21 Julai 2015

Salam 25 Syawal kawan-kawan!

Hai, Syawal makin berlalu pergi nampaknya tapi sampai ke hari ini, I masih tak merasai di manakah letaknya kemeriahan menyambut Syawal kali ni....

Takpalah, lupakan hal itu. Lagipun cerita tentang raya dah  tamat semalam. Sanggup tu autopublished dua entri hujung minggu. Nak suruh I menghadap komputer hujung minggu macam tu, memang tidaklah. Tak kuasa nak bersilat di rumah  tu dengan kerjarumah dan anak-anak sambil-sambil menyelam teguk air berumbrella depan komputer katanya!

Hari ini entri menoleh ke belakang lagilah. Dah katanya semua cerita tergendala sebab tuan empunya blog berhibernasi syahdu, makanya kita habis-habisanlah bercerita 'baling belakang' yerk ~_^

Genap sebulan, tibalah masa my mother in law pulang ke kampung halamannya nun jauh beribu kilometer di sana...  Kiranya lepas kami pulang dari kampung pada hari raya kedua, saki-baki 2,3 hari tu adalah 'hari-hari syahdu'. Baik Daddy mereka mahupun my superheroes, masing-masing dah dok terkenang-kenang hari kepulangan Buvijon ke Tashkent (Weyh, napa nak tanya I syahdu ke tidak, agak-agaklah soalan kalau pun nak jawapan berapi-api meletup!)

Malang jugalah, balik aje dari kampung, sakit kaki my mother in law tiba-tiba jadi teruk. Tak pernah-pernah berlaku bila check BP, naik sampai 148! HD of courselah dah susah hati. Niat utama ibunya ke Malaysia adalah untuk berhibur hati dan merawat sakit kaki. Maklumlah katanya Malaysia panas sepanjang tahun makanya memang sukalah hati Mami tak perlu menghadap musim sejuk atau suam-suam sejuk gitu!

Dah hampir sempurna layanan seorang anak buat ibu tersayang yang HD berikan tapi bila dah dekat nak balik ni tengok ibunya mengeluh sakit, hatinya tercuit bimbang juga. Itu pun bila I kata perfectlah tu layanannya sebagai anak, simple je jawapan HD,

Perfect apanya! Ini sebesar zarah aje layanan yang I berikan berbanding Mami berkorban untuk kami empat beradik! Belum cukup nak panggil anak baik ke apa!

Oh, my.... kalau dah gitu katanya... layanan I kepada my own mother lagilah takda sebesar kuman pun jika dibandingkan dengan HD! 

Flight my mother in law pukul 9 pagi hari Selasa, 21 Julai 2015. I sebenarnya dah mula bekerja pada hari Isnin tapi I ambil jugalah cuti untuk menghantarnya ke airport. Dahlah masa datang sebulan lalu I tak pergi ambil kerana bekerja. Kalau kali ni pun tak berhantar pulang, nampak sangat macam tak suka ajelah pulak!

Walaupun Mami kata tak payahlah ikut ke airport, I kerah juga anak-anak bangun seawal pagi untuk ikut sekali. Masing-masing sempat cuci muka dan tukar baju aje. Apa ke tidaknya, pukul 6 pagi kami dah gerak ke KLIA!


Seronok mereka bermain berdua sebelum dilanda 'kesedihan' 


Malam sebelum berangkat pulang, sebaik aje selesai makan malam, HD dah suruh duduk sebab Mami ada 'ceramah' nak disampaikan. Lama oi, dari pukul 8 malam sampailah pukul 10.30 malam (habis drama Korea tak dapat tengok malam tu ~_^)

Yang paling banyak kena tegur dah tentulah Bubbly Abang. Kesian sungguh anak bujang tersado I ni... Bab apa lagi kalau bukan kerana berat badannya yang semakin bambam dan sebagainya. Yang kedua terbanyak, of courselah menantu Melesyanya pulak ~_^

Kata Mami, hidup I ni hanya untuk anak-anak. Lain takda. I tak kisah apa pun di sekeliling kecuali anak-anak. Kedudukan suami pun terletak lepas anak-anak. And, and, and...katanya macam dulu-dulu, nampak sangat I pilih kasih.... 

