Hola! I'm Boboiboy now ^_^

Salam kawan-kawan!

Linguistik sungguh MD ni ~_^

Okey, takpa kalau tak faham joke bengang yerk!



Bagai dikata semalam, kalau dah entri semalam tentang Bubbly Abang sudah tentulah entri hari ini khas untuk Adik Cute yang keletah macam,

Haiyya Cik Siti woi!
Pompuan manyak mude!
Lompat! Lompat! 
Hah, lompat lerrrr, Mommy.... !

Ini lagu favorite Adik Cute sekarang ni... tak tahulah apa Mommy nak 'shakap' lagi!*gelengkepala* Penuh kemelayuan sungguh anak bongsu I ni tau.... 

Sekarang ni dalam rumah bukan sahaja UpinIpin yang selalu 'tetiba masuk', Boboiboy pun dah pandai 'datang' my rumah. Kalau mood teruja lebih jerk, mulalah kejap-kejap ingatkan Mommynya yang 'Ini Boboiboylah, Mommy!'

Penatlah dik Mommy bagi nama sedap-sedap. Nama nabi pulak tu. Dua nama nabi lagi tu. Penat MommyDaddy dok fikir tak tidur malam masa mengandung dulu, apa nama nak letak bagi baby boy ni. Tapi dah namanya Adik ni memang keletah, suka-suka hati jerk kejap nak jadi UpinIpin, kejap Mail, kejap Boboiboy. 

Oh, Adik pun ada 'best friend' baru dalam tab, namanya Mischaaaaa..... (Adik tengok kartun Rusia okey.... Mischa tu watak utamalah!)


I ni jarang ambil video anak-anak, kalau tidak memang bertempek-tempek video dalam blog ni tau. Kalaulah you all boleh dengar Adik Cute nyanyi lagu 'The Wheels on the Bus Go Round and Round' versi ala-ala pelat, memang pecah perut dok ketawakan dia...

The wit on the butt go wound n wound, wound n wound, all to townnnnnn..... ('wound' as in 'round')

Sekarang dah okeylah...pelat dah takda sangat, tinggal bersisa sikit jerk. Sebab dah tak pelat, dia pun bantai bercakap 24 jam sehari tanpa henti kecuali masa tertidur!

Lagu Haiya Cik Siti tu pun mulanya I tak dapat detect lagu apa sebabnya tune tu dah berubah ikut suka hati dialah. Bila dah sampai part suruh lompat tu, barulah teringat. Puas dok fikir macamanalah budak ni boleh cari dalam youtube lagu ni sedangkan I sendiri tak ingat cerita P.Ramlee yang mana satu tau. 

Rupa-rupanya ada dalam satu episod UpinIpin. Lah... padanlah dia dah start menghafal!

UpinIpin ni pengaruhnya memang kuat betul pada Adik Cute. Apa yang UpinIpin ajar memang dia ingat. Kira macam 'cikgu' lah sebelum dapat jumpa cikgu betul-betul nanti tahun depan ^_^

Tiap-tiap malam, sebelum tidur lepas dah beri salam, ucap good night dan say I love you MommyDaddy, sepatutnya dia terus tidurlahkan. Tapi kadang-kadang tak juga. Boleh pulak lepas tu buka mata tanya soalan dan jawab sendiri,

Mommy! Esok nak bawa apa? Ayam go-weng jelah. Ayam go-weng pun sedap!

Lepas tu sambung tutup mata nak tidur! Takda pun tunggu jawapan dari Mommynya! Dia 'berangan' macamlah esok dia pergi sekolah. Sebabnya setiap malam pun I akan tanya si Bubbly Abang nak bawa bekal apa pergi sekolah keesokan harinya! Dia jealouslah tu. Selebihnya pengaruh UpinIpin lagi sebab Adik ni bukan suka sangat 'ayam go-weng' tu!

Bila ada anak sebaya Adik Cute ni memang seronoklah tengok keletah. Setiap patah perkataan yang keluar dari mulut mungilnya memang boleh menggeletek hati kita mak-mak ni. Pernah sekali I dengar dia bercakap seorang sambil bermain toys,

Macamana 'mentadok' tidurrrrrrrr? 

