Magic of the Night (MOTN), Marina Putrajaya

Salam kawan-kawan!

Yalah, katanya cuti sekolah dah bermulakan. Makanya Mommy superheroes yang ini telah menyusun jadual cuti sekolah anak-anaknya ^_^

Oh, tidak... I bukan suruh si Bubbly Abang tu tekun belajar masa cuti sekolah. I bagi dia pelepasan istimewa lagi. Tak payah buka buku walaupun komik mahupun buku cerita untuk projek Nilam katanya ~_^ Komputer pun walaupun berpassword bagai, tetap Mommy bagi pelepasan boleh guna anytime! Baik tak Mommy yang ini @_@

Okey apa Abang kalau tak mahu belajar masa cuti ni! Masa sekolah pun Mommy tak main paksa-paksa belajar, inikan pulak masa cuti sekolahkan... Tapi time mood tak baik Mommy tersasar menjunam jatuh, bentuk 'a' tak betul tulis dalam buku pun kena amukan Tarzan!

Well, Magic of the Night ni sebenarnya Hubbydearie yang beria-ia nak pergi tengok. I biasa-biasa aje. Tak pergi pun takpa. Kalau dapat pergi, okey juga *_* Ingatnya nak pergi masa hari pertama pada 28hb Mei, tapi ah kak sibuk nak kejarkan 5% diskaun di Aeonbig katanya kalau tak, tak dapatlah posing dengan minion kat Midvalleykan makanya kami pergi hari kedualah.

Kebetulan jatuh hari Jumaat. Makanya, kita singgahlah kat pasar tani di Putrajaya nun. Syoknya kalau sesekali terlepas ke pasar tani (eh, ke pasar malam ek?) Ah kak sempat shopping ikan lagi tu.... 

Selesai 'membeli-belah' di pasar tani, kami terus ke Pullman Putrajaya Lakeside, berhampiran dengan Marina Putrajaya. Ni nak habaq sikit jer (terpesong lagi ceritanya....) Hotel ni dah lama I aim tau. Nak sangat pi bermalam kat sini walaupun katanya takda faedah langsung orang KL turun ke Putrajaya dan tidur di hotel. Tapikan, nak pergi hari-hari biasa macam scary pulak hotel ni. Kang kita empat beranak jerk tidur kat sini, jenuh pulak nak layan kisah seram ~_^






Makanya kita tenung dan tenung dari jauh ajelah selama ni.... By the way, ada satu lagi hotel kat Putrajaya ni I aim lama sangat tapi itulah, macam mengong aje bunyinya nak turun ke Putrajaya dan bermalam! My sister's house sepelaung aje kat situ tau....

Tapi takpa, kali ini kita dapat bersolat Maghrib kat surau di hotel ni ~_^ Kali ni ramailah orang sebab ada Magic of the Night (MOTN) katanya...

Oh, ya... by the way, pada non-resident di Putrajaya, Marina Putrajaya ni ada pertunjukan musical water fountain pada hujung minggu ya (pukul 8.30 malam). My family and I dah pernah pergi tengok and believe us, cuma kami empat beranak aje yang menyaksikan musical water fountain tu! Nampak sangat warga Putrajaya dah tak hairan pun nak pergi menyaksikannya, ya tak? 




Erkk... cerita kami menyaksikan musical water fountain di Marina Putrajaya ni tak sempat nak buat entri kerana banyak sangat nak bercerita bila dapat peluang menaip entri sampailah terlupa! Kisahnya rasa dah makan bulan kot ~_^ 

Pertunjukan MOTN ni bermula pukul 9 malam tapi sebab kami ke pasar tani dan sampai awal, memang kena mengejangkan otot kakilah berdiri. Seawal lepas Maghrib pun orang dah ramai bersidai kat tepi-tepi tu. Ada yang siap bentang tikar lagi...

Dek kerana lama sangat menunggu, 10 minit sebelum pukul 9 malam, my superheroes dah mula buat hal. Si Abang dah give up menunggu. Dok ajak balik sebab kaki dah penat berdiri tepi tasik tu katanya. Si Adik pulak dah sibuk tanya kat mana dia nak landing sebab nak tidur. I dok fikir mereka ni terujalah dapat keluar sampai malam begitu gayanya rupanya tidak juga....

