Akhirnya.... balik kampung juga ~_^

Salam 20 Syawal kawan-kawan!

Alkisah, sejak dari awal berpuasa I dah beritahu kemungkinan yang kami sekeluarga akan beraya di perantauan (Eleh, bunyi macam raya kat overseas, padahal kat KL jerk ~_^) Memang sampai ke minggu yang terakhir, I tak berbincang apa pun dengan HD.

I dah redha kalau terpaksa beraya di KL buat kali pertama. Takpalah kita berubah angin. Balik ke kampung beraya pun macam menginap di homestay aje kekdahnya. Marilah kita merasai pengalaman beraya di bandar metropolitan katanya...

Kalau takda mana nak ziarah raya, kita ziarah ajelah shopping malls. Tentu semua shopping malls lengang, boleh juga kita tidur baring kat IKEA yang dah lama tak terjah tu... Oh, it's alright for me! Yang tak berapa nak alright bila mengenangkan nak kena memasak juadah hari raya. I tak pernah buat lagi. Selalunya serahkan tugas hakiki tu pada my kakak(s) yang balik beraya di kampung. I dok melayan anak-anak dan suami aje ^_^ Eh, pernah juga masak untuk juadah raya tapi itu masa Aidil Adha tahun lepas tak silap! Feelingnya tak sama macam nak masak untuk raya Aidil Fitri yang selalunya lebih meriah tau ~_^

Setakat masak lodeh, rebus nasi impit tu kira groundnuts sesangat. Yang masalah tu ada juga hajat nak merendang yang tak pernah dibuat lagi. Bayangkan ajelah kalau tak menjadi. Takkan nak order KFC di pagi raya pulak nanti! Oh, sadislah kalau membayangkannya!

Tapi kegusaran itu berlalu pergi bila I beritahu HD yang I ambil cuti dua hari sebelum raya. Itu pun sebab nak beli persiapan hari raya anak-anak. Kalau I bosan duduk di rumah, I nak pergi kerja aje. Malam raya nanti baru I memasak juadah raya!

Masa tu  I pun sajalah 'smash' sana-sini tak tentu arah dok bagi hint yang tahun ni beraya kat KL ajelah kalau susah sangat. Tetiba HD kata dah berjanji dengan my Chik (kakak nombor 2 di BP di mana dah empat tahun kami pulang beraya di rumahnya, sebelah rumah my emak)

I terus garu kepala yang tak gatal dek kelemumur dok memikirkan entah bila agaknya my beloved hubby ni berjanji dengan my Chik. Memang ada Chik datang KL sebelum bulan puasa, sebelum my mak mertua datang melawat. Chik pelawa HD ajak ibunya balik ke kampung halaman kami bila hari raya nanti. Itu memang I ada dengarlah tapi dek kerana sukar nak communicate dengan suami sendiri bila mak mertua ada, makanya I pun tak ambil kisah perbualan my hubby dengan Chik!

Dan akhirnya, kita decided jomlah balik kampung. Bukan semata-mata sebab janji je tu. Ada perkara lain yang membuatkan HD lebih teruja nak balik ke kampung sebenarnya... 

Dalam pukul 3 lebih hari Khamis, I pun packedlah pakaian dan keperluan lain masuk beg masing-masing. Lebih kurang pukul 6 petang kami bertolak balik. Jalan takdalah teruk sangat jem. Lega banyak bila melihatnya tapi baru aje lepas tol berhampiran dengan exit UPM, dah ada kemalangan berlaku sampai kereta mulai sesak!

Perjalanan balik kampung kali ni agak lama sebab kami berhenti dua kali. Sekali ketika waktu berbuka puasa dan solat Maghrib. Berbuka dengan pau ayam aje pun. Umat manusia sikit punya ramai nak berbuka di R&R ni. Nak beratur beli makanan pun tak dan dah masuk waktu berbuka. I takpalah sebab memang tak payah berbuka pun!

Sekali lagi kami berhenti di R&R Air Keroh sebab suami tersayang, tercinta dan terhangat di pasaran teringin nak makan KFC katanya! Itu pun bila tengok queue sikit punya panjang macam ular kena palu, I  called my hubby kata nak beli A&W aje. Bila katanya okey, I pun teruslah terjah A&W yang tak berapa ramai orang beratur nak membeli.

