Hari ini kisah seram pulak...

Salam 12 Zulkaedah kawan-kawan!

Sebenar-benarnya I tak nak update entri sebelum tengahari ni. Sebabnya...

Adalah sebabnya ~_^

Tapikan rasa macam tak best pulak kalau tak menulis entri hari-hari ni! Cuma kali ni nak cantas sikit jerk takhta si Suria Lekat-Lekit tu! Jealous juga asyik dia aje yang bercanda-ria dengan spesies yang itu ~_^

Cerita I ni takdalah seram mana tapi I nak juga cerita. Pada yang tak percaya akan cerita seram macam ni, takpa. Kita buat bahan bacaan aje lepas tu gelak beramai-ramai. Makanya, takdalah rasa seram sangatkan!

Berkisar tentang rumah kampung emak yang terletak di sebelah rumah my sister, Chik. Kawasan kampung rumah kami ni memanglah tak kampung lagi. Jalanraya luas terbentang tempat mat-mat rempit melenjan atas jalan. Sebelah kiri rumah emak pun rumah tinggal juga. My jiran suami isteri sudah lama meninggal dunia. Mulanya anak bongsu jiran yang tinggal di situ. Tapi dek kerana adik beradik ramai, tak akan dibiarkan aje adik-beradik tengok adik bongsu seronok mendiami rumah pusakakan! Haruslah nak bising ~_^

Maka akhirnya rumah tu pun jadi rumah tinggal dan semakin usang.... 

Jiran-jiran di belakang rumah my emak pulak semuanya Cina. Biasalah tanah orang kampung akhirnya tergadai. Kalau dulu duduk rumah kayu berkumpul adik beradik ramai-ramai tapi sekarang ni mereka adik beradik mendirikan rumah batu seorang sebuah dan ditutupi dengan pagar tinggi sampai tak nampak jiran. Itu pun their second  generation. First generation dulu adalah juga beramah-mesra dengan jiran tetangga. Hantar limau dan gula-gula masa raya Cina dulu-dulu. La ni, muka depa pun tak pernah nampak.

Eh, melalut pulak ngumpat jiran! 

Sejak my mother tak berapa sihat, beliau tinggal di KL dengan my Ngah. Dah empat tahun lebih my Ngah ni menjaga emak. Sejak Ngah pencenlah senang cerita. Mulanya emak tak sihat, lepas tu sihat, lepas tu sakit balik, lepas tu sihat dan jadi pelupa dan sekarang ni alhamdulillah sihat tapi perangai adalah sedikit kebudak-budakan... 

Makanya kami tak bagilah emak duduk di kampung seorang diri walaupun kalau diikutkan hati, lagi suka emak tu kalau dapat duduk sendirian di kampung. Malangnya sejak Chik mendirikan rumah di tanah sebelah tanah emak, emak dah tak mampu nak tinggal sendirian. Nak tinggal dengan Chik masa tu Chik masih bekerja dan anak-anak semua duduk jauh kecuali si bongsu yang masih belajar di sekolah menengah. Makanya emak teruslah duduk dengan Ngah di KL.

Empat tahun dulu sebelum emak sakit, ada jugalah sesekali emak balik rumah dan berkeras nak tinggal sendirian. Katanya jiran ramai. Kalau ada apa-apa masalah, lari jerk menyeberangi jalan pergi minta tolong kat jiran. Aduhai emak ni... senang aje fikirnya. Ini bukan zaman emak muda-muda dulu, semuanya lebih selamat. Sekarang ni kalau tau ada orang tua tinggal sendirian, entahlah apa nasib! TV rumah my emak tu, dah tiga kali kena curi. Entah berapa kali pencuri masuk rumah emak dan habis segala periuk belanga emak yang buat kenduri kahwin licin disapunya. Eh, siap datang siang hari bawa lori pun ada! Jiran-jiran yang jauh pulak dok fikir memang hujung minggu akan ada kereta kat rumah emak, mungkin anak-anak jadi takdalah mereka ambil tau! Dah get used to situasi macam tu!