I dan HD pun doklah memujuk suruh tunggu kejap aje lagi 'kapal-kapal' nak belayar katanya.... Merengek-rengeklah mereka berdua ni sambil buat muka masam. Hai, dari lepas Maghrib tadi kita dok menunggu tak akanlah nak balik tinggal lagi beberapa minit jerk ni nak start! Tak mencapai matlamat keluar malam katanya tau!

Lagi menggugat kesabaran bila Pak Menteri Pelancongan nak buat ucapan dalam BM dan BI. Lama bedooh okey walaupun 10 minit jerk. Lepas aje pelancaran (ke sebelum...) adalah tarian warna-warni bagai tapi dek kerana port kami jauh sikit dari pentas utama, makanya nampak pun sipi-sipi ajelah. Gambar yang di ambil pun tak terang mana....





Lepas tu tetiba aje ada percikan bunga api! Nasib baik ah kak tak melatah. Kalau tidak, dah turut meronggeng juga kat tepi tu sambil melatah~_^



Mehlah tengok gambar bukan profesional dengan profesional yang ambil. Memang jauh berbeda okey *_*




Yang di bawah ni pulak of courselah pro yang ambil ya.... nampakkan perbezaannya ~_^

Sumber : blog.tourism.gov.my

Sumber : blog.tourism.gov.my

Sumber : tourism.gov.my

Ada 17 perarakan boat berwarni-warni sebenarnya tapi superheroes dah tak boleh tahan nak balik rumah. Tak kuasa nak tengok warna-warni lagi sebab dah penat. Makanya lepas perarakan yang ke-3 (State of Johor okey....), kami pun balik.

Hubbydearie pun bila orang dah mula ramai, bukan suka bertangguh dok berhimpit bagai. Laju je menuju jalan pulang.... Tak dan I nak ambil gambar lelama kat situ...




Bak kata Hubbydearie, di mana ada event, di situ pasti ada jualan minuman dan makanan kerana orang Malaysia memang lebih suka makan daripada menyaksikan event sebenarnya *_*

Sudahlah, jomlah kita balik tidur anak-anak dan suami tercinta!

Dalam perjalanan, my sister called,

Kau kat mana ni? Tengok Floria ke?

Tak! Floria belum start. Pi tengok Magic of the Night kat Putrajaya!

Cantik eh? Akak pun tengok juga ni dalam TV!

Huh!


Oh, alahai... buat penat den jerk berdiri longlai tepi tasik satu family!
 


 

Comments

  1. hehehe.saya nak pergi tapi bila dah demam taklah pergi. yang musical water fountain saya 3 beranak dengan kakak ipar n 4 org anak buah je yg tengok.dgn ada org nyanyi2 lagi.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah tak pergi. Buat sakit kaki jerk. Tengok kat TV pun okey. Masa berjalan keluar nak balik, saya nampak sikit punya besar skrin takda siapa pun tengok. Kalaulah saya tau, lebih baik duduk depan skrin menikmati lampu-lampu yang ada.

      Ha'ahkan, kenapa takda orang teruja nak tengok musical water fountain tu yerk? Ke kita yang terlewat pi tengok nih....

      Delete
  2. kita ni sepanjang minggu ni duduk depan TV dok tengok jer orang update kat FB blog pergi magic of the night ni.. dok tanya asben jugak best ker? dia kata tak best maknanya dia tak nak pergi la tu..hahahahaha.. minggu depan baru espido jimbaraya bermula. Almaklum la minggu ni robot 4 tayar masuk wad, makhluk 2 kaki patah sayap. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak ketawakan boleh? Tak marahkan?

      Sebenarnya Suria, akak tak terliur pun nak pergi MOTN ni tapi itulah suami tercinta, tersayang, separuh nyawa mencintai, ajak pergi. Dah remind berkali-kali sebelum hari kejadian! Haruslah kena pergi demi menjaga hatikan....

