Ini entri mengumpat (Tekan X untuk tidak terlibat ~_^)

Salam kawan-kawan!

Ada ke patut!

Memanglah tak patut!

I know hari ni hari Jumaat tapi biasalahkan hati manusia....

At least I dah warning siap-siap sebelum you all baca. Tiada paksaan. Kalau dah terklik, skip aje terus sampai ke penghujung and then, jangan komen. Kang komen simpang perenang entah apa-apa, tentulah I jadi musykil tahap dewa19 nanti!

Alkisah, semalam menjadi hari terakhir seorang kawan pejabat yang pernah I dok hint akan menyebabkan I dan seorang lagi colleague menjadi bingung kerana perlu menanggung kerja berdua-duaan sahaja. 

Walaupun katanya entri ni mengumpat (sebab si polan tidak  tahu yang I mengumpat habis-habisan dalam blog), segala yang buruk tu memang dari khilaf seorang manusia bernama MD dan mana yang patut jadikan ajelah iktibar supaya tidak terjadi pada diri sendiri dalam mengharungi pengalaman bekerja ya! Mohon maaf banyak-banyaklah ya kalau I sudah mengurangkan pahala you all dengan berbicara tentang hal ini.

And by the highway, sebenarnya ini entri melepas geram yang tak berapa nak geram lagi dah dek kerana sudah bertahun mengalaminya.... ~_^

Kita namakan aje bekas kawan sepejabat I ni sebagai si A.

I dan A ni masuk bekerja di sini selang dua tahun. A joined the company 2 years earlier than me. Kalau ikutkan ranking, memanglah A ni my senior sepatutnya. Beberapa tahun selepas I masuk ke sini, berlaku insiden yang tidak diingini di mana seorang senior kami sepatutnya kena buang kerja tetapi dia bernasib baik kerana kekurangan bukti makanya dipindahkan ke department lain. Tempat senior ni memang hot seat. Selalu aje ada masalah. Sepatutnya selepas itu si A yang menggantikan tempat senior ni tadi. 

Malangnya, kerana prestasi si A kurang bagus, dia hanya diberi peluang berada di tangga teratas ranking seniority tu selama sebulan. Haru-biru segalanya. Our bosses tak tahan makanya A diturunkan pangkat dan naiklah I menggantikan tempatnya. So 'hot seat' ni menjadi milik I sudah bertahun lamanya. Alhamdulillah, segalanya berjalan baik dan I takda apa-apa masalah dalam menguruskan kerja yang diberi.

A ni memang dari mula I masuk bekerja di sini sampailah ke last day bekerja di sini, langsung takda menunjukkan perubahan prestasi kerja. Makin teruk jadinya adalah.... Kalau beberapa tahun sudah, A selalu aje datang lambat. Pernah dalam masa setahun, 79 kali punch cardnya merah tanpa sebab rasional yang mampu difikirkan dek akal-akal Jepun yang ada. 

Masuk tahun ni I dah bekerja untuk 8 orang bos. Makanya kerana A masuk lebih awal, dia sudah bekerja untuk 9 atau 10 orang bos. Hampir seluruh bos yang mengenali A, bermasalah dengan attitude si A ni sampaikan mereka give up dan tak mahu ambil apa-apa tindakan. A memang sangat-sangat bernasib baik. Kalaulah A bekerja di private sector yang lain, I rasa memang kekal dalam tempoh percubaan lepas tu kena buang!

Pernah sekali juga, A tidak datang bekerja selama hampir sebulan. Puas kami cuba menghubunginya tetapi tak berjaya. Bila ditanya pada si isteri, jawapan mudah yang diterima si isteri tak tahu apa yang berlaku kepadanya. Boleh gitu? Masa tu, walaupun I yang paling junior, selama sebulan jugalah I tak nampak matahari terbit dan terbenam kerana sibuk dengan kerja pejabat. Hari-hari kena stay di pejabat sampai hampir pukul 7 malam. Nasib baiklah masa tu I belum bercinta dengan HD, belum berkahwin dan belum ada anak! Tak kisahlah pukul berapa nak start kerja dan pukul berapa nak balik rumah!

