Abang Botak Tersado, Abang Sado Terbotak ~_^

Salam 9 Zulkaedah kawan-kawan!

Macamana cuti hujung minggu yang baru? Seronok mengulit anak-anak dan suami? Semalam I dan HD tinggal berdua-duaan di rumah, ditinggalkan anak-anak tanpa belas kasihan ^_^ Bak kata Adik Cute bila I berpura-pura sedih ditinggalkan dengan Daddynya,

Alah... Adik pergi kejap je, Mommy! Daddykan ada! Mommy tinggallah dengan Daddy....!

Okey, takpa! Mommy pura-pura jerk sedih. Padanlah Adik Cute kena tipu jerk tu ~_^

My superheroes mengikut MakNgahnya pergi makan-makan dan lepas tu ke rumah my another sister di Selayang. Maklumlah, Mommy mereka sudah ditimpa penyakit malas ke dapur (oopsss...pecah rahsia!) makanya asal MakNgah nak berjalan-jalan hujung minggu aje, mesti mereka nak ikut. Lagipun dengan MakNgah dan kakak sepupu tu senang sikit kalau nak pow beli Lego. Tunjuk aje dapat! MakNgah tak sampai hati tengok muka penuh kesedihan dan kepura-puraan mereka tu ~_^

Oh, by the way, hari Sabtu kita ke Mitsui Outlet Park tapi balik dengan tangan kosong. Entahlah, tak thrill langsung hati I ni tau kalau ke sana. Macam takda apa-apa pun! Buang masa aje isi minyak dan bayar tol! Balik dari MOP, sebab tak puas hati, kita ke MidValley pulak ~_^ Projek menebus voucher kat Metrojaya dan projek menipiskan dompet (yang makin tipis dek kerana duit makin takda nilai ni!) Ini memanglah ah kak suka! (Huahahaha.... gelak monster dah sampai!)

Hari Ahad pulak bila ditinggalkan anak-anak berdua-duaan di rumah, kami pun plan pergi makan sate ~_^ Maklumlah kalau anak-anak ada mereka tak suka sate. Maka, takdalah peluang nak pergi! Restoran sate yang belakang rumah tak mahu pergi, kita pergi ke tempat yang jauh sikit. Maklumlah dating berdua katanya, mestilah nak masa tu berlalu sopan-sopan. 

Bak kata HD, my sister ni beri peluang sebab macam dah lama adik dan adik iparnya ni tak dapat dating berdua ~_^ Lain kali kita nak cuba tinggalkan anak-anak kat rumah my sister di hujung minggu untuk menonton wayanglah. Dah lama tak berpegangan tangan dalam panggung wayang. Keh3x... (Ada juga yang kena lepuk dengan pressure cooker kalau berani buat macam ni...tak sedar diuntung betul ler...)

Eh, dah nak habis mengarang tapi tak juga muncul kisah Abang Botak Tersado, Abang Sado Terbotak ni! Apalah MD ni kan, kalau menulis memang habis semua nak tulis senafas dan seentri aje. Macam tiada space lagi dalam blogspot ni yang dia nak menaip kisah-kisah merapu-merabannya ^_^ 

Nak buat macamana, my head ni memang penuh dengan idea sampaikan tak tahu mana satu nak tulis. Mulanya nak tulis bab ini, tiba-tiba berubah jadi bab ini dan akhirnya bab utama jadi bab terakhir ditulis ~_^ Biasalah tu kan, tak akanlah tak biasa lagi dengan style ah kak ni....

Okey, meh kita berborak santai pasal anak bujang sulung I ni. Lama tak masuk blog (eh, ya ke lama?) sebabnya dia rasa dia dah besar dan tak perlulah nak sibuk-sibuk cerita halnya di dalam blog. Malulah beb... 

