Jom Makan ...

Salam 4 Zulkaedah kawan-kawan!

Pagi ni I sibuk ~_^ Itu yang lambat mengarang entri. Lagi pun pukul 10 pagi dah lapar walaupun katanya dah makan kuih waktu sarapan tadi, lagilah tak boleh nak mengarang entri. Kebelakangan ini memang payah nak mengarang manuskrip teragung pagi-pagi sebelum mula khusyuk bekerja. Ada aje halangannya. Tapi takpalah, janji ada entri setiap harikan!

Jomlah kita ronda-ronda cari makan memandangkan I tengah kelaparan sekarang ni. Tetiba terbayangkan meja penuh dengan hidangan kegemaran ~_^ Kalaulah dapatku santap semuanya, indahnya dunia alahai... 

Ini bukan cerita baru tetapi cerita minggu lepas kot. Lupa dah hari apa kami ke sini. Salah satu restoran kegemaran. Apalagi kalau bukan adik kepada Jom Bali iaitu Jom Western ^_^

Asalnya nak pergi membeli barang dapur aje tapi tahu-tahulah bila dah keluar rumah petang hari. Mana dan nak memasak bila balik. Kalau masak lepas Maghrib, mahu lama selepas Isyak baru dapat makan. So tak healthy pulak kan lepas makan terus landing atas katil kekenyangan. Oleh itu, lebih afdal kalau kita cari makan di luar aje ~_^

Macam yang I selalu kata, pendirian kami sekeluarga ni selalu tak kuat tau. Dari rumah nak makan di Jom Bali. Bila dah sampai tetiba nak makan western pulak di Jom Western. Sepanjang jalan nak ke restoran, bila ternampak KFC nak makan KFC, nampak McD tetiba nak makan McD, nampak Orchid Bistro tetiba nak ulang makan di sini, nampak Mr Teppanyaki  tetiba nak try makan spaghetti kat situ pulak! Tak ke parah hati ni melawan godaan dan nafsu yang melonjak buas tak boleh nak buat keputusan! 

Sekali kena tempek, ketetel laju jerk lari masuk restoran yang kita dah pilih awal-awal ~_^ Tahu pun takut kena marah...


Kami ambil set untuk makan malam. Senang sikit sebab air minuman pun termasuk sekali. HD ambil set nasi goreng ayam 3 rasa dan iced lemon tea (RM15.90 per set) Bubbly Abang ambil set grilled chicken chop dan iced lemon tea (RM18.90 - selalu lawan tokeh, manalah tak kena tegur jerk...) dan I ambil nasi goreng ayam panggang dan air sirap (RM18.90) untuk dikongsi bersama Adik Cute. Bila nampak coconut shake, tetiba aje kepala berpusing-pusing rasa macam nak pitamlah kalau tak dapat. So kita orderlah Coconut Shake (RM8.90) untuk Mommy ni merasa tapi akhirnya habis dikerjakan si suami dan anak sulung. Dah Mommynya bila makan sampai nak tercekik takda air, so kita ambil pulak air sirap si kecil ~_^


Lately juga I malas sungguh nak snap photo. Rasa macam leceh sungguhlah nak snap itu, ini. Kita tengok ajelah makanan tuan empunya blog dengan anak bujang bongsunya yerk. 




Bila dah kenyang, barulah kita pergi membeli barang dapur ^_^ Lepas tu apa lagi, teruslah balik rumah. Penat dah!

Ni gambar selingan...



Si kecil ni kalau masuk kereta kena aircond jerk teruslah nak landing, tak boleh tahan mata tu nak tertidur. Tapi sebelum tidur, kita layan dulu acara 'gulung-gulung rambut' untuk lelapkan mata. 


Selalu sangat bila keluar kereta lepas acara ni, rambutnya macam kena set kat salon tau! Sakit jiwa raga Mommy ni melihatnya!

Next timelah yerk I ambil gambar Adik Cute lepas dia 'set' rambut sendiri ~_^ Oh, by the way, si Bubbly Abang pun dah berwajah baru - Abang Sado Botak. Kawan-kawannya kata comeelllll sangat! Terpegun Mommy mendengar komen kawan-kawan Abang sampai ketap bibir!









Comments

  1. wahhhh..meriahnya makanan..tu kalau makan kfc, mcd, segala yg ada mmg tak makan dah kt jom western gamaknya. perut tgh lapau mmg le gitu kak, nampak segala mak nenek terus nak time tu jugak..adoyai..sama jugaklah ngan kami anak beranak klau saka napsu lapau datang..mmg menjadi2..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. On the way nak pergi makan ni, berubah-ubah fikiran. Memang kalau dah lapar, macam-macam hal jadinya. Semua pun nampak macam best aje.

