Buah tangan dari nun jauh di seberang benua ^_^

Salam 2 Zulkaedah kawan-kawan!

Cukup, cukup sudah! Apa lagi nak cerita pasal open house pulak ni! Syawal dah habislah! Buat-buatlah kembali ke pangkal rutin harian - belajar-belajar masak sendiri di rumah, jangan mengharapkan open house lagi. Kalau malas, JJCM ajelah ~_^

I pun kalau malas masak, JJCM aje ~_^ Itu semua pun dah memang arifkan, cuma sekarang ni kena cut cost katanya atas nasihat mak mertua. Kalau tidak bilalah duit nak menggunung setinggi Everest. Takdalah nanti peluang nak tidur ditimbuni duitkan.... ~_^

Sejak dua menjak ni, rezeki merasa makanan dari belah-belah suami tercinta memang murah betullah. Walaupun jauh beribu batu katanya, kalau menjerit for sure tak dengar, kalau berenang memang tak sampai, dah memang rezeki kami kotnya; kejap-kejap ada aje yang datang terbang ke Malaysia (ni mesti dah jauh berangan bila kita kata terbang, dia bayangkan Superman tengah terbang landing kat KLIA! Pandai Superman cari port yang betul nak landing kat Malaysia ni yerk!)

Bila datang dari jauh tu, tentulah bawa buah tangan. Katanya tradisi beri memberi haruslah dikekalkan walaupun jauh beribu batukan... Nah, dapatlah kami di sini merasa walaupun bila tengok dan belek-belek tu, penuh dengan perasaan jakun macam tak pernah nampak! (Eh, memanglah tak pernah nampak dah namanya takda di pasaran Malaysiakan! Ayat... tak boleh blah langsung!)

Marilah kita tengok-tengok apa rezeki keluarga MD hujung minggu yang lalu. Janganlah ditanya nama yang tercatit dalam setiap bungkusan tu, hampalah jawapannya. I nak translate boleh aje, tapi I bantailahkan...

HD kata macam cheese cake sebab tau yang I memang suka cheese cake. I pun cubalah! Aduh, duh, duh! Manisnya. Manis susunya memang kuat betullah.  Tak sanggup den untuk terus menggigit ~_^

Pandai baca tak apa yang tertulis? 'Xalva' tu bunyinya 'HALWA' 

Beginilah bentuk 'Xalva' tu tadi. Empat segi sebenarnya macam coklat Cadbury tapi I dah siap potong. Rasanya macam kacang tumbuk. Yang ni memang sedap ~_^

Ini pun katanya halwa juga tapi nampak macam gula-gulakan. Memang menarik pandangan anak-anak tapi bila makan, mereka tak suka pulak! Kata my sister, orang tua dulu-dulu suka buat makanan ni. I pun tak tahu apa my sister panggil makanan ni!

Nampak macam maggi mi aje... ~_^

Adik-beradik kepada spaghetti ~_^

'Su-un' pun kawan HD ni bawa datang Malaysia tau ^_^

Cucu-cicit kepada macaroni, elbow dan seangkatan serta sejenama dengannya ~_^

Inilah yang I dah cuba. Tengok gambar masakan kat bawah tu macam spaghettikan ^_^


I baru cuba satu pek ni. Sekali tengok macam spaghetti. Dua kali tengok, macam mi suah yang selalu I masak beri si Adik Cute makan tu ~_^ Sekali imbas dengar HD kata suruh rebus! Kebetulan masa I rajin nak mencuba, HD takda di rumah pulak. Tengah melayan kawannya ni berjalan-jalan sekitar  Putrajayaku indah dan Cyberjayaku aman katanya.... dari pagi sampai ke petang!

Makanya I pun ikut suka hati nak buat apa! Ingatkan naklah buat ala-ala spaghetti telah dialihbahasa resepi ke tekak Melayu. Well, you know what I mean... yes? no? Alahai..sukahatilah apa yang nak difahamkan dek tatabahasa si penulis ni yerk!

Lepas rebus, terus jadi macam mi suah. Aha, nak nangis akak rasa. Resepi pulak ala-ala spaghetti bukan, mi goreng pun bukan. Nak bega-bega lebih-lebih, takut jadi santapan tong sampah. Maka dengan berat hati I teruskan juga memasak!

Bila dah siap, berketul-ketul pulak jadinya dah macam nasi lembik dikepal-kepal. Oh, sudah! Of course kejadian yang tidak diingini seperti ini takkan masuk dalam blog ~_^ Maka, jangan haraplah nak tengok gambar kejadian sambil gelakkan I tak ingat dunia yerk!

