Berehat di hujung minggu

Salam kawan-kawan!

Welcome back! Welcome back, MD!

Kesian alahai kalau selalu sangat terasa ada orang merindui kita dan paling tak boleh blah sekali bila kita perasan yang kita glamour. Tapi nak buat macamana, layan ajelah ke-verangan-an yang begitu sinonim dengan diri I ni, kan. Kalau you all tak layan, siapalah lagi nak melayan ~_^

Oh, bestnya kalau cuti lebih daripada dua hari pada hujung minggu. Rasa kakiku longgar gitu segala urat sendi bagai. Macamlah duduk di rumah tu boleh rileks. Jadi emak-emak ni, mana ada istilah berehat di rumah sendiri. Ada-ada aje karakter dalam rumah tu yang dengki ^_^

Oh, no... I didn't go anywhere *_* Berehat di rumah aje sambil menikmati peluang dapat bangun lewat. Lepas solat bantai tidur berjemaah lagi anak-beranak. Buruk sungguh perangai kami laki-bini yerk tapi nak buat macamana, memang buruk pun ~_^

Eh, you all kalau hujung minggu pun memang bangun awal macam biasa ke? I ni kalau ada 'event' makan di luar (event tu dibayar oleh poket suami atau MD sendirilah yerk, bergantung kepada siapa yang merengek-rengek mengajak ^_^) barulah bukan main cepat bangun pagi. Kalau dah tau memang kena buat sarapan sendiri, memang brunch ajelah jawabnya. Yalah, kalau bangun pun pukul 9 pagi, nak buat sarapan lagi, memang takdalah sarapan awalkan!

Cuti sekolah ni memang kami takda plan apa-apa pun. Anak-anak pun dah faham. Sebabnya, kalau MommyDaddy decide nak pergi mana-mana, memang mereka suruh bersiap pakai baju aje. Tau-tau dah sampai di tempat yang dituju. Memang suka MommyDaddy ni buat surprise kat anak-anak. Lagipun memang almost setiap hujung minggu kita 'merayau', mengukur jalan dan batu-bata bangunan, makanya takdalah mereka hairan pun.

Tiga hari di rumah ni, setiap malam kami buat movie marathon. Satu malam sampai 3 movies kita tengok tiga beranak. Si Adik Cute tolak tepilah. Dia bantai tidur aje kerjanya. Tak kuasa nak join tengok cerita omputih ni. Lebih baik belajar perkara baru dengan cikgu personalnya, Upin Ipin. Lagi afdal!

Adakalanya sampai pukul 1 pagi pun tak habis menonton lagi. Bubbly Abang memang tersangat gembiralah. Maklumlah dapat tidur lambat hujung minggu. Selalunya bila waktu sekolah, pukul 10 malam Abang dah kena masuk tidur. Cuma yang selalu terlena separuh jalan of course Mommylah ~_^ 

Tahu-tahu aje kena 'marah' dengan 'tuan download percuma'  a.k.a Hubbydearie. Penat HD download movie kegemaran MD tetiba kita bantai tidur.... Of courselah HD membebel. Paling mudah, HD suruh I menonton jangan baring-baring atas sofa. Jangan ambil bantal busuk buat peluk. Mula-mula aje peluk, lepas tu tukar posisi dan terus tertidur ~_^

Dasar tak boleh buat teman menonton *_*

Oh, cerita apa yang I tengok tiga beranak? Nanti-nantilah bila rajin I buat review. I ni bab-bab review percuma memang malas kecuali bab makan dan JJCM *_* Tapi Cik Suria Lekat Lekit janganlah khuatir, akak tak tengok pun cerita seram untuk direview. Manalah tau kalau  kita review cerita seram terbest pulak, kesian Suria hilang taring dengan hantu-hantu. Dah semuanya datang kat kita minta direviewkan... Hahaha.... Oppss! Coi! Coi! Pi blah semua hantu, jangan datang dekat!!!

Okeylah, okeylah! I malas nak merapu lebih-lebih. I nak mengarang manuskrip teragung lagi nih....



 

 




Comments

  1. Assalam MD..
    hehe.. bab tidur berjemaah lps solat dihujung minggu tu mmg biasa.

    Seronok juga menonton movie anak beranak, tapi biasanya ira x tgk sampai abis.. haha.. tgh2 jalan.. da masuk alam mimpi..

    Dulu2 suka tgk.movie dgn adik2 kat rumah. Paling suka tgk citer seram.. hehe.. tp sejak sa kawen ni, jarang da tgk movie berjemaah ni..

    Best jgk dpt berehat kat rumah.. tp time duk umh tu la nk buat mcm2.. nk kemas2 umh.. nk cuci blk air.. at last.. mlm gak br rehat.. hehe..