Macam biasa, I yang lebih-lebih. HD pesan suruh beli ayam goreng seorang seketul aje dah cukup tapi I beli 9 ketul ayam goreng, nugget untuk Adik Cute, french fries dan Rootbeer 2 liter ~_^ Aha, maklumlah akak kalau teruja nak makan memang lain macam! Biar berlebihan jangan tak cukup makan sampai ada yang gigit jari kempunan! I memang tak suka lebih-lebih lagi kalau anak-anak yang kempunan, memang ralat!

Itu pun berlaku 'insiden' yang buat I panas hati tapi tak payah ceritalah yerk di sini. Dah kata tak mahu buka pekung di dada takut berbau busuk pulak satu blog ni. Hehehe...

Sampai di rumah my sister lebih kurang dekat pukul 10 malam. Last time I balik kampung semasa hari raya tahun 2014. Kira dah setahun berlalu. Banyak yang dah berubah. Rumah my sister pun bukan main lagi meriah dengan perabot baru nampaknya ~_^ 

Kiranya perjalanan pulang ke kampung kali ni agak lama. Stucked di pekan Parit Sulong aje punyalah lama dek kerana tempat ni memang meriah sakan kalau malam raya. Pertama kali pulak balik beraya tengok pelita bersusun cantik di Parit Jabong. Sebelum ni jarang pulak nampak banyak orang pasang pelita sepanjang jalan. Rezeki anak-anak dan mak mertua kot nak melihat kemeriahan menyambut Aidil Fitri kali ni. 

Kata my mak mertua, jelas terpancar kegembiraan pada suara dan muka I bila dah sampai ke kampung. I pun selamba menjawab,

Tell your mother, dah setahun I tak balik kampung sendiri!

Lepas tu I dok terfikir dalam hati, buah hati my mother in law aka anak lelaki kesayangannya, sudah beberapa tahun tak balik ke kampung halamannya sendiri. Nasib baiklah HD tak translate ayat-ayat I tu kepada ibunya ~_^ Tak pasal-pasal kang mendapat jawapan sindiran ~_^

My kampung yang tepi jalan besar ni pulak lain ceritanya. Raya ke tidak, tetap macam biasa aje. Paling banyak bunyi kedengaran dah tentulah bila mat rempit merempit di atas jalanraya, tak pun lari dari sekatan polis yang selalu berlaku di jambatan Tongkang Pechah berhampiran. Malam raya of course ada kelebihan sikit - bunyi mercun!

Sepanjang perjalanan juga yang paling happy dah tentulah Adik Cute. Habis lagu raya versi Upin Ipin dinyanyikannya. Adakala terselit lagu nasyid juga. Lagu 'Balik Kampung' pun sering berkumandang hasil dendangan si Adik Cute. Tak tidur langsung si kecil ni dok asyik membebel dan menyanyi.  Bubbly Abanglah yang kesian, asyik kena tegur aje. Itu salah, ini salah. Last-last, dia ambil langkah selamat, duduk diam-diam membisu. Kesian I tengok anak bujang sado I seorang ni. Kalau protect lebih-lebih, dengan I sekali kena tegur pulak ^_^
 
Eh, selingan kejap yerk! Pada yang tak tahu di Johor memang banyak parit tau. Habis semua nama digandingkan dengan perkataan 'parit' ~_^ Kalau terasa nak berjasa lebih pada kampung halaman, jomlah datang ke Johor. Mana tau nanti dapat letak nama kat belakang 'parit'. Maka jadilah nanti 'Parit Rahman', 'Parit Warijo', 'Parit Dol' dan seangkatan dengannya ~_^ ('Parit MD' macam tak vogue pulak bunyinya sebab itulah I jarang balik kampung - setahun sekali ^_^)

Nanti kita sambung cerita raya lepas ni erk ~_^ 

Takkan tak nak tengok bujang-bujang I berbaju Melayu raya tahun ni ^_~

 








Comments

  1. Akhirnyaaaaaaaaaa....dpt jugok la berhari raya kt kg MD ye...hurryyyyyy.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akhirnya, kak... Itu pun dua hari sebelum raya baru dapat kata putus. Ikutkan hati saya, dah tak kisah pun nak raya kat mana!

