Wajah kesayangan hamba -Edisi terkini ^_^

Salam kawan-kawan!

Walaupun katanya sibuk, sempat lagi waktu lunchbreak siapkan satu entri ~_^

Agar segala pose ala kasanova de la romeo gitu tidak terperap lama dalam folder, kenalah I bertabah mengupdate blog sekali lagi (alahai, sebenarnya nak cukupkan kuota 30 entri sebulan nih!)

Ini cerita semalam lepas I pujuk suruh mandi petang. Adik ni kalau suruh mandi memang ada liat sikit. Ada aje alasan diberi. Katanya kejap, kejap lagi pun boleh mandi. Tak pun dia belum siap buat Legonya tu. Tidak pun tengah menonton kartun dalam youtube. Maka, I pun guna terus kuasa veto selepas segala pujukan manja tak jalan.

Si kecil ni ada pakaian favorite di rumah. Kalau dia suka, itu ajelah dia rotate 10kali seminggu. Lepas tu memang tak reti nak pakai seluar panjang. Sayang segala baju tidur yang ada. Semua dia tak mahu pakai. Setiap hari dia akan tanya ada tak lagi seluar pendek nak pakai! Makanya tidur malam pun berseluar pendek. Jangan harap dia rasa sejuk. Dia tidur dalam aircond lagi. Kalau kita tutup dengan selimut, kejap lagi dia di hilir, selimutnya di hulu sana!

Sebaik aje lepas mandi semalam, macam biasa dia minta seluar pendek kegemarannya, Baju pun semua yang senteng jadi kegemarannya walaupun size untuk budak 3-4 tahun. Kalau sekarang beli baju Adik, I ambil size 5-6 tahun. Kalau nampak kecil sikit cuttingnya, I ambil 7-8 tahun terus!

Dah siap-siap pakai bedak dan sikat rambut ala zaman 70-an katanya, dia terus tanya kat I,

Mommy, nak spek mata yang Adik baru beli!

Nak buat apa?

Adik nak pakailah ni... dah malam! (Adik... apa kena mengena spek mata hitam dengan hari dah malam ni.....silap ilmu dah ni rasanya!)
 
I pun pergilah ambil. Spek ni dia pow sepupunya suruh belikan. Kata my niece, dia yang pilih sendiri. Harganya dalam RM50. Minta tukar lain, dia tak nak. Dia nak yang ini juga! Siap-siap sarung dia pun minta I ambil gambarnya ~_^

Nah, tengoklah hero Melayu-Uzbek tengah berposing ala-ala ngengada aje Mommy tengok ^_^








Adik Cute pening sebenarnya tak tahu nak posing untuk siapa. Ramai betul cameraman kat depan tu (Eh, Mommy and Daddy aje sebenarnya!) Kalau posing manja ngadap Mommy, Daddy merajuk. Posing gedik ngadap Daddy, lagilah Mommy merajuk sampai tengah malam! Maka, Adik dah pening ~_^

Tamat sesi fotografi, Adik pun sambung main Lego sambil-sambil libas Lego yang merata atas lantai dengan kakinya!

P.S. I. Lepas ni Acik, minta maaflah takda kisah Bubbly Abang sesaja sebabnya dia sedang low profile sekarang ni sebab selalu aje jadi target Mommy buat model untuk blog. Dia nak minta bayaran RM10 satu gambar yang keluar makanya takdalah gambar terkini buat masa ni. Buat dia minta backdated payment habislah Mommy tak mampu nak engage model sado lepas ni... Hahaha!

P.S.II. Selamat menyambut kedatangan Ramadhan ya kawan-kawan semua. Kalau ada salah silap yang I tak sengaja lakukan dan manalah tahu terlebih berlawak/mengusik hingga berkecil hati tanpa pengetahuan I, harap sudilah maafkan ya! Kalau diberitahu ada yang kecil hati, I janji tak buat lawak lagi ~_^




Comments

  1. Eleh cakap jer org gile selpie, dia tu pun lebih kurang sama aje, disuruhnya adik pose sebagai pengganti mommy.

    Kalaulah dia boleh muncul kat blog ni, rasanya lebih over dari mak ni hihi...