Dengar katanya hujung bulan ni ada kawan sekampung dengan HD nak datang ke Malaysia tapi belum pasti bila tarikhnya. Hai..... mesti bawa buah tangan lagi nih! Meriahnya anak tekak kami sekeluarga makan menu-menu antarabangsa kononnya ^_^

 

 

 

 


Comments

  1. Untung dapat merasa pelbagai makanan dari sebelah sana.

    Kakcik dah terbayang2 macamana rupa masakan tu, alih2 takde gambar pulak... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....itu yang kena buat statement siap-siap Kakcik. Tak teruja pulak nak ambil gambar kejadian. Keh3x.

      Delete
  2. Banyaknyaaa dapat makanan. Heheheh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira ni seminggu punya stoklah, Nani. Memang hari-hari makan ini ajelah kalau mampu dek anak tekak ~_^

      Delete
  3. wow byk ole2 dpt kak...tapi dah kate tak penah tgk ape tah lagi masak mmg cabaran gak nie.....tak masal2 jadi nasi kepal kak ye heheeheh rasenye tu mesti lembut2 ala mee suah kot kan kak so bile rebus lame jadi gitu....adoiiii..tak memasal jek kan kak....kalo lieya dah potong mood tu tu hahahaahahaa......

    kak nanti try masak yg lain jgn lupe snap tau......nak tgk gak kejadiannye mcm mane.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok kat gambar, kejadian terakhir macam bentuk spaghettikan. Itu yang sekali imbas dengar HD cakap, rebus... akak pun rebuslah macam spaghetti gitu. Tup tup jadi mi suah pulak dah.... Masak jugalah. Bila dah siap, macam nasi kepal pun ada...tapi ni mi kepal ler... Bila tengok asal kejadian sebelum kena rebus, macam mi sanggul pulak. Kihkihkih...

      Nak kena tunggu HD ada kat rumah supaya tak terikut ajaran sesat. Maklumlah buta huruf Rusia/Uzbek ^_^

      Delete
  4. habis tu apa ending 'spageti' kak MD tu??kalau saya mesti dah cuak tak tau nak buat apa dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Endingnya HD kata sedap tapi yalah, kita harap jadi macam spaghetti, tak pun mi kuning tetiba jadi mi suah pulak. Memang HDlah yang kena makan sampai habis ^_^

      Delete
  5. Lain kali ikut kata HD tu kata rebus ikutlah. Bila nak di Melayukan resepinya jadilah macam nasi kepal haha... MD..MD... nasib baik adik cute tak ketawakan. Manisan yg macam kacang tumbuk tu kalau kita pergi tanah suci pun boleh jumpa ni MD. Jgn cuba-cuba nak di Malaysiakan pulak. Mana tahu MD nak jadikan sambal kacang pulak hihi...makan gitu aje pun dah sedap kacang manis tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut kata suamilah ni, kak... Saya dengar katanya rebus, itu yang beria-ia merebus macam spaghetti. Tetiba bertukar lembik jadi mi suah. Ahah, tanjat dah kat situ... Nak suruh translate, tukang translate jalan-jalan meronda dengan kawan-kawan, nangislah saya kat dapur sensorang!

      HD lah kena makan sampai habis. Saya dengan Bubbly Abang cuit-cuit buat rasa jerk. Pastu boleh pulak saya salahkan HD sebab beri tunjuk ajar sesat macam tu sekali. Patut cakaplah mi tu lembik macam mi suah. Boleh buat mi suah 'pitball' (fishball) kegemaran Adik Cute *_*

      Oh, ya...kakak saya pun kata yang sama. Chik saya suka betul 'kacang tumbuk' ni sampai kalau ada orang ke tanah suci siap kirim free lagi ~_^ Nak bagi kat Chik jauh sangat di kampung tak tahu bila naik KL.

      Delete
  6. Ini lah orang kata, "tetamu datang tu membawa rezeki", yerk?
    Tapi kalau dah namanya manisan dari sana, memang manis lenting kan? Ai pun tak berapa boleh telan...
    Cepat2 skrol nak tgk mee suah versi MD.... tapi non hado... ekekkeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tetamu tak sampai rumah pun, Nur. Sampai kat KL jerk. Pastu HD pi jumpa kat luar. Maklumlah depa ni kalau sesama lelaki, tak dibenarkan isteri join together-gether katanya... So, kita dapat tengok buah tangan ajelah ~_^

      Opss... kelemahan tak boleh masuk blog ~_^

      Delete
  7. itulah kelebihan MD yg xde pd org lain....bestkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelebihanlah sangat, kak. Inilah kisah kalau nak masak pun kena ada tukang penterjemah. Kalau tidak, nak masak spaghetti jadi mi goreng hailam jadinya. Hehehe!

