Ini kisah seram....

Sila peluk bantal busyuk ketika membaca ~_^

Salam kawan-kawan!

Eh, Kak Ton ni.... seram ke apanya kalau baru taip entri dah nak melawak! 

Sebenarnyakan, Kak Ton jealous sungguh dengan Suria Lekat Lekit ni. Kak Ton suka pergi melawat kawasan rumahnya kerana cerita seram yang 'dipertontonkan' gitu. Asyik Kak Ton membaca. Adakala rasa tak nak balik rumah sendiri. Nak buat kotak komen macam dalam blog Kak Ton, takut pulak si Suria ni kata Kak Ton lupa daratan dan tak sedar diri. Itupun sesekali terlepas juga Kak Ton mengomen tak ingat dunia realiti!

Adakalanya time moodnya baik lepas dapat DVD kecintaannya tu, dia boleh pulak corner baring pi review produk. Dengan Kak Ton-Kak Ton sekali terlanjur. Eh, apa sengih-sengih? Terlanjur membelilah... Kalau nak tau produk apa yang buat Kak Ton tak dapat menahan diri dari dugaan, silalah pergi baca kat blog Suria ni. Sesekali-sesekala, dia startlah menodai jiwa murni kita yang tak mahu shopping mopping nih!

Eh, ini entri berhantu ke, Kak Ton?

Oh, tidak... jangan terpedaya dengan tajuk. Entri Kak Ton dan tajuk mana pernah sehati sejiwa. Kak Ton ni main letak tajuk jerk, pastu bila mengarang jauh betul jalan berlikunya. Harap maklum pada sesiapa yang belum sedia maklum ya!

Ni, sambung ngumpat Suria lagi.... (Keh3x.... janganlah marah, awak kan bintang idola kita kalah Uncle Seeker tau!) Lepas dok baca kisah seram banyak sangat, teringin pulak Kak Ton nak jadi ghost buster jugak. Sampai la ni, si Suria takda pulak buka offer nak ajak Kak Ton join together-gether jadi deputy directornya dalam bab menangani isu hantu yang tak habis-habis dok nak takutkan manusia alam sejagat ni. You don wan to offer me, meh? I am the best candidate lorrrr.... You cannot find anywhere in the underworld wokey!

Kak Ton ni sebenarnya cakap jerk berani. Kalau baca cerita hantu bukan main lagi gelakkan hantu. Kalaulah terjumpa sendiri, memang Kak Ton dah plan siang-siang - Kak Ton nak pura-pura pengsan supaya hantu takda selera nak kacau Kak Ton. Tapi ada juga tau hantu yang terror betul siap leh detect pulak orang tu pura-pura tidur! Cis.... ni belajar sampai PhD ke apa ni, Dik Momok? 

Adalah satu hari ni, Kak Ton boring di pejabat. Kerja tak menimbun. Bos bagi, Kak Ton buat. Bos bagi, Kak Ton buat. Sampai bos pun penat nak bagi kerja. Dia simpan supaya Kak Ton dapat kerja bertimbun atas meja. Pun Kak Ton buat habis. Bos jangan main-main. Kalau nak tau, Kak Ton ni pekerja A class okey! Super-E kata orang Jawa....betul tak OKje?

Dek kerana boring, Kak Ton pun dok baca segala cerita hantu. Hantu kat hotel, hantu kat hostel, hantu kat tepi jalan, pendekata di mana ada hantu, di situ ada Kak Ton. Erkk... biar betul ni!!! 

Lepas tu kawan Kak Ton nak pi bercuti. Kak Ton pun sajalah takutkan kawan ni. Kak Ton pun startlah cerita pasal hantu kat hotel (Keh3x). Kawan ni apalagi, mogok laparlah dengan Kak Ton. Dahlah member penakut. 

Alahai, pi dengan boyfriend apa nak takut! Kalau takut, peluklah kuat-kuat. Kalau kena tangkap basah, bukan salah Kak Ton. 

Eh, tapi takpa....dia bukan muslim pun, apa kisah. Sukahatilah nak peluk gaya mana sekalipun!

Okeylah lupakan yang itu. Kita ni tengah fasa cerita hantu seram-seram beku okey. Kisah lawak tak boleh overtake time nih!

