Kisah raya sehari di kampung ^_^

Salam 21 Syawal kawan-kawan!

Jom kita buat sambungan cerita raya lagi ~_^

Semalam dah cerita macamana kecohnya kejap tak nak balik raya, kejap nak balik beraya di kampung. Hari ni marilah ikut I mengimbau kenangan beraya di kampung tahun ni!

Tak lama pun kami di kampung. Hari Khamis malam sampai di Batu Pahat, hari Sabtu seawal 8.30 pagi dah pulang ke Kuala Lumpur. Oh, syahdu! Kasihan my superheroes tak dapat beraya ke mana-mana tapi takpalah, at least dapat juga beraya dengan my big family di Batu Pahat instead of beraya sendirian dengan keluarga kecil kami di Kuala Lumpur. Itu pun rezeki namanya. Bersyukurlah kita yerk ~_^

Sampai aje di BP, my sisters semua sibuk memasak lagi walaupun dah jam 10 malam. Maklumlah, masak untuk seisi rumah, ramai tu. My family kan besar dan ramai ahlinya. Campur anak, menantu, cucu, cucu menantu dan cicit my emak memang penuhlah satu rumah.

My eldest sister dan anak lelakinya dah gerak balik dahulu. So, dah sampailah berita mengatakan yang I akan pulang ke kampung bersama keluarga dan mak mertua. Makanya, my Chik dah siapkan satu bilik khas untuk my mak mertua aje. Maklumlah, mak mertua den ni tidur malam tak boleh sejuk, tak boleh pasang kipas makanya kenalah asingkan dari yang lain. Ditanya juga takda siapakah nak tidur dengannya tapi I dah siap-siap suruh HD terjemahkan sebabnya. Kami sekeluarga ni spesies tak tahan panas. Kalau boleh nak buka kipas full blast, buka aircond lagi dalam 16 darjah Celcius, barulah boleh tidur dengan lena ~_^ Makanya, kenalah mak mertua tidur sendirian.

I dan my family memang biasalah kalau balik kampung memang dapat layanan istimewa. Maklumlah suami den bukan warganegara katanya... Makanya, bilik tidur utama my Chik jadi bilik kami ~_^ Itu yang I selalu kata, kalau kami balik kampung memang macam bermalam di homestay aje. Memang meranalah dalam hati adik beradik yang lain, yang terpaksa pandai-pandai cari port mana nak tidur. Siapa cepat dia dapat bilik-bilik yang ada! Mujur juga dua anak my Chik bermalam di rumah mertua masing-masing. So, ada dua lagi bilik kosong boleh diguna but knowing my family, tidur berantakan merata dalam rumah lagi seronok di malam raya sebenarnya...

Malam  raya biasanya memang tidur pun tak lena. Dahlah tidur lewat, bangun memang awallah. Biasanya seawal pagi lepas Subuh, my family akan melawat kubur arwah abah. Lepas tu ahli keluarga yang lelaki akan bersiap-siap nak solat raya. Sebelum ni memangnya kami yang perempuan ni lebih selesa 'berkelawar' di pagi raya. Selagi tak siap juadah raya di hidang atas meja, selagi itulah kami 'berkelawar' di rumah. Tahun-tahun sebelum ini pun, lepas aje habis solat raya, dah ada tetamu di kalangan sanak saudara yang datang bertandang. Yalah, my emak merupakan antara emak saudara yang paling  tua yang mereka ada. 

But this year, sebaik my hubby selesai bersiap, I kejutkan anak-anak pulak. Siapkan mereka seawal mungkin. Lepas tu I pulak bersiap. Kiranya dalam ramai ahli keluarga, kami sekeluargalah yang bersiap dulu memakai baju raya. Yalah, tapak kaki I ni takda tinggal jejak pun kat dapur this time! Hahahah!

