Beginilah gaya(t)nya kalau jadi emak....

Salam kawan-kawan!

Senyum lebar nampak, MD!

Yalah... lama tak mengumpat alam maya, dapat mengumpat live pun okey juga ~_^

Erkk... okey, okey! You all tak akan faham. Buang masa jerk I bercakap sorang-sorang kalau hanya I je yang faham, ya tak Mak?

Alright, entri kali ni tak ikut turutan. Makanya you all akan naik roller coaster guling-guling gayat tapi yang penting faham isi kandungan entri pun dah cukup. Kalau tidak, macamana nak komen berjemaah nanti. Lagi pun minggu terakhir bulan Mei ni katanya MD nak buat entri pemanas jerk setiap hari. Makanya entri akan jadi luar biasa pendek walaupun bagi you all takda maknanya kalau I kata pendekkan....

Semalam tengahari I beli dua ketul ayam percik untuk si Bubbly Abang dan Adik Cute. Boleh pulak balik pejabat tertinggal dalam kereta. Nasib baiklah cuaca tak panas sangat petang semalam. Bila habis kerja, masuk je dalam kereta aduhai semerbak bau ayam percik memenuhi segala rongga terbuka ~_^ 

Dek kerana tak tahan, I pun campaklah plastik tu ke tempat duduk belakang. Maybe on the way nak balik, I kerja main brek, terjatuhlah beg shopping Ikea atas plastik ayam percik tu. Dalam pada tu my sister telefon suruh balik cepat ambil anak-anak dan jangan menyinggah kat mana-mana sebab dia nak longgarkan segala urat sendi penat katanya ^_^ Makanya, atas faktor-faktor ini semua, bila sampai rumah keluar aje dari kereta I terus terlupa plastik ayam percik!

Lupa terus ya tak ingat-ingat langsung ^_^ Pagi tadi lepas mandi, tetiba jerk baru nak sarung kain telekung boleh teringat ayam percik. Punyalah banyak waktu, waktu nak solat juga yang diganggunya syaitan nih tau.... 

Lepas solat, puas I dok fikir kenapa semalam tak beri anak-anak makan ayam percik yang I beli tu. Alahai... baru teringat blink, blink dalam kepala. Plastik ayam percikku tertinggal dalam kereta!

Makanya sampai aje pejabat I terus buka plastik dan cium bau. Oh, enak lagi nih... I pun teruslah masukkan dalam over nak re-heat. Semerbak bau ayam percik dalam pejabat pagi tadi. Nasib baiklah bos tak masuk kerja lagi *_* Lepas tu I terus masukkan dalam peti sejuk. Nak pekena ayam percik pepagi buta apa ke halnya....  

Ni nanti kalau tengahari rasa lain macam aje, memang rela terpaksalah kulepaskan kau pergi wahai ayam percik kegemaranku..... (Eh, macam babak sedih dalam movie David Teoh pulak...)

Sampai ke hati nak buang ke tong sampah aje kalau macam ni punya gaya ayam percik? Psstt... ini gambar lama sebab gambar ayam percik yang tertinggal dalam kereta semalam tu tak sempat nak snap *_*

Okey, kita tekan pedal minyak laju sikit pi ke malam punya cerita pulak.... ~_^

Malam semalam, I nak tengok drama Korea. My superheroes ni detection mode mereka memang ohsem. Asal nampak I duduk kat sofa nak tengok TV jerk, mereka akan bergilir-gilir menjerit panggil ' Mommy'. Mommy nak inilah, Mommy nak itulah. Nak beritahu orang ni buat itulah, orang tu buat inilah. Nak ajak borak itulah, borak inilah... Mereka berdua ni walau kat mana pun atau tengah buat apa, asal I duduk nak menonton TV jerk mesti mereka buat hal (Yalah, kalau I buat kerja rumah, mulut I bising membebel. Kah3x) Dengan HD sekali pun 'dengki' bila tengok I bersantai! Pendekata memang tak kasi can langsung I duduk dengan tenang menghayati drama kegemaran I tau.