    Ok la MD.. selamat berehat ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam!

      Hehehe...ada geng rupanya! Rasa macam nak balas dendam aje tau sebab kena bangun awal sepanjang hari bekerja. Tapi takdalah buat selalu. Mahu berlemak pulak sifat malasnya *_*

      Kami dulu rajin juga buat movie marathon ni. Selagi ada movie yang available untuk ditonton di rumah, selagi itulah kami tengok. Biasanya kalau saya tak mengantuk, itu yang jadi sampai 3 movies. Kalau saya dah terlena di alam mimpi, memang HD stopkan aje apa cerita yang tengah tengok tu sebab geram penonton berdengkur! Hahaha...

      Delete
  2. Entry warm up la kiranya nih.. cewah syoknya kome 3 movie satu malam. Ni mesti ada yang diforward kan tu ya? Ke setia dr awal ke hujungnya menonton tu? Kagum weh. Kami ni kalau sempat 1 movie habis tu mesti cerita kartun naim.. kalau movie omputih ke kena tekan butang forward je.. naim akan bangkang spenuhnya..

    Kami pun sama, kalau tak ke mana2 3 hero ni bangun dah cerah alam jawapnya.. kadang3 saya pun join tidur sama.. kalau saya tak tidur tu, adalah hal yang saya buat nanti supaya lagi seorang tu tahu saya lapar dan kena bangun cepat utk g sarapan.. hihi elok perangai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... sekarang ni memang ada je entry warm-up gitu. Takut tulis panjang-panjang, terkehel pulak urat tengkuk tu penat membaca. Hahaha!

      Oh, kalau ada marathon itu bermakna saya tengok dari awal hingga akhir. Tak skip mana-mana babak pun. Kalau saya terlena, itu yang tengok separuh jalan aje lepas tu HD tutup TV sebab geram penonton tidur dalam panggung *_*

      Superheroes saya kalau hujung minggu biasanya dalam pukul 8 lebih dah bangun. Kalau mereka lambat tidur, itu yang terlanjak sama dengan makpaknya sampai pukul 9 lebih, lebih, lebih sikit ~_^

      Delete
  3. Dah biasa bangun awal setiap pagi, maka walaupun tidak lagi perlu ke pejabat tetaplah juga kakcik bangun sebelum Subuh. Bila dah bangun jangan harap pulak nak baring2 balik kecuali bila rumah dah sunyi berikutan yang pergi belajar dan kerja sudah keluar... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya orang macam tulah, Kakcik. Kakak saya pun jenis yang sama. Saya ni aje yang lain macam sikit. Tapi tetap juga saya yang pertama kena bangun. Kalau saya tak bangun, tak jalan satu rumah! Mereka bertiga bangun lambat pun takpa sebab tinggal gitu aje. Kita yang kena kemas semua! Itu yang yang sama-sama join bangun lambat *_*

      Delete
  4. Nani weekend baru ni busy dengan kenduri kawen. Hehehe :D Ibu nani pun kalau weekend rajin bebenor dai masak nasi lemak ke nasi dagang ke apa ke. Hahaha. Senang kerja dia katanyaa. Makan terus sampai ke tengah hari :D Dah lama tak download movie pastu tengok ramai2. ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak ni pulak berbeza dengan ibu Nani. Kalau mood rajin datang aje, akak rajin memasak dan mencuba. Kalau mood tak mai, jangan haraplah hujung minggu nak masak. Penuh satu petisejuk pun bahan basah tetap buntu kepala ni takda idea nak masak apa! Punyalahkan...

      Kalau tengok ramai-ramai tu kena tengok cerita seram. Barulah best menjerit berjemaah ikut pitching yang sesuai *_*

      Delete
  5. afif cuti sekolah ke tak sekolah ke, kena juga tido awal
    kalau tak nanti saya pun tak boleh tido di suruh neman dia tengok tv
    tapi kalau hujung minggu takde hal kan
    buat juga cam MD, layan movie depan tv
    baru seronok tengok reramai
    pastu memasing tertidur depan tv, tv plak tengok kita...hehe

    kalau hujung minggu i pun bangun awal jugalah MD
    tak berapa pandai bangun lambat
    tapi kadang terbabas juga...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penderaan ni. Takda kebebasan menonton namanya. Hahaha....

      Anak saya si Abang tu pun kalau menonton, kecoh betul mulutnya. Penat kita nak menjawab soalan. Kadang tu dia main bercakap aje dok komplen jalan cerita!

      Oh, malu nak ngaku! Kami pun selalu juga bentang toto tidur depan TV anak beranak. Bestkan sesekali tidur berpelukan ramai-ramai. Hehehe...

