Shhhh.... Jangan bising ^_^



Salam 6 Ramadhan kawan-kawan!

Wah, pagi-pagi dah penat! Syok betul dapat tidur 15 minit dalam kereta tadi bila sampai pejabat. Yalah, bulan puasa bukan kena berebut-rebut nak memulakan tugas. Tak payah bersarapan. Tak payah sibuk nak bergosip pepagi buta. Duduk diam-diam dalam kereta buat amal lebih sikit lepas tu tertidur berdengkur !

I sekeluarga bangun sahur pukul 5 pagi. Dan-dan cukup masa untuk minum dan rasa itu, ini sudahlah. Untung banyak sebab kami sekeluarga (me, Hubbydearie & Bubbly Abang sahaja manakala Adik Cute tak puasa... niat aje lebih tetiap malam) memang tak boleh nak makan berat-berat pagi-pagi macam ni. Abang pun setakat minum Milo. Makan roti sapu marjerin/jem kalau teringin nak makan. Hubbydearie setakat dapat minum air 'sejuk' dalam fridge tu pun dah cukup gembira tak terkata. And me, memang nak minuman panas aje. Nak makan tak kuasa nak buka mulut ~_^ Kalau gaya gini memang slimlah raya nanti tapi based on pengalaman, takdalah turun banyak mana pun gramnya *_* Mission memang tak pernah accomplishlah kalau setakat nak kurus di bulan Ramadhan ni ~_^

Takpalah... mission lain kita pertingkatkan... ya tak?

Okey, baru masuk tajuk hari ini...

Buat pengetahuan kawan-kawan yang dah mengenali my mak mertua a.k.a. Mami di alam maya, beliau dah pun selamat sampai di Malaysia pukul 8 pagi tadi. Dari Tashkent pukul 9.30 malam semalam (12.30 tengah malam di Kuala Lumpur) dan penerbangan mengambil masa 8 jam. Ketika I menaip entri, mungkin Mami dan anak lelaki kesayangannya (my beloved Hubbydearielah!) on the way pulang ke rumah. I ada called Hubbydearie tadi tapi macam biasalah, HD nak catch up borak-borak dengan Mommy setelah setahun setengah tak berjumpa makanya disuruh 'Call me later!' .

Oh, terasa macam isteri 'angkat' pulak bila Mami ada.... 

Nampak tak? Nampak tak kapalterbang Uzbekistan Airways dah mendarat di KLIA? ~_^
And, mulai hari ini akan bermulalah episod 'kurasa terasing' di rumah sendiri. Dah Mami dan Hubbydearie berborak sakan dalam bahasa ibunda, maka I pun terpinga-pinga macam biasa. Tolong ketawa sama aje walaupun tak faham. Yalah, orang ketawa kita ikut ajelah. Mesti something kelakar sebab itu mereka ketawakan, takkanlah ketawa sebab sedang berduka-lara  ~_^

So, inilah dugaan kedua di bulan Ramadhan. Honestly speaking, selepas XX tahun (bukan 20 tahun ya...) berkahwin dengan Hubbydearie, inilah kali pertama kami berpuasa bersama-sama Mami di Malaysia. Oh, gentarlah juga! Pening kepala I nak sediakan apa untuk berbuka dan sahur. Tak tahu cara mereka macamana. Kalau ikut kata Hubbydearie, buat macam biasalah. Mami tak akan komplen, kalau komplen pun apa salahnya! Bukan boleh menjawab pun! Oh, tidak! Suamiku sungguh tak supportive gini....

So, dek kerana kedatangan Mami yang ditunggu-tunggu sejak bulan Disember tahun lepas (yang asyik tertangguh aje tu...) kami pun 'bertapa' di rumah cuti hujung minggu yang lalu. Mengemas rumah macam nak rak weyh. Habis semua bagi kilat bersinar-sinar sampai silau (sebab itulah Adik Cute pakai spek hitam di rumah ^_^). Mana yang tak bersinar, kita polish habis-habisan. 