Biasalahkan drama Korea kat Channel 393 tu, in between drama adalah nanti K-pop joget-joget gitu. I cukup menyampah bab ni. Eh, Dik Sal... you please tell me where is the seni  dok tengok budak-budak Koya (sebutan untuk 'Korea' versi Adik Cute) ni menari terhenjut-henjut dengan pakaian daripada 20 meter kain bahagi 5 orang dengan pattern berbeza nih! Ish, sungguh tak faham!

Bila keluar aje K-pop ni, anak bongsu I (betul Acik... anak bongsu....) a.k.a. Adik Cute akan beri 'warning' ,

Mommy! Mereka tak malukan.... memang tak malu! Awak jangan tengok tau, Mommy! Nanti Tuhan marah.....

Oh, alahai... I is termalu sendirian kena tegur dengan anak umur 4 tahun gitu.... (Tapi I tetap juga tak tukar Channel kartun!)

Kiranya dah beberapa hari juga my Adik Cute dok ingatkan I lah pasal nih.... ~_^


Bila tiba masa tidur, kadang-kadang tu bila rajin, I baring jugalah in between mereka dua beradik. Bila kita toleh ke Adik Cute, si Bubbly Abang panggil suruh toleh tengok mukanya. Bila kita mengiring kat Bubbly Abang, si Adik Cute pulak 'babat' badan suruh kita toleh tengok mukanya pulak. Kalau tak buat salah satu, ada yang menangis/merajuk! 

Bila I usap kepala Abang (si Abang suka Mommy usap rambut sebelum tidur sebab katanya tangan Mommy best bila usap kepala), Adik Cute merajuk sebab dia nak I 'pukul' (pokpok) punggungnya sampai tertidur sebab best katanya.... 

Itu belum masuk sesi dua-dua nak bercerita sebelum tidur. Yang kanan panggil Mommy suruh dengar, yang kiri pun panggil Mommy suruh listen. Oh, nak pengsan Mommy rasa.... Dan selalunya yang tertidur kepenatan bukan mereka tapi Mommy mereka ~_^ Bila terjaga balik tengok dua-dua dah lena tidur. Oh, alahai.... kesian!

My superheroes ni dua-dua pun ikut tabiat Daddy yang tak reti perasaan sejuk membeku. Tak kiralah hujan ke, ribut petir ke memalam, mereka tetap tidur dalam air-cond. I ni dah gigil-gigil tahap duduk kat Kutub Utara jerk rasanya tapi mereka rileks jerk. Dua-dua pulak tu tak reti pakai selimut. Kalau kita off air-cond, adalah nanti yang menggelisat tak boleh tidur sebab panas katanya, terutamanya si Bubbly Abang. Tapi bila bangun pagi suruh mandi air sejuk, alahai gigil-gigil nak nangis konon sejuklah. Pelik sungguh...

My Hubbydearie pun sama juga. Kalau tidur malam  tak buka aircond (siap dengan kipas siling pun buka tu...) memang tak boleh tidur katanya. I ni pulak bukan tahan sejuk. Terkial-kial tarik selimut tebal kesejukan.... Kata HD baru sejuk macam kat Cameron Highland dah bising. Baru sejuk kena aircond dah gigil-gigil satu badan. Kalau suruh duduk kat Tashkent masa musim salji dengan suhu -5 Celcius katanya tak tahulah apa akan terjadi. I memang pun. Kalau sejuk sangat memang I kena leg cramps jawabnya. Tapi biasalahkan isteri/ibu mithali ni. Suami dan anak-anak didahulukan. Kita nak mengokol kesejukan ke, nak kena simpul biawak ke buaya ke, redha ajelah. Nanti-nanti bila anak-anak dah tua, harapnya mereka ingatlah pengorbanan kita yang tak boleh kena sejuk ni. Hahaha....

