Buku Laporan tahunan Bubbly Abang

Salam 9 Ramadhan kawan-kawan!

Wah..dah nak dekat ni! Dekat sangat dah ni! Walaupun tinggal 3 hari saja lagi, I punya terujanya mengalahkan anak-anak. Tapi, macam biasalah bukan ada apa-apa yang istimewa pun terjadi. Just ucapan dan maybe makan luar. Lagilah mak mertua ada di sini, lagilah tak boleh buat apa-apa!

Tak tahu I berbicara tentang apa?

Ehem, ehem! Tentang 29 June lah ~_^

Semalam Hubbydearie telefon I dan satu aje soalan yang terpacul dari mulutnya...

Hari pertama bersama tetamu Ramadhan???

Oh, pokcik tengah menggoogle something tetiba redirect masuk terus blog isterinya. Makanya habislah dibaca dan dikutuk kaw-kaw ~_^

Pesanan penaja - Jangan cakap bukan-bukan, jangan cerita bukan-bukan. Bukan main ramai yang komen. HD, MD, blahblahblah....

Itu aje dah menyebabkan I merah muka dan berusaha keras untuk menukar tajuk cerita @_@

Berbalik kita kepada tajuk entri...

Seperti yang I kata dalam entri ini, Sabtu lepas I kena ambil report book si Bubbly Abang di sekolahnya.  I pergi sendirian aje. Tak bawa pun Bubbly Abang kerana dia masih lagi demam ketika itu. 

Itu pun ikut bijak pandai I je mana nak tuju berdasarkan surat yang diberi oleh pihak sekolah. Bubbly Abang tak datang ke sekolah dua hari sebelumnya, maka tak tahu apa cerita terbaru. Nak mengesahkan sekali lagi, malas pulak nak telefon sekolah. Nanti tak pasal-pasal kena marah dengan kerani sekolah. Dah diberi surat masih lagi tak faham ke maknya....

Duh, jauhnya kena naik sampai tingkat tiga! Cikgu kelas menunggu di kelas murid Tahun 6. Seriau I tengok ke bawah. Gayat pulak rasanya. I ni bab ketinggian memang banyak gayatnya. Tak akan I sesaja nak bersandar di tepi-tepi koridor tu semata-mata untuk merasa enak ditiup hembusan angin ~_^ Oh, tidaklah! Mulalah I fikir yang bukan-bukan bila tiba masanya anak I naik Tahun 6. Dah tentu kelasnya di tingkat ini. Mulalah pasang agenda nak pindahkan anak sekolah supaya tak perlu panjat tangga tinggi-tinggi ~_^ Eiii....gayat ler!

Waktu yang ditetapkan dari pukul 8 pagi sehingga 11.30 pagi tapi I sampai sekolah sekitar pukul 9.30 pagi. Itu pun dua, tiga kali cari parking tak dapat. Aha, terlanjur bercerita pasal parking. Mari kita corner baring sikit ^_^


Kali ke tiga I pusing kawasan sekolah, nampaklah satu makcik dan anak lelakinya ni menuju ke kereta. I syak memang nak keluarlah  tu. Makcik tu asyik bercakap di telefon, begitu juga anaknya. Bila I nampak, I teruslah bagi signal kononnya nak menunggu makcik dan anaknya keluar lantas I pulak ambil port parking tu.

Mula-mula si anak buka pintu kereta. Cucuk kunci kereta di tempatnya dan start enjin. Lepas tu sambung bercakap di telefon di luar kereta. Lepas tu emaknya pulak buka pintu kereta, tapi masih berdiri di luar bercakap di telefon. Kejap lagi sambil bercakap di telefon, anaknya keluarkan karpet kereta kebas-kebas pulak. Lepas tu buka pintu belakang driver, entah apa-apa lagi dibuat. 

Tiba-tiba kereta di belakang hon my car. Yalah jalan sempit, tak lepas nak lalu. I ni terpaksalah  jalan dengan harapan takdalah kereta lain yang ambil tempat tu. I pusing satu round lagi. Eh, tak siap-siap lagi mereka ni anak beranak. I pun cari sipi-sipi tempat untuk parking kereta sementara menunggu mereka keluar. Tempat lain memang takda langsung. Itulah spot paling dekat dengan pintu sekolah! Lama jugalah I  tunggu barulah mereka beredar. Duh!

