Borak santai bersama Bubbly Abang

Salam kawan-kawan!

Lama pulak rasanya my beloved supermodel aka superheroes tak masuk blog. Mana boleh gitu... Dah namanya buat blog demi anak-anak tercinta sambil berkongsi cerita (entah apa-apa) dengan kawan-kawan alam maya, haruslah cerita superheroes sentiasa ada!


Jemu ek?

Tak kisahlah kalau jemu pun, kena hadap juga selagi blog ni blog MD ~_^

Si Bubbly Abang memang tengah looking forward cuti sekolah yang akan datang ni. Tak sabar-sabar nak menamatkan zaman bujangnya hari-hari persekolahan yang ada. Bukan ada janji dan plan nak ke mana pun tapi terujanya nak cuti sekolah bukan main lagi. Takpalah, sebab bab cuti sekolah ni Mommynya pun terlebih teruja juga kadang-kala!



Sesi borak-borak sebelum sampai di pintu pagar sekolah pagi tadi.

Mommy, hari Jumaat ni ada sambutan Hari Guru! Nak bagi cikgu bunga roslah!

Apa kelas Abang bagi bunga  ros kat cikgu! Kalau Mommy ni cikgu, memang tak sukalah bunga-bunga nih!

Aha... Abang sebenarnya nak belikan cikgu coklat!

Coklat apa?

Ferrero Rocher!

Ferrero Rocher (Sumber : Google)

Uhuh! Berapa cikgu nak bagi?

5 cikgu sebab ada 5 subjek!

Ustaz tak payah bagi ke?

Ustaz kena bagi lainlah sebab dia ustaz....

(Malas nak tanya lebih lanjut Abang nak bagi ustaz apa pulak...)

Kalau Ferrero Rocher mahal, kita beli coklat yang Mommy selalu bawa balik dari pejabat tu...

Royce Chocolate (Sumber : Google)

(Oh alahai... coklat tu lagi mahallah Abang oooi.....)

Abang, hari tu Mommy tanya Hari Guru nak bagi cikgu hadiah tak? Abang kata tak payah sebab girls aje yang suka bagi cikgu hadiah. Kenapa tiba-tiba berubah?

Abang excited nak sampul hadiah dan buat kad untuk cikgu dengan Mommy. Nanti bolehlah beritahu kawan-kawan saya buat ni dengan Mommy saya. Seronokkan Mommy!

Oh....itu sebenarnya punca berubah hati... Bukan sebab nak bagi hadiah kat cikgu, tapi sebab nak spend quality time dengan Mommy.

Oh, syahdu tetiba....

Semalam pun si Abang ni ada meninggalkan 'kesan pilu' di hati Mommynya....

Yalah, sekarang ni Abang dah hafal lirik lagu Maroon Five dan semua artis pujaannya. Suruh ajelah nyanyi, bukan main lagi dia menyanyi dari mula sampai habis. Macam buat permintaan lagu dalam radio jerk kadang-kadang...

Semalam dia beritahu pada I yang dia dah ubah semua lirik lagu Maroon Five dan Heartbeat Song si Kelly Clarkson ni kepada lirik Bahasa Malaysia. I fikir dia dok translate rupa-rupanya dia ubah lirik terus. Lirik ciptaan sendirilah senang cerita!

I pun ambillah masa mendengar. Kalau tidak nanti merajuk pulak. Dalam pada mendengar tu, hati jadi sayu. I tanya lirik tu semua dari 'pengalaman hidup' ke? Katanya tidak. Mana terfikir terus buat lirik (macam Mommynya menaip entri bloglah, dan-dan tu idea datang terus ditintakan).

Tapi bila I dengar dengan teliti, memang segala bait lirik yang ditukarkan itu umpama luahan hati si Abang ni.... Teruslah I bergenang air mata. Terasa bersalah yang amat pulak. I malaslah nak tulis semua, apa yang I ingatlah yerk. Antaranya....

Kalau ayah bergurau jangan marah. Ayah bukan tak suka tapi cuma bergurau. Kita mesti sayang ayah kita walaupun guraunya buat kita sakit.

Emak sayang saya tapi selalu marah walau saya buat salah sikit. Tapi itu emak kita. Kita mesti sayang emak kita. Kalau emak takda, hidup kita jadi apa. 

