Salam kawan-kawan!
Ahah, siapa tu yang kata I ni suka cakap jerk tapi malas betul nak masak? Lupa pulak siapa ke namanya tukang masak campak baling paling famous tu..... ~_^ I ni rajin blogwalking dan mengomen macam kotak komen kat blog orang tu ada tertulis copyright milik MD tau. So, kalau ada masa memang I baca habis komen pembaca dan jawapan dari si empunya blog kalau ada (Eh, teringat pulak kat Mak kenapa sekarang malas sungguh jawab komen, nak Kak Ton perkenalkan dengan bomoh Jepun tak? Bomoh Uzbek nak? Nak tak nak? - Sila jawab kat komen nanti yerk, I keep the secret gitu *_*)
Ni hah, I nak cerita-ceriti little-little tapi sampai tak terkira bilah patah perkataannya. Aduhai, ni kalau cikgu relief tengok tatabahasa, nahu dan segala hukum-hakam BM, memang menangislah nak tanda kertas. Bengkak-bengkak mata dapat anak murid seorang macam ni. Tak insaf-insaf nak merosakkan bahasa jiwa bangsa.... Dah takdir, cikgu....dia tak mahu berubah ~_^
Okey, meh tolak gear 'R', kita reverse balik ke tajuk entri. MD ni bukan boleh jumpa corner baring, dia punya corner stereng memang melampaulah. Schumacher pun kalah (memanglah si Schumacher ni kalah, entah sedar ke tidak sekarang ni. Ke dia dah sedar? Ah, lupakanlah tak penting pun...)
Pada suatu pagi yang indah (dah start balik dah merapunya....) I pun jenjalan kat blog Kakzakie yang selalu berkongsi kata-kata hikmah dan ilmu berguna (jauh laksana itik kena panggang dengan blog MD nilah yerk) tetiba I ternampak satu resepi yang sebelum-sebelum ni memang I tak pernah tau. Maybelah dulu-dulu pernah kot nampak kejadian masak-memasak ni tapi tau ajelah I ni, kalau dah jadi Mommy dua anak pun malas ke dapur, inikan pulak masa jadi baby girl kesayangan keluarga gitu....
I tengok jerk dah kecur. Meleleh air liur sampai basah tudung ni ~_^ Tapi dek kerana malas menimpa bumi dan diri I terpalit sama, makanya tak kuasalah I nak masak sendiri. Alangkah indahnya kalau I ni berjiran dengan jiran-jiran alam maya yang rajin betul memasak dan homemade itu, ini. Kenyang perut setiap petang bawa mangkuk tingkat pi rumah sebelah! Takkan jiran-jiran nak rejectkan, tak sampai hati tengok wajah suci murni I ni yang tak terpalit noda gitu... (Apa gelak-gelak? Nak kena babat?)
Tak lama lepas tu, I jenjalan 'makan angin' ke 'rumah' CH pulak. CH ni memang famous amoslah suka betul kongsi resepi dari FB katanya. CH saved resepi, I pun buat yang sama juga. Yang berbeza mungkin CH rajin mencuba, I rajin membeli jerk ~_^ Alah, small difference sesangat!
Tetiba I tengok CH pun kongsi resepi Kakzakie ni. Arghh....double triple quadruple terliur jadinya. Ini bukan sampai basah tudung, habis lencun dah nih.... So, balik aje kerja that day, I terus ke supermarket kesayangan I tapi bukan milik I - Aeon *_*
I pun pi cari ikan favorite - ikan merah. Mulanya nak beli seketul jerk. Buat try. Lagipun I memang 100% sure yang lauk ni I sorang jerk melantak. Yang lain tak akan terliur. Maka dok fikir tak akanlah I nak memenuhi anak tekak I sorang jerk. I kan emak mithali macam PK juga. So I beli lagi sekeping ikan merah untuk superheroes dan Daddynya ( I punya excited nak try resepi sampai lupa yang semalamnya I ada beli ikan salmon ^_^) Mereka bertiga suka ikan goreng jerk....
