Salam 22 Syawal kawan-kawan!
Ya, beginilah nasibnya kalau suka sangat jadi anak perantau ni ~_^
Orang lain bercuti raya lagi lama, lagi seronok tapi I ni bercuti raya macam cuti hujung minggu aje kekdahnya!
Orang lain bila hari raya, pergi beraya ke rumah sanak-saudara tapi I ni beraya kat tepi pantailah, kat shopping mall dan seangkatan dengannya!
Kesian sungguh! Tak ke you all sedih sayu pilu hati mendengar rintihan kalbu I di pagi Jumaat ni? (Eh, off topic jap... tak pergi tengok KL City Grand Prix ke?)
MD oh MD... macamanalah orang nak rasa simpati kalau dah bersedih-sedih katanya tetiba off topic cerita keluar tajuk pulak ~_^
Takpalah, takpa! Usah bersedih demi hamba! Hari ni hari Jumaat, daripada bersedih lebih baik beramal lebih sikit ^_^
By the way, bulan puasa dan bulan raya I tahun ni memang lebih banyak melawat kolam air panas, pantai air masin, taman bunga dan seangkatan dengannya di siang hari; lebih tepat lagi di tengahari panas terik membakar kulit tu. Bukan I lah yang banyak buat begitu tetapi my hubby and his motherlah ~_^
Balik dari kampung pada hari Sabtu pagi (raya kedua) kami singgah ke PD dulu atas permintaan my mother in law. Sebelum balik, teringin nak berendam dalam air masin sekali lagi katanya. Itulah punca sebenar mengapa HD beria-ia nak balik kampung dan itulah juga penyebab kami dapat balik ke KL pada hari Sabtu pagi. Kalau tidak, petang raya pertama HD dah ajak balik ke KL. I pun hint lah kat HD, kalau balik petang raya pertama memang tak dapatlah nak singgah PD. Nak berendam malam-malam berembun buat apakan....
Dalam bulan puasa ada juga kami ke PD ni. Masa tu memang lengang. Langsung tak ramai orang. Deretan gerai di tepi-tepi tu semuanya tutup. Yang kelihatan pun semuanya kaum Cina dan India, itu pun takdalah ramai mana.
Dah banyak kali kami ke PD nak juga singgah di PD Wellness ni, yang selalunya memang penuh dengan orang dan sukar nak cari parking. HD kalau selalulah memang tak ingin nak singgah di sini apatah lagi bila orang ramai. Tapi dek kerana emaknya, sanggup tu HD datang ke sini. Samalah macam kes beliau tak pernah jejak kaki di PARAM tetiba tahun ni siap pimpin tangan emaknya turun meninjau PARAM sebab emak teringin nak tengok katanya...
Masa bulan puasa hari tu memang lengang. Nak tukar baju dalam bilik air pun takda orang. HD, my sons dan mak mertua meriah bermain air masa tu. I aje duduk di tepi pantai main Soda Crush. Bulan puasa takda maknalah nak suruh I turun ke pantai main air. Dahlah panas. Kalau bukan bulan puasa pun tak teringin I nak mandi pantai macam tu. Itulah juga punca si Adik Cute dapat jangkitan sampai merah mata.
Kali ni bila kami pergi, oh my... ramainya orang! Nak parking pun jenuhlah berpusing mencari! I sengih aje. Dah berpuluh kali I kata berbeza aktiviti di bulan puasa dan bulan-bulan yang lain tapi HD tak mahu dengar. Katanya macamlah orang Melayu aje yang pergi mandi-manda di pantai umum di PD ni. Makanya kalau bulan puasa tu, semua tempat lengang sebab orang Melayu kurang buat aktiviti 'duniawi'. Yalah, HD kan orang 'Malaysia', I ni sebenarnya foreigner di tanah tumpah darahku sendiri! Aha, tak percayakan... Sendiri tengoklah!