Dari segi apa?

Dari segi keperluan si Bubbly Abang. Apa-apa pun katanya I mementingkan Bubbly Abang. Kalau sediakan makanan, siap sediakan makanan khas untuk Bubbly Abang. Orang lain tak boleh sentuh even suami sendiri! Beli apa pun mesti nak bezakan Bubbly Abang berbanding dengan ahli keluarga yang lain. Aha... entahlah... pada pandangan I taklah pilih kasih tapi pada pandangan mak mertua nampak sangat pilih kasihnya! Suami sendiri pun bukan main menyokong kata-kata emaknya.

I pernah ceritakan dahulu macamana terjadinya begini. I menjaga keperluan anak-anak sama rata. Sebagai emak, I tahu apa yang anak ini suka, anak itu tak suka. Even suami pun I tahu apa kesukaan dan kebenciannya. Jadi sebab itulah I mengikut kata hati bila berbelanja/melayan anak-anak dan suami berdasarkan pemahaman I sendiri. Tapi dah disalahertikan oleh orang lain sebagai sikap pilih kasih.

Padahal kalau bab makan  tu, setiap kali membeli I akan belikan kesukaan Abang, kesukaan Adik dan juga Daddynya. Tapi yang mereka nampak, keistimewaan yang I berikan pada Abang aje. Yang lain semuanya dah tertutup mata hati, buat tak nampak. Tapi kalau dah dua orang terdekat kata begitu, manalah I mampu menegakkan my benang basah/tak basah pun I sendiri dah tak pasti ~_^

My HD pun kena juga. Yang paling kelakar bila Mami kata HD bukan main bangga anak-anak boleh berbahasa Melayu, English dan Mandarin tapi bahasa ibunda sendiri, sepatah pun tak boleh sebut! Mami kata next time kalau datang, nak tengok dua-dua cucunya boleh berkomunikasi dengannya; bukan dia yang kena belajar bahasa yang mereka fahami!

Padanlah muka HD.... lalalala.... dah banyak kali isteri mithali cakap tak mahu dengar sebab status kita sebagai isteri di bawah statusnya sebagai suami. La ni bila kena tegur dengan ibu tersayang, teruslah anak-anak dalam masa seminggu selepas Mami pulang, berpatah-patah perkataan Uzbek yang mereka dah tahu!

Jadinya banyaklah rutin hidup yang kena diolah semula. Dah tentu-tentu semuanya itu jatuh ke tangan Mommy mereka, tanggungjawab I lah tu untuk mengubah corak kehidupan sekeluarga. Berat oi tanggungjawab kalau semuanya tuju kat I. Bila berjaya nanti, bukan I yang dapat nama. Pandai pulak tu kata tak akan sebagai emak kita nak berkira, nak dipuji sesaja.... Oh, sadis rasanya!

Kiranya kali ni 'report card' I sebagai menantu cuma dapat 'B-' ~_^ Setakat sediakan makan-minum, basuh pakaian mak mertua dan berbual sekali-sekala (lebih kepada mendengar perbualan yang tak difahami) itu perkara biasa sangat buat orang Uzbek. Takda apa pun yang istimewa. Takpalah, lain kali boleh usahakan lagi ^_^ 

And, cuba teka siapa yang paling sedih sampai merah mata dan hidung sebab BuviJon dah balik? Siapa yang sibuk bertanya bila BuviJon nak datang lagi?

Of courselah budak yang paling banyak kena komplen ......

Si Bubbly Abang *sigh* (emoticon sedih tak jumpa pulak nih!)

'BuviJon, don't go back, BuviJon!'

'Please BuviJon, don't go back!' 
Hujan lebat pulak pagi tu... bertambahlah rasa syahdu alkisahnya...