I suspect ini pun dari cerita UpinIpin juga tapi yang pelik tu mentadak mentadu boleh jadi men-tadok! Cara si Adik ni menyebut 'men-tadok' tu memang cute alahai (Yalah, yalah... sebab Adik Cute anak I itu yang I rasa semua pun cute. You all tak rasa sama pun takpa yerk ~_^)

Kalau Adik nak minta apa-apa/minta izin dari Mommy, tentu dia akan tanya dan akhiri ayatnya tu dengan,

......Bolehlah Mommy....bolehlah......!

Kalau I tak mahu beri izin/beri apa yang dia mahukan pada mulanya pun boleh jadi cair bila dia dah tune baik punya perkataan 'bolehlah' nya tu. Tak sampai hati. Contohlah...

Mommy, Adik nak main lego boleh?

Tak boleh!

Bolehlah Mommy! Bolehlah......

Pergilah main, Dik! Jangan sepah-sepahkan! Kalau Mommy terpijak lego, Mommy babat nanti!

Taklah, mana Adik ada sepahkan.....

Oh, aktiviti menyepahkan rumah berulang kali lepas tu datang penyakit malas mengemas masih lagi berleluasa dalam diri Adik ni. Selalu pun I yang kalah - I juga yang mengemas semuanya sambil mulut membebel-bebel. Habis dah  idea nak marah kat dia tak menjadi. Selalu pun dia jerk menang!

Kalau dengan si Abang dulu memang I je yang kerja psiko tapi dengan dengan si Adik ni, dia psiko kita balik. Kalah habis. Malas dah nak membebel banyak-banyak. Buat kering tekak, menghabiskan air liur jerk.

My superheroes sebenarnya lagi bijak dari Mommynya yang katanya bijak laksana tu. Kalau I marah ke apa, mereka buat muka simpati dengan mata terkebil-kebil, mulut itik muncung ke depan comel jerk nampak, memang I tak jadi dah nak sambung marah! 

Lain harilah jawabnya kita berperang mulut lagikan, Bubbly Abang dan Adik Cute ~_^






Comments

  1. hahhaha..gelak2 baca gelagat adik cute ni..banyak gak persamaan dgn budak tumpis sy tu..part layan bercakap mmg tak boleh kalah, tido je baru senyap.. kalau tak jawab pertanyaan dia kang dia kata " alah, tanya pun tak boleh"...haha...memang akan gelak tgk gelagat dorang..
    pengaruh upin ipin memang kuat dikalangan anak2...tak lama lg adik cute akan ckp" dua singgit..dua singgit- watak Mail.. hahaha... jgn jadi otomen mcm abang pa'e sudah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak cakap pun dah betul ni memang pengsanlah kita melayannya. Adakalanya rasa terhibur, adakalanya sampai tak tahu nak cakap apa lagi.

      Yang kecil ni memang kuat betul pengaruh UpinIpin tu, tapi si Abang dulu takdalah macam ni. Abang tu dari kecil lagi kaki tengok kartun kat Channel Disney tapi si Adik ni pulak tak suka tengok kartun. Dia cuma main tab jerk kerjanya!

      Adik tak kenal otomen tu siapa. Kalau nampak pun dia buat derk jerk. Tak tahulah akan datang macamana pulak gayanya berubah ikut arah angin!