My mak mertua nak tukar baju tapi bila masuk aje dalam bilik air, tak sampai seminit I tengok dia dah keluar semula. Katanya queue sikit punya panjang, ramai orang berkerumun di dalam tu menunggu turn dan bau bilik air oh my.... (Itulah, tak dengar kata si 'foreigner' ni kan....)
Makanya kita berpatah balik ke kereta, start enjin dan pergi ke Pantai Purnama pulak! Kat sini pun masa kami datang di bulan puasa, lengang. Satu buah kereta pun takda. Jadi takut pulak nak turun merendam kaki katanya. Dahlah tempat ni tersorok sikit. So, itulah sebab kita ke area PD Wellness tu.
But then kali ni pergi, penuh tempat parking kereta ya! Maybe orang lain pun ambil kesempatan cuti hari raya dan balik kampung di PD untuk mandi-manda di sini. Dekat sejam jugalah my hubby, sons and mother in law bermandi-manda dengan meriahnya di sini. I macam biasalah, tak mandi pun. Tukang jaga barang dan dok terpacak di bawah terik matahari. I memang tak suka mandi pantai macam ni sebab lepas mandi nak tukar baju tu masalah. I tak suka masuk public toilet. Rasa nak pitam kat dalam tu juga!
Selesai aktiviti meriah bermandi-manda, kami pun gerak balik ke KL. Sampai di KL dekat pukul 2 petang. Bila sampai rumah aje oh terasa indahnya dunia ~ my Home Sweet Home! Tak kiralah rumah kita kecil ke besar, cuti raya kita panjang ke pendek. Asal dapat balik rumah selepas meninggalkannya beberapa hari, terasa indah sangat perasaan tau!
Kalau boleh nak terus tuju bilik tidur. Landing barang sejam dua tapi apakan daya. Bila dah balik rumah sendiri, tugas bibik harus bermula ~_^ I pun apalagi, teruslah menggunakan khidmat mesin basuh tercinta beberapa kali untuk membasuh baju. Nasib baik juga cuaca sangat bagus. Tiga kali membasuh, tiga kali menjemur dan kering semua pakaian! Oh, lega! Yang tak lega bab melipat baju sambil bernyanyi syahdu...
Dalam pada sibuk menguruskan rumahtangga tetiba HD beritahu nak keluar malam tu. Nak bawa emaknya melihat musical water fountain kat KLCC! Oh, alahai... penatnya balik kampung tergesa-gesa masih terasa tapi kalau kata tak mahu, haruslah bermasam muka nanti! Pergilah juga....
Sampai kat KLCC bila nak parking takdalah susah mana. I kan ada port istimewa yang selalu I park kereta bila datang KLCC ni. Setakat parking memarking kereta kat KLCC ni serahkan tugasan itu kepada mem. I knowlah what I did last trip ke sini!
Naik aje ke Concourse Level, mak datuk.... Terasa macam berada di bumi asing. Terasa macam I memang benar-benar di perantauan tau! Sampai I dok tanya kat HD,
Dear, I ni kat New Delhi ke, Dhaka ke, Jakarta ke, Kathmandu ke atau Naypyidaw ni???
Bukan main teruja mereka ni ambil gambar depan KLCC ni. Mesti nak tunjuk pada kaum keluarga dan handai taulan di tanah tumpah darahku. Bak kata seorang minah Indon ni (I terdengarlah yerk...)
Iya... beginilah raya di depan KLCC!