Yang sungguh rasa macam nak pitam bila Hubbydearie over-over mengemas lebih daripada I. I basuh bilik air, dibasuhnya semula. I kemas ruang tamu, dikemasnya semula. I kemas bilik Mami, eh di kemas balik kerana serba tak kena pada pandangan matanya. Semalam pun bukan main beria-ia mengvakum di bilik Mami. Duplohkali toleh pun, masih tak siap mengvakum. Bersih bukan main! Cuba kalau hari-hari biasa, sepuluh kali minta tolong, baru dapat sekali! Oh, tahulah... Mami kesayangan awak nak datang!

Bila dah siap semua, Hubbydearie tak beri masuk bilik Mami. Habis separuh perfume dibuat room spray. Nak pengsan I rasa. I tolong yang mudah-mudah aje. Letak balik pakaian yang Mami tinggalkan dulu, atas katil. Tukar cadar dan pasang curtain baru di biliknya. Basuh selipar Mami yang biasa dipakai di rumah (kalau tidak, berhabuklah seliparnya tu...keh3x) Hubbydearie kata kalau Mami puji pun tentu pujian akan jatuh ke menantu Melesyanya sebab rajin sungguh walaupun semua HD yang buat, mengikut katanyalah!

Sekarang ni I nak menggoogle resepi untuk menu berbuka petang nanti. Mami dah tentu rindu mi goreng togel dan ayam masak kari menantu Melesyanya. Oh, ya! Mami suka makan drummet hot & spicy Ayamas tu tau! Sekarang ni instead of menyediakan menu mengikut anak tekak Hubbydearie, Bubbly Abang dan Adik Cute, I kena juga ikut tekak Mami. Yang moleknya, Mami suka spicy food. Kalau di Tashkent tak boleh makan pedas-pedas sebab Dada tak tahan pedas. Maka bila datang Malaysia ni memang enjoylah kami melantak yang pedas-pedas aje sambil gelak saling tak faham apa katanya *_*

30 hari ya Mami akan berada di sini.

And, the bad thing is....

Kemungkinan besar I akan beraya di KUALA LUMPUR!

Huaahhh....  (sambil guling-guling atas karpet bawah meja kerja) jadi perantau okey lagi. Tapi jadi anak perantau di pagi raya sungguh sadis bunyinya. Asal ingat aje nak nangis dah!

Don't cry for me, JOHOR! 

P.S. Awat 'alignment' lari pulak ni......









Comments

  1. saya rasa diorang bergelak ketawa kerana ketawakan kak MD..hahaha,takdelah, jangan bersangka buruk di bulan mulia. 30 hari, lama tu!ala kak, tabahkan jela jiwa raga beraya di Kolumpo, belum kena beraya di Tashkent lagi. Nanti ajak la Mami mertua balik kampung kat Batu Pahat tu. Kot dia nak..selamat melayan ibu mertua tercinta!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, kalau depa gelakkan akak lepas tu akak pun turut gelak tak ke sadis namanya tu! Mentertawakan diri sendiri. Hahaha.... Oppss.... mulut tak boleh buka besar sangat bila ketawa, ini bulan puasa ~_^

      Aduhai, Sal. Sungguhpun akak ni ada kaitan dengan si Tanggang (abang berlainan bapa, berlainan mak dan juga salasilah keluarga) tapi bila kata tak balik masa raya puasa tu, nak meraung meronta-ronta macam kena histeria. Tapi nak buat macamana, keranamu suami, aku turutkan ajelah!

      Delete
  2. Wah....30 hari yang mencabar..good luck hehehehe...alah..menantu kesayangan, masak apa pun mesti mami makan ehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu...terus ketaq kepala lutut. Mak mertua biasa-biasa aje, menantu yang over-over takut. Yalah, anak lelakinya suami kita. Sekali dia kata tak suka, nangislah menantu nanti. Hahaha!

      Delete
  3. Takpe MD, biar LM wakilkan raya di johor ye! Ehehe...

    Wahhhhh dah smpi pun insan yg ditunggu2. Mujur dia paling suka kari dan ayamas . Kalau yg payah2 mcm kima kambeng bagai tu( eh susah ke kima??) ye lah maksudnya yg lagi rumit payah gak kan sbb balik kerja dh ptg kalut2 nk masak yg rumit2 agak leceh juga.