Dek kerana emak pun adakalanya 'merengek' nak balik rumah, nak tengok rumah peninggalan suami katanya, jadi masa tu kami benarkan juga emak balik kampung hujung minggu sebab bila hujung minggu my brother akan balik bermalam di rumah emak kerana urusan kerjanya di Muar. Jadi bolehlah my brother menemani emak. Kalau my brother balik ke Kota Tinggi, ditinggalkan emak di rumah kakak emak di siang hari dan malamnya tidur di rumah my sister;  sehinggalah nanti kami pulang untuk ambil emak di hujung minggu. Tapi kadang-kala emak ni degil. Tak mahu pergi rumah kakaknya. Siang hari nak duduk rumah sendiri seorang diri. Malam hari baru pergi rumah kakaknya, tak pun ke rumah my sister Chik di taman yang lain tu (masa itulah...) ikut moodnya!

Bila dah tinggal seorang tu, mestilah tak tahu nak buat apa. Rumah pun takda apa nak kemas. Takda orang menyepahkan. Makanya suka betul kalau ada orang beri salam aje, laju emak ni buka pintu. Lepas tu melayan berborak. Jamu itu ini. Tanya asal usul. My mother memang peramahlah... terkenal satu kampung dengan keperamahannya masa dulu! Kita pulak yang mendengar jadi takut!

Eh, mana cerita seram ni tak keluar-keluar lagi? Heheheh....

Disebabkan dah terbiasa dulu hujung minggu emak balik kampung, so abang I ni pun akan balik ke kampung walaupun emak tak balik pun. Dah terbiasa dengan rutin. Tapi my brother ni tak takut pulak tinggal di rumah emak ni sampailah ke suatu hari....

Abang balik lambat kerana urusan kerja. Bila balik, abang pun berehat sambil menonton Astro. Dek kerana penat, tertidurlah jawabnya. Kebetulan malam tu my makcik (kakak emak) tidur di rumah bersama emak. Emak dan kakaknya ni kalau tidur sama, mesti nak borak-borak panjang (hal anak-anaklah tu....) dan nak tidur atas tilam toto kat ruang tamu di rumah bawah. Mereka tak nak tidur dalam bilik yang ada di rumah bawah tu, so kita keluarkan katil letak kat ruang tamu. Pun sama juga kekdahnya. Pi tidur atas tilam toto lagi nikmat walaupun masing-masing bila bangun pagi mengaduh sakit sendi, menggeliat sana-sini menahan sakit!

Malam tu my brother tertidur depan TV di ruang tamu tingkat atas (you all tentu arifkan rumah kampung macamana, ini bukan style rumah dua tingkat tu...) Kalau dari tempat pembaringannya tu, bila bangun memang boleh nampaklah ruang tempat my mother tidur di bawah tu. Jadi malam tu, bila terjaga tengah malam (or awal pagi) my brother ni pun memanjangkan leher tengok ke tingkat bawah. 

Nak tahu apa my brother nampak?

Nak?

Tak nak?

Jangan cerita?

Awat ni cerita macam ni pun takut... tak rock betullah Kiah ni...

Okey, okey, okey....

Bila  my brother toleh nak tengok tingkat bawah, beliau nampak seseorang tengah solat! Pakai telekung putih lengkap. Dek kerana gelap, nampak samar-samarlah. Tak nampak muka pun. So, my brother ni pun mamaikan, tengok sekali imbas  terus sambung melena... Dalam hati dok fikir tentulah emak. Tapi, sebelum nak sambung tidur, my brother terdetiklah nak tahu dah pukul berapa masa tu. So, dia pun toleh sekali lagi. 

Eh, ada lagi tengah solat!

Okeylah...takpa...mungkin solat Subuh tu. Niat hati jahat, nak solat Subuh lewat sikit kononlah tu... Bila emak kejutkan abang suruh solat Subuh, abang pun bangunlah.... 

