Juadah berbuka sepanjang Ramadhan 1436

Salam 27 Ramadhan kawan-kawan!

Okey, dah nak penghujung Ramadhan ni,  I tak rasalah you all terliur bila tempek gambar-gambar makanankan! Yalah, dalam hati sibuk nak raya sakan aje, sibuk fikir persiapan raya yang mungkin tak habis-habis lagi nak complete, makanya setakat tengok gambar makanan takdalah besar mana masalah dalam kepala, ya tak? 

Lagipun I bukan chef tersohor, yang bila memasak dan ambil gambar aje, terus terliur meleleh-leleh saliva tak mampu dihentikan pengeluarannya ~_^

Waktu berbuka biasanya kami makan nasi putih dan lauk-pauk. Selang beberapa hari, I akan buat menu mi. Mi yang selalu berulang dah tentulah mi sup, mi hailam dan mi goreng ~_^ The latest semalam I masak nasi putih, daging goreng black pepper, ayam goreng kunyit (untuk Bubbly Abang), sup cendawan+kentang (untuk Adik Cute) dan cendawan digoreng bersama bawang, cili merah dan cili padi. Gambar tak sempat nak snap semalam!

Meh, tengok juadah berbuka my small family. Memang simple aje, tak macam rumah orang lain ^_^

Roti cheese
Roti John

Khas untuk Hubbydearie dan Adik Cute aje. Mereka berdua aje yang makan sushi!

Ini semua confirm belilah, tak pun ehsan dari belian my sister ~_^


Antara buah-buahan yang ada. Most of the time, tak sempat pun nak snap buah-buahan atas meja!

Nasi tomato

Nasi Arab
Mi goreng togel yang entah berapa kali kena repeat dalam sebulan Ramadhan

Kalau dah malas nak goreng ayam, memang makan drummet ajelah si Bubbly Abang! Senang betul kerja Mommy ~_^
Star of the bulan puasa (keh3x) : Sardin memijar mulut dek cili padi campak baling juga ~_^ Entah berapa kali kena repeat lauk nih!
Tomyam ayam yang serba tak sempurna sebab masa nak masak tomyam, banyak benda rupanya takda!
Kalau macam ni gaya memanglah lauk si Adik Cute. Adik memang suka 'pitball' (fishball) tak pun sosej + kentang + suun masak air macam ni *_*
Lagi satu lauk kesukaan Adik Cute. Dia suka menghirup kuah sebenarnya. Kalau tak habis, Daddynya sedia membantu!
Daging goreng dengan kacang panjang. Pun I aje yang kerja makan sebab tak pedas sangat! My superheroes pulak tak suka daging!

Menu ni pun entah berapa kali berulang : Ikan goreng masak asam

Meatball masak kari
Makaroni yang diubah suai mengikut tekak orang Melayu ~_^

Kobis goreng dengan sosej

Ikan goreng kalau tak habis, memang tak susah hati. Boleh diolah jadi menu lain esoknya ~_^

Ayam masak kari

Ini mem punya favorite : Ikan masin goreng dengan bawang+cili merah+cili padi. Mem makan ikan masinnya aje ~_^

Daging kisar+kentang+suun goreng. Yang penting taburan cili padi mesti sampai pijar mulut ^_^
 
Ayam goreng masak dengan sos cili, lauk ni memang khas untuk Abang. Almost selang beberapa hari mesti ada atas meja!
Sekali aje I buat sambal tumis sebab teringin nak cicah jemput-jemput bawang + ikan bilis dengan sambal tumis ni. I seorang ajelah yang melantak. Yang lain macam nampak alien ~_^

Comments

  1. Wuish..sedap2 semuanya ni.. adoi.. mmg mood nk balik raya dah ni..tapi apa kan daya arini kenalah juga daku membawa diri eh memandukan diri ku ke sekolah untuk hari terakhir.. syahdu kan? Huhu.. poyo tul ayat..