Bubbly Abang ni memang sebulan sekali aje kena tegur dengan cikgu bab rambutnya. Maklumlah rambut memang lebat, ikut gene MommyDaddy~_^ Baru-baru ni lepas kena tegur, tak dan nak pergi barber sebab keesokan hari ada perhimpunan. Kalau tak gunting rambut tu memanglah kena tegur sekali lagi dek cikgu. Maka, as usual, Daddylah yang kena merangkap 'barber of the month'. 

Dek kerana HD penat asyik kena trim rambut si Bubbly Abang ni so teruslah ambil keputusan nekad kita hampir-botakkan ajelah kepala si bujang tersado ni! Takdalah botak betul tapi bila Mommy tengok hasil akhirnya, rasa nak menangis! Terimbau terus kenangan 6 tahun lalu bila mana kita bawa si Bubbly Abang (he was 3 years old) buat kali pertama untuk gunting rambut di salon. Semua pekerja salon mengagah-agah si Abang ni yang melalak bukan main hebat bila kena 'cantas' rambutnya. 

Akhirnya, hampir botak kepala anak I dan bila rambut tumbuh kembali, mencacak-cacak tajam! Sedih sangat rasa macam nak terjun dalam kolam mandi kanak-kanak aje tau I rasa sebab rambut Abang yang asal sangatlah halus, molek, tebal dan memang very rarelah bebudak ada rambut seelok rambutnya! Teruslah kami order kat tuan punya salon tu suruh belikan Wahl hair clipper. 

Sejak kejadian itu, hanya HD aje yang boleh trim rambut si Bubbly Abang sampailah umurnya 8 tahun barulah dia berani pergi barber ^_^ Itu pun bila tak sempat, HD juga yang jadi mangsa merangkap jadi barber terlebih tauliah! (Eh, by the way, dua-dua anak bujang I takut gunting rambut kat kedai! Si Adik Cute lagilah...dia punya tangisan bulan madu memang tak mampu you nak dengarlah, memang terharu sungguh! Selalunya I memang tak boleh berada di 'tempat kejadian gunting rambut' kalau tidak, memang dia punya  ratapan hiba memanggil minta dipeluk dan diselamatkan tu boleh buat I bergaduh dengan bapaknya pulak ~_^)

Baru-baru ni aje I dapat snap gambar Bubbly Abang yang 'sibuk' memanjang kat rumah tu. Ini kiranya baru dua minggu lepas kot dari tarikh Daddynya gunting rambutlah. Dah mula mencacak tajam nampaknya.... 

Ni gambar snap hari Sabtu semasa ke Mitsui! Panas berdenting, kecik dah mata! Dah panjang okey rambutnya!

Ni gambar snap semalam, sebelum bersiap-siap nak keluar dengan MakNgah and the gang ~_^

Sebaik aje lepas gunting rambut, Bubbly Abang komplen belakang pengetahuan Daddynya. Katanya rambut ni takda style langsung. Tak best langsung. Yalah, depan Daddy dia takut nak komplen tapi I yang kecoh ni pi beritahu kat Daddynya. Keh3x....

Kata Daddy macam nilah baru nampak macho. Baru nampak brutal sikit. Apa guna ada badan besar tapi muka 'comel-comel' macam gegirl! Lepas ni siapa usik, kasi libas aje sebab kepala dah ringan! Aduhai... nasihat apakah ini....

Pagi keesokan harinya on the way nak ke sekolah, macam biasa Bubbly Abang pun berborak santai dengan Mommy dalam kereta...

Risaulah Abang apa kata kawan-kawan nanti bila tengok rambut Abang macam ni!

Alah... biasalah Abang! Ramai budak Cina kat sekolah Abang style rambut ginikan! Lagi pun senang pagi-pagi tak payah sikat, tak payah letak gel bagai!

Danial (best buddynya) pun rambutnya macam ni, Mommy. Kawan-kawan panggil dia 'Doraemon'! Nanti kalau kawan-kawan nampak rambut Abang sama macam Danial, apalah nickname Abang dapat!