Selesai solat raya, barulah kami bersalam-salaman seisi keluarga. Dapatlah my mak mertua melihat suasana di pagi raya di Malaysia.  Lepas selesai bersalaman, barulah kita menjamu selera beramai-ramai. Yang lelakinya duduk di meja makan menjamu selera, yang perempuan dan budak-budak duduk bersilalah di lantai yang dah terbentang tikar bagai. Begitulah nasib kami kaum yang lemah ni ~_^

Dek kerana kali ni hari raya jatuh hari Jumaat, of course yang lelakinya kena pergi masjid sekali lagi untuk solat Jumaat. Sementara menunggu waktu itu, kami sekeluarga pergi 'bersiar-siar' di bandar Batu Pahat. Ronda dalam kereta ajelah dek kerana HD nak tunjuk pada ibunya suasana di bandar kecil Batu Pahat ni (Weyh, my bandar BP besar okey! Macam-macam ada ~_^) 

Hari pertama kami tak ke mana-mana. Duduk di rumah sahaja. Sepupu-sepupu yang ada pun kebanyakan datang beraya pada hari raya pertama. Memang tak dan masing-masing nak keluar rumah beraya. Lagi satu, keluarga besar I ni kalau nak beraya mesti nak berkonvoi ramai-ramai. Bila dah berkonvoi tu tahu ajelah macamana. Nanti keluarga ni dah siap, keluarga tu terkial-kial lagi. Bila semua dah nak start enjin keluar dari perkarangan rumah, tetiba ada pulak kereta nak masuk; tetamu dah sampai. Kita cancel lagi plan nak beraya. 

Makanya langkah paling mudah, raya pertama kami tak pergi beraya ke mana-mana. So, rugilah my superheroes this year tak dapat collect duit raya ~_^  I pun memang sentiasa rugi sebab konvoi beraya selalu start raya ke-2 atau ke-3 yang mana I selalunya dah selamat bersantai di rumah sendiri di 'KL bandarayaku tercinta' ni! 

Selesai solat Jumaat, my hubby bawa emak kesayangan berjalan merata keliling rumah. My mother in law sukalah sebab banyak pokok buah-buahan yang my sister tanam. Suka hati betul my mother in law berposing bawah pokok rambutan, pokok cempedak, pokok nona (ke noni), pokok jambu batu dan sebagainya.

Puas direnungnya rumah my emak di sebelah yang berkunci rapat dan dah lama kami semua tak masuk. Sampai ditanyalah kalau-kalau boleh dia nak masuk melihat-lihat sebab my mak mertua rasa macam nak mengimbau kenangan silam aje bagaimana my parents membesarkan kesemua anak-anaknya dalam rumah tersebut. 

I told my husband, tak berani I nak buka pintu rumah my emak. Kalau pun mak mertua I nak masuk, I takutlah. Manalah tahu...anak-anak I ni sensitive kenkadang. Yalah, adakalanya kena percaya juga pada benda-benda yang kita tak nampak ni ~_^ 

Bila tiba hari raya ni, aktiviti yang paling kerap berlaku sudah tentulah makan-makan juadah raya berulang kali. Selagi boleh sumbat, kita sumbat. Bukan selalu jumpa nasi impit, ketupat, kuah lodeh, rendang ayam kampung, ayam masak merah, daging masak kurma dan sambal kacang sedap my eldest sister. Kalau dulu semua ni my emak masak sendirian, lagilah marbeles rasanya. Lepas makan basuh pinggan lepas tu terasa nak makan lagi ~_^

Hari raya pertama menu atas meja memang dari pagi sampai ke malam juadah yang sama. Ada juga tu yang teringat fast food di hari raya. Yalah, ada juga yang terasa muak bila makan juadah sama dari pagi sampai ke malamkan. Termasuklah my hubby...