      Robot masuk wad? ICU ke atau wad biasa jerk? Kesian hantu-hantu di luar sana bila takda siapa yang peduli. Taklah glamor depa minggu ni :)

      Delete
  3. Kan senang tengok kat tv..hihii..tak penat kaki berdiri.

    ReplyDelete
  4. Hari tu gi Putrajaya jugak rumah anak sedara, tgk cucu baru. Nasib tak gi sini, kalau tak mesti kita terserempakkan kak Ton.

    Cerita pasal kereta, bot berhias ni teringat masa sambutan Bandar Maharani dulu .... Masa tu kecik, mmg jakunlah tengok benda cenggini. Budak sekarang dah tak heran dah. Lagi pun dah penat dah agaknya adik ngan bubbly abg tu...

    Hihi.....best apa makan makan sambil tengok lampu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita memang tak berjodoh nak berjumpa, Mak walaupun katanya duk sebelah jerk *_*

      Kita ni assume anak-anak kita tu terujalah tengok bot berhias bagai tapi alahai, merajuk aje kerjanya. Itu komplen, ini komplen. Letih nak melayan. Ingatkan mereka happy dalam keluar rumah memalam. Very rare occasion kami bawa mereka keluar memalam cam ni tau!

      Mana ada makan-makan, OKje. Beli ayam goreng sorang dua ketul, bantai dalam kereta juga sebelum Maghrib. Itu jerk makan malamnya.... Sampai kat sana, air pun tak bawa. Manalah budak-budak tu tak komplen!

      Delete
  5. Sempat lagi tu singgah pasar tani beli ikan apa semuaa. heheh. Nani pun tengok kat tv jugak sebab tak dek orang nak drive pegi putrajaya.Sobss T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak ikan besar-besar, Nani. Sayang kalau tak beli ^_^ Nasib baik minggu ni tengah rajin masak juga. Kalau tidak, entah apalah nasib ikan-ikan tu semua!

      Akak tak tahu pun ada tunjuk dalam TV. Kalau akak tau, tak akan kuberdiri lelama kat tepi tasik tu tau!

      Delete
  6. laaa...kat tv pun ada ke? tengok kat tv boleh bersenang lenang sambil berbaring makan kacang, takde la sakit kaki...hehehe, tapi dapat tengok live lagi bestkan walapon nampak sipi-sipi je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ouch! Ouch! Ouch! Sila jangan diingatkan lagi MOTN ni ada tunjuk kat TV. Sayu hati den mengenang nasib sampai sakit kaki nih! Hahaha....

      Kalaulah tau ada tunjuk kat TV, memang tak kuasa nak tunggu Pak Menteri habis berucap tau!

      Delete
  7. hai...hai...besan to be! saya sampai dah depan pintu ni
    tapi nyinggah kejab aje lah ye. busy sikit ni =)

    kenapa saya tak tahu pasal benda ni ye
    saya tahu pasal bab bunga tu aje, tu pun beria aje mychintahati
    dia boleh buat dek aje...menci tau
    last2 lepak kat food festival kat shah alam tu aje =)

    mana tau kat situ ada antu, penah jumpa apa ke?
    kalau jumpa minta autograph la....posing sikit sesama ke?
    pastu suh si suria lekat lekit cover cite kat blog dia, dia suka cite antu kan =)

    nasib juga saya tak p...
    kalau tak confirm lagi hebat kamera cap ayam snap gambo...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, dah sampai depan pintu dapur tu, jomlah masuk terus. Kita pekena cheesecake dengan kopi sekejap. Dah lama tak gosip lite-lite gitu.

      Oh, HD yang kecoh dok remind. Segala apa kejadian kat Putrajaya tu memang HDlah yang selalu ingatkan. Kami ni ikut aje. Suka tak suka, belakang cerita. Dah suami tersayang mengajakkan....

      Floria tu rasanya saya tak pergilah sebab saya bukan suka munge-munge matahari nih *_* Saya nampak bunga macam nampak hantu tau tak. Tak dan nak pecut lari 100m balik rumah!

      Tengok bangunannya tu terasa seram sejuk. Sunyi jerk. Kalau dah weekend sunyi, weekdays lagilah sunyi ya tak. Apa kata tetiba kita check in, kita-kita aje yang tidur kat hotel tu untuk hari itu. Tak ke naya jadi jamuan hantu-hantu dok takutkan!