Jangan-jangan 'Giant' tak Abang? (Keh3x...omak hang ni memang melampau tau!)

Bila I balik kerja on the same day, tak sabarlah nak dengar ceritanya tentang rambut baru di sekolah...

Kawan-kawan kata 'comel', Mommy!

Apa? Kawan-kawan boys yang panggil comel?

Yalah, Danial kata Abang nampak lagi comel macam ni! (sambil tersenyum sipu-sipu...)

Oh, my.... what the komenlah!

P.S. Si Adik Cutekan bila si abangnya gunting rambut dan kena tegur Daddy sebab tak reti diam atas kerusi tu, mulalah dia membebel,

Apalah Abang ni! Itu pun takut! Gunting rambut aje. Apalah nak bising-bising!

Padahal kalau rambut dia yang kena gunting, sepelaung orang dah boleh dengar suara dia menangis melalak macam kena dera! Berlagak je lebih si kecil ni!












Comments

  1. tengok rambut abang teringat tengok gambar asben masa sekolah rendah.rambut style cenggitu jugak. nampak bulat je muka. almaklum anak askar la katakan... Jeles kita sejak ada anak tak pernah ada 1 hari dapat dating berdua dua.. Perjanjian taknak tinggalkan anak kat sesapa jaga even 1 hari. sejam pun asben saya ni jenis tak percaya kat sesapa.. dulu kemain tak suka budak2.. dapat anak sendiri dia punya sayang & overprotected over la pulak hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muka dah bulat, bila rambut potong style gini, lebih kebulatan pulak mukanya. Nilah gambar terbaru. Belum susut-susut lagi walaupun kata makan 'bercatu'. Asal kita lepa, dia sedap enjoy makanan!

      Inilah peluang dapat berdating berdua-duaan tapi itu pun kalau tak akak, suami akak yang sibuk dok kata nak pergi ambil anak-anak. Kita pi makan sate pun sebab anak-anak takda. Ingatkan nak pi makan nasi kat Putrajaya nun tapi kata HD anak-anak takda memang tak best. Berangan ajelah Suria nak pi tengok wayang berdua. Nanti wayang tak start, kita yang kecoh dok telefon anak-anak kat rumah my kakak tanya itu-ini. Silap-silap boleh burn tiket. Sejak ada anak ni memang tak berapa best kalau keluar tanpa mereka.

      Hahaha...dulu bukan main yerk... rasakan sekarang! Tak nampak anak depan mata jerk dah gelabah ~_^

      Delete
  2. Memang nampak comel dan kemas Abang bermabut pendek macam tu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tajam alahai rambutnya tapi itulah cepat sangat tumbuhnya. By end month mulalah tu mencacak-cacak nanti tumbuhnya!

      Delete
  3. Ala, apa salahnya ke panggung wayang.. tak best lah dating kadai satay...
    Kalau Irfan, jangan mimpi saya boleh potong rambut dia mcm tu... sebelum potong rambut, dah berpuluh puluh kali dia pesan tentang stail yg dia nak.... tapi last2, lain yg jadi.. terus dia meraung... ekekeke, nasib lah nak... Kat M'sia tak boleh simpan rambut panjang..... kena sedar diri yg dah ada di bumi M'sia... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan senang nak makan sate berdua-duaan, Nur. Nak makan sate dengan anak-anak pun susah sebab mereka tak suka sate. Inilah masanya nak ambil peluang dating kat restoran sate ~_^

      Abang ni dia belum lagi boleh 'arahkan' kita apa mahunya. Adakala kena akur juga kata MommyDaddy. Tapi dalam banyak perkara dah pandai buat keputusan sendiri juga.

      Rambut Abang ni lebat, Nur. Kita tengok biasa-biasa saja tapi cikgu sekolah dah kasi signal kasi potong! Itu yang Daddynya letih dok kena trim rambut je every month! Kalau suruh Mommynya yang buat kerja ni, lagi parah hasil akhirnya. Takut tak mahu pergi sekolah terus!

