Susahnya kalau dah rabun...

Salam kawan-kawan!

Oh, lagi kita nak bercuti sekolah, macam lagi banyak pulak kerja yang melayang atas meja ni! Tapi takpa, I okey aje walau bertimbun mana pun kerja nak bagi. For me, petik jari pun tak berbunyi jerk!

I ni sekarang kalau nak buat kerja terutama menaip mahupun membaca, mesti nak pakai 'spekmata'. Kalau spekmata takda, memang satu kerja pun tak boleh buat. Yalah, nak buat macamana... jiran sebelah I katanya awet muda tapi I ni awet tua kot. I dah ada rabun dekat sejak 3 tahun lalu. 

Sumber : sini


Mula-mula tu okey lagi. Kalau tak pakai spek pun boleh membaca walaupun 'merangkak-rangkak' macam budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan tapi sekarang ni makin lama makin teruk. Buka aje spek, satu apa pun tak boleh baca. Kecik, besar, kecik, besar sepasang mata ni dok nak membaca. Atas alasan inilah I .....

1) Tak suka mencuba resepi baru ~ susah den nak baca kat smartphone

2) Tak aktif kat twitter, instagram, WA dan apa sahaja yang perlukan skrin kecil smartphone!

3) Bukan hantu buku lagi (makanya I pulak menulis 'cerpen', manuskrip teragung dan kadang-kala novel 100 mukasurat *_*)

4) Dah lama tak ngadap suratkhabar pesen lama sambil pegang suratkhabar sambil baca semua mukasurat dengan penuh khusyuk bila di rumah (Eh, sebenarnya suratkhabar pun dah lama tak beli, selalunya songlap kat rumah my sister jerk)

Okey, okey...bolehlah kata itu alasan sahaja tapi seriously, memang I malas nak membaca sekarang ataupun menghadap smartphone sambil beraktif-aktifan melayan segala jenis 'perkhidmatan' media sosial katanya! Tanyalah pada MakJilap.... ~_^ Hari ni hantar WA, esok baru baca ^_^

Dek kerana rabun dekat nilah I rasa macam dah nak dapat BP aje. Mana tidak, segala benda nak baca mesti mata dok kecik, besar, kecik, besar tengok tulisan lepas tu stress pun sampai. Lepas tu angin satu badan pun berkumpul. Lepas tu siapa yang ada dekat-dekat I dah tentu kena hamun. Hahaha....

Kalau nak mengajar si Bubbly Abang pun beginilah kaedahnya. Asal Abang tunjuk je buku latihan ke, buku kerja ke, buku aktiviti ke, memang first statement yang keluar dari mulut I,

Pergi ambil cermin mata Mommy! Mommy tak nampak satu apa pun nih!!!

Akhirnya semua orang tension di rumah sebab I tension ~_^

Sumber : sini


Bab nak gunakan smartphone untuk bermedia sosial lagilah I  tak suka. Tension ah kak tau. Contohlah ya bila nak berWA katanya... Bila kita taip je keluarlahkan perkataan yang seangkatan sepupu sepapat katanya jadi tak payahlah susah-susah nak taip balik. Tapi dapat kat orang rabun macam I ni memang sakit jiwa rasanya. Kita bagi contohlah yerk... I nak tulis,

 'Awak memang sempoi baq hang!' (feeling-feeling orang utagha half-half ler kekdahnya)

Tetiba keluar kat skrin comel smartphone,

'Awak memang sempoi bengap!'

Atau pun tetiba teringat orang tersayang kononnya nak lovey dovey hantar WA,

Dear.. don't know why I miss you so much today, baby! *_*

Tetiba yang keluar kat skrin,

Bear.... don't know why I miss you so much today, vavy! *_*

Mata tak nampak main taip aje pastu terus tekan 'Send'!

Selamatlah lepas tu. Ada juga berlaku konflik dalaman jiwa yang menghantar dan menerima mesej ~_^

Jadi, untuk mengelakkan kejadian terguris perasaan tak semena dan putus sudah kasih-sayang daripada berlaku berleluasa, lebih baik tak payah buat apa-apa dengan smartphone kecuali nak buat dan terima call ~_^

Sebab itulah I lagi suka duduk depan pc bila nak buat kerja-kerja menaip dan membaca ni.... 