      Kalau ya pun ada keseraman, memang kena beritahu Surialah. Dia memang suka mencari kisah hantu terkini ni. Sekarang dah sampai Jepun dan Korea dah dia pi cari hantu tau!

      Kena bawa DSLR kot kalau nak gambar cantik. Puas saya dok tengok masing-masing dok click smartphone pastu tenung. Saya pulak dok delete jerk.

      Delete
    2. ada cheesecake ke? ciss...terlepas!
      arini ada apa plak...cam lama plak nak lepak
      tapi kalau takde, singgah rumah lain dulu la

      Delete
    3. Laaa...hari tu ada puding jagung untuk dimakan 14 hari lamanya. Tak pulak datang. Kalau tidak boleh tolong habiskan *_*

      Hari ni I pi KLIA you....ronda-ronda *_* Tak sempatlah nak sediakan macaroni cheese, spaghetti bolognese, lontong dan skyjuice gitu ~_^

      Delete
  8. Mana2 ada karnival pasti akan ada jualan makanan sebab akan ada pembeli yang akan membeli..
    Ayat last sekali yang tak menahan.. hehehe..
    tengok kat tv je.. ekekeke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memangkan.... Yalah untuk tujuan peniaga cari untung juga tapi hilang kisah karnival, makan-makan lagi sedap jadinya....

      Ouch! Ouch! Ouch! Tolonglah jangan ingatkan! Sedih hati den ni tau! Buat sakit kaki jerk!

      Delete
  9. hahaha..ending entry ni memang kelakar. eh cop, ikan x busuk ke letak dalam bonet lama-lama? ke akak rendam dalam tasik sementara tunggu MOTN start? saya malas lah g tmpt gini..orang ramai, berebut parking lagi..tapi bab makan tu saya suka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. I is ada tempat ais dalam kereta you..... Sayanglah kalau tengok aje ikan-ikan besar tu kat pasar tani. Rasa sesal separuh nyawa jerk kalau tak beli. Tapi sampai ke hari ni, baru 2 ekor yang jalan. Dua lagi tak bersiang. Tunggu HD tolong siang. Kalau lambat, nampak gaya ikan dah busuk baru dapat makan!

      Parking okey lagi, Sal. Kita parked kereta kat Hotel Pullman tu. RM4 jerk pun. Tapi, berdiri lama tu yang buat lenguh kaki. Dahlah pergi sehelai sepinggang. Kalau tau, akak bawa siap-siap tikar mengkuang bagai dengan makanan dan minuman semua! Manalah anak-anak tak mengeluh penat. Siap tanya tu manalah Adik nak tidur nih, sambil gulung-gulung rambutnya!

      Abang tak payah ceritalah, muncung dah berdepa-depa!

      Delete
  10. kaknoor pun sama dgn diaoran kat atas lepak2 kat depan lagi best lah MD dripada nak jalan2 tu, maybe faktor umur jugak suka duduk je kat umah dah tak suka jalan2 kecuali ada hal yg penting yg wajib jalan baru lah pakai lawa2 hehee, tapi kaknoor tabik lah MD suka bersusah2 berjalan hebat lah anda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingatkan anak-anak sukalah KakNoor bila dapat keluar malam-malam dok tepi sungai sambil tengok bunga api dan bot berhias. Rupanya mereka dah bosan menunggu lama sangat. Saya pun sampai sakit kaki dibuatnya *_*

      Saya memang tak berapa suka event macam ni tapi HD ni mengkonpiuskan betullah. Adakala tak suka tempat crowded, adakala HD yang beria-ia ajak kami pergi!

