Bila keluar rumah....

Salam kawan-kawan!

My family and I ni memang suka berjalan-jalan di dalam kawasan ~_^ Di luar kawasan tu, memang jaranglah kami buat sebab kerap sangat tak plan elok-elok, makanya bab penginapan selalu jadi masalah. Nak bawa anak-anak ke luar kawasan ni memang banyaklah kerenahnya. I pulak jenis yang tak pandailah nak main terjah sembarangan. Bab keperluan anak-anak bila berjalan, memang I kena ambil peduli.  I cukup tak suka bila berjalan bersama anak-anak dan ada masalah itu, ini timbul dek kerana ketidakcekapan I sebagai emak.

Ada masanya pulak I punyalah plan elok-elok siap dengan itinerary bagai (walaupun destinasi bukan jauh mana pun...) tapi bila tiba masa, kena cancel selalu. Ada-ada sahaja penyebabnya. Sebab itulah bila tiba hujung minggu, I lebih suka bawa anak-anak pergi shopping, makan-makan atau pun berjalan buat day trip aje. Senang sikit. Balik aje rumah, terus nampak katil sebab masing-masing dah penat bila seharian di luar ~_^ Bab kemas mengemas selepas seharian berjalan pun tak banyak mana sebab takda beg pakaian pun yang dibawa *_*


Eh, I ni kalau  tidur bermalam di mana-mana walaupun sehari, walaupun balik ke kampung sendiri, memang kalau boleh nak sewa satu lori untuk dipenuhkan dengan muatan barang 'keperluan'. Kalau tidak, tak lengkap perjalanan rasanya. Makanya kalau takda beg yang terbabit dalam perjalanan, lega banyaklah.... Takdalah merungut lepas balik holiday kata baju 3 bakul belum bercuci, 3 bakul belum berlipat dan 3 bakul lagi belum bergosok! Susah-susah, kita hantar je suruh orang atau mesin tolong selesaikan. Tapi pada yang mengenali I ni kan, bab basuh, lipat dan gosok pakaian tu no hal punya! I boleh nyanyi-nyanyi lagu 'Aku nak kahwin dengan anak raja' lagi sambil buat kerja. Enteng matterslah!

Bercerita pasal mengukur jalan di kawasan sekitar ni, itu memang hobi (Eh, boleh ke kita panggil ni as a hobby? Macam pelik pula rasanya....) kami satu keluarga. Entahlah, syok sendiri rasanya bila dapat jalan-jalan buang masa macam tu. Lagi banyak tempat dapat dituju dalam satu hari, lagi letih kita dibuatnya, lagi best rasa dalam hati. 

Sebab itulah grocery shopping itu pun termasuk dalam senarai hobi MD tau. Kalau tak tahu nak buat apa, memang pergi grocery shopping aje cari barang dapur. Kalau pergi sendirian, lagi panjang langkah, luas 'perjalanan' mengukur kawasan. Tapi kalau dengan HD dan superheroes, memang tak boleh berlama-lamalah. Mahu kena hemps kang. Ambil apa perlu aje. Yang tak perlu, sila letak balik atas rak. Jangan gatal-gatal tangan nak sembunyi celah-celah barang dalam troli. Ada yang kena jeling masa membayar nanti ~_^

Bab-bab keluar shopping pulak,  I lebih suka keluar sendirian. Nikmat tak terhingga gitu. Kalau dengan HD dan superheroes, macam biasalah peluang merembat very limited katanya.... Walaupun hampir setiap minggu kami sekeluarga ke hypermarket, yang lebih menyeronokkan untuk dilakukan pada hujung minggu adalah membawa superheroes berjalan-jalan ke tempat baru sambil meng-explore perkara baru. Seronok rasa di hati bila mereka seronok....

Tapi jangan tak tahu, my superheroes memang dah terkena jangkitan perangai Mommy mereka. Kalau kita masuk nak membeli-belah ke atau nak membeli barang dapur di hypermarket, mereka pun ada hala yang nak dituju kononnya....

Nampak tak betapa Adik erat memegang skirt si Shizuka tu manakala satu tangan lagi tak lepas-lepas 24 jam sehari memegang blok empat segi, pengganti bantal busuk katanya *_*

Kalau tak percaya, mehlah tengok....  