Sambil tu ditanya juga,

Mak dah solat ke?

Baru nak solat. Baru masuk waktu ni....

Oh ho.... tetiba hatinya berdetik! Siapa pulak yang my brother nampak bersolat tu tadi....  Tapi takdalah diceritakan pada my mother just that ditanya juga kalau-kalau my mother bangun memalam untuk bersolat. Nehi, nehi... jawab my mother!

Maka ceritanya kami biarkan tergantung di sini tanpa malas nak selidik lebih dalam lagi... ~_^

Ini pula kes terbaru yerk....

Rumah jiran sebelah kiri yang dah lama tinggal tu, telah dirobohkan oleh anak lelaki sulungnya dan dibina semula. Kononnya nak buat homestay. Si anak sulung beli tanah dan rumah daripada adik beradik lain tapi dibuatkannya ala-ala chalet untuk siblingsnya balik sekali-sekala musim raya maybe, dan sebuah rumah besar untuk diri sendiri. Siap buat kolam renang depan rumah lagi you all.... 

Maka, kerja bertukang pun berjalanlah dan sepanjang menukang ni, semua pekerja-pekerja Indon terbabit tinggal di rumah yang separuh siap itu... 

Suatu hari this jiran terjumpa my Chik di bandar. So, borak sakanlah bertanya khabar dan terus masuk meminang bercerita kisah rumah emak kami...

Kak, kata pekerja-pekerja Indon tu malam-malam tak boleh tidur! Ramai betul datang dari rumah sebelah. Adakala mereka mandi-manda dalam kolam  renang yang baru nak siap tu, kak....

My Chik mengiakan ajelah, khusyuk mendengar cerita padahal dalam hati dah berombak kencang ketakutan. Maklumlah, dalam rumahnya yang besar tu, cuma my Chik dengan anak lelaki 14 tahunnya aje yang tinggal. Tak ke ngeri memalam?

Beberapa hari jugalah lepas dengar cerita, Chik tak berani nak keluar dari bilik tidurnya malam-malam hari sampailah ke pagi. Kesian Chik... takda tempat nak lari. Kenalah do something. Kalau tidak, takdalah peluang Chik nak buat kolam renang juga depan rumah. Nanti ramai-ramai depa datang mandi manda sambil main air tengah malam buta macamana?

Chik juga yang susah nanti. 


Kita orang semua kat KL ni, tak dapat nak menolong.

Huahahahaaaaaa.....

P.S. Habis dah cerita seram I untuk kali ini.... ~_^








Comments

  1. saja menjelma je tu Md..
    kita x pernh lg nmpk bnda pelik2 ni.. kdg ada rsa, tp kita anggap mainan perasaan je kot..kalu nampak buat2 x nmpak..haha..
    tp kalu nmpak kat rumh sendiri..kecut jgk pert Md

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah dengan kita juga, PB. Ada pengalaman sikit-sikit aje tapi takdalah pernah nampak depan mata. Kalau tidak, lagi ligat kita bercerita tau!

      Aha... itu sudah tentu! Tak nampak bolehlah buat joke bengang, kalau muncul depan mata memang menangis tak berlagu dah!

      Delete
  2. adoi, nasib baik baca siang-siang..kalau malam mau menangis tak boleh tido.dahlah selalu bangun qiam tengok bola.huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, Sal pun sama spesies takut hantu macam akak ke? Hehehe.... Itulah lain kali jangan bangun qiam tengok bola. Kang kena sergah dengan hantu yang keluar dari TV tu baru tau ^_^

      Delete
    2. kalau hantu tu hensem macam pemain-pemain bola dalam TV tu takpe gak..hahaha.Oh, mujurlah kisah seram takde sambungan!