      Delete
  11. Ala..rugi saya tak pergi ni..saya suka tengok macam ni.. kalau ad kat sini boleh ajak suami ke sini gak.. masa ke korea dulu, sanggup jalan laju2 nak menyaksikan pertunjukan macam ni.. ramai orang kat tepi sungai hangkuk ke hang apa tah masa tu. Bila buat kat tempat sendiri tak pergi jenguk pun kan.. hihi.. syok2.. tapi kalau dah ramai sangat tak selesa juga kan..bawa anak2 pasti suka sangat la diorang melihat warna warni tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, rajin juga ya, AN ni bawa anak-anak ke event macam ni. Mereka tak kisah ke kalau bersesak penuh orang? Anak-anak saya ni keletah lebih. Penat pun ya juga. Yalah dari sebelum Maghrib dah sampai kat Putrajaya. Lepas tu kena berdiri lagi tepi tasik menunggu hari malam dan perarakan bermula. Memanglah budak-budak tak suka!

      Delete
  12. tak kuasa berhimpit dgn org ramai mcm ni. bkn tak nak menyokong event kat malaysia ni. tapi ntahlah takde hati kot. mcm ur sis ckp dlm tv pun ada. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. HD dan akak pun biasanya tak suka tapi entah kenapa suami tercinta ni dok ajak pergi tengok pertunjukan bot berhias ni. Dah diajak, kita ikut ajelah. Ingatkan anak-anak pun suka. Rupanya mereka penat. Akak bila kata nak ke Putrajaya hari Jumaat cuma teringat pasar tani jerk. Ikan besar-besar *_*

      Delete
  13. tak tahu pula pasal ni..yg Floria tu tau gak la..buat apa nak ambil tahu kalau eventnya tu jauh benar dari Kedah ni.huhu

    memang org Malaysia suka makan.tak dapat dinafikan

    tempat2 camni yg tak bestnya tu kena bersesak2 dengan orang ramai..lagi anak buat perangai..lagi baik tengok kat TV je la sambil kuak lentang macam ur sister.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang serentak dengan Floria. MOTN ni bermula dari 28hb sehingga 31hb Mei manakala Floria bermula 30hb sampailah 7hb June kalau saya tak silap! Kalau Mami ada sini, memang wajib pergi Floria ni. Sebab Mami takda, tak kuasalah saya nak tengok munge-munge semua! Saya bukan hantu bunga pun!

      Hahaha...itulah kisahnya! Kalau dah ada festival ke apa tu, apa salah berjualan minuman dan makanan sekali untuk tambah pendapatan. HD tak faham bab itu ^_^

      Ouch! Janganlah diingatkan lagi! Sakit balik kaki ni tau!

      Delete
  14. Hahaha dlm TV pun ada MD..
    tak pe lah.. kelebihan MD dpt tengok live.. lagi bestkan..
    tapi ada sakit hati jugak disitu kan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah CH. Kalau saya tau ada tunjuk dalam TV, tak mahu saya menenggangkan urat kaki. Sakit sendi bagai berdiri lama. Kesian budak-budak. Tak teruja sangat pun mereka sebenarnya. Mula-mula ajelah keterujaannya!

      Delete
  15. hihi
    tp tak pa tgk live lain sikit feelingnya kan. saje pujuk hati. makan makan tak dapat dipisahkan :)
    ddk la cerok mana pon kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah berbeza feelingnya, CikSu... dengan sakit kakinya berdiri lebih daripada 2 jam, dengan letihnya melayan anak-anak yang dah penat dan boring, dengan lapar dan dahaganya sebab tak menjangkakan tiba awal dan acara bermula lambat. Tengok depan TV lagi best kot ...

      Delete
  16. Rajin MD gi event macam ni kan. Dulu pon gi jugak kan ☺

    Macam yg kita selalu taip, en somi memang tak suka tempat sesak lagi menyesakkan ni. Stress kita tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, tak! Ini kali yang pertama pergi ke MOTN. Yang lepas tu pesta lampu ke apa. Hot air balloon pun saya pergi juga. Hahaha... Dalam pada tak suka, pergi juga kalau suami ajak. Tapi yang peliknya HD ni pun tak suka tempat crowded, tapi bila dia teringin, tak ingat dah padat ke tidak tempat tu!

      Delete
  17. saya pun x tau ada siaran langsung kat tv1 . rugilah x tgk ... alahaiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah! Saya pun tak tahu ada siaran langsung. Kalau tidak, saya dah beri suggestion pada HD untuk bentang toto aje tengok depan TV ~_^

      Delete

Post a Comment