Inilah port yang mereka paling suka. Kalau tak dapat, mulalah buat muka simpati sampai hati Mommy tak keruan jadinya.... (Hati Daddy tak payah ceritalah. Daddy memang hati keras macam batu....)

Sakit oi kaki kalau terpijak benda alah ni di rumah. Masa terpijak tu, rasa nak dibaling semuanya keluar. Tapi bila kita terjumpa, tak serik-serik membelikan untuk mereka. Ada pulak tu sepupu yang 'menghulurkan bantuan' sama ~_^

Eh, sebenarnya apa motif entri ni ya? 

Ada sesiapa yang tahu?
 



 

 

 




Comments

  1. Haha.. apalah cari motif.. macamla kami tak tahu.. dah kemahiran MD buat entry meliputi semua topik. Haha.. jangan la marah ya.. tu yang special blog ni. Orang lain mana pandai nak tulis macam gaya Md ni.. ramai yang rindu kalau tak update..

    Ini mcm saya kena offkan wifi rasanya.. tak siap paper exm ni saya asyik duk berblog dan jalan2 maya je ni..

    Saya pun sama..klau berjalan dgn kereta wajib bawa barang penuh walaupun nak tidur semalam je.. kalau tak takut anak kekurangan tu kan kita juga yang susah hati..

    Haha.. Abang ni pandai je menjana kreativitinya kan.. lagi best tuju ke bahagian mainan kan..apalah mommy ke bahagian sayur atau rempah mana leh main dengan benda tu semua.. saya tolong bg jawapan utk abang..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bukan kemahiran buat entri meliputi semua topik all in one, AN tapi tak boleh fokus pada sesuatu topik sebenarnya ^_^

      Oh, kalau cikgu dok datang ulang-balik tu maknanya tengah cari hiburan sementara menanda kertas atau kerja murid-muridlah ya... Okeylah, nanti saya take note! Kena buat entri lawak supaya cikgu tak mudah tension tanda kertas. Sekurang-kurangnya bila cikgu gembira di hati, adalah peluang murah markah buat anak-anak murid ^_^

      Betul tu, sindrom mak-mak kot, AN. Bukan apa, kalau barang yang dicari terlupa nak bawa atau tak bawa, rasa ralat memanjang. Ada kesan pada percutian kita nanti, ya tak? Hahaha...

      Bukan semua tempat permainan macam si adiknya. Dia ni kalau ke mana-mana pun nak cari Lego aje. Itu pun Made in China tak mau, nak yang ori katanya. Kecil-kecil dah demand. Kalau besar nanti, tak terlayan!

      Delete
    2. Yang ni saya setuju... MD memang sekali buat entri, semua benda sekali dia masuk, yang bestnya, kita sebagai pembaca boleh bayangkan tu hahahaha

      Delete
    3. Ini pujian ke apa? Patut ke saya gelak bersama-sama di pagi yang indah ini? Hahaha....

      Oh, terasa ralat di hati kalau apa ada idea on the spot yang muncul dalam kepala tetiba tak ditaip masuk blog *_* Itulah pasal entri saya dah macam rollercoaster ride. Kejap menjunam, kejap corner kiri, kejap terjun longkang.... Hihihi.... (Ikut, ikut bayangkan tau, jangan tak ikut ~_^)

      Delete
    4. Oip...mana entry yang kelakarr sebagaimana yang dijanjikan tuh....

      Delete
    5. Entri lawak kita memang bersahaja aje, AN. Adalah terselit di celah-celah mana sebab satu entri banyak ceritakan.... ~_^

