Dia... emak saya *_*

Salam Jumaat kawan-kawan!

Wallaweyh....

Tajuk bukan main lagi. Ni penangan drama-drama bersiri TV3 pukul 7 malamlah tu ~_^ Ambil sipi-sipi trendlah kononnya...

Alkisah yang tak pernah dikisahkan di sini, I memang tak pernah pun seingatnya bercerita tentang my Mak dalam blog retis ni kan? Betul tak?

Pada sesiapa yang mengenali diriku sejak kali pertama berkecimpung dalam dunia blog alam maya (Eh, apahal dia ni menulis gaya gini yerk!) memang tahulah dalam blog ni tak pernah ada cerita tentang my Mak. Even my mak mertua @ Mami yang jauh nun beribu kilometer merentas benua dan lautan pun dah pernah masuk blog! Sadis sungguh anak si Tanggang tak ingat balik kampung di Batu Pahat nih....

Yang sebenarnya I memang saja buat begitu. Kerana for me, kalau bercerita tentang seorang wanita bernama ibu ni, banyak sangat kisahnya. Knowing me yang tak reti letak fullstop kat ayat ni kan, memang agak sukarlah nak mengarang manuskrip teragung untuk seseorang yang bergelar ibu. But then, kali ini I nak cerita serba sedikitlah tentang my Mak ni. In a fun waylah of course. Kalau nak tengok I serius mendedikasikan satu entri buat my Mak, memang nangis-nangis lagi you all membacanya ~_^ Kaya tokey jual tisu tu dibuatnya...

My Mak sekarang tinggal dengan my eldest sister @ Ngah. Dah hampir empat tahun Mak tinggal dengan Ngah sebab mak tak berapa sihat. Tak sihat tu bukan secara fizikal sebenarnya tapi entahlah nak kata bagaimana. Cuma dalam kata mudahnya, Mak dah banyak lupa. Maka, sejak Mak tinggal di KL, rumah di kampung tu memang terbiar. Sesekali, kakak nombor dua @ Chik, akan tengok-tengokkanlah sebab rumahnya di sebelah aje (the house yang I akan tidur bermalam bila sesekali balik kampung setelah berpurnama merantau katanya...)

Rumah Mak tu pun dah macam cerita scary movie. Memang berdiri bulu roma kalau sesekali balik menjenguk. Tengok dari belakang tingkap rumah my Chik ajelah yang berani.... Nak suruh masuk, memang I pun gentar ni. Kalau berteman di siang hari tu okeylah. Takdalah dapdupdapdup dada berombak!

Alright! Ni nak cerita pasal rumah Mak ke atau Mak ni... Mehlah kita tukar gear and kembali ke pangkal jalan!

Dari pandangan seorang anak, Mak memang seorang ibu yang baik. My Mak hanya seorang surirumahtangga saja. Maklumlah anak ramai. Kiri, kanan, depan, belakang menguit-nguit anak-anak minta perhatian. Anak perempuan aje ada tujuh orang (dan yang bongsunya ni hah si tukang tulis entri). Anak lelaki pulak  tiga orang- yang sulung (my beloved abang yang dah tiada), yang tengah dan yang bongsu!

Kalau masa kecil-kecil dulu, bila disuruh berbaris memang rapat-rapatlah ketinggiannya. Maklumlah setahun satu. Tak pun dua tahun sekali dapat adik kata my eldest sister But then I dengan my sister yang di atas jarak umurnya 7 tahun. Makanya sebab itulah I yang 'termanjas' dalam family. Buah hati pengarang jantung ala busyuk-busyuk dia anak Cina datang dari mana pun tak tahulah! 

Adik lelaki I tu golap. So masa kecil-kecil kita orang selalu gaduh. Adik kata I anak Cina, I kata dia anak India. Akhirnya dia terpaksa mengalah sebab dia je lahir kat Spital Muo. I lahir kat rumah my abah ~_^ Sadislah kalau ingat-ingat balik babak hangat nih....

Eh, tersasar lagi... Laa.. Mak sorry eh... Kalau mengimbau pasal Mak je mesti terbabit sama satu family nak ditulisnya....

Semasa Mak masih sihat dan abah masih ada, kehidupan di rumah kampung memang menyeronokkan. I ni masuk Tingkatan 3 dah kena expel keluar rumah masuk asrama, dan sejak tu memang tak pernah 'menetap' di rumah lama-lama. So, setiap kali dapat balik jumpa mak abah memang perasaan terujanya satu macam.

