Gangguan bekalan air

Salam 12 Ramadhan kawan-kawan!

Serius perkara yang paling digeruni berlaku lagi! Walaupun katanya setakat 2 hari sahaja, I dah rasa tersangat fobia bila tengok takda air keluar dari pili.

Alkisah, hari Sabtu lepas kami berbuka di luar. Itu cerita kemudianlah ya ~_^ Mari berkisah tentang ketiadaan air di bulan Ramadhan dahulu ^_^ Balik aje ke rumah, terus terjah masuk bilik air. I ni pula memang ada satu habit, kalau keluar berjalan walau terasa nak terkucil macamana sekali pun, kalau boleh tahan I akan tahan sampai balik rumah.

So, bila sampai aje ke rumah memang I lah orang pertama yang akan terjah bilik air ~_^ Masuk-masuk aje dalam bilik air, takda bunyi pun air menitik masuk tangki. Oh, suspense thriller sungguh! Segeralah I pulas pili air to the max, memang confirmlah takda air menitik!

Sumber : dari sini

Rasa macam nak menjerit sambil pukul dada aje tau bila kerisauan I menjadi kenyataan!

Dahlah, dalam kelam-kabut mengemas rumah ketika menunggu kedatangan Mami habis semua air dalam tong-tong yang I simpan dah dibuang. I kalau simpan air memang lama (tukar jugalah bila sampai masa) Tak kisahlah tentang aedes membiak ke apa, tapi bila kata mak mertua nak datang, habis semua I belasah kemas. Kononnya nak rumah bersihlah. Menyemak aje tong-tong bersusun di belakang. Itu pun nasib baik I tak buang tong-tong yang ada. Kalau ikut nasihat my sister, disuruh buang aje sebab dah lama kita tak 'ketandusan' air pili!

Jadi malam kelmarin, memang takda air langsunglah di rumah. Cuma ada setengah tong plastik hitam yang besar itu aje. Nah, kalut terus dalam kepala! Rasa macam nak pitam. I berharap sangat sekejap aje air takda maka macam biasa I pun lewatlah tidur dengan harapan air pili akan ada. Hampir 3 pagi baru terlelap dengan penuh kehampaan. Masa bangun sahur pukul 5 pagi pun masih takda air...

Keesokannya, kami berkemas-kemas nak tumpang mandi rumah saudara mara. Ingatnya air adalah petang-petang nanti, makanya setakat bawa badan dan pakaian untuk ditukar selepas mandi. Tadah jugalah dua tong air untuk dibawa pulang. Untuk buat minum, kami beli aje di Aeonbig.

Petang tu berbuka di rumah my sister di Putrajaya. Nak tak nak, kenalah singgah PARAM di Putrajaya sana. Takkanlah nak datang berlenggang kangkung aje anak beranak. Malu pulak... Habis duit RM50 beli di PARAM. Sedap ke tidak? Hmmm...macam biasalah, memang tak sedap. Tukang masak bukan pro macam I ni pun masak lagi sedap rasanya...

Kami ke sana bukan setakat bawa makanan dan air kelapa dua plastik, I siap bawa satu beg IKEA tu isi baju kotor. Dua kali jugalah membasuh di rumah my sister sebelum waktu berbuka. Siapkan anak-anak mandi bagai dan tadah lagi air dua tong buat bekalan terdesak. Selesai berbuka, bergegas pulang ke rumah.

Harap-harap tengah malam tadi air datanglah kembali tapi hampa. Entah mengapa, I selalu tunggu air ada bila tengah malam tau. ~_^Macamlah ada perjanjian dengan syarikat bekalan air supaya  bekalkan kembali air tepat pukul 12 tengah malam!

Pagi tadi bangun sahur, terasa hampa lagi. Nasib baiklah kami ni waktu sahur jenis yang tak makan berat. Dapat minum semug air pun dah cukup. Sebelum pergi kerja  tadi, tenung juga pili air dengan penuh debaran. Malangnya, hampa sekali lagi...

Tahun ni I menyambut hari lahir tanpa airlah.....




Comments

  1. Hihi.. happy birthday MD.. usah sedih dong.. air tak de tapi family tetap buat sambutan yg paling meriah tu.. siap mami datang lagi tu..