Bila A 'menjelma kembali' selepas long hiatus, boleh pulak dia bagi alasan pada company yang dia 'hilang ingatan' akibat kena 'charmed'. You rasa, orang Jepun yang ada ni nak percaya ke? Makanya terbang sudah surat amaran ke-3 buat A. But still, dia survived sehinggalah semalam ya! How lucky he is....

FYI, A ni seorang lelaki Muslim ya. Beberapa tahun yang sudah A mula menunjukkan perangai sebagai seorang alcohol addict. Bila kami pergi makan beramai-ramai, A akan bercerita tentang 'kemahirannya' tentang wain! Kalau kami makan bento tengahari bersama-sama di dalam department, bosses akan minum juga seteguk dua arak yang mereka simpan dalam fridge dalam bilik masing-masing tapi si A ni meneguk lagi over daripada my Japanese bosses sampaikan kena tegur supaya jangan minum sampai mabuk semasa waktu bekerja! 

Oh, yes...dia pun ada bawa Guiness Stout, arak murah yang boleh beli kat 7-11 katanya dan simpan dalam knapsacknya yang diangkut ke pejabat hari-hari! Well, kami tahu kerana kami dah puas buat investigation mengalahkan Detective Conan supaya Admin Dept boleh ambil tindakan sepatutnya demi kepentingan bersama semua local staff yang ada tapi to no avail sampai ke akhirnya!

Pernah sekali bos Jepun bertanya kepadanya mengapa dia boleh minum arak sedangkan dia seorang Muslim. Jawapannya - Tuhan Maha Pegampun! Bila dah tua nanti kita boleh bertaubat!

I yang berada sama tak tahu nak tutup muka kat mana bila my non-Muslim colleagues and bosses gelak-gelak gelihati melihat gelagatnya. Bila salah seorang bos nampak 'muka' I yang merah padam, dia pun tanya pada I kenapa I tak minum kalau betul 'bila dah tua boleh minta maaf pada Tuhan' maka I pun jawab selamba memang betul Tuhan Maha Pengampun cuma masalahnya kita tak tahu sempat ke kita hidup sampai ke tua untuk minta ampun!

I masih lagi ingat insiden yang satu ini, juga terjadi ketika I masih bergelar junior - Suatu malam kami ada sesi karaoke. I tak mahu pergi tapi kawan-kawan mengajak. Makanya lepas solat Maghrib I pun bergegaslah ke tempat karaoke. Yang lain dah pergi beramai-ramai naik kereta dengan bosses lepas waktu pejabat.

Bila sampai di sana, bos besar pun tanya kenapa I lambat sebab sesi karaoke lagu Jepun dah bermula. I pun beritahulah I balik rumah dulu sebelum ke sana. Tetiba si A pun bersuara,

Oh, dia alim! Dia sembahyang 5 waktu!

I rasa angin satu badan bila mendengar si A menyampuk. Tak cukup dengan itu, A pun bercerita bagaimana dia sukar nak bangun solat Subuh kerana 'too early in the morning' dan selalu tertinggal solat Isyak kerana 'busy clubbing'. Beramai-ramai mereka gelak mendengar celoteh A. 

Dek kerana tak tahan I pun minta diri nak balik cepat. Bingit dengar mereka nyanyi lagu Jepun lama-lama dan bingit dengar sesi perbualan si A ni. Oh, yes....dia dah mabuk kerana kata kawan-kawan masa dia masuk pun dah berbau arak! Okey, fine! I blah dulu! Tak kuasa nak melayan kemerapuannya tu....

