Bila tiba bulan puasa...antara dua bangsa...

Salam 14 Ramadhan kawan-kawan!

Bertemu kita sekali lagi dalam rancangan ketuk ketampi entri seterusnya ~_^

Sekejap aje masa berlalu, tahu-tahu dah 14 hari kita berpuasa. Tak lama lagi dah nak masuk Syawal. Bermakna dah semakin hampir hari raya. Persiapan hari raya berjalan lancar ke? Dah siap semuanya? I ni mula pun belum lagi. Rasa tak teruja pulak memandangkan kena beraya di Kuala Lumpur. Mungkinlah untuk anak-anak I belilah sedikit sebanyak, tanda sambutan Hari Raya. 

Walaupun tak pasti bagaimana, I memang rasa nak beraya di sini sahaja. Tak payah pening-pening kepala. Takpalah walaupun ini kali pertama beraya di perantauan dek kerana mak mertua!

Bagaimana pula dengan target yang kita letak ketika menyambut kedatangan Ramadhan? Hampir tercapai kesemuanya atau masih banyak lompong di sana-sini? Personally for me, ada juga lompongnya sana-sini. Terutama bab mengaji. Banyak lagi nak dikejar kalau nak khatam dalam bulan Ramadhan ini. Harapnya berjayalah...

Memandangkan I bekerja dengan orang Jepun, sememangnya setiap hari I dikelilingi oleh bangsa mereka, jauh lebih banyak berbanding dengan bangsa sendiri. Ada di antara kawan-kawan I di pejabat ni yang berkahwin dengan lelaki Malaysia. Sepanjang I bekerja di sini, banyak juga yang I kenali berkahwin dengan lelaki Melayu. Datang dan pergi silih berganti...

Cuma satu aje persamaan yang I nampak. Dan ini merupakan pengalaman I sendiri. Jangan dibandingkan dengan pengalaman kawan-kawan yang mempunyai rakan yang sama. Mungkin juga ini kelompok terpencil di pejabat I, tidak mewakili keseluruhan mereka yang berkahwin dengan lelaki Melayu beragama Islam *_*

Setiap kali datangnya Ramadhan, my kawan-kawan yang berkahwin dengan lelaki Melayu ini (tentunya mereka pun memeluk agama Islam, kalau tidak macamana nak kahwin...) tidak berpuasa. Pelbagai alasan yang mereka maklumkan to me. Kadang-kadang I rasa kelakar tapi jauh di lubuk hati I rasa simpati. Sudah tentu mereka ini bertukar agama hanya kerana untuk berkahwin. Dan sebenarnya tanggungjawab suami masing-masing, yang beragama Islam, amat berat untuk membimbing mereka ke jalan yang diredhai Allah, mengajar dan mendidik mereka tentang Islam yang sebenar...

Bila bulan puasa, I tak keluar makan. Makanya, selalulah nampak mereka memanaskan bento masing-masing. Dek kerana menghormati I yang berpuasa dan terpaksa menghidu bau makanan mereka, yang beragama Islam ni nanti akan memohon maaf sambil memberikan alasan mengapa tidak berpuasa pada hari itu.

Ada yang kata kerana gastrik menyebabkan mereka tak boleh berpuasa... Ada yang kata demi menghormati bos yang mempelawa makan tengahari bersama; yalah, bos pula rakan sebangsa jadi sukar untuk menolak ~_^ 

Ada yang kata masih lagi dalam percubaan untuk berpuasa penuh walaupun anak-anak sudah berkahwin! Dan, macam-macam lagi alasan yang diberi kerana tidak berpuasa. Makanya, I sangat simpati kerana merasakan secara jujurnya suami masing-masing tidak ambil peduli tentang si isteri yang terombang-ambing lagi akidahnya walaupun sudah lama berkahwin!