      Delete
  2. kita kalau dok aktif berupdate blog tu maka pepaham la.. bertapa kat rumah la. 2 minggu dah tak jenguk hantu2 kat luar. Takpe next week beroperasi seperti biasa katanya. Semua masalah dah settle. Kita ni kalau dapat peluang keluar sendiri... rasa bahagia boleh tawaf mall tapi kita asben yang penyayang yang sejak kenal dia nak pergi mana cakap jer dia akan bawak tapi tu la keluar dengan orang laki ni limited edition katanya nak merembat atau membelek.. tapi takpe la apa yang nak tu dapat la jugak. Kena syukur katanya.. kita pun kalau nak kemana2 kalau bermalam macam nak pindah umah bawak bekalan. Mesti terlebih tak pernah terkurang. Pernah balik kampung yang lain2 terlebih bawak tetiba underwear tertinggal. aduhai nasib baik adik beradik perempuan.. rembat jer yang mana depa baru beli tak pakai lagi. Kita jenis family nak kemana2 susah sangat nak plan.. asal plan mesti tak jadi tapi kalau tak plan pernah sampai singapore perginya... moral of the story kita ni kita macam ada persamaan jugak la kan. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...begitu rupanya kekdahnya. Akak ni kalau dok rumah lagilah tak hadap komputer. Terjejas idea nak mengarang telenovela kalau di rumah. Walaupun anak-anak tak mengganggu bila kita depan komputer, nak mencurahkan idea tu macam tak bestlah. Lainlah di pejabat. Asal pantang jerk free, mulalah teringatkan blog. Boleh pulak gaya gitu ya *_*

      Hahaha! Dalam banyak-banyak benda, boleh underwear tu yang tertinggal. Nasib baik ada adik beradik sama saiz. Nasib baik juga ada underwear lebih belum guna. Kalau tidak, beranginlah sampai dapat beli underwear baru kat bandar tu.... ~_^

      Nampak gayanya memang banyak persamaannya ni, Suria. Cuma usia itu ajelah jauh ranking senioritynya. Ke akak yang lagi muda dalam hati nih? Hehehe...

      Delete
  3. Hahahha. Nani baru ni pak cik kawen balik rumah basuh baju, sidai lepas tu lipat apa semuaa pehhh nak pengsaan rasa. Sakit pinggang. Hahahha. Sebab basuh guna tangan nak kena perah lah apalah malam tu tido sampai tak sedar benda. Hahaha :P Suka jugak yang trip takyah nak bermalam. Senang sikit:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ni yang Nani dok sibuk 2,3 bulan lepas tu! Ingatkan dia yang nak bertunang ke, nak ke jinjang pelamin ke, rupa-rupanya pakcik dia....

      Eh, bab-bab tu kalau nak guna khidmat akak pun tak kisahlah, Nani! Akak sedia memberikan perkhidmatan kelas pertama tapi bayaran mahal sikit lah *_* Kalau tak nak bayar, lebih baik buat sendiri sampai sakit-sakit satu badan tu!

      Itulah privilegenya kalau day trip tak bermalam ni. Senang banyak di kemudian hari tau ~_^

      Delete
  4. Dah resam org pompuan, dia pelengkap, cam saya, kalau nak balik kampung ke apa ke, saya sendiri memang mengharapkan orang rumah yang prepare semua benda, saya tukang drive ke destinasi je... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang lelaki memang tak boleh harapkan bab-bab pack unpack macam ni. Kalau suruh, mahu sehelai sepingganglah bila dah sampai destinasi. Berus gigi dia sendiri pun silap-silap dia lupa. Hahaha....

      Samalah macam saya. Mengikut definisi kamus suami saya, benda-benda remeh jangan suruh dia buat. Menyusahkan kepala aje. Dia kena fikir benda-benda yang serius jerk!

      Delete
  5. hehe..samalah kita MD wei
    memang kalau boleh semua benda nak bawa
    sebab tu tak suka betul kalau last minute punya planning
    memang pastinya akan ada benda tertinggal
    lepas tu mula semua orang nak salahkan tukang kemas bag ni
    sabo ajelah!

    kalau dah nama budak kan, memang tempat situ ajelah diroang tuju
    kalau tak beli pun, tengok pun jadilah katanya...hehe
    saya suka juga melayan afif main lego ni
    tapi end up saya yang kena buat, maleh dah nak beli
    dia tau benda tu siap aje...ntah apa-apa ntah

    dah komen sikit punya panjang, saya pun tak tahu motif entri ni
    memang dah trademark combine semua cite kan
    tak sah kalau MD tak buat gitu, bukan MD namanya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang kalau banyak idea memang macam nilah gaya menulis ni. Ini bukan satu kelebihan tapi ini sebenarnya kelemahan. Tak boleh fokus pada sesuatu perkara. Keh3x.