      Delete
  4. Dah dibagi peluang berdua tu langkah ajelah mana suka:)

    Kalau ikut mata kakak memang suka budak-budak berambut pendik macam ini MD. Nampak comel. Betullah kata kawan bubbly abang tu. Kawan sendiri pun kata comel apa lagi auntie ni:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tetiba aje langkah terhenti, kak... Tak tahu nak pergi mana. Baru masuk kereta, HD dah tanya nak call my sister tak ambil anak-anak kami. Baru nak start enjin, dah saya pulak teringat tak best makan tanpa anak-anak. Kalau nak pi tengok wayang berdua, rasanya baru advertisement kat layar, kami dah bergegas nak balik rumah, rindu kat anak....

      Budak-budak ni rapat dengan MakNgahnya. So kalau MakNgah ajak jer, laju kata yes tanpa sempat tanya MommyDaddy. So, memanglah kami selalu terpinga jerk tak sempat nak kata 'tak boleh'.

      Delete
  5. idaklah botak licin...style askar ni orang panggil
    tapi yelah, nampak lagi cute
    nampak kejantanan tu terserlah =)

    kalau afif ke aisyah, diorang tak menangis
    tapi diorang tak reti dok diam
    letih nak bagi diorang duduk tegak tu
    afif dah beso baru okay sikit...aisyah sampai la ni, terpusing2 kalau potong rambut
    adik cute nangis ke kalau potong rmbut...ala, mana macho dik =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, eh... peliknya! Ke terdelete komen sendiri saya ni....

      Rasa macam dah balas komen ni. Kotnya takda pulak!

      Budak-budakkan, salah satu cabaran juga ni nak gunting rambut. Entah apa yang ditakutkan pun tak tahulah. Ingat takutkan rupa muka bumi si barber, tapi first time dulu si Abang tu saya bawa pi salon lagi. Pun endingnya sama jerk - takut juga....

      Si Adik setakat hari ni memang masih lagi berdendang sayu YY kalau kena gunting rambut. Lagi kalau saya ada rumah, lagi kuat raungannya. Sebab itu HD tak bagi saya tunjuk muka bila nak gunting rambut anak-anak. Menyusahkan kerjanya yang dah sememangnya susah!

      Delete
  6. cepatnya rabut si abang tumbuh..dah penuh gitu sure rambut jenis lebat sangat..
    amboiii seronok la boleh romantik2..
    tapi dah lama tak buat jadik segan pon ada kan? huhuu
    segan depan orang la maksudnya..kekok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rambut Abang ni memang lebat. Tiap-tiap bulan nak kena trim. Itu yang Daddynya terus kasi pendek ala GI Joe.

      Nak juga rasa romantik berdua tapi tak bolehlah. Kalau tak kita, suami kita dok sibuk teringatkan anak. Memang rasanya nak tengok wayang tu dalam mimpi ajelah....

      Ish, tak kuasa nak romantik laki bini depan orang. Suami saya lagilah tak suka romantik-romantik in public ni...

      Delete
  7. Belum sampai lagi Mitsui tu.....entah bila nak sampai pun entah.....hihi....

    Amboi .....ada hati nak pegang tangan dlm panggung nampak..... kuat lagi ke karen tu keh....keh...keh...

    Eh.... mak kan kak Ton padah tak suka kalau anak atau bapaknya potong style gitu. Sakit mata mak tau....Rasa nak dan dan tu jugak sambungkan rambut tau...

    Dah besar dah abang ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sampai pun takpa. Tak benda sangatlah, OKje. Macam tak menarik aje dari pandangan mata sayalah. Lagi baik pergi shopping malls yang merata kat KL ni. Kalau ya pun diskaun, berada percent ajelah yang kena isi minyak dan bayar tol sampai nak ke Mitsui. Eh, cakap-cakap pun ah kak ni dah 2 kali sampai! Keh3x...

