Karnivor = tak makan sayur *_*

Salam kawan-kawan!

Yeah, seronoknya hari ini sudah hari Khamis! Well, I tak lupa diri hari minggu ni sebab I cuma bekerja tiga hari seminggu aje. Siapa yang tak suka!

Oh, ya... nampak tak I dah tukar font baru? Pada yang tak tahu, I ni memang suka bega-begakan font dalam blog tau. Sebab itu ajelah yang I berani buat. Nak tukar-tukar template, bega itu ini, takut lain pulak jadi ni. Kalau hilang blog ni, mahu meraung I sehari suntuk aje. Penat weyh menaip entri panjang berjela belaka. Fikir senang ke?

And, nak beritahu juga yang dek kerana semua dok kutuk kata tulisan dalam entri I ni bagak-bagak belaka kerana I rabun dekat kononnya, maka I 'memperkecilkan' (oh, jauh maksud perkataan ni sudah lari...) font ni supaya nampak comel lote macam semut jerk kat mata you all semua. Biarlah I yang tersiksa jiwa-raga bila membaca di blog sendiri. Kecik besar, kecik besar mata ayu pun takpalah....

Berbalik kepada tajuk entri kita kali ini (Wah, nampak tak MD dah berbicara macam budak sekolah mengarang esei SPM?) marilah kita kupas-kopek apa permasalahan negara yang nak disampaikan si MD nih....

Semua yang dah biasa bergurau- senda melampau lampau dengan I di alam maya ni memang tahu yang I ni tak makan sayur-mayur. Lagi hijau warnanya, lagilah I tak makan. Kalau sayuran bukan berwarna hijau tu mungkin juga I boleh pejam mata dan telan sahaja. Tapi kalau dah namanya sayuran hijau, memang I surrender siap-siap. Mencuba pun tak mahu!

Makanya, tidak menjadi kehairanan sebenarnya jika salah seorang anak I pun ada tabiat makan yang teruk sama macam Mommynya. Mengata anak, dia yang lebih. Like Mommy like sonlah kononnya. Eh, you all tahukan anak I yang mana yang I maksudkan tu? ^_^

Sejak ada dua anak ni, I memang terfikirlah yang genes kami suami isteri terbahagi sama-rata kepada kedua-dua anak lelaki kami. Si Bubbly Abang memang dari segi rupa dan tabiat, mostly ikut Mommy. Si Adik Cute pulak berbeza; memang banyak ikut Hubbydearie (Tapi my emak kata, Adik Cute tu sebiji ikut rupa comel I masa kecil dulu. Dua kali tapi, my mak mertua kata, Adik Cute memang versi anak lelakinya masa kecil sampai sebelum kahwin dan si Bubbly Abang pulak versi Daddynya bila dah 'sado' sekarang...)

I ni bukan tak pernah mencuba. Memang banyak kali cuba untuk berubah (and yes, ada juga perubahan walaupun sedikit percentagenya). Kalau dulu-dulu, memang asal nama sayur-sayuran aje I tak makan. Bila I cuba aje tetiba dalam kepala terbayang kambing sedang meragut rumput di padang hijau luas terbentang atau zirafah (takda kena mengena dengan jiran sebelah, sila jangan perasan...) sedang mengunyah daun di dahan pokok yang tinggi. Lagi hijau warna, lagilah kuat imaginasi I runs wild tau! Makanya, I give up tak mahu makan. Lagipun, I tak terkunyah rasa sayur-sayuran itu di mulut. Sure lari masuk bilik air dan muntah kaler-kaler!

Throughout the years, tetiba aje tabiat makan I berubah sedikit demi sedikit. Kalau dulu makan jemput-jemput ikan bilis kena susun bawang tepi pinggan, sekarang ni dah boleh pejam mata kunyah aje. Kalau dulu tak makan cendawan, tetiba sekarang ni bukan main suka cendawan goreng. Kalau dulu tergigit satu kiub kecil potongan karot, boleh jadi muntah terbelahak dalam bilik air tapi sekarang ni kalau tergigit, kita telan ajelah! No problem besarlah! Tapi I suka sangat kentang ~_^ 

Kenapa?

Sebab I kata kentang tu termasuk dalam 'buah-buahan'! Hehehe....