Dari segi kerja, prestasinya memang makin lama makin merundum. A boleh tertidur sambil menjawab panggilan telefon. Boleh minum mabuk teruk ketika waktu bekerja. Boleh tidur di hadapan bos sambil berdengkur sedangkan kami yang lain buat kerja sambil berpandangan antara satu sama lain, terpinga-pinga melihatnya enak tidur di kerusi! Adakalanya bos siap kejutkan lagi suruh bangun!

One of my colleagues sampai berhenti kerja sebelum masa kerana tak tahan bekerja dengan A dan tak sanggup melihat ketidakhairanan satu demi satu bos yang datang. I sendiri pernah menangis tersedu-sedu di hadapan salah seorang my bos. Kali pertama my bos ni jejak kaki ke Malaysia untuk bertugas, I dah masuk bilik nak berbincang dengannya. I beritahu terus-terang dia akan berdepan masalah dengan A (Oh, yes dia tahu kerana his predecessor dah pun brief him about tingkah-laku A) dan tolong, tolong, tolong jangan tanya I apa-apa dan tolonglah kami selesaikan masalah yang dah makan bertahun ni. Selepas setahun bekerja, my bos minta maaf kerana dia tahu betapa sukar bekerja dengan A  tapi dia tak mampu buat apa-apa! I bantai menangis dan-dan tu juga sampai bos pujuk suruh pergi bilik air basuh muka dan kembali senyum!

The last day this boss balik ke Jepun kerana sudah tamat tempoh perkhidmatan di Malaysia, I bantai menangis dalam bilik air sekali lagi kerana dalam ramai-ramai bos yang I pernah bekerjasama, beliaulah yang paling memahami! Selepas this boss, I dah tak ambil peduli pasal A dan tak mahu cakap apa-apa lagi kalau bos bertanya tentang perilaku A dulu-dulu! I suruh mereka 'rasai' pengalaman itu sendiri! 

Remember I pernah cerita tentang seorang lagi colleague yang ditamatkan kontrak ketika tengah sarat mengandung tahun lepas? Sepatutnya company nak 'buang' si A ni tapi dia bernasib baik kerana kontraknya tamat tahun ini. 

Dan akhirnya, penantian yang sungguh memenatkan untuk melihat pembalasan ke atas segala tingkah laku A yang menyebabkan Jepun-jepun yang ada beranggapan mengapa staff Melayu bermasalah teruk macam ni  (selain A, ada juga orang lain yang buat hal tapi dah lama selamat kena buang ke laut kerja) tiba jua akhirnya.

Sejak bulan March lalu kami dah mendengar khabar angin yang mengatakan kontrak A tidak akan disambung lagi. Makanya pada pertengahan bulan April, segalanya dipastikan. Pun begitu, kami buat juga farewell lunch untuk si A ni. Sepatutnya A bekerja sampai kontraknya tamat pada 14 Mei nanti tapi selepas makan tengahari bersama ala-ala selamat tinggal, A terus tak datang ke pejabat dan tak beritahu apa-apa pun!

Tiba-tiba semalam dia muncul dan ucap selamat tinggal kerana itulah hari terakhirnya bekerja. Paling tak boleh blah bila dia siap tanya pada I boleh ke cope dengan kerja bila dah  tinggal berdua dengan another colleague! Selamba aje I jawab - kalau tak boleh cope, you agak-agak nak appeal supaya kontrak you diperbaharui ke? You ada pun bukan ada membantu, lebih baik takda. Takdalah hati sakit sangat tengok orang datang kerja tidur, minum sesuka hati

Semalam, walaupun dah tak boleh nak tengok mukanya lagi selepas bertahun-tahun memendam perasaan marah dan geram dengan sikap sambil lewanya bekerja dan sebagai seorang Melayu dan Muslim yang agak memalukan diri sendiri, bangsa dan agama, I sempat jugalah minta maaf kalau ada salah silap selama bertahun-tahun bekerja bersama! (Hari ni dah mengumpat balik... aduhai hitamnya hati....)
 
I sedih ke kerana semakin kurang staff di my department dan semakin banyak kerja kena buat?

