Hello, saya Minion!

Salam kawan-kawan!

Wah, langsung tak nak tanya mana MD semalam yerk!

Merajuklah macam nih.... takda siapa pun yang peduli hal selebriti sorang ni tau! Kecik hati I ^_^

Alkisah semalam I kena buat one man show lagi. Makanya tak dan nak menaip entri. Makanya cuba jugalah in between tu blogwalking mana dapat. Itu pun tak habis-habis lagi! Mengah!

Sebelum masuk tajuk utama, marilah kita merewang-rewang dulu turun naik rollercoaster!

Are you ready???

Jom naik rollercoaster ride @_@

I ni kan memang bijak tau. Kalau tak percaya, silalah teruskan bacaan ~_^

Memandangkan ini dah hujung bulan, maka haruslah buat grocery shopping (Eh, sejak bila dia ni grocery shopping hujung bulan? Rasanya macam seminggu 14kali pergi grocery shopping katanya...Shhh! Shhh! Jangan pecah rahsia, nanti HD tau kalau terbaca di sini! Tak pasal-pasal kena tambah senarai rahsia dalam list yang kena minta maaf di pagi raya yang mulia tau!)

Gaji pun dah masuk. Bolehlah perabihkan. Makanya I pun called HD pada petang Rabu, kata nak ajak pergi Giant. Nak buat apa, tanya HD. I pun jawablah nak top up aiskrim dan juga tengoklah apa ke benda ada promosi kat Giant, bolehlah beli *_*

Masa kat Giant, I dok belek aje apa yang ada. Belilah juga tapi satu apa keperluan barang rumah tak pun masuk dalam troli. So HD pun tanya apa motif sebenarnya kita ke sini. Makanya I repeat jawapan dan tambah sikit kat statement tu,

Esokkan 28hb! Kita kena pergi Aeonbig beli barang dapur sebulan! Dapat 5% diskaunkan!

Aeonbig mana nak pergi esok?

MidValley!

Your 5% diskaun tu dah tolak duit minyak keretalah?

Terus I garu kepala yang tak gatal katanya.... (Bila takda jawapan gitulah kekdah buat muka blur takut kena marah...)

Makanya semalam, kami pun ke Aeonbig MidValleylah nak buat grocery shopping. Terlanjur dah ke MV tu kita singgahlah di Aeon, Metrojaya, dan mana-mana kedai yang sempat. Sambil menyelam jangan minum airlah, nanti lemas ~_^ (Eh, Harvey Norman dah kena take over by Aeonbig ke?)

Selesai buat grocery shopping, HD pun tanya soalan cepu lempangpipibabatpunggungnanti, kiranya dah cukuplah stok untuk sebulan nikan.... Makanya haruslah I beri jawapan standard,

Eh, ada juga I tak beli lagi Dear sebab harga mahal lagi. Nantilah bila ada harga promosi I beli yerk. Bawang, bawang putih, kentang semua tu tak cantik kat sini. Nanti I pergi cari kat Hero tak pun bila balik kerja I singgah kat Aeonlah!

Memanglah nak kena lemps kalau macam nihkan.... 

Malas HD nak layan lagi! Tiap-tiap bulan pun gitu jerk kekdahnya. Eh, tidak, tiap kali buat grocery shopping pun macam tulah jawapannya. Entah bila nak cukup stok tak tahulah. Masaknya tak juga hari-hari!

Okey, sekarang barulah kita pergi ke berita utama *_* 

Dah berpuluh perenggan MD oi mukadimah baru sekarang nak cerita tentang tajuk di atas! Kering dah tekak ni, takda air liur lagi nak telan!

Alkisah, sebelum balik dari pejabat semalam my colleague terima WA dari kawannya kata ada minions kat MV. I pun apalagi, bila masuk kereta HD terus beritahu kat superheroes tentang minions ni semua. Terujalah mereka. Makanya sampai aje kat MV, kita pergi cari minions dululah ya anak-anak. Lepas posing nanti baru kita buat grocery shopping!

Ini kat ruang legar di berhampiran Aeon tu yerk (Ground Floor kot...) Ada promosi HSBC tapi I tak ambil port pun pasal apa. Sebabnya bila naik je eskalator sampai je kat ruang legar ni dah nampak minions!

Erk, Mommy pulak teruja lebih ~_^ Cepat-cepat suruh anak-anak berposing mana dapat!