Walaupun begitu, I tak pernah mengajar Bubbly Abang mengikut tabiat makan I yang teruk ini. Sejak dia kecil, I sumbat aje apa adanya tapi entah bila dia mula memilih makan, I pun tak pasti. Kalau nak dibandingkan, sikap Bubbly Abang lagi teruk daripada I ya. Sekurang-kurangnya kalau I nampak bawang ke, taugeh dalam mi ke, sayur ke, I boleh aje asingkan ke tepi pinggan. Tapi kalau perkara yang sama terjadi pada Bubbly Abang, dia akan muncung sedepa sambil komplen berkali-kali dan akhirnya tak mahu makan langsung!

Dulu bila I tak makan sayur dan kena tegur, tak pulak I tahu my emak dan abah tension tengok perangai I tapi sekarang ni bila tengok Bubbly Abang punya tabiat macam tu, tetiba aje I jadi irritated ^_^ Nampak tak betapa relevannya pepatah 'seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus'? Dah kalau mak ketam sampai ke  tua tak boleh jalan lurus, macamana nak ajar anak sesuatu yang dia sendiri tak boleh buat dari dulu? Hahaha....

Berbeza dengan Adik Cute, si kecil ni makan apa sahaja yang kita beri. Walaupun Adik Cute ada preference juga, dia tetap boleh cuba makan tanpa perlu tunjuk ekspresi muka macam nak muntah! Sekarang ni si comel yang satu ni tengah asyik makan sushi. Kita belikan Daddynya sushi, dia yang dok habiskan. Boleh berebut-rebut dengan Daddy lagi. Of courselah dia yang menang dan Daddy terpaksa mengalah. Nama pun anak bongsu kan...

Kadang-kadang, I  teruja bila tengok si kecil ni menyedut jus dari buah tomato. Bila tengok Daddy makan plain yoghurt dengan timun, dia pun belasah sama. Boleh duduk atas riba Daddy lagi nak makan berjemaah bersama! Oh, sungguh owesome pemandangan begitu bila berlaku di rumah ^_^

Pendekata, I tak susah hati dengan Adik Cute ni. Insya Allah, dia tak akan pernah tak cukup makan~_^ Berbalik kepada Bubbly Abang, ini memang buat I susah hati. Bukan senang nak mengikut kemahuannya. Kalau tak diikutkan, tak sampai hati pulak tengok anak kebuluran tak makan! 

Bab memasak di rumah pula, kalau I menggoreng sayur memang I tak akan rasa. Itu tugas hakiki Hubbydearie. Kalau Hubbydearie tiada di rumah ketika I memasak, nasiblah ya apa rasa sayur goreng tersebut. Walaupun begitu, bila bab menggunakan bawang dan sebagainya (yang I tak makan) memang I ni champion. Masak sedikit tapi bawang ke, bawang putih ke, lada merah ke, semuanya berlebihan muatan ^_^

Pernah juga Hubbydearie menanyakan pada I, kalau dah tak makan, buat apa susah-susah letak bawang dan sebagainya? Eh, tak sedaplah lauk kalau tak letak itu semuakan. Soal tak makan tu bukan masalah besar. Boleh aje susun atur kat tepi pinggan buat deko pinggan selepas makan!

Dan minggu ini sebenarnya minggu I men'cendawan'. Kalau boleh selang sehari nak cendawan goreng ^_^ Kira hebatlah tu. Kentang pulak boleh takes turn minggu depan atau minggu berikutnya ~_^




Tengoklah ada perbezaan ke makanan HD dan MD? Macam sama aje, kan.... ~_^

P.S. Thanks Dik Sal ajar akak 'membulatkan' gambar. Terasa syok sendiri pulak *_*














Comments

  1. saya ada kakak yang macam MD.. apa jenis sayur tak makan.. bawang ke hapa jangan harap la nak makan. apa jenis buah pun tak makan.. kalau ada benda2 tu semua sama la men deco tepi pinggan je la.. kadang2 tak faham juga apa dia takut sangat nak makan? hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu memang akak lagi teruk. Semua sayur pun tak makan tapi sekarang ni dah okey sikitlah. Setakat tergigit bawang tu takda masalah sampai kena berkejar ke bilik airlah!