My Mak rajin melayan anak-anak especially tentang makan. Asal anak nak makan jerk, requestlah tentu dapat (I pun macam tu juga dengan my superheroes. Asal nak je, I BELIkan... masak tidaklah... huhuhu....) Yang lagi sadis, anak-anak my Mak ni very demanding. Orang ni tak makan sayur, orang tu tak makan ayam, orang ni tak makan daging, orang tu pulak tak suka ikan.... Kalau ikutkan ibu bekerjaya sekarang rasa macam nak lemps ajekan bila anak-anak banyak sangat kerenah. Dah bagi makan tu pun dah bagus! 

Tapi my Mak ni memang melayan jer. Mengeluh sekali pun tak pernah. Air tangan my Mak memang sedap sampaikan anak-anak saudara Mak pun kalau sekali-sekala datang bertandang, memang mereka aim time makan! Menyusahkan kita orang dan mak kita orang jerk (honestly, itulah yang I rasa masa kecil-remaja-mudabelia  terhangat dulu...)

Oh, Mak.... rindunya saat-saat kita semua tinggal di bawah satu bumbung di 'istana' yang indah tu....

Satu lagi yang I ingat, bila nak tidur malam. My Mak akan sediakan tempat tidur masing-masing. Dari I kecil sampailah I dah kahwin ( I last kahwin dalam keluarga okey...) my Mak akan kemaskan  tempat tidur kami. Yang nak tidur dua bantal, disediakan dua bantal. Yang nak tidur siap dengan bantal peluk, disediakan bantal peluk. Yang tak boleh tidur tilam nipis, disediakan  tempat tidur begini. Dari anak sendiri, menantu hinggalah ke cucunya! Bayangkanlah kalau semua balik serentak masa musim raya, memang kesian my Mak. Tapi masa tu kami rasa seronok sangat kalau Mak sediakan tempat. Sampai terlupa nak kesian pada Mak. 

Bila semua dah  tidur, Mak akan bangun lagi 'check' keadaan. Kalau yang masih bujang  macam cucu-cucu, Mak akan ambilkan selimut kalau tak berselimut dan hari sejuk. Mak pasangkan ubat nyamuk kalau musim banyak nyamuk. Kalau Mak kesian tengok yang ada anak kecil, Maklah yang tolong jagakan cucu yang menangis malam sampai tertidur sambil duduk meriba cucu!

Bila dah ramai di rumah, si cucu-cucu bujang ni biasanya  tidur di luar. Yalah kalau dah sekali balik, macam orang kenduri. Penuh rumah. Adalah dalam 30 orang lebih serumah. Bila malam tiba, memang tidur mana nak jerk. Jadi Maklah yang aktif menyusun tempat tidur mereka. Tapi yang paling sedih adakalanya bila terjaga malam, tengok Mak tidur atas lantai mana dapat beralaskan lengan jerk. Oh, I pernah nampak sekali! Memang sayu hati masa tu tengok Mak mengeriut tidur kesejukan. Mak sibuk uruskan anak menantu dan cucu sampaikan mengabaikan diri sendiri!

Bila kita kejut, Mak pun bangun. Againlah buat kerja spot check satu-satu siapa lagi yang tak lena tidur, terganggu tidurnya kerana tak selesa! Oh, betapa kalau diingat-ingat kembali memang cukup terharu. Tapi...itu dah lama berlalu. Mak dah tak ingat lagi hal-hal sebegitu. Hanya perkara penting aje yang masih dalam ingatan Mak!

Seingat I juga, selama Mak hidup bersama arwah abah, tak pernah sekali pun I tengok Mak berkasar dengan abah. My abah sebaik-baik abah orangnya tapi panas baran sikit. Bak kata I, kalau abah marah boleh makan dua tiga hari jadinya. Tapi Mak tak pernah melawan. Kalau kena marah pun Mak diam aje. Segala urusan rumahtangga dan makan minum anak-anak memang Maklah yang uruskan tanpa sekali pun mengeluh.

I ni lagilah, memang kes manja tak bertempat. Masa masuk sekolah dulu, Mak kena tunggu di kantin bawa makanan setiap hari selama setahun! Kalau I keluar rehat tengok Mak takda duduk di kantin, memang bergenang air mata nak melalaklah tu! Kesian Mak, kena berlari ke hulu ke hilir menguruskan anak-anak yang lain, kerja rumah lagi dan banyaklah tanggungjawab. Ditambah lagi dengan beban budak mengada-ngada sorang nih!