      Balik pun sekejap aje. Kalau ikutkan HD, Khamis malam sampai BP, petang raya pertama tu nak balik KL. Saya main kata-kata sikit, barulah dapat bertahan sampai pagi raya kedua :)

      Delete
  2. kat area batu pahat mmg berparit2 la kak....kampung lieya sendiri pun parit...kat simpang renggam tu...kg parit haji hashim ekekeekekek....mane tau nanti satu hari nanti dpt parit lieyalatif kakaakakakakaakak....

    ye kak, agak jem atas jalam sebab eksiden.... mcm lieya aritu laaa...sian mangsa eksiden......

    alamak bace pasal a&w terus terliur plak kak...susah laa nak jumpe a&w skrang...lepas satu ..satu kene tutup dah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiranya memang kita famous dengan 'parit' kan, Lieya ~_^

      Ish, tak sesuai tau 'Parit Lieyalatif'. Nanti penduduknya lagi ramai perempuan dari lelaki. Tapikan, belum pernah perempuan dapat letak nama kat sebelah 'parit' di Johor ek. Kena pecahkan tradisi ni...

      Kalau jem tu biasanya memang ada accidentlah. Yalah, yang memerhati bukan main teruja nak buat laporan lintas langsung sampai jadi jem teruk. Nasib baik jugalah tak jem sampai ke Pagoh. Kalau tidak, mahu nangis-nangis mogok akak dalam kereta!

      A&W ni yang paling akak suka curly fries dengan hot&spicy aroma chickennya. Sesekali bolehlah, kalau selalu sangat muak gak!

      Delete
  3. Macam2 cerita sebelum balik beraya ke kampung yea... last2 balik jugak....

    Salam aidil fitri dari Bunda....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalnya memang tak balik kampung kali ni. Kecoh sungguh, malas dah nak balik. Akhir-akhirnya balik juga. Merasalah beraya kat kampung sekali lagi. Kalau bersama kaum keluarga tu seronok sikit, riuh sekampung ~_^

      Salam Aidil Fitri buat Bunda dan keluarga juga!

      Delete
  4. sempoi la tak memaksa pon HD balik kampung..so kalo tak dapat balik redhooo jer la yer..
    hurmmm kalo zee memang takleh raya KL..nangis la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malas dah nak fikir. Memang dok fikir nak raya kat KL aje. Senang cerita. Takpalah sekali ni kita berubah angin, raya di bandar. Best ke tidak, ada juga pengalaman! Siap dah plan nak kontrol jangan menangis kalau kena buat call ke kampung pada pagi raya. Keh3x.

      Delete
  5. waaa..akhirnya blh blik kg jugak..
    mau x happykan..
    tmpat kt dibesarkan..byk knangan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah gembira. Walaupun katanya balik kampung setahun sekali, kalau tak balik raya Aidil Fitri rasa lain macam aje tau. Dah bajet nak nangis sendu hiba bila call kampung di pagi raya tetiba tak jadi pulak ~_^

      Delete
  6. Alhamdulillah..beraya kat kampung jugak! Gambar bujang-bujang berbaju Melayu kita tak heran..gambar buvijon berbaju kurung ada tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akhirnya, Sal! Lega! Barulah boleh tunjuk muka happy sikit ~_^

      Hai, nak tengok gambar buvijon watpa.... tengoklah gambar bujang-bujang terhangat akak tu ~_^ Kata nak dibuat menantu nanti!

      Delete
    2. hahaha..nak dibuat menantu? banyak sangat persaingan..

      Delete
    3. Pilihan di tangan anak-anak ~_^ Makanya, takpalah kalau banyak persaingan pun. Persaingan yang hebat tu kan sihat. Keh3x.