      Delete
  8. lor.. rasanya entry ni macam ada yang kuranglah.. macam takde 'garam'.. eerr.. teruja nak tahu endingnya.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang serba-serbi pun kurang biasalah ajaran dalam bahasa lain, tukang masaknya nak juga buat ala-ala Malaysian style katanya. Jadilah 'mi kepal'. Nasib baik jadi daripada tak jadi langsungkan. My hubby tukang uruskan hasil air tangan I. Kalau tak mahu makan, I merajuk tak nak masak the rest yang ada ~_^

      Delete
  9. mak oii...macam2 yang x pernah ketahuan pun ada la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis semua produk orang kita nak melayukan, akhirnya jadi gitu gayalah. Nak baca, buta bahasa pulak ^_^

      Delete
  10. awat tak google resepi nya MD?mana tau ada blogger2 belah sana yang tulis resepi cara masak mee ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak google macamananya Diana dah nama main ingredient ni pun kita tak tahu. Nampak macam spaghetti tapi bila dah masak macam mi suah pulak. Pepandailah nak hidup katanya...

      Lain kali saya kena suruh HD translate siap-siap cara-cara nak masak saki baki makanan yang tinggal tu. Semalam pun dapat lagi buah tangan... ~_^

      Delete
    2. haha..payah jugak ye..kalau yang funchoza tu kalau tak silap saya pernah jumpa resepinya kat laman web negara apa entah..ada yang buat salad dan goreng dengan nasi tak salah saya..tapi kalau yang macam spaghetti tu memang saya tak pernah jumpa juga.agaknya memang mee suah la kot..

      Delete
    3. Aha ada satu blog Uzbek cuisine ni saya selalu terjah kalau tetiba rasa nak makan (nak makan tau, bukan nak masak...) Uzbek food. Tapi dah saya tak pernah buat macamana nak share dalam blogkan. Lain kalilah bila nafsu memasak saya di tahap maksimum tak turun-turun (entahkan bila..) barulah saya berkongsi resepi. Itu pun kalau menjadi dan penterjemah tak main-main ~_^

      Delete
  11. Tapi byk spesis mee dlm paket. I suka yg xalva tu. YG spesis kacang tumbuk tu, mmg i suka tpi tak pernah la rase yg mcm u tunjuk ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, bila I ingat macam spaghetti, ia jadi mi suah. Bila I ingat macam suun, rupanya bukan. I is very confused tau. Maklum tulisan tertera I tak reti baca. I masak ikut suka hati kepala I lah kan...

      Yang kacang tumbuk tu, I beri kat semua orang. Semua pun suka. Tapi geng alam maya, minta maaflah memang tak dapat. Benda sikit. Kang bagi yang itu, yang ini merajuk. So terpaksalah I makan on behalf jerk yerk....@_@

      Delete
  12. Banyak tu dapat buah tangan. Untung lah ada tetamu. Tetamu yang datang tu bawak rezeki ☺

    Nampak mcm sedap jer xalva tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu tapi tetamu sampai kat Malaysia aje, tak sampai ke rumah. Kawan HD ni datang single mingle. Anak bini memang takdalah. So, adat depa...takdanya nak bawa anak dan isteri pi jumpa kawan. Main kirim buah tangan ajelah.

      Kita tak kisah pun janji buah tangan sampai rumah ^_^

      Delete
  13. Murah rezeki ye MD bila tetamu datang rumah..
    Banyak dapat jajan tu ..
    CH pun suka yg macam kacang tumbuk tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kacang tumbuk tu selalu orang beli kat Mekah ya, CH. Kakak saya yang beritahu. Katanya sedap. Saya pun first time makan kacang tumbuk versi Uzbek ni. Memang sedap. Habis saya bawa ke pejabat beri pada kawan-kawan :)

      Delete
  14. Yg warna warni tu rupa agar2 kering yg manis meleting org dulu selalu buat tu kot MD? Ntah la...

