Bezanya raya kita dulu-dulu....

Salam 23 Syawal kawan-kawan!

Raya pun dah nak habis nampaknya. So, kiranya inilah last kita bercerita pasal raya. Cerita open house dan gedik-gediks berhari-raya kita lupakan ajelah yerk sebab tak dan dah nak mencurahkan isi hati ke dalam blog ni. Raya tahun ni pun sendu aje tak macam selalu tapi dulu-dulu pun takdalah meriah sangat ~_^

Jadi, apa kesimpulannya cerita tentang sambutan hari raya kawan-kawan tahun ni? Meriah macam tahun sebelumnya? Atau terlebih meriah daripada yang pernah kita rasai dulu-dulu? Atau suam-suam kuku aje kemeriahannya? Aha, jawablah... yang mana satu ~_^

Memang benar bagai dikata dek kebanyakan kita, sambutan hari raya dulu dan sekarang memang teramat jauh bezanya. Mungkin juga sebab usia kita semakin meningkat tapi bila kita timbal balik dan kenang-kenangkan memori lama yang masih terpahat segar dalam ingatan ketika kita seusia anak-anak kita kini, memang nampak ketara perbezaannya!


Puas I membayangkan diri ini berada di tempat Bubbly Abang. Apa agaknya yang diingat-ingatinya ketika menyambut hari raya ni? Adakah dia rasa gembira berada di samping keluarga - Daddy, Mommy dan Adik Cute ketika meraikan kedatangan Syawal? 

Apa perasaannya bila dapat pulang ke kampung ketika hari raya? Adakah dia rasa syahdu ketika bersalaman dan memohon maaf dengan MommyDaddy di pagi raya? Adakah dia gembira bila menerima sampul hijau setiap kali beraya? Seronokkah Bubbly Abang bila dapat memakai pakaian serba-baru di hari raya, dapat bermain bunga api (mercun tidak sama sekali...) mahupun berkumpul beramai-ramai dengan saudara mara ketika hari raya? Seronokkah dia bila kami bawa ziarah menziarahi kaum keluarga ketika berhari-raya?

I sendiri tak pasti apa pandangan my anak sulung ni ^_^ Sukar rasanya nak memahami pengertian sebenar hari raya pada diri si anak yang baru berusia 9 tahun ini. Ada banyak perkara yang kita sangat teruja, yang hanya berlaku di bulan Syawal  tetapi tidak dapat dirasai lagi oleh anak-anak masa kini...

Kalau dahulu semangat raya bermula sebaik aje masuk bulan puasa. Seronok tengok emak menyediakan juadah berbuka dan bertukar-tukar hidangan dengan jiran sebelah-menyebelah. Walaupun semua juadah disediakan oleh emak sendirian, jumlahnya penuh satu meja. Tidak satu pun terbazir. Yang pasti semuanya enak, yalah air tangan emak. Memanglah sedapnya sampai sekarang terasa!

Bila masuk seminggu berpuasa, dah sibuk mencari kad raya. Habis segala kenalan dan sahabat pena disenaraikan untuk pemberian kad raya. Untuk cikgu-cikgu kesayangan pun tak lupa. Bila besar sikit dan tinggal berjauhan dari ibubapa, kad raya tak pernah lupa dikirim sebagai pengganti diri. Kalau tidak, rasa bersalah pulak pada emakabah kerana tak mengirimkan kad raya!

Bila dapat kad raya dari kawan-kawan dan kenalan, amboi seronoknya bukan kepalang. Setiap kali posmen berhenti depan rumah, mesti nak tengok siapa yang dapat kad raya! Maklumlah, rasa bangga lain macam kalau dalam ramai-ramai adik beradik, kita yang champion dalam mengumpul kad raya. Lepas tu bolehlah gantung kat dinding kad raya yang banyak tu.