      Saya ni ada masanya terasa nak bangun lewat. Rasa macam penat aje hari-hari bangun pagi sebelum Subuh. Tapi tak selalu juga dapat. HD lagi dahsyat perangai. Dikejutnya kita bangun pagi-pagi lepas tu dia sendiri sambung tidur lagi sejam dua. Geram sungguh!

      Delete
  6. indahnya dunia bila cuti sekolah.
    zaman belajar dah berlalu, kadang-kadang tu saya pun tak perasan sekolah cuti.
    cuti semester pun tak perasan.
    terlalu syok hidup dalam dunia sendiri gamaknya.
    kita punya encik abang pulak langsung takleh ajak menonton.
    asal tengok tv je, sedar-sedar dah berdengkur kat sebelah.
    hampeh je. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni pun sebab ada anaklah itu yang memanjang teruja bila tiba cuti sekolah tapi bukan ada plan apa pun bila cuti macam ni. Tak suka tempat crowded so solusinya duduklah empat beranak di rumah diam-diam ^_^

      Hahaha...itu lagi tension. Kita beria-ialah ajak menonton lovey dovey gitu kekdahnya tetiba dia bantai berdengkur kat sebelah. Ini memang lagi seram daripada menonton cerita hantu ^_^

      Delete
  7. takde salahnya mak perasan MD..mmg awak popular pun.haha..

    ok jugak MD nak jugak join marathon tonton movie walaupun selalu tewas dipertengahan jalan..sy ni langsung tak minat nak join..aiman dengan abah dia je la rajin tgok DVD.beli bvd segala..sy ngan cik pia buat hal sendiri.hehe

    cuti Sekolah mmg nikmat buat aiman juga..sama macam bubbly Abang..peluang dpt tidur lewat kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ya ke tak salah? Kalau macam tu nak perasan-perasan selalulah ^_^

      Saya yang rajin suruh HD download movie for free ni. Kiranya sayalah mak lanunnya *_* Kalau movie tu berkenan di hati saya, memang saya tak akan tertidur. Tapi bagilah menonton movie yang saya tak suka jalan ceritanya, memang saya buat air liur basi aje!

      Bubbly Abang tengah berseronok-seronok sakan di rumah. Buat apa suka aje. Saya dah bagi kata putus. Kalau tak ikut, saya tak mahu pergi ambil report card kat sekolah nanti. Barulah saya nampak time table up kat pintu bilik semalam *_*

      Delete
  8. MD..acik kan.cuti ke tidak ke.bangun pagi tetap sama..insyaa allah sampai pencen nanti..malas atau pun rajin..beli sarapan diluar atau masak sendiri..takde istilah tidur selepas subuh atau bangun lambat MD..dah terbiasa cam tu kan..cuma dah tua2 ni anak2 dah besar dah pandai malas buat sarapan..dah pandai beli..dulu anak2 sekolah memang tak pernah beli..setiap hari buat sarapan untuk anak kesekolah.takut la kononnya kalau makan yang beli..anak sakit perut kot
    makan sarapan beli..ish..belagak beno muda2 dulu
    tu kan MD..dah tua2 ni pandai je makan sarapan beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah macam kakak saya, Acik. Saya ni aje yang terbawa-bawa perangai budak-budak. Sedap kalau sesekali dapat tidur bangun lewat. Lagilah kalau time datang bulan, lagi hebat tak nak bangun. Kejut suami kat sebelah pun main jentik jari jerk suruh solat. Hehehe....

      Baguslah tu, Acik. Dari muda menjaga makan minum anak-anak dan suami. Bukan salah pun bila dah tua ni tak mahu masak. Lagipun anak-anak dah besar panjangkan. Bagilah peluang emaknya berehat lebih sikit. Dulu-dulu masa mereka kecil, semput nafas bekerja membanting tulang empat kerat menguruskan rumahkan, Acik *_*

      Saya ni belum pencen pun selalu beli makanan. Kalau dah pencen rasa macam hilang terus skill memasaklah!

      Delete
  9. syoknya movie marathon..hahaha.ni bahana plan tak jadi lah ye duduk rumah layan movie je.samalah saya kalau weekend penyakit malas petala ke7 sampai memang duduk mengadap kotak empat segi penuh kedustaan itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kisah sedihnya. Tapi enjoy juga tau buat movie marathon ni. Best duduk ramai-ramai tengok movie. Akak ajelah yang ada penyakit tertidur di tengah jalan cerita *_*

      Akak kalau dah sampai penyakit malas tahap petala ke-7, memang sepanjang musim saljilah jawabnya penyakit tu melekat, Sal....