Tak juga!

I kan super-E, superwoman and supermak!

Oh, ho.....terbangga diri sekejap ~_^ Haraplah maaf ya!

P.S. I saja je tulis tajuk direct to the point nak tengok siapa yang baca dan komen. Tak sangka you all baca sampai habis juga. Tak pasal-pasal masuk 'perangkap' hari Jumaat yang mulia ni Hahaha..... Eh, minta maaf ya ajak baca umpatan pulak hari ni!

 




Comments

  1. betul la MD..termasuk jugak..sambil baca sambil geram ..walaupun tak kenal siapa dia..kesian nya isteri anak2 dan ibubapa dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seingat saya ni Acik, dari dulu mula masuk kerja sampailah dia kata semalam last daynya di office, memang takda perubahan. Berkali-kali diuji Allah, tetap juga tak berubah. Saya pun tak tahulah dia ni spesies umat manusia yang macamana!

      Semoga dia berubah sebelum terlambat!

      Delete
  2. MD, u r one super-E indeed!
    si A tu, mudah2an Allah bagi hidayah dan petunjuk sementara hayat masih ada..

    Ok..ok dah,..jom pi cuci hati dengan clorox sesama hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnyalahkan dia akan berubah sebelum betul-betul terlambat. Anaknya selalu aje lari dari rumah dan katanya anak zaman sekarang memang nakal. Tapi bila difikirkan balik, kalau dia sebagai bapa tak beri contoh yang baik, macamanalah anak tak mengikut....

      Entahlah.... tapi apa yang penting, saya dah tak perlu nak menghadap mukanya lagi. Berbulu sangat tengok perangai sampai dah hitam hati ni jadinya. So marilah sekarang kita membersihkan hati supaya suci semula :)

      Delete
  3. gigih baca & terasa macam terbeban pulak. hahaha sebab kita pun pernah masuk kerja & kerja yang di tinggalkan staff lama buat kita rasa hilang nafas sekejab. Tak tau nak mula yang mana.. sampai kita tanya kat bos, staff sebelum ni dia buat apa? Alih2 semua kerja dia kita yang kena buat semula. Kalau bayar gaji start dari staff lama tu kerja ok jugak kan sebab kena buat balik kerja orang.. hahahaha... pernah jugak kita join kengkawan gi karaoke.. bila lepak dalam bilik tu tengok semua orang elok jer dok layan air setan tu apa lagi konon minta diri sekejab padahal minta diri terus.. call memberi lain suruh datang amik kejab. Tak nak balik dengan orang yang mabuk lepas tu drive.. lepas tu memang tak join dah depa pi karaoke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama Suria akak bekerja dengan si A ni. Macam-macam hal dibuatnya tapi yang tak menahan, bos boleh tutup dua belah mata, buat tak nampak. Takda tindakan pun kecuali 3 warning letters. Kira memang hebat sampai kita-kita ni nak juga tanya dia pakai bomoh Siam ke apa guna sebagai pendinding ni. Yang palik jelik bila dia bangga showing off to our those Japanese, non-Muslim betapa hebatnya dia sebagai seorang peminum arak tegar! Memang tak boleh nak terima....

      Since mereka takda hajat nak ambil staff baru, nampaknya memang bergolek bergulinglah kami berdua menguruskan 3 bos yang ada nih!

      Delete
  4. tak sangka dia boleh berubah macam tu..macam orang stress dengan kehidupan pon ada juga tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia bukan berubah jadi buruk perangai, Mar. Memang dia peminum sejak saya diperkenalkan kali pertama dulu. Cumanya dulu takdalah berani minum waktu pejabat, mabuk waktu kerja. Entah berapa kali kesilapan dalam kerja yang dilakukannya kerana mabuk tapi bos pendamkan aje, tak mahu keluar dari dept ni. Makanya takdalah tindakan yang diambil. Kami ni menahan amarah je bila dia buat perangai. Malangnya semua yang pernah tersiksa bekerja dengan si A ni dah berhenti. Cuma saya je yang tinggal, yang paling lama kena menghadap perangai buruknya!