Bila nak dekat raya, rasa teruja sungguh bila makabah bawa pergi shopping raya. Tak sabar rasanya nak pakai baju baru, kasut baru, pin rambut baru dan pendekata semua barulah di pagi raya. Demand pun tak tinggi masa tu. Asal dapat serba baru dah okey. Tak pernah ngengada nak buat pilihan sendiri. Apa makabah belikan, dah cukup bagus buat kita. Tak pernah pun menjuih mulut kata tak suka atau tak berkenan. Takut oi tengok misai tebal abah! 

Paling seronok bila abang dan kakak yang dah bekerja pulang ke kampung berhari-raya. Tak sabar nak tunggu kepulangan mereka. Tak sabar nak tunggu hadiah hari raya yang akan dibawa pulang. Biasanya dress yang cantik-cantiklah dari 'KL' ~_^ Besar tau maknanya kalau dapat hadiah dari 'KL' ni. Maklumlah masa tu kalau kata nak buat rombongan pergi melawat Muzium Negara di Kuala Lumpur, oh indahnya dunia kanak-kanakku! Sekarang ni, takda siapa pun nak offer diri nak pergi. Tak mainlah!

Paling tak sabar nak menunggu sesi bermaaf-maafan dengan makabah dan seluruh adik beradik di pagi raya.  Lepas tu bolehlah makan juadah raya berulang kali sambil menonton rancangan raya (yang kalau sekarang ni terasa entah apa-apalah... Oh, ingat juga pernah banyak kali semasa raya, filem Hindustan aje yang dimainkan di TV!)

Tak ingat pulak pernah ke walaupun sekali dapat duit raya dari emakabah sendiri. Kumpul duit raya pemberian orang lain adalah! Bila pergi beraya, duit raya mestilah perkara wajib. Kalau dapat sampul hijau, gembiranya bukan kepalang walaupun 50 sen aje di dalamnya. Tak pernah mengeluh sikit ke banyak. Asal dapat je dah gembira tak terkata! 

Cukup masa, sibuklah mengira sendiri duit raya yang dapat! Tapi masa kecil dulu I pun tak lepas bebas. Beraya dengan makabah aje. Tak pernah beraya beramai-ramai dengan kawan-kawan sekampung mahupun satu sekolah. Makabah tak benarkan! Tapi takpa, pengertian raya yang begitu pun dah cukup meninggalkan memori indah sampailah sekarang!

Tapi bila dilihat sambutan hari raya sekarang ni, terasa kasihan pulak pada anak-anak. Balik kampung macam biasa. Korum dah semakin kurang bila ahli keluarga semakin bertambah. Ada yang turn balik rumah mak mertua. Ada yang siap pergi melancong di hari raya. Kalau tak cukup korum, memang sunyi sepilah rumah walaupun di hari raya!

Masa I bujang dulu, sebaik aje ahli keluarga lelaki balik dari solat raya, kita yang bujang-bujang ni (mak saudara sorang aka tuan empunya blog dan anak-anak saudara Gen Y katanya...) dah plan siap-siap nak tengok wayang sebelah petangnya. Yang paling teruk, I lah. Dahlah selalu sangat balik raya sekejap aje, lepas tu time orang sibuk bertandang ke rumah, kita pulak sibuk bertandang melawat kawasan di bandar BP!

Tiba turn anak-anak I, lagilah kasihan. Raya dengan tidak, sama aje situasi. Mungkinlah mereka pelik bila ramai orang datang ke rumah my emak/kakak beraya sampai hampir tengah malam. Cuma itulah mungkin yang mereka rasa sedikit meriah dan ada kelainan daripada hari-hari biasa.

Bab kad raya, memang mereka tak kenallah. Dapat pun tak pernah. Apa motif nak hantar kad raya pun mereka tak tahu. Maybe kena googlelah kalau nak tahu bentuk kad raya dulu-dulu *_* Bab duit raya lagilah sendu. My superheroes tak kisah pun tentang duit raya. Ada orang bagi ambillah, kalau takda takpalah. 

Si Adik Cute tu setiap kali orang bagi duit raya dia tak ambil. Sampai I kena cakap,

Dik ambil duit raya tu! Nanti boleh beli Lego!