Dulu-dulu masa di bangku sekolah rendah, ada kalanya memalam I dok tak boleh tidur kerana memikirkan satu perkara penting - macamana hidup aku kalau MakAbah dah takda ek?

Oh, memang tetiba jer menangis bila teringat. Tetiba jerk tidur dengan air mata. Memang tak boleh nak terima kenyataan kalau perkara yang satu itu berlaku dalam masa terdekat. Hilang tempat bergantung? Itulah yang ditakuti. Hilang tempat bermanja? Lagi takut! Berjuraian air mata bila membayangkannya!

Dan I masih ingat lagi... Sebaik keluar dari labour room selepas melahirkan Abang, Maklah orangnya yang I teringin nak dengar suara. Bila masuk bilik dan dapat capai telefon, I terus call Mak nak beritahu yang Bubbly Abang dah lahir. Masa bercakap tu pun, I menangis sambil suruh Mak cepat-cepatlah datang naik KL ni. Memang cengeng tahap tak boleh layan dah si tukang tulis cerita nih tau. Meluatkan tengok perangai I? Hahaha....

Pendekata bila berbicara tentang emak ni, memang tak ada kesudahannya. Sama macam bila bercerita tentang anak-anak kesayangan kita. Sekarang ni bila dah ada anak, fahamlah sudah betapa rasa kasih seorang ibu kepada anaknya.

Eh, tak boleh sambung menulis lagilah! I dah kata, I memang tak boleh tulis kisah macam ni.... 

Tisu setengah dozen, please!

Kita tamatkan sampai di sini dululah yerk. Lain kali kita cuba mengarang lagi tentang ibu. Ah kak nak pi kesat air mata bergenang dalam mata nih. 

And for my mother,

Mak, walau kita dah jarang dapat berbual sebenarnya oghang memang sayang Mak!!!









 

Comments

  1. Assalam sis,
    emo kan kalo cakap bab mak ni
    kita dah jadik mak2 ni bertambah2 emo la kan3 :)
    iols ni alhamdulillah dapat merasa menjaga mak pulop
    my mak duduk dengan iols :)
    pa pun moga mak sis sentiasa sihat AMIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam!

      Memanglah emo. Yalah mak yang membesarkan kitakan.... Mak saya ni dah 78 tahun. Dari segi fizikal, okey lagilah. Dari segi ingatan tu dah tak berapa bagus. Kalau kita bercakap pun bukan mak faham lagi apa butirnya. Dah jadi macam budak-budak balik...

      Delete
  2. Kita sama la MD..kalau sembang pasal mak mesti nak menitis air mata..kalau dengan suami pun saya tak suka sembang2 tentang mak sebab boleh terjejas emosi saya sehari..dah la saya ni tak pernah nangis depan suami jadi nak kawal semua tu memang susah la...kalau ikutkan hati saya nak je bawak mak duduk dengan saya tapi saya tau nanti ada hati2 yang terluka dengan tindakan saya jadi selagi boleh tahan saya tahn je la..
    eh!tercerita pasal mak sendiri pulak..

    siapa potong bawang nih??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam ingatan saya ni, emak saya memang seorang ibu yang baik sangat. Entahlah tak tahu mengapa, nasibnya jadi begini bila meningkat usia. Emak sekarang bukan kawan kami lagi tapi lebih sesuai 'berkawan' dengan Adik Cute. Kalau Adik nak aiskrim, emak pun nak aiskrim juga. Kalau nampak kita makan, emak pun nak makan juga walaupun baru makan. Pendekata macam budak-budak balik dah perangainya...

      Haish...jangan potong bawang lebih-lebih, nanti habis tisu kat rumah tu :)

      Delete
  3. Salam MD...oooo mmg tak boleh nak citer klu bab2 mak ni... fuhh..meleleh air mata..bila baca kisah Md ni teringat mak mertua sy ..mcm sebiji gaya mak md..sbb mil ramai anak kan 10 org... klu kmi balik kg mcm tu lah gaya..memastikan anak dan cucu selesa..huhu sedih plak... moga mak md terus sihat dan pjg umur ye... kasih ibu tiada tandingan...sayangg makk kita smua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedihkan kalau fikir-fikir balik kisah emak ni, dari kecil menjaga kita sampailah dah kahwin pun emak tak mahu lepaskan anak-anak. Yalahkan, kasih ibu membawa ke akhirnya...