      Delete
  10. Hihi...perangai tido masa tengok movie tu sama dengan mak....tp tu dulu dulu lah ....itu pun cerekarama , tak pun mega movie TV3 hihi..... bab download movie tu bukan faveret Pak Jilap. Dia kata dia dah tak suka tengok TV .....suka hatilah Pak Jilap oiii....janji mak masih suka lagi hihi......

    Bab tido balik lepas solat subuh tu pun mak dah lama tinggal.....tak boleh nak tido dah....dah tua kot.....Kak Ton tak pelah, remaja lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun selalu Mak kena marah dengan HD kalau dok depan TV selalu especially tengok drama Korea. Mesti keluar statement berapi dari mulut HD ~ You ni masih seronok lagi ek tengok drama macam ni! Mengaji lagi bagus!

      Ohhhh...panas di dada tetiba tau!

      Oh, Mak... Itu bukan apa. Adakalanya terasa ingin macam dalam filem tu berlama-lama di atas katil bila buka mata aje tengok dah nak tengahari! Tapi itulah bukan selalu boleh buat. Mahu kena belasah dengan anak-anak yang dah kebuluran nih!

      Delete
    2. Hihi....sungguh berapi kata kata HD tu .....tetiba mak terbayang naga tau.

      Weyh ....lagi best fefeeling bukak mata jer laki bawak sarapan atas katil....ohhh indahnya dunia.... mmg tak mungkinlah jawabnya

      Delete
    3. Selalu sangat kena sound sampai dah tak kisah pun Mak dengan naga nih.... *_*

      Entah siapalah agaknya dalam rumah saya ni yang boleh buatkan breakfast dan hantar pada kita atas katil. Nak suruh HD, selalunya lagi lambat bangun daripada kita. Nak suruh anak-anak, pancake hanguslah jawabnya.... tak pun telur mentah sebab tak reti nak pakai dapur gas mahupun microwave!

      Delete
  11. Dulu kan.. Masa zaman keje suka sgt tido lepak2 smpi matahari atas kepala klu cuti . Ni dh duk umah, mmg pepagi gegar katil paksa laki bgn sbb nk tosei nak roti pisang bagai. Hahaha.. Sian org keje x blh nk bgn lwt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal. Kalau hari tak bekerja tu teringinlah nak bangun lepas matahari terbit *_* Tapi bukan selalu pun dapat, LM. Ada juga kena jerit dek suami tercinta. Kang kalau suami bangun dulu tengok meja sarapan pun takda, haru-biru jadinya....

      Anak-anak pulak bangun aje tidur terus mulut kata 'lapar'....

      Delete
  12. Weekend baru ni tak lah bz pun. tapi adalah kenduri yg perlu di attend. Pergi jugak lah walaupun sebenarnya malas. Ahad tidur jer kerja nya. tapi semua kerja dah siap baru tidur. Biasalah weekend sure bangun lewat. Tu jer masa yg ada. Hari lain mmg tak lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Enjoylah Lyn sementara boleh bangun lewat hujung minggu. Bila dah ada keluarga sendiri, jangan haraplah. Itu satu nikmat yang tak terhingga. Hehehe...

      Delete
  13. hahahaha sesungguhnya bab sedar2 dah terlena orang tepi tu kita geng kak!! sebab tu hubby tak suka ajak saya extend malam semata nak tengok movie ke bola ke ape ke. alamatnya dia aje la yang nengok. kita entah sampai ke dunia mana dah. hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak biasanya tak sempat lena lamalah, Kira. Rasa macam baru je buat air liur tetiba dah kena kejut. Tension. Hahaha...

      Ada masanya akak boleh aje berjaga malam tapi kebanyakan masa memang akak tertidur di pertengahan cerita. Yang pasti, habit tertidur tengok movie ni ada musimnya *_*

      Delete
  14. Kalau cuti² skolah ni memang kita bagi kelonggaran sket untuk anak tido lewat. Next week dah start skolah, memang awal lah tidonya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Cuti sekolah saya tak kisah pun si Abang nak tidur pukul berapa. Nak berjaga malam pun takpa tapi jangan mengeluh penat dan mengantuk keesokan harinya *_* Yalah, kesian juga bila hari-hari persekolahan awal pagi dah memulakan hari.

      Delete
  15. bab tidur selepas solat subuh tu , saya pun buat . sama lah dgn my kakak . mana ada breafast , brunch je terus . tapi 2 org my anak buah lepas solat subuh terus je layan kartun ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakala kalau terasa macam tak cukup tidur, memanglah saya buat. Terutama time tak boleh solat. Lagi nikmat sambung tidur *_* Tapi tengok juga kalau budak-budak awal bangunnya, kenalah bangun cepat walaupun teringin nak bermesra dengan bantal dan selimut atas katil lebih lama lagi....

      Delete

Post a Comment