    Moga sentiasa ceria, sihat dan aktif ya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhai, AN... Tadi telefon rumah tanya Mami ada air tak, jawabnya takda lagi! Oh, susah hati saya macam ni. Dahlah nak sediakan juadah berbuka (nampak gaya memang belilah kalau dalam pukul 4 petang nanti still takda air), pakaian pulak dah balik 3 bakul nih! Kalau ada air malam ni, memang pakaianlah yang saya bertungkus lumus basuh dahulu :)

      Terima kasih AN atas ucapan tu. I is terharu sambil kesat hingus dengan hujung shawl tau ~_^

      Delete
  2. alahai...cian nya dia
    sambut birthday tanpa air rupanya...tragis cite ni
    saya kalau takde letrik ok lagi, takde air memang azab!

    tak bagi notis ke MD? susahlah kalau lama tak ada air dengan tak bertadah tu
    moga cekal sambut birthday tanpa air ye =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tragis sungguh tau. Tak dapat nak masak-masak sempena birthday kali ni. Kalau buat drama pukul 7 ni mesti laku, tinggi rating penonton TV3 tau!

      Saya bab takda air ni memang fobia, YY. Asal tak dengar je bunyi air menitik dalam tangki, memang saya dah gerun. Serta merta saya sibuk cari tong nak prepare tadah air! Katanya ada notis tapi saya tak baca suratkhabar pulak. Kakak saya kata 2 hari tapi sampai la ni masih takda air.

      Huaaa.....

      YY, tolong hantar birthday cake satu, boleh? Siap-siap dengan sebotol air sedap, cawan dan pinggan plastik yerk ~_^

      Delete
    2. mak ai...permintaan
      gerun saya mendengarnya
      buat-buat tak dengarlah...lalala...=)

      Delete
    3. Sampai hati tau tak 'make my wish comes true' .... Dahlah hari ni birthday girl tak dapat mandi 3 kali sehari ~_^

      Eh, tengah menaip reply tetiba dapat kad raya pertama! Hurrah!

      Delete
  3. sedihnya Kisah MD takde air ni..Sanggup tu menunggu smp pukul 3 pagi..memang Boleh buat cerita thriller..takpe I faham ur condition..pernah jadi camni dan penantian itu memang sungguh menyiksakan..tp sy takdelah buat perjanjian kena tunggu dimalam hari.tidur lagi baik. hahaha

    semoga air cepat ada..kesian MD..dah la ada tetanu Ramadhan..tak selesa pulak mami nti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah kata bab takda air ni saya memang fobia. Sanggup saya tak tidur malam demi menunggu air datang kembali. Hampa aje. Dah dua malam macam ni... Rumah tu kosonglah, PK. Takda air tadahan langsung. Tak ke naya kalau ada kes emergency?

      Cawan pinggan dua hari lepas pun tak dapat nak basuh ni. Tension den...

      Delete
  4. ciannya kak MD..kalau tahu rumah kat mana saya hantar air bertong-tong sebagai hadiah. Hepi birthday MD!

    eh,chop!episod ketiadaan air ni buvie jon pun terlibat sama ke?kesiannya.angkut dia sekali mandi rumah your sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. La... kenapa tak roger. Akak datang bawa lori ambil hadiah besday *_*

      Habis tu... memang terlibat samalah, Sal! Terpaksa berangkut sama pergi cari rumah sedara-mara nak mandi-mandalah....

      Delete
  5. Adoiii... Memang susah hati bila air xde. Macam mana la Kalau air xde. Huuuuu.... Dulu rumah kami besar. Boleh simpan air banyak. La ni.... Mana nak simpan air. Xde tempat. Ruang yang Ada cinonet je haaaa...

    Betul2... Masak sendiri lebih sedap Dari beli. I ni sampai naik muak hari2 membeli. Memang org tau, kerja Nya Tapau makan malam. Sejak puasa ni, dpt la juga masak. Itu pun sbb amik cuti Dan buat stok. Frozen kan mcm2 utk sekali makan.

    Si kecik Aleesya, mana mau duduk sendiri. Balik mesti menatap dia aje. Kikiki... Sementara nak membesar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda letrik, bergelap takpa. Tapi kalau takda air haru-biru rasa hidup. Takda air di bulan puasa, memanglah dugaan besar nih...