Okey, meh kita patah balik ke pagi semalam. Sebenarnya nak cerita dalam entri semalam tapi den lupa ~_^

Selalunyakan kalau Bubbly Abang sekolah, I keluar rumah awal pagi. My kereta ni kalau hujung minggu memang tak berjenguk ya. Terbiar jerk kat situ. Kalau 4 hari cuti, 4 harilah kereta tersadai tak berpandu. Malaslah I nak pandu kereta kalau keluar dengan Hubbydearie. Nak juga rasa macam mem besar gitu.... dok kat belakang dengan Adik Cute (ni sebabnya bukan apa sebab HD kata mulut I bisinglah kalau I duduk kat depan, di sebelahnya ^_^) 

So, semalam masa nak hantar Abang ke sekolah, nampak dah tompokan tahi burung atas kereta. Oh, tak boleh nak buat apa.... I pejam mata jerk walaupun hati sakit katanya burung tu pilih my car untuk membuang... Salah I juga dah 2 hari kereta I parking bawah pokok berbunga lebat nan meredang gitu! 

Lepas hantar Abang I pun merondalah cari sarapan pagi. Pusing punya pusing, tetap juga pergi kat gerai makcik jual mahal yang selalu caj I over-over tu (Dia fikir I ni mak datin kot....melampau tau! Tapi I tetap gak singgah gerainya, itu yang my friends bengang jerk bila dengar cerita I...sendiri yang salah!) Bila I keluar kereta, mak hai.... atas bumbung kereta penuh tahi burung merata. 

Oh, malunya.... Rasa nak cover muka dengan suratkhabar tapi takdalah pulak suratkhabar dalam kereta! Lepas beli sarapan I pun teruslah pergi cuci kereta. Nasib baik Bangla semua tu dah buka car wash 24 jam dekat dengan kawasan pejabat I. Lega.... 

Kalau tidak malu sampai ke petanglah bawa kereta penuh tahi burung merata. Harapkan lagak aje macam perempuan Melayu terakhir katanya... Oh, malu, malu, malu....

Motifnya - senanglah nanti dah jumpa car wash 24 jam dekat dengan pejabat. Tak payah susah-susah tunggu Hubbydearie pi cuci kereta yang katanya sebulan sekali pun dah cukup dah! Tapi itulah... kena minta izin suami pulak nak pi car wash pepagi macam ni. Yang kali pertama ni, I main pi jerk. Macam biasa, lepas pergi baru cakap dengan Hubbydearie sambil buat muka sedih takut kena marah tak minta izin dulu ~_^

Erkk... terpanjang pulak entri ni. Tadi kata entri pemanas punggung aje....

Kita jumpa di lain entri lah ya... 

Bye, bye dulu ~_^














Comments

  1. Apa sudah jadi dengan ayam percik tu MD..
    Sama juga lah dgn anak akak 2 orang tu tak reti sejuk.. kulit biawak akak rasa..
    Nabilah ikut akak tak tahan sejuk nanti sakit kaki.. so dia jer lah yg boleh tido dengan mama ehe :)
    Cerita tahi burung ni teringat kat kereta akak juga MD..
    Samalah malas nak gi hantar basuh..
    Memula tu kat cermin depan .. bertahan lagi.. lepas tu cermin belakang.. buat dek lagi..
    Sekali tu boleh dia membuang tepat kat pembuka pintu kereta akak tu.. aduhai terpaksa pagi hari basuh dulu sebelum hantar cuci.. bukan apa MD .. skrg musim hujan.. bila dah cuci .. hujan pulak .. sudah kotor balik.. jadi samalah kekdah nya tak payah cuci.. hahhaha nak cover malas cuci tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam percik telah selamat masuk perut! Alhamdulillah masih elok dan sampai hari ni takda pulak keracunan makanan dek kerana makanan basi ~_^

      Samalah kita CH. Saya pun spesies kaki sejuk. So setakat kipas pun dah tak boleh tahan...Malangnya saya 'sendirian' di rumah. Yang lagi tiga hero tu semua tahan panahan kesejukan katanya.... Gigil-gigil saya setiap malam. Sekarang ni pun bukan panas sangat malam tapi tetap depa nak tidur dengan aircond terpasang!

      Saya ni dah biasa buat muka bodoh jerk masa bawa kereta. Tak tertahan malu tapi nak buat apa dah suami kata nanti dia yang cuci kereta. Tapi nantinya tu makan sebulan kadang-kala. Sekarang dah ada car wash 24 jam dekat pejabat senanglah sikit. Pagi-pagi boleh cuci *_*

      Delete
  2. Maka, bagaimanakah berakhirnya nasib siayam percik itu? Adakah menjadi habuan En Tong Sam Pah, akhirnya?