Balik aje rumah teruslah kelentang-kelentung di dapur (Alahai, bunyi macam rajin sungguh memasak...MD ni memang over dia lain macam sikit!) Time menghidang di meja, terangkatlah kening HD sebab peliklah isteri mithali masak menu baru tanpa diminta....
My superheroes cilik tu janganlah harap nak cuba ya. Kalau pujuk rayu pun belum tentu mereka seikhlas hati dan setulus jiwa nak cuba. Maka, biarlah mereka mengerjakan menu ATF mereka dan ikan goreng tu jerk.
HD pulak memang suami mithali. Kalau I masak menu baru, beliau akan cuba. Sedap tak sedap belakang kira. Tetap maintain senyum menawan bermega-megawatt diberinya. Kalau kita tanya - Sedap tak, Dear? Okey? Boleh masak lagi tak?
Jawapan standard yang akan diberi - 'Sedapppp....'
Makanya I pun tak tahulah sama ada memang I masak sedap ke atau itu semua ada maksud tersirat agar si isteri mithali tak lari pergi Bt Caves selalu ~_^
Bila HD kata begitu, I pun apalagi... mulalah keluar segala susur galur asal usul resepi tu datang dari mana - 'Ni kan Dear I ikut resepi blogger yang blahblahblahblah..... ' (Opsss... Kakzakie & CH, kita takda mengumpat tau...kita cakap yang baik-baik jerk...betapa banyak ilmu kita dapat dari dua blog ni tau!) sampailah HD angguk-angguk sambil beri isyarat bermaksud -'Sudah, sudahlah tu...makan jangan banyak cakap boleh tak?' Hahaha.....
Eh, lupa pulak.... gambar menunya mana? Nah....
Dan resepinya?
Alahai... ini yang malas nih! Sesekali masak, tayang kat blog lepas tu kena letak resepi pulak (ngada-ngadanya MD ni mengalahkan selebriti chef, hemps kang sekali!)
Bahan-bahan :
Ikan goreng
Halia dihiris
Kunyit dihiris (rumah takda kunyit hidup makanya skip jerk...)
Bawang dihiris
Batang seleri dihiris (tak bubuh pun)
Cili padi belah tak putus
Serai dititik
Tomato potong baji (nak ditaji pun boleh sukahatilah...)
Garam secukup rasa
Cara-cara :
Ikan digoreng. Tumis bawang, halia dan kunyit. Bila sudah harum bau, masukkan air asam jawa dan serai dititik. Bila sudah mendidih, masukkan cili dan batang seleri. Akhir sekali masukkan ikan goreng dan tomato. Campak balinglah secubit ke, sesenduk garam, ikut suka hati. Sendiri yang nak makankan, bukan nak buat menu untuk majlis kenduri pun!
Jangan marah ya, Kakzakie. Saya ni memang pengderhaka resepi walaupun bukan bertaraf chef kaki lima. Kakzakie suruh potong cili padi jangan putus, I belah dua terus. Kalau resepi kata 3,4 biji cili padi, I bantai segenggam terus, amik!
Tapi bila dah masuk semua I tengok takda warna-warni, I pun pepandai potong ladahidup merah. Kalau nampak merah barulah meriah ~_^ Oh, ya... cuba teka mengapa ikan merah yang digoreng tak berwarna macam ikan goreng? Siapa betul, I bagi....hmmmmm..... tak mahu 'shakap'lah nak bagi apa!
Itulah, I dah kata... I memang tak sesuai berkongsi resepi. Nama jerk entri resepi tapi jalan ceritanya dah macam tengok drama Melayu 111 episod kat TV3 tau!
Hadamkan ajelah yerk....
P.S. Terima kasih pada Kakzakie dan CH yang telah berjaya menggoda saya masuk ke dapur memasak untuk keluarga. Jasamu dikenang keluarga MD selamanya. Hahaha!