      Delete
  2. sama la dengan anak kita yang memang pelat & tak berapa pandai sangat cakap.. tapi kalau nyanyi even pelat2 pun kemain dia mendendangkan lagu. Pengaruh tv, pengaruh video kartun, pengaruh upin ipin.. kadang2 dengar dia nyanyi tak paham pekebenda.. lagu pun tak tau lagu apa. hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time pelat tu sebenarnya lagi syok. Entah apa-apa yang dia cakap, kita ni dok gelak aje sebab rasa kelakar dan comel gitu. Fahamnya tak juga. Tapi dengan Adik ni nasib baiklah ada Abang yang sungguh memahami boleh tolong translate lagi *_*

      Delete
  3. alahai kak...cutenye adik...pipi tu kalo depan lieya dah cubit2 kiss2 dah ehehehehee....

    lieya bace citer akak ni leh bayangkan kepohnye mulut adik nyanyi.....rakam la kak....mesti kepoh kan dgn pelak2 die kan.... bagus laa mcm tu...byk mulut ni budak bijak...ikut mcm abang die la ni kak heheheeheheh.....dayyan plak bile org yg die tka kenal malu semalunyer....kalo kat umah die laaa hero membebel huhuhuhu.....

    bab kemas barang mmg gitu la kak...sudahnye omaknye jugak laa terbongkok2 kutip mainan kemas heheehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lieya pun ada anak lelaki sebaya. Memang confirmlah tau macamana rasanya. Si Adik ni pun Lieya kalau dengan orang dia tak kenal, dia sopan jerk. Cuba dah lama kenal, habislah dia tak peduli! Bercakap tak berhenti! Ada sekali my sister datang rumah dia nak ikut balik lepas tu boleh pulak dia cakap berulang kali sorang diri depan MakNgahnya - MakNgah ni bila nak balik? Tak balik rumah ke?

      Aduh! Pening kepala tengok anak over-over sampai hilang adab *_*

      Delete
  4. Amboii adik cute pandang apa tuu sampai tak pandang kamera. Hiksss. Pelat pelat pun comel :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik mana mesra kamera. Kecualilah kalau dia suruh kita snap gambarnya. Kalau tidak, jangan haraplah dia nak tengok kamera!

      Sekarang pun dah tak pelat sangat. Keletah jerk makin bertambah-tambah!

      Delete
  5. Lompat.. Lompat. Jaga2 adik
    Chomel ada longkang tu. kih3..

    Pasni boboboy angin, tanah halilintar semua kluar ye dik. Penuh kemelayuan ye dik sama cam mommy dia.

    Adik main pasir lat pantai mana tu?mesti bw bekal ayam goweng kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu gambar lama, LM. Masa pi Avillion dulu tu!

      Adik ni memang tau.. .lebih Melayu dari si Abang. Abang pulak kalau bercakap, memang lain macam tak nampak Melayunya. Hahaha!

      Delete
  6. 1. Budak2 mmg cepat tangkap lagu. My 4-yr-old ari tu nyanyi "ah...I love you like a love song, baby"... haa tekejut mama taw!
    2. I hate Legos sbb kalau terpijak mmg sakit tak hengat. Tapi itulah yg byk pun, berkotak2, lego besar, lego kecik.
    3. Menjawab soklan MD, I have 4 kids - Humaira yg sulong 10th, then baru Umar(9), Muhammad(nak masuk 4 this year) dan Aisyah(2).
    4. Oh ye... I selalu kalah dgn pujuk-rayu anak2 esp. Umar... bapak dia selalu pesan "jgn manjakan sgt, he's a boy, kena tough skit" hahahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... si Adik ni suka satu lagi - I need your love, I need your time! Calvin Harris punya lagukan.... Masa tu dia pelat lagi jadinya pening I nak faham apa dia cakap!

      Memanglah sakit tapi dah nama anak-anak, tetap juga terpaksa tahan sakit. Sekali kena, sekali membebel menjerit macam tarzan *_*

      Oh, maknanya anak-anak kita sebayalah. My eldest 9 yrs old dan yang kecil ni baru nak masuk 4 tahun juga in Novemberlah!

      I pun selalu kenalah, Nin! My husband selalu marah kalau I manjakan mereka sebab they're boys! Tapi jadi mak-mak ni memang nak tunjukkan kasih-sayang melimpah ruah. Kalau tidak rasa macam menyesal hidup tak buat gitukan ~_^

      Delete
  7. Adik cute, comelnya kamu. Pandai lah adik cute psiko mommy...hehehe...