Di pejabat I ni ada disediakan dua buah surau (bilik kecil sahaja yang boleh menempatkan 2 orang bersolat pada satu masa) untuk lelaki dan perempuan. Sepanjang I bekerja di sini, setahu I surau lelaki tidak pernah digunakan walaupun kami ada beberapa staf lelaki berbangsa Melayu. Surau perempuan pulak kalau ditinjau, hanya dua, tiga orang yang sama berserta dengan semua makcik cleaner dari Indonesia! 

Gambar dari pakcik Google yang baik hati ^_^

Kalau difikirkan semula, kemudahan ada di depan mata tapi takda siapa yang peduli untuk menunaikan solat. Tak kiralah di bulan puasa atau pun tidak. Maka, adakalanya ia menimbulkan rasa musykil bangsa Nihonjin ini.... Mengapa perlu bersolat ketika waktu kerja kerana tak semua Muslim yang ada 'perlu' melakukannya...

Nah....

I juga ada seorang kawan Jepun yang berkahwin dengan lelaki Melayu, yang akan bersolat di bulan puasa sahaja ^_^ Dia pernah memberitahu I yang 'lebih elok' kalau di bulan puasa kita bersolat lima waktu walaupun katanya most of the time, memang sukarlah nak mencukupkan solat 5 waktu ~_^

I cuma mendengar aje, dan menyelit sepatah dua kata bila perlu. Memang timbul rasa simpati di hati bila mendengar kisah mereka ini. Anak-anak dah besar panjang tapi masih lagi tak tahu Islam itu sebenarnya indah dan mudah sahaja! 

Semoga mereka diberi peluang untuk mendalami Islam yang sebenarnya sebelum betul-betul terlambat!

 

 

 

 



Comments

  1. Kasihannya kepada mereka dan lebih kasihan kepada sang suami yang membawa mereka memeluk agama Islam tetapi tidak memberikan mereka bimbingan yang sewajarnya... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau fikir-fikir baliklahkan kak, hendak juga saya tau apa si suami buat? Langsung tak pikul tanggungjawab yang satu itu ke? Atau, si suami yang berubah mengikut bangsa isteri nih? Very confusinglahkan...

      Delete
  2. Tu la kan bukan senang nak bimbing mereka yang lahir bukan Islam kalau mereka sendiri sebenarnya tidak mengenali Islam & convert kepada Islam semata mata untuk sebuah perkahwinan. Besar tanggungjawab suami tapi bila suami meringankan tanggungjawab tu mereka akan selamanya takkan faham Islam. Nak cakap pun kita sendiri tak sempurna.. so cakap sikit je la tanda singgah kat blog ni. Kang singgah tak cakap apa2 orang tak tau lak kita ada menyinggah. So, kena tinggalkan kesan tapak jari kat sini hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baiklah den ni walaupun berlainan bangsa dan benua, agamanya sama. Kalau tidak, berat bahu ni memikul tanggungjawab. Dahlah dosa sendiri tak tertanggung, dengan pasangan tak terbela akidahnya...

      Yalah, kita pun ilmu agama kurang. Nak menegur sampai menyalahkan itu ini tak baik juga. Mereka orang baru makanya kita kenalah ajar sedikit demi sedikit.

      Hahaha... oh ni mengomen sebab nak beritahulah dah singgah yerk! Alahai kesiannya :)

      Delete
  3. Replies
    1. Semoga mereka diberi hidayah dan masih berpeluang mengenal Islam dengan lebih baik lagi...

      Delete
  4. Allahuakhbar... beratnyaaaaa tanggungjawab. moga dibukakan pintu hati mereka untuk belajar islam yang sebenar2nya amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian bila melihatnya. Yalah, adakala kita rasa macam tak nak menyibuk hal rumah tangga mereka. Yang bertanggungjawab si suami yang beragama Islamlah sepatutnya. Tapi akak salute dengan satu perempuan Jepun ni yang kahwin dengan lelaki Melayu, terus pakai tudung dan betul-betul mendalami Islam! Memang respek dengannya!