      Delete
  5. tak boleh tahan 'hilang ingatan' hahaha..

    rsa mcm pernah ter dengar MD certita muslim yg bnagga pasal arak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak boleh blahlahkan... ada ke sebulan tak datang lepas tu boleh pulak beritahu pihak admin dia hilang ingatan akibat perbuatan orang. Syarikat nak ke terim MC sebulan dari tok bomoh? Makanya lantingkan warning letter satu tapi takda makna pun. Bertahun-tahun dia survived kat sini selepas tu. Banyak juga dugaan Allah beri suruh berubah tapi makin teruk lagi adalah. Tahap alcohol addictnya memang dah teruk tapi bila kita nasihat, dia masuk telinga kanan keluar kiri jerk. Esok dia minum balik!

      Delete
  6. Mengumpat kalau kakak kenal org yg MD kisahkan tapi dlm entri ini kakak tak kenal pun kedua-dua baik MD mahupun si A yang mengaku Islam tapi tak berlandaskan syariat Islam itu. So the conclusion dari N3 ini utk dijadikan renungan buat yg membaca termasuk kakak. Biarlah dia berhenti kalau tak MD ada tanggungjawab nak kena nasihatkan dia utk segera bertaubat.. sedihnya hidup macam si A itu.

    Jadikan renungan bersama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah kak, saya rasa macam mengumpat jer tapi tetap nak kongsi cerita. Punyalahkan...

      Oh, susah kak nak deal dengan si A ni! Lega juga dia dah tak bekerja di sini lagi. Kami and the geng dah banyak kali nasihatkan dia. Yang paling best, our colleagues yang non Muslim pun banyak kali nasihatkan dia berhenti minum, jadi bapa yang baik....tapi tetap dia buat tak kisah. Pernah sekali my Chinese colleague ni cakap kat dia, " You see, your Allah is punishing you for what you've done all this while, but still you don't repent! " Itu merujuk bagaimana dia masuk hospital kerana hatinya hampir rosak, anak perempuan berkali-kali lari dari rumah, dan kena tetak hampir putus jari dek snatch thief ketika dia mabuk dan ke 7-11 tengah malam buta sibuk nak beli bir!

      Nak kata apa lagi saya pun tak tahu! Moga dia terima hidayah sebelum terlewat!

      Delete
  7. Betul ke 79 kali tu Kak Ton.....hihi.....Dua bulan setengah dtg lambat setahun mmg hebat tu. Kalah boss besar tau.

    Mesti sakit dada kan kerja dengan orang mcm ni. Kalau tak libatkan orang tak per jugak. Yang tak bestnya jiran mak pulak kena take over. Ni yg mak tak suka ni. Haih....

    Memang malu kalau org Islam sendiri bat onar cenggitu. Mana nak letak muka? Doa jerlah dlm hat i moga dia akan berubah satu hari nanti. Kotnya lebih baik dpd kita ke, mana tau.

    Geram tu normal, namapun manusia kan. Tak pe lepas ni dia dah tak de....so hati manyak lapang maaa walaupun kije manyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bos Kak Ton beritahu pada Kak Ton sambil geleng kepala lagi :) Aduhai, Mak.... si A ni memang boleh buat orang pening lalat. Itu baru dengar cerita. Kalau Mak kerja dengan dia, memang asyik kena heart attack jerk dalam diam. Ada je jawapan separa bernas tau sampai bos pun tak daya dah nak tanya apa lagi!

      Yang buat sakit hati tu sebab dia as a Muslim boleh berlagak macam tu depan non- Muslims. Malu sangat tau kita, Mak. Dahlah kat dept saya ni cuma ada 3 Malays. Sekarang ni tinggal saya seorang jer Malay dalam dept ni...