    Dah jadi mak/isteri ini, memang anak/suami adalah keutamaan melebihi kehendak kita kita sendiri kecuali kalau kita berhati batu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat dah masuk perut saya, Kakcik. Nasib baik tak basi. Kira makcik jual mahal memang pandailah sebab itu harga makanannya mahal-mahal belaka....

      Betul tu kak, apa-apa pun kena dahulukan suami dan anak-anak. Kalau dahulukan diri sendiri, memang kena cop macam-macamlah kat dahi nanti ~_^

      Delete
  3. Begitu la gayanya kalau jadi emak ye..
    Ada dua anak, dua2 nak perhatian.. hehehe..
    Tu blum masuk daddy join skali kan.. hahaha..
    Kalau aimy nk tido, dia suruh peluk dia, siap cakap macam mana cara peluk tu.
    Bila tido, nak tido tengah2.. Kalau kami letak dia kat tepi, nnt cepat2 dia bangun dan menyelit tengah2.. Hihihi..

    Budak2 ni tak reti sejuk agaknya ye, aimy pun, kalau tido selimut entah ke mana.. tak sejuk pun..
    Sebelum tido bukan main lagi berselimut litup..
    kalau da lena tu, kita selimutkan cepat je dia alihkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... setakat ni nasib baiklah Daddy masih boleh mengalah. Anak-anak didahulukan....

      Pening kalau dua-dua nak perhatian serentak. Rasa macam ada anak kembar pulak sekarang ni.

      Apahal ya budak-budak sekarang ni? Memang badan depa ni kebal dengan suhu sejuk ke atau kita yang dah tua? Hehehe....

      Delete
  4. ohh ayam percik..sy yg tahap kemut tinggi ni mmg datang ok nak Huang..klu elok baik dimakan..tp klu dh tak elok buat apa sayangkan benda yang boleh membawa keracunan ye tak.huhu

    amboi superheroes MD dua2 perlukan perhatian..sudahnya mommy yg tido..misali sangat mak kamu Abang adik ok

    aiman, abahnya n Afia sama..Jenis tak reti sejuk..ibu depa ni ja jenis lemak tak banyak kot.hahaha

    amboi kita berbeza MD..kereta sy asik kena bising dengan en suami..luar dalam Kotor..kena taik burung pun buat Derk ka..lakiku ni macam pompuan is kuar Bebel.hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik elok lagi, PK. Dah sehari suntuk dalam kereta. Tapi mungkin cuaca pun tak panas mana, nasib baiklah. Sayalah yang tukang sapu bersih. Nak tunggu sampai petang, rasanya tak mungkinlah elok kot walaupun dah re-heat, dah simpan dalam fridge di pejabat. Tak rasa saya nak bagi anak-anak makanan macam tu. So, daripada terbuang lebih baiklah saya bedal. Lagipun ayam percik makcik jual mahal ni memang sedap!

      Emak mithali memanglah macam tu. Tidurkan anak, dia yang tidur. Masakkan anak, dia yang makan habis! Hahaha....

      Delete
  5. Singgah blogwalking...:)




    Nak tahu ade diabetes ke tak?Jom cek kat sini:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/tanda-tanda-diabetes-yang-anda-mesti.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah ^_^ Nantilah ya kalau ada kesempatan saya jenguk!

      Delete
  6. I can imgaine nnt Tipah dah boleh bercakap, sama la situasi mcam u ni. huhuhu sekarang pun dah ada gayanya berebut mommy dorang ni... tingat semalam sebab jelita datang letak kepala atas riba, nasib si Tipah mood baik, dia yang pok pok bontot kakaknya tu.. nak ulit tidur konon.

    pssttt...miss u.. lama sangat tak menjengah ke sini :d

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang teruklah Nas kalau dua-dua minta perhatian serentak, dua-dua nak bercerita serentak. Rasa macam ada anak kembar pulak dah....

