Puding Jagung

Salam kawan-kawan!

Amboi, amboi! Bukan main lagi tak mempercayai kata-kataku yerk! Asal kita kata sibuk jerk, dok keluar tanda soal hak besaq dalam kepala! Sampai hati tau. Dah tersayat-sayat hati ni rasanya. Basah dah bib si Adik Cute kecil-kecil dulu dek air liur airmata penuh sayu!

Eh, MD...ni ribut tak, petir tak... yang merapu sedih ni apa hal? Dah habis dah cerita seram nak habaq kat kengkawan ke? Give up dah nak takut-takutkan orang ke?

Dahlah... malas nak meratap hiba ni. Kita sedih pun orang tak percaya. Nasib baik hari ni tak sibuk. Makanya....

Jeng, jeng, jeng....

Mehlah baca kisah merapu MD macam selalu ~_^

Eh, ni nak komplen! Kita tulis panjang berjela, kena tegur. Kita tulis pendek bedooh, kena tegur. Kita tak menulis, kena tanya. Ni yang rasa give up jadi selebriti Hollywood tau. Semua pun orang nak ambil tau. Huahahaha.... (Sesekali I nak 'memerasan' kan diri, silalah tahan jerk geli-geleman tu yerk! Kalau tak tahan juga, silalah tekan button 'X' kat atas nun ~_^)

MD, pleaselah we all busy nih. Boss menyeru-nyeru nama suruh buat kerja, lainlah macam MD kata busy tapi sempat lagi merapu. Dah segeng dengan bos lain bahasakan...bestlah! Cepatlah direct to the topic, nak cerita apa hari nih... Penat weyh we all baca mukadimah jerk dah separuh entri nih!

Okey, okey... sabar itu separuh daripada iman! Banyakkanlah bersabar, kurangkanlah merapu (Erkk... macam jilat ludah sendiri jerk nih! Silap nasihat ler....)

Ni nak cerita sikit. Sikit jerk lagi nih. MD ni kan dah kata, kalau mood melenjannya kedaung, mood memasaknya akan up berlevel-level tinggi naiknya. Makanya, dengan gumbira rasa di jiwa naklah juga beritahu berita gumbira ini khas buat PK yang rajinnya buat kita geram jerk yang MD tengah rajin memasak sendiri bukan suruh kakak yerk ~_^

Kali ini kita sekali lagi mengkopipes resepi dari siapa lagi kalau bukan akak glamour di dapur ni *_* (KakNoor, tunggu turn yerk kita tiru resepi sebab kita dah kata, mood memasak kita datangnya sebulan sekali, kak ^_^ Jawab KakNoor dalam hati ~ 'Ada aku kisah!

Resepinya mudah aje. Bahan pun tak banyak mana. Kalau suruh PK buat ni, pejam mata jerk dibaling semua masuk periuk! Tapi knowing MD ni kan, semudah ABC pun dia ambil setahun setengah nak buat!

Jom tengok resepi Puding Jagung ni :

Bahan-bahan :-
1 cawan tepung kastard
1 cawan jagung manis
3/4 cawan gula
3 cawan
1 setengah cawan susu cair 

Cara-caranya :-

1. Campurkan tepung kastard, gula, jagung, susu dan air
2. Kacau sehingga pekat (dengan api sederhana) sehingga sebati
3. Tambahkan satu sudu marjerin setelah adunan pekat
4. Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan.
5. Bolehlah makan.... takkan itu pun nak beritahu kot ~_^

You all rasa apa yang I buat? 

Menderhaka pada resepi tak?

Of course, of course! Takkan tak nak menderhaka! Dahlah teringinnya pukul 9 malam. Makanya kita ikut style PK, campak baling mana patut. Kalau tak jadi, tadah jerk telinga kena marah dengan HD tetiba jadi rajin pastu entah apa-apa berlaku pulak!

I dah mengantuk ler lepas buat puding jagung yang simple ni. Makanya I main tuang jerk dalam bekas terus masuk peti sejuk. I ni bab deko-deko ala Eric (psstt MD...deko-deko Eric tu hiasan rumah, dia bukan chef! Cover kelemahan tu, cover! Nanti malu sendiri!)

Ni hah hasilnya belum siap trim lagi dah tak sabar nak masuk blog ~_^



Apa gelak-gelak? Eleh, at least rajinlah juga kita membuatnya walaupun katanya 10 tahun, baru sekali ni jerk buat *_*

Siapa yang makan?