Lagi satu masalah bila dapat rabun dekat ni bila kita jalan-jalan bershopping. Membeli-belah memanglah seronok, siapa yang tak suka. Yang jadi tak seronok bila nak belek harga! Aduhai, again kecik, besar, kecik, besar mata dok tenung tanda harga tapi  tak juga nampak jelas! Nak ambil spek dalam handbag tau ajelah. Itu bukan kerja senang ya bila dalam handbag penuh dengan segala 'sampah-sarap'. 

Nak capai spek, tercapai purse. Nak capai spek, tercapai minyak wangi! Nak capai spek, tercapai beg  tisu. Nak capai spek, tercapai dompet duit syiling. Pendekata, memang darah dah mendidih dalam kepala barulah terjumpa spekmata. Itu pun kalau nasib baiklah. Kalau tidak, rasa macam nak terbalikkan aje handbag tu biar keluar segala isi sampah-sarap di dalam tu lepas tu sendiri malu orang dok perhati! By that time, mood teruja nak membeli pun sudah menurun ke tahap yang 'lebih baik aku blah balik  rumah tidur lagi bagus!'

Begitu juga kalau nak mencuba resepi baru di dapur katanya.... I lagi rela kopipes resepi lepas tu print out. Simpan elok-elok dalam file. Walaupun rabun, senang juga masa nak membacanya. Kalau tengok kat skrin smartphone, uhuh... parah jiwa raga berbolak-balik hati ni nak teruskan niat mencuba tau... Belum start dah mengalah selalunya!

Selalunya kalau memasak I memang tak pakai spek. Pendekata selain untuk membaca, I memang tak pakai spek. Dah namanya rabun dekatkan, bukan rabun jauh. Pandangan jauh I memang okey lagi. Dari jauh I dah boleh cam siapakah gerangan yang memakai reben pink munge-munge tu. Itu no problem. Yang problemo sesangat ni bila benda dekat ler....

So, asal kata nak try resepi baru jerk, perkara utama haruslah ambil spek dulu sebelum smartphone ~_^ Pastu googlelah! Skrol lah resepi tu dan tatap puas-puas. Masa masak spek kena duduk atas kepala. Masak dengan spek memang berkabuslah kejap lagi. Lepas tu terlupa spek letak mana. Lepas tu mengamuklah sebab cari spek tak jumpa. Lepas tu tengok dekat dapur, habis berkecai dah sama ada hangit terbakar atau lupa ikut next step resepi diberi!

Kalau dulu sebelum pakai spek bukan main lagi sombong bongkak setiap kali pergi medical check up. Sebelum check mata, kalau ditanya,

Puan pakai cermin mata ke?

Dengan bongkak sambil senyum mulut senget sebelah menjawab,

Oh, I tak pakai cermin matalah...... (sambil giggle ngengada tutup mulut dengan dua jari)


Sekarang ni, haru-biru perasaan bila kena check penglihatan! Selalu je power cermin mata makin bertambah, bukannya berkurang pun!

Oh, tak payahlah susah-susah suruh I makan karot ke apa yerk.... 

Psst! Pssst! Psst! I ni tak makan sayur-mayur lah!

Huh aloh.... padanlah rabun!

Nasib baik dah tua ni baru rabun tau... Kalau tidak, taklah jadi pelajar cemerlang, gemilang, terbilang terpopular gitu dah asal buka buku jerk stress tak nampak tulisan!

Eh, Eh... panjangnya mengomel!

Tak perasan pulak ~_^











Comments

  1. Tu tanda dulu rajin belajar hahahaha... bagus budaknya dulu ni.ngadap buku 48 jam sehari katanya sampai rabun. Pernah baca kisah rabun MD dulu sebab tu tak pelik entri tulisan semua gajah2 belaka. Masa mula2 sebelum tau pelik jugak apsal la makcik MD guna tulisan besar2 sangat kat entri. Bila dah tahu takde la membebel lagi hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, budak ni memang dulu-dulu bagus ~_^ Sekarang tak tahulah... macam tak berapa bagus jerk. Hahaha!