      Yang paling tak menahan bila bos tanya saya kenapa saya seorang je yang pergi sembahyang lepas lunch tapi yang dua lagi tak pergi? Cuba fikir apa saya nak jawab..... Bukanlah nak kata kita baik ke alim ke, jauh sekalilahkan tapi malu tu memang tebal bila kena tanya begitu....

      Lega sebenarnya dia dah tak kerja kat sini walaupun terpaksa menanggung beban berdua je sekarang ni!

      Delete
  8. la..macam ni punya orang pun ada ye..tempat kerja MD memang tak boleh pecat orang ke?/kenapa dia kebal sangat..sampai tertidur masa kerja pun bos siap kejutkan..kalau saya jadi bos silap2 saya yang nangis depan staff ..

    Dah la orang islam..tunjuk imej buruk pada oorang yang agama lain..boleh pulak dia cakap dah tua nanti baru minta ampun..ya Allah..mintak diipanjangkan lah umur nya supaya dia sempat bertaubat.

    Orang macam ni kita boleh agak rumahtangganya macam mana...kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan awak je pelik mendengarnya, Diana. Kami yang kerja kat sini pun dah puas berkerut dahi kalau ada apa-apa melibatkan si A ni. Pelik betul tau. Sampai kita orang semua nak je tanya bomoh apa yang si A ni guna untuk buat pendinding sampai semua kesalahan main 'absorb' gitu aje, takda tindakan!

      Orang Jepun kat sini dah main geleng-geleng kepala je kalau dia dah start mabuk. Kalau dulu cerita dia ni esklusif, tak dibenarkan keluar dari pintu our dept tapi bila dia dah start berani minum waktu pejabat, tersebar luas sampai ke dept lain tapi stillah nasib begitu baik, takda tindakan pun mereka nak ambil!

      Sudah bercerai lama.... Itu pun dia sendiri beritahu sebab isteri suruh berhenti minum, dia tak boleh buat. Tapi satu yang saya respek, bekas isterinya tu ambil berat tentang bekas suami sampailah ni. Kalau masuk hospital pun, bekas isteri yang jaga dan tanggung semua. Saya pun tak tahulah mereka 'terikat' atas dasar apa ....

      Delete
  9. aduh ingatkan Orang macam ni ada dalam filem je..dalam real life pun ada ka..siap main2kan agama lagi,yg membaca ni pun hangat hati..org yg macam ni punya attitude pun boss tak boleh buat apa2?kenapa ye..apa yg istimewanya si A ni..serious tak faham!

    anggap je la entry ni satu Kisah kehidupan yg mengajak kita menyelami iktibar.ini Bukan mengumpat bagi saya..tp cerita je.hehe..

    walaupun geram, sy doakan si A dibukakan pintu hati untuk bertaubat dan sedar akan kesilapan dia. Semoga dia sempat bertaubat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya telan aje segala 'kesengsaraan' bila bekerja dengan si A ni, PK... Dengar kata kontraknya tak diperbaharui, bukan sedih malah nak lompat bintang lagi. Punyalah busuk hati jadinya disebabkan tak tahan dah dengan perangai dan takda kotmitmen kerja si A ni....

      Itulah, ingat tak mahu buka aib orang tapi yalah, dah kata hati ada sikit hitam..terjadi juga entri ini. Moga bila dia dah takda, bolehlah dibasuh bersih hati ni daripada terus-terusan menjadi hitam!

      Delete
  10. Dia dah beri persepsi yang kurang baik kepada bos dia tentang sikap dia.
    Baguslah tidak disambung perkhidmatannya.
    Moga dia sedar dan berubah ke arah yang lebih baik.. amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya dia sedarlah sebelum terlambat. Memang takda yang baik pun orang boleh ingat tentang dia ni. Apa yang paling diingati tentang dia kuat minum. Itu jerk. Kita rasa kasihan tapi kalau dia takda rasa kasihan pada diri sendiri, entahlah tak tahu nak kata apa lagi!