Okey, patah balik cerita pasal Abang ~_^

Nasib baiklah waktu menunggu tak lama. Lepas seorang emak dan anaknya bertemu cikgu kelas, my turn pulak! 

Abang dapat tempat pertama daripada 35 orang murid dalam kelasnya. Tapi itu tak berapa penting bagi I. Kedudukan dalam kelas takda maknanya setakat ini. Yang penting peratusan setiap subjek. Sebenarnya I dah tau sikit-sikit tentang keputusan peperiksaan daripada kertas exam yang dibawa pulang. Memang ada sedikit kemerosotan markah. Tapi berbanding dulu, kedudukannya dalam seluruh Tahun 3 meningkat. Itu maknanya memang susahlah kot exam kali ni... (nak menyedapkan hatilah tu  kenapa keputusannya merosot sikit)

Menurut kata cikgu kelasnya, kelakuan Abang bagus. Tak nakal dan ikut kata. Adakalanya cikgu minta dia mengajar murid lain terutama budak Melayu dalam kelasnya. Dulu pun I pernah tanya pada ustaz yang mengajarnya (dah tiga tahun dah pun ustaz ni mengajar si Abang) tentang kelakuan my anak. Katanya Abang memang tak nakal dan tak banyak cakap dalam kelas. Yalah, cuba suruh cikgu jenguk rumah masa prime time, menangis cikgu dengar suaranya membebel, memekak together-gether dengan si Adik Cute!

I pun cakap dengan cikgu yang anak bujang I ni memang jenis tak lasak pun kalau di sekolah. Apa yang I suruh tanya cikgu selalu aje tak kesampaian. Memang Abang tak akan tanya. Banyak betul alasannya. Kalau jumpa cikgu masa nak masuk sekolah pun bukan main tunduk malu, cakap pun perlahan aje. Kalau nak dengar desibel suaranya, mai lah ke rumah!

Bila balik rumah, I tengok rumah senyap aje tau. I pun pelik. Langsung tak teruja ya my anak ni nak tahu keputusan examnya. Hati dah sedikit panas. I cari Daddy mereka dulu. Suruh HD teka anaknya dapat apa. Kasi suspense thriller sikit-sikit. I tanyalah mana si Bubbly Abang, main komputer ke apa. 

Rupa-rupanya, dia bersembunyi dalam bilik. Bila dengar kereta Mommy dah sampai terus sembunyi. Takut sangat. Berdoa dalam hati supaya tak kena marah!

So, bila disuruh teka, HD of course teka the worstlah. Abang dah pucat lesi muka. Maka I unjuk aje report book pada Daddynya. Daddy tengok tersengih-sengih (hai, berair nampak mata? jarang berlaku ni tau...) 

Daddy tunjuk pulak pada Abang. Abang pun capai dan tengok. Lepas tu tanya,

Betul ke ni, Mommy?

La.... sendiri pun tak percaya! 

Bila I angguk betul, barulah tersengih. Terus dia beritahu,

Abang berdoa tak henti-henti tadi tau sebelum Mommy balik. Harap sangat dapat nombor 1. Mommy tak happy ke?

Happy ke apanya, kalau markah merosot daripada tahun lepas!

Tapi, I congrats him jugalah sambil kucup dahi!

Itulah kata Daddy...

Ini langsung tak belajar, Abang. Cuba fikir kalau Abang belajar betul-betul macamana keputusan examnya!

Kita tunggu pulak what will happen next exam... dah dekat rasanya nih!



 





Comments

  1. tahniah Abang, dapat kalahkan student Chinese yang lain.tapi bak kata En. HD, kalau belajar mesti result lagi bagus kan. Kipidap Abang!

    just wondering, kat sekolah Abang register as 'Melayu' ke, bukan biasa ikut keturunan ayah ke?maaple busy body, manalah tau kot I terkahwin pemuda Croatia ke nanti tahu dah nak buat cmane. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu ajelah yang timbul bangga. Habis dibelasah semuanya dok belakang dia... Tapi bab markah tu kurang happy jugalah sebab ada subjek yang turun markah. Bahasa Cina pun banyak kena improve sebab mulai tahun ni ada karangan. Kalau tak betul-betul master in Mandarin, memang menangislah nak buat karangan!