      You lagilah teruk, dua-dua anak perempuan. Memang kerjanya nak dok sembang dengan emak ajelah. Macam-macam boleh share cerita ~_^

      Miss you too.... cuma masa tak mengizinkan nak ke 'sana'. Lega tengok you dah start berblogging semula ~_^

      Delete
  7. kesian kan MD nasib si ayam percik tu sayang oooo
    yang best time solat jugak yg dok ingat segala macam tu biasa la syaitan ni, tapi kan kalau tak solat tak tau time bila nak ingat si percik ni kan..
    jadi mommy mmg gitu, itu baru dua kan, kalau kaknoor 5 orang mmg fenin bin fengsan

    ReplyDelete
    Replies
    1. KakNoor.... kenapa kesian kat ayam percik pulak.... kesianlah kat saya yang tukang beli ni.... Itulah gara-gara malas masuk dapurkan, kak! Semua pun nak beli. Nasib baik boleh makan lagi. Kalau tidak, memang membazir.

      Hahaha...memang tau... tengah tenang-tenang pakai telekung tetiba mentol menyala dalam kepala - Di manakah ayam percik kubeli semalam? Huhuhu....

      Dua pun dah pening-pening lalat, KakNoor. Kalau ramai memang tumbang memanjang. Kena tampal koyok jelah kat kepala ^_^

      Delete
  8. betul la bongsu tu MD he he..kalau tiga orang susah jugak MD kan..dua pun dah ada yang merajuk..lain kali MD pandang atas je ye..tangan je guna kan untuk tepung superheroes yang cute miut 2 orang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal Acik. Betullah tu, betullah ~_^

      Nak terkehel juga tangan Acik kalau dah kiri suruh pokpok punggung dan kanan suruh usap kepala. Itu yang bangun pagi selalu kejang segala otot. Hahaha!

      Delete
  9. kesian kat ayam percik..kesian jugak kt tukang beli..haha..
    bab2 tahan sejuk ni memang boleh geng lah dgn si tumpis tu.. tak kira hujan ker kena ON kipas memanjang...panas jer badan siap berpeluh...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tukang belilah yang paling kesian! Bila terlupa macam ni, memang tukang belilah yang kena habiskan. Kalau sakit perut pun tukang beli yang tanggung! Sedih sungguh nasib si tukang beli tau *_*

      Eh, agaknya budak-budak sekarang memang kulit tebal mengalahkan polar bear kot? Memang mereka ni keballah, tahan suhu sejuk beku. Ni kena ajak ronda-ronda kat Siberia macam nih tau....

      Delete
  10. Harap2 ayam percik tu selamat masuk n bersemadi dlm perut MD. He2x.
    HD boleh geng la cik Abe akak. Xkira panas ke sejuk ke... Siang mlm hidup dlm aircond. Adeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah selamat pun, kak. Nasib baik tak kena sakit perut. Tapi masa saya makan pun rasa jugalah kot rasanya dah berubah ke...

      Orang yang saya tahu tak tahan langsung sejuk even guna kipas aje adalah emak HD. Yang lain-lain dalam rumah saya semuanya hantu aircond. Tension tengok bil letrik tau!

      Delete
  11. Adoii boleh pulak dah akak tertinggal ayam percik tu dalam kereta. Nampak yummeh ayam percik tu kak. Mujurlah tak basi kan boleh makan lagi. bila dua dua nak mummy makanyaa kenalah layan dua dua. Heheh. Ehh Nani pun kalau tido dalam aircond susah sangat nak berselimut. Hahahha. Sampai abah cakap "kak awak ni kulit buaya ke apa tido pasang aircond kuatkuat lepas tu tak selimut" Hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baiklah boleh dimakan lagi, Nani. Kalau tidak, rugi duit. Eh, sejak bila pulak pandai kira kerugian akak ni *_*

      Anak-anak memang macam tu. Kalau seorang nak Mommy, seorang lagi pun nak. Mereka memang suka berebut dua beradik macam anak kembar jerk padahal jarak umur 5 tahun tu!

      Delete
  12. Ni mcm 1 movie ada 3 - 4 cerita dlm dia yek....layan jerlah nak buat camne .....Dapat jiran sebelah yg banyak idea.....Jenuh tau mak blend, tuang, mix balik, nak kumpul idea nak komen.....