    Amboi adik..... tak mo kalah tuuuu ....spek sampai Rm50 henggit kalah sangat auntie ni tau....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.... tapi takdalah macam Mak sampai hilang ingatan bila suruh bergambar ~_^ Oh, kalau boleh tempek muka kat sini rasanya memang hari-hari ada muka saya walaupun takda kaitan dengan cerita. Makan maggi pun buat entri sambil tempek satu gambar tengah hirup maggi macam dalam iklan TV *_*

      Delete
  2. Budak gebus ni betul-betul buat auntie-auntie senyum tau. Tak mahu kalah nak posing dgn sunglass lagi. Pandai juga dia pilih MD. Cantik design. Adik kena jaga tu auntie takut mummy pinjam utk driving pergi kerja:)

    Selamat menjalankan ibadah di bulan ramadhan MD. Maaf kakak pohon atas apa juga yg tidak terkenan di hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan ini aje dipow kakak sepupunya. Dia suruh beli dua helai lagi t-shirt. Tak kalah juga... dia pilih warna apa yang dia nak beli. Kata kakak sepupunya kita ambil t-shirt warna lain, dia kata tak nak! Kalau dengan Mommy pun macam tu, memilih pakaian apa dia mahu!

      Same to you, Kakzakie. Kalau ada tersalah kata, terlanjur bicara mohon maaflah ya!

      Delete
  3. Selamat berpuasa buat MD Sekeluarga..
    Memang cute adik tu..
    terserlah hero Uzbek dia tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa buat CH dan keluarga juga. Moga ibadah puasa kita tahun ini lebih bermakna lagi.

      Adik ni time dia nak berposing, tak dan nak tunggu kita ambil smartphone. Macam-macam posing dia beri sampailah penat *_*

      Delete
  4. He he kali ni tak boleh seyum.la MD..gelak beso terus tengok gambo adik pakai spec hitam..macam gaya orang nyanyi tara kuca tara kuca tu he he.comel sungguh adik.abang tak de spec hitam ke MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang pun ada spek mata juga tapi takdalah sampai teruja nak pakai di rumah. Keluar pun jarang nak makan kecuali mood berkacamata hitam sampai *_*

      Delete
  5. Selamat berpuasa MD..belum habis terlepas pulak komen..tu la telefon ni kecik beno.bukan jari acik kedabak tau MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa buat Acik sekeluarga juga. Rajin-rajin memasak untuk menu hidangan berbuka ya, Acik!

      Eh, terbalik! Patutnya Aciklah yang cakap gitu kat saya sebab saya yang jarang-jarang masuk dapur memasak ~_^

      Delete
  6. peghhh!!!kopak aih kalau keluar dengan adik..mau tak beli lauk seminggu semata2 memenuhi nafsu serakah adik nih..hahha..

    Salam ramadhan ye..saya pun nak minta maaf kot2 la selama kita dok usik mengusik ni ada yang buat MD tersedih,tersentap,terguling2 makan hati..heheheh..gurau senda membawa bahagia slogan untuk bulan puasa ni ye..supaya bulan puasa kita tambah ceria..gitewwwww....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...time dia demanding memang ginilah gayanya. Itu belum tengok gaya membeli-belah toysnya. Siap ambil satu bagi kat Abang, ambil lagi satu bagi kat Mommy. Ambil 2,3 lagi sampai penuh tangan sendiri. Lepas tu komplen, macamana dia nak pegang semua. Biasanya sampai je kat kaunter, semua saya letak tepi ambil satu aje ~_^

      Salam ramadhan dan selamat berpuasa buat Diana sekeluarga di Penang. Yalah, sama juga dengan saya. Kalau terlebih gurau sampai berkecil hati ke apa minta maaf banyaklah ya. Manalah tahukan kita bergurau tapi orang terasa dan kita tak sedar. Ampun maaflah banyak-banyak ^_^

      Oh, bulan puasa ada slogan yerk? Tak tahu pulak.... Hahaha!

      Delete
  7. alahai comelnya dia. rambut tu disisir kemas rapi
    kata model kan. hihi

    sama lah dgn saya juga mommmaaf andai ada salah silap spnjng dtg balas komen di sini

    selamat berpuasa juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-samalah kita bermaafan ya, Ciksu. Yalah, kalau ada keterlanjuran kata ketika mengomen tu maaf ajelah ya. Tak perasan kadang-kala bila dah over bercakap *_*

      Selamat berpuasa buat Ciksu dan keluarga juga baby comel *_*

      Delete
  8. Comelnya Adik... geram tengok pipinya tu. Putih melepak lagi...