      Saya memang merasa hiruk-pikuk bila ramai-ramai balik kampung tapi itu semua tinggal kenangan. Kalau dulu balik kampung sebab nak jumpa emak, nak merasa air tangan emak. Kini dah 4 tahun tak merasa itu semua walaupun emak masih ada lagi....

      Delete
  4. MD sajer jer ni...
    Tak pasal2 duk melalak sorang2 depan PC ni...
    Dah laa tiga tahun lebih tak peluk mak...
    Rindu tu Allah saja yang tahu...

    Tapi itu lah MAK, kan?
    Insan paling istimewa di hati anak2...
    Mak saya pun sama...
    walau dah kawin dan beranak pinak, dilayan nya kita ni macam anak kecil...
    Walau kita dah besar panjang, masiih lagi jaga makan pakai bila balik kg...
    Waktu bersalin pun mak lah yg tukang teman kat labour room..
    Tapi itu masa dia sihat...

    Skarang ni dah tak sihat...
    Rasa sedih pun ada tak dapat jaga Mak masa dia sakit...
    Dah ada penyakit lupa juga...
    Bila sembang dia duk ulang tanya soalan yang sama..
    Tapi layankan aje.. walau dalam hati sedihnya tgk keadaan mak...
    Apa2 pun, semoga mak kita sentiasa berada dalam rahmat Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah, Nur... tak lama lagi dapatlah jumpa. Eh, saya dah lama tak ke 'Bradford' apa cerita pun tak tahu! Nantilah senang-senang kita pi melawat kawasan tidur dalam seminggu dua yerk :)

      Mak memang istimewa. Pengorbanan dan kasih-sayangnya memang tiada tara. Sekarang bila dah jadi emak, fahamlah kita mengapa mereka sayang sangat pada anak-anak. Kadang tu terasa sedih juga. Macamanalah nasib kita pulak sebagai emak bila dah tua nanti. Hidup ni penuh pancaroba. Anak-anak sekarang tak macam kita dulu-dulu, respek sangat pada ibubapa.

      Delete
  5. sedih ai baca entry ni.. sebab ai pun dah lama tak jumpa mak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emak saya tinggal dekat jerk dengan kakak sulung tapi itulah kalau berjumpa pun bukan boleh berborak macam dulu-dulu lagi :(

      Delete
  6. teringin pulak naklihat wajah mak MD bila dah baca entry ini. kagum dengan sikapnya yang tak suka mengeluh....
    boleh jadi idola buat anim ni,MD..sampaikan salam anim buatnya andai berkesempatan jumpa mak nanti ya..Assalamualaikum warohmatullah, makcik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emak saya dah 78 tahun, Anim. Kalau ikut fizikal, sihat sahaja. Cuma biasalah orang tua, kadang itu tak kena ini tak kena. But ingatan tu kurang baiklah. Kalau kita cakap banyak pun, emak dah tak menjawab. Terkebil-kebil memerhati. Lebih baik emak layan Adik Cute makan aiskrim sama-sama. Kalau tengok keadaan dirinya sekarang memanglah sedih. Tak sangka emak yang begitu baik dan banyak berkorban demi keluarga, jadi begini bila dah dimamah usia....

      Nanti kalau jumpa emak saya akan sampaikan salam Anim ya...

      Delete
  7. saya masa kecik pun dikatakan anak angkat oleh my kakak gara2 saya seorg lahir kat sepital . mrk kata saya tertukar cuma sbb muka saya yg mcm cina . kulit taklah berapa putih . jauh sekali nak melepak ... my bunda pun x sakit . cuma keadaannya makin uzur dan x berapa kenal anak2 nya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah... nasiblahkan! Nasib baik dalam keluarga saya ni anak Melayu, Cina dan Indi bercampur-campur. Maklumlah adik beradik ramai...

      Itulah nasib emak bila dah dimamah usiakan, Vee. Kalau tengok tu kesian pulak. Memang tak boleh ajak berborak lagi. Nak meluah perasaan lagilah tidak. Terkebil-kebil mata memandang bila kita bercerita tapi kalau tanya, tak faham pun apa ceritanya....

      Delete
  8. Karangan berfokus hari ni saya bg A++++.. sungguh menyentuh hati dan penuh penghayatan dan plotnya sesuai.. haha.. jangan marah..saja nak mengusik..