Sepanjang hari tu pun, my sisters dan emak bergilir-gilir melayan berbual dengan my mother in law. Of course, HD adalah di sebelah emaknya tolong menterjemah. Memanglah macam itik dengan ayam berlawan cakap ya kalau takda orang yang terjemahkan maksud masing-masing. Paling kelakar my mother in law kata dia boleh faham kalau berbual dengan my emak walaupun bercakap dalam bahasa yang berbeza. Itu I pun tak tahulah macamana ~_^

Malam raya pertama, I bagilah peluang sekali lagi my superheroes menghabiskan saki-baki bunga api yang ada. Seronoklah mereka dua beradik. Yang tak berapa seronok, cuma mereka aje budak kecil yang ada di rumah. Sepupu yang lain muda belia remaja belaka. Sepupu yang hampir sebaya ada tapi takda pulak yang beraya di kampung pada waktu yang sama! 

I sendiri tak ingat pukul berapa  tetamu terakhir beransur pulang. Bila tahu seawal pagi esoknya nak pulang ke KL, I pun packed barang apa yang patut. Lepas tu tidur ~_^

Esoknya bangunkan anak-anak seawal mungkin dan siapkan mereka. I ni kalau anak-anak  tak siap, I tak boleh bersiap. Kena dulukan mereka, hubby dan barulah I pulak berdandan. Lepas bersarapan jemput-jemput ikan bilis sedap dan air Nescafe kelas pertama my Chik, kami pun minta diri nak pulang ke KL. 

Banyak jugalah 'bekalan' my mak mertua dapat daripada my whole family. Masing-masing berlumba-lumba nak  beri itu ini, tanda menghormati tetamulahkan... 

8.30 pagi kami dah gerak pulang ke KL padahal pada hari tersebut ada marhaban di rumah my Chik. Nak buat macamana, kalau suami kata 'putih', 'putih'lah jawapannya, tak mungkin boleh ditukar ke 'hitam'. I ikut aje, janji tahun ni tak kena beraya di KL seperti jangkaan awal.

Dalam perjalanan balik barulah I teringat sesuatu dan terus bertanya...

Dear, tahun ni kita tak bersalam-salaman minta maaf pun! Anak-anak pun tak bersalam dengan kita ke??? Masa kita bersalam ramai-ramai dengan both mothers and my family langsung kita tak bersalam suami isterikan!!!

Ha'ahlah, Mommy! Abang pun pelik kenapa tahun ni kita tak salam MommyDaddy dalam bilik makcik macam raya dulu-dulu?

Arghhhh....sudah! Dosa bulan puasa dan bulan sebelum-sebelumnya tak sempat minta maaf lagi ni!

Kalau minta maaf tapi tak pakai baju raya, feelingnya tak sama tau! Oh, tidak!!! (malas dah nak lari keliling pokok semalu lagi!)

Okeylah, tempek dulu gambar my superheroes! Gambar yang elok memang berempat makanya tidaklah dapat masuk blog yerk ~_^

Kalau suruh posing je mesti letak tangan gaya gini. Muka budak yang kena tinggal tak dapat ikut solat raya ~_^

Inilah baju Abang Afiq yang menurun kat Bubbly Abang. Abang Afiq pakai longgar, dapat kat Bubbly Abang terus 'tersado' badan. Nasib baik tak tetas merata. Dahlah ada lima pasang yang si Abang dapat! Elok-elok semuanya! Itu sebablah I malas nak beli baju Melayu untuk si Abang ni. Sekali pakai aje lepas tu simpan. Bila nak pakai lagi, dah tetas! Kiranya sekali ini ajelah kot pakai lepas tu tak tahulah nasib baju ni. Tahun ni memang takda tema sedondon yerk! Tak kuasa den!