    Kena layan jerlah kehendak anak anak, nak buat camne.....dulukan ada org tu pernah buli mak dia hihi....

    Mak pun kurang tahan sejuk sekarang ni yelah sejak dah nak menopose ni hihi.... Kalau dah bukak aircond lama, pasang kipas, kena air tambahlah menggigil weyh..... Memang beza zaman muda dulu. Kat rumah ni yg selalu cramp jiran sebelah bantal mak. Kang adalah yg terkejut sebab kena kejut suh tolak kaki. Mamai mak tau tgh mlm buta tu huhu....

    Eleh.....mahal mahal pun tetap gak pegi gerai makcik mahal tu.....sedap ek masak dia?





    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang penting, faham ^_^

      Alaa.. kalau susah sangat Mak blend aje pakai lori yang ada mixer besar tu buat mix simen! Senang sikit Mak nak hadam ceritakan...

      Ala Mak ni, macamlah dia tak pernah membuli mak dan kakak-kakaknya! Kata anak bongsu mesti gojes bab-bab membuli ahli keluarga nih tau! Jangan nak tipu!

      Saya sejak bersalin anak pertama dah tak tahan sejuk, OKje. Sebab itulah selalu kena sakit sendi. Kotnya kesan jangka panjang epidural tak! Lepas bersalin Abang dulu, teruk juga sakit sendi saya. Sampai kalau dah duduk di lantai, terkangkang kiap nak bangun. Memapah meja kerusilah! Saya memang spesies tak boleh tidur atas toto ke, atas lantai ke... memang tak boleh nak bangun! Tapi latelay alhamdulillah, hilang semua tu. Adalah juga tapi tak seteruk dulu. Bila buat check untuk arthritis, semuanya negative pulak!

      Oh, kita serupalah cakap dengan PakJilap. Tapi tukang tolak kaki of course HD. Yang sadis kalau kena simpul biawak tu boleh berpindah ke tempat lain. Mula-mula betis kiri. Lepas elok jerk tetiba paha kiri pulak menangkap sakitnya. Aduh... memang tak tahan. Saya memang spesies melalak aje kalau kena. Maklumlah ada laki di sebelah. Hahaha!

      Memang sedap itu yang komplen jerk lebih tapi lepas tu pergi juga beli kat kedai yang sama!

      Delete
  13. apan nasib ayam percik tu ye...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah selamat masuk perut saya, AA. Nasib baik takda apa-apa kejadian tak diingini berlaku selepas itu *_*

      Delete
  14. byk gak ceritanya ni . dari kisah ayam percik , tidurkan anak , tak thn sejuk , warung makcik mahal sampailah keta kena tahi burung ... heheheee ... saya pun x thn air cond sbb badan kurus aka x de lemak katanya ... ayam percik tu memang menggoda ... tu anak cuma dua , klu enam mcm my kakak , dah tak terlayan . nak tidur , pandai le pi tidur sendiri ... hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini barulah namanya entri carca-marba, Vee. Semua diolah menjadi satu sampai pitam nak faham bila baca!

      Saya memang tak tahan sejuk bukan sebab dah tua. Kah3x. Saya ni memang spesies kaki dan tangan sejuk memanjang. Ada masanya, terutama bila nak demam, kena aje air tadahan nak mandi teruslah ngilu tangan macam ditusuk duri tau. Itu tandanya tak lama lepas tu saya demamlah!

      Delete
  15. Ape jadi dgn ayam percik tuh?? masih elok dimakan?

    yelah kak dorang ni mmg tahan sejuk erk. Lyn klu dah pasang kipas, dah tak yah nak pasang aircond bagai. Sejuk boleh sampai sakit dada dibuatnya.. mklum lah awak ni tak tahan sejuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat dah masuk perut akak, Lyn. Itu pun mana larat nak habiskan sekali dua! Rasanya okey lagi. Kiranya takdalah cerita keracunan makanan masuk dalam blog selepas hari itu ~_^

      Akak pun sekarang ni memang tak tahan sejuk. Kalau sejuk sikit aje, menusuk-nusuk tajam tangan ni rasanya!

      Delete

Post a Comment