      Itulah, kita takut sejarah lama berulang kembali. Masa rambut tu nak tumbuh, tumbuhnya mencacak-cacak tajam bagai terhiris pisau jerk kalau terkena tau! Itu jerk yang risau....

      Delete
    2. Entah apa yg nak dirisaukan agaknya....bukan Kak Ton nak kena landing rambut abang pun.....Tak denya luka tangan abang sentuh rambut tajam dia tu haih....

      Delete
    3. Eh, kita nak gomol anak macamana? Kang nak peluk bantal busuk tetiba jari tertikam rambut yang baru tumbuh, hilang pulak perasaan sayang timbul perasaan hangat hati nanti ~_^

      Arghh... Mak tak akan faham. Mak kan spesies jilapah...taunya makan daun jerk!

      Eh, Mak hari-hari sampai rumah! Mak rindu bangat dengan kita ehhhhhh.......

      Delete
    4. Eleh.....kak Ton dah tak tau nak cakap apa....sajalah tu ngutuk mak punya spesis pulak.... lama tak makan pucuk

      Delete
    5. Kak Ton malas nak memanjangkan cerita. Kak Ton takut Mak teruja nak borak-borak santai dengan Kak Ton kat entri ni. Huahahaha....

      Mak, setakat nak ngumpat Mak kan, Kak Ton memang banyak idea. Mak suggest aje part mana Mak nak kena gossip. Kak Ton sedia membantu menambah dosa ~_^

      Delete
  8. tak penah sampai lagi mitsui tu..stakat ni dengar orang cite je,..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdalah best mana pun, Sue. Setakat cuci mata jerk bolehlah kot. Barangnya takdalan banyak pilihan dan up to date pun!

      Delete
  9. Nampak lain pulak si abang bila rambut macam tu. Heheheh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulatkan.... ni tengah kawal makan. Kalau tak kawal, lagilah bulat sakan!

      Delete
  10. nampak lain muka abg. tapi oklah kawan2 kata dia comel drpd kawan yg sorang tu kena panggil doraemon. hehehe. nampak betul muka dia yg booolat tuh.. takpe abg janji comel kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Potong gaya gini lagilah menyerlahkan kebulatan mukanya. Tapi dah kawan-kawan tak bagi nickname bukan-bukan, legalah tu.

      Tengoklah tak lama lagi mesti kena trim lagi rambutnya kalau tidak, naik mencacak macam duri landak!

      Delete
  11. Haaa kawan kata comel ada ke si ibu kata cam giant pula? Kikiki mujur abg xsentap.

    Ank lelaki LM pun takut gunting rambut. Si abang dulu mmg ayahnya guntingkan smpi qatar manalah ada alatan masa duk transit hse brg x smpi lagi masa tu . So si ayah bw g barber situ dia nk pulak.

    Bila pindah dr transit hse dia menangis nk gunting kat sana. Sejam gak perjalanan ke sana tp ayah turutkan juga kerenah budak 4 tahun tu. ekeke. Blk malaysia klu cuti atok nk bw gunting dia kata xmo kedai tu sbb xde aircond cam kat qatar. Sian si atok, terpaksa bw cucu g saloon. Berganda la harganya. Hihi. Syafiq pun dah tiga tahun br nk g kedai klu x si ayah la guntingkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelikkan apa yang mereka takut yerk? Mungkin bunyi clipper tu ke? Atau pun perasaan geli bila kena cukur rambut tu? Abang kata dia tak tahan gatal rambut yang kena gunting tu. Tapi masa kecil-kecil dulu manalah tau sangat tu semua... Si Adik tak payah tanya. Baru keluarkan hair clipper jerk dah meraung minta jangan 'didera'!

