Salam 6 Zulkaedah kawan-kawan!
Hari ini hari Jumaat makanya keceriaan my hati mencanak-canak naik kadarnya ~_^
Siapa yang tak suka hari Jumaatkan... esok dah boleh mengulitsuami dan anak-anak. Memanglah best aje!
Sebenarnyakan I tak tahulah hari ni nak cerita apa. Tengok dalam draft bukan main banyak tajuk nak dikongsi cerita tapi macam tak best aje nak jadi penglipur-lara hari ni. Makanya, I ceritalah apa sahaja idea yang tetiba timbul like bubbles dalam my kepala ni ya ~_^
I bagi masa 5 minit untuk pergi menyiapkan secawan latte dan sepinggan cheese cake. Kang tengah membaca tetiba lapar dan dahaga, susah pulak kan. Entri ah kak ni mana ada pendek-pendek macam ayat penyata budak Tahun 1. Semua tahap tesis universiti okey!
Episod 1 (Keh3x.... baca ala-ala dalam kartun Upin Ipinlah yerk!)
My mak mertuakan dah sebulan balik ke negaranya. Sejak Day 1 Mami balik, kita telah rombak 'jadual perjalanan kehidupan' kami seharian. Maklumlah, pesanan penaja banyak sangat suruh berubahkan. Katanya isteri/ibu memainkan peranan maha hebat dalam kehidupan keluarga. Tanggungjawab kitalah tu untuk menjadikan keluarga kita yang terbaik dari segala aspek pun ^_^
Seperti yang I katakan dalam entri sebelum ini, kemantapan body Bubbly Abang kena tegur dek Mami. Kata Mami, baguslah kalau anak membesar dengan sihat. Bagus kalau kita mampu beri anak-anak kita makan apa yang mereka mahu. Beri mereka makanan terbaik yang kita mampu. Tapi kalau dah terlalu gemuk pun tak bagus akhirnya. Kita sebagai emak selalu silap ~ kita rasa kalau kita beri apa yang anak mahu, kitalah emak yang terbaik. Yang sebenarnya, kita akan menjadi musuh anak nombor 1 suatu ketika nanti.
Contoh Mami kata macam I dengan Bubbly Abang. Mami faham perasaan I yang ingin berikan apa sahaja yang anak mahukan. Kalau anak nak makan sesuatu, sebagai emak kita tak sampai hati nak menghalang kemahuannya. Itu perkara biasa. Tapi adakalanya, menghalang lebih baik daripada akur dengan kemahuan anak. Kena kuatkan semangat untuk membangkang kehendak anak. Bukan apa, demi masa depannya.
Mami bagi contoh salah seorang jirannya di kampung. Sangat kaya. Makanya diberi sahaja apa yang anak mahu. Lagi-lagi anak lelaki tunggal. Lagilah dimanjakan secukup-cukupnya. Pada umur 14 tahun, si anak terlalu obese sampai tak mampu nak buat banyak perkara sendiri. Nak pergi sekolah pun tak boleh. Makanya cikgu sesekali datang ke rumah mengajar. Anak 'berehat' di rumah aje sebab tak larat nak bawa badan. Bila jadi macam itu, dia menyalahkan ibunya kerana apa yang dia mahu makan, ibunya beri. Sebagai anak, manalah dia tahu baik buruk sesuatu dan apa yang diberi ibu, itulah yang dianggap terbaik! Maka, sekarang ni ibu dah jadi musuhnya! Musuh yang menyebabkan kehidupan masa depannya jadi susah kerana terlebih diberi makan~_^
Jadi berdasarkan pengalaman Mami menjadi saksi kepada situasi yang sebegitu, Mami pun menasihati I supaya lebih peka, lebih tegas dan lebih 'bertimbang-rasa' dalam pemakanan anak-anak. Biar hati kita sakit sekarang kerana tak dapat memenuhi kemahuan anak demi kebaikan mereka pada masa hadapan daripada hati kita sakit merana melihat kesan buruk daripada perbuatan kita sendiri (yang kita rasa sudah cukup penyayang dan baik) terhadap anak-anak!
Episod 2
Dek kerana Bubbly Abang ni suka makan ayam, memang most of the time I akan sediakan menu berasaskan ayam untuk si Bubbly Abang. Dia ni pun picky eater yang amat! Sangat susah nak sediakan makanan mengikut kehendaknya. Jadi setiap kali memasak, I akan sediakan satu menu untuk anak bujang tersado I yang ini.