      Delete
    3. Kalaulah hantu tu menyerupai pemain bola, akak rasa Sal melekat kat dada hantu jerk tau tak mau lepas! Oppss... dengan hantu pun kena jaga aurat tau walaupun teruja ~_^

      Delete
  3. Sapa lah yg solat subuh tu yerp. So far tak pernah kena & nampak lagilah benda² macam nih. Setakat org main guli, seret² kerusi & bertukang kat umah atas tengah² malam tu ada lah. Dah immune pon. Tapi seram tu tetap ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah... Jin Islam tu kot. Tolong tengok-tengokkan rumah. Maklumlah ramai betul nak duduk 'menyewa' tapi tak nak bayar sewa. Itu maybe jin tu tolong selenggarakanlah!

      Oh, kat rumah kita sewa dulukan Fiza macam tulah. Tiap-tiap malam pukul 12 bunyi kemas perabot, main guli dsbnya. Masalah negaranya, rumah atas tu takda orang duduk pun!

      Delete
  4. Sebenarnya kan kak Ton ....kita sambil baca ni kita sambil bayangkan rumah mak awak tu tau....sambil compare dgn rumah my mak yg ada rumah atas rumah bawah tu...... Terbayang kat rumah atas mak yg dah senget tu. Tp mmg trend kot ek kat Johor ni.... rumah pusaka mesti jatuh ke tangan anak bongsu.

    Patut ar menurun anak tu peramah .....emaknya pun peramah jugak hihi.....Best sembang tu kalau dpt jumpa!

    Ohhh....ni kira kisah hantu telekunglah ni ek....tp kalau kena kat batang hidung sendiri mau tak seram....seram tu... Rumah tak duduk biasalah kot .....ada makhluk yg menumpang. Nasib tumpang solat.....

    Alah.....kasi chance ler depa nak berpiknik, depa pun teringin gak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, rumah pusaka biasanya macam tulah. Atas papan, rumah bawa separa batu. Rumah kita ni banyak sectionnya Mak, macam section-section kat Shah Alam tu ~_^ Dulu masa my niece terbuka hijab sekejap, memang katanya kat ruang tengah di rumah dapur tu banyak yang bergayut! Oh, my... no wonderlah kalau nak mandi dalam bilik air (yang ada batu lubang-lubang tu) malam-malam terasa-rasa macam ada orang yang memerhati dari luar. Dahlah belakang rumah masa tu penuh dengan pokok-pokok tinggi!

      Oh, di alam nyata ada ramai lagi anak emak yang peramah. Saya ni peramah little-little jerk ~_^

      Abang pernah juga tanya kat ustaz. Kata ustaz mungkin 'dia' tolong jaga rumah. Yang itu mungkin kita tak takutlah sebab jin Islam tu. Tapi yang spesies macam bercanda di tepian PD memalam tu yang scary sikit bunyinya.

      Kesian Chik sebab bilik tidur utamanya menghadap ke rumah emak! Memanglah takut....

      Delete
    2. Camne niece tu boleh terbukak hijab pulak tu.....
      Seramnyeee

      Delete
    3. Eh, saya pernah ceritakan dalam blog? Ke tak pernah. Aha...lupalah. Itulah kalau rajin update blog ada kemungkinan akan bercerita berulangkali. Maklumlah usia dah kertu tapi masih kata muda belia remaja lagi. Silalah terasa sama ya Mak... ~_^

      Nantilah saya cerita lagi kalau teringat *_*

      Delete
  5. ni blm seram lagi MD sbb blm nampak dan abang MD nampak makhluk tu sopan je pakai telekung . Klu kat umah my bonda , my anak buah seorg ni asyik nampak yg bkn2 . ada sekali tu nampak makhluk berbaju putih mata terjojol keluar kat sebelah bilik mandi tau . bkn setakat tu , malah byk lagi . kami adik beradik pun ada nampak juga . tapi saya , alhmadulillah . doa semoga tak akan nampak ! ... rumah my kakak pun kat belakang je sekadar 5 langkah dr rumah my bonda tapi kami , alhamdulillah , selamba je sbb rumah tu rumah kita , mrk yg menumpang . disebalik tu , of coz lah ada juga amalkan rukyah utk kes2 emergency cthnya bila anak my kakak yang usia 7 thn kena ganggu . nasib baik my kakak tu ustazah ... rasanya , klu saya buat entry , mau ada yg nak jadi uncle seekers pergi rumah my bonda ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah, Vee... ceritalah dalam blog habis-habisan! Saya memang suka tau kisah seram ni. Suka baca jerk. Kalau jumpa sendiri, memang saya pengsan kena bagi CPR ler! Kalau dengar macam ni memang scarylah rumah bonda Vee ni tapi kalau dah kita terbiasa, rumah kita, maybe tak jadi apa pun kot.