Kes beli baju saiz lain, seluar saiz lain akibat kesungguhan Mommynya bershopping last minute dalam masa sehari. Pink pun pinklah, Dik. Masing-masing beli sampin baru tahun ni tapi dua-dua tak mahu pakai! Leceh katanya! Insya Allah, tahun depan punya baju raya, tahun ni Mommy akan siapkan! Kalau raya kita kelam kabut lagi tak tahulah nak kata apa nak bagi alasan ~_^











Comments

  1. Kakak dah maklum sangat macamana style keluarga org Batu Pahat sambut tetamu. Hidangan makan dan sebagaimya itu. Mesti sampai bila-bila MIL akan rindu saat itu lagi. Mahu-mahu balik sana dia akan bercerita tak berhenti. Apa lagi dpt ole-ole yg banyak. Communication dgn mak tak jadi masalah sebab naluri mak-mak itulah memudahkan mereka berinteraksi.

    Comel betullah adik:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman emak saya sihat dulu memang macam tulah layanannya, Kakzakie. Kalau datang time baru menjamu juadah raya memang kena sediakan juga untuk tetamu. Kalau datang tengahari kena ajak makan tengahari sekali. Apa yang ada semua kena bagi merasa bersama tetamu!

      Ada juga yang mak mertua suka dengan tradisi kita orang Melayu menyambut raya, ada juga yang dikomennya. Biasalah, adat dan tradisi berbeza-beza ^_^

      Itu yang saya pelik. Bila Mak saya bercakap, katanya dia faham. Mak sebut kat rumah ni bising sebab kereta lalu-lalang depan rumah, bingit telinga. Lepas tu mak mertua angguk-angguk kepala. Bila anaknya tanya, dia kata dia fahamlah mak saya kata bising kat luar sana. Hahaha!

      Tahun ni tak dapat mengJohorkan mereka berdua. Cuma Adik Cute je dapat baju Melayu Johor ~_^

      Delete
  2. Selamat Hari Raya MD and family.. ;)
    Sib baik dapat jugak beraya di kampung kan.. dah tentu happening..
    Nanti ceritalah kisah ur MIL beraya di kampung.. keterujaan beliau.. ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya, Aiza. Baru ni ke 'udara' lambat sikitlah blogwalkingnya ^_^

      Alhamdulillah, dapat juga kali ni beraya bersama keluarga di kampung! Walaupun tak semeriah dulu, yang penting ada kaum keluarga untuk beraya bersama!

      Satu hari aje pun di kampung, Aiza. Saya dengan anak-anak, my hubby melayan emaknya. Ahli keluarga lain melayan tetamu. Buat hal masing-masing. Bila tetamu surut, kita-kita pun berboraklah. Lepas tu sambung buat hal masing-masing semula ^_^

      Delete
  3. Salam MD.. Dpt bygkan camne aksi
    Mak , keluarha dan mertua MD borak. Siap ada penterjah lg tu.

    Masa duk qatar dulu g umrah bw mertua. Dia suka sgt layan mak mak arab borak kat masjid. Yg mak2 arab ni mmg peramah sy mmg ngeri la nk layan x phm sebutir haram. Tp mertua sy rajin borak. Ayam itik la dorang. Lama lak tu borak smpi azan.

    Tgk baju melayu adik cute kembang kuncup hati ni . Ye la.. Ank org 'bkn warganegara' pki baju johor tu. meowww.. Si ibu pasti bangga kan?

    LM hepi sgt laki dgn ank2 pki baju johor. Rasa cam.. Yeayy aku dah johorkan mereka. Kikiki(ntah apa2 je kan?)

    Awalnya blk KL? Awal pg lak tu.. Mesti jammed teruk kan? LM balik isnin pun sesak sgt. Rasa nk nanges dlm kereta tu walau baby ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak mertua angguk-angguk ajelah. Yang kakak-kakak saya rancak bercerita macamlah dia faham ~_^ Mak saya lagi best, terus-terusan bercakap, faham tak faham belakang cerita. Lepas tu emak tanya pulak kat saya, 'Kau bila balik?" Aduhai....mak sayakan dah nyanyuk sebenarnya... kadang-kala bertanya soalan sama selang 5 minit. Kelakar betul!