Tapi bila dah masuk semua I tengok takda warna-warni, I pun pepandai potong lada
Itulah, I dah kata... I memang tak sesuai berkongsi resepi. Nama jerk entri resepi tapi jalan ceritanya dah macam tengok drama Melayu 111 episod kat TV3 tau!
Hadamkan ajelah yerk....
P.S. Terima kasih pada Kakzakie dan CH yang telah berjaya menggoda saya masuk ke dapur memasak untuk keluarga. Jasamu dikenang keluarga MD selamanya. Hahaha!
hamboiii MD dah tunjuk skill..
ReplyDeletentah biler nak buat ni..dah tiga orang tunjuk resepi yang sama..kecur liur tau..
Senang betul rupanya, Zee. Tapi biasalah kalau dah ditimpa malas, memang takdalah berlaku apa-apa kat dapur *_* Sebab dah dua orang tunjuk resepi yang sama, terus saya tak boleh tahan kecur. Buat jugalah nampaknya sementara nafsu rajin memasak sampai nih ^_^
Deletehahaha..klu dapat jiran2 yg rajin masak sy pun hari2 dok tadah pinggan dgn muka tak malu..haha.. dlm tak rajin tu menjadik jugak masak ikan MD... ikan masak ni peberet hubby sy gak.. selalu lah jg masak klu ada request... hihi
ReplyDeleteKannn! Senang sikit kerja kita. Balik kerja jerk terus bawa mangkuk tingkat pergi rumah jiran. Lepas tu buat muka simpati anak-anak kat rumah dah sehari suntuk tak makan. Haruslah jiran simpati, sepenuh-penuh bekas tingkat tu dia bagi. Hahaha....
DeleteSedaplah ikan goreng masak asam ni. Lain kali nak buat lagilah. Bila tu tak tahulah...Banyak resepi menunggu masa nak dibuat ni. Nafsu memasak datangnya macam period pulak, sebulan sekali :)
tu..MD tunjuk skill dah..aritu sy buat ikan masak Asam ni bagi alasan ye..ohh mungkin masak Asam sy tak menarik macam kak zakie n CH.huhu..
ReplyDeletepasni kena semangat lagi masak n Cuba menu baru pasal HD dah puji. keke
Eh, ada buat juga ke PK? Mesti saya belum habis khatam entri ni. Takda jumpa pun menu tu terhidang kat rumah PK.
DeleteAlahai, PK ni kalau mencuba dah tak heran mendengarnya. Memang spesies rajinkan. Lainlah macam saya. Sesekali datang rajin, haruslah masuk blog! Hehehe!
ada entry lama.MD siap komen mata menu camni tsk lalu kt rumah..ask sorg je dok hadap klu buat pun.,nahh sekali buat HD suka..nmpk Sgt Malam nak mencuba pastu bg alasan.muahahaha gurau je no heart feeling ya!keke
DeleteHahaha...Memang betul! 'Wa cakap lu, PK... HD ni memang tak suka ikan berkuah...' *modebenganglertu* Hahaha.... wa gurau jerk. Mana reti ambil hati, hard2 feeling nih.... kita kebal dengan kata-kata umpatan ~_^ Alamak, kita memang malas ke dapur. Dah banyak kali habaq. Tapi kalau rajinnya datang, jangan wat main. Ni menu lain tak keluar lagi... Erk, menu ikan sardin tin dengan goreng kacang panjang boleh masuk blog tak? ~_^
DeleteHD ni sebab saya bubuh tomato dan banyak 'anasir'lah kononnya dalam kuah tu. Lagipun ikan merah memang seisi rumah suka.... HD tukang habiskan kuah asam tu tau tak.... Legalah saya sebab HD makan... Kalau tidak, saya nilah tukang masak, sayalah juga pegawai DBKL!
