Kakiku sakit....

Salam kawan-kawan!

Wah, dah dapat detect ke kepelikan yang berlaku di blog ni?

Ya, memang betul!

Selain daripada cuba nak buat dua entri sehari dan menyahut cabaran seorang besan dan mencapai target 30 entri sebulan, I memang tengah ghairah menulis tak berhenti-henti. Kalau ikutkan hati, nak aje tulis sehari selembar benang berkali-kali, tapi takut takda siapa yang sudi membaca. Lagipun kalau cerita tu biasa-biasa dan awak tu tak sepopular artis antarabangsa, silalah jangan buat hal nak ulang tayang cerita berpuluh kali. Eh, tapikan... cerita yang sama kalau diolah dengan baik, jadi bahan bacaan yang menarik juga. Betul tak, kawan-kawan? Ngeh! Jawab sendirilah, MD ~_^

Cerita ke taman ni memang dah sinonim dengan blog MD. Lebih-lebih lagi bila mak mertua a.k.a Mami datang bertandang ke Malaysia. Memang sentiasa aje ada dalam senarai menunggu-kami-datanglah taman-taman yang ada di Kuala Lumpur ni. Walaupun begitu, masih banyak lagi rupanya taman di Kuala Lumpur dan Selangor yang I belum pernah sampai. Nanti-nantilah bila ada masa terluang dan teruja nak beriadah kita terjah taman-taman tersebut *_*

Baru-baru ini sempena cuti sekolah, Bubbly Abang dok pasak kat telinga MommyDaddy nak bermain di taman. Aktiviti menguruskan badan sampai sado katanya.... I ni pula kalau ke taman memang macam bibik Indon. Dok jaga barang. Kalau suami kesian, dibelikan aiskrim sebatang. Makanlah sambil mencangkung tepi-tepi tu. Oit! Tak payahlah membayangkan I mencangkung sambil makan aiskrim! Penyedap jalan cerita aje, bukan I pernah buat pun!

Tapi kali ini bila ke taman, dengan I sekali dipaksa 'beriadah' oleh Bubbly Abang....

Mommy pulak demi untuk mengelak daripada beriadah, memang pergi taman berpakaian ala-ala nak pergi shopping. Yalah, kalau dah begitu gayanya, mana mungkin boleh berexercisekan. Gelihati pula nanti kalau orang dok pandang-pandang sambil mengumpat ~_^

Mula-mula mereka bermain sepak bola (bukan main bola sepak ya...) dua beradik. Hubbydearie telah I ban daripada join sekaki sebab HD selalu aje tendang bola tinggi-tinggi lepas tu masuk dalam water fountain. Nanti-nanti disuruhnya si Bubbly Abang cekau bola tu dengan pelepah pokok pula. Demi mengelakkan anak bujang I di'dera', I tak bagi HD join sepak bola! Pergilah jogging setempat dulu sementara superheroes main sepak-sepak bola.




Ingatkan kali ini selamatlah bola tersebut dari jatuh air mahupun disepak jauh ke dalam hutan. Rupa-rupanya tidak juga. Si Bubbly Abang punya angkaralah sehingga bola masuk ke dalam longkang. Kali ni, nasib si bola sungguh sadis! Tak dapat diselamatkan lagi. Hubbydearie nak aje turun terjun masuk longkang dalam tu ambil bola tapi isteri tersayang tak membenarkannya. Nanti kalau tersepit dalam longkang  tak lepas nak panjat keluar macamana? Nak suruh I panggil bomba ke? So, biarkan ajelah bola tu. Lagi pun bola free pemberian Abang Afiq, sepupu tercinta mereka berdua. Nanti Mommy beli bola baru ya ~_^



Bila bola dah masuk longkang, makanya mereka pun beralih untuk lari keliling tasik. Si Adik Cute bukan main ketetel nak jogging sama tapi awak tu kasut sukan pun tak suka pakai, apa cerita. Marilah join Mommy kita jalan-jalan ambil angin petang.
 

Cantik tempat ni kalau sesekali diamati tau walaupun dah terbiasa dengan pemandangannya....




Abang beria-ia suruh I jogging sama bawa Adik Cute sekali tapi I tolak dengan baik. Hehehe... Itupun separuh tasik kami kelilingi berdua sementara menunggu Bubbly Abang dan Hubbydearie selesai buat satu pusingan. Penat jugalah....