Bila tak buat kerjarumah, kena marah emak. Maka balik sekolah, buatlah kerjarumah cepat. Kalau emak marah, jangan jawab. Itu emak kita. Kita mesti sayang emak walau emak marah kita.

Kalau adik nakal, kita kena marah. Kalau adik salah, kita kena marah. Tapi kita tak boleh marah. Itu emak ayah kita. Kadang-kadang sampai tak tahu nak buat apa. 

Kini kawan kita pun nasib sama. Kita ajarlah dia macamana buat tak peduli. Jangan marah kerana itu emak kita. Walau emak marah, dia sayang kita sebenarnya!

Habis jerk dia nyanyi 'versi' Melayu lirik ciptaan sendiri lagu Maroon Five dan Kelly Clarkson ni, I pun  terus panggil suruh datang dekat. I teruslah hug him kuat-kuat tak mahu lepas and I told him this,

Abang.... Abang tahu tak banyak mana Mommy sayang Abang?

Tahu! Abang tahu Mommy sayang Abang walaupun Mommy selalu marah kalau tak dengar cakap!

Mommy sayang Abang dan Adik dari tempat kita berpijak ni sampai tembus langit itu pun tak jumpa penghujungnya lagi kasih-sayang Mommy. Kalau apa-apa berlaku dan boleh tukar nyawa, Mommy sanggup tukar nyawa untuk Abang mahupun Adik tau!

Mommy janganlah cakap macam tu....

Mommy marah ada sebabkan... Mommy tak minta apa-apa pun kat Abang. Mommy nak Abang jadi anak paling baik untuk Mommy. Mommy cuma nak Abang berjaya aje dalam hidup. Dua perkara ni kalau Abang buat, Mommy senyum sampai ke tua. Kalau Mommy marah bukan Mommy tak sayang. Sebab sayang sangatlah Mommy marah supaya Abang tak jadi budak nakal!

Abang sayang Mommy....Abang bukan nak buat Mommy sedih..... 

Mata pun dah merah. Abang ni kan sensitif kalau dengan Mommynya... 

So kita tutup cerita dan lupakan segala yang sedih. Apa yang dah berlaku jadikan iktibar untuk mendidik anak dengan lebih baik lagi. Mungkin kita rasa kita betul, tapi pada pandangan anak dia rasa seperti terpinggir walaupun dia tahu kita sayangkannya.

Macam biasa untuk feeling sama rata, lepas ni dah tentu turn si Adik Cute punya cerita pulak ~_^


Nak buat serentak dua cerita dalam satu entri, panjang bedooh, luar biasa sungguh! Fengsanlah membacanya nanti. Tarik nafas dulu yerk *_*














Comments

  1. pandai abang meluah kan isi hati melalui lagu..saja je nyanyi bagi mommy dengar kan
    abang ni jiwa sensitif ni MD..kena jaga perasaan dia..
    sedihkan MD..
    kalau abang terasa hati memang dia ingat sampai dia besar nanti.acik pun sama..macam tu le..semua boleh ingat dan boleh ulangtayang..cuba sekarang kedua mak ayah dah takde..acik cuba lupakan yang sakit..tapi tidak lupakan yang manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagunya santai aje tapi bila dia dah tukar lirik, lain macam pulak saya dengar. Tetiba jerk rasa sayu sebab tak sangkalah dia memerhati. Walaupun dia terima sahaja, dalam hati masih mengingat segala peristiwa! Yang buat sedih tu sebab lirik-liriknya menggambarkan isi hati si Abang bila kejadian berlaku. Memanglah saya selalu marah dia sebab saya ni pun cerewet. Kadang tu salah jemur towel pun kena marah. Tak keluarkan botol air dari beg pun kena. Kasut susun tak betul pun kena! Itu yang dia terasa agaknya selalu aje kena marah dengan Mommy!

      Delete
  2. aduh syahdu pagi2 baca lirik lagu abg ni..pandai dia tukar lirik..ada bakat jadi komposer apa bubbly Abang ni MD.haha..Aiman pun kadang2 suka nyanyi lirik irama pun main hentam sendiri bikin.tp lagu cinta ok!hahaha

    tmbh syahdu bila baca amanat mommy pada abg..begitulah sygnya seorang ibu pada anak2nya kan..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panjang lagi keluhannya tapi itu aje yang saya ingat. Itu pun dah tak boleh tahan sedih dalam hati. Yalah baru tersedar yang rupa-rupanya dia memerhati dalam diam segala yang terjadi dan dia mengingati semuanya. Saya khabarkan pada HD tapi katanya - Alaaa... itu pun nak kecoh!