 


Tak silap I sampai 14 June kot promosi HSBC ni. I tengok sekali pandang jerk, minta maaf kalau tersilap. Kalau nak, pergilah  terjah sendiri bawa anak-anak ya! I pun nak pergi lagi kalau berkesempatan. Nak suruh superheroes posing mengancam sekali lagi sebab semalam tak syoklah snap gambar mereka nih sikit sangat!

Okey, itu jerk berita utama sebenarnya. Berita sampingan jerk lebih. Nanti-nanti kita borak lagi yerk. Jangan jemu pulak, dah seharian tak dengar Kak Ton membebelkan, tak rindu ke? ~_^




 



 


Comments

  1. hamboi-hamboi,dah agak dah mesti kak MD yang excited lebih nak tangkap gambar ngn minions tu kan..hahaha. gitu rupanya trick nak gi grocery shopping banyak kali...ok nanti nak praktikkan.haha.

    ala kak MD, hilang sehari mana orang perasan.hilang seminggu macam saya baru orang buat spekulasi..kata cuti kawin la, kena telan jerung la..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel gilalah Sal, minions semua! Rasa nak peluk pastu cabut bawa masuk kereta, bawa balik rumah jerk buat 'penyambut tetamu' depan pintu tau! Oh, memang akak teruja tapi malu pulak akak nak posing mengancam kat situ. Mak budak must be very polite, down to earth gitu ~_^ Maka, kita hantarlah superheroes berposing. Semalam tu Abang muka masam sebab dia malas. Aduh, tak lama lagi hilang sudah satu model blog ni sebab dah mogok besar!

      Okey, itu akak tak jamin. Kalau ikut lepas tu kena hemps dengan bakal suami, sila jangan cari akak yerk! Akak sembunyi dalam gua batu kapur siap-siap!

      Oh, sedihlah Sal! Akak ni kan selebriti Jawswood katanya.... sedih sangat bila orang tak tanya khabar sehari tau!

      Akak tak pulak. Kalau cuti 6o hari jerk orang sibuk tanya~ berpantang ke? Hahaha.....

      Delete
    2. pasni Abang akan jadi model blog berbayar.kalau tak, jangan harap dia nak posing..minions memang comel kan! kalau akak cabut kat Mid tu, sy nak satu tau

      Delete
    3. Kalau ikut Adik Cute, nak suruh dia buat kerja kena bayar '2 singgit'. Maknanya kalau suruh kemas mainan, kenalah kemas dua kali pastu dapat RM1. Kecik-kecik dah pandai demand. Kalau dah besar nanti, aduhai....

      Oh, pandainya! Suruh akak pi cabut sorang-sorang ke? Jomlah kita pergi berdua. Sal tu kecik, kalau cabut pun orang tak nampak mana minion, mana Sal *_* Senang sikit kita nak kidnap minion tu masuk dalam kereta. Ke kita bawa naik komuter jerk?

      Delete
  2. memang sah lah mommy yang teruja lebih ni kan MD he he.
    cuti sekolah dah bermula MD..lepas ni lagi banyak boleh cerita kisah jalan2 cuti sekolah yang tak dirancang main terjah je he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm...malu pulak nak bagi jawapan sebenar, Acik ~_^

      Yeah, esok cuti sekolah! Best! Best! Tapi apa yang best saya pun tak tahu! Yang penting hari Isnin depan saya cuti @_@

      Delete
  3. Nak gedik dengan hubby ajak g MV lah macam ni.. semata-mata nak amik gambar dengan minion.. kihkihkih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gedik lebih sikit sebab esok hari cuti. Pergi pepagi untuk mengelakkan kesesakan nak bergambar dengan minions. Maklumlah mak-mak budak semuanya hormon teruja melampau-lampau. Hahaha!

      Delete
  4. anak-anak suka lah kalau dapat tengok minion ni kan,sama juga dgn anak2 saya ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak saya yang kecil tu sukalah tengok minions semua. Yang besar tu dah kurang terujanya. Tapi yang tak boleh blah, Mommy depa ni yang terlebih teruja tengok minions semua. Hahaha!

      Delete
  5. ini klu my Tumpis tengok minion maunya suruh naik flight sekarang jugak..hahaha..comel ler hero dua org tu posing..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..lebih baik jangan bagi Tumpis tengok. Kang demi kerana minion, terbang duit kena beli tiket kapal terbang nak ke Semenanjung. Kalau dah memang kat KL tu tak kisahlahkan....