    Sedap dipeluk tu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat bantal peluk memang sedap, kak. Campur dengan jeritan batin manja-manja bila kena peluk tu lagi alahai rasa malas nak ke mana-mana *_*

      Delete
  9. comelnya adik cute ni
    geram nak cuit pipi tu =)

    saya pun samalah MD ye, kot terlebih gurau ke
    sungguh-sungguh minta maaf ni
    kadang tak perasan kan, main lepas aje!
    kosong-kosong ye =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kosong-kosonglah, YY. Nanti kalau tersilap kata lagi, kita minta maaf sekali lagi masa nak raya yerk ~_^ Maklumlah kalau berkomen ni memang ikut sedap jari jemari aje menaip. Kita anggap bergurau tapi manalah tau orang di sana terasa hati dalam diamkan. Maka marilah kita memohon kemaafan sesama insan gitu ^_^

      Delete
  10. Comeinyala budak kecik tu... geram tgk.... salam ramadan MD.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan, Nora. Semoga ibadah puasa kita kali ini lebih diberkati :)

      Delete
  11. Comel gambi adik2 ni.. macam mana sedara mara tak sayang ya.. ala dik lain kali minta 2 spek hitam ya, bagi aunty satu tau...amboi, pandai dia nk bergaya dengan spek hitam ya. Nampak ke dik.. kalau aunty ni, rasa gelap alam kalau sekali sekala try yg hitam, mmg rela xpakai walaupun terik cuaca..xsedap..

    Budak2 ni mana sejuk kan.. rasanya kedua ahmad ni pun mmg spesis sama. Baju terselak, lengan pendek dan seluar pendek selamba je tidur nyenyak. Mama dah berstokin bagai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun jarang pakai spek hitam ni kecuali kalau panas terik sangat sampai tak boleh nak buka mata memandu!

      Adik dulu ada satu spek mata, pun dia pilih sendiri. Jangan main-main, bingkai warna pink hitam lagi ^_^ Dia memang suka ikut suka hati dia aje tau. Kalau kita suruh ambil yang kita berkenan, dia buat tak tahu aje. Macamlah dia yang keluar duit.

      Anak-anak saya semuanya sama ikut perangai Daddy mereka. Memang kulit tu tebal ke apa tak tahulah. Langsung tak hairan sejuk, sejuk aircond lagilah tak heran. Kita ni pulak yang rasa macam nak pengsan kesejukan!

      Delete
  12. amboiii hensemnya model cilik ni... tergoda klu awek2 tengok.. haha..
    yg si abg siap mintak upah erk klu jd model blog..padan muka mummy..hahhaa.. kena bayar lah lepas ni... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang dah penat jadi model. Ikut aje cakap Mommy. Dah tiba masanya berundur diri ~_^ Kalau nak juga, sila bayar duit poket lebih sikit. Alahai, kopaklah. Dahlah blog Mommy bukan menjana pendapatan pun :)

      Delete
  13. amboi adik..demand spek mata mahai tu..pelbagai gaya beraksi minta cubit..tahulah awak tu cute..samalah Aiman pun dah low profile tak nak dah jadi model blog ibu..tp takdelah smp demand RM 10.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... penatlah jadi model percuma di blog Mommy. Asyik-asyik suruh posing. Letih!

      Adik setakat ni memang rajin kalau suruh bergambar tapi tak selalulah dan ikut suka hatinya saja...

      Delete
  14. amboi, hensemnya hero sorang ni!makan hati bakal-bakal besan menengoknya.nasib baik I xde anak pompuan..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik takda anak perempuan lagi. Kalau tidak, pening akak nak cari bakal menantu perempuan no. 2. Hahaha!

      Delete
  15. kemain adik berspech mata hitam. dah mcm panca sitara versi muda.. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang musim pakai spek hitam. Hilang musim berspek ni, tak tahulah dia nak pilih apa pulak!

      Delete
  16. amboi , hero pop yeh yeh tu ... heheheee ... mmg cute ... geram lak tgk anak org ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. La ni minggu memakai cap pulak, Vee. Hujan ke panas ke, cap tetap kena sarung. Kalau sarung ke belakang tu dia sukalah, nampak brutal sangat si Adik Cute nih!

      Delete

Post a Comment