Baru terkial-kial ambil terus bagi kat Mommynya. Takda mendatangkan kehairanan pun dapat duit raya!

Tak pernah pun mereka bertanya berapa duit raya yang terkumpul setiap kali raya! Oh, syahdu sungguh! Kalau dah duit raya pun mereka tak hairan, apa lagi yang mereka hairan tentang hari raya ni yerk?

Bila I tanya pada Abang apa yang best tentang raya, inilah jawapannya :

1. Balik kampung
2. Main bunga api

Oh, alahai.... itu ajelah kot pengertian raya bagi my superheroes!

I mengharapkan Bubbly Abang dan Adik Cute akan ada memori indah ketika hari raya, sama macam yang I rasa suatu masa dahulu. Kalau diteruskan 'tradisi' macam ni, ada canlah lagi 2,3 tahun kita raya sambil makan biskut kering cicah Milo aje di pagi raya. Lepas tu masing-masing buat hal sendiri. Raya ke tak raya, takda apa pun berbeza bagi mereka lagi.... 






Comments

  1. Haha.. memang lain pandangan kita dan anak2 pasal raya kan.. paling kelakar si nazif ni, dia anggap pergi raya tu ialah pergi majlis kahwin..sebab sebelum ni kalau pakai je baju melayu pasti kenduri kahwin uncle dan aunt sepupunya.. raya hari tu berkali2 dia ajak keluar gi raya katanya bila rumah mak saya penuh sedara mara datang beraya.. alahai..

    Bab duit raya pun kan. Budak2 skrg dapat duit mudah ke mcm mana, tak tengok sangat budak yg nampak betul excited dengan amaun duit raya mereka.. dalam ramai2 jumpa akan adalah tapi tak ramai yabg mengira.. rasanya masa raya hari tu saya jumpa dalam 5 orang je yang duk cakap seronok jumlah duit rayanya dah berapa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau berterusan begini, tak mungkinlah mereka akan dapat rasa apa yang kita pernah rasa dulu-dulukan, AN. Kesian kat anak-anak zaman sekarang. Hari tu masa raya, saya tengok sepupu-sepupu saya yang datang dengan anak-anak dan cucu semuanya sibuk masing-masing dok tengok gajet kat tangan. Yang pangkat senior daripada saya ajelah yang rajin berborak sesama kita. Kalau macam tu, lain tahun lebih baik tak payah beraya. Whatsapp ajelah kata nak beraya di alam maya ~_^

      Anak-anak saya langsung tak peduli duit raya. Tak pernah tanya pun tapi bercerita jugalah pasal duit raya kawan-kawan yang katanya banyak. Macam Abang katanya ada kawannya dapat duit raya sampai RM800. Lepas tu boleh pulak ditanya kat saya, 'Jangan-jangan rupiah tak, Mommy? Dulu Laoshi kata rupiah tu nilainya sikit aje berbanding dengan duit kita!' Ni mesti rupiah nih....'

      Tapi tak pulak ditanya duit rayanya berapa...

      Delete
  2. takpe kak, jangan stress sangat fikir.kalau dah namanya anak-anak yang fikiran masih suci tu, memang diorang seronok berhari-raya..dapat kumpul dengan sepupu-sepapat , tu dah cukup bagi diorang hepi. macam anak sedara saya yang kecik-kecik tu, bagi diorang raya ni pakai baju cantik-cantik, then gi jalan-jalan.

    raya saya tahun ni agak hambar..sebab naik kerja awal, pastu raya-raya pun dah gi mengukur stadium bukit jalil.. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stress tidaklah sebab raya kita pun sekarang ni dah suam-suam kuku kemeriahannya. Cuma kesianlah sebab mereka tak rasa apa yang pernah kita rasa ketika sebaya mereka dulu. Raya kita cukup meriah suatu masa dulu. Sal pernah rasa macam tu tak ni? Kalau tidak, Sal pun tergolong sama macam zaman anak-anak akaklah ni ~_^

      Makin lama makin hambar rasanya, Sal. Ingatkan sebab akak makin meningkat usia tapi tak juga. Memang dah jadi gitu kot raya sekarang ni. My cousin pagi raya dah packed barang pergi Australia. Katanya tugasan tapi kalau dah bawa the whole family tu maknanya holiday jugalah...