Gelap dah muka si Bubbly Abang ni dek kerana berlari satu pusingan tasik katanya. Bila I tanya nak pusing satu round lagi ke lepas tu, terus geleng kepala. Buka mulut pun dah tak mampu sebab mengah ^_^

Kes merajuk kerana berebut botol air. Bila tak dapat, Mommy nak ambil gambar pun terus pusing kepala tak nak berkerjasama katanya.


Dan akhirnya sehari selepas tu, kedua-dua belah kaki I rasa sakit sangat. Nak berjalan pun siksa. Puas dok fikir apa puncanya.

Ahah, baru teringat!

Hanya kerana berjalan separuh pusingan aje itulah....

Inilah nasib kalau jarang sangat beriadah. Baru nak warm up katanya, dah terkehel urat sendi bagai. Kesian sungguh! 



 

 


Comments

  1. Abang Afiq yang pergi Kuwait haritu ke yg dimaksudkan ni? Alahai.. benda tak sangka ni.. hihi.. takpe..beli bola baru lak utk proses menyadokan si Abang ni

    Font jenis apa ni ya? Sedap pula dipandangan mata Kak Tin ni. Saiz pun comel je...sesuai sangat. Rajin Kak Ton edit ya.. ai.. gini gaya buat entry memang insyaAllah mencapai target 30 sebulan ni.. setuju sangat, benda biasa pun kalau pandai olah mamang boleh jadi luar biasa.. haha.. itu ayat yg selalu saya sebut masa ajar karangan. Suh budak yakin diri kononnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah tu. Itulah Abang Afiq kesayangan mereka! Dah selalu sangat bola tu kena lontar masuk pancuran air kat taman ni. Selalunya kerja Hubbydearie. Kali ni si Bubbly Abang punya sepakan, terus masuk dalam longkang. Tengoklah tu muka terkejut sangat kononnya sebab bola jatuh longkang. Sebenarnya dah takut tu Mommy marah ~_^

      Oh, yang tulisan teks entri tu Cordia New size 18 gitu *_* Yang lain-lain ni saya rasa macam pernah nampak AN gunakan dalam blog. Hari ni baru saya terjumpa apa ya namanya...Arimo tak silap saya!

      Ini dah kena 'dare', AN. Itu yang lagi bersemangat nak update blog dua kali sehari ^_^

      Delete
  2. amboi, lawa font baru ni..automatik gaya tulisan jadi lebih skema

    Abang beria-ia suruh I jogging sama bawa Adik Cute sekali tapi I tolak dengan baik... hahaha. #kipidap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pun belum cukup skema lagi, Sal. Hajatnya nak jadi nerd tua. Hahaha...

      Eh, Sal ambillah sikit aura rajin akak ni untuk update blog bulan ni! Marilah kita sama-sama memeriahkan dunia blog dengan entri merapu meraban merapi kita berdua. Keh3x.

      Akak memang terkenal pun over teruja malas kalau suruh pergi exercise nih ~_^

      Delete
    2. sedang amik ni kak...minggu lepas saya update 3 entry.kira terer lah tu kan..hihihi.

      Delete
    3. Bravo, Sal. Padanlah akak rasa macam penat aje membaca kat blog Sal baru-baru ni. Banyak updates rupanya *_*

      Delete
  3. Haha. Yang ending ni saya teringat kisah sendiri masa hari boling terakhir tu.. tak nak komen banyakla pasal ni.. huuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak! Nasib baik cikgu pilih untuk tidak mengenakan balik dalam komen. Selamat den ~_^

      Delete
    2. alooo mana ni? takkan kaki sakit lama nau.. tak berkait dengan tangan nak tekan keyboard kan?

      Delete
    3. Kehkehkeh.... Kan Kak Ton cuti Jumaat lepas. Ni baru nak warm up reply komen, Kak Tin. Belum sempat mengarang lagi hah....

      Kakiku dah tak sakit lagi. Terima kasih kerana teringat ~_^

      Delete
    4. Oo itu kes ke?? Kata cuti dah tak banyak tapi cuti juga.. ai kak ton ni, jawatan apala banyak tul cuti dia...

