Abang oh Abang!

Salam kawan-kawan!

Jangan terkejut sangatlah kalau kita keluar entri 2,3 kali sehari. Nak tunggu sehari selembar benang satu entri, macam tak boleh tahan pulak hati ni. Kepala pun dah macam tak boleh nak simpan dah cerita-cerita yang dok keluar bergilir-gilir dalam kepala ni....

Maka, lebih baiklah kita taip entri cepat-cepat sementara bolehkan ^_^

Ingat tak tentang hadiah Hari Guru untuk cikgu-cikgu si Bubbly Abang? 


Yalah tu, yang itulah... coklat yang sibuk betul Abang suruh beli nak hadiahkan pada cikgu-cikginya yang enam orang tu. 


Alkisahnya hari Jumaat lepas telah berlangsung sambutan Hari Guru di sekolahnya. Bila I balik kerja petang tu, I terlupa nak tanya si Abang ni apa kisahnya. Maklumlah, bila balik rumah tu memang tak jejak lantai rasa kaki ni. Ke hulu ke hilir menguruskan rumahtangga. Nanti-nanti time tengok drama Korea pukul 10 malam tulah baru sempat nak berborak dengan anak-anak sebelum mereka masuk tidur *sigh*

Nasib baiklah dalam pada sibuk buat kerjarumah teringat nak tanya pada si Bubbly Abang. Daripada enam pek yang disediakan, cuma tiga pek aje yang dapat bagi pada cikgu subjek Mandarin, Matematik dan Sains! 

Maknanya ada baki lagi tigalah, Abang! Mana bakinya?

Errr.... yang baki tiga tu dah habis makan share dengan adiklah, Mommy!

Oh, anakku.... 

Bab-bab makanan ni memang laju jerk depa dua beradik perabihkan!

Sesi soal jawab pun bermulalah dok tanya mengapa ada berbaki. Sedangkan bukan main katanya tak cukup satu malam sebelumnya sebab ada satu cikgu ni (bekas cikgu BI) kononnya nak masuk kelas join the sambutan gitu... 

Bila I dengar terkurang satu pek, I pun cakaplah kat Bubbly Abang pandai-pandailah nak buat camna. Jangan sampai cikgu terasa hati pulak dalam pada semua yang dapat, dia sorang tak dapat! Naya nanti cikgu 'balas dendam'. Hahaha...

Rupa-rupanya kata Abang selepas sambutan di dewan, mereka masuk ke kelas masing-masing. Terlepaslah subjek BM, BI dan takda subjek Agama Islam pulak hari Jumaat. Lepas tu si Pak Panchang (ketua kelas) sampaikan pesanan dari guru kelas, pada sesiapa yang nak bagi hadiah pada cikgu, sila ikut ke bilik guru. Makanya mereka pun beraturlah naik tingkat 2 nak ke bilik guru. 

Bila sampai di sana, cuma ada cikgu Mandarin, Matematik dan Sains aje. Cikgu lain masih lagi kat dewan ke, tak pun tengah mengajar kelas lainlah tu. Makanya tak merasalah cikgu-cikgu yang takda di situ air tangan hadiah coklat daripada Abang. Penat Mommy berhabis duit tau beli coklat....

Tapi takpalah, mereka dua beradik juga yang mengerjakan sampai habis!

Lepas tu yang paling tak boleh tahan dalam pada kita sibuk berbual dua beranak tetiba Adik Cute menyampuk,

Adik pun bagi cikgu jugak! Adik bagi coklat juga! Mommy! Mommy! Dengarlah Adik nak cakap nih!!!

Nasib baiklah ada sepasang telinga. Kiri-kanan boleh dengar cerita serentak lepas tu Mommy lupa jalan cerita. Hahaha! 

Tapi I ni kan... apa cerita anak-anak memang simpan dalam hati, ingat dalam kepala. Kalau tidak macamana nak cerita balik dalam blog. Fikir senang ke nak mengarang manuskrip teragung ni?

Yang lagi best, Bubbly Abang sudah pecahkan tembelang Mommy spent duit beli coklat mahal nak bagi cikgu-cikgunya. Ish, si Abang ni tak boleh nak diajak bermuafakat tau...

Tetiba jerk masa kita tengah berborak tiga beranak, Hubbydearie yang diam mendengar menjawab,

Oh, suruh anak simpan rahsia eh! Kenapa you spend beli coklat mahal? Beli benda murah tak boleh ke.....

I senyum simpul melentik-lentik bulu mata ajelah depan suami....

Nak buat macamana Dear, I dah terbeli ~_^

Kalaulah Abang tak pecahkan rahsia masa berbual dengan Daddy dalam kereta ketika balik sekolah, tentu selamat rahsia kita ni. Di pagi raya nanti barulah Mommy list down semua rahsia-rahsia kecil yang Mommy simpan untuk kebahagiaan rumahtangga lepas tu barulah minta maaf nangis-nangis macam kena sebat jerk depan Hubbydearie! 