    Rasanya mertua MD akan bahagia sgt puasa kat sini sbb MD rajin masak byk2 menu, ada menu adik, menu suami menu abang.. Klu LM yg jenis masak satu lauk, satu sayur..mau mertua bungkus baju lps dua hari duk sini. Kih kih kih

    Bab jd org asing kat rumah sendirik tu tak blh bayang MD ketawa sama tapi tak tau apa lah cerita yg mereka borakkan .. Mesti best kan.. Byk sgt cerita yg nk dibual bila la x jmp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huaaaaaaaaa.... (lagi panjang hah meraung!)

      Saya ni anak Johor sejati. Tak balik kampung bertahun takpa, tapi janganlah tak balik masa raya puasa. Den sedih nih... Ini kali pertama dalam hidup kejadian begini! Huhuhu....

      Mami dah biasa makan rumit-rumit kat sana makanya kita bagi masakan simple ala MD kat sini pulak! Petang ni saya rasa nak masak ikan masin masak lemak+nenas, goreng cendawan, daging masak lada hitam. Ayam je tak tahu nak buat apa sekarang ni! Untuk makan berbuka aje, bersahur tengok macamana. Kalau semua tak mahu makan, lagi afdal. Senang cerita kehidupan saya sehari-hari di bulan puasa!

      Argghhh...itu lagi tension LM. Mereka berborak aje dua beranak, nanti malam sure ada yang join sekaki dari US. Saya ni melopong aje! Selalunya bila penat melopong (dan menguap) saya bangun buat kerja rumah. Lagi baik!

      Delete
  4. Wah..hari ni ada berita gembira rupanya.. kena fikir positif.. ini peluang nak kumpulkan pahala banyak2 ni..haha, sedap cakap orang ya, apa pun silalah bertabahla ya kawanku..

    Tu tengah tgk korea ke tengok drama uzbek tu? Haha.. malam2 ni tenang lagi kot sb wakti terawih ni.. balik nanti ha.. ops masa buka puasa tadi macam manalah ya.. esok citer masa makan lak yem. Kot HD makan sambil sembang dengan mami je..

    Untungla MD dan anak beranak makan mudah je masa bersahur.. saya tiap2 pagi masak nasi segenggam.. suami nk nasi juga walaupun lauk sejenis yang dah masak malam.. xda tenaga kalau xmakan nasi katanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, yalah....gelakkanlah ^_^ Nasib baik mak mertua tak demand nak itu, ini... Kalau tidak, memang banyaklah pahala terkumpul sebab kena akur *_*

      Mana ada Korea-Korea lagi, AN. Sejak seminggu lepas dah cuba tak tengok. Nanti kalau tengah best, tetiba kena berhenti menonton, tak seronok pulak. Sekarang ni borak emak-anak tak panjang mana sebab kena pergi solat tarawikhkan. Balik pun dah pukul 10 lebih makanya masing-masing terus masuk bilik nak tidur.

      Oh, makan sambil sembang tu dah tentulah. Berbuka dulu. Makan sikit. Solat Maghrib. Lepas tu sambung makan dan berborak. Tapi kita takdalah duduk semeja dengar mereka berborak. Banyak kerja nak buat!

      Nasib baiklah bab tu. Pagi-pagi memang tak teringin pulak nak makan berat. Macam pagi tadi Abang minum teh O dengan 2 batang sosej aje. HD minum green tea yang Mami bawa dari sana. Saya pulak macam biasa dengan Milo dan kurma 1,2 biji.

      Delete
  5. Dulu bunda mesti kena nasi jugak....senak kebelakangan dh mula kurangkan nasi...ialah tengok umurlah kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sama. Masa muda belia remaja memang nak makan berat aje bila sahur. Tapi kali ni tak lalu betul nak makan. Dapat minum air pun jadilah. Itu yang jadi 2,3 gelas bila berbuka. Sahur pun semug air Milo dah cukup. Kalau lapar telan kurma sebiji, dua...

      Delete
  6. Welcome to Malaysia mami:)
    Ala MD tak payah pening-pening, macam kata tadi kalau mami complaint pun MD bukan faham. Dia senyum MD senyum. Apa-apa dia nak cakap via HD kan rasanya dah diolah sebaik mungkin utk tak nak buah hati dia terguris. Oklah tu... nothing to worry:)

    Sekarang google ajelah resepi yg agak-agak mirip dari sana mesti mami suka:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang terjadi semalam, kak... Kalau takda penterjemah bahasa, memang masaklah nak berbual! Mak dan kakak saya datang pun masa tu HD takda, makanya berbuallah mereka bertiga antara faham dengan tidak. Saya yang tengok pun rasa nak gelak. Kalau saya jadi kakak, dah lama saya minta diri balik rumah cepat-cepat *_*

      Oh, kak... Mami bukan nak makanan menu orang Uzbek. Mami nak masakan dari Malaysia khasnya lauk-pauk pedas orang Melayu!