      Eh, rumah bonda Vee tu memang ditinggalkan jugakan? Takda orang tinggal lagi di situkan?

      Delete
  6. Jin islam aka bunian kot MD? Tu yg solat bagai tu.

    Syok ek dorang mandi manda. Aduh duh klu LM mmg tak berani dah nk masuk umah tu sendirian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang solat tu mungkinlah Jin Islam, LM. Yang bermandi-mandi, bercanda di tepi kolam renang tu, tak tahulah pulak keturunannya ~_^ Suka hati aje nak pi mandi kat kolam renang rumah orang. Tukang-tukang Indon ni pun ilmu maybe tebal jugalah di dada, kalau tidak tak akan mereka sanggup berdepan macam ni.

      Delete
  7. bahaya tongal sorang 2 kat rumah zaman skrg ni..mcm2 hal boleh jadi. sbb tu kitorang selalu pesan dkt mak, pintu gate selalu kena kunci. org tak kenal jgn sengaja bwk masuk. bahaya...

    pasal kes seram tuh, seram gak kak. Kita tak nampak, mmg lah. klu nampak mau mencicit lari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak akak ni Lyn memang over peramah. Dulu masa tak sakit, kejap-kejap emak minta nak balik kampung. Duduklah siang-siang sendirian di rumah tu. Penat menyapu laman, duduk kat tepi tangga tengok kenderaan lalu-lalang. Kita ni kat KL kejap-kejap telefon tanya khabarnya sendirian. Lepas jatuh sakit tu, takdalah dibenarkan balik rumah lagi. Mengikut katanya, ada juga penyebabnya emak tu sakit datang dari rumahnya juga... Entahlah tak tahu nak percaya ke tidak....

      Delete
  8. Sibbaik lah Nin baca ni dah siang MD oii... kalau tak malam tadi sure tak lena tido. Ai ni penakut yuuuu! My mum sekarang ni pun tinggal sorang kat rumah pusaka, tapi malam2 anak2 pompuan jiran dtg teman tido. Rumah tu pun byk gak story nye, Nin sendiri pun pernah terjebak masa zaman anak dara dulu. HEeeee tak ingin kukenang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... lupa pulak nak letak tanda 'Amaran : Untuk 30 tahun ke atas dan berjiwa kental'. Huhuhu....

      Oh, I pun penakut juga sebenarnya tapi kalau terjumpalah. Kalau setakat baca-baca, tengok movie ni, I okey jerk... boleh lagi dok gelakkan si hantu tu :)

      Eh, rumah pusaka ni kalau ditinggalkan memang seronoklah depa ni dok menyewa tak mahu keluar tau!

      Delete
  9. Erkkkkkk. Siapakah yang solat tu. Jeng jeng jenggg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa lagi kalau bukan si 'tutttttttt''... bukan nama sebenar ~_^

      Kata ustaz mungkin Jin Islam dok tolong tengok-tengokkan rumah... tak kacau punya. Tapi kita nikan kacau tak kacau, asal tau ada benda dalam rumah memanglah scarykan, Nani !

      Delete
  10. Warak sungguh hantu tu kan.. Moga dia baik2 jer. Takde nak nyakat orang tua2 tapi yang buruh2 indon tu hantu apa pulak dok sakat. Dasar hantu kalau tak gurau seram bukan hantu namanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik spesies warak tau. Kalau tak warak, tak tahulah apa depa buat nak menyewa selamanya kat rumah emak kita!