Mami memerhatikan ajelah situasi ini. Dari kali pertama dia datang sampailah kini, layanan I pada Bubbly Abang tidak berubah. Setiap kali makan, mesti akan ada 'pengasingan' makanan untuk Abang atau pun masakan yang khas untuk memenuhi nafsu anak tekak si Abang. Maka sebab itulah pada pandangan Mami, ini sesuatu yang salah! Mengapa dalam satu keluarga dan sebagai seorang isteri/ibu, I tidak boleh menyediakan menu untuk dinikmati semua. Apa yang si ibu masak, anak-anak dan suami mesti makan bersama!
Bukannya si ibu memasak ikut kehendak anak itu dan ini. Ya, sebagai ibu kita pun arif apa yang anak-anak suka dan tak suka. Tapi, tak perlulah mengasingkan makanan ini khas untuk anak ini, makanan itu khas untuk anak itu. Itu yang Mami kata I ni pilih kasih! Sepatutnya kata Mami, kalau anak-anak suka ayam, boleh aje I nak memasaknya. Cuma hari ni masak lauk ayam, maybe minggu depan baru masak lauk ayam sekali lagi. Ajar anak-anak makan juadah yang lain juga seperti ikan, daging dan sebagainya.
Jangan kerana anak ni cuma makan ayam goreng maka kena masak ayam goreng untuk anak ini, ayam masak merah untuk ahli keluarga yang lain. Hari-hari kena ada menu ayam untuk anak yang ini manakala yang lain berubah-ubah menu kerana tak cerewet! Kalau dah macam itu, sampai bila pun kita tak boleh mendidik anak-anak belajar dan cuba makan makanan yang lain; dah kita asyik memuakan anak tekaknya!
Kata Mami tugas I sebenarnya mengajar anak-anak merasai semua jenis makanan dan bukannya asyik menikmati makanan yang sama berulang-ulang kali sebab 'anak cerewet soal makan'. Kalau makanan yang dicerewetkan tu elok, tak apa juga. Kalau makanan tu akhirnya akan menjadikan anak obese dan berpenyakit, bukankah kita sebagai emak juga yang akan menanggung beban dan derita melihat anak terlantar sakit?
Memang patut kita yang dipersalahkan 100% kalau menjadi sebab anak sakit dek kerana makanan tak berkhasiat. Pada pandangan kita, dah cukup baguslah kita sebagai emak memberikan apa yang anak suka tapi sebenarnya kita sudah tersilap langkah. Selagi boleh berganjak dan berundur ke belakang, eloklah diperbetulkan langkah tu! Kalau dah terbabas masuk longkang, dah tak guna nak mengerang kesakitan ~_^
Episod 3
Sejak Mami balik sebulan yang lalu, I memang takda beli ayam mentah langsung. Terus kena pangkah dalam grocery list. Makanya dah sebulan kami tak makan menu berasaskan ayam. Abang pun memang kami bawa beriadah hampir setiap hari bila berkesempatan cuma lately selalu hujan petang, makanya aktiviti Abang tergendala sebentar.
Kalau dulu makan nasi lemak aje mesti nak ayam goreng. Makan nasi putih mesti nak lauk ayam tapi sekarang ni boleh dah si Abang ni makan nasi lemak tanpa ayam. Paling simple nasi lemaknyalah ~ setakat nasi dan sambal aje. Telur, timun dan kacang memang dia tak makan! Dia pun mungkin terasa hati sebab setiap kali kalau teringin makan nasi lemak, tentulah dia berpesan supaya jangan letak ayam goreng~_^ Itu satu petanda yang cukup baik dah!
I pun takdalah mengejut terus kawal pemakanannya sampai itu tak boleh, ini tak boleh. I buat yang mana boleh dikawal dulu macam keterujaannya dengan ayam goreng dan air manis. Sekarang ni di rumah memang takda stok air 'sedap' macam dulu. Sampaikan kalau ada kordial di rumah, I tanda dengan marker pen level kordial dalam botol tu. Kalau kordial kurang dari level yang I tanda, memang kena gertaklah suruh mengaku siapa yang buat!
Itu pun I beri kelonggaran juga. I benarkan dia minum kalau teringin sangat tapi mesti masa I ada di rumah supaya I boleh kawal. Hujung minggu pun I benarkan dia minum teh susu kegemarannya semasa sarapan. Sesekali pun I buat juga air sirap/mangga/rutbir dan sebagainya ketika makan malam. Kalau kami keluar makan tu, bolehlah order air kegemarannya tapi bukan air gas!