Kak Ton pun buat muka happy gilalah sebab berjaya takutkan kawan ni. Lepas tu Kak Ton nak pi solat Zohor. Oh, sudah! Kebetulan hari tu Kak Ton sorang jerk. Kawan yang sorang lagi MC bulan penuh katanya....

Dapdupdapdup dada Kak Ton dok sorang-sorang dalam surau kecil tu. Padanlah muka suka sangat baca cerita hantu, suka takutkan orang and rasakan sendiri 

Tapi, Kak Ton kentalkan jiwa raga. Laa... Kak Ton nak menghadap Allah, apa nak takut. Kalau ada hantu nak kacau, main sergah-sergah time kita tengah solat, lantak pilah dia kat tepi tu.... Eh, tetiba jerk Kak Ton jadi berani tahap tak tahu nak kata macamana.

Makanya, takdalah Kak Ton berhenti daripada habit membaca kisah seram lepas tu....

Erkk.... itu jer pun nak cerita. Yang pi tekun membaca sampai habis watpa? ~_^



Comments

  1. Hmmmmmm...kira2nya ini catatan untuk mengena lah ni...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, Kakcik langsung tak rasa seram ke baca kisah seram saya ni? Hahaha....

      Bukan nak mengenakan orang, saja suka-suka 'perangkap'. Keh3x.

      Delete
  2. Tak kisah MD..dah memang pesen acik baca mesti katam tak de langkah2 he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini idea merapu bila tak cukup masa nak duduk mengadap blog. Kerja banyak pulak tu. Bila dapat tekan keyboard, mulalah datang merapunya bertubi-tubi, Acik. Anyway, thankslah baca sampai habis ~_^

      Delete
  3. jemput la menghantui diri sendiri kat blog kita yer.. kak ton ke abang tan tin tun ker.. semua boleh meramaikan majlis hantu katanya hahahha.. ni pun baru rembat 3 dvd hantu kat e@curve semalam...kalau tak dapt confirm balik muka muncung macam angsa hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Majlis hantu setiap Khamis malam Jumaatkan? Lenkali pi tukar harilah yerk, tukar hari Isnin. Akak tak free lepas hari Rabu. Banyak kerja berangan nak dibuat sebelum datang hujung minggu. Hantu-hantu ni kacau daun jerk kalau nak deal lepas hari Rabu tau! Hahaha...

      Keep it uplah kerja meracuni hantu-hantu supaya beredar dari komuniti manusia yerk. Akak tolong support jerk. Walaupun berkelayakan, sila jangan suruh akak jadi pengganti ketua hantu pulak! Akak ni kalau nampak hantu 'live' ada sedikit takut ler....

      Delete
  4. Hahaha... igtkan ada hantu kacau kak ton tadi..
    entry MD mmg xleh lari dr unsur humor la.. klu nk seram pun, akan jd seram komedi.. haha..

    Ira pun suka citer2 seram ni.. klu lps tgk citer hantu kat tv, mula la nk g toilet rasa seram2 je.. bunyi cicak pun jd cuak.. haha.. tp tetap beranikan diri, takde suh en hubby teman.. tp klu dia ada kat dapur, dia pulak yg jd hantunya.. siap buat suara2 seram.. bajet bini dia takut la tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak dikomedikan kisah seram, macam nilah jadinya ~_^ Nantilah saya share cerita yang betul-betul seram tapi itulah takut ketua hantu terasa hati pulak saya take over tugasnya di alam maya. Hahaha!

      Saya setakat tengok cerita seram ni boleh santai lagi. Setakat popcorn dengan air semug tu habislah tanpa rasa takut bila hantu keluar. Tapi, tapi, tapi...kalau jumpa in reality, mahu nangis-nangis buka langkah seribu gitu *_*

      Delete
  5. Haha..kalau masuk surau seram bukan takut hantu tu kak ton, weiii...
    Itu syaitan yg hasut bg kak ton tak jadi nak solat, haha..

    P/s salam dari katil wad

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siap seriau gila masuk surau sorang-sorang.Bunyi air paip menitik pun dah berderau darah. Dahlah surau tu jauh ke belakang bangunan memang takda orang pun kat situ. Yalah, muslim mana ramai kat pejabat saya ni. Boleh kira dengan sepuluh jari jerk. Padanlah muka sayakan....