      Dulu-dulu rasa pelik sangat sebab cuma kita aje yang tak makan sayur. Tapi sekarang ni macam takda hairan manalah. Kalau tanya-tanya kiri-kanan, mesti ada je geng sejiwa ^_^

      Delete
  2. selera orang ye lelain
    saya tak plak takde sayur, tak lalu makan...biarlah orang nak kata zirafah pun...hehe
    lagi sedap kalau dapat makan fresh tanpa perlu dimasak
    kruk kruk bunyi kunyah...nikmat betul!
    nak cuba tak? meh lah cuba...saya belanja =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kalau takda sayur dalam pinggan, nikmat worr... Tak payah nak susah hati buang masa mengasingkan sayur buat deko tepi pinggan. Tapi kalau ada pun saya tak kisah. Takda masalah. Berbeza dengan Bubbly Abang, memang sentap aje memanjang kalau nampak sayur!

      Oh, bijaknya! Pelawa makanan yang kita tak makan yerk. Takpa, takpa...ada masa, kita balas balik!

      Delete
  3. menarik juga bila MD tukar font..
    ruginya MD dan abang tak makan sayur...yelah kalau makan kat kedai tu camana eh? dah bayar dengan sayur mayur..ke request tak letak sayur atau bawang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi teruja nak baca kemerapuan sayakan! Hehehe....

      Entahlah tak tahu bila boleh telan sayur-sayuran ni. Yang masak tak tertelan, yang segar-bugar/mentah memanglah lagi tak boleh. Sekarang ni itulah masalahnya. Nak ajar anak menyukai makan sayur tapi Mommy sendiri tak boleh buat dengan betul. Macamana....

      Oh, kalau dah ada dalam pinggan, saya asingkan aje buat deko tepi pinggan. Kalau boleh tak bubuh sayur, kita request jangan bubuh!

      Delete
  4. Eh..ada announcement panjang lebar pasal pertukaran font kat sini. Haha.. takpelah saya dah komen tadi.. anyway memang comel.. tp kalau MD lg selesa jenis besar, elokla besarkan je.. u'r the boss.. haha.. kang kena piat telinga MD kata.. orang buat besar kena tegur, bila kecilkan pun ada gak yang tegur. Haha.. .manusia..

    Betul2 berlainan dengan sikap 3 hero saya ni. Wajib makan sayur.. minggu sebelum cuti tu brokoli jadi pujaan.. asyik masak brokoli je.. kalau xda sayur agaknya tak lalu makan. Tak makan nasi takpe asal ada sayur.

    Lawa pulak bila gambar ada bingkai bulat gitu.. nampak kelainan la.. kat mana dek sal ajar ni..saya nk belajar jugalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...adat manusialah tu kalau suka mengomenkan! Saya tak kisah pun, AN. Sebenarnya bukan sebab ditegur font sebelum ni besar, dah tiba masanya saya menukar font baru. Saya memang suka tukar-tukar font ni tapi pernah juga baca kalau guna font berbeza, boleh jadi berat pulak blog. Tak tahulah saya...

      Untunglah anak-anak AN suka makan sayur. Anak-anak saya ni memang terbahagi samarata genes kami suami isteri. Satu ikut Mommy, satu ikut Daddy. Nasib baik juga Adik Cute tak banyak keletah bab-bab makan ni, senang juga kerja saya. Hanya nak ikut rentak Abang je. Tapi tak boleh ikut selalu. Susah juga nanti dia.... Sekarang ni pun lauk pauk berasaskan ayam, kami dah kurangkan. Tak mahu dia asyik makan ayam saja!

      Dik Sal kata boleh buat kat picmonkey.com. Dia ada buat tutorial dalam entri. Saya memang selalu guna photo editor ni tapi tak tahu pulak boleh bulat membulatkan. Cubalah, tentu seronok!