Pagi tadi I rasalah sikit. Sedap-sedap. Cumanya pekat sikitlah sebab I derhaka pada resepi. Resepi CH kata pakai cawan, I guna mug you all. Nampak tak keterujaannya di situ! 

Tapi bab gula I kurangkanlah sebab I tak suka manis-manis sangat walaupun I ni pemanis orangnya ~_^ Asal tak ngilu gigi tu kira okeylah, tak manis tu!

How about your beloved husband and kids, MD? Depa makan tak ni...

Oh, you all ni macam tak tahu pulak kerenah my small family nih.

18kali pujuk Abang rasa, baru dia nak buka mulut. Katanya sedap tapi tak mahu lagi sebab tak suka jagung!

I suruh HD nganga mulut I nak suap sikit yang baru siap dimasak tu, HD buka mulut sipi-sipi jerk semuat-muat spoon kecil tu. Lepas tu I tanya, 'Sedap tak, Dear?'

You all guess apa HD jawab?

Sedapppp...... (macam biasalah.... komen tak boleh pakai ler HD nih...)

I suruh Adik Cute rasa siap kata jagung tu popcorn lagi... dan mulut mungilnya tu menjawab balik,

Eh, Adik tak naklah, Mommy! Nanti Adik muntah macamana? 

Siap over-over buat aksi muntah berskala besar atas sofa!

Letihlah I...

Rasanya sebekas puding jagung ni in a fortnight habislah kot. Itu pun kalau I sanggup bedal sorang-sorang 3 kali sehari! So, tak payahlah susah hati dok  tanya I makan apa breakfast, lunch and dinner selama 14 hari ni. I diet puding jagung katanya....

 Ni yang buat mood memasak bulan depan baru datang balik nih!!!









 

Comments

  1. Assalamualaikum MD, haha kaknoor tunggu bulan depan lagi resepi dari kaknoor pulak tau!! bulan ni dah dari yatie kan, syok nya kalau mood memasak sebulan sekali ni, setahun hanya 12 kali kedapur, memang confem banyak diari dapat tulis ni hahaha kan, tangan pun comel je tak comot mcm tangan kaknoor kan MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam, KakNoor ~_^

      Ish, malulah pulak 'ChefMD' ni bila KakNoor baca entri resepi. Nasib baik dia tak komen, mesti satu bintang drp 10 jer dia bagi *_* Resepi KakNoor yang saya nak tiru ayam goreng jerk tapi makan bulanlah jawabnya tu. Hahaha!

      Delete
    2. tak kisah lah makan bulan ke makan dua bulan ke janji tiru ok MD
      hahah kaknoor tunggu ni tau!! tapi don worry jgn kelamkabut sngt slow and steady win the race ,,

      Delete
    3. Yalah, KakNoor. Sebab inspirasi dari KakNoor ni nanti saya cubalah mana-mana resepi dari tuanpunya buku resepi. KakNoor tengok jerk jangan komplen. Saya ni kalau kena komplen, mudah tersayat hati. Hahaha!

      Delete
  2. haha nak derhaka tak pandai..ada ka dibuat guna sukatan mug..Len kali Ke angkan jadi dulu je sukatan..takdelah sudah hati nak diet pudding jagung bagi.muahaha..

    buat puding jagung ni kena pilih sweet corn tin yg sedap..baru jadi sedap..tak salah sy jenama ayam brand ok kot..

    kak Noor mmg pandai msk kan..masak majalah lagi..dressing pun lawa atas pinggang..klu sy mmg kelaut..asal masak campak baling sama ja deco ericnya hampeh.huhu

    resepinya lebih kurang ni gak sy dok buat dulu..lama dah tak buat..Cara masak sama cuma sukatan tu sikit beza dr resepi sy..

    BTW..oklah tu..janji bila org tnya pernah msk puding jagung tak..bolehlah dengan konfidennya jawabnya yes!hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. PK ni memang tak boleh buat geng memasak tau! Lenkali bila oghang dah rajin tu, mulakanlah komen dengan - 'Bravo, MD! Akhirnya jadi juga puding jagung walaupun belasah derhaka pada resepi!' Ini tidak, dihentamnya lagi tu. Ini yang malas nak tukar blog kepada blog masakan nih......

      Eh, PK... kita pakai jenama ayam brandlah tu! Sebenarnya kita tak sukat pun jagung tu, kita bantai tuang satu tin lagi. Kalau ikut sukatan, baki tu nak buat apa? Awak lainlah, kalau ada bahan berbaki, lain menu pulak jadinya. Kita tidak.... kita buat ternak lumut jerk nanti!