      Delete
  5. sedihnya dengar cerita ni.
    apabila si suami gagal mendidik ahli keluarga dia
    memang sia-sialah semuanya...tanggunglah di akhirat nanti

    nak cakap banyak pun tak reti sebab diri pun tak sempurna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila saya tengok, yang paling simpati dah tentulah kerana suami yang beragama Islam buat sambil lewa aje. Ajak kahwin aje taunya lepas tu terus lepas tangan. Tanggungjawab tu kan besar bila bawa orang masuk agama kita....

      Yalah, kita boleh perhati aje. Tegur secara lembut mana dapat. Nak cakap banyak, ilmu kita pun tak tinggi mana!

      Delete
  6. Kesiannya... Sebenarnya ada kelas agama bagi yg memeluk agama Islam ni.. Dianjurkan oleh PERKIM.. Hmm. Tak boleh nak kata pe bila kita yg dilahirkan Islam pun tak tunjuk apa yg sepatutnya kepada mereka tu kan... Hmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah dengarlah mereka sebut PERKIM. Makanya mungkin mereka tahu tapi kalau tak ditunjuk ajar, tak akanlah mereka tau-tau sendiri yang menuju dan belajarkan. Takda sokongan dari pihak keluarga sendiri. Memang sedih...

      Sebelum kahwin orang asing beragama berbeza, kena fikir baik-baik mampukah kita pikul tanggungjawab yang maha berat tu. Kalau tidak, kenalah fikir banyak kali. Kahwin bukan untuk hari ini, esok dan lusa aje. Kalau boleh untuk selamanyakan!

      Delete
  7. Moga insan2 sebegini akan mendapat hidayah-Nya. Saya dapat agak situasi yang MD maksudkan ni. Masa saya mula2 pindah ke selangor ni, ada saya jumpa orang sebegini. Yang lebih saya tak sangka ti sebab diorang mmg melayu asli.

    Namun dah 5 tahun berlalu alhamdulillah orang yang saya tengok macam tu pada masa kini dah banyak berubah. Ada yang sekarang ni menjaga sangat solatnya. Insya Allah rakan MD pun mungkin gitu juga nanti..

    Minta doa banyak2 moga kita yang membaca ni juga akan sentiasa dalam hidayah-Nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang kasihan tapi kalau boleh tak mahu masuk campur dalam urusan keluarga mereka. Cuma adakalanya bila masa sesuai, saya nasihati juga. Tanggungjawab tu sebenarnya jatuh pada suami dan keluarganya. Saya cuma menjangkakan yang pegangan si suami pun suam-suam kuku juga tapi tak beranilah nak kata itu puncanya. Yalah, siapalah kita nikan, ilmu agama pun tak tinggi mana!

      Delete
  8. Assalamualaikum Kak Ton.....ni mak datang niiiii.....

    Hihi....statement kena raya kat KL tu mcm memendam perasaan jer, mcm nak lepas geram jer gayanya ....

    Kak Ton....betullah sekejap jer dah 14 hari ek, sekejap jer dah nak raya. Sama ar, mak pun tak beli baju lagi, tak payah beli kot, pakai jer baju hijo hari tu masa anak sedara kawen. Beli baju budak jer.....

    Kesiannya tengok nasib kengkawan kak Ton tu, doakan yg terbaik ajelah buat mereka. Moga kesedaran akan timbul nanti. Rasa bersyukur sangat bila kita masih ada rasa berdosa bila tak solat. Tu satu nikmat Allah yg tak boleh kita nafikan tu....

    Udah mak nak tido weyh......babai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam!

      Laaa... orang jauh datang memalam rupanya! Mak baru balik solat tarawikh ke? Berapa rakaat ni, Mak? Sure yang paling panjang nih...

      Alahai Mak ni, macam tak faham. Waktu-waktu begini memang kena memendam rasa ajelah. Kalau cakap banyak nanti dicop celupar. Yalah, dengan mak mertua ni hormatnya lain macam sikit. Entahlah...

      Harapnya mereka masih berpeluang mendapat hidayah dari-Nya. Kalau tengok begitu memang kesianlah, tak dapat nak membezakan kepentingan agama dan bangsa! Betul tu, Mak. Kak Ton memang setuju. Kalau kita masih lagi rasa bersalah, berdosa bila tak solat, kira baiklah tu. Allah masih sayangkan kita!