      Itu kalau berlaku lagilah buat saya mengamuk. Dahlah kita sehari semalam siap dengan senarai mengemas barang (walaupun berjalannya tidur semalam aje) Lepas tu bila ada barang kita tak bawa mulalah nak salahkan kita. Oh, tak boleh jadi. Mesti nak tarik muka masam juga tengok muka siapa lagi masam!

      HD kan selalu suruh saya sewa lori kalau nak balik kampung. Katanya kalau boleh angkat segala almari pakaian lagi bagus. Senang sikit tak payah kemas. Masuk almari dalam lori, turunkan kat rumah kampung pastu ambil ajelah baju kat dalam almari. Make sense juga idea HD ni kan.... ~_^

      Delete
  6. Memang sakit woooo kaki bila terpijak Lego!
    hahaha..

    Tapi yg paling saya risau, anakl bongsu saya makan/ tercekik Lego abang2 nya..
    Tu pasal saya belikan mereka Lego yg besar besar saiz nya, saiz giant ..hahaha
    Bila si bongsu dah besar sikit, boleh la nak mula beli Lego saiz kecik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, nasib baiklah anak-anak saya ni dari kecil lagi bukan jenis mengutip. Si Adik ni sejak tahun lepas dah mula bermain dengan lego. Takutlah juga manalah tau tetiba dia terasa nak makan lego pulak. Tapi alhamdulillah setakat ni okeylah.

      Bila dah lepas paras bahaya mengutip tu DZ, pengsanlah dok terpijak pieces of Lego yang kecil-kecil tu. Sakit hati. Rasa macam nak baling keluar semuanya tapi tak sampai hati juga sebab mahal oiiiii.... *_*

      Delete
  7. motif cerita ni?
    mungkin nak cerita apa yang berlaku bila MD sekeluarga keluar rumah, berjalan-jalan dan bershopping2? hak3..
    masa bujang2 dulu kita selalu gantung baju je, jarang lipat.
    sekarang pas kahwin, kenalah mencontohi MD
    kang ada yang tarik muncung mulut 24 jam. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang sebenarnya bila saya menulis memang takda motif selalunya. Kalau nak cari bahan berilmiah, bukan di sini tempatnya Gee. Kalau nak dengar saya merapu, ahah, memang sesuai sangat tempatnya. Hahaha....

      Lepas kahwin dengan sebelum memang banyak berbezanya. Kalau dulu semua kita punya seorang, tak kisahlah nak buat macamana. Sekarang ni berkongsi pulak segalanya. Kalau ikut perangai kita aje mahu bertikam lidah manja-manja aje *_*

      Delete
  8. amboi bestnya hobi jeluarga MD..yelah klu ada duitnya mana nak pergi pun petik jari je..kami ni duit Ada..tapi tak banyak.tu yg nak jalan fikir tiga empat kali..en suami plak kena ada duit byk baru nak pi jalan2..klu nak tunggu duit banyak memang tak berjalanlah kita.haha...

    budak2 dengan mainan memang tak dapat dipisahkan..sbb tu Ada ustaz pernah kata..yg pnpuan ni macam budak..nnpk main an mesti mak beli walaupun kt rumah dah byk mainan..pmpuan pun klu nmpk baju..beg..kasut..tudung mesti nak beli walaupun almari kt rumah tu dah penuh..so perempumaan tu Mudah..lu fikir la sendiri.hehe...

    motif entry tak payah fikir..cacamerba jadinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best ke apa. Duit simpanan susut nilai banyak, PK ~_^ Lebih baik jadi kemut macam awak. Kalau duit tak melimpah ruah keluar dari ATM, jangan berjalan! Okeylah tu..... Ni mesti ASB pun dah penuh, over the limit nih....

      Oh, ya ke kita orang perempuan ni macam budak-budak? Oh, patutlah nafsu membeli kita tak reti surut-surut yerk. Dah ada pun tetap nak beli lagi dan lagi. Jemu langsung takda dalam kamus hidup *_*

      Laaa...saja je tu penutup entri. Siapa suruh fikirkan motifnya...bukan I nak bagi sobenear pun *_*

      Delete
  9. ha ha ha..tak de motif pun..saja nak cukupkan n3 30
    acik dulu kan MD..masa anak2 kecik kadang2 hati kering jugak..bila mainan bersepah2 tu..acik ambik penyapu lidi..acik sapu keluar sampai beranda..sambil acik sapu sambil anak2 meraung2 nak kutip mainan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai betul Acik meneka. Itulah kelebihan orang berpengalaman. Sekali jaws berenang, dah tahu jantan betina. Hahaha!