      Delete
    5. Mana ada banyaknya. Tinggal secoet aje. Tapi biasalah Kak Ton ni kalau dah sebulan tak cuti, tetiba rasa nak cuti walaupun tak ke mana-mana katanya *_*

      Jawatan biasa-biasa aje ~ tukang sapu sampah keliling bangunan ^_^

      Delete
  4. acara wajib jugak singgah taman kalau keluar tapi bukan je dady.. sekali mami pun jogging tanpa rela kejar si anak.. nasib baik la kita jenis suka pakai jeans jer bila keluar.. sekarang ni takde heels2 dah. wedges jer. tu pun takde tinggi2 dah. Tak tak kesah nampak pendek dari sakit lutut dengan ketinggian palsu. hahahaha.. kadang2 sandal.. lagi la senang berkejaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, akak waras lagi Suria! Akak tak pakai high heels 8 inch kat taman munge ~_^ Akak pakai wedges aje. Kadang tu keluar pakai selipar aje. Tapi bab pakaian memang tak sesuai untuk berlari-lari anak mahupun jogging setempatlah. Itu memang motif utama agar tidak dikerah beriadah *_*

      Delete
  5. Kasihanya. Kena berurut jika lambat ok akak. Sapu minyak panas gosok-gosok tempat sakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga sapu minyak panas tapi minyaknya dah tak berapa panas pulak. Makan dua, tiga hari juga baru hilang....

      Delete
  6. Kalau ikutkan keadaan lutut kanan kakcik, memang sukar nak berjalan sekarang. Solat pun terpaksa duduk sewaktu sujud dan duduk antara dua sujud. Tapi sebab kehendak hati untuk melihat tempat orang, kesakitan itu terpaksa dilupakan ... ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni pun Kakcik harapkan umur je muda tapi sendi-sendi semua dah longlai. Itulah masa berpantang dulu tak nak pantang betul-betul. Rajin jerk curi-curi makan masa emak tak nampak! Padan muka saya!

      Kalau masih mampu lagi Kakcik, apa salahnya menggembirakan hati berjalan sana-sini. Kalau itulah yang boleh buat kita tersenyum gembira, jalan ajelah ~_^

      Delete
  7. Tamat juga riwayat bola tu.. takpe.. lepas ni mummy join every week nanti takdelah sakit kaki lagi sebab dah ada stamina kan.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... lepas ni terpaksalah nampaknya Mommy join sekaki jogging satu round keliling tasik ^_^

      Delete
  8. cantiknya kawsan ni..lepas ni takpayah main bola dah..pi taman wajib dengan mummy2 sekali kena jogging.kalau tidak tak payah pi taman dah...hhahahah...saja saya nak dera emosi MD..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... kita pergi taman untuk menghirup udara segar gitu.... Yalah, lepas ni nak join mereka jogginglah tapi sekurang-kurangnya kena 10 kali datang buat warm up barulah boleh jogging sama!

      Delete
  9. apalah mommy ni..kata slim takkan pusing setengah pusingan dah sikit kaki?Sila kuat kan stamina ye..bykkan exercise sedar2 sikit umur makin meningkat.haha

    cantik permandangan..suka kita!

    adoi takda kawasan lain ke yang jauh sikit dari tasik.datang bola tu..dah la pemberian Abang Afia..tak sentimental value langsung mommy kamu!

    bagus aktiviti jogging camni tau..moga makin sado badan bubbly Abang..adik cute pun Sila membesar jadi Abang sado jugak ye.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lamalah tak jogging dan beriadah ni. Selalunya pergi taman sesaja berjalan ambil gambar anak-anak aje. Hehehe...

      Tempat ni pemandangannya memang cantik. Kalau masa bercouple, memang sesuai sangat dating di taman macam ni *_*

      Budak-budak ni kalau nak main bola je pergi dekat water fountain sebab kat situ tak ramai orang. Senang mereka nak bermain berdua. Kat padang bola, selalunya budak-budak dan orang dewasa dah booked siap-siap. Penuh memanjang kalau hujung minggu tu. Daddynya pulak memang tak reti bola rendah, memanjang aje bola tinggi.Hah itulah nasibnya. Nasib baik juga kali ni salah Bubbly Abang, kalau salah Daddy, dah bertikam lidah dekat situ juga tak tunggu balik rumah. Keh3x.

