Akhirnya bertemu kembali ^_^

Salam 13 Zulkaedah kawan-kawan!

Nak sambung cerita seram ke?

Nak?

Tak nak?

Aha... tau pun takut! Pandai pun nak sembunyi bawah selimut! Ingatkan berani sangatlah!

Eh, sebenarnya I pun pengecut juga tau kalau kena face to face dengan entiti asing macam ni tapi biasalah, sebab tak jumpa itu yang bukan main propa lagi dia berlagak dok gelakkan spesies tu jerk ~_^

Cuba ajak dating face to face, mahu pengsan ah kak! Bukan sekali jerk, bangun pengsan, bangun pengsan gitu. Selagi entiti tu memunculkan diri di depan mata sambil tersengih kenyit mata, selagi itulah ah kak bangun pengsan, bangun pengsan ~_^

Okeylah, kita lupakan kisah seram! Cerita seram ni paling syok menakutkan orang hari Khamis malam Jumaat jerk! 

Oit... apa sengih-sengih tu? Meleret senyum nampak! Suka tau main double meaning, double meaning ni! Ajak mandi-manda tengah malam dengan entiti asing kat kolam renang semalam tu baru tau, confirm tak tersengih lagi dah ^_^

Ni, sebenarnya I nak cerita kisah meng-gum-bi-ra-kan hatiku yang terjadi semalam. Sampai tak mahu taip entrilah tapi tertaip juga kisah seram!

Ingat kisahnya di sini?

Dalam kata tak dan nak berjumpa tu my ex-boss muncul tengahari semalam. Oh, apa lagi! Ah kaklah yang tak malu sampai bergenang air mata kegembiraan ~_^ 

Oh, happy gila jiddan sangat rasanya bila dapat bertemu kembali dengan bekas bos! Kali terakhir bertemu of courselah in April 2013, masa tu tempoh berkhidmatnya tamat dan my boss kena kembali ke pangkal jalan bertugas di Jepun.

Wah, sama-sama naik terjerit terkejut kononnyalah dapat berjumpa sekali lagi! My colleagues yang ada ni pun memang tau betapa I ni menyanjungi bos yang satu ini. Asyik-asyik dok cakap tentang syoknya bekerja di bawah bos yang ini. I peduli apa pun kalau bos-bos yang lain tu terasa hati. Memang tak best pun kerja dengan depa kecuali yang ini!

Eh, tapi ada juga bos sebelum tu yang baik macam father figure gamaknya (teringat saat selepas  farewell dinner bos ni (Isoya-san nama diberi), dia berjalan kaki pulang ke hotel bersama isterinya sambil berpayung di bawah hujan. Oh, romantik sungguh my boss ni ~_^) dan juga one and only Japanese 'Richard Gere' (Sawashita-san nama Jepun diberi yerk!) bak kata my ex-colleague yang kini sudah menetap di Melbourne, Australia.

I pun masih ingat my ex-boss yang aktif duduk di bawah meja membetulkan wayar itu-ini, (Nakamura-san namanya yerk), begitu juga dengan seorang bos ni yang lepas lunch time aje, dia akan bernyanyi kecil (lagu Jepun, oh yes!) lepas tu tertidur di kerusi!

Begitu juga dengan Ochiai-san yang oh my... tinggi orangnya dan nampak 'korporat' sangat gayanya! Kaiya-san yang suka gigit kuku bila ada masalah tak boleh selesai dan suka sangat menyampuk bila orang bercakap di telefon walaupun dia tak faham English apa yang kita dok sibuk cakap (kata jerk ada Masters dari Waseda! I lagi pandai!) sehinggalah bos lelaki terakhir, Yoshikawa-san yang setiap kali kita ucap 'Good morning' dalam text, dia akan jawab balik 'Selamat pagi, Nori-chan!'