      Delete
  12. Daddynya kata anak lelaki tak boleh nampak comel. Nampak macho takpa. Lepas tu siap bagi kata nasihat lagi suruh menjaga rapi diri kalau nak jadi 'handsome' dan ramai peminat macam Daddy. Nak muntah mendengarnya... Hahaha...

    Adik tak payah tanyalah. Baru cakap nak gunting rambut, dia dah lari keliling buat marathon dalam rumah!

    ReplyDelete
  13. dah halal tu, dating ajelah..kat Taman bunga ke, tengok lampu kat iCity ke.hahaha.nak satay sedap, datang Ampang la.cari Satay Zaini kat Nan Corner..

    Comel apa Abang..tapi memang pun, budak-budak Cina kalau sekolah rendah memang ramai suka botak.nanti masuk sekolah menengah, diorang juara bab stail rambut ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'Karen' tak menangkap sangatlah, Sal bila dah kahwin ni. Kalau sebelum kahwin dulu teruja nak cari tempat-tempat tersorok in public! Huahahaha....

      Oh, ada sate lagi sedap daripada Satay Station dan Hj Samuri yerk. Bagilah alamat! Manalah tau tersesat kat Ampang. Eh, Ampang belah mana ni? Ampang tu panjang jalannya dan luas kawasannya!

      Delete
  14. hahahahaha mommyyyyyyyyyy maafkan auntie kira sebab terrrrr sebut "jangan2 giant tak" dalam perbualan itu kehkehkeh. tapi serius nampak lagi comel dgn rambut macam tu. kemas je. kita tgk pun tak serabut mata haaaaa.

    *besok sambung bw

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengoklah anak siapa tu, Kira.. .sebab itulah comel ~_^ Hahaha....

      Rambut pendek macam askar ni senang nak jaga. Jimat gel, jimat masa nak sikat dan paling penting tak payah lap kering lepas mandi. Keh3x.

      Delete
  15. Memang comel pon abg dgn rambut mcm tu. Rambut anak2 saya skang ni husband yg potong. Jimat sket duit. Lagipon rambut dorang jenis cpt panjang. Heran jugak. Harini potong tak sampai sminggu dah panjang....ppffttt...

    Tak jejak lagi mitsui tu. Psstttt...esok sampai ahad ada Handbag sale kat D'Pulze cyber jaya nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah dengan saya juga, Fiza. HD yang trim rambut budak-budak ni. Dah masing-masing seriau benar nak pergi jumpa barberkan. Eh, kalau hantar barber ni tak kira kecil besar, dia ambil RM10 kan!

      Kalau jenis rambut lebat tu memang lenguhlah tangan bapak masing-masing dok trim. Baru trim, cikgu dah pesan rambut dah panjang melepasi dahi! Duh!

      Oh, ya ke? Mesti ramai orang tu.... HD bukan suka kalau ramai sangat orang. Nak suruh saya drive sendiri ke Cyberjaya, insyaAllah sampai ke Subang Jaya rasanya ~_^

      Delete
  16. mmg nampak comel md bila rambut nipis camtu ... budak selalunya mmg takut dgn ejekan kawan . mrk blh jadi stress sbb malu . klu dewasa mcm kita ni mmg no hal punya ... cuba try potong rambuk adik lak , manalah tau dia mmg dah cool ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makbapak bagi cadangan tak mahu terima tapi kalau kawan-kawan atau cikgu yang beri cadangan, amboi laju sungguh mereka nak ikut cadangan tu! Budak-budak biasalahkan...

      Oh, cerita pasal stress dek malu ni teringat pulak saya kat kawan masa belajar di sekolah menengah dulu. Si polan ni memang terkenal degilnya, kain sentengnya dan style rambut entah apa-apa, tetiba satu hari datang sekolah pakai tudung!

      Ingatkan dah berubah rupa-rupanya cina salon tersilap gunting rambutnya! Hehehe....

      Delete

Post a Comment