Nak pitam rasanya I berada di tengah-tengah lautan manusia ni. HD dengan emaknya pun sempat ambil gambar beberapa keping. Nak tunjuk pada sanak-saudara di sana jugalah tu ~_^
I dan anak-anak dah tak tahan panas membahang di luar dengan lautan manusia yang ramai. Makanya kita tumpang duduk kat dalam Isetan. Bestnya kena air-cond ~_^
Selesai di sini kami pergi menikmati makan malam di port kegemaran ~ Restoran Al-Rawsha. Gambar takdalah yerk sebab mood pun dah kedaung masa ni. Dah lapar, dah penat dan dah mengantuk sangat ~_^
Itulah cerita sepanjang hari raya kedua kami ^_^

Manalah MIL tu tak sayang her son sebab sebut aje seboleh-bolehnya dia akan tunaikan. Doalah your two sons ikut macam daddynya juga. Untung ada anak lelaki yg begitu. SO... tak perlu tunjuk letih ke apa sebab kakak percaya 20 tahun akan datang macam itulah your two sons will treat you the same. Penat tolak tepi demi mak - suka kakak baca tau (sejuk perut ibu).
ReplyDeletePendatang tu biasalah org local semua balik kampung berkampunglah mereka di KLCC - jadi tumpuanlah, mana lagi nak pergi.
Oh, bab ni memang saya salute sangat dengan HD, kak! Memang terbukti HD ni anak yang baik. Apa sahaja kehendak ibunya, kalau boleh akan diusahakan. Kalau akak tengok bagaimana HD melayan ibunya, memang terkedu. Adakalanya kita sebagai isteri rasa terabai tapi bagi HD yang paling penting menjaga hati dan kebajikan ibunya. Sebab ~ syurga terletak di bawah tapak kaki ibu. Kalau terlepas yang itu, takda maknanya hidup dalam dunia ni!
DeleteKerana itulah saya memang tabik spring kat suami sendiri! Layanan saya terhadap emak sendiri pun 50% tak sampai kalau nak dibandingkan dengan HD melayan ibunya!
hehe...raya kedua dah p pantai ye
ReplyDeletekami raya kedua tu baru nak start enjin tuk beraya
raya pertama kat rumah aje
sonok mami tahun ni ye MD
banyak tempat dia boleh pergi. boleh bayangkan dia punya sonok tu
eh MD, mami ada sini lagi ke? ke dah balik?
Raya pertama duduk bersantai di rumah. Melawat bandar BP. Masuk raya kedua, dah balik ke KL semula. Singgah pantai PD, melepak kat KLCC. Kira hebatlah raya kita orangkan ~_^ Tapi kalau kata tak meriah tahun ni, tahun-tahun sebelum pun bukan meriah sangat. Setakat anak-anak aje yang enjoy beraya!
DeleteDah balik dah Mami, YY. Hari ni punya entri baru sempat bercerita pasal kepulangan Mami ke Tashkent :)
perghhhh dah mcm beraya kat rempat org plak erk kak sbb semua kat foreigner.
ReplyDeleteishhh melaut org nya.. lagi pun kemana dorang nak beraya kan. kg pun jauh. jadinya kat shopping complex lah dia melepak. hehehhe
Itulah, rasa macam kita pulak yang di perantauan ni ~_^
DeleteYalah, mereka bukan ada kampung nak balik. Lagipun inilah peluang nak selfie-selfie kat depan KLCC dah majikan bagi cuti lama sikit kot. Memang nak pitam rasanya bila di sini tapi kenangkan HD nak bawa ibunya, maka kita ikutkan ajelah walaupun penat baru balik dari kampung masih terasa!
Haha.. finally saya jumpa kawan yg tahun ni beraya kat pantai r klcc.. naim raya ketiga buat gitu.. hai nampak nau canggih gaya sambutan ya.. keadaan kan. Tapi asalkan bersama keluarga tu dah ok sangatla.. mami pasti balik dgn gembira tu, sekali sekala datang anaknya ikut semua kemahuannya gtu.. alahai..memangla bahagia, tahun depan nak datang lebih lama lagi.. huhu..
ReplyDeleteOh, kalau nak cari kelainan memanglah kena tanya saya dulu, AN! Hahaha...