Ish, ish, ish... Abang ni......










Comments

  1. kahkahkah..
    Terbaik lah abang & adik tag team..
    Lepas ni pastikan mommy beli 2 dozen coklat tau..
    Jadi kalau abang & adik nak makan sendiri pun, banyak balance boleh bagi cikgu..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. La, masa nak bungkus ni saya dah belikan sekotak coklat untuk mereka makan sambil tolong membungkus hadiah, DZ. Dengan harapan tinggi menggunung, coklat-coklat yang nak diberi kat cikgu tu tak akan habis dimakan mereka berdua.

      Rupa-rupanya mereka lagi pandai sebab mereka tahu nak makan coklat tak payah minta izin dari MommyDaddy macam nak menggunakan komputer!

      Delete
  2. Assalam kak Ton.....
    Bila mak nak start berblog balik ni? Boleh kak Ton bagi date tak?Tapikan mak mcm dah tak terrer pulak nak buat entri kak Ton....cam ne tu?
    Lama nau bercuti katanya...

    Ustaz ckp kalau dah tau suami akan marah kalau kita ckp baik rahsiakan aje... tgk keadaan jugaklah....

    Hihi.... abg ngan adik nikan sama jer mcm budak kat sini, asal benda nak kasi org, dia pun nak satu gak. ..entah mengikut sapa tak taulah....


    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak startlah on the spot. Mula-mula kalau takda idea sangat, pi cari folder gambar lama-lama. Mak tenung gambar tu dalam 10 minit pastu teruslah datang idea nak merapu apa! Lepas tu, Mak janganlah berangan nak tulis entri panjang berjela macam Kak Ton. Mak tulislah 5 patah perkataan jerk pastu letak gambar 10 keping gitu.... Senang jerk, Mak. Yang penting usaha untuk jadi rajin. Hahaha....

      Ni Kak Ton dah bagi semangat sampai telefon personally suruh start online balik, tak ke timbul rasa simpati atau bangga dalam diri Mak bila dirindui gitu? Hahaha!

      Delete
  3. takpelah HD..besar pengorbanan cikgu2 Abang..apalah sangat klu nak dibandingkan dengan coklat mahal..kita pun tak mampu nak ajar anak macam cikgu buat.jawab gitu MD dekat suami tercinta.hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini baru first time tau Abang teringin nak bagi hadiah sempena Hari Guru. 2 tahun sudah, langsung dia tak peduli.

      Hahaha...kalau ajak bersoal jawab begitu memang kena hemps lah nampaknya, PK. Benda macam ni HD tak mahu bertanggungjawab. Remeh katanya. Tapi kalau kita terlebih over pun kita kena juga. Duh!

      Delete
    2. ohh kiranya MD tak boleh melawanlah ye..mana haknya seorang isteri untuk bersuara?ewah..hahaha

      Delete
    3. Sebaiknya memang tak melawan katalah. Kalau sama naik bertikam lidah aduhai... pening seisi rumah pulak nanti ^_^

      Delete
  4. ai tahun ni tak sempat nak sediakan hadiah untuk cikgu anak2.. berkebetulan ai ada program masa tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I pun baru sekali ni aje anak teringin nak beri cikgu hadiah sempena Hari Guru. Sebelum-sebelum ni takdalah pulak dia teringin. Kira jimat jugalah koskan....

      Delete
  5. hahaha..adoilah Abang..takpelah dedi, bukan selalu pun sambut hari guru.Setahun sekali.tapi kat part diorang sendiri perabih coklat tu memang best!hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang sadis tu Mommy pun tak dapat hadiah Hari Ibu tau sebab kad yang direkacipta tak dapat diprint kerana ink printer dah habis. Sadis sangat tau....

      Delete
  6. hahahah...abang ni..tak boleh simpan rahsia tau..paling tak tahan dia orang berdua yang bedal coklat lebih tu..ke memang dia dah plan nak simpan satu coklat untuk santapan mereka berdua..hahahh

    kalau sekolah anak saya,masa perhimpunan tu budak2 dah siap2 bawak hadiah sekali..lepas tu ada lah seisi bagi2 hadiah..jadi tak la terlepas nak bagi kat cikgu mana2 sebab semua ada depan mata je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang memang. Dia rasa macam bersalah tau kalau simpan rahsia untuk Daddy atau Mommy. Kalau kita kata jangan beritahu Daddy, memang dia beritahu punya. Malas nak cakap dengan HD takut nanti HD bising itu ini semua pun salah. Makanya buat sendiri aje diam-diam. Tapi si Abang ni siap beritahu lagi harga coklat pada Daddy pastu cakap - 'Sebenarnya Mommy tak bagi tau tapi Daddy janganlah tanya Mommy balik eh....'