Baru-baru ni saya masak kurma, seminggu PK dok dalam petisejuk. Last-last saya bantai juga isi yang ada, kuah saya buang. Tak larat jadi town council selama seminggu!
masam asam ni dari kecik makan katanya... senang & mudah nak masak. Zaman kanak kanak dulu mak bapak kerja maka masakan ni la menjadi hidangan dari kakak untuk adik2 selain ikan goreng dengan nasi putih hahahaha... sedih pulak cerita kali ni
ReplyDeleteOh, sedihnya.... sampai lap-lap hujung baju akak ni membacanya tau! *penuhsungguhkepurapuraansiMDni*
DeleteItulah, akak ni Suria baru first time makan ikan goreng masak asam ni. Sedap pulak rasanya. Macam nak buat lagilah tapi kena tunggu mood rajin masuk dapurlah. Kalau tidak memang tak terbuat walaupun senang!
raaajiiinnnn MD...mesti la sedap tu..tengok gambo pun tau kan MD..nanti boleh masak lagi..resepi pun rajin letak tu..
ReplyDeleteAcik janganlah puji lebih dari 2 harakah *_* Saya ni kalau orang puji sikit jerk, mulalah melambung tinggi. Tetiba jerk kang saya rajin memasak. Mahu seminggu hadap entri resepi ni, Acik ~_^
Deletetinggi mana melambung tu...hehe.kang tinggi sangat kena panggil HD bawak turun
DeleteTak tinggilah, Sal. Dah katanya tak ringan macam Dik Sal. Nak suruh HD sambut pun takut patah pinggan pulak. Hahaha!
DeleteSedap nampaknyaa tu kak. Pasni boleh lah masak lagi menu lain pulak. Hehehe :D
ReplyDeleteOh, nanti-nanti kita keluarkan menu lain ya, Nani. Semalam nak buat something-something new yang tak pernah buat tetiba HD ajak makan kat luar pulak. Punah harapan. Hilang semangat rajin memasaknya tau. Sampai hari ni rasa terkilannya tak dapat masak. Huahahaha!
DeleteYeaaaahhhh berjaya juga CH menggoda MD ni memasak ~_^
ReplyDeletePergghhhh tengok gambar pun sungguh tergoda HD..
Sampai terangkat kening..
Sure sedap tu MD..
Esok2 mana resepi yg save dari blog CH tu..
Rajin2 lah mencuba ye..
CH bagi 10 bintang utk MD..
**********
^___^
CH, ini bukan kali pertama saya ikut kata CH suruh memasak kat dapur. Dah beberapa kali juga tau! Mesti CH missed the flight. Sementara saya tengah bersemangat nak masak, lebih baik segala yang saya save dari blog CH tu saya langsaikan kerjanya. Hahaha...
DeleteOit.... 10 bintang terus? Ini yang lagi rajin tahap Gunung Everest kena rata nih!
Alahai adik resepi ni memang mudah kan.
ReplyDeleteLagi satu cepat utk sediakannya, nak pedas tak nak pedas terpulang pada kita
Boleh juga three-in-one ada sup, ada ikan ada sayur. Senang kan..
Soal derhaka resepi tak jadi masalah MD asal jgn derhaka kat en abang HD tu tau:)
Itulah kak, sekali tengok terliur. Dua kali tengok, dah merembes air liur mengidam. Nak suruh akak, jauh sangat. Makanya terpaksalah gagahkan diri ke dapur dan masak. Eleh, masak satu resepi mudah jerk tapi kalau tengok entri macam masak 10 hidangan jerk gitu. Hahaha!
DeleteEh, saya tak pernah derhaka pada suami! Lepas ngumpat jerk terus saya minta maaf kata saya mengumpat HD tadi ~_^
Ikan merah ni,amat amat jarang saya makan yg ber goreng..
ReplyDeleteFavourite pastinya di buat sup, atau kari ikan merah :)
Hahaha..lain kali jangan lari gi Batu Caves..lari la ke Sogo ke, ke Mid Valley ke
Saya lagi suka buat asam pedas, DZ tapi anak-anak saya suka yang bergoreng aje. Kenalah dahulukan tekak anak-anak lagipun satu alasan yang orang tak tahu, saya ni malas nak masak asam pedas walaupun suka. Hehehe... pecah rahsia!