I juga mengarahkan Abang untuk minum sekurang-kurangnya 4,5 gelas air masak di depan Mommynya ni ~ Masa makan malam, masa selepas makan, masa sebelum tidur dan masa bangun pagi. Mesti minum depan Mommy supaya dia tak boleh mengelat! Kalau dia kata dah minum pun, I buat tak percaya aje. I siap tuangkan air dalam gelas dan suruh dia minum depan mata I (padahal Mommy pun ngelat juga bab minum air masak ni ~_^ Mommy dah tua takpa, anak-anak masih muda kenalah ikut peraturan demi masa depan katanya!)
I tengok si Abang ni memang ada kesukaran nak mengawal nafsu makannya. Sekejap-sekejap dia rasa lapar. Sedih juga hati bila tengok dia kerja buka pintu peti sejuk. Memang kosong dah peti sejuk di rumah tu. Takda apa-apa yang unhealthy katanya... Kalau ada pun makanan di rumah cuma roti, buah-buahan dan biskut. Maggi pun kena ban dari masuk rumah. Snacks memang takda beli lagi. Sesekali aje kalau keluar dan mereka teringin I belilah.
Lagi pun sekarang ni bila keluar, HD tak benarkan I belikan anak-anak air manis. Minum plain water aje. Kadang-kadang anak-anak merengek juga tapi I ni walaupun dalam hati rasa nak menangis tengok anak-anak kempunan, cuba juga kuatkan semangat! Pernah sekali tu si Adik dok merengek,
Mommy, 100 Plus tak boleh?
Tak boleh!
Yoghurt tak boleh?
Tak boleh!
Iced lemon tea pun tak boleh?
Tak boleh!
Apple juice tak boleh?
Tak boleh!
Habis tu apa yang bolehhhhhh....... (sambil merengek haus)
Plain water boleh!
Plain water pun plain waterlah! Adik haus sangat nih.....
Abang tak payah katalah, memang dah muncung sedepa kehausan. Nak menangis merengek macam Adik takut kena marah pulak nanti. Abang ni kalau haus, lebih sanggup tak minum daripada kena minum plain water; tak macam si adiknya.
Episod 4
Eh, dah panjang dah ni! Kita sambung lain hari ajelah yerk! Bila pulak I nak publish entri ni nanti ^_^
Hari ini hari Jumaat makanya keceriaan my hati mencanak-canak naik kadarnya ~_^
Siapa yang tak suka hari Jumaatkan... esok dah boleh mengulit

laa...tak sempat hirup kopi dah habis dah...apa ni!
ReplyDeleteanyway ada benarnya nasihat mami tu MD, dia bercakap berdasarkan pengalaman
kebanyakkan anak zamn sekarang rosak sebab parent sendiri
insya allah sooner or later abag tu mampu kawal pemakanan dia
dia just need sokongan aje...tp sebab dia, semua kena on diet jugalah kan
ala...baru cadang nak makan lunch rumah MD besok
kalau takat minum sky juice...takpelah. tggu darurat =)
Siapa suruh hirup.... tuang aje masuk mulut ^_^ Betul tu memang betul kita pun akur. Tapi alah bisa tegal biasa mengikut kemahuan anak terutamanya bab makan, sakit alahai jiwa bila nak kata tak boleh. Tapi bila difikir balik, lebih baik bertegas sekarang sebelum macam-macam penyakit timbul.
DeleteBanyak episod sebenarnya sebabnya banyak teguran ^_^ Tak danlah nak habiskan dalam satu entri. Yang benarnya, nak cerita benda-benda lain tapi terbuat episod demi episod sambungan pulak dah... Itulah kalau dah kena gian menulis, tak ingat berhenti!
Alah, takpalah YY. Next yearlah baru datang, Aisyah pun dah besar, dah tahu memilih tanpa mamanya. Kah3x.
Pertama-tama Mummy sendiri kena cekal demi anak-anak juga. Kakak yg baca pun kesian apa lagi MD yg membesarkan mereka. Tapi macam kata MIL demi kasih anak dan masa depan dia kena cekalkan hati. Selain makan ditambah genetik juga menyumbang sebenarnya. Pelan-pelan pujuk moga misi tercapai dan lama-lama bubbly abang akan terbiasa.