      Delete
  7. dapatlah mak mertua merasai kemeriahan org malaysia sambut raya . owh , MD dok area tongkang pechah , parit sulong rupanya . kg saya pun parit juga MD ... pandai gak MD main psiko berhint bagai nak bagi klue kat HD ... heheheee ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan pulak banyak sungguh pelita orang kampung pasang di kiri kanan kawasan rumah masing-masing dan di tepi jalanraya juga. Nampak meriahlah Parit Jabong tu. Kampung kita biasa aje. Dah lama tak nampak orang kampung teruja pasang pelita tau....

      Oh, saya bukan duduk kat Tongkang Pechah tapi kalau keluar dari Pagoh memang kena patah balik ikut Parit Jabong, Tongkang Pechah, Bindu barulah sampai ke rumah. But, sebelum Tasik Merdeka. Hehehe.....

      Delete
  8. Tahun ni balik Selatan jalan smooth je.. fuh.. lega.. tapi kat Pekan Tangkak.. eemm.. usah tanyalah.. dengan menahan sakit perut lagi.. fuh.. dugaan betul raya hari tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ya ke? Padanlah masa petang sebelum raya tu kami balik takdalah jem mana! Setakat kat tol Sg Besi aje jem kejap sebab ada accident sebelum exit UPM. Lepas tu jalan smooth aje tapi kereta memang banyaklah!

      Oh, boleh bayangkan bila sakit perut dalam jem! Memanglah berdoa banyak-banyak tak akan berlaku. Pernah juga kena, siksanya menahan sakit perut nak sampai ke R&R seterusnya! Sampai tertinggal selipar luar kereta!

      Delete
  9. balik jugak finally yer. Klu tak ade org tu braya di ikea lah kan. hahahha

    haah.. kat johor mmg byk parit. my relatives ada tinggal sana. tapi tak sure parit mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akhirnya dapat balik! Akak memang dah redha dah nak raya kat KL. Memang malas dah nak memujuk-mujuk bagai. Raya kat KL senang, habis cerita cuma kesian kat anak-anaklah, raya dalam rumah jerk!

      Setakat akak maybe tak rasa sunyilah, IKEA kan ada ~_^

      Johor memang glamour dengan segala parit. Kalau takda parit, bukan di negeri Johorlah tu ^_^

      Delete
  10. untunglah dapat balik kampung
    saya balik kampung juga, tapi belah suami
    tak ada feel langsung. in fact tahun ni tak rasa meriah sangat
    saya pun bergambar tak sehantu cam tahun lepas

    janji anak-anak happy sudah lah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Last minute punya perancangan, YY. Kalau ikutkan hati saya, dah takda rasa nak balik kampung. Nekad ajelah raya kat KL. Sesekali merasa berjauhan dengan keluarga di pagi raya, elok juga. Nak tengok boleh tahan kental ke tidak sekarang ni ~_^

      Memang pun tak berapa meriah. Hari raya dah kurang semangatnya sekarang. Until now, sekali aje budak-budak nak datang ke rumah beraya. Itu pun sebab nak duit raya. Lepas tu senyap. Langsung takda siapa pun yang ketuk pintu nak datang beraya. Saya pun tak buat open house untuk kaum keluarga this year, malas pulak rasanya! Open house pun kurang attend this year!

      Delete
  11. Patutlah adik cute dok nyanyi lagu balik kampung ye MD..
    Balik raya kampung ni memang lain rasa kegembiraannya kan MD..
    Mahu tak terpancar dimuka cahaya kegembiraan bila sampai di kg halaman :)
    Senyum pun mau lebar sampai ketelinga hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, CH. Walaupun raya tak semeriah mana lagi sekarang ni, asal dapat balik kampung, lain rasanyakan.

      Itu yang mak mertua tegur tu. Bukan main happy suara, ceria aje muka bila dah sampai kampung. Kalau tidak, bercakap pun payah ~_^

      Delete
  12. Mommy fikir macam tulah. Semua beri perhatian pada si kecil sebab alasannya dia masih kecil. Sebab itu kita bahagikan sikit perhatian pada anak yang besar tapi katanya memilih kasih. Kalau tanya saya sekarang, sukar dan mustahil saya boleh buat pilihan anak mana yang saya paling sayang!

    ReplyDelete

Post a Comment