    Alhamdulillah, syukur sangat MD membesar dengab penuh kasih sayang daripada mak.. itu yang boleh mengada-ngada sangat tu.. haha.. tapi realiti, anak-anak nak perhatian, dan mak yang baik akan bagi sepenuh perhatian kepada anaknya tu, jadi anak dapat membesar dengan sempurna emosi dan fizikal..

    moga mak MD sihat selalu ya..

    Kisah tidur beramai-ramai dalam sebuah rumah ni, buat saya mengimbau pengalaman 6 tahun yang lalu. Masa saya kahwin tu, majlis sebelah suami, itulah kali pertamanya saya merasa pengalaman macam ni. Kelaurga suami, termasuk sepupu sepapat dan pak cik mak ciknya masa tu semua tidur kat rumah MIL. Saya macam ornag jakun, terkejut tengok saudara mara boleh bersusun-susun tidur kat dua ruang tamu, tiga bilik lain, sedangkan fi bilik besar kami berdua je tidur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macamana ni cikgu boleh bagi A plus banyak sangat ni? Ni mesti kes sedih dan terharu bila bercerita tentang emak. Takda perumpamaan, tiada pepatah, ayat pun tonggang-langgang, cikgu. Ni mesti kes markah simpati buat anak bangsa nih.... Hahaha!

      Saya ni memang spesies anak perempuan bongsu mengada-ngada. Kalau saya cerita semua, memang meluat orang membacanya. Daripada orang meluat nak datang membaca, lebih baik jangan cerita. Hahaha!

      Alhamdulillah, Mak dah sihat sekarang. Baru-baru ni teruk juga sakit, tak tahu mengapa. Mungkin sebab faktor usia, dah tak berapa nak terima semua organ dalaman dengan keadaan masa ni. Kalau duduk mendengar kami bercerita pun, emak senyap aje. Tak pandai dah nak menyampuk sama. Kalau dulu, emaklah yang paling peramah di kampung tu. Satu kampung tau dengan keramahan emak saya!

      Hah, itulah AN bila dah keluarga ramai. Bayangkan ajelah kalau adik beradik sendiri dah 10 orang. Menantu lagi. Cucu-cucu lagi. Memang riuh rendah rumah, hiruk pikuk suasana. Tapi seronoklah Mak urus semua. Kalau tengok sekarang ni kesian alahai...rindu pun ya juga. Dah tak kisah emak anak menantu cucu cicit nak tidur kat mana. Sukahati koranglah....

      Delete
    2. Ha.. cikgu ganti mana tahu cara tanda karangan yg betul.. tu yg dapat A++++ tu adalah penilaian dari sudut matangnya karangan ni.. haha.. payah nak nilai tau ni..

      Delete
    3. Yalah, yalah...surrender ajelah. Dengan cikgu tak boleh melawan, nanti berdosa ~_^ Itulah murid-murid sekarang ni, cikgu bagi markah bagus pun nak komplen tak puas hati. Masak, masak!

      Delete
  9. aduh baca tajuk je ni dah emo apehal.hahaha

    cerita tantang mak mmg take kesudahan..mak kita mmg tak pernah mengeluh kan..lg melayankan si kakak yg princess sangat asik membentak tak suka makan gulai.hoho..kita ni buat kerja dah penat sikit mulalah Bebel Kata suami tak nak tolong..apa la..pahala yg sepatutnya dpt full, dah kena potong setengah.

    Baru ni sy attend kursus ada sesi tutup mata mengenang org tersayang..emo habislah membayangkan muka mak..peluk mak..nangis tersedu sedan..

    sayangi dan layanlah mak sembang MD selagi mereka ada.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, PK. Kita ni sebagai anak bila tak suka aje mulalah memberontak. Tapi kita tak pernah terfikir tentang emak yang buat apa sahaja untuk kita, berkorban apa sahaja untuk hidup kita yang senang-lenang ni.

      Saya ni masa kecil sehingga remaja memanglah mengada-ngada sungguh!

      Delete
  10. Sedihnya....mm.sayuuu plak rasa hati ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bercerita tentang emak memang terasa sayu hati nih...