I dan anak-anak sibuk tengok kapalterbang di menara tinjau, my beloved hubby and Mami sedang asyik berborak one last time sebelum Mami berangkat pulang ^_^

So, tamatlah sudah sesi berpuasa dan beraya buat kali pertama dengan my mother in law. Lepas ni tak tahu bila pulak Mami akan datang ke Malaysia lagi atau mungkin dah tiba masa kami sekeluarga pulak melawat mereka di sana ~_^

I pun dah 'dapat semula' my hubby. Kalau tidak macam dua orang asing menyewa bilik dalam rumah yang sama. Angguk-angguk dan geleng-geleng lebih banyak daripada bercakap. HD dah tentulah tumpuan hidupnya selama sebulan ini hanya untuk menjadi anak yang terbaik, yang lain dah takda dalam fikiran. Makanya kami tiga beranak terpaksalah pandai-pandai bawa diri dalam rumah 'yang dikongsi' bersama. Tapi betul juga kata mak mertua bila difikir balik (dan ini ditujukan buat menantu bukannya anak mithalinya ya), 

'11 bulan menikmati hidup bahagia bersama keluarga, apa salahnya sebulan ni tumpahkan lebih kasih-sayang dan perhatian buat sang ibu. Bukan meminta apa-apa pun, sekadar kasih-sayang tak berbelah bahagi dari seorang anak yang dirindui!'

Syahdu tak mendengarnya?

Syahdukan... 

Masa itulah baru terasa alamak..... aduhai... payah ni... ~_^

P.S. Kali ni flight ke Taskhent transit di Changi Airport, Singapura. Makanya lama sikit baru sampai ke Tashkent. Sampai aje di sana selepas hari kedua baru HD dapat bercakap dengan ibunya kerana sebaik sampai, sakit kaki Mami jadi semakin teruk sehingga dia terpaksa bermalam di rumah (kosong) anak perempuannya (adik HD yang tinggal di US) di Tashkent sebelum pulang ke  rumahnya sendiri. Alah, macam singgah jap kat KL City sebelum balik ke Kajanglah gitu gayanya...) Lepas beberapa hari di tanah air sendiri, barulah elok sakit kakinya. Dengar kata, sampai la ni masih lagi mencari ubat yang mujarab untuk sakit kakinya itu... Bila HD mohon maaf kalau ada yang tak terjaga dek dirinya ketika Mami di sini, kata Mami ' Teruskanlah menjadi anak yang baik' Dah cukup baik HD melayan kehendak seorang ibu dan setinggi-tinggi terima kasih buat anak lelakinya yang sangat menyayangi dirinya! Oh, bab ni akak boleh tumpang sedih!









Comments

  1. Syahdunya.... benar, betapa besar 'pengorbanan' seorang anak buat ibunya takkan sama dengan pengorbanan ibu buat anaknya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah tak terlawankan, Kakcik. Manalah boleh isteri nak melawan emak kepada suami kita. Betul tu, apa pun kita buat walau berkorban apa sahaja, tak akan dapat menandingi pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya. Bila mengingati fakta ini, sedih rasanya tapi bila diselimuti perasaan cemburu dan amarah, lain pulak jadinya...

      Delete
  2. Ok lah tu dapat B-...
    saya nak minta gred dari MIL pun tak sanggup... hahaha, takut nak tgk report card....

    Syahdu habis ayat MD... bukan main lagi ayat dia...

    Sian si bubbly Abang... Rapat sgt dia dgn bujivon... Bila sebulan luangkan masa bersama, tentu rasa kehilangan bila berpisah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak okey tu, Nur. Daripada A+ turun B-, nampak sangat ada yang tak kena. Hahaha.... Kena tunggu next visitlah, nak tahu gred naik balik ke tidak ~_^

      Oh, sebulan yang penuh pancaroba tau! Kita bukan tak suka tapi biasalah bila tiba bab menantu dengan mak mertua. Dalam kes saya, bahasa yang menjadi penghalangnya. Susah kita nak berkomunikasi, membetulkan mana yang salah, mana yang silap pemahaman!