      Nak banding dengan KakNoor memang macam Mat Jenin beranganlah. Jauh lagi perjalanan tu. Saya kali pertama masuk blog KakNoor, air liur meleleh tak berhenti-henti. Segan silu pulak nak keluar dari situ. Hahaha....

      Yeszaaaaa.... I DAH buat puding jagung tau!

      Delete
  3. Rajinlah kaedahnya tu. kakcik ni seumur hidup yang dah nak ke penghujung nyawa, belum pernah sekali pun buat puding jagung.

    Tetiba rindu nak makan puding jagung yang arwah mak buat....*sobs*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Kakcik, saya ni bukan malas tapi tak rajin jerk nak memasak. Hahaha...

      Bila dah datang rajin tu, mulalah macam-macam 'dipomen'nya kat dapur tu ~_^ Tapi memang betul Kakcik. Bukan Kakcik aje rasa begitu, saya yang terasa muda selalu ni pun kalau teringin nak makan hidangan yang mak sediakan dulu, telan air liur ajelah. Kalau tak rajin, memang tahap 'rindu' ajelah, Kakcik! Nak buat macamana lagi....

      Eh, jomlah Kakcik makan puding jagung hasil buatan saya nih! Tak sama macam arwah mak Kakcik buat (dah tentu sedapkan) tapi bolehlah ditelan.... *_*

      Delete
  4. perghh rajinnya MD skrg.. haha..siap berpuding bagai... klu den ni ntah bilo nak dtg rajin..asyik dok mkn nasi goreng je lah kt rumah tu..haha..tambah2 tinggal berdua je dgn anak bujang tu..
    takpelah..slow2 ta MD habiskan puding...tak baik membazir... hihik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru keluar dua entri kot bulan ni dah dicop rajin, Atie.... Hahaha... gelak guling-guling saya membacanya *_* Ini puding tak tahulah berapa lama boleh habis. Memang kembung puding jagunglah saya....

      Kadang tu bila malas, nasi putih pun tak tanak, Atie...inikan pulak nasi goreng. Memanglah tak nampak langsung!

      Yalah, yalah...saya diet puding dua minggu ni. Mana tahu berhasil. Boleh buat entri diet step by step pulak ~_^

      Delete
  5. wah..rajin sungguh kak ton..kih2..tapi kenapa mereka yang serumah dengan MD tak mahu ambil hati mama dia yang terlebih rajin ni ye..alasan mereka kelakar pun ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang buat mood memasak saya menjauh, Mar. Isi rumah ni semuanya cerewet. Citarasa tak sama. Kang kita masak spaghetti, sorang tak suka. Kita masak ayam masak lemak, orang ni pulak tak suka. Kita masak takda kuah, orang tu pulak tak makan. Aha....fengsan okey!

      Takpalah...nantikan hasil dari diet puding jagung saya lepas 14 hari. Kah3x.

      Delete
  6. sedihnya statement..mummy dah penat masak, anak2 plak tak suka makan..
    ni alasan kukuh takyah masak dah pasni.. heheheee
    takpe, no diet2 yer mummy..boleh santap puding sampai puas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dah kukuh sangat alasan ni digunapakai supaya dapur tak berasap, Zee ~_^

      Agaknya kalau 14 hari makan puding jagung aje boleh kurus tak? Hahaha....

      Delete
  7. haha..sy pernah buat puding jagung ni tapi derhaka pada resepi, alamatnya puding tu berat semacam..saya bercinta sikit buat puding jagung ni sebab kena sabar mengacau atas api.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak punya puding ni sudah dikurangkan gula makanya takdalah manis sangat tapi okeylah untuk percubaan pertama. Kira berjayalah *kembangkuncuphidung*

      Delete
  8. hahahha..kesian...bawak pi makan kat opis je MD..kompem sehari boleh habis...hehheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awat gelakkan, Diana... ni kes sedih haru-biru sebenarnya tau :)

      Saya ingat nak bawa tapi umat manusia dalam section saya ni berapa kerat ajelah yang tau puding jagung. Nak bagi kat Jepun-Jepun tu malaslah den, nak elaborate, explain apa ke bendanya nih!

      Delete
  9. Assalam jiran!!! Ada sihat ka jiran manis???
    Ni ha.....mak dtg memalam sebab rindu kat jiran tau!

    Ni format baru entri kak Ton eh..... sendiri tanya, sendiri jawab, org tu punya kata kata dlm hati pun sendiri juga jawab haha......