DeleteEh, ini baru upgrade tau! Katanya Batu belah batu bertangkup dah tak wujud sebab banyak tanah dah kena tarah jadi rata. So, saya tukarlah ke Bt Caves tapi cuma Hari Wesak jerk exemption tak leh lari ke sini. Kang senang orang nak jumpa, dah saya aje yang warna lain *_*
Okey, saya akan timbal baliklah cadangan suruh lari ke Sogo mahupun MV ni. Tapi kalau ke KLCC lagi senang, dekat sikit~_^
Wah kemain lg lauk MD. resepi dr chef kak zakie ye.
ReplyDeleteLM x pernah masak dan makan lauk ni. Biasanya ikan merah kami buat sup atau asam pedas je. Sesekali buat kari. Hati ni dpt ilmu baru..
Tak tahan terliur punya pasal, LM. Tengok macam senang jerk. Kalau tak jadi juga, memang nak tampar pipi kiri kanan ni tau ~_^
DeleteNasib baik HD kata sedap itu maknanya lain kali boleh buat lagi. Saya ni kalau dah suka, 10 kali seminggu saya buat nanti!
alahaiiii kak sedapnya petang2 ni duk terliur tgk lauk tuh...
ReplyDeleteratah pun sedap gak tuh...
Betul tu, Lyn. Ratah pun sedap. Kuahnya kan masam-masam gitu. HD pun ratah jerk sambil hirup kuah dah katanya tak nak makan nasi. Akak memang gaul dengan nasi ler. Sedap alahai...
DeleteWah..sedapnyer sis.. Kathy suka makan menu ikan asam ni. Salam kenal sis MD.
ReplyDeleteSalam kenal, Kathy *_* Thanks sudi singgah. Banyak kali dah nampak nama kat kotak komen kawan-kawan. Ingat nak singgah blog tapi selalu jerk tak dan. Ke dah pernah sampai saya ke blog Kathy ni?
DeleteMemang sedaplah menu Kakzakie kongsi ni. Sekali tengok terliur, dua kali tengok, lencun tudung . Hahaha!
Sama lah kita, kalau lauk takde warna contrast2 macam takde seri gitu, kan? Kalau lauk kaler merah, campak something hijau (eg petai yumms!), kalau lauk kaler kuning plak, campak something yg merah (eg cili or tomato). Pokok pangkal janji ada ghone-ghoni kan? Kan? Lapar la pulak memalam tengok lauk-pauk ni....haishh!
ReplyDeleteMemang pun! Tapi saya ni lebih terarah ke warna merah. Peminat cililah katakan... Hahaha!
DeleteSaya kalau datang tekak Melayu membara, memang nak pedas jerk. Kalau datang tekak omputih ngengadanya, memang feeling-feeling minah saleh ler memanjang. Tak main dah lauk pauk kampung ni, kita main lasagna, spaghetti, sirloin steak gitu. Hehehe!
Resepi mudah. Sedap tu bergantung pada tukang masak. Hahaha....
ReplyDeleteOh, nasib baik tau! Saya memang tak boleh kalau orang puji lebih-lebih ni, cepat betul touching. Lepas tu mulalah keluar entri sepesen jerk nanti sebab syok sendiri sudah ~_^
Hahaha...sikit lagi hampir! Tapi sebenarnya bukan sebab kunyit habis. Rumah saya memang takda kunyit hidup. Pakai serbuk kunyit jerk. Tapi nak tahu rahsia tak? Anak-anak kita tak suka kunyit ni. Makanya kita goreng ikan ni guna tepung gitu *_* Brilliant tak idea nak menarik minat anak-anak?
Eh, apa yang brilliantnya!
wah MD masak..
ReplyDeleteNape? Tak percaya ke, Mar? Berapa kali tu geleng kepala kiri kanan? Hahahah....