      Delete
  10. kalau sakit kaki lepas berjogging, tu tandanya MD memang tak pernah jogging..hehe..baik bersenam dari sekarang.. untuk kesihatan bersama..cewahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... pandai pun meneka. Ini kena bagi hadiah ni ~_^

      Memang lama sungguh tak beriadah ni. Jogging apatah lagi. Kiranya sejak berkahwin sampailah sekarang. Lamakan tu. Itulah sebab baru jalan separuh tasik dah terkehel urat sendi bagai *_*

      Delete
  11. hehe...menyahut cabaran ye, semoga berjaya okay =)
    saya perasan juga pasal font dari aritu, tapi lupa pula nak komen
    sebelum ni pun okay aje apa, ni pun okay juga.
    janji clear dak gitu

    eleh, baru jalan sikit dah sakit kaki
    relaxlah MD, bukan selalu dak =)
    tapi bagus aktiviti gini, sihat kan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah ni nak menyahut cabaran. Harapnya bulan ni berjayalah. Lagipun katanya bulan istimewakan *_*

      Eh, kita selalulah pergi taman-taman di Kuala Lumpur ni! Bukan sekali-sekala. Tapi yalah, memang jogging dan beriadah tak pernah. Dah 10 tahun lebih kot. Keh3x.

      Delete
    2. sat ye nak gelak guling-guling jab
      wahahahaha......

      Delete
    3. Gulinglah, guling! Jangan sampai terkehel urat sendi sudah. Mak-mak budak ni kalau guling-guling memang kurang comel sikit berbanding anak-anak ^_^

      Delete
  12. tak dapat mendetect sebarang perubahan mummy, oh ye lupa. baru first time datang blog ni. keh keh keh.. omg, saya pun dah lama giler tak pergi taman. dulu selalu jugak p taman tasik perdana tu joging2 and main belon tiup2, but since dah berenti keje ni, hobi2 orang bujang dulu pun ikot berenti juga. itulah mummy, next time before p jalan2/senam, kasi panaskan badan dulu ye. ketuk ketampi 10x ke, pusing2 badan 10x ke.. inshaAllah kurang masalah urat saraf. ^_^

    p/s : hai kat YY atas tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..pandai buat joke yerk! Kita ni memang 'aktif' menukar font sejak pandai berblogging. Yalah, dah itu aje kerja paling mudah. Lain-lain tak reti nak buat *_*

      Saya dulu masa in my 20's memang tiap petang pergi taman. Inilah tamannya. Antara yang aktif beriadah di taman. Asal berselisih aje, memang sayalah orangnya yang mereka jumpa hari-hari without fail gitu....

      Lepas kahwin hilang sudah beriadah bagai ni. Dok rumah kerja tak pernah habis. Lepas ada anak aje baru rajin pi taman semula. Itu pun setakat hirup udara segar aje katanya....

      Yalah, yalah...lain kali kita buat ketuk ketampi 10x, lompat katak 10x, kasi panaskan badan dulu ~_^

      Delete
  13. assalamualaikum mommy. alahai lamanya say x singga kr sini juga. firstly tima kasih bebanyak dkt mommy sbb komen maraton kat blog saya tu haaa.. ni bru ada kesempatan jejak mommy kembali. huhuhu. bln 4&5 bulan diuji.. x sempat ziarah kengkawan alam maya

    alhamdulillah. sekarang dah cuba cari rentak kembali.

    mcm di tasik perdana aje ni.. rasanya lah.. dia siruh berjalan lagi la tu.hikhik

    mommy dh singgah Aeon WM ke. dah berubah wajah u.. makin sernok nk bjlan. hihihi. bila agaknya dpt berselisih bahu dgn mommy ni.. alahai..

    mommy, rasanya kan dalam bnyk bnyk tamann. taman tasik titiwangsa aje mommy belum singgah.ke dah onh ads entry tp sayaa terlepas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam!

      Yalah, Ciksu.. .sama aje kita berdua. Lama tak singgah ke 'rumah' satu sama lain. Tak terkejar katanya...