      Delete
  6. Eh? ......Semalam tak de ek? Bukan ada ke? Bukan ke semalam kak Ton komen entri mak?

    Ekelehhhh..... setakat Minion , mak tak delah teruja sangat. Kalau pergi MV semata nak bergambar ngan Minion, sure mak balik menyesal tau hikhikhik...
    Errr..... bila nak MV? Nak skodeng ar....jangan terkejut tau tetiba ada gambar curi Kak Ton satu family dlm entri mak.

    Bila kita masak, mcm mcm barang mentah ada, mmg best, terasa mcm kat dapur Masterchefkan walaupun masak tak selalu ..... Tak pelah kak Ton....shopping ler selagi boleh, nak buat camne ...dah hobi kak Ton .....redho ajelah jadi jiran sebelah ni walaupun tak de kena mengena...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari Khamis Kak Ton ada tapi tak keluar entri sebab Kak Ton buat one man show kat pejabat ni *_* Sempat blogwalking kejap aje. Kang kalau tak pergi rumah Mak, mahu Mak merajuk tak keluar entri berpuluh-puluh hari. Maklumlah Mak ni kan walau suka dan rindu dengan Kak Ton tapi tak mahu ngaku sebab malu. Huahaha....

      Mak memanglah tak suka minion. Mak kan dah tua. Kak Ton ni muda belia remaja lagi ~_^ Ish, Mak ni! Ni kena janji dengan Kak Ton *tonedahtukartakut* kalau jumpa Kak Ton and family, minta signature lepas tu posing sama jerk. Jangan sesekali masuk blog. Kak Ton ni dah berjanji dengan HD tak mahu tempek muka kami suami isteri demi restu untuk berblogging tau!

      Alah Mak! Kak Ton ni beli bahan mentah memanglah champion tapi bab masak tu, entahlah di mana hilangnya champion gitu ^_^

      Delete
  7. Mujur anak2 akak ni tak tau Minion ni..
    Selamat lah akak nak ke MV..
    Akak pun bukan yg jenis shoping beriye MD..
    Untung en suami akak tau hihihi..
    Akak beli jer barang dapur yg kat mana murah hahhaha
    Selalunya MYdin jer lah tempat akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun macam tu juga. Saya beli kat tempat yang paling murah. Tapi nak ke tempat paling murah tu, habis semua tempat saya terjah. Bab duit minyak keluar tu yang selalu kena marah HD sebab tak ambil peduli janji barang tu murah. Saya boleh je beli minyak kat Aeonbig, beli beras kat Hero and so on sebab nak dapat lagi murah. Perjalanan berulang dan buang masa tu tolak tepi ^_^

      Delete
  8. Alahai... Comel je tgk minion jni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dapat peluk sambil posing lagi comel, Maria *_*

      Delete
  9. asya klo dpt jumpa minions ni msti happy sgt2..karekter febret dia nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik Asya tak tahu. Kalau tau ni, kena turun ke KL lah cuti sekolah ni, Lya ~_^

      Delete
  10. teringat lak kat my anak buah kat kg tu yg dpt gelaran minion ... grocery utk sebln klu tak dikerjakan blh jadi busuk MD ... heheheeee .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada pandangan saya, minion ni memang comel pun. Hahaha...

      Itulah yang selalu berlaku, Vee. Beli kentang aje sampai 5kg lepas tu busuk... Kalau takda halia, time tulah nak masak guna halia. Bila dah beli banyak, busuk juga sebab mood memasak sebulan sekali datangnya! Manalah tak kena marah dengan HD *_*

      Delete
  11. Jelas nampak mummy yg semangat lebih...

    MV.. 2015 belum pernah sampai lagi.. beli barang kat kedai runcit belakang rumah je sekarang ni... nak bergambar ngan minion x de.. ngan maniam boleh la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...tak syak lagi makchaq... memang Mommynya yang over-over!

      Saya pun sebenarnya dah kurang ke MV tahun ni. Dah hilang aura MV ni bagi saya... Ini pun sebab nak pergi Aeonbig, maklumlah 28hb, ada diskaun 5% katanya....