      Delete
  7. Kakcik pun akan beraya di Kuala Lumpur je. Meh le bawa Mami jalan-jalan ke rumah kakcik yang takde hidangan istimewa di hari raya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, Kakcik... Manalah tau sesat jalan tetiba di pagi raya, tau-tau terpacul beri salam depan pintu rumah pulak ~_^

      Hajatnya naklah juga pujuk HD balik sekejap. Tak dapat beraya di kampung, lepas solat raya tu balik pun takpa. Tapi raya tahun ni hari Jumaatkan... makanya kena dua kali solat dah! Aduhai, lewat petanglah baru sampai kampung kalau jadi.....

      Delete
  8. Owh, belum apa2 lagi dah mula jeles dgn Mami ni?
    Hahaha, tak lama tu MD.... 30 hari jer.. pejam celik pejam celik dah cukup sebulan...
    Pandai Mami plan nak berpuasa dan beraya dengan menantu maleseya nya...
    Selamat beraya di perantauan... Dah buat ucapan raya ke belum kat BH/Utusan? Hahaha, larriiii....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab jealous tu memang sejak dulu lagi, Nur ~_^ Yalah, awak tak tahu suami kita macamana. Kalau depan Mami aduhai....baik sungguh anak lelakinya ini. Never say NO kata omputih!

      Yalah, jangan dikira hari tu. Kalau kira memang lambat. Biarkan ia berlalu. Barulah cepat terasa. Chewah!

      Arghhh... ni yang nak merintih hiba ni! Watpa ingatkan! Nak sorok bawah meja menangis lagi!

      Delete
  9. rasa macam nak gelak pula baca entry ni
    lama MIL kat sini tu, tapi chill lah MD...30 hari aje bukan bulan =)
    part raya tu paling kelakar, hehe...kita dapat balik kampung!
    tinggallah ye...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aiyoo, 30 hari kalau kena convert kepada jam dan minit, lama tau YY!

      Ish, menyampah betul mendengarnya! Puasa baru 7 hari dah sibuk nak balik kampung! Rilekslah kak reporter. Puasa habiskan dulu baru cerita pasal balik kampung!

      Delete
    2. saja aje nak berlagak dengan orang tu
      lagipun sonok apa balik kampung
      bukan macam orang tu =)

      Delete
    3. Alahai, macam first time balik raya pulak! Cer tengok kita ni, raya kat KL for the first time. Ada berani join sekaki?

      Delete
  10. Alah.. bawak je mami balik Johor nanti kita jumpa kat sana ek.. tapi eerr.. raya kedualah.. kalau jadi balik Johor.. u roger-roger ai hokey.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keluarga saya besarlah, Aiza. Kalau Mami ikut balik ke rumah kakak, memang segan sikitlah dengan riuh-rendahnya. Nanti semua orang kena 'beri laluan' kat mak mertua saya pulak. Kesian kat emak saya yang dah tua tu, terasa hati pulak *_*

      Hahaha...jangan-jangan atas jalan dah jumpa bila jem nanti ^_^

      Delete
  11. 30 hari..jangka hari yang sungguhh pannjanngg tuh..sobsob!!..takpa,..jangan rasa terasing sudah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dihitung hari memanglah panjang. Lagilah mak mertua ada bersama, lambat pulak masa berlalu *_*

      Delete
  12. Nyampah tau....apasal nak rahsia sangat tahun kawen tu?....Eleh....
    Ohhhh nilah sidang blognya..... official inform mami dah sampai KLIA hihi......Alhamdulilah, nampaknya bonus pahalalah Ramadhan kali ni yek. Besar pahala memberi makan ibu bapa, lebih lagi bulan puasa cenggini. Mami sihat? Tak sakit lutut?