DeleteNak buat macamana, dah takda arah tujuan raya-raya ni. Orang masih di kampung beraya. Kita ajelah yang sibuk nak balik ke KL. Dah biasa sebenarnya sekejapan aje balik kampung tapi cuma kali ni rasa lain macam pulak *_*
Bab anak lelakinya memanglah takda komplen, AN. Puas hati Mami rasanya walaupun setahun sekali datang tapi dapat layanan yang sungguh superb dari anak kesayangannya. Nampak sangat si ibu bangga ada anak sebaik ini. I pun tumpang gembiralah juga ada suami baik macam ni terhadap ibunya walaupun adakalanya bernanah hati ~_^
haha, itu yang penting tu, MD dapat tumpang sekaki dan insyaAllah esok2 moga ank2 Md pun layan MD macam ni juga.. moga dapat layanan yang terbaik dari anak2
Deletebab bernanah hati tu biasalah, asam garam kehidupan.. mana ada orang yang perfect.. haha, ayat pujuk diri sendiri juga ni..
DeleteMemanglah saya mengharap sikap HD terhadap emaknya akan turun 100% pada anak-anak bujang saya. Legakan hati kalau anak-anak melayan kita yang dah tua begitu baik dan taat. Tapi betul tu, AN...sikap cemburu tu memang jahat. Sebenarnya bukan cemburu atas layanan kelas pertamanya terhadap ibu sendiri, yang buat kita kadang-kala terkilan tu bila suami tak pedulikan kita langsung bila ibunya ada. Macam kita ni angin lalu jerk...langsung tak ingat yang dia ada isteri dan anak-anak :(
DeleteDah lamaaa..... saya & famili tak gi PD. Kali terakhir pegi tu, jln2 kat townnya byknya lalat.
ReplyDeleteKami ni ke PDlah paling kerap. Kalau tak tahu nak buat apa, terkenangkan PD aje. Tetiba aje teringin nak jalan-jalan makan angin. Raya dah habis ni ~_^
Deletejenjalan sini
ReplyDeletehttp://sasuzanazanudin.blogspot.com/2015/08/tips-kurus-selepas-raya.html
Terima kasih sudi jenjalan di sini yerk ~_^
Deleteamboi, saya yang orang KL sejati ni pun tak pergi beraya kat KLCC di hari raya kedua..kerlasss!!! adoi, ramainya orang kak wei..macam tengok acara Festival of Light kat Sydney aje! tapi, memang sy malas nak gi ke sana sebab tulah, bangla, nepal, vietnam yang ramai. Tapi nak buat cmane, Zahid Hamidi kata, ni salah orang Malaysia. Tak nak kerja kilang, kerja kontrak, so pekerja asing lah jawabnya (off topic)
ReplyDeleteTak nak lah gi tengok KL GP tu..panas membahang boleh ku tahan. Buatnya tetibe hujan, cari memori daun pisang jelah..
Apa nak buat...katanya nak beraya lain sikit daripada selalu. Macam nilah baru ada kelas gitu ~_^ Tapikan terasa di perantauan betullah, Sal. Dikelilingi dengan warga asing. Kita pulak yang rasa macam bercakap bahasa asing instead of mereka ^_^
DeleteYalah, yalah...kalau ikut kata pak menteri memang kita rakyat ni ajelah yang salah! Kalau nak sangat warga tempatan bekerja di sektor ni, apa kata berikan ajelah taraf kewarganegaraan kat semua mereka ni. Jadilah warga tempatan bukan warga asing lagikan ... *_*
Demi ibu mertua ku kan MD
ReplyDeleteHahaha..yalah Acik, demi ibu mertuaku ^_^
DeleteBagus betul HD tu melayan Mami dia kan MD..
ReplyDeleteMemang tabik spring dekat HD tu..
Moga anak2 kita pun akan melayan kita macam tu juga bila kita tua kelak..
Bab anak baik tu memang saya tabik springlah kat suami sendiri. Saya pun tak terbuat. Adakalanya cakap juga 'tidak' pada emak sendiri. Tapi HD ni memang sungguh-sungguh melayan emaknya. Tak pernah kata tidak. Ngeri kadang-kadang tengok layanannya itu yang kita tak terbuat. Bila tanya, katanya 'alahai, sekelumit aje tu dari pengorbanan emaknya membesarkan dia...'