      Nasib baik kuat iman. Kalau tidak, baru kena gertak dengan bunyi cengkerik pun dah lari ketetel terlepas solat. Lagilah parah kalau gitu kekdahnyakan...

      Delete
  6. ahhaha ingatkan berani sangat dok takut2kan kengkawan..rupanya takut jugak..haha.. sy dulu2 layan jugak cerita seram ni tapi semenjak dah umur kertu ni dah jarang nak membaca nya... nengok kt TV sesekali boleh lah..pernah dok ajak hubby temankan tengok citer seram..bila sy teriak takut, dia pun dok teriak sama..terkejut dengar den teriak...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... itu namanya eksyen jerk lebih! Yang penting penuh konfiden takutkan orang. Pastu sendiri yang takut tak tentu arah! Saya kalau tengok cerita hantu kena tengok jugak. Yang jenis seram komedi ni takdalah kuasa nak tengok! Saya lagi suka membaca kisah seram.

      Delete
  7. kalau ini paper bahasa Melayu SPM, confirm saya gagal mencari isi penting, tersurat mahupun tersirat..hahaha.ye ye baca, ingat cerita Kak Ton jumpa hantu ke, apa ke.nasib kat opis ni ada kusyen bentuk love sebab i olls kan jiwang karat

    ..oh menakutkan orang padahal sendiri pun penakut! ceh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak punya penulisan tak boleh dijadikan exam paper SPM, Sal.. Apa kelas! Akak ni kalau menulis penuh dengan pancaroba tau, haruslah untuk university student gitu ~_^ Ni punya pendek entri pun tak tahu maksud tersurat, tersirat, ish tak tahulah akak nak kata apa tau :)

      Laaa...sapa suruh baca sampai habis? Akak dah bagi klu dah kan yang tajuk dengan isi entri tak pernah sehati sejiwa. Itulah... tak baca dengan sepenuh jiwa raga macamanalah nak dapat markah A+ gini gaya....

      Delete
  8. saya kan kalau nak menulis cerita hantu memang tak jadi seram macam Suria lekatlekit tulis tu..mesti jadi cerita lawak..heheheh..

    Boleh tahan penakut kak Ton ni ye..ni yang suka nak sakat nih...:p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, Diana dah pernah cuba ke? Cubalah tengok boleh ke tidak melawan ketua hantu punya style! Saya puas dok hint nak jadi pembantu dia, sampai la ni no answer tau. Hahaha....

      Eh, Kak Ton takdalah penakut sangat! Dek kerana terlalu banyak baca cerita hantu, semua terkumpul menjadi satu, dicampur dengan suasana terasing dan feeling lonely dalam surau, itu yang jadi little-little scary tu. Hahaha!

      Delete
  9. ohh sy pun suka cerita hantu..tp klu cerita hantunya entah apa2 malas nak tengok,.kita gelak kan aje hantu tu..buat citer seram kena la real sikit..klu tak seram pun unsur suspen kena lebih.,tgok citer hantu ni mmg macam Giankot..yg si suria tu beliau tgok citer hantu saja or berani mati pi kubur jadi seekers?

    kakton mmg tau dah perangai..suka kenakan org..camna pun sy tetap khatam smp habis..nti buat part 2,citer yg seram btoi punya..kak ton ada pengalaman jumpa hantu tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, saya pun kalau setakat hantu make up lebih ni memang takdalah saya nak tengok. Saya tengok hantu yang serius jerk. Tapi itulah, tengok dan baca tak sama dengan mengalaminya sendiri. Kalau jumpa live depan mata, haruslah ketaq gak lutut, PK!

      Hahaha..si Suria tu pun sama jerk kekdah dengan saya. Kalau jumpa, dua-dua pun cabut lari dulu tinggalkan pengikut terpinga-pinga face to face dengan hantu :)

      Nak buat macamana... Kak Ton sibuk. Asal terfikir jerk masa nak lunch time, Kak Ton taiplah cepat-cepat!