    Rajinnya MD ni..dalam kata malas masak, banyak juga makanan homemade tu.. tahniah...

    Di kesempatan ni, saya ucapkan selamat berhari raya buat MD sekeluarga ..moga raya kali ni korang gembira dan sihat. Makan ingat3 ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tabahkanlah hati memandu ke sekolah hari ni ya, AN. Alahai, satu hari je lagi. Esok dah cuti ~_^

      Kiranya bulan puasa tahun ni paling rajinlah saya memasak. Kalau tidak, makan luar aje kerjanya!

      Selamat Hari Raya buat AN sekeluarga juga. Mohon maaf kalau ada terkasar bahasa, tersilap kata ketika mengomen yerk :)

      Delete
  2. sambal sardin tu nampak sedap..tempek gambar sushi tu, ingatkan buat..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, kalau akak buat sushi, mesti something wrong somewhere tu, Sal...

      Sardin ni bukan main lagi dapat pujian daripada mak mertua tau. Ahah, itu yang repeat sampai bosanlah! Satu lagi ialah daging goreng black pepper. Itu pun melambung alahai pujian sampai akak hilang selera nak makan sebab bounce tinggi sangat!

      Mak mertua den kata, menantu masak lagi baik daripada beli kat PARAM (alahai, sekali tu jerk pergi beli kat PARAM pun...)

      Delete
    2. amboi, mami pun dah pandai guna istilah PARAM ke?yelah, lagi senang nak sebut

      Delete
    3. Sal ni.... itu akak yang guna dalam ayat. Mami tak cakap pun PARAM. Mami kata sedap lagi menantu masak daripada beli kat luar tu ~_^

      Delete
  3. Pehhh terliur tengok nasi tomato tu. Hahaha. Sedapnyaaa lahaii :D Mee goreng togel tu pun. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nani... puasa ke tidak ni? Hahaha....

      Tinggal beberapa hari aje lagi. Lepas ni makanlah jangan ingat dunia sebenarnya. Lepas sebulan Syawal nanti baru menyesal guling-guling atas katil empuk ~_^

      Mi togel tu favorite si Abang tapi dah mak mertua pun suka. Itu yang akak sedikit konpius nih!

      Delete
  4. aummmm..byk jugak menu.. lya plok kali ni beberapa kali j masak..byk berbuka rumah mertua..MIL cakap... xyoh masok-masok lah..meh buka rumoh ma.. haha

    apa lagi..langkah panjang laaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu sepanjang Ramadhan punya cerita, Lya. Biasanya 2,3 jenis aje sehari. Yang repeat masa tak terkata. Ikut anak tekak masing-masing di rumah. Untunglah mak mertua bagi green light suruh berbuka puasa di rumahnya. Lega banyak dah tu ~_^

      Delete
  5. Perghhh..meriah juga lauk pauk tu MD.. sy pun selalu dok masak sepanjang bulan puasa ni sbb ada adik menolong.... sekali dua ja beli kt bazar... hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan silap tengok, Atie. Sepanjang Ramadhan punya cerita. Kalau letak sehari punya hidangan, sikit aje. Banyak pulak kena menulis nak bagi entri panjang berjela macam selalu ~_^

      Delete
  6. Hari tu dah baca entri ni tp tak sempat nak komen....maklumlah puasa, haus hihi.....
    Yelah...yelah...taulah kak Ton nak jek mami, semua menu dimasaknya yek....confirm mami teringat ingat masakan menantu Melesianya esok pagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak sekarang ni puasa ke tak puasa, memang tetap jarang-jarang bersiaran. Asyik-asyik salahkan telefon. Ke memang berniat nak hibernasi selama-lamanya? Ni Kak Ton dah kembali ke udara, apalagi, jomlah kita meroyan bersama!