      Delete
  2. Bubbly abang janji chicken oklah buatnya. Botak kepala bagus utk anak-anak lelaki yg belum baligh MD. Sunnah dan salah satu cara nak dapatkan otak yg cerdik. Kalau anak kakak lelaki agaknya memang kakak botakkan selalu. Takpun gunting G1 aje yg pendiiiiikkkk sampai nampak kulit kepala.

    Tapi kalau adik kena botak takut pulak tak boleh tidur. Rambut mummylah jadi mangsa hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama dia tak dapat makan ayam, kak. Sejak Mami balik sehingga kini saya memang tak beli ayam. Kalau ada pun yang isi ayam aje untuk buat bubur ayam mereka berdua. Itu yang sekali dapat ayam, rasa tak nak berhenti makan!

      Mulanya Daddy kata senang tak payah asyik nak trim rambut sebulan sekali. Selalu sangat cikgu tegur rambutnya dah panjang. Penat dok trim. Itulah saya cakap pada Abang kalau ada yang tanya cakap ajelah ni potongan GI Joe ~_^

      Adik tak boleh botak. Susah nak cari rambut nak digulung-gulung nanti! Masa kecil-kecil dulu, dia gulung rambut Mommy kalau nak tidur. Sekarang ni bila dah tidur sendiri, rambut sendirilah jadi mangsa!

      Delete
  3. Pernah singgah Jom Westrn kat Aron Big Wangsa Maju... Very Bad, hampir setgh jam mrnunggu, seorg waiter pun tak dtg amik order... Anak dah mengamuk.. Terus je bangun g KFC sebelahnye... Geram punya pasal dah x pernah singgah dah.. Suami tahu tawar hati dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ini pun kat Aeonbig Wangsa Maju. Selalu saya ke Jom Bali aje tapi this time singgahlah kat Jom Western pulak. Ambil order kat sini memang slow sikit walaupun adakalanya customer tak ramai tapi setakat ni belum pernahlah saya menunggu lama sangat.

      Saya pun kalau first time pergi servis tak bagus, memang tak singgah lagilah lepas tu...

      Delete
  4. Ni yang tabik spring dengan MD ni.. katanya sibuk tapi sempat memgarang entry 1000 patah perkataan... hebat tau..

    Haha..samalah nasib kita nampaknya.. bab air kena pau tu.. selalunya saya memang order air yang agak2 anak nak minum juga..sebab tahu kebanyakan masa diorang nak juga minum air mama walaupun diorang ada air sendiri.. wah, nasi goreng ayam 3 rasa ni nampak menyelerakan sungguh, jadilah buat penyeri entry bermotif makanan ni..

    Syokla gitu, bab adik baring masa dlm kete, senang kalau nk berjalan.. bolehla mommy dia membaca blog.. haha.. eh, mommy dia tak berblog di hari cuti katanya!!..

    Ha, abang sado dah botak? Tak sabar nak tengok gambar abang berimej baharu ni.. esok ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sibuk di pejabat macamana sekali pun, tetap juga nak update blog. Keh3x.

      Tapi kalau dah terlalu sibuk memang tidaklah dapat mencari masa nak update pun ...

      Selalu pun macam tu, AN. Air mereka bertiga selalu aje tak cukup lepas tu apalagi, kitalah yang selalu kena pow. Kitalah yang tercekik-cekik makan dengan nak cepatnya lagi, dengan takda airnya lagi! Tapi yang biasa berlaku kalau order 4 air seorang satu, si kecil ni selalu aje tak habiskan minumannya tau!

      Adik memang spesies tak tahan kena aircond. Asal masuk kereta je nak tidur. Yang paling tak menahan, dia main gulung-gulung rambut dulu. Nak dekat sampai destinasi aje dia tertidur! Itu yang tak boleh tahan....

      Dah separa botak. Belum sempatlah AN nak ambil gambar terbarunya. Semalam keluar pun tak sempat nak ambil gambar si Sado Botak ni ~_^

      Delete
  5. Aduhh aduhhh akak, lapar dibuatnyaa pepagi tengok makanan. hahahahah :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu aje tu Nani gambar makanan, tak akanlah lapar. Katanya dah kenyang sangat makan-makan hujung minggu dan open house sepanjang bulan Syawal baru ni? ^_^

      Delete
  6. Hehe ingatkan tak jd mkn kat tempat yg kalian plan jadik juga rupanya ye.


    Ops gulung2 rambut tu dulu habit syafiq time nk tido tau. Tp dia gulung rambut ummi. Sampai ummi ni jd risau nk bersalin nnt camne? Sian kan si anak menyusu xde rambut ummi. Sian ank nk tido xde rambut. Sampai pernah ugut dia ummi nk gunting rambut biar pendek br dia x gulung rambut ummi lagi. Bila ada adik terus hilang tabiat tu. dia pun elok je tido mlm ngan abgnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah mundar-mandir beberapa kali, LM akhirnya masuk juga. HD dah beri jelingan tajam menikam kalbu, mahu tak masuk ^_^

      Dulu masa kecil dia gulung rambut saya kalau nak tidur. Makanya kalau dia nak tidur, kita kena tidur sama sebelah tu. Tapi sejak tidur sendiri ni, kenalah gulung rambut sendiri. Kadangkala saya kacau tolong gulungkan rambutnya laju-laju, mengekeh-ngekeh dia ketawa geli hati. Tak best pun, lagi best jari jemarinya sendiri yang menggulung rambut!