      Delete
  12. Amooiii dan2 selpi ngan minion...tomeiiiii sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik Mommynya tak join selfie sekali tau ^_^

      Delete
  13. Tengik watak Minion ni teringat kat zarif....zarif sukalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak-budak mostly memang sukalahkan, Bunda. Dah mak budak pun sama aje suka.... ~_^

      Delete
  14. bawa anak-anak ema mahu tak nak balik ni... tak bersesak ke ke MV musim cuti sekolah ni...nak bawa jalan anak-anak kena pikir empat lima puluh kali pula..dah ada baby ni kan.... risau tengah syok ronda...baby nanges....naya nk bagi susu..dahlah tak bagi susu botol lagi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pergi sebelum cuti sekolah bermula, Ema. Sekarang ni tak tahulah musim cuti. Kat mana-mana pun kena bersesak rasanya. Itulah punca malas nak berjalan kalau time cuti sekolah ni. Tak nak bersesak kenalah duduk kat rumah aje....

      Kalau ada baby lagi susah sikitlah. Langkah pun pendek-pendek aje. Bukan senang nak bawa baby pergi tempat yang crowded. Kesian kat baby nanti...

      Delete
  15. anak saya pon suka sgt minion ni!kalau nampak kat tv ke...nampak patung je...confirm terjerit2..minion ni comey....tak lama lg nak keluar filem die, wajib bawak pegi tgk wayang!


    Singgah blogwalking...:)
    Nak tingkatkan metabolisme badan tak?jemput baca artikel ni:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/cinch-tea-bantu-anda-kurus.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang budak-budak kebanyakannya suka sebab kecomelan minion nikan. Saya yang dah tua ni pun suka tengok minion. Ingat nak posing tak ingat dunia tapi malu pulak kat orang sekeliling. Anak-anak pun tak over macam Mommy mereka ~_^

      Delete
  16. Hahahah. Kemainn tauu seminggu sampai berbelas belas kali pi grocerry. Beli apa kak. Hahaha. Ke cuci cuci kata aje :D Dah lama tak tengok ada Minion dekat mall gini. Ewahhh :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu perumpamaan aje, Nani. Tapi memang kerap pun akak pergi grocery shopping. Entah cari apa pun tak tahulah. Masalahnya, memasak sebulan sekali jerk. Hahaha....

      Ajaklah driver pergi tengok minion kat MV, Nani. Kalau ada budak-budak berebut nak bergambar, jangan peduli. Kita cop dulu, kitalah berselfie dulu! Kah3x.

      Delete
  17. Minion tu comel sangat agaknya, takdalah mereka takut *_*

    ReplyDelete
  18. my sis, nieces & granddaughter went there last week. Kemain dorang posing sakan.

    Aeon harga groceries tak tak mahal ker kak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun kalau boleh nak pergi sekali lagi suruh budak-budak ni berposing sakan. Akak nak posing sakan kat situ, segan pulak. Jadi perhatian orang buat mengumpat aje nanti!

      Entahlah, ada masanya ada juga murah berbanding dengan tempat lain. Kata kuncinya tengok 'harga promosi'lah :)

      Delete
  19. haha tak habis2 grocery shopping.drama sangat!

    amboi kemain lagi Abang adik posing Dengan minion.tp muka memasing macam kena paksa je..bubbly Abang tu macam senyum paksa..ke mmg cam gitu gaya Abang senyum? adik cute tak pandang kamera tadak hal..tahu dah awak tu memang kiut.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu...nak buat macamana! Dah itu salah-satu kesukaan kita. Seminggu tak grocery shopping rasa tak berdaya tubuh badan ni tau ~_^

      Memanglah mereka terpaksa. Mereka nak masuk Aeonbig cepat-cepat supaya boleh main hide and seek kat dalam tu. Ada ke patut...

      Ni dah tentu-tentu kes Mommy yang over excited bagai dikata... Kalau tak posing takdalah pulak cerita minion dalam blog *_*

      Delete
  20. sokmo le mcm tu.
    nak shopping sikit je nak bjln yg lebihnya kan..
    alolo kena paksa je gayanya tu abg dgn adik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu standard orang perempuan. Tapikan saya terbalik tau. Saya berjalan kurang sikit, belanja nak lebih. Itu yang selalu kena marah dengan HD. Budak-budak berdua tu memang rela dalam terpaksa bergambar dengan minion. Mereka kalau boleh nak pergi tengok toys aje!

      Delete

Post a Comment