    Dah katanya nak menyambut mak dia Kak Ton, surelah rajin tak mengingat hihi... Kasi chance ajelah sebulan ni dia puas dengan mak dia hihi.... Kak Ton layan ajelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai Mak ni.... Memang kalahlah dengan Mak kalau ikut level kegedikan nak kahwin. Tengok ajelah umur anak Kak Ton berapa tahun....

      Bukan main ya Mak ni... suka betul dia kita dapat pahala besar bulan Ramadhan ni. Apa kata Mak ajak makpak mertua yang sepelaung aje tu duduk sama-sama di bulan puasa. Banyak berkat tau ~_^

      Mami sihat ajelah dek penangan makan ubat tak tinggal. HD pun sebelum Mami datang jerk rajinnya timbul. Lepas tu dah hilang rajin dah macam selalu...

      Delete
  13. woo kira mami dok sini smp raya la ekk..apa salahnya baru pertama kali kan MD nak puasa n raya dengan mertua .layanlah sebaiknya..sebulan je pun jadi isteri angkat.hehe

    kira ok la HD nak jugak kemas bagi berkilqt satu rumah.klu en suami mak pak dia dtg kita yg sakit.hahaha...takdanya nk tolong kemas. tolong gelak adalah..kata kita pura2 rajin plak depan mertua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah tak salah tapi tak biasa. Kekoklah...maklumlah mak mertua den kan jauh. Tak biasa sebenarnya ada orang lain di rumah selain kami empat beranak. Macam semua pun nak kena berjaga, nak tertib gitu. Maklumlah mak mertua namanya :)

      HD memang macam tu. Kalau Maminya datang tentu datang rajin tetiba. La ni dah tak berapa rajin dah!

      Delete
  14. Welcome to Malaysia Mami. Hehehe :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. bertabahlah akak berdepan dengan mak mertua selama 30 hari. Nak jaga mak mertua punya hati lagi parah dari mak sendirikan *_*

      Delete
  15. 30 hari..until raya ya MD. relaxlah...entah2 orang johor mai hantar ketupat dan rendang..
    maklum, anak bongsu tak balik..
    atau apa kata bawa Mami balik BP..tengok bandar, tengok mahkota yang baru nak siap tu...
    tengok orang BP menyambut raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanyalah, Anim. Nak tanya sampai bila macam tak patut pulakkan. Yalah, datangnya setahun sekali. Kalau tanya bila balik, bukankah macam tak suka aje *_* Tapi setahu kami, mereka boleh tinggal di Malaysia tanpa visa selama 30 hari. So, Mami sampai pada 23hb Jun yang lalu. Makanya kalau ikutkan tilikan, mungkin 20hb Julailah baru balik. Flight ke sana pun cuma ada hari Isnin, Selasa dan Jumaat. 20hb tu paling dekat...

      Nak juga bawa pulang ke kampung tapi takut terkejut pulak tengok keadaan rumah musim raya. Yalah, hampir semua ahli keluarga ada dari anak-anak, menantu, cucu dan cicit emak saya *_*

      Delete
  16. Baru nak comment mami raya kat sini ker?? rupanya iyer...
    ermmm takpelah kak, pengalaman tu beraya dgn MIL dr oversea.
    Sure dah pernah kan sbelum2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanyalah, Lyn. Besar kemungkinan. Nak tanya bila balik takut kecil hati pulakkan...

      Mereka tak kisah pun beraya di mana kerana hari raya puasa bukan besar mana pun di sana! Ini kiralah kali pertamalah Mami beraya di luar negara tanpa keluarga yang lain dan suaminya. Kira pengalaman pertamalah ni....

      Delete
  17. ok lah tu MD , HD tlg kemas dan bagi bersinar . tak le ralat sangat kan ... klu mcm tu , mmmy HD tu senang nak urusnya . tak cerewet sgt mkn . kadang kan ada bagus juga dia x faham atau tau cakap bhs kita sbb x de lah bebelan kan klu ada conirm HD x sampaikan kat MD ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni yang selalu membebel itu tak kena, ini tak kena, HD ajelah. Emaknya memang tak kata direct kat kita sebab tak sefahaman bahasa pertuturannyakan...

      Kalau ikutkan mak mertua ni tak cerewet mana tapi si anaknya tu yang cerewet sungguh perihal layanan terhadap emaknya! Pengsan kita dibuatnya tau!

      Delete

Post a Comment