    Anak saya yang pompuan tu jenis banyak mulut. Tak terlayan dibuatnya. Yang tak tahan kalau tengok tv dengan dia lah. Asik bertanya jer kerjanya...ppffttt...

    Bab pujuk rayu anak², memang tak boleh lah. Lemah bila di pujuk rayu oleh anak² ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik memang selalu psiko Mommy tau. Itu yang tak tahan. Pandai pulak Mommy tak tahan padahal Mommy lagi hebat mengpsiko Abang dulu-dulu. Ni kira pembalasanlahkan... Hahaha!

      Anak-anak saya walaupun lelaki dua-dua pun banyak mulut, Fiza! Ikut siapa? Ahah, jangan jawab nanti tersayat hati den nih hah!

      Delete
  8. Assalam sis,
    he3
    memacam keletah bebudak ni kan3
    part menjawab tu kekadang mencuit ati, tapi kekadang tu berapi dengor yer dop he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam!

      Bab bersoal jawab tu yang tak menahan. Adakalanya memang buat kita gelak, adakalanya memang sentap. Tapi dah nama anak-anak, semua pun comel *_*

      Delete
  9. aduh panjang lebar bebeno MD bercerita pasal adik dan abang, kaknoor cerita anak2 kcik dah lama ditinggalkan skrg ni kisah menjaga cucu yang baru 1 tahun 8 bulan. Belum boleh ckp tapi dia pandai ckp bahasa dia lah, dia tak faham kita pun tak faham jugak hahha.. tapi memang sama dgn adik suka ckp sendiri bila main toys dia, kadang2 ketawa sendiri, mmg teruja tengok budak2 yg baru belajar nak ckp ni, tapi kalau ckp ala2 pelat mcm adik tu lagi best ketawa berdekah-dekah kan MD HAHAHAAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni KakNoor mana reti tulis pendek-pendek. Kalau katanya nak menulis entri, dah tentu panjang berjela tak tahu mana titik noktahnya, kak...

      Eh, KakNoor jangan tak tahu! Saya pun ada cucu saudara tau ~_^ Sayakan anak perempuan bongsu pastu adik beradik ramai. Makanya merasalah jadi nenek saudara jugak....

      Saya rasa budak-budak masa fasa belum sekolah ni memang comel selalu. Buat apa pun nampak comel. Cubalah kita ni yang tua buat perkara yang sama, takda kecomelan langsung! Kena kutuk jerk nanti kata tak sedar diri!

      Dah namanya anak-anakkan, kak... apa-apa pun tetap juga nampak 'indah' pada pandangan mata emak nih....

      Delete
  10. assalam MD.. adoi macam2 keletah anak2 ni kan,memang cute lah adik ni..memang kuat pengaruh upin ipin ni..hehehe mentadok tuu

    kita mak2 ni mestilah rasa anak2 kita cute kan, biasalah tu MD,saya pun macam tu juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam!

      Bunyi 'mentadok' tu yang tak boleh tahan mendengarnya. Fasa macam ni memang best melayan anak-anak berborak. Macam-macam idea mereka bagi. Kalau mak blogger tegar, memang semua pun masuk blog. Hahaha!

      Delete
  11. Memang comel la adik cute..
    Tapi acik nak tanya gak ni betul ke bongsu adik cute tu MD..keeee..bongsu sementara belum ada adiiiikkkkk.dua2 anak MD comel..sebelum sebut tga tiga..kan MD he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...Acik ni bagi soalan cepu lepuk pulak dah...

      Yalah, Acik. Rasanya dua ajelah. Satu sulung, satu lagi bongsu. Takdalah harapan nak dapat anak perempuan ke, anak lagi ke... Tunggu menantu perempuan ajelah dalam 20 tahun lebih lagi. Harapnya sempatlah :)

      Delete
  12. anak-anak... kaulah penawar hidupku!
    P/s: tqvm datang umah kita... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Ibu Ilyanie(s)! Tanpa mereka, gelaplah hidup kita mak-mak ni!