DeleteNanti sat eh, nanti sat.... Kita keluarkan entri masak memasak sampai bosan tahap Ultraman terbunuh kena baling dengan batu dek Godzilla!
Cewah.. dah naik entry ada resepi nampaknya.. ai, makin ramaila yang tunjuk skill masak nampaknya.. tak terlawanla nampaknya ni..
ReplyDeleteKunyit bahan wajib ada kat rumah saya sebabnya masak ayam goreng, masak taucu, lemak cili padi dan masak tempoyak semua letak kunyit..
Nampak kak zakie letak resepinya saya pernah teringin nak buat tapi nampaknya MD yang buat dulu.. bagus sangat tu..
Ni penangan PKlah, siapa lagi! Jealous katanya AN. PK campak baling, kita pun nak campak baling tapi tak terbaling. Hahahah!
DeleteRumah saya entah bila nun last sekali beli kunyit hidup. Biasa pakai serbuk aje tapi anak-anak pun tak berapa suka goreng ayam/ikan pakai kunyit. Makanya saya mempelbagaikanlah....
Saya pun first time tengok Kakzakie letak resipi dah terliur sebab ikannyalah tu. Saya memang sukakan. Tapi malas! Lepas tengok CH pulak letak, tak boleh jadi ni. Mesti nak cuba. Dapdupdapdup dada tak sabar nak mencuba tau. Pelik pulak!
Tadikan.....kita dah komen tapi hilang .....mencik! Penat tau jari jemari I nak kena menaip balik.
ReplyDeleteKak Ton.....Mak tak mau ar bomoh bomoh asing tu..... kang tak paham kang...sapa susah? Kak Ton gak susah. Bomoh Jaws tak de yek? Senang sikit nak communicate hihi....
Sedap ni masak Asam cenggini. Rasanya ni masak Cuka....kalau ikut org Perak le.... Tapi ada org tak tahan dgn cuka so ganti Asam pun boleh gak. Ceh mak mcm terer kan masak hihi...
Tulah ....masa baca entri depa hari tu teringin gak nak cuba, tapi ikan merah pulak tak de. Yg ada Caru...sedap ke? Mesti tak sedap kan kalau buat cenggini....
Nantilah mak shopping ikan merah...tak pun jenahak ....
Kira dah pandai sangatlah tukan masak..... dah mcm Master Cheflah tu....Sukalah tu
Alah, jari jemari Mak kan mulus lagi kalah anak-anak perempuan, Mak... Apa kisah taip berbelas kali pun... Tak cacat punya. Lagipun taip untuk blog Kak Ton ni banyak faedahnya Mak oi....
DeleteBomoh asinglah senang. Dia cakap Mak tak faham, lepas tu Mak salah ikutan. Hahaha... Bomoh Jaws Kak Ton tak berapa kenal. Lagipun kang tok bomoh start speaking Jaws, Kak Ton pulak yang kena bomohkan *_*
Mak ni buat orang konpius sekejap! Apa kena Mak dengan orang Perak? Laki Mak orang Peghak ke? Nyampahlah kalau derhaka pada negeri sendiri nih!
Betulkan, Mak... masa Kakzakie tunjuk resepi terasa-rasa air liur nak meleleh laju jerk membasahi tudung. Tak leh tahan hati ni Mak nak tunjuk skil bila CH pulak tayang resepi. Ada ke depa fikir saya ni tak reti tiru resepi? Hahahaha....
Eh, bukanlah... Kak Ton setakat masterchef tu dah lama dapat. Sekarang ni lagi tinggi dari master...PhD lah kan... Huahaha....
Nyampah tau...
DeletePerahsan jer kerjanya.....hihi....
Masak cenggitu tu lew.... org Perak yg suka masak. Memang le mak mahu pun pak Jilap tak de kena mengena ngan Perak. Tp teringat kengkawan org Perak. Mmg makanan depalah kalau masak ni. Namanya masak cuka. Kalau kita, belah Johor ala ala pindang namanya kak Ton....Mak agak aje hihi....