      Selalu pun memang dialah yang paling sedih walaupun dialah juga yang selalu terima teguran :(

      Delete
  3. Sedih juga CH membaca entri ini MD..
    yang paling terkesan bila tulisan ini

    "11 bulan menikmati hidup bahagia bersama keluarga, apa salahnya sebulan ni tumpahkan lebih kasih-sayang dan perhatian buat sang ibu. Bukan meminta apa-apa pun, sekadar kasih-sayang tak berbelah bahagi dari seorang anak yang dirindui!'

    Memang makan dalam ayat ni MD..
    Kalau CH pun akan cakap pada MIL.. penuhkanlah sebulan ini bersama anakanda yg bonda rindui ini.. anakanda akan menunggu hingga kebulan hadapan hahaha...

    Memang patut akak dapat Gred C nanti kan MD hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahah, itulah...ada hati lagi nak cemburu kat mak mertua sendiri. Kan dah menyesal. Kah3x....

      Bukan cemburu apa tapi tahulah HD ni kalau melayan emaknya, memang lagi tinggi daripada first class, CH sampai kita ni isterinya macam angin lalu aje. Tak nampak langsung ^_^ Itu yang timbul rasa tak sedap di hati... Bab melayan emak macam ratu tu sebenarnya bukanlah saya marah pun. Kalau dapat sikap tu jatuh pada anak-anak saya, lagilah saya bersyukur tau! Tak ternilai rasanya bila dah tua dan anak-anak menghargai kita dengan kasih-sayang. Betul tak, CH?

      Ni bukan gred C, terus gagal penuh bergaya ni, CH ~_^

      Delete
  4. Sebulan mami di M'sia dia menilai semuanya. Nasihat diberi itu kena guna-pakai MD. Org tua tajam pemerhatian. Kasihnya juga tak berbelah bagi. Cuma kesiannlah sakit kakinya pulak dtg saat nak balik. Apa pun kakak pasti memori kasih yg diberi MD/HD sekeluarga sangat dihargainya. Dia sayang dan suka ke sini tu..

    Abang tu sedihlah nenek siapa tak tahu nenek punya style sayang tak sama. Cuma itulah kena belajar bahasa ibunda macam dinasihatkan. Ada 11 bulan kena belajar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasihat orang tua ya, kak. Mungkin ada betulnya. Sebab mereka terlebih dulu makan garam, mengalami apa yang kita alami sebagai emak. Kita ni bila perlakuan sendiri nampak semuanya betul, bila ditegur terasa hati pulak. Tapi mungkin kita tak sedar, adakalanya memang kita salah tapi tak mahu mengaku :)

      Mak mertua saya kata kalau terlalu ikutkan kehendak anak nanti kita bukan jadi kesayangan anak tapi musuh anak-anak sendiri ~_^

      Saya dah terasa-rasa ni bila sukar betul nak berkomunikasi dengan mak mertua. Apa yang ditegur walaupun terasa bukan salah kita sepenuhnya tapi tak dapat nak mempertahankan diri sebab tak boleh nak menjawabkan....

      Delete
  5. assalamualaikum MD
    kaknoor dah baca dari atas sehingga ke akhir nya memang syahdu nya..
    tapi kalau utk up kan gred B yang MD dapat tu belajar je ckp Uzbek kalahkan anak2 MD pasti gred U terus ke A heee caya lah

    nampaknya status kita sama lah nama je anak campur tapi bahasa sebelah bapa diaorang ni memang sepatah pun tak tau, bahasa bonda jugak yg anak2 minat haha nasib my MIL ok je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikum salam, Kak Noor!

      Itulah pasalnya, KakNoor! Kalau pandai berkomunikasi dengan mak mertua, memang dapat A++ ler! Ini batasan bahasalah yang jadi macam ni...