DeleteAduhai...
"Iya .. Beginilah raya di klccl".
ReplyDeleteAduhai MD. mmg kisah sendu la tu. dah namanya raya kedua. Mmg la ramai indo segala umat bkn melayu tu kat situ kan? MD meramaikan umat kat situ ambik gmbr tak? Mesti ambik kan..saja xmo tunjuk. Dui intai mana gmbr abg adik main pasir pun x de gak. Huhu
Err mil MD suka ke pantai ke? Kenapa pilih PD ye? Sbb dekat eh? LM suka ke pantai tp x suka mandi laut. Melekit!
Klu mandi air terjun pun akan pastikan bw khemah sbb ngeri ooo masuk tandas awam:(.. LM salin baju dlm khemah je. Hehehe
Wah, memang ramai betul mereka ni! Nak buat macamana, bukan ada kampung nak dituju macam kita orang tempatan ni! Tapi yang orang tempatan ni pun sama jerk kekdahnya, tolong memenuhkan ruang dalam KLCC tu juga...
DeleteEh, saya tak ambil gambar pun kat KLCC! Tengah penat lagi, LM. Malas nak berposing. Tengok orang ramai gitu pun dah nak pitam. Budak berdua ni lagilah monyok aje muka. Manalah mak mertua tak terasa hati. Dahlah lagi 2,3 hari nak balik dah! Tak beri kerjasama langsung kami bertiga. Keh3x.
On the way nak balik ke KL ni, tu yang singgah PD. Sebenarnya kalau mak mertua datang bukan bulan puasa, boleh juga ajak berjalan-jalan makan angin. Ni datang bulan puasa, memang terhadlah aktivitinya. Mak mertua memang suka sangat bunga-bungaan ni, kalau boleh hari-hari nak ke taman. Tapi kita ni bulan puasa kalau boleh keluar rumah pun tak mahukan... Itulah masalahnya!
kalau org tanya saya tak sedih ke org sibuk beraya di kg tapi saya dok di kl ,jawapan saya , tidak . sebab hati saya dah tiada di situ . sebenarnya raya ni lbh bermakna klu ada suami dan anak2 di samping kita selain emak . tapi saya x ada lagi ... huhuhuuu ... pernah saya gi klcc waktu mlm , mmg penuh dgn bangla dan indon . sampaikan naik kecut lah hati ni bimbang kena tarik keatau seumpamanya ... sebenarnya ramai warga kota beraya di kl tapi cara bercuti . mungkin tahun depan , saya akan pergi bercuti ketika org lain sdg seronok beraya ... heheheee
ReplyDeleteAmboi, Vee... kental sungguh hati ke tengah merajuk ni? Kalau saya masih bujang trang tang tang, memang kampunglah tempat dituju bila tiba hari raya. Mana lagi nak pergi. Kalau tak balik dah tentu-tentu emak hantar 'bodyguard' suruh heret bawa balik kampung ~_^
DeleteBetullah tu, meriah juga kalau kita ada sebab untuk meraikan macam ada suami atau anak-anak tapi kalau sendirian dikelilingi keluargakan bagus... walaupun dalam hati tu sepinya hanya Tuhan ajelah yang tahu!
Hahaha... pandai betul sahabat seorang ni ambil hati yerk! Kita lagi suka kalau orang korek entri lama-lama. Jangan bimbang, kita tak kecut perut nak reply komen satu-satu. Bukannya kecil perut sebab orang tak komen tapi dok fikir manalah pengomen-pengomen tegar saya ni semua menghilangkan diri. Sibuk sangat ke? Kenapa saya jerk yang kata sibuk tapi tak sibuk mana? Hehehe...
ReplyDeleteMuka saya pun muka Melayu sejati juga. Kira saya rasa macam saya pulak tourist malam tu, maklumlah di perantauan katanya!