      Delete
  13. bab The Wheels on the Bus Go Round and Round ni sama dengan Aisyah..siap buat tangan pusing-pusing..
    dua-dua boboiboy memang banyak mulut eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..itulah nasib saya. Boboiboy ke, UpinIpin ke, Maroon Five ke, semua pun sama! Ikut resmi Mommylah ni! Opppsss!

      Delete
  14. Adik belum sekolah teman rapat mestilah katun upin/ipin, boiboiboy itu yg imaginasi dia dia mahu macam watak itu. Tapi pandai juga dia pilih yg watak baik-baik.. keletah lebih adik ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pening kak kat rumah tu... Tak reti diam masing-masing. Itu yang kalau nak bercakap, kena menjerit. Hahaha... Abang lagi terror. Kalau semua orang bercakap serentak, dia akan angkat tangan lepas tu kata-'Kejap!Kejap!Kejap! Mommy, Daddy boleh tak Abang nak cakap dulu?' Lepas tu MommyDaddy jawab-'Tak boleh!' Hahaha!

      Delete
  15. Kalau UpinIpin ajar, semua dia hafal. Oh yang 2 singgit tu pun dah start 'menjual' kat rumah ni, Diana. Habis semua dijualnya!

    Banyak video budak-budak ni pada anak saudara saya yang rapat dengan mereka. Memang dia rajin betul merakamkan aksi mereka. Saya ni sejak berkenalan dengan smartphone baru rajin gambar anak. Dulu-dulu sekali sekala saja sebab malas nak keluar kamera. Sekarang ni sejak ada blog, lagilah tetiba rajin!

    ReplyDelete
  16. sama plak kita, sama-sama buat entry tajuk 'Hola....'. sehati sejiwa sejawa betul.bebudak sekarang pandai-pandai ye, maybe sebab banyak tengok TV kot.kartun Melayu layan, rusia pun layan.bagus-bagus..nanti boleh pandai cakap Rusia dengan dedi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..Akak dah perasan semalam cumanya masa asyik mengomen terlupa pulak pasal tu. Nasib Sal ingatkan ~_^

      Asal dah pandai on gadget jerk memang macam nilah jadinya. Macam-macam kerenah mereka!

      Delete
  17. Moment yang indah untuk dikenang dan disimpan kan..?
    Semakin mereka membesar, lagi panjang akalnya..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semakin mereka membesar, semakin kita terasa berkurangan masa untuk dikongsi bersama kegembiraan :(

      Saat-saat ni kalau mampu diingat-ingat kembali memang indahnya....

      Delete
  18. cara adik menjawab tu mmg bijak . otak dia pantas bertindakbalas ... tu masih keck lagi tu . bertabah je la bila dah semakin membesar . mmg adakalanya mak bapak akan kalah dgn anak ... heheeeee ... mmg cute tau bila tgk budak kecil mcm ni . my anak buah 11 bln yg baru pandai beberapa patah tu pun i dah geram habis tau ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah besar sikit tak tahulah apa pulak keletahnya. Nanti jadi macam si Abang, sikit-sikit merajuk. Sikit-sikit mogok sebab akal dah panjang....

      Masa baby dulu lain kegembiraannya, Vee. Bila dah pandai bercakap lain pulak. Pendekata setiap fasa pembesaran mereka memang menyimpan seribu satu memori buat kami mak-mak ni. Insya Allah, kalau ada peluang, Vee pun akan merasainya juga satu hari nanti!

      Delete
  19. MD memang comellah keletah adik,apatah lagi part mentadak mentadu..Kira oklah pengaruh upinipin in semuanya bagus..positif dengan nilai mulia.mendidik anak2 kita. n terkenangkan zaman kita dedulu..skang ni mana ada dah budak yg tahu sebut..mentadak mentadu..camna MD tido..hahaha

    baya2 adik ni mmg apa yg keluar Dr mulut depa comel..lebih2 lg klu salah sebut.teringat waktu aiman baya adik, siap nyanyikan saya lagu ibu petik guitar,ada videonya di fb..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga yang tak baiknya, PK. Sesekali boleh dengar dia ber'aku', 'kau' dengan si Abang. Setiap kali buat gitu, kita babat jerk mulut mungilnya tu kalau dia tak minta maaf kat abangnya. Lama-lama dia dah tahu Mommy tak suka gaya gitu, boleh pulak gostan siap cakap 'Eh, eh...sorrylah Mommy!'