      Delete
  10. Adeh.....terkena jugak......ha3x....sabar jelh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...seronoknya alahai sesekali kenakan orang nih *_*

      Delete
  11. Ek eleh .....gitu je citenya.....ingat cite seram. Bulu mak baru nak start berdiri hihi.....

    Kak Ton kalau nak tambah keseraman kak Ton tu sila search cite Bangunan. Seram kak Ton..... Ni kisah benar dan masih kes polis org hilang dlm bangunan. Dia bukan cite....lebih mcm dokumentari...nanti Kak Ton tgk eh. Gerenti seram. Mak ritu lepas tgk cite tuduk umah sorang sorang seram gak weyh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...tengah membayangkan Mak terkebil-kebil membaca dengan harapan dapat berjumpa hantu. Oppss!

      Kita tengah sibuklah Mak tetiba terfikir nak buat lawak supaya bertambah ceria hari bekerja kita yang sibuk. Makanya, datanglah ilham menyakat ini ~_^

      Oh, ni kisah benarlah kiranya! Nanti saya google kalau ada masa. Best tau baca cerita sampai naik bulu roma nih.... Feeling tu yang mahal. Asal tak jumpa live, kira okeylah....

      Delete
  12. hahahha.. ingat nak cerita apa tadi...
    mane seramnya kak woiiiii.. penat ku baca tau.. heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...dah terkena pun! Siapa suruh baca sampai habis! Kah3x....Suka, suka, suka kenakan orang sekali-sekala nih~_^

      Delete
  13. Hahahha. Ni seram suam suam kuku kaki gajah je ni. Kah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaki gajah tu besar tau, Nani. Kiranya seram jugalahkan... Hahaha!

      Delete
  14. Assalam sis,
    iols pun panakut pahit he3 :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam!

      Saya kalau setakat membaca/mendengar/menonton takdalah takut sangat tapi kalau terjumpa, memang confirmlah saya buat-buat pengsan! Hahaha!

      Delete
  15. akak ni penakut nak tengok citer hantu tu memang tak lah, takut nanti terbayang-bayang diruang mata.. memang ada can lah buat2 pengsan kalau nampak hantu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... tapi ada hantu yang boleh detect tau kalau kita pura-pura tidur. Saya pernah baca kisahnya. Gelihati pulak. Kalau macam tu memang kena buka langkah seribulah!

      Delete
  16. Dulu kemain berani tengok cite hantu.. sekarang eeerrr... sampai terbayang2 tu yang den lomah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... kita kalau setakat menonton, membaca dan mendengar tu kira okey lagilah. Boleh gelak-gelak macam langsuir. Tapi kalau terkena kat batang hidung sendiri, mahu gigil kepala lutut. Seminggu demam tak kebah!

      Delete
  17. huh , klu bab masjid n surau , hantu mmg tak masuk kak ton ... suria punya addict cerita hantu sampai buat koleksi dvd . saya tgk kat kix hd channel pun kekadang bila hantu keluar , kejam mata jap ... wpun my anak buah dah byk kali nampak hantu kat umah ni , alhamdulillah , mata saya sih selamat ... bab hotel berhantu tu , my kakak dah kena masa kursus kat klebang melaka . dia dan kwn2 dapat bilik berhantu . dah la tu , setiap org dpt satu bilik . x de kongsi2 tau . mentang2lah gomen bayar . sesuka hotel tu je bagi bilik berhantu . kwn my kakak nampak hantu . my kakak lak cuma rasa ada kehadiran entiti lah . mungkin sbb my kakak byk doanya , hantu tu tak sampai hati kot nak tunjuk muka kat my kakak ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...kalau dah takut tu Vee mana kira dalam surau pun menggeletar. Macamlah hantu ada hati nak kacau orang nak solat. Yalah tu syaitan punya kerjakan....

      Saya rajin juga tengok cerita seram kat KIX tu tapi takdalah takut mana. Bolehlah diterima lagi. Hah, baru ni tengok Paranormal Activity 3. Siap discuss lagi dengan HD dan Abang, scene mana yang paling scary. Huhuhu...

      Aish... kalau kena kat batang hidung sendiri mahu terpengsan ni. Kalau sayalah dalam situasi kawan kakak Vee, mahu saya dah meraung nak tumpang sebilik dengan kawan!

      Delete

Post a Comment