      Delete
  5. gambar bulat tu saja ke buat background putih? kalau transparent mesti lagi cantik...hehe

    bubbly Abang dan Adik sangat berbeza rupanya..sorang ikut Mummy, sorang ikut Daddy..Pening jugak kalau dua-dua tak makan sayur. Tapi biasanya bebudak suka carrot. Takpelah kalau tak makan sayur, galakkan diorang makan buah bebanyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, akak ingatkan kalau guna transparent nanti jadi bercorak-corak gitu backgroundnya. Rupa-rupanya tidak ye, memang transparent betullah yerk :)

      Bab buah-buahan memang tak pernah habis stok. Mereka tiga beranak memang hantu buah-buahan :)

      Delete
  6. macam tu sekali ye kalau tak makan sayur. huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari sudut pandangan orang tak makan sayur, macam itulah ^_^

      Delete
  7. klu tak makan sayur makan buah pun oklah..MD n bubbly abg makan buah tak?klu tidak mana nak datangnya serat..

    afia masa baby telan semua..Sekarang ni pilih juga sayur..jarang makan tapi so far buah dia suka.Aiman pulak masa kecik langsung tak suka sayur..dah makin besar baru mula makan..

    sy dulu pun tak suka sayur.mungkin Cara didikan pmakanan dari mak pak camtu..skang ni macam kambing dah.suka ulam2an..untuk kekal awet muda ok.muahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, buah-buahan pun memilih, PK... Kalau nak tau, pssttt.... rapat sikit - buah-buah obersi aje yang dia nak makan. MD ni memang over dalam serba-serbi tau ~_^

      Itulah saya pun tak perasan mengapa si Bubbly Abang ni tak makan sayur. Kalau diingat-ingat balik, takdalah pulak saya mengajarnya!

      Nasib baiklah Adik Cute tak banyak kerenah bab makan ni. Mula tu takut juga, manalah tahu makin besar makin tak makan banyak makanan macam Mommy dan abangnya....

      Tak kiralah awet muda ke tidak, kita tak suka, tak sukalah! Hehehe....

      Delete
  8. hahahahaha...sia sayur...sama lah anak kita pun ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, kenapa kesian kat sayur? Simpatilah kat kita ni yang tak dapat zat-zat seimbang yang sepatutnya *padanmuka*

      Delete
  9. Apa yg saya nampak adalah font yg kemas dan tampilan layout yg simple. tak rimas mata melihat. jangan letak effect bunga2 jatuh berguguran sudah, hang chrome saya, mummy. takpelah font besar utk pembaca, biarlah pemilik blog berkorban besar pahalanyaaaa... HIHI.

    Wild sungguh imagination mummy ye, sebagai seorang penggemar sayur dan pernah menjadi vegetarian, ouchhh sentap hokay. HAK3..

    Well, preference changed over the years. Maybe Bubbly Abang pun akan berubah one day? Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasik kan, kalau tak banyak; sipi pun mesti. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, saya pun memang tak suka bab bunga-bunga berguguran tu. Buat sakit mata saya yang rabun jerk. Dahlah susah nak baca nanti!

      Sebenarnya font sebelum ni lagi besar katanya. Yalah senang hati kalau tengok font besar ni. Kalau pi 'rumah' kawan-kawan pun, saya besarkan font supaya tak stress mata saya membacanya *_*

      Hahahaha...sentaplah takpa! Bulan depan dah raya marilah kita bermaaf-maafan yerk *_*

      Entahlah, Gee. Harapnya berubah lebih baik. Takut makin teruk tabiat makannya. Itu memang salahkan Mommynyalah....

      Delete
  10. sayaa suka sayur. kalau buat cucur jagung ka mommy letak bawang besar.dapnya..
    ok la tu xlist mommy dh cuba kan. in shaa Allah lepas abg pon akan makann juga..

    mommy sama lah dgn saya.skrg ni pon suka makann cndawan.selalu dok angkut cendawan tiram kelabu dr aeon big.buat sup cendawan la, sayur campur cnedawan la, cendawan goreng la. hahhahha.. nasib badan le dok hadap cndawan aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha... memang jauh berbezalah tabiat makan kita ni, Ciksu. Kalau orang makan sayur aje, dipanggil vegetariankan. Makanya relalah diri saya dipanggil sama macam tiger ~ karnivor gitu. Hehehe....

      Bestlah pulak bantai cendawan ni. Sama macam saya. Hari ni goreng. Besok goreng. Lusa goreng. Tulat kita masak sup pulak. Lepas tu tetiba jadi sayur campur (cendawan +bawang+lada+ikan bilis jerk ~ semua saya tolak tepi pinggan kecuali cendawan dan ikan bilis!)