      Delete
  9. syiok juga beraya di klni... akak dah biasa saebab mertua orang sini tapi gombakler.. so gombak masih lagi rasa kampungnyer.. dah bosan pi ambik gambar kat dataran merdeka, tugu negara ker... masani ler lapangnyer kl.. so seronok jg... kampungtu masih kita nak balik sangat sebab ada mak lagikan.. kalau dah takder nanti macamneerler rupa raya nyer nanti kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jadi, inilah kali pertama buat saya, Cho. Oh, rasa sebak juga! Walaupun tak selalu balik kampung, tak balik masa raya ni sedihlah. Setakat berhari raya Haji di KL ni dah biasa sangat sebab emak saya pun tinggal dengan kakak di KL.

      Nak balik pun bukan mudah nak bawa mak mertua. Lagi pun budaya berbeza. Keluarga saya pulak besar ahlinya!

      Delete
  10. Bukan senang mahu mendidik kalau tidak isitiqomah. Apa lagi yg sudah sekian lama cara hidup berbeza tetiba nak ikut cara kita. Tapi adalah tanggungjawab pasangan mendidik sebaik ia menjadi insan yg terdekat dlm hidupnya. Islam itu indah tapi kalau tidak ada kesungguhan tak mustahil akhirnya dua-dua menemui kegagalan. Sedih:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak berubah dari kebiasaan bukan perkara mudah. Kalau takda sokongan dan dorongan dari ahli keluarga terdekat, memang lagi sukar.

      Delete
  11. rasa cam dah komen rupanyer belum... ehm mengenang sedara seislam kita yang masih mengamalkan perbuatan yang macam bukan orang islamni membuat hati kita pilu... yerler kitapun bukanlah elok sangat tapi kan kalau dah amalan yang paling basicpun tidak dilakukan memang payahler kan... tapi Insyaallah akan berlaku perubahan dalam diri mereka suatu hari nanti.. samalah kita mendoakannyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada di antara kita yang beragama Islam tapi tak berperangai macam orang Islam. Apatahlagilah mereka yang baru mengenal Islam. Kalau tidak ditunjuk ajar dan diberi sokongan, memang hanyut begitu aje. Bercampur-aduk pegangan hidup mereka.

      Delete
  12. bukan senang nak jadi pembimbing ni kan..kalau diri sendiri iman tak kuat, cmane nak membimbing kan.seronok tengok macam dalam Jejak Rasul tu.isteri bangsa Jepun, suami Melayu, duduk Jepun tapi mengamalkan ajaran Islam..pucuk pangkalnya diri.kat Malaysia ni banyak kemudahan solat pun diorang tinggalkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal. Kalau nak berkahwin dengan orang yang bukan seagama, kena kuatkan pegangan agama kita dahulu. Nanti jadi masalah besar, tak dapat nak membandingkan antara tradisi, bangsa dan agama. Macam satu kawan akak ni, dulu pergi menyembah apa entah sempena ulangtahun kematian bapanya walaupun sudah memeluk Islam cuma katanya dia tak minum arak bersama-sama sebab dah jadi Muslim. Masalahnya, awak sembah tu pun dah jadi apa hukumnya?

      Tapi ada juga kawan akak yang kahwin dengan lelaki Melayu terus bertudung litup dan benar-benar mengamalkan ajaran Islam. Pokok pangkal pada pasangan yang beragama Islam dan hati mereka sendiri sama ada memeluk Islam sekadar untuk berkahwin atau benar-benar nak mendalami agama yang dianuti.

      Delete
  13. Mekasih atas perkongsian cerita MD. Sedih bila membacanya. Besar tanggungjawab yg nak di galas kalau kawin dengan berlainan bangsa ni. Didikan agama sangat penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu, Fiza. Bukan mudah nak membimbing saudara baru kalau kita sendiri yang lahir sebagai Muslim tak memahami agama sendiri. Akhirnya satu keluarga terumbang-ambing hidupnya...