      Disebabkan anak-anak saya saiz boleh tahan, memang saya lagi suka mereka berbaju Melayu Johor tapi itulah kalau beli selalu aje terlupa. Kali ni nasib baik dapat saiz untuk Adik Cute. Abang tak dapat tolonglah sebab baju-bajunya semua pemberian sepupu 27 tahun. Tahun depan saya make sure mereka diJohorkan termasuk Daddy mereka tapi.... hubby saya tak suka buat baju Melayu. Membazir katanya. Dah beberapa tahun berjubah aje kerjanya!

      Dah suami kata balik awal, maka kenalah ikutkan aje. Kalau ikut kat suami, Khamis malam sampai kampung, Jumaat petang-petang tu nak balik KL. Tapi saya bagi idea bernas sikit, itu yang dapat balik pagi Sabtu!

      Masa kami balik ke KL tak jem pun, LM. Mungkin orang masih asyik beraya di kampung. Lengang aje takda hal pun!

      Delete
  4. Dpt jugak ur mother in law beraya kat malaysia yer. Apa perasaan dia kak dpt raya kat sini??
    teruja ke apa..

    tak dpt bygkan conversation dorang yg mcm caca merba ni. tapi tak semua org dpt kan. Pengalaman tuh.. seronok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa-biasa aje. Yalah memang lain pengalamannya sebab di sana hari raya puasa ni tak meriah. Kalau meriah, tak mungkinlah mak mertua nak beraya di sini dengan keluarga anak lelakinya dan tinggalkan suami dan anak-anak yang di sana ~_^

      Adalah juga bezanya. Lebih meriah raya di sini berbanding di Tashkent katanya. Kat sana setakat pergi solat raya lepas tu habis dah. Takdanya raya sebulan macam kita, open house bagai!

      Dengan akak pun kalau berborak lintang-pukang tanpa HD, inikan pulak berborak ramai-ramai dengan my sisters and emak. Memang tercengang aje lebih kalau takda tukang terjemah!

      Delete
  5. dapat bayangkan betapa seronoknya MIL kak MD beraya di kampung BP. Mesti balik ke sana dia akan cerita. Amboi, mem besar tahun ni tak jejak dapur ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mem sibuk melayan suami, anak-anak dan mak mertua, Sal. Mana dan nak tinggal jejak kat dapur. Lagipun apa guna ramai kakak. Inilah masanya nak 'mempergunakan' mereka. Katanya masing-masing dah ambil tugas masak lodeh, rendang, masak merah dan sambal kacang. So bila sampai kat kita takda tugasan dah di pagi raya. Setakat buat air setempayan tu, boleh serahkan pada anak-anak saudara. Dah jemulah muda-muda dulu jaga air dan basuh pinggan mangkuk ~_^

      Delete
  6. Saya memang respeklah kat emak saya. Walaupun dah tua dan kadang-kala nyanyuk, bab melayan tetamu ni emak memanglah superb. 20kali emak panggil saya nak tanya tentang tempat tidur mak mertua dah sediakan ke belum padahal, kita orang dah siap-siapkan. Emak dah pelupa, itu yang tanya banyak kali ^_^ Bila berborak berdua pun bukan main ramah emak saya walaupun emak mertua terpinga-pinga nak 'catch up' apa yang diceritakan tapi maksudnya sampai. Itu yang lagi penting. One of my kakaks sampai give uplah nak berborak sebab 100 patah dia bercakap, sepatah jerk mak mertua saya faham. Kah3x.

    HD memang tak boleh harap tau. Saya nampak mereka berbual dua beranak, saya pun mencelah. Penat saya bercakap bila ditranslate saya rasa macam pendek aje ayatnya. Bila saya tanya HD, katanya yang tak penting tak payahlah translate. Ada ke gitu....

    ReplyDelete
  7. memang cute adik pakai pink..selamat hari raya MD maaf zahr batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya, Acik ~_^

      Last minute punya shopping, pink pun pinklah!