ReplyDeleteNak mula berkata tidak tu pun dah sarat hati ni dengan rasa tak sampai hati tapi nak buat macamana, demi masa depannyakan, kak...
DeleteMemanglah sebelah HD tinggi dan besar-besar bidangnya tapi saya bimbang juga tengok si Abang ni makin membesar sebagai juara. Nanti kesian pulak kalau diejek kawan-kawan...
Setakat ni walaupun saya tahu dia tersiksa dan selalu kecil hati bila ditegur tatkala 'cari makan', insyaAllah dia mampu buat. Sekarang pun tak macam dulu, kalau MakNgahnya ajak makan, dia makan sikit aje katanya dia kena berdiet sebab kalau buvijon datang dia gemuk lagi nanti semua orang salahkan Mommy....
alahaiiii...kesiannya tp untuk kebaikkan xpe MD ...takut nanti dia obese kan...macam2 masalah timbul kita plak yang di salahkan
ReplyDeleteSekarang pun baru 9 tahun dengan ketinggian 145cm, beratnya dah jejak 60kg, SA. Itu yang saya bimbang. Kena juga kuruskan sikit badan. Tinggi tu takpalah, takda masalah. Sekarang pun dah pakai baju saiz S lelaki dewasa, manalah tak kecut hati ni memikirkan kesihatannya...
Deletegood.. satu tindakan yang baik demi masa depan si anak.. ;)
ReplyDeleteNo choice. Kena juga buat sesuatu sebelum penyakit datang. Ni naik tangga pun dah mengah. Kesian tengok. Dahlah sekolah makin naik tahun, makin tinggi kedudukan kelasnya. Tak larat nanti hari-hari nak angkut beg yang berat naik ke tingkat 3 nun...
DeleteNilah cite dia yg kak Ton terasa tercabar sangat ni ek. Sampai berhibernatelah sebulan nak coolkan tempreture dlm darah tu hihi....
ReplyDeleteBetul jugak kata mami tu. Org tua ni kalau bagi nasihat mmg tak pernah salah, mmg betul sokmo walaupun salah.....lebih lagi kalau mak mertua yg bagi amanah, boleh gitu hihi...
Cekalkan hati tu ye Kak Ton....bubbly abg tu kalau slim mesti tambah hensem mcm Pak Jilap... eh? Termelintas sempadan pulak kikiki...
Hahaha... Mak ni kan...orang dah kata rahsia antara kita berdua, dia tetap jugalah nak komen kat sini ^_^
DeleteMemanglah betul kata Mami tu tapi biasalahkan kita pun adakalanya rasa nak juga tegakkan benang yang separa basah tu selagi belum basah katanya :)
Ni apa ke hal tetiba overshadow laki orang ni? Last time kita check, blog ni memang kita punya. Pi update blog sendiri kalau nak sangat memuja-muji kehenseman PakJilap katanya. Ini bukan tempatnya! Kah3x.
hahaha.. hari jumaat memang best..
ReplyDeletemalam sabtu lagi best sebab terus tak ngantuk.. padahal hari lain laju je mata nak tutupp.. malam minggu terus semangatttt
jemput singgah tips cantik tanpa mekap
Hari Jumaat, hari Sabtu memang seronok. Yang paling tak best bila masuk malam Ahad. Lagi tak best bila masih bermimpi lagi tetiba bunyi loceng 'sekolah' pepagi Isnin. Puas mencari dalam gua pun tak jumpa. Maklumlah tengah seronok lagi dibuai mimpi hujung minggu ~_^
DeleteAduhai siannye baca bila dia mkn nasik lemak telur tu x mkn. LM yg tua ni klu nasik lemak tanpa telur mmg x blh la nk telan umpama mkn x berlaui walau ada bilisnya. Ni pula dia yg x dibenarkan mkn ayam. Blh faham camne perasaan MD tgk ank mkn camtu.. Huhu
ReplyDeleteLM pun sekat juga dah kordial bagai tu. dulu kemain rajin angkut kordial dr cosway tu. dua hari dah abis tak tau mereka ke bibik yg telan kordial tu. skrg ni air manis jarang sgt bg kat dorang kecuali mkn kat luar. Dulu mkn mlm pun air manis. Sobss.