      Kalau dapat masak memang nak masak. Nak membeli memang dah tak ghairah lagi. Belajar dari pengalaman lalulah konon. Nampak gah tapi bila time berbuka memang hampa memanjang. Indah rupa dari rasa ~_^

      Delete
  6. Rumah i subuh selasa ni baru ada air. Dari sabtu mslh air ni. Mndi pn catu. Dan2 saya install syabas kt playstore. Kt tv ckp lain, website tls lain, syabas app kata lain, bos syabas kata lain. Adoiiii....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, samalah kita! Awal pagi tadi baru ada air. Apalagi, teruslah I basuh pakaian yang dah dekat 3 bakul tu. Itulah katanya 2 hari aje tapi ni dah terlebih sikit daripada 2 hari!

      Delete
  7. Waaaa. Memang paling tak suka kalau tak dek air. Semua benda terganggu nak buat T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah hidup kalau air takda. Masa itulah baru nak menghargai air kononnya...

      Delete
  8. memang kalut kalau air takde huuuu. bukan akak je yang tunggu air tengah malam!! kira pun sama hahahaha. sebab dekat sini selalu jugak jadi air terputus sebab tekanan air rendah. tengah malam baruuu lah nampak muncul air nya. mujur jugak ada tong air kat atas tu. harap air tang tu jela. kalau tidak jenuhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak memang tak tahan kalau air takda ni. Baru tiga hari dah tiga bakul pakaian tak dapat cuci. Memang tension tengok bilik air dan pakaian kotor. Bukan nak kata sado sangatlah tapi bila takda air ni memang berusaha keraslah nak menyadokan badan angkat air!

      Delete
  9. Aduhaii.. paling tak suka bila takde air. mmg payah semuanya.
    Nak buat apa pun semua tak kena.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fobia dah ni, Lyn. Memang kalau dengar takda air, pucat lesi macam nampak hantu aje gayanya tau!

      Delete
  10. ya Allah dugaan betoilerkan.. awatler bulan2 puasani takder airnyerkan.. harapler tidak berlarutan pulak dnegna cuaca panas sekarannigkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siksa betul Cho di bulan puasa takda air. Memang pening kepala dok memikirkan nak buat macamana. 3 hari takda air, pakaian pun menimbun 3 bakul besar. Tension sangat. Harapnya takdalah berlaku lagi!

      Delete
  11. Sian MD & family. Memang leceh kalau tak der air ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arrghh... tensionlah kalau air takda ni. Semua kerja tak boleh buat. Nak memasak apa lagi (tapi itulah yang best tak kena masak ~_^)

      Delete
  12. Tak de air ke? Hari tu rumah mak tak dak air gak....tapi kejap ajelah, Malam.... Pagi bangun sahur tu dah ada balik. Pergh...mmg lega sangat ar.
    Tp org ckp mmg tgh tak de airlah sekarang ni....Damp kering kot.

    Susah jugak tak de air ek...mami terpaksa redho ajelah tu agaknya hihi....Kotnya menyesal datang Melesyia haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama Mak oi... dari hari Sabtu sampailah awal pagi Selasa sebelum sahur kot... Ini dah start musim panas, kemarau dengan jerebunya lagi katanya, takut betullah kalau-kalau mula balik krisis air nih! Sakit bahu mengangkat air 4 trip. HD angkat sekali trip aje dengan 3 tong berat lepas tu katanya tak payahlah angkat lagi tapi saya ni degil. Selagi tak nampak penuh air dalam bilik air, selagi tu nak angkat juga!

      Mami tak buat apa pun. Balik dari makan terus masuk kamar, tidur ^_^

      Delete
  13. Bab air tak ada ni memang CH pun surrender MD..
    byk kerja tak boleh buat..
    lama pulak tu dua hari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah jadi fobia kalau dengar air takda. Memang tak boleh tahan. Serba-serbi tak kena. Masa itulah terasa betapa berharganya setitik air. Kalau tidak, boleh tahan juga membazirnya :)

      Delete
  14. alhamdulillah , sejak dok sini , tak pernah x de air . tpt saya ni kebal md . tak tahulah apa sbb jadi kebal . wpun masuk dlm senarai kena catu air , air tetap ada camtu je ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untunglah kalau tak kena catuan air ke apa. Saya ni kalau takda air, memang fobia betul. Kalau nampak lori Syabas, memang kalau kuat kudrat ni nak penuhkan segala containers yang ada di rumah!

      Tapi itulah... tak larat pun!

      Delete

Post a Comment