      Anak-anak dah biasa di sini dan tak nampak keperluan untuk belajar bahasa Daddynya, inilah jadinya. Saya dah kata lama dah kat suami. Pengajaran dari kawan sepejabat yang berkahwin dengan Melayu tapi anak-anak langsung tak pandai cakap Jepun kerana takda keperluan masa itu. Sekarang dah menyesal dan anak-anak pun komplen kenapa ibunya tak ajar bahasa ibunda. Tapi itulah HD ni orang bagi pandangan tak mahu dengar. Bila emak sendiri yang komplen, barulah sibuk nak 'buka kelas bahasa' berjam-jam sehari!

      Delete
  6. ala sedihnya kak...adat duduk berjauhan kan, memang macam tu. tapi dari cara akak cerita, Buvijon ni ok jugak orangnya, cuma mungkin culture yang berebza buatkan akak awkward. Insha Allah, cuba jadi menantu terbaik ye.. dah, I nak gi menangis kat bahu bubbly Abang. nape buat entry sedih! Sob sob...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya mak mertua akak ni okey aje tapi dah bahasa jadi batasan, itu yang jadi halangan. Penterjemahnya pulak ikut suka hati aje apa yang perlu diterjemah dengan tidak. Kitalah yang tension, maksud tak sampaikan sehingga jadi haru-biru pemahaman kedua belah pihak. Akhirnya, ada yang menjeruk perasaan!

      Orang Uzbek ni tradisi dan ikatan kekeluargaannya memang erat betul. Setakat apa yang akak buat tu perkara yang langsung tak dipandang oleh masyarakat mereka. Mak mertua akak nak menantu yang sentiasa aje bergurau senda, anggap dia sebagai kawan tapi hormat tetap tinggi melangit dan senyum aje walaupun hati dalam kesusahan!

      Eh, eh... nak landing kat bahu Abang pun kena minta izin Mommnya dulu! Ni yang nak rotan nih.... depan Mommy Abang boleh pulak dia landing atas bahu anak kita. A shoulder to cry onlah sangat-sangat yerk!

      Delete
  7. Besarnya kasih dan layanan suami MD pada ibunya. Sampai ke hati apa yg cuba MD gmbrkan melalui kata2 tu. blh bayangkan camne hebat layanan seorang ank buat siibu walau katanya x sebesar kuman pun.

    Ayat 11 bln bersama tu amat syahdu dan menusuk kalbu. Untung mil MD dpt menantu sehebat dan setinggi akhlak MD. LM kagum dgn MD, klu org lain blm tentu lg blh layan mertua sebegitu rupa tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab tu saya memang respek pada suami sendiri, LM. Saya memang tak pernah jumpa seorang anak yang mengangkat martabat ibunya begitu tinggi. HD tak pernah kata tidak pun pada emaknya. Jika emak kata A, A lah jawabnya. Cuma kalau ada pun diberi pandangan. Mak mertua saya pun sayang sangat pada anak lelakinya yang ini. Inilah anaknya yang paling independent, paling baik, paling hormat ibubapa tapi dalam masa yang sama, boleh tahan juga teguh pendiriannya dalam apa hal sekalipun!

      Saya ni tak sebaik manalah, LM. Kalau tidak, tak akanlah ada juga adegan kecil hati, Masalah bahasa sebenarnya. Lagipun masalah utama memang HD puncanya. HD ni bila ibunya ada disisi, memang berubah 360 darjah sampai kita pun tak kenal betul ke itu suami kita. Hahaha....

      Delete
  8. Alahai sian Mami. Moga kaki Mami dh beransur baik ya.

    Nampaknya Mami memang seorang yang prihatin dan penyayang. daripada komennya ni boleh tahu karektornya maca mana.. pasti dia sentiasa doakan yang baik2 buat anak menantunya yang ni.. jangan sedih2, saya tak rasa b- tu sesuai, rasanya mami bagi a lagi, cuma a bersyarat. teguran untuk buat anak cucunya lebih baik di masa akan datang..

    Moga mami panjang umo dan sempat datang sini lagi untuk tahun depan.. lain kali offer mami duduk 2 bulan pulak ya...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit kakinya ni kalau sejuk aje, mulalah... Dah sama macam menantu Melesyalah tak tahan sejuk. Tapi sebab saya jauh lagi muda, takdalah teruk macam tu. Mak mertua saya ni, kipas pun tak boleh kena. Kalau duduk dalam kereta, aircond pun tak tahan! Memang peninglah sebabnya kita tak tahan panas dan dia tak tahan sejuk.