      Oh, bab ni rasanya akak pernah cerita! Masa kami register kelahiran, ingatkan nak kena tulis bangsa ikut bapa 'Uzbek' tapi kat petugas JPN boleh pilih nak ikut bangsa emak atau bapa. So, teruslah akak berebut tulis 'Melayu'. Hihihi....

      Amboi, sekali rembat nak mamat Croatia terus! Ambillah mamat Colombia dulu ~_^

      Delete
    2. mungkin masa akak tulis tu saya belum follow blog ni kot..hahaha.

      Uish, Colombia Hospital cukuplah..haha

      Delete
  2. Tak belajar pun abang boleh dapat nombor 1. Kalau belajar mesti peratusannya lebih bagus lagi. InsyaAllah :)

    Tipikal rakyat Malaysia, kalau tahu ada orang tunggu nak ambil tempat letak kereta yang bakal dikosongkan lagilah mereka berleka2 - dah kerap sangat jumpa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak saya ni bab belajar kena bersuruh. Kalau tidak, depan komputer aje kerjanya. Cakaplah macamana, marahlah macamana, itu juga kesukaannya! Itu yang geram. Kalaulah dia belajar sungguh-sungguh mungkin peratusan markah lebih baik. Ini semuanya kata senang tapi bila dapat exam paper takda pun dapat 100!

      Oh, tensionlah kak menunggu! Buat-buat tak nampak kita menunggu tu yang tak tahan...

      Delete
  3. wah...tahniah...seronok bila anak2 dpt keputusan cemerlang kan...bangga

    Kak Gojes nak ajak korang join GA ni…manalah tau menang duit raya…
    MENANGI DUIT RAYA BERJUMLAH RM3100 SEKARANG!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak Gojes! Nanti kalau ada peluang saya terjah ya *_*

      Delete
  4. Ooo abang pendiam kat sekolah ye MD. ank2 ni mmg ada yg jenis sama je kat rumah dah sek. Ada yg kat rumah mulut kuat bercakap kat sek pendiam cam sy lah dulu.. Takut ya amat kat cikgu. Tp ada ramai yg kat sek sgt nakal kat rumah sgt sgt baik. Tu yg jd masalah sbb cikgu bg tau ank nakal ibu bapa x percaya.

    Apa pun tahniah buat abg. Kemain mummy dia saja buat dia debar2 ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, pelajar pendiam contoh kot... Tak berbunyi pun... Kalau nak terkencing pun, sanggup tahan. Tak nak beritahu cikgu nak pergi toilet sebab cikgu dah pesan, masa rehat je pi toilet atau in between subjek. Kalau cikgu tengah mengajar tak boleh keluar... Takut nak cakap!

      Geram sebenarnya sebab dia tak mahu belajar sendiri. Hari-hari kena suruh buka buku. Asyik main game, tengok youtube!

      Delete
  5. alahai terharunya baca entri feeling tumpang kasih sayang abang sat noh.. Ok la tu MD. nombor 1. Alhamdulilllah.. budak2 ni kadang2 kat rumah jer lasaknya di luar dia jadi lain. Alhamdulillah anak murid soleh ni tak nakal & dengar cakap.. Jaga nama baik mak bapak.. tak conteng makeup ke muka mak dia.. bagus abang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awat yang terharu ni, Suria. Serius akak tak faham tau. Akak tak karang cerpen sedih pun ni *_* Ada budak yang memang lasak di rumah dan di sekolah. Ada pulak di rumah lasak tapi di sekolah baik (macam Abang) dan ada juga yang di rumah baik tapi di sekolah lasak. Memang macam-macam hal!