      Nasib baiklah saya ni takda tanggungjawab walaupun kahwin dengan warga asing sebab suami memang beragama Islam!

      Delete
  14. jangan kata yg berkahwin dengan berlainan agama..yg seagama sebangsa pun terumbang ambing agamanya..so mmg tak heran sangat zaman Sekarang ni klu yg agama Islam tak pose..hanya mampu tepuk dahi..kesian kan..moga mereka cepat bertaubat dan macam MD kata diuberi peluang mendalami agama sebelum terlambat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu. Pokok pangkalnya hati. Kalau hati dah tertutup dari terima hidayah dari-Nya, memang kasihan sangatkan!

      Tapi bila kita berkahwin dengan warga asing yang bukan seagama, saya rasa tanggungjawab tu dua kali ganda lebih berat daripada berkahwin sesama bangsa dan agama. Sekurang-kurangnya yang sama bangsa dan agama tu, dah sepatutnya tahu hukum-hakam, tak perlu ditunjuk ajar lagi. Tapi yang berlainan agama ni, tanggungjawab kita sebagai pasangan yang beragama Islam untuk menunjuk-ajar. Salah tunjuk atau tak tunjuk ajar langsung, berat alahai beban yang terpikul di bahu!

      Delete
  15. oohh beraya Di KL tahun ni MD..
    tak pe lah berkorban demi mertua..
    kan MD isteri mithali :)
    Semoga Allah memberi hidayah kod mrk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak gayalah, CH. Memang rasanya raya pertama kami beraya kat IKEA ke, atau kat MV ke ~_^

      Delete
  16. ermm payah klu mereka duk berpikir mcm tuh. masuk islam sbb nak kwin. tapi tanggungjwab sebagi seorang islam susah nak di laksanakan. Semoga mereka di beri hidayah oleh Allah SWT. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang jadi masalah nanti. Sebab nak kahwin, convertlah. Tapi sebenarnya tanggungjawab tu terletak atas bahu pasangan yang beragama Islam dan keluarganya! Kalau dibiarkan aje belajar sendiri tanpa bimbingan, memanglah selamanya pun terumbang-ambing!

      Delete
  17. alahai mmg simpati sangat
    sma sma lah kita mndoakan buat mereka smoga tbuka pintu hati untk mndalami agama islam

    huhu. bab mengaji rasanya saya x smpat nk khatam.sbb dah ABC hari tu. mak saya semalam dh khatam di masjid dgn kengkawannya. seronok dgr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga mereka diberi petunjuk untuk kembali ke jalan yang sebenarnya. Kasihan kadang-kadang tapi sebagai orang luar, apalah sangat yang dapat dibantu. Mana dapat ajelah. Nanti dikatanya kita menyibuk hal mereka pulak, macam kita aje yang baik!

      Saya pun tak tahulah Ciksu. Awal bendera tegak berdiri makanya rasanya raya pun saya dulu yang raya ~_^ Banyak juga lagi ni nak dihabiskan...

      Delete
  18. itu org bukan islam convert ke islam . imannya nipis lagi . camna lak yg org melayu mmg dah sah islam ? ... th lepas ada seorg mekanik dtg umah utk betulkan keta my kakak . dia ni mmg mekanik tetap my abg ipar . kira kawan la . harga pun dah blh kautim . tapi selambe je minta air di bulan puasa . tak memasal yg bagi tu wpun puasa jadi bersubahat dan berdosa ... ermmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahulah nak kata macamana, Vee. Sekarang ni makin teruk gamaknya. Apa yang dah terang lagi nyata haram, boleh pulak diadjust-adjust ikut kesesuaian semasa. Parahlah macam tu kan. Sekurang-kurangnya mereka ni convert, kalau yang dari lahir beragama Islam tapi tak tahu mengamalkan cara hidup Islam sebaiknya, memang harulah!

      Delete

Post a Comment