      Oh, yalah Acik! Kenapa saya tak terfikir! Tapi saya rasa anak-anak saya ni kalau saya sapu bersih keluar rumah mainan mereka, mereka buat tak kisah aje. Saya pulak yang kutip balik belakang mereka nanti sebab sayang!

      Delete
  10. samala kat umah, bersepah... sakittt sangat bila terpijak atau tersepak... tapi bila keluaq dengan depa~ beli lagikssss... hohohoho (^____^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal. Omputih kata tak insaf-insaf! Sakit oi kalau terpijak. Rasa nak baling terus masuk tong sampah. Tapi dah namanya LEGO, mahal oit kalau main beli buang jerk gitu. Siapa yang rugi? Anak-anak okey aje bukan duit mereka. Kita yang sesal separuh nyawa! *_*

      Delete
  11. tau dah entry MD mana pernah ada motif.sekadar memenuhkan kuota sahaja.hahaha.kat mana tengok Doraemon tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bijaknya. Tak sangka kecil-kecil cili padi berkebaya, bijak pulak otaknya. Hahaha...

      Nasib baik masa nak penuhkan kuota ni idea banyak juga. Buat jadi macam Sal tetiba diserang kegersangan idea, parah pulak nanti akak nak mencapai target *_*

      Doraemon tu kat dalam Aeonbig MV jerk!

      Delete
  12. Alah macam tak biasa......entri kak Ton selalunya mana ada motif sama jer mcm entri mak hihi ....

    Betul.....betul....mak pun suka kalau berjalan tp tak tido , sebab tak yah mengemas baju padahal kemas baju mak laki bini jer.... Bab nak mendobi bila balik berjalan tu yg malas tu 5 bakul mendobi tau.... kena hari mendung, tak suka baju lembab....

    Kalau mak, pak jilap yg suka belikan mainan anak, mak mmg dari dulu, zaman masih kerja pun tak suka, lagilah dah muflis ni hihi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpa! Itu yang penting, sampai maksudnya dan kawan-kawan memahami memang Kak Ton menulis tanpa motif *_*

      Susahkan kalau tidur bermalam ni. Nak-nak orang perempuan macam kita. Semua kita nak bawa. Concealer yang tak pernah pakai pergi kerja pun nak dibawa masuk make up bawa balik kampung. Tak ke parah gitu!

      Oh, Mak ni tegar jugalah hatinya! Kak Ton ni pulak sentiasa tak sampai hati kalau anak-anak meminta, merayu, memeluk diri *_*

      Delete
  13. saya ni dah biasa musafir..kalau boleh bawa sesikit yg boleh. pernah p langkawi, kami bawa beg sorang satu saja. ajar anak2 dari kecil, siap barang sendiri. siapa yg tertinggal barang, tanggung sendiri. mula2 tu biasalah, berus gigi, sikat, minyak rambut tertinggal. tapi lama2 ok je MD. kita lak jadi emak, asyik silap bawa tudung. sudahnya baju kaler lain, tudung warna lain. nasiblah. la dh pandai, tudung hitam sentiasa masuk top list

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang tak retilah Anim nak meminimalkan barang apa nak bawa. Kalau boleh, semua pun nak dibawa walaupun dah siap tulis senarai barang dan takda pun dalam senarai tu. Anak-anak saya kalau sekarang ni suruh mereka pack sendiri memang hancur leburlah perasaan Mummy bila dah sampai destinasi. Pasti banyak yang takda daripada ada! Si Adik Cute memang ada beg sendiri, buat isi lego dan blocks bila berjalan!

      Aha...itu saya pun bijak juga. Warna macam ni mesti sumbat dalam beg kalau nak selamat *_*

      Delete
  14. MD takda penyakit tekanan darah rendah sbb tu blh ukur jalan. LM tak leh jln sgt nnt cpt pitam sbb tu mmg g mana2 terjah beli dan balik.

    Bab kain kotor mmg la MD, kami balik dari jumaat smpi ahad dua kg pun baju smpi arini x settle lagi tau.