      Delete
  8. kalau tempek banayk gambar ni
    mesti lagi seronok tengok =)

    ni first time ke mami ikut balik kampung MD?
    cam seronok aje dengar dia beraya dekat sana

    wah...handsomenya adik cute pakai pink
    afif tahun ni nenek dia bagi warna pink baju melayu
    boleh dia tak nak pakai. tak handsome katanya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar pun kurang daripada 100 yerk. Memang tahun ni mood kedaunglah. Raya pun kurang meriah. Budak-budak setakat sibuk nak main bunga api aje. Lain mereka tak hairan pun!

      Inilah kali pertama mak mertua berpuasa dan beraya di Malaysia. Sebelum ni memang tak pernah. Mak mertua saya ni sejak 3,4 tahun kebelakangan ni yang rajin datang ke Malaysia. Sebelum ni takda pulak jadi acara tahunan. Takut kotnya dapat menantu Malaysia yang tak tahu perangai macamana. Bila dah cuba, nampak okey dah jadi acara tahunan pulak. Kadang-kala, bi annual tau ~_^

      Baju terdesak. Shopping last minute. Itu pun baju saiz lain, seluar saiz lain. Sampin dua-dua tak mahu pakai tahun ni. Tahun depan nak prepare lebih awallah nampak gaya!

      Delete
  9. Bersyukur yg amat tu MD.. dapat pulang beraya di kampung halaman sendiri walaupun 2 hari 1 malam hehehe..
    Macam pergi beraya duduk kat homestay pulak ye..
    Memang berbeza MD kalau bersalam di pagi raya dengan baju sedondon .. lagi bertambah syahdu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat balik pun kira dah bestlah, CH. Kalau tidak, meratap hiba pulak di telefon di pagi raya ^_^

      Setakat balik 2 hari 1 malam ni memang perkara biasa. Tapi bila kena masa raya, aduhai. Nak buat macamanakan, dah kata suami begitu kenalah ikut. Katanya isteri mithalikan...

      Hahaha...entah macamana sibuk bersalam ramai-ramai boleh terlupa nak masuk bilik kejap (macam selalu) nak bersalaman empat beranak. Peristiwa yang tak mungkin berulang lagi. Nak gostan dah tak boleh dah ni. So kita bersalaman tanpa baju raya ajelah....

      Delete
  10. ha, inilah alasan yang terbaik untuk mami datang lagi tahun depan.. kena bagi mami duduk 2 bulan macam ni, bagi tahu bulan puasa aktiviti terhad, elok stay lagi sebulan lepas raya baru dapat jalan2 sepuas hati melepas rindu pada anak cucu dan menantu..

    pasti mami rasa bangga dan lega tengok keluarga MD beraya .. lega dia anaknya hidup di persekitaran orang yang baik baik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, Mamikan pernah duduk 2 bulan dengan kami sebelum ni? Lama sangat pulak katanya...Hehehe!

      Saya dah cakap dengan HD, janganlah datang bulan puasa sebab aktiviti kita di sini terhad. Mami tu suka jalan-jalan tengok bunga, tengok itu ini. Bulan puasa siapa yang sanggup. Tapi AN, bukan nak kata apa. Anak lelakinya memang terbaik. Emak kata nak tengok bunga, pukul 12 tengahari matahari tengah terpacak atas kepala pun dibawa emaknya pusing-pusing kat taman. Kita ni nak pengsan rasa berpanas berpeluh dengan berpuasa lagikan, tapi HD layankan ajelah kehendak emaknya! Jauhlah level saya sebagai anak dengan HD bila tiba layanan terhadap emak ni...

      Mami memang lega aje dengan kehidupan HD cumanya selalu juga dipesan. 'Sepandai mana pun suami cari duit kalau isteri tak pandai berjimat, tak bagus juga untuk keluarga!'

      Hehehe....