      Oh, moral of the comment ni nak suruh beri adik ke apa ni, LM? Hahaha....

      Delete
  7. Coconut shake tu yg tak menahan tengok tu MD..
    Dah lah musim panas skrg ni..
    Rasa nak minum ais jer,,
    tapi tulah.. sakit tekak pulak dapatnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, memang sedap anak tekak ni CH bila dapat Coconut Shake ni. Saya ni yang kat Klebang tu sampai sekarang tak dapat merasa lagi. Dah tak viral dah pun. Sekarang merata boleh dapat coconut shakekan!

      Delete
  8. tak leh tahan la tengok gambar makanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan sepuas-puasnya Mar sebelum berpantang. Nanti 45 hari telan air liur aje tau ~_^

      Delete
  9. Jom Bali ni kat mana weyh.....tak pernah nampak pun mak....nak gak try kalau dating berdua...

    Hihi....senang le ada saloon dlm rumah. Agak agak kak Ton nak set rambut senang, mintak adik gulungkan hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni dekat Aeonbig Wangsa Majulah, Mak oi.... Ada je kalau Mak rajin jalan-jalan kat area ni. Oh, kalau dia dah start nak set rambut, memang kalahlah Mak rambut First Lady kita ~_^

      Delete
    2. Syyy....ckp tu tengok kiri kanan .....kang sedo sedi dah kat lokap sapa yg susah? Mak gak yg nak kena jamin

      Delete
    3. Eh, Mak... sekarang cakap macam ni pun tak boleh yerk? Kita ni bukan ke di bumi merdeka? Nape tak merdeka-merdeka lagi nih...

      Ingatkan di bulan Merdeka boleh cakap apa sukanya ~_^

      Delete
  10. Lum sempat baca cite Raya kak Ton.....nantilah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah siapa suruh Mak bertapa dalam gua lama sangat. Kak Ton dah pelawa suruh keluar, tak mahu. Nak cari idea dalam gua kononnya...

      Delete
  11. lapar pulak tgk pic mknn malam2 ni.. tapi perut dah kenyang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok gambar, tengok menu memang perut teruja, Lyn. Tapi kalau disuakan depan mata belum tentu nak makan. Baru makankan...

      Akak pun masa nak masuk makan sebab lapar menggila, bukan main lagi rasa nak habiskan. Endingnya tak habis juga walaupun share dengan Adik Cute. Si kecil tu biasalah, 3,4 suap dah kenyang tak mahu makan lagi!

      Delete
  12. bukan baru terbaca dah insaf makan kat luar lepas kena syarahan free aritu?
    cepat nooo lupanya ni...lain kali nak makan tu ajak saya sekali lah! hehe
    saya pun lately jarang ambik gambo, cam maleh aje
    eh2 sama macam afif, asal masuk keta...tido. asal tido, msuk keta...heran betul!

    mana gambo abang botak. nak tengok juga kecomelan dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kira menuju keinsafanlah, YY. Kalau tidak, asal ada peluang aje makan kat luar. Hujung minggu memang acara JJCM tapi kini, segalanya dah berubah. Nak makan kena dapatkan green light dulu. Kalau pemberi green light yang teringin, dapatlah kita merasa. Kalau pemberi green light tak teruja, kita duduk diam-diam kat dapur memasak!

      Abang botak tersado aka abang sado botak belum sempat ambil gambar lagi. Kalau cakap nak ambil gambar dia masuk blog, mesti dia demand payment pulak kang ^_^

      Delete
  13. gentel rambut tu sama je dengan bantal busyuk . klu adik kena botak mcm abg , habislah dia x blh tidur dah ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa kecil dulu sebelum pandai berjalan, digentelnya rambut kita. Lepas tu hilang dah tabiat tu. Sekarang ni sejak tidur sendiri, dah mula balik dok gentel rambut. Sekali digentelnya, wah..kalah salon buat tau!

      Delete
  14. MD..nanti bebila rakam la video adik bercakap..teringin nak dengar..mesti comel je..Tapi nak letak ke blog kena muat naik ke youtube dulu baru boleh masuk blog..tak tahu la cara lain untuk letak video dalam blog tapi yang saya tau ke ada akaun youtube la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ya ke? Nak upload kat youtube tu lagilah malas! Saya ni bab rakam video kurang sikit tapi bab ambil gambar tu sekarang ni bolehlah diharap walaupun indah khabar dari rupa aje...

      Delete

Post a Comment