    LM anak dah lima ni mmg kena listkan .. Kalau x.. Mau2 berus gigi pencuci muka bagai smua tinggal kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni kan kalau suruh beriadah, tengoklah macamana sakit satu badan. Urat sendi semua nak sentap. Tapi kalau suruh pergi shopping, itu okey pulak kaki ni. Takda pulak datang masalah urat sendi bagai ^_^

      Aha, itu yang malas bila balik kampung atau pergi makan angin berhari-hari. Balik rumah aje mesti nak dahulukan laundry. Kalau tidak, sakit mata memandang bakul pakaian kotor tu semua. Lagi hari panas, lagilah nak lenjan kudrat mesin basuh tu secukup-cukupnya!

      Hahaha...anak dua pun selalu juga tertinggal barang walaupun dah siap senarai, LM. Masa mengemas, yang tak tersenarai pun disumbat masuk. Bila buka beg di destinasi, yang dalam senarai sudah tertinggal...

      Delete
  15. motif nak cukupkan entry sampai 30 lah bulan ini kan..
    eermmm budak2 biasalah tempat toys jugak yg dituju. sehari dua jer layan, lepas tu melayang hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, bijak-bijak belaka kawan-kawan alam maya akak ni tau ~_^ Itu salah satu motiflah tapi yang sebenarnya memang takda motif apa-apa pun bila dah teruja menaip entri nih....

      Delete
  16. hahahahhaa kannnn rasa nak menjerit marah tapi tatau nak marah ke sape kalau terpijak menan dorang ni. mula nak membebel nak tarik muncung nak itu ini pasal kes kaki dah sakit ekekekeke.

    doraemon tu fevret uwais!!! sindrom mak2 selalu teringat anak :p

    tapi ktorg tak suka ngukur mall. letih kemain nak kepung budak kecik tu. semua benda dia nak capai. paling seram tang rak botol2 kaca tu =..=

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, kalau terpijak memang habis semua ayat-ayat marah keluar dari mulut! Anak-anak rileks aje. Mummy yang terpijak, Mummylah yang kemas. Aha, senang gitu. Tapi kita mak-mak ni tak serik. Bila anak terkebil-kebil mata minta belikan lagi, teruslah beli konon tak sampai hati hampakan anak-anak. Padanlah muka sendirikan....

      Biasalah tu, Kira. Emak-emak ke mana-mana pun teringat suami dan anak-anak. Cuba tanya bapak-bapak, depa ingat benda lain - Seronoknya bini takda ~_^

      Nasib baik anak-anak akak dulu tak lincah di dalam mall. Kalau tidak, memang kurus kering rasanya. Hahaha!

      Delete
  17. MD...tak yah citer pon dah tau lah yg MD memang suka mengukur keluasan shopping complex yang ada ni...ekekeke...

    Tapi klo bab shopping memang kita pon suka shopping sorang². Kalau bawak somi ngan anak² memang limited masa yg ada. Kita ni plak jenis klo membeli memang cerewet sket. Anak² plak kalu nampak menan memang kat situ yg ditujunya dulu.

    Haipppp...adik pegang apa tu ☺☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pun habit bermusim. Bila musim tak datang, malas sungguh nak keluar rumah tau! Tetiba aje nak rileks di rumah, konon-konon homepersonlah sangat-sangat! Ni nak bulan puasa, kalau tak kerana nak beli barang raya, memang malas nak keluar ukur batuan dan keluasan shopping mall tau!

      Memang haven kalau shopping sendirian. Takda siapa kacau. Full freedom gitu! Kalau dengan suami dan anak-anak ni kena tahan keletah mereka yang tak suka tengok kita puas hati dok belek-belek segala barang yang ada dalam shopping mall tu!

      Mana ada Adik pegang! Adik tak pegang apa-apalah! ~ Budak ni suka menafikan tau ~_^

      Delete
  18. masa dah sampai setengah muka surat membaca , saya berhenti jap dok jeling atas tgk apa tajuk ... heheheee ... MD biasah kan suka banyak korner ... den baca gak sampai habis . heh heh heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...adatlah tu. Kalau tidak, salah blog namanya. Kalau tak corner baring, mahu 18 entri sehari dibuatnya *_*

      Delete

Post a Comment