Tapi yang tetap dalam ingatan dan sentiasa dikenang-kenang akan kebaikan dan professionalismenya sudah tentulah my ex-boss yang kusanjung tinggi budimu ~ Yoshida-san ~_^

Bos yang ini kan kalau I nak tulis kebaikan dan pengalaman bekerja dengannya, memang tak sanggup you all nak membaca. Puji-pujian aje penuh seluruh blog ni jadinya. Maka, lebih baiklah tak payah cerita banyak-banyak, kang ngantuk kang jadinya ^_^

Semalam bila my ex-boss datang dengan isterinya, oh my... terujanya! Bos pun mulalah berborak tanya kawan-kawan yang lain yang sudah tak bekerja lagi. Dia tak kenal pun dengan Japanese yang lain kerana muka baru semuanya. Local staff pun banyak yang takda. Sebab itulah dia berat hati nak melawat company tapi nak jugalah 'catch-up with me' katanya. Haruslah ah kak rasa penuh gembirakan!

Banyak juga yang kami borakkan. Dari perkara remeh sampai kisah kerja. Sempat lagi tu ngumpat bos besar. Keh3x... Wifenya dok gelak aje tengok si suami yang berubah jadi 'Malaysian' bila jumpa ex-staffnya. Bos tanya bila nak pergi Jepun bawa suami dan anak-anak. Well, kami bertiga boleh aje angkut beg terus terbang tapi HD tu, banyak songehlah passportnya. Nak itu, nak ini! 

Aduhai... tak tahu macamana nak menggambarkan betapa gembiranya I semalam! Memang tak terkatalah kegembiraan.

Itulah, bila kita baik, memang orang akan ingat kebaikan kita selamanya. Dan buat orang yang baik-baik itu, kita kenalah sanjung mereka selagi ada hayatnya. Kalau dah takda baru nak disanjung-sanjung buat apakan!

Okey, nak sambung hantar email kat ex-boss sebelum dia terbang balik ke Jepun malam ni ~_^



 




Comments

  1. pergh..kalau saya lah orang tanya bila nak datang Jepun, terus balik packing bag...haha.Tapi tulah, encik HD kang banyak prosedurnya. Boleh terasa aura gembira dalam entry ni..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, memang gembiralah, Sal! Mana tidaknya, susah payah bos datang nak jumpa kita. Kita tau bukan orang lain ~_^ Hohoho...dah macam Santa Claus dah ketawa gembiranya!

      Itulah...HD susah betullah. Kalau kena tinggal pandai pulak tu merajuk nak balik negara sendiri katanya :(

      Delete
  2. apsal cite pasal bos jadi sikit aje ni...
    tanyalah bos tu MD, bos sponsor ke?
    suh dia sponsor kami sekeluarrga sekali ye
    nak merasa juag p jepun...HD tu tinggal ajelah..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bos kata dia sponsor makan dan penginapan jerk ~_^ Kira dah baguslahkan... HD ni aje, passport tu alahai sedihlah.... tulah kalau jadi rakyat Malaysiakan senang!

      Delete
  3. Amboi gembira sungguh hati ye MD..
    macam tu lah bila buat baik, org akan Ingat smpi bila2 tu MD..
    Kalau MD nak melancong ke Jepun dah ada yg menunggu di sanakan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang gembira sangat CH bila dapat bertemu ex-boss semula. Bos yang baik katanya sebab itulah kita teringat-ingat sesaja kebaikannya!

      Oh, saya ni dah lama ramai yang menunggu di Jepun tu tapi tak juga sampai-sampai! Daripada perlu visa sampailah dah tak perlu visa pun tak dan nak terbang ke Jepun!