    Mak Ton, mak tak suka sangat puding jagung, kiranya tak akan terliur punyalah. Kak Ton suka eh Puding Jagung ni. Hari tu mak buat pengat labu pun mak sendiri makan....huhu ...... mmg senasiblah kita ni Kak Ton

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam!

      Wah... rindu serindu-rindunya dengan Mak! Tapi sibuklah tak sempat nak mengacau dalam talian gitu ~_^

      Oh, Mak ni dah tertinggal flight pi Jepun! Kak Ton ni kan kuat perasan. Itu Kak Ton fefeeling yang Kak Ton ramai peminatlah (padahal takda pun....) Jadi mestilah peminat tanya, Kak Ton jawab! Eh, Mak ni... Kak Ton kan selebriti Bollywood oppss... Hollywood gitu ~_^

      Laaa...awat tak minat puding jagung. Kalau minat, senang sikit Kak Ton nak habiskan diet puding jagung ni. Balik kerja, kita gosip tepi tembok jap dalam sejam dua pastu balik rumah! Tak jadilah nampaknya Kak Ton nak memunculkan diri depan rumah Mak *_*

      Itu yang Kak Ton hangat hati ni Mak. Jadinya inilah sebenar-benar alasan mengapa Kak Ton jarang sangat masak.

      Kembung dah perut ni makan puding jagung Mak oi....

      Delete
  10. Bertuah betullah anak-anak ni susah-susah mommy buat itu dibuatnya. Nasib baik daddy tu suka. Biar mommy dgn daddy ajelah habiskan. Jangan abang dgn adik menyesal kalau dah habis:)

    Kakak suka puding ni makan dgn fresh milk yg dah disejukkan dlm fridge MD. Bapak kakak laaagi suka tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak saya memang macam ni. Kalau bab makan, memang saya jerk yang syok sendiri. Nasib baiklah HD sentiasa positif gitu, kak.... Hahaha!

      Saya baru terbayang nak buat puding ni jadi macam cocktail pudding yang saya suka tu. Saya kurangkan gula makanya puding jagung saya rasa macam makanan orang diabetic aje, kak!

      Delete
  11. sedapnya puding jagung ni.. my fav too..
    klu bagi byk pun sure habis.. puding jagung boleh layan lah.. air jagung or ice cream jagung mmg tolak tepi... tak suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun suka puding jagung ni. Itu yang terbaca resepi tengok mudah aje, teruslah cuba buat. First time, Lyn (dengan bangganya tapi malu nak ngaku sebenarnya). Sampai hari ini masih ada lagi puding jagung dalam peti sejuk tu. Pagi ni pun breakfast puding jagung. Punyalah syahdu nak menghabiskannya!

      Delete
  12. Fav ni MD. Mehh sedekah dekat Nani sikit. Hahahaha. Biasanyaa beli je dekat pasar malam kalau teringin nak makan. Tak sempat nak buat sendiri. Huhu. Dapur bujang ni lagi lah jarang nak berasapnyaa :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai lah datang ambik. Tak pun kita dok bawah pokok durian menikmati puding jagung bersama. Sudikah Nani? Hahaha....

      Akak pun inilah first time buatnya, Nani. Kalau tidak, entah bila first timenya ni akan berlaku tau!

      Delete
  13. Haha.. mana lagi nak jumpa celebriti yang pandai masak puding jagung.. haha.. hebat tul la diam2 MD masak puding jagung ni.. saya tak pernah buat sekali pun puding ni..

    Ai bab orang lain dlm rumah tak berapa makan tu..ai.. lemah semangat. Saya masak makanan manis macam mak saya buat, mcm kuih2 kelantan gitulah responsnya.. sedih rasa bila saya je yang makan orang lain makan macam tak ikhlas je.. dah siap cakap kenyang lg tu..adoi. rasa geram tp tahan je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selebriti kan kalau tumbuk sambal belacan pun kira dah ohsem sangat. Semua peminat pun setuju ~_^

      Saya pun first time buat ni, AN. Nasib baik mood masak tengah datang, berup-up tinggi levelnya. Kalau tidak puding jagung yang mudah pun tak terbuat. Saya bukan macam PK. Bagi jagung, habis semua resepi dicubanya!

      Saya pun dah terbiasa. Kadang tu kita jerk lebih-lebih teringin tengok resepi tapi responsenya tak memadailah nak upkan lagi memasak tu!

      Delete
  14. Err mereka bertiga xmo mkn pg untung tau.. MD blh mkn sensorang puas2. Ehehe ayat nk sedapkan hati .. Padaha, dot dot dot

    ReplyDelete
    Replies
    1. LM nih...... tersayat-sayat lagi hati saya tau! Hahaha....