      Baguslah Ciksu dah jumpa kembali rentak berblog. Nasib saya ni kadang-kala baik tau. Bila saya tak terkejar nak blogwalking, kawan-kawan pun sebenarnya tak terkejar nak update blog. So, senang sikit kerja saya. Hehehe....

      Oh, bukan! Ni di taman berhampiran rumah saya. Taman dari sejak saya belajar kat universiti sampailah sekarang ni saya kunjung. Lama sungguh saya dan kisah taman ni tau...

      Oh, baru cakap dengan HD kelmarin! Apa jadi Aeonbig WM dah siap ke belum. Asal nak ke sana jerk terus malas sebab dok fikir kena parking jauh dan tempat tengah reno tak menarik nak datang! Kiranya dah siap sepenuhnyalah ya, Ciksu. Nanti kami terjah!

      Taman Tasik Titiwangsa dah sampai cuma tak pernah cerita dalam blog. Tapi dah lama juga tak ke sana!

      Delete
  14. Seronok kan beriadah kat tempat macam ni..
    Bawa makanan and picnic kat situ pun best jugak kan..
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang saya selalu berangan nak buat tapi selalu tak menjadi. Nak juga bentang tikar piknik kat taman. Tapi itulah, motif ke taman tak sampailah. Orang suruh beriadah, dia sibuk melantak. Hehehe....

      Delete
  15. Pandaii ehh MD mengelak nak berjogging pakai baju lawa lawa macam nak pi shopping. heheheh :P Nani pun kalau bab berjogging cukup satu pusingan mengah gilaa. Hahaha. Tapi kalau bab mengukur jalan dekat shopping mall ke jalan tar ke tak pernah pulak rasa mengah. Hahahah :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, taktik tu, Nani! Kalau tak mahu kena dera beriadah, gaya gitulah paling sesuai. Tak akanlah dah pakai cantik-cantik, dah pakai tumit tinggi ada hati nak lari setempat. Tergolek nanti macamana? Malu dapat, sakit pun dapat. Susah pulak orang lain mengangkat kita. Hehehe....

      Oh, yang itu akak memang setuju! Jogging walaupun seminit pun dah penat. Baru warm up dah nak give up tak nak kurus lagi. Tapi kalau shopping tu, 5 jam dengan tumit tinggi pun masih redha tak give up, give up!

      Delete
  16. wah seronoknya dpt jalan2 kat taman.. cuti2 sekolah ni sure ramai org bersidai kat sana yer..
    nnti time mummy dtg boleh jer pg taman lagi, tapi time tu bulan puasa. duk rumah lagi bagus kot, tak pun pi shopping raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal tengah risau ni, Lyn. Buat Mami datang masa bulan puasa, aduhai...tak akan nak melenjan kat taman juga. Kesian anak-anak. Daddy mereka bukan kisah pasal kita bertiga bila ada Maminya...

      Delete
  17. hihihihihi samalah kita kalau beriadah ke ape ke tukang jaga harta benda takde lah nak berjogging sekali ke ape ke. bila tanya kenapa tak nak? terus kata sayang lemakkkkkkk padahalll memang malas sungguh2 kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi bibik pun cukuplah. Janji keselamatan anak-anak terjamin. Hahaha... nampak sanga nak mengelak daripada kena berjogging 'setempat' *_*

      Eh, betul apa! Sayang kalau lemak tu susut dari badan. Nanti pakai kebaya tak cun pulak, kering jerk nampak! Kah3x....

      Delete
  18. DAh beli ke belum bola baru abang tu? hehehe...

    MD...tasik mana ni? Kita kalau gi tasik tak sanggup nak pusing satu taman. Letih sebab besar sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, belum beli lagi sebab belum ada niat nak ke taman! Lagipun dah dekat bulan puasa. Memang postponelah pembelian bola baru. Tapi Abang dah nampak bola yang berkenan masa pergi Mitsui hari tu. RM50 sebiji dia nak beli buat lanting-lanting tepi water fountain. Mahu menangis Mommy nanti....

      Delete
  19. hahahaaa ... sungguh betul saya membayangkan md duduk cangkung mkn ais krim . nasib baik dia tak buat ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...biar benar ni, Vee! Saya sendiri tak sanggup nak buat begitu. Membayangkan ajelah boleh ~_^

      Delete

Post a Comment