      Punyalahkan orang lelaki ni ambil mudah aje bab-bab perasaan tercalar ni tau! Geram betul!

      Delete
    2. org laki ni mmg hati Batu,Malas dah nak heart feeling ngan depa.hahaha

      Delete
    3. Lain kali bab-bab curahan perasaan ni biar kita mak-mak yang handlelah. Cakap dengan depa pun tak guna, buat sakit hati jerk. Small matter katanya!

      Delete
  3. alo.lo..lo touching plak baca kisah abg ni.. dah pandai luah perasaan dia kan... mau nya tak menitis ayaq mata bila anak dah pndai mcm ni... sayang kita pada mrk hanya Allah yg tau kan MD?? tak terbatas dgn apa pun...
    sanggup buat kad tu semata2 nak spend time with mommy...so sweet :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak terbanding dengan apa-apa pun, Atie. Memang maha agunglah senang cerita kasih sayang pada anak-anak ni.

      Abang ni sejak dua menjak memang dah pandai berkeluh-kesah kalau ada yang tak kena. Dah pandai menyuarakan pendapat sendiri kalau tak suka. Style didik anak pun kena ubahlah mengikut peredaran masakan...

      Delete
  4. aloo tomeinya..
    akak email kita jap.. juelizajamani@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Jue. Sorrylah tak dapat jumpa pulak kat sana....

      Delete
  5. Ya Allah.... tacing nye.... anak MD yg sulong ke ni? Mcm my boy jugak... umur 9thn, badan gempal2 tapi berjiwa sentimental. Sensitip gitu. Apa2 pun, syukur MD pandai didik anak sbb jelas abang ni anak yg baik. Kite sama2 doakan anak2 kite, generasi masa depan ye? *syahdu mai dahh...*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, this is my first son. I ada dua anak lelaki jerk. Tak kaya anaklah, Nin. The eldest 9 yrs old, sama sebaya macam anak youlah nampaknya. Yang kecil tu baru nak masuk 4 tahun kalau nak kira bulanlah. November boy!

      My eldest ni memang closer to me, sensitif pun ya juga. Kalau kita cakap sikit jerk, mulalah berderai air mata. Kalau kita marah selalu pun, dah pandai merajuk sekarang ni sebab dia rasa dia dah besar :)

      Delete
  6. terharu kaknoor baca part2 akhir tu, ingat MD nak gi kemana2 tinggalkan adik dan abang tu, rileks MD rupanya ada acara berkasih sayang dengan abang ye..untung abang dan adik punya mommy yang sangat ambik berat dengan mereka, so macamana dgn hadiah hari guru tu jadi tak ferrero rocher dah hilang tkde ending ni MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. KakNoor... saya ni tak pernah ke mana-mana without anak-anak. Saya memang tak boleh. Rasa guilty aje kalau anak-anak takda bersama.

      Malam ni baru nak start aktiviti buat kad dan membalut hadiah, KakNoor. Petang nanti balik kerja saya pi lah beli Ferrero Rocher yang dimahukannya tu. Dah 3 tahun bersekolah, ini first time nak bagi cikgu hadiah untuk Hari Guru. Selalunya katanya tak perlu sebab dia boy, tak main tacing-tacing bagi hadiah pada cikgu!

      Delete
  7. alahaiiii touching nya baca entry ni. tetiba mata masuk habuk lah pulak..
    semoga abg menjadi anak yg soleh yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni Abang memang selalu buat cerita sedih. Kita pun jadi sedih. Rasa macam tak sengaja, tak sedar, mengabaikan perasaannya aje sebagai anak sulung. Sebagai emak, mahunya tak sedih kalau anak rasa dirinya terpinggir!

      Delete
  8. Hahaha. amboii mudanyaa abang nak menamatkan zaman bujang. kahkahkah ! jangan langkah kakak ni abang. Hahahaha. Wahhh berbakat nak tulis lirik ni abang. Hebat hebat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... pepandai akak jerk, Nani. Kalau anak kata betul pun, mahu akak kejar dengan penyapu. Sekolah pun tak habis lagi!

      Dia kalau suka sesuatu, memang habis-habisan dia membuatnya. Cuba kalau tak suka, janganlah dipaksa. Muncung berbelas-belas depa!