      Delete
  11. kalau nak cerita tentang kebaikan Mak memang sampai bila pun takkan habis..sabarnya diorang melayan kerenah kita yang macam-macam ni..kalau nak balas jasa diorang memang tak terbuat lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Sal. Kadang-kadang kita ni sebagai anak terlupa akan kasih-sayang dan pengorbanan emak selama ini. Mujurlah emak masih ada, dapat lagi menumpang kasih dan memohon ampun :)

      Delete
  12. Aduhai.. bukan tisu MD sorang jer sedozen.. akak ni pun sama.. akak kena kuat depan mak akak.. belakang mak akak lah yg meraung menangis bila doa utk mak akak.. sejak mak akak kena stroke smpi sekarang tak boleh bercakap.. last sekali akak borak dgn mak akak ptg khamis tu.. hari Jumaat mak akak kena stroke.. Ya Allah berikanlah kesembuhan yg segera buatmak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedihkan CH bila teringat emak. Lagilah sekarang ni emak saya dah kembali macam kanak-kanak. Kawannya si Adik Cutelah. Kami anak-anak ni dah tak setaraf di matanya. Memang kalau berbual pun emak tak masuk campur. Tak faham apa kisahnya. Selalu aje ulang cakap perkara yang sama. Kadang tu pening juga kepala tapi bila fikir balik, alahai kesiannya emak yang dulu begitu gigih menjaga keluarga, berkorban apa sahaja, begini nasib bila dah dimamah usia tua....

      Oh, sedih betul....

      Delete
  13. acik pun tak boleh tulis tentang kisah2 sila dan emak..memang syahdu..mau kopek bawang berkilo2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nah, Acik! Ambillah tisu 4 kotak ni ada lebih baki Jumaat lepas :)

      Mak ni macam anak-anak punya cerita. Tak pernah habis. Kenangan bersama tu memang sungguh terharu kalau diingat-ingat semula. Harap-harapnya anak-anak pun akan merasai perasaan yang sama macam kita bila terkenangkan emak nanti *_*

      Delete
  14. Gitulah ibu namanya.....seboleh mungkin nak anak anak dia selesa biar pun diri sendiri tidak. Eloklah mak kak Ton tak berapa ingat sekarang ni. Dia boleh rehat kalau tidak, sampai sekarang kot kena buli ngan Kak Ton hihi....

    Tp perkara perkara gitulah buat kita teringat dan rindu kat dia.

    Bonda mak mmg sgt berbeza ngan mak kak Ton. Tp dah namanya ibu, kasih sayang dia mmg tak de tolok bandingnya, walaupun dia tak tunjuk.
    Dan orang pun sayang mak orang jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringat-ingat dulu kalau kita balik kampung, mak masakkan makanan kegemaran. Sedap-sedap belaka. Walaupun dah kahwin, dah ada anak, mak tetap layan kita macam anak kecil aje. Itu yang buat Kak Ton manja mengada-ngada tak boleh blah tu. Tapi tengok mak sekarang ni memang jauh berbeza, OKje. Kadang tu boleh terfikir pulak 'eh, ya ke ni Mak?' Lain sungguh perangainya tau.....

      Huhuhu....takda dah tempat bermanja macam dulu-dulu.....

      Delete
  15. Kasihnya ibu...

    Sayang kan rumah mak tak dihuni lagi. Tp nak buat camne keselamatan mak lg penting. Bila tak ingat sgt bahaya kalau mak memasak dll

    Seorang ibu..
    Cucu menangis dia yg sibuk pangku nk bg tido semula. Ank cucu tido dia risau smpi tak lena tido nk pastikan ank cucu tido sejuk ke berselimut ke tak.. Selesa ke tak..

    Air tgn ibu adalah yg terbaik. Ingtkan ank2 LM je yg ni x suka ayam yg ni x mkn ikan. Kena msk ayam klu menu ikan sbb tak smpi hati ank yg ni x mkn ikan. Klu menu ayam pula kena gak goreng atau kicapkan ikan sbb yg sorang tu x mkn ayam. Mana smpi hati nk tgk ank x mkn ye tak?

    ReplyDelete
  16. Tak boleh baca klu bercerita pasal mak ni. Mak ni lah harta dunia akhirat yg kita sayang hingga ke jannah. tak boleh di tukar ganti dgn wang ringgit pun.
    semua mak2 mempunyai sifat yg sama pd anak2nya. tiada kurang atau lebihnya pd seseorang anak..
    Alhamdulliah my mum masih sihat. Lenguh2 kaki & bdn tu adalah. katanya berkat doa sekeluarga yg doakan kesihatannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengorbanan Mak ni memang kita tak terbalas. Bila kita imbau balik apa yang dah dilakukannya, memang rasa terharu sangat. Sedih dan segala perasaan bercampur-baur bila mengenangkan emak nih...

      Delete

Post a Comment