Cuma yogurt, laban dan susu tu LM bagi la mereka minum. Walau si abang makin bambam org duk kata dia debab sbb lps sunat tp LM risau la jugak takmo dia besar cam akk dia dulu. Bab kawal mkn ank mmg hati merintih sedih. Bab mkn ni LM tak brp kental hati sbnrnya.
Inilah baru namanya simple, LM. Yang LM kata simple tu, complete dah saya rasa. Alhamdulillah, dah boleh juga kurangkan makan ayam dan juga air manis tu. Bergantung sepenuhnya pada Mommy. Kalau Mommy tak beri, memang dia takut nak minta. Setakat nilah...nanti-nanti bila dah kembali slim dan sihat, bolehlah rasa-rasakan!
DeleteMemang betul, LM. Kalau bab makan ni selalunya saya tak sampai hati. Tak sanggup tengok anak kempunan walaupun kita sedia maklum, makanan tu tak elok. Nak menangis dalam jiwa ni bila menidakkan kemahuan mereka. Tapi, demi kebaikan kesihatan mereka jugakan. Saya cubalah tabahkan hati sementara waktu ni...
Kan?menangis dlm hati anak x tau..
DeleteSkrg ni umah kami pun dah mula paksa ank telan sayur. Dulu nasihat skrg ni paksa. Bila si ayah tny tengok tak badan awak tu dah besar skrg? Terkebil2 si abang. Sian pulak tgk. Dia mmg la x mkn sayur, bila bdn makin naik sapelah x risau. Bulat je perut dan pipi. Bontot dah naik tonggek dah. Satu sukan pun x join kat sek. Terkedek2 je gayanya. Hai la anak.. Kita masak ikan bkn mereka mkn. LM lak menung tgk lauk x abis nasik tak abis:(
Bab sayur ni saya tak boleh implement lagi dah Mommy pun 2x 5 sama jerk perangai. Kang sergah anak suruh makan sayur, dengan Mommy sekali kena sergah dek Daddy ~_^
DeleteAbang tu walaupun picky eater tapi sebab tiap hari nak makan nasi dan menu ayam, itu yang jadi begitu. Lagipun kalau kat rumah, dia rileks habis.. Duk depan komputer jerk kerjanya. Takdalah macam si Adik yang suka terkinja-kinja lari sana-sini. Sebab itulah saya boleh kata anak-anak saya ni memang tak lasak. Memang bukan jenis melompat sana-sini, kalau ke mana-mana pantang lepas tangan, merata dah mereka pergi. Tapi masih lagi susah hati Mommy bila anak tak berkelakuan sepatutnya di usia begini... :(
Syabas buat Mommy yang dapat kuatkan semangat ni. Bermula dari perasaan kita nak buat anak yang memilih pemakanannya tu makan sikit, ada masa sampai perut masuk angin dan menangis-nangis tengah malam sebab tak makan kan? Kita ikutkan je apa yang dia nak makan asalkan dia makan. Kan? Kan...kan?
ReplyDeleteSaya faham sangat tu MD.. tp dalam kes saya, alhamdulillah kemalasan saya ni mendorong keadaan ni tak berlarutan, kalau saya malas nk masak banyak jenis, saya goreng je ikan sejenis dan sayur sejenis, dan saya ugut naim supaya makan je apa yang ada. Alhamdulillah tahun ni naim nampaknya mula nak makan ikan dan daging sikit. Kalau tak memang ayam je juadah dia.. dan sayur. Huhu.. nasi pun tahun ni lebih sikit kuantitinya dia makan tu..kalau tak nazif makan lg banyak drp dia..
Baca ni buat saya rasa rahmat besar datang mami kali ni..banyak pesanan kasih sayangnya utk anak cucu kesayangannya ni.. insyaAllah moga mami dirahmati oleh Allah dan panjang umo untuk dtg lagi lain kali..
Menarikla idea tanda botol kordial dengan marker tu.. nak contohi jugalah. Bab minum air manis ni memang saya tak reti lagi nak kawal budak berdua ni.. tak terpengaruh dengan mama yg minum air kosong je..heran betul budak2 yg suka sangat benda manis. Pengaruh susu formula ke ni??
Maybe kot, AN. Anak-anak saya memang membesar dengan jayanya dan gebu-gebu belaka dek susu formula! Tapi soya basedlah...