      Delete
  11. baca ja pun dah stress...adoilaaa....ada jugak spesis macam ni rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam dalam filem Tamil jerk kan... tapi itulah hakikatnya. Kalau cerita dengan sesiapa pun, memang berkerut dahi orang dok fikir ya ke tidak nih...

      Delete
  12. Smga si A dpt hidayah & berubah ke arah kebaikan..
    Hebat dugaan kerja MD. Hrp lps ni MD dpt rakan sekerja yg lebih baik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun kerja makin bertambah, hati dah senang banyak, Ira *_* Takdalah lagi rasa sengsara tengok orang buat silap tapi bos terpaksa pejam mata jerk. Stress tau....

      Delete
  13. Memang penat kalau nak melayan perangai macam A ni MD..
    Bagus juga berhenti kerja tu..
    Drpd menyusahkan org lain..
    Semoga mendapat hidayah dan pertunjuk supaya dapat berubah kearah kebaikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah dia diberhentikan. Tak larat kami ni menasihati dan membenci. Dulu kawan sepejabat berbangsa Cina pun banyak kali hint kat dia dengan kata-kata 'hidayah' gitu tapi tetap jugalah dia buat muka tebal, tak malu dinasihati oleh non Muslim. Kita pulak yang jadi malu....

      Yang paling best kalau dapat makanan bos Jepun bagi mesti si A ni nak tanya - ada minyak babi tak?

      Yang itu memang kepantangannya tapi kalau setakat makanan ada alkohol, tak kisah. 'Najis' tak berat katanya...

      Aduh, pitam CH saya mendengar kerenahnya! Harapnya lepas ni lapanglah hati ni dan kembali putih semula ~_^

      Delete
  14. perghh bersabar juga MD dengan karenah nya ya..klu sy ntah lah... mau stress hari2... bab mabuk ni memang tak boleh tahan lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tak nak memang kena bersabar. Makan tahun lama jugalah...sampai hati dah hitam dah ni.... Kena bersihkan semula! Moga dia dapat hidayah dan mampu kembali ke jalan Allah sebelum terlambat. Sedihlah tengok perangai satu bangsa, satu agama macam ni. Itu pun bangga nak beritahu orang dia dah pernah buat umrah, sambil seronok-seronok teguk tin bir bercerita.... Tension weyh, tension!

      Delete
  15. Salam MD, ish baca pun geram ntah apa2 A ni.menghilang camtu je tak masuk kerja?

    Dgn selalu dtg lmbtnya. Mmg nasib dia baik, klu x lama dah kena buang kerja kan?

    Dia ni jenis x malu buat dosa tunjuk kat org ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutnya kontrak sampai 14 Mei tapi lepas celebrate farewell lunch bagai pada 22 April, terus dia bantai tak datang. Tau-tau hari tu datang kejap sebab katanya last day. Berpinar mata masing-masing. Bosses pun malas nak fikir panjang. Sukahati hanglah. Lagi cepat disappear dari ofis, lagi baik kotnya mereka fikir!

      Itulah peliknya, LM. Kalau ikutkan tatakerja yang biasa di private sector, memang lepas 3 warning letter menangislah kau kena buang kerja nanti. Kalau ikut orang Jepun, 3 kali lambat datang kerja pun dah kira serius tapi tak tahu mengapa dia ni selalu aje bernasib baik. Orang macam ni Tuhan tolong kot....

      Delete
  16. angkuhnya ckp. kang klu tak sempat bertaubat, camner tuh?? Ermm dah beranak pinak beristeri pun perangai mcm tu erk.. tapi klu diri sendiri taknak berubah payah lah kan. Semoga diberi hidayah oleh Allah SWT.