    Alahai.. Dia mcm mee suah ye jd hancur? Sian MD.. Resepi di alih bahasa camtu lah kan.. Kita tak tau benda tu biasa dorang masak camne. Hehe pasni minta suami MD masak tp bg nafas melayu sket bg pedas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah tu, LM. Kakak saya pun cakap perkara yang sama. Katanya orang-orang tua memang suka buat dulu-dulu. Saya sendiri memang tak pernah jumpalah ~_^

      Kalau tengok kat plastik pembungkus tu nampak macam spaghetti aje bila dah jadi. Tapi tak sangkalah jadi mi suah lepas kena rebus. Lembik. Masaklah nak goreng mi apa kalau dah lembik. Nasib baik bubuh daging, bolehlah juga dikunyah-kunyah. Kalau tidak, bland aje rasanya!

      Delete
  15. semua buah tangan jenis makanan..sedaplah makannya...ahaks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu pun dapat makanan dari sana. Maklumlah mungkin mereka fikir HD ni teringin kot nak makan makanan mereka. Selalunya makanan Melayu aje yang disantapnya hari-hari ~_^

      Delete
  16. baguslah yer kak.. selain dpt merasa kwin campur dpt jugak rasa mknn dari sana.. untung2..
    erkk.. cara masak takde ker??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab ni consider baguslahkan, Lyn. Dapat juga merasa serba sedikit. Kalau tidak, memang tak pernahlah kita merasa kecuali kita travel makan angin ^_^

      Semua dalam bahasa HD, manalah akak boleh baca. Akak cuma ingat HD kata rebus. Makanya akak pun rebus. Next step dah tak tahu nak buat macamana :)

      Delete
  17. Untung ya MD..dapat merasa mcm2 makanan dari sana. Kitaorang tumpang tengok gambar je ajelah kan.. baru je tadi nak katakan yg saya faham tulisan kat atas bungkusan makanan ni.. huhu rupanya yang kufaham ialah TASTY FOOD jer.. yang lain lain tak faham rupanya.. bagus sangat bila orang bertandang bawa tanda ingatan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... yang itu saya pun faham ~_^ Belakang plastik pembungkus tu macam-macam tulisannya tapi dah nama tak faham, nak buat macamanakan. Hentam sajalah labu asal jadi menu ~_^

      Orang bertandang ke Malaysia jerk AN, tak sampai rumah pun ^_^

      Delete
  18. ni semua dari uzbek ke MD? wah banyaknya
    cam sedap aje nampaknya
    kalau mychintahati, confirm tak sentuh sebab tekak jawa dia kuat sangat
    laa...tragisnya cite tu. HD tak tolong translate ke camne nak masak
    naya tu...kalau saya, makanan tong sampah. tak hidang dah...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semuanya kawan HD beri. Kebetulan dia ada kilang makanan. Ni semua dari kilangnyalah tu. Terlanjur datang ke Malaysia makan angin ni, dia berilah kat HD suruh bawa balik rumah buat rasa-rasa, melepas rindu dendam kat makanan merekakan. Bab kacang tumbuk tu memang sedap. Eh, manalah tahu nanti PIL YY balik dari haji akan beli kacan tumbuk ni kat Mekah ^_^

      Tragik sungguh. Dengar kata rebus, kita rebuslah. Mana tau spaghetti bertukar kepada mi suah. Redha ajelah makan mi kepal berdaging katanya, YY ^_^

      Delete
  19. Gitulah kalau menggembirakan hati Syurga Suami , bertimpa timpa rezeki masuk. Sapa yg untung? Kak Ton jugak yg untung ....kiranya dapur kak Ton dah mcm Restoren kat Uzbeklah ek hihi...

    Nape tak suruh jer HD yg masak kan dia terer... Tp nampak kat gambo yg dah siap masak tu mcm spaghetti ek...

    Tau takut kena gelak rupanya hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lagi ni hah belum habis Kak Ton memasaknya. Takut pisang berbuah banyak kali. Kang nak buat spaghetti terjadi mi hailam pulak. Itu yang Kak Ton ngeri sangat bila ingat-ingatkan ^_^

      Itulah gambar kat plastik pembungkus tak memaparkan kejadian sebenar. HD time macam nilah sibuk, tak boleh masuk dapur. Apa guna ada bini kalau sendiri kena masak. Cliche sangat tau statement !

      Kak Ton kan tahap diva terbilang. Bab-bab perkara mengaibkan ni tak boleh bagi tau orang. Nanti orang mengumpat kita, siapa yang salah? Mereka dan keluarga mereka juga! ^_^

      Delete

Post a Comment