      Eh, kita guna font anak gajah bukan gajah. Ini pun kita nampak sedang elok jerk tulisan, Suria. Kalau buka spek, haru-biru. Semua pun blur. Mahu jawab komen lagi merapu meraban sebab blur tak nampak apa orang komen!

      Delete
  2. Samalah kita MD. Kakak pun dalam dua tahun ni dah kena pakai dua cerminmata. Satu utk jauh dan satu kalau duduk buat kerja. Kena ada juga cermin tengok dekat sebab masa tunggu anak belajar nak juga belek buku walau kadang buku tengok kita, mata pejam tapi duduk tegak. Dia dah concentrate belajar bukan sedar mama dia duduk sambil lena hihi...

    Makan carrot dah tetua ni tak jalan tetap rabun juga. Kakak dari kecik makan carrot pun rabun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni rabun dekat jerk. Rabun jauh takda. So saya buat cermin mata untuk rabun dekat aje kerana taknak pakai spek sepanjang masa. Lagipun saya bimbang kalau penglihatan jauh jadi makin kabur bila dah pakai spek.

      Siksa betullah kak kalau nak membaca. Memang tension sebab sejak pakai spek, langsung tak nampak(blur) bila nak membaca tanpa spek. Lepas tu mata jadi stress duk kecik, besar jerk teruslah datang sakit kepala. Lepas tu apalagi, teruslah datang angin puspus!

      Delete
  3. Ermmm....entry kita macam berkait pulak hari ni..

    Syukur la saya tak de masalah rabun buat masa ni..tapi di masa2 akan datang tak tahu la..sebab saya jenis suka membaca..dalam gelap tu lagi syok la membaca..membaca sampai tak angkat kepala..sedar2 leher dah sakit je..lepas tu tengok keluar mata dah pedih2...kena ubah gaya hidup la nampak nya..saya suka tengok orang pakai cermin mata sebab diaorang nampak cantik..tapi kalau saya yang kena pakai cermin mata ,alahai..belum bersedia kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, saya pun dulu kuat membaca, Diana tapi tak pernah baca dalam gelap. Sekarang ni baca bawah lampu terang pun boleh jadi stress. Saya dah tak nampak lagi label tulisan dekat bungkusan atau botol tanpa spek. Sekarang pun saya rasa power dah bertambah sebab tulisan kecil kat label tu makin kabur jadinya. Sejak pakai spek lagi teruk sebenarnya rabun saya.

      Saya pakai cermin mata macam Fasha Sanda pakai dalam gambar di blog awak tulah. Sama pun warna *_*

      Delete
  4. susah jugak bila dah rabun ni kan MD...sengsara nak mengadap segala mcm tulisan yg kecik molek kt tablet\smart phone.. bertabah lah gaya nya..hehe.. tapi sy pun tak suka sgt guna smart phone bila online MD..tak puas rasanya bila nak membaca tu...huhu.. guna PC/ laptop baru puas hati...bab takut mata rosak ni, sy tak bagi sgt si tumpis tu main HP @ tablet.. bagi sibuk dia main otomen... hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang siksa. Sebab itulah saya tak pernah nak membaca guna tablet mahupun smartphone. Saya lagi suka duduk elok-elok depan pc sambil buat kerja atau membaca. Nak tengok label kat botol ubat pun payah sekarang ni tanpa spek. Ni pun rasa power dah bertambah lagi sebab bila pakai lama jerk spek, kepala sudah sakit berdenyut!

      Delete
  5. Hahahahahaha....mrmang boleh kecik ati tau dk bc mesej lagu 2 ......hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... itulah pasal! Orang tak tahu sebenarnya apa yang berlaku bila si rabun dekat membalas mesej dengan mata kecik besar kecik besar gitu ^_^

      Delete
  6. Acik dah laaaammmaaaa rasa apa yang MD rasa tu..tapi tidak la acik jadikan alasan tak masak he he..umur 30 acik dah rabun dekat..jauh ok je.bila tak pakai pening..bila nak buat cermin mata..tokeh kedai pulak asyik tanya umur.bila jawab katanya rabun acik tu patutnya untuk orang umur 40 tahun keatas..masa tu la hehe tensyen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Acik, saya kiranya berjayalah dapatkan rabun dekat lebih cepat ^_^ Siksalah Acik kalau rabun dekat ni. Tension bila nak membaca dan buat kerja. Saya pulak bila pakai spek lama sangat untuk membaca, mulalah pening kepala. Tapi saya rasa power saya dah bertambah ni. Sekarang ni 175. Masa check tahun lepas katanya saya nampak jelas kalau pakai power 200 tapi optometrist tak bagi pakai sebab usia muda. Katanya nanti lagi teruk rabun saya...