      Delete
  11. masa arwah abah ada , kami merasai suasana meriah mcm ni . selepas my bonda ikut anak sana sini , kami dah tak lalui semua itu . My adik beradik yg dok dekat , beraya umah sendiri . yang selebihnya , raya umah mertua . Cuma saya dan my kakak je yg ada kat umah my bonda . ko tgk aku , aku tgk ko ... klu datang jenguk my bonda pun sekejap je . selebihnya , my anak buah la yg ramai memenuhi rumah my bonda . tu yg saya terpaksa ambil tender dok dapur . Selebihnya tungu tetamu dtg sbb my bonda adalah saudara yg paling tua dlm adik beradiknya . thn ni my bonda tak ada di kg . my bonda beraya di utara . jadinya , umah my bonda d kg sunyi sepi tanpa kunjungan tetamu ... ermmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa keluarga kita 'lengkap' memang seronokkan, Vee. Bila dah kehilangan dan adik beradik pun dah ada keluarga sendiri, keseronokan tu berkurangan dengan sendirinya. Saya faham bab tu sebab saya pun merasakan perkara yang sama. Keakraban adik-beradik pun tak sama macam dulu-dulu bila kita tinggal sebumbung, tidur sebantal dan makan sepingganlah perumpamaannya!

      Oh, maknanya kali ni bonda Vee beraya di rumah anak di utara dan kakak yang tinggal dengan Vee tu balik kampung anak beranak beraya di kampung ya?

      Sunyilah Vee kalau keseorangan. Kira tabah jugalah hati Vee ni yerk :)

      Delete
  12. Ohhhh.....baca cerita pun dapat bayangkan macamana meriahnya suasana malam Raya dan pagi Raya kat rumah Kak Chik tu. Macam kendurilah yek kekdahnya kalau dah ramai gitu. Kalau maklah yg jadi Kak Chik, mesti gabrah nak masak sebab orang ramai hihik....tu maklah....yg buta masak ni hihi

    Untung ar orang tu...dahlah tak tinggal jejak kaki kat dapur dpd malam raya, boleh pulak makan jejemput ikan bilis Raya ke dua dengan tenangnya..... Ceh!....

    Weyh time Raya tu kan, kalau kat rumah mak ....bila ada sedara beraya konvoi mmg seram, dahlah sesorang menghidangnya, kelam kabut tau.......

    HD tak mau pulak tido ngan mak dia Kak Ton.....kasi paksalah....kasi dia puas hihi...
    Untung ar Kak Ton, dapat baju free tak yah dah nak keluar duit beli baju abang. Tp betul pun baju Melayu ni bukan selalu pakai pun membazir jer kalau beli.
    Cantik pink adik tu....sesuai sangat dengan adik yg shomey shomey....

    Alah....salam jerlah kat rumah, bukan tak boleh pun ulang tayang hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keluarga besar memang kalau semua balik beraya havoclah jadinya. Tapi macam biasa, bukan semua pun ada. Anak sulung dan kedua Chik beraya di rumah mak mertua masing-masing. Ada juga kakak saya yang tak balik. Maka rumah penuh gitu-gitu aje ~_^

      Oh, kita bernasib baik kerana selalu aje propa nak masak untuk raya tapi tak jadi. Kalau balik kampung lagilah, kakak-kakak yang sediakan makan minum suami kita. Boleh dapat gitu? Dalam hati my kakaks mesti terasa nak sekeh aje kepala si adik sorang ni ^_^

      Bab saudara mara datang pun kita santai jerk. Siap lepas salam, lepas dengar cerita gosip, boleh masuk bilik pasang aircond membuta tidur! Maklumlah dok 'homestay' katanya.... Tau-tau tetamu dah balik ^_^

      Kalau ikutkan hati ni, nak aje suruh HD tidur dengan emaknya tapi takut tak boleh pulak tidur takda bantal busuk nak peluk cium. Kah3x....

      Delete

Post a Comment