      Delete
  9. Naim tunggu saya balik setiap petang, berlari ke kereta untuk peluk saya bila saya belum sempat buka pintu dan bila dah peluk tu dia akan cakap ,' Naim sayang mama sangat'.. itu pun dah buat saya rasa terharu setiap hari.. kalau dah pandai buat lirik lagu mcm si Abang ni, alahai, super duper happy seorang ibunya.. alhamdulillah, lega ada anak mcm tu MD.. mesti MD pun cukup penyayang tu yang aura tu anak-anak bolehla rasa dan dapat tunjukkan sebagaimana yang MD cakap ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syok ler cikgu abang ni nanti dapat makan coklat.. banyak-banyak ya.. Abang, nati suruh Mommy beli coklat banyak2 ya?

      Delete
    2. Anak-anak saya pun macam tu tapi kalau dengan di Adik tu bukan dia kiss kita, dia minta kita kiss dia bila dah sampai rumah. Memanglah AN kalau anak-anak tunjuk kasih-sayang, kita rasa terharu sangat. Rasa macam aduhai tak tahu nak kata macamana gembiranya dalam hatikan!

      Yang saya sedih lirik lagu tu berkaitan dengan hidupnya walaupun dia tak mengaku. Tapi takpalah at least ada juga caranya untuk dia meluahkan perasaan.

      Baru nak beli coklat petang nanti. Malam nanti punya ceritalah bab hadiah untuk cikgu-cikgu Abang ni!

      Delete
  10. Abanglah...siapa lagi! Adik Cute tak pernah belajar potong bawang lagi, Diana :)

    ReplyDelete
  11. Sobsss bergenang air mata .. Tetiba sayu sgt rasa hati

    Kdg2 kan MD, saya takut sgt ank ingat kita marah sbb kita tak sayang mereka. Pandainya abg cipta lirik yg syahdu ye.. Bakat terpendam tu MD. permulaannya dia buat kisah hidup dia dulu.. Ekeke

    Ops adik buat salah kita yg kena marah.. Tu LM suka. Sbb , masa kecik kami dididik mengalah dgn adik. Mmg kami tak puas hati tau.. Tp byk gak bagusnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya selalu kata kat Abang yang saya marah sebab tak mahu dia jadi nakal tapi sayang saya padanya tak pernah kurang makin bertambah *_* Dia pun tahu tentang itu cumanya saya sedih sebab dia ingat semua yang sedih, bab kena marah tu semua dan curahkannya jadi lirik lagu pulak. Itu yang buat saya sebak sikit.

      Abang ni sejak tahun ni dah pandai terasa hati terutama sekali pada Daddynya. Yalah, orang lelaki ni susah betul nak tunjuk kasih sayang pada anak-anak. Saya berulang kali ingatkan dia walau apa yang berlaku, itu tetap Daddynya. Kena sayang Daddy, kena ikut kata Daddy selagi Daddy tak melanggar ajaran agama. Kalau Daddy kata jangan solat ke apa, itu lainlah ceritanyakan... Kalau tidak, apa pun sekali mesti kena terima itu Daddy kita!

      Itu adatlah LM. Saya selalu kata tak guna saya marah Adik sebab umurnya. Sama macam Abang masa kecil baya Adik takda siapa pun nak marah. Tapi yalah, dia mungkin terasa asyik dia aje yang kena walaupun Adik yang buat salah. Adik sepah rumah, dia kena kemas. Adik mandi tak gosok gigi, dia pulak yang kena sebab tak ajar Adik! Huhuhu....bila fikir balik emak-emak ni pun satu. Bila dah penat, lupa mana betul mana salah. Main sedap mulut jerk. Aduhai...kena berubahlah ni....

      Delete
  12. Haishhhh...sikit lagi nak masuk habuk mata nih. Bubbly abang ada bakat jadi penulis lirik lah.

    Teringat dialog my anak dara masa tengok iklan si ibu peluk anak dia dalam TV. 'Ibu...tengok tu. Dia sayang anak dia. Ibu tak sayang kita pon. Asyik marah kita jer'...ppfftttt...Sentap dan emosi jugak lah bila anak cakap macam tu kan. Nampak sangat ibu ko ni tarzan...hahaha....