      InsyaAllah, ketemu lagi di tahun hadapan. Acara tahunan ni, AN ~_^

      Delete
  9. mcm mana md sayang , care dan cuba beri yg terbaik kepada adik dan abang , mcm tulah yg mami hd buat pada anaknya . jadinya perasaan seorang ibu pd mami hd sebenarnya sama je dgn md pada anak - anak . bila dah tua nanti , kita juga mengharapkan anak yg kita besarkan ,masih melayan kita dengan baik wpun suda ada anak dan isteri . selalunya anak dehaka ni berlaku bila dia melebihkan kasih sayang , perhatian dan keperluan isteri melebihi ibunya ... alhamdulillah , hd tak jadi seperti itu . sebagai isteri mithali , pilihan yg ada hanyalah mahu si suami menjadi anak yang soleh kepada ibunya dan tak masuk neraka krn menghiris hati ibunya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari sudut itu memang betul tapi tau ajelah Vee, hati perempuan ni kan kuat cemburu. Bak kata mak mertua saya, dia pun cemburu bila anak yang dah disayangi ada wanita (isteri) untuk disayangi, begitu jugalah dia memahami kalau saya cemburukan perhatian yang diberi oleh suami kepada dirinya sebagai ibu tapi itu adatlah. Yang penting tidak terikut-ikut sangat dengan rasa cemburu. Apa pun sebagai emak, kita juga akan melalui saat itu.

      Kalau melihat pada suami memang saya lega. Harapnya anak-anak akan ikut jejak langkah Daddy mereka.

      Delete
  10. alahaiiii touching lak baca statement yg last tuh. Yelah, anak & mak jauh, anak pulak dah kawin. Sesekali berjumpa wajib lah berborak sakan.
    ermmm mmg betul lah kan, sudah tiba masa nya akak kesana menziarahi dornag pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam akak ni, nanti-nanti akan merasa juga kalau dipanjangkan umur. Masa itu barulah kita tau macamana rasa emak mertua bila melihat anak yang disayang, dimanja sejak kecil sudah ada keluarga sendiri dan dia pulak terpaksa menumpang kasih pada anak sendiri. Kalau ingat-ingat memang sedih....

      Delete
  11. Suami saya, tanggungjawabnya sebagai anak kepada seorang ibu memang terbaik. Saya sendiri pun kagum. Tapi dalam pada kagum tu tau ajelah kita ni perempuan, syaitan mudah sangat 'memujuk' makanya mulalah timbul rasa cemburu. Bukan cemburu sebab dia sayangkan ibunya tapi geram kerana dia tak pedulikan kita langsung di depan ibunya. Kalau ikutkan betul juga kata mak mertua, 11 bulan bagi kita bahagia bersama keluarga apa salah 1 bulan ni dia tumpang rasa bahagia dapat kasih-sayang daripada anaknya yang jauh!

    Terkedulah den....

    ReplyDelete
  12. Waaaaa, Nani yang dah duduk jauh dengan family ni pun bila dapat balik rasa macam tak nak berhenti borak apatah lagi suami akak kan dengan mami dia. Tapi tak pe, sekarang zaman dah acnggih bebila boleh berhubung :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Nani. Setahun sekali berjumpa tentulah banyak yang nak diceritakan. Asal ada di rumah aje, mereka dua beranak berborak sampailah masa untuk tidur. Itu yang akak dan suami bercakap aje jarang. Kalau nak tanya apa-apa pun masa dalam bilik sebelum tidur. Itu ajelah masa kami berdua :)

      Orang tua tak macam kita.... memang ada segala kemudahan tapi mereka bukan tahu guna pun ~_^

      Delete
  13. Ai suka statement tu.. memang touching sungguh..
    eerr.. ai pinjam untuk tajuk entry ai boleh..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, apa salahnya...