      Delete
  7. Adeh. Xtahan nk gelak smpai akak pn dh jd typo plk. Alahai kesiannya. Biasanya yg umo 40an baru dpt Rabun dekat tu. Bertabahlah... Alhamdulillah mata akak masih normal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siksa kak kalau rabun dekat ni. Lagi-lagi kalau kita banyak buat pembacaan. Nasib baik saya bukan guru. Kalau tidak, tension alahai nak tanda buku murid-murid dan kertas peperiksaan. Silap haribulan sebab tension, habis markah anak murid jadi sikit! Hahaha....

      Delete
  8. assalamualaikum,
    ambo pun stress dengan rabun ni. lagi stress bila dua-dua rabun ada...jauh dan dekat. haru!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam!

      Kalau ada dua-dua lagilah hebat stressnya yerk! Saya ni rabun dekat aje. Pandangan jauh Class A lagi ~_^

      Delete
  9. Nani ni doktor baru ackap rabun. Adoiii tetiba rasa nak pegi kedai cermin mata cek power. Hari tu dekat hospital cek guna alat alat dia tu kan. Ada lubang kecik lah apalah. Takmau pakai spek mata T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergilah makan apa boleh sebelum rabun jadi teruk. Susah tau Nani kalau dah rabun ni. Asyik-asyik nak cari spek. Memang tensionlah!

      Delete
  10. MD, sama lah kita... saya pun sejak beberapa tahun kebelakangan ni dah kena buat spek multi-focal utk kedua2 jenis rabun. Tapi leceh pakai spek ni sbb kalau salah angle nampak blur jugak. Akhirnya bila membaca, makan atau tgk pc tak pakai jugak. Sibbaik lah pi dgn smartphone boleh dibesorkan fontnye hahahah.... Nin ingat nanti nak buat spek khas utk membaca je lah...khas utk rabun dekat sahaja. Maknanya kena carry 2 spek lah kalau pegi mana2 huhuhuhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. I taknak pakai multi focal sebab pandangan jauh I elok lagi. Lagipun kalau pakai macam tu siksalah asyik nak turun naik spek dok adjust pandangan *_* I try to avoidlah kalau boleh, sebab nak jaga pandangan jauh katanya....

      Kalau rabun jauh memang tak dapatlah nak bergaya pakai spek mata hitam, Nin. Kalau rabun dekat. okey lagi ~_^ I ni kalau drive atau berjalan memang tak pakai spek. Tapi bila start nak baca menu ke, botol ubat ke, resepi belakang plastik bungkus rempah Adabi ke, memang parah. Tetiba tension sebab tulisan tu nampak macam semut bergerak. Entah apa pun tak tahu. Blurrr.... Itu yang sakit kepala sampai dan mood pun habis!

      3 tahun I rabun, 3 spek dah I buat. Kira kat dalam beg satu, kat pejabat satu dan kat rumah satu. Tapi bila nak mencarinya, mulalah kalut tak tahu kat mana! Geram!

      Delete
  11. nape MD tak terus je pakai spek tu tak perlu cabut-cabut..
    spek mata orang untuk rabun dekat dengan rabun jauh tu tak sama eh..sebab saya rabun jauh memang pakai spek all the time
    eh kalau salah sila betulkan ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab saya rabun dekat jerk. Time nak membaca aje yang perlu. Kalau drive tak boleh pakai. Blur pulak jalan nanti. Nak buat yang rabun dekat dan jauh, tak larat saya dok adjust spek bila nak tengok jauh atau dekat. Lagipun pandangan jauh elok lagi. Takut bila pakai spek rabun jauh, habis pulak dua-dua rabun terus!