      Delete
  3. Bagi CH raya tahun ini paling sendu..
    Bak kata my kakak.. Tahun berdukacita..
    Raya pertama kali tanpa Abah :( huhuhu .. dah nak nangis tulis ni MD)
    Mak pula sakit terlantar huwahuwa :( (lagi kuat CH nak nangis)
    Anak Mak Uda pula meninggal di hari raya pertama.. akibat demam denggi berdarah :(

    Tapi tahun ni CH beraya giliran rumah en suami..
    Dari Jauh Ku Pohon Maaf je lah...
    Dendang Perantau betulah CH masa tu..
    Dipagi raya menangis tersedu2 :(

    Berbeza pula dengan anak2 CH tu MD..
    Masing2 mengira duit raya, siapa yg paling banyak..
    Kegembiraan mereka bila menerima duit raya lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ya ke CH... Yang bab kematian ayah tu saya sedia maklum. Bab emak CH tak berapa sihat tu pun saya tahu. Tapi bab anak Mak Uda meninggal dunia di hari raya pertama, alahai... sedih juga mendengarnya!

      Semoga CH tabah menghadapi segala dugaan. Dugaan hidup tu CH. Itulah, bila kita rasa kita diduga, macam besar sangat dugaannya. Tapi bila membaca kisah orang lain, dugaan yang kita dapat tu sebenarnya tak seberapa. Itu bersangkut paut dengan sayalah ...

      Budak-budak biasanya suka dapat duit raya tapi entahlah anak-anak saya ni. Entah apa yang mereka teruja tentang raya pun saya tak pasti. Akan datang tentu makin sendu raya jadinya. Kesian nasib mereka...

      Delete
  4. Tu lah kita kecik2 dulu berat kan duit raya? Dpt lima ploh sen tu byk dah. Kdg tu dpt 40 sen je atau dua ploh sen pun ada . Tp
    Meriah sgt.

    Raya thn ni bermakna lah juga walau dpt duk smpi lps solat jumaat je ngan ayah boda pastu dh blk umh org dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pun kita tak pernah komplenkan... Asal dapat duit raya aje dah terasa gembira. Budak sekarang ni cubalah bagi kurang daripada RM1, mahu dikomplennya. Kalau bagi RM1 pun macam takda dapat duit raya aje kekdahnya... Kita pulak yang rasa bersalah nak bagi berapa duit raya kat depa ni semua...

      Asal dapat balik kampung, dah bestlah tu, LM. Saya ni sebenarnya memang tak rasa lagi kemeriahan beraya. Tak macam dulu-dululah. Sekarang ni raya demi kerana anak-anak aje sebenarnya...

      Delete
  5. my anak buah wpun dok kl , mrk berjiwa kg . bila cuti sekolah je , ajak balik kg . klu kata nak balik kg , cepat2 pack baju . kat kl boring katanya . kat kg boleh main basikal , suasana tenang . boleh lari sana sini . lagipun , sepupu sepapat mereka ramai yg dtg menjenguk memeriahkan suasana . pernah satu masa tu , my anak buah ajak my kakak pindah balik kg . bab kad raya lak , mrk ada beri pd guru mrk setiap thn . jadi mrk tahu seronoknya beri kad raya . bab duit raya , lagilah mrk seronok . dpt simpan dlm akaun dan beli apa mrk suka ... bagi saya , raya yg seronok ni masa kita kanak - kanak sampai remaja . masa di mana kita tak de komitmen . semou mak bapak sediakan . mintak aoa semua dapat . jadinya , cuma fikir seronok nak raya . masa saya bujang , raya masih lagi meriah sebab my adikk beradik ramai lagi yg tak kahwin . my abg n kakak ramai yg kahwin lewat , dlm usia 30 an . masa tu , ramailah kawan masing2 berkunjung ke rumah . raya mula jadi tak best bila mereka dah ada family sendiri . nak berkumpul semua dalam satu masa , mmg susah nak dapat kecuali di majlis kahwin adik beradik ... saya , di usia saya sekrg ni , dgn status saya , saya dah tak kisah raya , tak teruja nak jumpa saudara mara . nak lari jauh2 ada lah ... heeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak saya pun suka balik kampung sebab ada sepupu sebaya tapi tak suka perjalanan balik kampung sebab lama sangat duduk dalam kereta :)