      Delete
  11. MD..acik pun tak makan sayur jugak dulu..tapi bila dah kawen..dah ula jugak makan..sayuran hijau tu sikit2 la..pucuk ubi..pucuk paku..bayam..
    tapi baru2 ni masa kursus persediaan bakal pesara..masa ceramah kesihatan..memang disuruh pun kita makan sayuran hijau tu MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun lepas kahwin makan sikit-sikit. Tapi sayuran hijau tu masih tak boleh lagi, Acik. Rasa semacam dalam tekak ni kalau nampak aje pun belum makan lagi!

      Memanglah bagus makan sayur-sayuran hijau ni, Acik. Boleh awet muda, baik untuk kesihatan tapi itulah, susah betul saya ni nak hadam!

      Delete
  12. lyn pencinta sayur. letak lah sayur ape pun, sure habis punya. dulu tak suka peria sbb pahit,
    tapi sekarang pantang my mum goreng peria, Lyn ratah dulu :)
    sbb tu klu tak masak, lyn suka buat salad

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya memang lebih banyak orang suka makan sayur berbanding dengan dagingkan. Untunglah boleh meratah sayur mentah begitu aje, Lyn. Akak ni memang surrender. Sayur dah siap masak pun akak kisah *_*

      Delete
  13. grrrrr geramnyaaaaaaa panjang2 kita taip komen tadi lepas tu lappy hangggggggg grrrrrrrrr gerammmmmm ok nak sambung taip balik..

    kira kalau sayur. sayur yang dimasak memang tak makan sgt kecuali ulam ulaman. yang itu makan pulak ehehehehe. bab bawang pun sama lah kita. masak kemain bawang meriah sgt tapiiiii bila makan asing sesiap dulu!!! kalau beli beger memang asing bawang sesiap tapi tu dulu lahhhh. sekarang dah jadi mak2 ni boleh pulak makan ekekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar, sabar, Kira! Sabar itu separuh dari iman. Kalau tetiba komen hilang sebab lappy hang, kita taip lagi komen dengan penuh kesabaran katanya.... ~_^

      Oh, akak ulam-ulam lagilah tak sentuh. Lagi jelas nampak gambar kambing gurun tengah mengunyah rumput di padang yang luas *_*

      Maklumlah tukang masak pro katanya. Kalau memasak bukan main lagi tabur bawang, lada bagai. Kalau boleh nak bagi penuh pinggan, yang lain tak nampak pun takpa. Tapi masa makan siap elok-elok susun kat tepi pinggan buat deko *_*

      Oh, akak kalau makan burger, siap lap lagi sayur-mayur semua *_*

      Delete
  14. Laaaa...tak makan sayur ker. Ruginya. Tapi skang dah makan kan. Sedap kan...hehehehe...

    Teringat kat member office ni. Kalau order makanan, siap dengan pesanan tambahan....'tak nak sayur & bawang'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan makan semua. Yang hijau tak makan juga. Sebenarnya lebih banyak tak makan daripada makan sekarang. Dulu yalah, memang semua sayur pun tak makan! So, ada improvement jugalahkan... betul tak?

      Saya pulak tak kisah. Tak minta asingkan sayur dsb. Tapi kalau order untuk Abang memang kena 'free vege' gitu...

      Delete
  15. kalau anak ada iras dady pd masa sama juga ada iras mommy , itu maknanya dady n mommy lah yg ada iras . Pernah tak dengar org tua kata kalau rupa suami isteri tu ada iras , rumah tangga kekal bahagia . saya kan klu tgk gambar penganti , saya akan tgk persamaan / mrk . sikit mesti ada . sama ada senyumnya sama , bentuk matanya sama dan ada kalanya seluruh muka pasangan tu hampir sama ... kn isteri itu dr rusuk lelaki . dan bila ada artis cerai , saya akan belek muka juga . selalunya saya akan kata , owh muka mrk x de iras , sbb tu tak kekal lama ... ni tafsiran suka suki saya je lah ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... ini memang silap tau, Vee. Saya dan HD langsung tak seiras! Sipi pun tidak. Tapi janganlah kata kalau tak seiras, jodoh tak panjang. Seram saya mendengarnya tau!

      Hahaha...ada-ada aje Vee ni. Suka betul buat tafsiran. Tapi takpalah, sekadar suka-suka buat diri sendiri je pun kan!

      Delete

Post a Comment