      Nasib baik anak-anak den tak pandai conteng makeup ke muka makpak tau *_*

      Delete
  6. my anak buah , hari ini . mlm tadi my kakak dah kata yg dia x dpt dtg sebab jadualnya penuh . lagipun cikgu my anak buah tu semuanya kawan my kakak . selalu je lapor yg my anak buah x byk cakap dlm kelas . my kakak slalunya tgk je result my anak buah secara online . jadinya , tak pergi ambil report pun dia dah tau ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu sekolah anak saya malas kot. Info pun tak lengkap bila check online. Makanya tak kuasalah saya check lagi. Masih ol skol lah, tengok kertas exam yang dibawa balik. Ni cikgu panggil datang sekolah, kita datanglah jumpa cikgu tanya khabar *_*

      Delete
  7. tahniah Abang..amboi MD ni anak dapat no satu pun nak dimarah..tp betulkan keputusan Aiman pun merosot sikit.bila tgok pada kertas exam yg dibawa balik la..yg keputusan full tunggu ahad ni..sesi sign report card. yg sekolah kada dah bawak balik report cardnya..merosot juga...alahai...

    HD banggalah tu smp bergenang air mata.semoga abang terus cemerlang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nombor satu tu tak penting. Yang penting keputusan exam merosot sikit. Itu yang masa dia bawa balik kertas exam kena marah. Kalau dah tau tak rajin nak belajar, kenalah score. Kalau tak boleh score, kenalah belajar. Senang aje style kita *_*

      Ha'ah, tetiba nampak matanya bergenang bila tengok report book. Yalah sebelum ni tak pernah lagi dapat nombor satu. Bukan mudah nak beat budak-budak Cina yang ada...

      Delete
  8. Tahniah abang.terharu Daddy ye abang.terus tingkatkan usaha abang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Acik. Insya Allah, dia mampu kekalkan prestasi. Kena belajar lebih sikitlah lepas ni walaupun tak berapa suka nak belajar kat rumah *_*

      Delete
  9. Tahniahh abang dapat nombor satu dalam kelas. Hihi. Lepas ni boleh improve lagi markah tu. Amboii siap menyorok tauu bila mommy balik punyalah takut ye :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Markah tu yang merosot. Harapnya bolehlah improve. Sekarang ni dia banggalah sebab dapat No.1 dalam kelas. Asyik dok sebut aje. Yalah sebelum ni No.5, 4 di atasnya dah pindah kelas. Maka kalau tak dapat No.1 memang tak tahulah nak kata apa....

      Delete
  10. oo..tak sangka lak hubby MD boleh baca blog MD..hihi..kan ke dalam bahasa Melayu..
    kira terror gak ekk.
    tahniah abang..1st dalam kelas. siap jadi "cikgu" lagi tu..bravo..bravo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, Anim mesti tertinggal flight ni ~_^ HD memang fasih berbahasa Melayu beberapa tahun selepas Bubbly Abang lahir. In fact kalau di rumah, kami lagi banyak berbahasa Melayu tau!

      First time Anim dapat No.1 selepas 3 tahun di sekolah Cina. Bangga jugalah tapi sekejap aje bila tengok markah merosot juga...

      Delete
  11. Alahai..risaunya baca ni.. naim pun jenis asyik dengan ipad je. Kalau nak suruh dia baca kenalah marah2 bagai baru buat tak rela hati.. xtahula nati prestasinya macam mana kalau dh ke sekolaj rendah nanti..

    Apa pun tahniah buat Abang Luth ya.. ni jenis bijak legalah juga hati MD. Jenis dgr kat dalam kelas kot ni.. jadi dia ok je jawab soalan2 yang ada..

    29hb tu bila ya? Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi takpa, AN. Budak-budak lelaki memang macam tu. Dalam kelas concentration tinggi. Luar kelas, pemalas jadinya *_* Tapi nak juga dipantau, kalau tidak kedaunglah alamat bila ambil exam. Saya memang tak letak harapan yang tinggi, tapi kalau anak excel, siapa yang tak suka, ya tak?

      Hahaha...dah keluar dah entri 29hb tu, AN ~_^

      Delete
  12. Wah tahniah abg dpt kalahkan chinese student yg lain. congrats again.
    klu belajar betul2 tu sure peratusan akan lebih baik dr skrg ni.
    takpe abg, lepas ni kena study hard & smart :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia pun bukan di kelas elit. Kalau duduk di dua kelas elit tu mahu belajar sampai lebam mata pun belum tentu boleh dapat No.1. Tapi apa-apa pun banggalah juga sebab boleh kalahkan semua budak Cina dalam kelasnya walaupun markah merosot sikit!