      Tak sama, Mar. Spek rabun dekat dengan rabun jauh sahaja memang tak sama. Tapi boleh juga buat untuk dua-dua sekali. Ikut suka mana nak....

      Delete
  12. Kesian mak dengonya ..... sabo ye kak Ton, nak buek camno, bahagian memasing. Mak awet muda, kak Ton rabun dekat hahaha....

    Tak per.... lambat ke cepat, semua org akan rasa rabun dekat mcm kak Ton, cuma lambat ke cepat jer. Well..... mak mungkin lama lagi kot...hihi....

    Tulah....sapa suh jadi student terbaek BP, sapa suh jadi student cemerlang dan terbilang? Kan dah rabun dekat sekarang ni, sapa yg rugi, nak shopping pun kena cari spek dlm beg. So, jangan bagi adik cute ngan bubbly abg rajin sangat dari sekarang. Kang menurun pulak rabun mommy hihi....

    Rasanya hp tu boleh setkan kalau kita tak mau keluar perkataan seangkatan .... sebab mmg payah pun jadinya. Cubalah godek hp sikit.





    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah Mak, gelaklah beso-beso. Happy nampak gelakkan Kak Ton yerk. Tapi nak buat macamana, salah Kak Ton juga. Siapa suruh Kak Ton makan memilih. Makanya Kak Ton redha ajelah cuma hal bercerita ni tentang sukarnya jadi orang rabun dekat nih. Nak pakai spek sepanjang masa, kita tak rabun jauhkan....

      Kalaulah Kak Ton tau akan rabun dekat begini cepat, taknak Kak Ton belajar rajin-rajin dulu. Asal lulus SPM jadilah lepas tu cari dato' kaya-raya. Lepas 3 tahun dah jadi kaya, Kak Ton. Hahaha!

      Itu yang Mak selalu nampak Kak Ton buat typo error sebab tak pakai spek. Kak Ton membaca mata kecikbesarkecikbesar Mak lepas tu Kak Ton tension sebab kepala sakit. Itulah pasal Kak Ton jarang WA lama-lama :)

      Delete
  13. dah terlambat pun nak makan carrot..hahaha.takpelah kak MD, kurang sikit nafsu shopping bila dah rabun ni kan.. kesian dia, tapi part dear jadi bear, baby jadi vavy tu memang kelakar..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, ada kata makan karot dari muda pun boleh dapat rabun! Nasib baik akak tak makan dari dulu. Hahaha!

      Ish, nafsu tu tetap ada, Sal tapi itulah jadi geram dan bengang bila tak boleh paca price tag! Keh3x.

      Adat orang rabun berWA. Sal cubalah sekali WA dengan akak tengok macamana dapat jawapannya nanti ^_^

      Delete
  14. gitu la keadaan kalau org yg pakai spek ni..
    MD kene gantung la spek kat leher, baru senang nk cari.. hahaha..
    Ira ni rabun jugak, tapi rabun jauh..
    Paling tak suka bila sang jerawat tumbuh betul2 dekat batang idung tempat sangkut spek tu.. adoi.. pedihnya la.. bnyk2 tempat, situ jugak yg dia suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah beli tali tu nak gantung tapi nampak macam orang tua sangat dah! Hahaha... teruslah tak main gantung-gantung spek lagi ^_^

      Nasib baiklah saya ni takda jerawat nak main hinggap lagi sekarang. Kalau once in a blue moon pun jerawat muncul mesti bawah dagu. So, selamat lagilah dari masalah macam tu!

      Susahkan kalau bergantung hidup pada spek jerk. Nak pakai contact lens tak beranilah kita....

      Delete
  15. saya ni rabun jauh,dulu-dulu pakai spec,tapi semenjak beberapa cermin mata ni telah dipatahkan oleh anak-anak terus malas nak berspec...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya takut nak pakai lens sebab itulah kena berspek. Walaupun kegunaan spek tu hanya untuk membaca, boleh tahan tensionnya bila dah asyik buka tutup cermin mata jerk. Nak pakai dua-dua sekali, sayang pulak pandangan jauh yang okey lagi ni. Takut terus dua-dua rabun!