    Tapi terangkan balik lah kat dia. My anak dara plak jenis straight to the point. Sekali bercakap memang sentap 44 hari dibuatnya ☺☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah bila anak bercakap sesuatu yang tak enak di pendengaran telinga kita ni, rasa sentap pun ada, rasa sebak pun ya juga. Tapi bagus juga kalau dia pandai menyuarakan pendapatnya. Sekurang-kurangnya kita tahu mana salah silapnya. Bolehlah diperbetulkan.

      Sekarang ni bila balik kerja, saya ingatkan dalam hati jangan asyik dok nak naik suara tegur Abang tang perkara yang kecil-kecil. Cuba pulak berlembut, tengok jalan ke tidak!

      Delete
  13. Assalam sis,
    oohoiiii
    syoknya baca dialog anak ibu ni tau3
    iols pun soookaaaaaaa sangat kalo sesi dialog dengan boboboy :)
    selalu nak kongsi dalam blog tapi selalu mudah lopa isi dialog
    ater acaner he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam!

      Hahaha... saya memang ingatlah benda-benda penting bila 'berdialog' dengan anak-anak ni. Kalau boleh, jot down siap-siap lepas tu terus keluar dalam blog. Hahaha!

      Cerita anak-anak ni memang tak akan ada penghujungnya. Ada aje kenangan bersama mereka yang kita nak ingat!

      Delete
  14. tetiba bergenang lak airmata ni baca lirik lagu abg tu... betul tu mak ni marah kerana sayang bukan keran benci

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manalah ada emak tak sayangkan anak sendiri.... Kalau tengok muka anak-anak tu, dah lupa segala keresahan dan kesulitan dalam hidup! Itulah penangan hebatnya ada anak-anak ni sebagai penyeri hidup kita kan...

      Delete
  15. Kakak selalu perhati abang ni usia aje budak tapi dia sebenarnya matang berbanding usia tau MD. Bila baca ni kakak ada rasa sikit terharu. MD mesti rasa lebih dari itu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sebak juga bila dengar bait lirik lagu yang diubahnya tu. Walaupun lagu tu catchy aje bunyinya dan cara dia menyanyi pun nampak bersahaja, saya dapat rasakan yang dia ingat semua perkara yang tidak menggembirakan itu. Yalah, dia dah pandai berfikir dan selalu nak menyuarakan pendapat bila dia rasa tak setuju. Saya pun kenalah lebih alert lepas ni.

      Setiap kali balik rumah memang saya ingatkan diri jangan lagi meninggi suara marahkan dia atas kesalahan yang kecil-kecil Saya cuba tegur secara bersahaja saja sambil tekankan elok-elok kenapa saya buat begitu!

      Delete
  16. homaigod..syahdu lah entry kali ni..untung dapat anak-anak yang menyanyangi dan faham kenapa Mommy dan Daddy marah-marah. Untuk kebaikan diri diorang sendiri jugak.

    p/s: pasni kalau dengar heartbeat song mesti akan teringat lirik ciptaan Bubbly Abang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang nyanyi selamba je sambil petik jari kononnya :) Tapi bila dengar lirik ciptaannya tu terkedu tetiba tau!

      Pssttt...Heartbeat Song tu bukan Abang jerk suka, Mommynya pun sukalah *_*

      Delete
  17. Oh.. tetiba habuk masuk mata.. sobsobsob..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak dah pandai berfikir panjang sikit, memang macam nilah jadinya....

      Delete
  18. itummg luahan dari hati . mungkin boleh ambil pendekatan utk jadi kawan , bkn sbg mommy bila bersama abg . cuma part2 tertentu je yg perlu tegas sbg mommy . usia abg masih terlalu muda tapi apa yg dia luahkan dah menunjukkan pemikiran dia yg lbh mtg dr usia . bknnya apa , cuma bimbang dia akan melepaskan stress dia dgn melakukan perkara yg x sepatutnya ... sorrylah md klu terlebih . .. org blm kawin nasihat mcm ada pengalaman lak ekkk ... heeee ... sekadar pandangan je .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kadang-kala silap. Selalu sangat benda kecil pun nak tegur. Sekarang ni memang tak boleh tinggi suara sikit dengan dia. Kalau kita bercakap nada biasa lepas tu tertinggi suara tak sengaja, memang dia akan monyok jerk muka merajuk!

      Saya pun kalau boleh tak mahu anak-anak ingat perkara yang sedih dalam hidupnya di antara dia dengan Mommynya mahupun Daddy. Yang happy-happy ajelah simpan selamanya ~_^

      Delete

Post a Comment