    Tapi bagus org yg camtu takde kat office, wat semak kusut kepala jer. lepas ni semua pun happy sbb tak yah nak ngadap dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah akak kata, kalau tak sempat bertaubat macamana? Dia ni sangat pelik tau. Kalau pasal 'vavi' (daging ke, minyak ke) memang sibuk betul dengan halal haramnya tapi bila tiba bab alkohol, dia boleh pulak halal memanjang. Siap ajar lagi mana best- red wine, white wine entah apa-apa lagi!

      Dah bengkak bernanah virtually telinga akak ni. Orang Jepun pun memang tahu dia ni spesies 'special' sikit dan bukan mewakili semua Malays ( I hope so betullah tekaan akak ni...)

      Legalah Lyn bila dia dah takda. Hati pun dah tak membara pepagi buta sekarang nih!

      Delete
  17. Haha.. jangan marah jangan terasa dengan geng2 kelas hujung mcm saya ni MD.. dah biasa sangat jadi bila mengalaminya dah imun.. budak kls hujung ni, cikgu cakap meleret2, bilq je cikgu habis cakap dia pun tanya? A macam mana? Padahl cikgu tadi dh cakap A sampai E.. haha.. ko hade?

    MasyaAllah..entry mengumpat ni.. haha.. kita fikir positif jelah kan.. moga kita elakkan diri kita dan keluarga daripada jadi mcm si A ni.. alahai.. manusia macam ni pun ada. Buat cemar nama baik muslim je.. pengalaman banyak la patutnya tp mcm itu pulak orangnya.. ai..xretila nk komen apa2 pasal manusia jenis ni.. mitak jauh jelah..

    aip kitaorang tengah baca blog bos ke ni? Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, saya memang pantang bila kita dah explain A -Z, tetiba bila dah habis explain, dok tanya pulak F macamana tadi? Nampak gaya saya tak boleh jadi cikgulah macam ni, AN. Kekurangan kesabaran di situ *_*

      Hai, dah habis baca baru perasan entri mengumpat? Padahal dah beri warning awal-awal lagi, AN ^_^

      Sedihlah kalau jadi macam A ni tapi nak buat macamana. Kalau dia tak mahu berubah setelah diuji berkali-kali, sukahati dialah. Kita pun dah penat menasihati, menengok dan merasai pengalaman bekerja dengannya. Harapnya dia sempatlah insaf! Nak tunggu tua tak tahulah sempat ke tidak. Sekarang pun rasanya dah nak masuk 50 dah tu!

      Delete
  18. Sebenarnya kisah ni boleh dijadikan teladan..
    Bukan sebut nama dia pun kan md.

    Geram pulak bila baca dia persendakan agama sendiri macam tu..

    Moga dia dan kita semua diberi taufik dan hidayah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya dia sempatlah berubah,kan. Last time kami jumpa di pejabat ni, tengok gaya memang masih blur-blur akibat mabuk lagi. Tak kira siang malam sekarang kalau nak meneguk. Jepun pun pandai cakap-kita teguk lepas habis waktu pejabat!

      Habis dah. Tutup cerita pasal si A ni. Lepas ni takda lagilah edisi mengumpat dalam blog. Harapnya...

      Delete
  19. bila ada pekerja muslim perangai mcm tu , jadi malu pula nak berhadapan dgn non muslim . krn org2 seperti A lah , non muslim x respect dgn Islam malah memperlekehkan lagi ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang malu sangat, Vee. Saya ni selalu aje merah padam muka. Yalah sorang buat macam ni, sorang lagi buat gini. Manalah orang Jepun yang ada tak rasa yang kita ni jenis lidah bercabang. Cakap lain, buat lain. Pernah bos saya dulu kata seronok datang Malaysia ni sebab lelaki boleh kahwin empat! Saya dok sengih jerk sambil kata dia silap statement ~_^

      Delete
  20. Assalam sis,
    iols baca jer umpatan
    tak join umpat gitew he3 :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam!

      Hahaha.... dah baca dan tinggal komen tu kira gosip berjemaahlah namanya!

      Delete

Post a Comment