      Buruh Indon tu bila mereka stresskan perkataan 'ramaiiiiii' tu kan, kita pun dok bilang dengan jari sambil terfikir berapa ramai agaknya. Agak-agak kalau hantar ke PD, penuh tak PD tu ek? Cer Cik Suria beri pendapat! Cik Suriakan arif hal-hal macam ni ~_^

      Delete
  11. Oh, mak mertua pun ada mengalami sesuatu tapi lupalah pulak nak cerita dalam 'kisah seram hari ini' Lain kalilah ya saya cerita kalau teringat ~_^

    Rumah dah 4 tahun tinggal begitu aje memanglah ada yang nak tumpang 'menyewa' percuma! Sayang kalau tengok rumah emak tu. Teguh berdiri lagi. Barang-barang pun banyak. Tapi yang valuable semuanya dah kena ambil dek pencuri durjana!

    ReplyDelete
  12. unsur keseraman tu tak sampai pada saya MD
    beria cuba rasa seram...tapi saya hanya paling jauh boleh p. gelak aje
    cubalah serius sikit cite...kata cite seram
    ni ngumpat pun masuk...adehhh

    "diorang" pun reti mandi manda ye...advance mereka ni
    nasib masa orang mencuri diorang tak menjelma diri, idak kecoh satu malaysia
    pencuri kena serang sakit jantung kena sergah dengan benda bertelekung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa...dah kata tajuk aje yang seram, contentnya tak seram mana. Keh3x... Tak bolehlah YY nak feeling seseram sangat masa menulis entri. Nantilah saya cuba sekali lagi mood seram tu, kita buat sambungan. Nak?

      Oittt...dia orang pun pandai tau nak rasa pakai 2-pc suits! Maklumlah invisible katanya... manusia tak nampak jadi takdalah yang rasa teruja tengok mereka bersantai tepi kolam renang. Yang saya musykil sikit ni, kenapalah tukang-tukang Indon ni semuanya berani tengok depa ek? Nak je saya suruh tukang Indon pi sergah sikit hantu-hantu ni, jangan bersidai tepi kolam renang rumah orang!

      Delete
  13. Seram jugak. Hihi..
    Mandi berjemaah kat kolam tu tak tahannya. Depa mandi ke?


    Jemput singgah blog saya ANAKSIHAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah depa mandi-manda ke, berpiknik ke kat tepi kolam renang tu tak pasti pulak. Tak boleh blah tu ada hati juga nak mandi-manda dan berpiknik macam manusia. Annual gathering kot. Tak pun family day depa ~_^

      Delete
  14. Rumah Kalau dah lama tinggal , ramai lah yg menumpang MD..
    Tapi tak pe.. mrk tak ganggu pun kan..
    kita sendiri yg Rasa takut kan..
    sakan mereka bercanda Di pool tu ye MD Hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang begitulah kalau dah lama ditinggalkan tak berpenghuni. Saya sendiri tengok dari luar pun dah terasa seram. Ingin juga rasa hati nak masuk rumah emak sekali-sekala, mengimbau kenangan silam zaman kanak-kanak, remaja dan anak dara ^_^ Tapi takutlah...

      Oh, yes...mereka ada Family Day kotnya malam tu, CH ~_^

      Delete
  15. Kalau takat tumpang bersolat biarlah
    Lagi pun dia tak kacau penghuni rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jin Islam kot, Kakzakie. Tak tahulah saya macamana boleh datang 'menyewa' rumah kami. Tapi kalau nak diikutkan, sejak dulu lagi pun memang ada bab-bab mistik ni. Sejak saya kecil lagi. Tak tahulah dari mana datangnya tapi nenek belah bapa saya ni bidan kampung. Kata orang dulu-dulu 'memakai' ler... entah betul ke tidak, saya pun tak tahu!

      Delete

Post a Comment