      Macam-macam perangai budak-budak sebayanya sekarang ni. Kadang tu memang gelihati, adakalanya memang mendidih aje darah menyirap *_*

      So comel gitu gaya ye, Aiman. Saya ni tak pernah ambil video anak-anak. Kalau ada pun dari sepupu-sepapat mereka yang rapat dengan mereka berdua!

      Delete
  20. Comel betullah adik dan aksinya tu... memang rasa comel sangat...Di fasa macam ni, kami banyak rakamkan gelagat anak.. sekarang kami banyak rakam aksi Nazif yang lebih kurang adik ni.. memang tak diam dan pelbagai keletahnya..

    kalau Nazif yang juga pelat ni, part wheels on the bus go round and round tu dia memang akan sebut setiap kali berjumpa dengan bas.. tapi ayat pelatnya akan jadi, go woung and woung...haha, lama2 dah biasa, tak larat nak gelak2 lagi..layankan aja

    bab menyepahkan rumah ni, kita sabar ajelah ya.. kawan saya bagitahu bila ank dah besar nanti, kita kan rasa tak ada kerja sebab dah tak payah nk kemas mainan anak sebagaimana kita sekarang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kekadang tu rasa terkilan juga sebab tak merakam. Tapi biasanya on the spot, tak dan nak rakam! Kalau setakat gambar tu memang banyaklah menimbun. Itu pun rasa macam tak cukup jerk snap foto mereka dua beradik ni ~_^

      Hahaha... memang kelakar tau bila mereka nyanyi lagu tu. Yang lagi best si Adik ni buka versi India yang nyanyi omputih. Memang terbelitlah lidah ni nak join sama. Sekarang ni tiap-tiap masa buka lagu Sakit Tuh di Sini! Aduhai... nak nangis kalau saya dengar...tension betul!

      Aha...bila dah besar nanti lain pulak kekdahnya, AN. Bertabah ajelah dah nama anak-anak sendiri. Kalau anak orang, mahu juga kena babat. Hahaha!

      Delete
  21. betul ker bongsu??? hahaha jgn marah yer kak..

    budak2 klu ckp pelat, lyn suka dgr. Boleh jadi bahan gelak. Rasa cm nak cubit2 jer mulut dia klu pelat gitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Lagi sorang...

      Yalah agaknya! Memang bongsulah. Dua pun dah cukup kot. Bolehlah tolong Mommy kiri-kanan bila dah tua nanti ~_^

      Ha'ah, memang seronok melayan budak pelat ni tapi yalah, kalau kita pun pelat, habislah !

      Delete
  22. Nama pun anak paling bongsu, paling kecik, mmg bestlah melayan. Lebih lagi pandai menjawab mcm adik cute ni haruslah geram rasa nak cium jer mulut dia masa tgh cakapkan ....

    Budak kecik mmg cepat terpengaruhnya tau....nasib adik cute layan Upin Ipin, kira bermoral jugaklah ceritanya, tak fighting fighting. Dulu SA kecik dia suka tgk Power Rangers ......mmg bergasak jjerlah kerjanya. Jadi ganas tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu pun saya cium masa dia membebel, Okje... *_*

      Geram sangat tengok dia membebel tak berhenti. Semalam pandai pulak tu suruh saya tidur cepat-cepat, kalau tak nanti nenek kebayan datang dan makan Mommy! Eh, eh, kita yang dimomokkan.... siapalah yang takut nanti!

      Memang kuat betul pengaruh Upin Ipin ni. Tapi sekarang dah beralih ke Boboiboy. Boboiboy ni kelakar sikit kartunnya. Saya tengok sama pun saya yang gelak lebih!

      Delete

Post a Comment