DeleteBab ayam dan air manis tu dah bolehlah paksa-paksa kurangkan. Kadang tu belakang kita dia hentam juga sebab taulah budak-budak, susah nak kawal nafsu makankan. Cuma masalah sekarang ni nak minum air masak secukupnya. Si Abang kalau takda air, sanggup tak minum. Biar haus, dia tahan. Tapi bila saya tak tahan tengok dia buat sikap tu, saya paksa dia minum depan saya. Walaupun terpaksa janji dia minum dan cukupkan kuota air masak dalam badan ^_^
Si Adik Cute pulak dah kena sindrom kurang makan pulak! Tapi bagusnya dia boleh minum air masak tanpa perlu dipaksa. Takda air manis, air masak pun takpa!
mmg betul kata mami tu ... good job md . senang pula abg follow arahan . memula mmg susah lah nak terima , bila masa berlalu , dah jadi biasa . bila dia dah kurus nanti , gf puji , mesti abang appreciate sgt pd mommynya ... heh heh heh .
ReplyDeleteAbang walaupun rapat dengan Mommy, dia lebih takut saya daripada suami, Vee. Sebab itulah kalau saya suruh, dia cepat-cepat buat!
DeleteHopefully dapatlah dia turunkan sikit berat badannya. Ni kalau kita kawal, dia susut sikit. Kalau kita kurang mengawal, aha startlah nak slowly-slowly balik. Nak suruh dia sendiri kawal makan memanglah tak pandai. Nampak apa sedap depan mata semua pun nak sapu *_*
kena buat kak.. klu tak anak2 nnti manja sgt kan nak itu, nak itu. ikut kepala dia jer. bkn lah kita nak dera dia ke apa, tapi kita perlu pikirkan yg terbaik dr skrg. dr dia kanak2 lagi.. klu dah besar nnti, payah pulak. takpe... slow2 lah, sure anak faham. Kita kan ada reason kenapa buat begitu.
ReplyDeleteMemang kata HD akaklah punca anak-anak manja macam ni dah less berdikari. Bab makan ni akak sebenarnya tak sanggup tengok anak kempunan. Kadang tu kita tahu tak elok tapi tak sampai hati nak biarkan. Bila anak naik berat badan, kita juga yang susah hati. Yalah, tak mahulah nanti sampai jatuh sakitkan.
DeleteNi pun tabahkan aje hati. Kalau dia minta 10 kali, sekali aje akak beri walaupun dalam hati Tuhan ajelah yang tahu macamana resahnya nak kata jangan!
Dulu-dulu kalau keluar rumah cuma bawa bekal air masak si Adik Cute aje. Si Abang memang tak bawa bekal air masak sebab dia memang pantanglah kalau suruh minum air masak ni. Asyik tak nak. Jadi kita pun jadi penat nak mengangkut botol air untuknya ke hulu ke hilir bila berjalan (emak tak kuat semangat macam nilah...) Sejak mak mertua tegur, memang saya sediakan tiga botol air masak untuk mereka bertiga. Siapa haus, sila minum air masak. Dah takda macam dulu Mommy nak singgah di Shell beli air sedap!
ReplyDeleteSebab itulah Diana saya pun takut. Alhamdulillah, setakat ni sihatlah dia... tapi kalau kita biarkan berterusan, manalah tahu mendatangkan penyakit pulak. Siapa yang menyesal dan melalak sungguh-sungguh? Kita jugakan!
Humangaih...dah macam plan Kevin Zahri je! Good luck kak MD..betul tu kak, jangan sampai dah besar nanti anak marah. Kawan saya pernah Mak dia tegur, 'kamu ni tak nak kuruskan badan ke?'..dia balas 'Mama lah, masa orang kecik, bagi makan macam-macam'. Serius!
ReplyDeleteMenjadi-jadi ketembaman dan kebulatan muka dan badan Abang Sado akak ni, Sal. Jadi takut pulak. Kesian juga kadang-kadang, baru nak makan something dah kena sound. Tapi tabahkan ajelah hati, no pilihan lagi. Kenalah tahan nafsu makan tu sementara waktu!
DeleteNasihat yg bagus dari mak mertua. Tapi jiwa kena kental nak kawal pemakanan anak kan. Good luck MD.
ReplyDeleteBetul tu, Fiza. Nak kawal pemakanan anak-anak ni, kita yang kuat emosi ni yang bermasalah nak kontrol. Tak sampai hati selalunya. Kali ni saya kawal juga walaupun adakalanya memang terbabas dek rasa tak sampai hati tengok anak kempunan katanya...
Delete