      Saya ni orang kampung tapi dah berlagak jadi urban pulak, Vee. Kalau lelama kat kampung pun saya 'sesak nafas' sebab sehari tak nampak shopping mall, terasa macam tak meriah hidup. Hehehe...

      Maka anak-anak pun takdalah kekampungan sangat sebab tak biasa ikut balik kampung selalu. Rugilah mereka sebab tak dapat merasa apa yang pernah kita rasa masa kecil-kecil dulu. Banyak aspek tentang kampung dan aktiviti yang boleh dibuat di kampung yang anak-anak saya tak tahu dan tak teruja pun nak tahu sebab tak diberi peluang melaluinya. Yang ini memang kena salahkan Mommynyalah!

      Saya pun setuju, keseronokan raya tu semakin berkurangan bila adik beradik kita berkahwin seorang demi seorang dan ada keluarga sendiri. Walaupun ikatan persaudaraan tu makin rapat, keutamaan bukan lagi terhadap adik beradik tapi keluarga yang baru dibina. Masa tu pun raya dah suam-suam kuku tapi sekarang ni langsung takda feel pun meriahnya!

      Alahai, Vee.. tak perlu lari. Apa orang nak kata biarkan ajelah. Bukan kita boleh tutup mulut tempayan. Cuma hati tu memang terasa sakitlah. I know. Been there too ~_^ Tapi kalau dah katanya lebih gembira bersendirian, pun tak salah juga pilihan tu :)

      Delete
  6. dah 4 5 thun kebelakangan ni raya pd Lyn biasa2 jer tak. tak teruja mcm masa kita kecik2 dulu. Peralihan zaman betul2 berlaku. Even duduk kg pun, meriah nya dah kurang. tak tau lah apa sbb nya. mungkin faktor umur, tpi Lyn tanya sapa2 pun mereka jwb menda yg sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya bukan sekadar usia aje yang menyebabkan raya semakin kurang meriahnya. Memang itu kenyataan sebenarlah, Lyn. Kalau tanya budak-budak sekarang pun, pengertian raya mereka tak sama macam kita dulu-dulu.

      Delete
  7. yelah MD, sekarang dah makin kurang rasa seronok nak raya
    walau i hanya berusia 13 thn as always =)
    mujur kampung mychintahati dengan saya masih menerapkan nilai hari raya
    contoh macam bakar lemang, buat ketupat, main mercun, pasang pelita
    so afif sangat seronok...bila tanya apa best pasal raya
    dia katalah main bunga api, dapat duit raya, pergi rumah orang...

    saya pun bila tengok anak seronok, jadi seronok juga
    walau tak nafikan kemeriahan tu dah kurang
    terasa sama seperti hari2 lain kecuali pada bulan posa =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesianlah kat YY. Baru 13 tahun dah takda rasa nikmat beraya. Itulah, siapa suruh membesar sampai 13 tahun. Kalau maintain 3 tahun lagi bagus ^_^

      Untunglah budak-budak berdua tu yerk sekurang-kurangnya ada lagi suasana raya kat kampung jejaka berspek mata hitamkan. Kalau tidak, jadilah macam anak-anak kita ni. Selamba jerk hari raya, takda makna apa pun setakat dapat duit raya dan tengok ramai orang datang ziarah neneknya.

      Delete

Post a Comment