      Aduh! Tambah satu lagi rahsia Mommy yang terbocor. Jenuh kena melutut cium tangan minta maaf dengan HD masa raya nanti tau ^_^

      Delete
  7. OKlah juga baki share makan adik-beradik. Siapa lagi abang nak kongsi kalau bukan adik. Coklat pulak tu. Bab rahsia tu abang kan anak baik mesti tak selindung rahsia pun baik dgn mummy ke dgn daddy. Alaa... daddy pun sebenarnya tak kisah pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat kita sampai rumah mereka dah habiskan, kak! Masa membungkus pun sama. Kena beli satu kotak untuk depa berdua je. Kalau tidak, memang tak cukuplah pek untuk cikgu-cikgu katanya.

      Hahaha...Abang ni kadang-kala dia akan rasa guilty kalau simpan rahsia MommyDaddy. Padahal perkara yang kita rahsiakan dari pengetahuan tu bukan masalah besar pun. Yang besar-besar, anak-anak tak boleh tahu. Empat mata aje dalam bilik tidur *_*

      Daddy memang tak kisah tapi sebelum kata tak kisah tu, selalulah cari salah Mommy, Kak ~_^

      Delete
  8. Nampak abang tu semakin besar dan tinggi dia....sikit lagi kalu dah masuk usia belasan kalau rajin pergi jym, bina otot pasti sado punyalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...perut pun dah makin ke depan, Bunda bahana selera makan yang membuak. Ini tengah kawal makannya tapi takdalah sampai tak bagi makan!

      Delete
  9. Erkkk baki tu abg dan adik abiskan ye? Coklat mahal mmg cpt licin.. Ekeke.

    Ayokkk daddy dah tau rahsia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kiralah mahal ke murah, LM. Mereka ni kalau dah suka memang kerja menghabiskan aje apa yang ada dalam rumah. Maklumlah Mommynya ada saham kat company produk coklat. Hahaha!

      Delete
  10. pandai abang tolong mommy..bila dah habis makan 2 beradik tu..maknanya mommy tak membazir beili coklat mahal kan MD..
    zaman anak2 acik sekolah dulu acik juai tupperware.setiap kalai hari guru..tuppeware la dijadikan hadian..rupanya anak2 acik kata..cik gu2 disekolah tu suka sangat bila dapat tupperware tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka memang dah terliur pun masa kita membungkus. Padahal bukannya tak pernah makan pun...

      Eh, Acik... mau cikgu tak suka kalau dapat tupperware. Mahal tu. Kalau bagi saya sebagai hadiah pun saya suka, senyum lebar gitu ~_^

      Delete
  11. Tahun ni akak tak beli pun hadiah utk hari guru sebab anak2 akak cakap, cikgu kata payah bagilah.. beli buku latihan utk awak cukup, cikgu nak kamu pandai.. aduhai baiknya cikgu ni.. kat sekolah dia pun tak ada sambutan hari guru bagai ni.. cuma itu hari ada cikgu dia nak berhenti kata nak sambung belajar jadi saya bagi juga hadiah kain pasang untuk buat baju. Sebab Nabil suka sangat dgn ustazah dia ni.. siap berselfie lagi berdua tiap hari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HD kalau boleh semua sambutan tak payah sambutan. Tak kiralah hari ulangtahun perkahwinan ke, hari lahir ke, Hari Ibu, Hari Bapa and what not... semua pun tak payah katanya. Kita orang memang 365 hari setahun sambut segala hari *_*

      Itu mesti suka sangat dengan cikgu tu sampaikan hari-hari berselfie bersama *_*

      Delete
  12. kihkihkih terpecah juga rahsia coklat oleh si abang.. takpelah dipagi raya yg syahdu silalah minta maag bebanyak ye MD.. (samalah sy pun)..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa macam tulah, kalau takut memang kena kumpul dan list down masa bersalam penuh syahdu di pagi raya ~_^

      Delete
  13. Hahahaha. komplot dua beradik perabihkan cokelat:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantang nampak coklat, dia perabihkan. Pernah sekali kakak akak nak buat hantaran coklat tetiba budak berdua ni nak dok makan. Kalau rasa aje takpa, ini dok minta lagi dan lagi. Mahulah tak habis coklat hantaran orang!

      Delete
  14. tak membazir jugak lah beli mahal pun sbb yg tiga tu adik n abang yg mkn . lain kali cakap kat HD , hari guru sekali je dlm setahun ... ada gak yg kena lempang + babat nanti tu ... heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut kata HD, tak payah sambut apa-apa sambutan termasuklah harijadinya sendiri *_* Tapi kesian pulak kat anak-anak. Lagipun ini first time Abang teruja nak sambut Hari Guru katanya....

      Delete
  15. hahahha.. habis disebat adik beradik choc tuh.. hehehe
    takpelah dr membazir baik makan yer abg :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutnya dia pergilah cari lagi tiga cikgu tu dan beri hadiah. Bukan main beria-ia nak bagi cikgu hadiah katanya. Tetiba dia bawa balik dan bantai makan dengan si Adik Cute. Memang muafakat betul mereka dua beradik ni bila tiba part makan tau!

      Delete

Post a Comment