      Eh, terkeluar tajuk pulak reply komen ni ~_^

      Delete
  7. sedap2 semuanya...ikan masin goreng dgn dgg goreng tu memanggil2 je rasa...nasib baik bukan bln puasa dh hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan masin tu masak apa pun memang sedap. Kalau dapat masak lemak dengan nenas, aduhai....tak ingat dah mak mertua ada ke tidak. Tak pedulilah kalau nak jilat jari sekali pun :)

      Delete
  8. sakan juga menu berbuka depa.sedap2 semuanya..kira tak simple juga..sy lagi simple kot.hehe..baru datang komen ni..aritu sebelum raya macam2 hal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal... sesekali dia ke dapur memasak, memang havoc! Hahaha.... Kira biasa-biasa juga tu, PK. Kalau dapat kat tukang masak pro, memang tak dipandangnya menu simple macam ni!

      Ni dah habis puasa, penyakit malas masak datang kembali tapi kena ubah tabiat. Teruk dah kena tazkirah ~_^

      Delete
  9. Tgk lauk adik cute mcm
    Blh share ngan syafiq je. Nyum nyumsss

    Ehemm apa kata mkn ikan masin tu ngan bawang sekali MD? Ekeke..LM masak suka letal bawang banyak, sedap sket. Tp lepas tu agih kat pinggan org depan(hubby)

    Err mee goreng tu ank2 LM pasti suka. X leceh dorang nk asingkan togeh bagai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik Cute memang sup aje memanjang. Kalau seminggu kita masak sup gaya gitu, seminggu itulah dia menghirupnya. Nasi pun dia kurang sikit. Sambil makan, sambil menceceh, mana dan nak makan banyak-banyak!

      Oh, tak bolehlah, LM! Saya dah cuba nak kunyah sekali tapi hampa. Kalau tertelan bawang goreng tu takpa pulak! Nak buat-buat tertelan, tak bolehlah pulak *_*

      Saya lagi best. Kalau memasak, bawangnya bukan main hebat tapi bila tiba part makan, semua tolak tepi pinggan. Bak kata suami saya, pembaziran aje. Lebih baik tak payah bubuh bawang!

      Mi goreng rumah saya memang takda tauhu, takda taugeh, takda daun kucai dan sebagainya. Setakat mi, rencah dan daging/ayam aje. Udang pun kalau boleh jangan letak, bapaknya tak makan!

      Delete
  10. best sgt tuu menu berbuka puasa.. untunglah anak anak mkn sedap hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak saya pulak cerewet tahap gaban, Wan. Kalau kita aje beria-ia masak ikut suka hati, mereka tak semestinya suka makan! Tension tau ~_^

      Delete
  11. semuanya membuka selera lah mommy
    pebagai.seronok mummy ddk.mesia lelama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak lawan dengan Ciksu yang hebat memasak ni, apalah sangat. Ini pun saya rasa paling simple saya boleh sediakan. Nak suruh saya masak yang macam-macam style payah, memang takdalah dalam senarai hidup saya kot. Hehehe....

      Delete
  12. terliur tgk lauk pauk tuh...
    sabar je lah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik bukan bulan puasa. Eh, dah start ganti puasa ke atau puasa enam ni? Kesian alahai kalau tertengok lauk-pauk time-time puasa nih...

      Delete
  13. camni katanya simple...meriah tu
    cam2 warna dan rupa ada.
    next posa cadang nak buka dekat rumah u lah MD
    best nampak semua lauk tu =)

    saya biasa buka makan kuih or buah dan air
    malam sikit baru makan nasi
    termasuklah mychintahati dan afif
    aisyah mengikut aje =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu sepanjang bulan puasa, YY. Kalau hari-hari, 2-3 jenis lauk aje pun. Biasa-biasa aje. Paling champion bagai dikata of courselah masak sardin. Keh3x.

      Saya biasanya masa berbuka, memang berbuka sungguh-sungguh. Dah malam tak lalu nak makan. Sahur pun sama. Tapi bila bukan bulan puasa, lagi malam lagi lapar. Itu yang tak faham bahasa perut ni *_*

      Delete

Post a Comment