      Delete
  13. tahniah bubbly abang! bagusnya!
    terutama untuk sekolah bukan kebangsaan
    bukan senang nak bersaing tu...memang bubbly abang duduk dalam kelas tersendiri ni
    keep it up ye abang. bagi mummy n daddy terus bangga =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, YY. Anak cemerlang kita gembiralah. Anak jatuh menjunam pun kita terima aje dengan redha. Takda main pukul-pukul rotan ni. Prinsip saya senang, nak pandai belajar. Tak nak pandai tak payah belajar. Tapi kalau dah belajar tu biarlah bersungguh-sungguh *_*

      Abang bukan di dua kelas elit pertama. Makanya itulah peluangnya untuk duduk di atas daripada budak-budak Cina. Kalau di kelas elit, tak jamin saya dia boleh dapat No.1. Stress sungguh compete di sekolah Cina nih...

      Delete
  14. Hahhahaha. Betul tu. Saya pun tengok peratus juga. Kalau no 6, tapi Markah semua 100%, xpe. Adalah benda lain yang Cikgu nilai tu Kalau dah semua org excellent. Kikiki. Tu cakap ikut pengalaman zaman sekolah dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, yang penting peratusan. Setakat kedudukan dalam kelas tu takda banyak maknya yang boleh dibanggakan. Tapi depan Abang, kita sebagai emak tunjuk jugalah rasa bangga tu. Lepas tu kenalah sebab keputusan merosot. Hahaha!

      Delete
  15. tahniah abang!!!!! tapi betol kan budak laki ni kalau belajar cincai2 pun pandai kemain. result pun lagi tinggi dari budak pmpuan. kalau dorg belajar sungguh2 lagiiiii la boleh dapat keputusan yang lagi tinggi.

    btw rasanya HD akak lepas ni jadi silent reader dekat blog MD ni rasanya... hihihihihii

    tak suka jenis yang ingat parking tu dia yang sewa, orang lain pun nak park jugak!!! kalau nak bertelefon ubah kereta tu dlu bagi laluan kat orang tak boleh ke. hehhhhh!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tumpuan mereka tinggi masa di dalam kelas agaknya. Kalau ikutkan, si Abang ni memang jenis kalau nak belajar kena bersuruh. Kalau tidak, tak dipedulinya...

      Adakalanya HD akan singgah baca, tak pun tengok tajuk. Tapi very,very rare ocassionlah, Kira ~_^ Kebetulan tengah google tentang buffet Ramadhan tetiba terdirect ke sini pulak. Sempatlah baca tajuk dan tengok komen. Apalagi berkaitan dengan ibunya lagilah serius nak tahu...

      Delete
  16. tahniah... bangga juga kita sebagai ibunyekan.. anak akak ehm yang ado jer keputusannyer.. ni baru ambil sekolah agama ... yang sekolah kebangsaan esok baru ambil entah apalah cerita gamaknyer.. ehm risau gak ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangga tu memang bangga apatah lagi bila Abang belajar di sekolah Cina. Tapi saya ni bukan tengok pada kedudukan dalam kelas mahupun Tahun, yang lagi penting bagi saya peratusan markah tu. Kalau merosot, ada sikit rasa kesal dalam hati. Tak salahkan anak semata, Mommynya pun kurang beri tumpuan mungkin lately!

      Delete
  17. Tahniah Abg.....Mommy sukalah tu, dah mmg kaki perahsantan, anak pulak dpt no 1 tambahlah sawannya tu hihi....
    Alah baru darjah 3 tak payah nak pikir sangatlah kak Ton
    Alamak!!!! dah kena warning ek.... seram mak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sawan perahsantan tak muncul pulak kali ni sebab keputusan keseluruhan merosot walaupun kedudukan dalam Tahun 3 tu naik sikit. Bukan senang nak dapat No.1 kat sekolah Cina, itu ajelah yang perahsantan sekejap...

      Delete

Post a Comment