      Mak mertua banyak yang touching-touching statement diberinya sampai bila fikir balik, rasa bersalah pulak...

      Delete
  14. tetiba rasa touching juga...maklumlah kita pun mak
    manalah tahu kot besok menantu kita pun tersesat bangsa lain dan anak plak mengikut
    dah la anak lelaki...faham sangat harapan dan impian dia
    bukan selalu dapat berjumpa. bila dah jumpa of course harapkan yang terbaik

    emm, pandangan orang tua MD. mungkin pada kita biasa, tapi pada mereka lain
    dia nampak macam pilih kasih walau hakikatnya kita tak buat gitu pun
    manalah boleh diperbaiki, diperbaikilah
    hopefully nanti dia datang lagi, adalah improvement =)

    p/s-camne sakit kaki mami sekarang? sakit kaki sebab jatuh or penyakit? tak ingat plak penah baca pasal ni =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... yang sebenarnya kita faham sebab kita pun dah jadi emak juga. Tapi adatlah orang perempuan ni, perasaan cemburu adakalanya menguasai akal. Kata Mami dia pun cemburu tengok anak lelaki kesayangan melayan isteri dan tak syak lagi memang katanya menantu Melesya pun cemburu bangat bila suami melayan emak macam ratu. Tapi bila fikir balik, kita bersama anaknya sepanjang tahun manakala dia bersama anaknya sebulan setahun. Dahlah jauh mengembara datang nak jumpa anak, tentulah harapan tinggi menggunung anak akan layan dirinya seperti mana dia melayan kerenah anak-anak masa mereka kecil dulu dengan penuh kasih-sayang!

      Sakit kakinya tu kejap ada kejap tidak. Baru-baru ni HD hantar lagi ubat melalui kawannya yang datang ke Malaysia. Mami kata macam elok ubatnya tapi saya pun tak tahulah. Ubat bukan ubat doktor tapi ubat ayurverda ke apa namanya....

      Delete
  15. Alamak..... bergenang pulak air mata mak baca statement last tu......
    Yelah betul jugakkan.... Kak Ton dah 11 bulan memadu kasih, menonggeng terbalik dengan HD,,,,kasi chance ler kat mami berkasih sayang pulak dengan anaknya.

    Tak pelah Kak Ton bukan ke redho Allah terletak pada redho ibu bapanya.....
    Mana yg baik jadikan teladan mana yg tidak jadikan pengajaran....tp ada ke nasihat mak bapak yg tak baik ? semua tentunya baik baik belaka yek.... Senang ckp telan ajelah hihi.....

    Alahai abang memang syahdu sungguh mak tengok tu....
    Tapi kalau maklah jadi kak Ton, sure nangis gak tu time mami balik walaupun katanya menantu ada sikiiiiiiit juga hantu haha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah cemburu Mak begitulah... mana boleh fikir baik buruknya masa tu! Eh, sebenarnya bukan sebab cemburu tau tapi geram tengok HD berubah sikap 360 darjah sampai kita pun tak kenal siapa suami kita! Itu yang jadi tarik muka masam! Lagi satu, adat mereka kot, perempuan ni memang kena berkorban aje kerjanya. Besar mana pun pengorbanan, janganlah pertikaikan sangat sebab itu demi keluarga. Kalau setakat kena marah dengan suami tu, kira redha aje. Bak kata mak mertua, kena marah aje bukan kena pukul, kena terajang... buat apa nak tarik muka masam berhari-hari? Tapi kita yang merasa tetiba kena marah sebulan dalam setahun ni of courselah geramkan! Sebab nak tunjuk suami berkuasa terhadap keluarga boleh pulak tu nak marah depan mak sendiri! Teruslah rasa macam tak boleh diterima akal pulak ~_^

      Abang selalu macam tu. Bila nak datang dia sibuk bertanya. Bila nak balik, dia juga yang sedih menangis. Tapi dialah juga yang selalu kena komplen! Kalau saya jadi Abang, lagi tension rasanya!

      Delete

Post a Comment