      Kat rumah ni kena tahan sabarlah kalau rajin memasak menu baru ke, menu yang mereka tak berapa berkenan ke... Ni hah, puding jagung tu dah sejuk membeku dalam peti sejuk. Tak habis-habis lagi. Bayangkanlah...

      Saya sendiri pun dah tak larat nak melantak puding jagung hari-hari sampai habis. Nak dibuang sayang pulak. Buang masa, buang duit, membazir lagi.... Entahlah tak tahu nak buat macamana!

      Tapi dalam hati ni tengah berkobar-kobar nak cuba resepi baru ~_^

      Delete
  15. Alololo...Janganlah sampai hilang mood nak memasak MD. Next time kalau buat puding jagung, meh hantar kat orang bangi ni ha. Feveret dia tau. Tapi tak reti² nak buat sendiri. Simple jer resepinya yer.

    Alaaaa MD. Saya pernah buat bread puding. Tapi anak² & en somi tak berapa makan. Sudah nya surirumah separuh masa ni jer lah yang jadi DBKL...cisss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnyakan kalau tak kerana response suam-suam kuku dek seisi rumah pun saya memang jarang ke dapur memasak. Hahaha....

      Saya memang suka puding jagung ni. Ingat lagi kalau ada orang beri atau kalau bulan puasa, memang dok mencari puding ni. Rasa nikmat jer bila nampak kelibat puding jagung masa tengah puasa. Tapi tak pernah juga buat. Ni tetiba semangat memasak berkobar-kobar tak tahu apa sebab, puding jagunglah dituju dulu sebab senang sangat!

      Saya pun pernah buat bread pudding lepas tu dok melantak habiskan sendiri. Anak-anak saya tak nak makan. Suami saya pulak katanya kurang minat bread pudding ke apa ni. Uhuh, nyampah nak mengingatkan sejarah kelam nih tau!

      Delete
  16. Assalam sis,
    he3
    iols ni selalu meleleh dok nengok resipi kak oor
    taki sampai ke laaaaaa niii tak sempat nak copy paste lagik he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam!

      KakNoor jangan cakaplah. First time saya masuk pun dah meleleh air liur. Rasa nak tenung jerk makanan tu sampai terasa di tekak ni. Boleh gitu? Hahaha....

      Delete
  17. hai nampak sedap je puding jagung MD tu, sebulan sekali pun takpe yang penting kita memasak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....sesekali masuk dapur buat benda baru tetiba responsenya alahai...Lagilah mood memasak tu tak mahu singgah even sebulan sekali pun ~_^

      Delete
  18. Bertuah la tgn MD campak2 derhaka resepi pun still sedap dan ada rupa lg. kalau daku derhaka resepi mmg ke cik tong la jwbnya setelah puas keluar masuk peti sejuk kan haha. Kipidap MD yg penting ada kerajinan di situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... adakalanya campak baling saya tak menjadi jugak... Tengoklah tahap ketekunannya di peringkat mana *_*

      Ini masih ada lagi mood nak mencuba. Lama pulak mood rajin masak singgah dalam diri kali ni. Kalau tidak, main tunjuk jerk memanjang!

      Delete
  19. Lor...share dgn ai jelah.. ai is suka puding jagung.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. I pun suka tapi kalau dah satu bekas macam ni memanglah tak habis! Hahaha...

      Delete
  20. klu saya kan , buat masakan yg saya suka , org lain lak tak nak mkn , lagi saya suka sbb dpt ngap sensorang . makan sikit2 sampai berhari2 pun x pe ... upsss tapi bkn tamak atau ekdekut ya ... heeee ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi susahlah Vee. Kita kesiankan anak-anak dan suami. Kalau nak suruh masak syok sendiri ni memang senang. Lepas tu nak menghabiskan tu yang payah. Saya ni pulak entah spesies apa pun tak tahu. Kalau kata masak jerk mesti buat banyak macam 10 orang nak makan!

      Delete
  21. menu diet pon diet la. ni nak puasa blh la buat lagi sekali. syratnya jgn mnderhaka oke..



    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bulan puasa buat puding ni rasanya Ciksu lepas sebulan raya baru habis. Hahaha...
      Kalau tak menderhaka pada resepi little-little, tak bestlah Ciksu. Nak juga rasa macam kita lagi hebat dari chef yang bagi resepi tu *_*

      Delete

Post a Comment