjau balik entri lama-lama, memang tak pernah cukup 30 pun sebulan *_* Baru nak try, dah sangkut. Kalau kerjanya full time blogger bolehlah kot. Kalau macam kita ni DZ, kena dahulukan mana yang beri sesuap nasilah kan.... Hahaha!

      Delete
  7. bagus MD ada target..kita ni kan insan biasa..sy tak mau letakkan target..lagipun berblog suka2 kan..bukannya serious nak pulangan lumayan nak pulun Sgt,hehe..lagi kalau jiwa kacau memang tak berupdatelah blog.huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih ni baru berangan dah tak menjadi. Betul-betul angan-angan Mat Jenin tau! Saya suka berblogging ni tapi yalah kadang-kala memang tak sempat. Kat rumah tak payah ceritalah PKkan... awak pun tau macamana nak berperang bersilat berkungfu bagai bila dah bersama anak-anak! Dua jerk tu anaknya. Kalau ramai tak tahulah macamana stylenya ^_^

      Delete
  8. wow, dari dulu saya kagum dengan kak MD sebab mampu blogging dengan istiqamah.saya yang bujan dan banyak masa ni pun selalu biar blog berhabuk.Actually senang je nak dapat 30 entry..copy n paste aje apa kita baca kat FB or blog orang lain, 80 entry pun boleh..haha.tapi rasanya kak MD pun macam saya, tak puas kalau tak hasilkan something dari fikiran sendiri kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak sebenarnya cubalah kalau boleh sehari satu entri. Nak juga sebenarnya tulis lebih dari satu entri tapi memandangkan entri panjang berjela selalunya, takut kawan-kawan tak sanggup nak datang lagi ~_^

      Oh, rasanya tidaklah, Sal! Akak kalau takda entri berilmiah, akak bantai merapu aje. Tapi make sense jugalah merapunya bukan menipu *_* Kalau nak berkongsi ilmu pun, ilmu yang kita tahulah. Ilmu kopipes semata-mata nak naikkan trafik ke, nak dapatkan readers ke, tidaklah akak peduli *_*

      Delete
  9. Kak Tonnnnn ....ngantuk ni sebenarnya tp dah namanya rindu kann..

    Tak.payahlah berangan sampai 30 entri, sebulan. Lain tahun jerlah....hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa... Mak ni! Siapa suruh datang malam. Time is limited you know. Dah touch up lotion, dah pakai baju tidur, dah spray wangi-wangi tetiba Mak ketuk pintu bilik. Habis mood oghang tau ~_^

      Mak ni tak menyokong langsung niat murni Kak Ton tau. Tak baik tahu dengki dengan jiran sebelah :)

      Delete
  10. Hihi sy ni satu hari satu entri pun semput MD.. Dulu sehari blh buat 8 entri zaman kegemilangan dulu2 la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau panjang macam ni nampaknya memang sehari satu jerklah, LM. Nak buat banyak entri sehari, kita mungkin adakalanya mampu tapi pembaca tak mampu nak menghabiskan. Mengah....

      Delete
  11. zaman mula2 berblog dulu pernah juga acik nak buat sehari satu n3.tapi tak jugak MD..kadang dapat 15 hari awal..15 hari akhir tu dah slow..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni tak dan nak menaip kalau sibuk. Setakat idea tu rasanya tak kering nak merapu *_* Kalau kat rumah tu tak payah ceritalah. Memang malas nak duduk depan pc. Dah seharian di pejabat. Mata pun dah makin rabun nih!

      Delete
  12. Hahaha sama lah macam akak MD..
    Target lah tak mengalah nak 2 entri satu hari tapi hampeh juga akak ni..
    Lagi satu nak blogwalking.. camtu jugak.. sehari sekurang2nya 10 blog dah pergi komen.. idak jugak.. aduh.. pastu penyudahnya buat macam MD.. bila BW kat situ semua entri kita komen hahaha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kononnya nak cubalah bulan ni tapi nampak gaya macam gagal jerk. Memang ada idea nak menulis tapi masa tu begitu mencemburui kitalah, CH. Hehehe...

      Itulah saya sekarang ni pun makin semput nak blogwalking. Sebab itulah sekali datang, baca dan komen sekali harung. Senang cerita!

      Delete
  13. akak masih rajin menulis entry.. lyn dah kedaung sgt dah. Rasa dah malas sgt nak menulis.
    Mcm nak tutup jer blog ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat apa nak tutup? Biarkan ajelah. Ada masa menulis mana dapat *_* Suka-suka je pun bukan ada income pun dari blog. Agaknya bila dah lama memang buntu idea tak tahu nak tulis apakan, Lyn. Setakat ni akak belum kena lagilah penangan tu. Kalau takda entri itu maknanya sibuk ....

      Delete
  14. harap2 menjadilah 30 entry per month ya MD.. takpelah cerpen/karangan pendek/manuskrip ker tetap ada peminat blog MD nak baca..hihi..chaiyok2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak gaya tak tercapailah, Atie. Tinggal esok dan lusa tapi hujung minggu saya tak bersiaran! Takpalah boleh cuba lagi bulan depan. Bulan depan istimewa sikit ~_^

      Delete
  15. sbb tu saya malas nak target . buat entry apa yg termampu . klu satu hari tu dpt publish 2 , saya publish je . sbb esok lusa x tau ada masa ke idak nak menghadap blog ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru first time target kononnya bolehlah buat. Nampak macam mudah aje 30 entri sebulan tu, sehari satu. Tapikan, bila dah buat barulah tahu, susah juga nak capai target nih *_*

      Delete

Post a Comment