      Delete
  4. Jelas memang eratlah hubungan MD dgn ex-boss tu kalau tak mana mungkin tetap nak bersua muka. Siap ajak lagi ke negaranya. Pergilah MD mesti di sana dia akan bawa tempat-tempat menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa dia di sini memang ngamlah kiranya saya dengan bos ni. Seronok betul bekerja di bawahnya, Kakzakie. Sangat memahami orangnya. Masa dia di sini saya pernah diarahkan berkursus di Jepun selama seminggu tapi saya menolak. Sebelum sempat saya menolak dia dah kata - Nori-chan, kalau tak mahu pergi, tak payah pergi! Sebabnya - masa tu saya baru aje dapat Adik Cute ^_^

      Delete
  5. Wahh..memang best dapat bos yang baik dan sporting..tak de ke gambarnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambarnya ada tapi tak dapatlah nak masuk blog ^_^

      Delete
  6. Sukernye dierrr... MD boleh cakap Jepun ke? Ingat lagi dulu zaman I kerja insuran dulu, share satu floor dgn bhgn reinsurance Jepun. Boss kat situ Jepun, tapi staff dia sorang ni Melayu. Yg Melayu ni kalau cakap Jepun... fasih kemain. Apa ke nama brader tu... tak ingat dah... #kenangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang suka sangat awak oi.... Hahaha....

      Aha, bab cakap Jepun ni saya sangat sedih nak beritahu yang saya sepatah haram pun tak pandai. Pagi petang pun boleh tersasul silap!

      Saya ni dah lama bekerja dengan Jepun tapi memang tak ambil tahu langsung pasal bahasa mereka ni. Rugikan...

      Delete
  7. Selalunya kalau ex-boss datang Malaysia, akan ke pejabat bertemu staff dan kawan-kawan Jepun seangkatan mereka. Bawa hadiah tu sudah tentu ^_^ Tapi bos yang ini tak mahu datang sebenarnya sebab dia tak berapa ngam dengan big bos saya. Tapi itulah, gembira sangat bila dia dan isteri datang juga last minute! Dapatlah saya berjumpa dan berborak sakan!

    ReplyDelete
  8. Pasport HD apa masalahnya MD.....bukan ke sama je...international pasport gak kan....

    Alahai ....
    Mak baca pun mak boleh rasa happynya awak hari tu sebab dpt jumpa ex boss. Betul tu.....hargailah mereka yg kita sanjung sementara mereka masih ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Passport suami kita tukan Mak, validity sikit punya lama sampai dua dekad tapi mukasurat secoet. Nak buat passport kena balik negara. Nak pergi mana-mana negara mostly kena visa. Malaslah nak fikir sebab kita sendiri kebanyakan negara takdalah bervisa bagai. Lagi pun kalau asyik kena balik buat passport, you think I rela ke HD balik sendirian? Dahlah nak buat passport dan permit makan masa sebulan mahunya. Mana nak korek cuti? Nak suruh kita cuti tanpa gaji ke apa?

      Makanya, lebih afdal kalau kita tak keluar negara. Cuti-cuti Malaysia ajelah dulu sampai boleh dapat PR. Ada PR senang sikit, boleh dapatkan passport dari sini ~_^

      Delete
    2. ohhhh gitu......yelah......dah dah duk Melesyia jerlah

      Delete
    3. Begitulah alkisahnya, Mak!

      Hahaha...tetap juga nak kita nak jadi penutup komen walaupun takda apa komen nak direply ~_^

      Delete
  9. wahhhhh happy nya bila baca entry ni...
    org yg menggembirakan pasti kita gembira bila berjumpa nya lagi...
    so kak, boleh lah pegi japan nnti... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang gembira sangat rasa di hati bila dapat bertemu sekali lagi dengan bos disanjungi ni, Lyn. Bukan senang nak jumpakan. Bos pun dah tua tapi masih mengaku muda, kemudaannya tak berganjak kononnya. Kelakar orangnya. Dulu-dulu kalau nampak kami bergosip dalam pejabat, mesti dia datang dekat lepas tu kata - nak join!

      Teruslah kita borak dalam BM kasi padan muka dia tak dapat join. Keh3x....

      Delete
  10. Tak der ker gambar ex-bos ni. Nak gak tengok bos paling terbaik MD nih ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ambil gambarnya tapi macam biasalah dalam blog ni gambar-gambar memang kurang :)

      Delete

Post a Comment