Nak nyampah apa. Mak yang salah cakapkan. Hahaha.... Lenkali jangan sesekali cuba menderhaka pada negeri sendiri tau. Nanti susah nak berdepan dengan keyboard warrior. Keh3x.
DeleteMak, pindang yang Kak Ton tau cuma telur pindang jerk :)
mak mentua kita suka masak menu ni. kita? reti makan aje la hahahahaha. bila dekat rumah sendrii menyanyi dekat suami teringinnnn nak makan menu tu. akhirnya suami lah yang memasak lauk ini dirumah hahahahahaha
ReplyDeletesyok oiii makan lauk ni dengan nasi panas2 simbah kuah sikit2 aummm sangat
Hahaha...kiranya ada jugalah skil- skil makan ~_^
DeleteAkak pun first timelah buat ikan goreng masak asam ni. Kali pertama juga mendengarnya. Lagilah syahdu pilu gitu....
Untunglah ada suami boleh masakkan apa nak makan. Buatnya dia tak nak masak, melelehlah air liur teringin *_*
Maka, biarlah mereka mengerjakan menu ATF mereka dan ikan goreng tu jerk... 'ATF' tu apa..
ReplyDeleteha, tu baru CH ngan kakzakie.kalau saya yang share resepi, agak-agak kak MD nak try tak..hihi
Hahaha... menu ATF macam dalam Pizza Hut - All time fav ~_^
DeleteSal cubalah share resepi. Manalah tau akak terbuka hati luas-luas nak mencuba. Tapi kena ingatlah. Mood memasak akak datangnya sebulan sekali ikut time period. Hahaha!
Terliurnya koi nengok resepi ikan ni..
ReplyDeleteTercakap bahasa pahang plak..
Sekarang saya suka sangat makan ikan
Terutama masakan macam ni..sedapnya
Saya pun tengah mengerahkan seluruh isi rumah untuk makan menu ikan jerk. Demi anak bujang kesayangan. Nak ban ayam dari rumah sebenarnya...
DeleteAssalam sis,
ReplyDeletemenu ni peberet iols jugak ni tau3
sesolu masa memola kawen mask untuk hubby
dia pelik
sebab tak pernah makan
sekarang ni kalo tanya dia laju ja jawab nak menu ni he3
Wa'alaikum salam!
DeleteSaya ni dah beranak dua baru tahu menu ni. Memang tak pernah jumpa masa muda belia remaja dulu ~_^ Sekali bila dah makan alahai sedapnya. Nampak aje simple tapi kesedapannya memang menggamit-gamit untuk masak lagi!
nampak sedap tu resepinya, rajin MD mencuba..
ReplyDeleteHahaha... ni mood memasak tengah di tahap tertinggi. Kalau tidak, main tunjuk jerk awak ~_^
DeleteAlahaiiii...silap lah harini gi komen kat entry makanan. Kecur ailio org yang baru nak ganti puasa ni tengok. Tak try lagi resepi yg kak zakie share nih.
ReplyDeleteLepas ni nak try resepi mana plak ☺☺
Kesian Fiza yang tengah berpuasa. Tapikan antara sebab tunjuk entri resepi ni selain nak kepoh2 pasal skil memasak, memang sesaja nak bagi orang lain meleleh air liur. Maksud tersirat tu... Hahaha!
DeleteSenang betul Fiza nak membuatnya. Sesuailah untuk mak-mak yang kelam kabut bila dah senja macam kita nih...
Nantilah...kalau dah beritahu tak kick lagi. Orang baca tajuk jerk kang!
mmg simple dah cepat jer masaknya ni . masakan org johor ni . lebih kurang masak pindang juga ... mak jilap dah lama tak up entry lah MD ...
ReplyDeleteOh, betullah kata MakJilap yang ni style masak pindang juga. Saya ingatkan dia main tembak jerk ~_^
Delete