      Delete
  16. Sekarang spek lah perkara no 1 utk MD bila nak membaca ye..
    Akak pun dah macam tu MD..
    Kalau shopping, time tengok harga tu anak2 lah jadi mangsa..
    Tengok tarikh luput lagi..
    tak boleh pergi jauh dari mama kekdah mereka ni..
    Akak pun macam MD juga print resepi tu siap..
    Patut pun akak ni dah 40+++
    macam tulah .. kena redha banyak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sekarang macam tu. Kalau si Abang ada, memang dialah jadi mangsa. Tak pun HD *_*

      Kalau print out resepi tu senang sikit nak baca walaupun masih perlukan spek untuk membacanya. Baca dari skrin smartphone ni boleh tenat jiwa. Itu yang jadi tak rajin nak mencuba. Hahaha!

      Delete
  17. Terjawab dah persoalan kenapa entry blog MD ni besarrrr jerkk.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, besar ke? Saya rasa macam biasa jerk. Normal je font kat entri saya nih ^_^

      Delete
    2. Kalau guna mobile jadi besar... Hehe.. Jenuh nak scroll... Hehe... Sy sellau bw guna phone je.. Jrg guna pc...

      Delete
    3. Hahaha.. oh, ya ke? Sebabkan bila saya guna smartphone baca entri atau nak approve komen, bab komen ni saya masih tak boleh baca kalau takda spek tau! Yang entri pun kecikbesarkecikbesar mata dok baca entri sendiri *_*

      Delete
  18. saya pun dah mula rabun dekat tapi masih pada tahap blh baca lah . mula2 ingat sbb pandang skrin komputer lama sangat tapi my kakak kata itu simptom biasa bagi org yg dah masuk level saya lah ... rasanya level kita sama jer nih ... heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sikit-sikit rabun tu tak payahlah kepingin nak pakai spek, Vee. Bila dah pakai, makin teruk nanti rabunnya. Lepas tu memang bergantung hidup pada spek ajelah bila nak membaca! Mula-mula dulu pun saya macam tu juga. Mula tak boleh baca tulisan kat botol ubat. Bila dah pakai spek, tulisan kat skrin komputer yang besar ni pun jadi blur!

      Rabun jauh tu biasalah, orang muda pun kena. Rabun dekat ni senang cerita rabun orangtua sebenarnya. Makanya, terpaksalah kita mengaku kita dah tua. Hahaha....

      Delete
  19. kekadang payah jugak klu dah rabun ni tak guna spek. Kekadang ditaipnya lain. driving tak pakai spek ker??

    Lyn dah rabun bertahun2 dah kak. Mmg pakai lens setakat ni. Kekadang jer pakai spek. Tu pun tgk keadaan, biasanya kat rumah jer. Tempat2 lain tak cun arrr pakai spek. Hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha, Lyn ni mesti rabun jauh! Itu rabun orang muda, rabun budak-budak ^_^ Akak ni rabun orang tua, Lyn a.k.a rabun dekat. Nak membaca aje perlukan spek. Nak berjalan-jalan ke, drive kereta ke, tengok TV ke, boleh pakai spek mata hitam. Hihihi...

      Akak ni takut nak pakai lens. Kalau tidak, dah lama mata warna-warni tau!

      Delete
  20. Kesian kan orang yg rabun ni..hilang setengah nikmat dunia yg Allah bagi..sy lately pun klu tulisan jauh dah tak berapa nmpak..kena renung betul2 tuvpun Kadangkala silau..adakah ini pet and a Tahun jauh?huhu..walaupun suka makan karot tp faktor umur la kot?haha..dekat Insyaallah masih jelas lagi penglihatan..

    org kata nak mata sihat kena selalu tengok kehijauan..macam bukit pokok dedaun..flora n fauna hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, PK. Macam dah hampir buta aje kekdahnya. Tension tau bila nak membaca atau nak menggunakan komputer. Kalau suruh isi form ke apa, lagilah bertambah-tambah level ketensionannya! Enjoylah sementara pandangan terang dan jelas. Nanti kalau dah kena pakai spek, memang sedih sangat rasa hidup :)

      Dah umur macam ni, orang kata dah tak boleh pakai lagi. Hahaha!

      Delete

Post a Comment