Salam 27 Syawal kawan-kawan!
Sabtu ni habis dah raya yerk! Buat-buatlah kembali pada rutin asal. Jangan asyik nak pergi open house jerk (kes tuan empunya blog jealouslah ni sebab tak dapat pergi banyak open house tahun ni...)
Hari ni nak menulis entri panjang berjela (macam selalu) dan tiada bergambar (macam selalu)...
Kalau dah semua macam selalu, tak payahlah tulis sebaris ayat. Jimat masa orang nak membaca karangankan ~_^
Semalam berborak-borak manja dengan HD sebelum tidur pukul 2 pagi. Aha, imaginasi jangan jauh sangat perginya ya! Belum habis cerita lagi dah laju menonong ke titik noktah buat kesimpulan ~_^
Berkisar tentang kedatangan Mami kali ini. Apa baik-buruknya dan kurang lebihnya layanan kami. Bab layanan HD tak payahlah kita elaborate panjang lebar sebab dah berkali-kali I katakan, memang tak terbandinglah dengan kebanyakan daripada kita. Very exclusive ya layanan HD beri buat ibu tersayang. Kalau emak I yang dapat layanan sebegitu, memang didoakan jadi anak syurga memanjang (like my late eldest brother...)
Bila difikirkan balik, 'lelaki-lelaki pujaan hati I' semuanya begitu ~_^ My late father was a good father, husband and son. Begitu jugalah dengan my late brother. Sebab itulah agaknya I lambat kahwin ~ mencari pasangan hidup yang seelok sikap arwah abah dan abang. Akhirnya Allah makbulkan, dalam pada pasrah, tetiba didatangkan jodoh nun jauh beribu batu asalnya. Macamana boleh cross-path pun tak tahulah... Itulah namanya jodohkan ~_^
Kalau dah berkali-kali bertembung, berpisah dan bersatu kembali walaupun penuh rintangan jalan ceritanya, memang jodohlah tu.... Nak lari ke mana lagi! Sembunyi macamana sekali pun jodoh tetap datang bila tiba masanya ~_^
Jadi, marilah kita kembali ke asal-usul keturunan my hubby ni.... Ini sebenarnya topik utama tapi I ni kalau diberi peluang merewang dari jalan sebenar, memang seronoklah dia merewang tak ingat nak kembali ke pangkal cerita ^_^
Tradisi Uzbek ni mereka memang lebih suka hidup dalam kelompok bangsa sendiri. Di sana pun ada multi racial juga cuma semua warna kulitnya sama ~ Uzbek, Kazakh, Russian, Tajik, Korean Uzbek dan sebagainya ada di negara suami tercinta. Samalah macam kita Melayu, Cina dan India di Malaysia ni. Cumanya mereka nampak lebih kurang sama, so dari mata kasar kita orang asing ni memang tak pakar nak membezakannya kecualilah dah biasa (macam ah kak ni... hehehe...)
Bangsa Uzbek tulen ni (macam HD) amat tegas dengan adat dan tradisi mereka. Kalau boleh, mereka nak mengekalkan adat dan tradisi tu selamanya dalam kelompok bangsa sendiri. Sangat sukar untuk melihat mereka berkahwin dengan bangsa asing. Campaklah mereka di mana, tetap juga kalau boleh nak bersuami/isterikan bangsa sendiri.
Mereka sukar nak menerima adat dan tradisi bangsa lain dan merasakan sangat sukar untuk 'mengUzbek'kan bangsa lain melalui perkahwinan campur dengan bangsa mereka sendiri. Setiap kali ya bila HD bertemu dengan bangsanya di sini, mereka akan bertanya mengapa HD menetap di Malaysia - menyambung pelajaran atau bekerja. Tapi bila HD memberitahu yang beliau berkahwin dengan perempuan Melayu Malaysia, soalan pertama yang menyusul ~ bagaimana penerimaan ibubapa HD bermenantukan bangsa asing? Tidakkah mereka membangkang habis-habisan? Bagaimana ibu HD boleh menerima menantu yang bukan berbangsa Uzbek? Bolehkah isteri memahami dan mengikuti adat dan tradisi Uzbek?
Kebanyakan ibubapa Uzbek (terutama ibulah ya) memang pasti akan membangkang kalau anak lelaki (terutamanya) ingin berkahwin dengan perempuan berbangsa lain. Mereka pasti tak suka. Mereka akan membangkang sekeras-kerasnya dan dengan sikap lelaki Uzbek yang meletakkan kedudukan sang ibu di tempat teratas dan terpenting dalam seluruh kehidupannya, memang sukarlah membangkang kata ibubapa!
Bangsa Uzbek memang memandang tinggi pada asal dan keturunannya makanya kalau tak kena cara, memang sukar mereka nak menyesuaikan diri dengan adat dan tradisi bangsa lain kalau bersatu dalam perkahwinan. Contohnya yang I boleh beri, beberapa orang rakan terdekat HD. Ada antara mereka yang berkahwin dengan bangsa asing tapi tak kiralah berapa lama sudah hidup bersama, masih lagi tak boleh menyesuaikan diri dengan keluarga mertua dan persekitaran yang ada. Mujurlah jodoh I dengan HD. HD seorang yang sangat fleksibel dan mudah menyesuaikan diri. Sekarang ni HD yang jauh lebih 'Malaysian'nya berbanding I sendiri ~_^
Kalau ikutkan cara mereka, memang sukar kita sebagai orang luar nak masuk dalam keluarga Uzbek ni. Bukan calang-calang berliku jalannya ya....
Nak contoh yang paling dekat ~ I dan HDlah ye. Sebelum berkahwin memang hebat juga dugaan kami. Memang benar, Mami tak menyokong keputusan HD. Lebih-lebih lagi HD anak lelaki kesayanganya. Anak lelaki kedua dalam keluarga seharusnya tinggal bersama ibubapa selepas berkahwin, menjaga mereka dan isteri anak lelaki kedua sepatutnya memikul tanggungjawab dan menguruskan keluarga mertua!
Bila dapat tahu HD nak berkahwin dengan perempuan bangsa asing, tentulah luruh jantung Mami dan meratap hiba siang dan malam. Pelbagai kata diluah dan perbuatan yang ditunjukkan menandakan Mami menentang keras permintaan HD ketika itu. Lebih-lebih lagi bila mendapat tahu anak lelaki kesayangannya akan meninggalkan negara dan menetap di Malaysia bersama keluarga yang bakal dibina. Tentulah bertambah rasa kehilangan yang Mami rasa!
Inilah satu-satunya masa dalam kehidupan HD sehingga kini di mana beliau berkeras dengan pendiriannya. Mami memang marah bila HD tidak mahu berganjak dengan keputusan. Tapi akhirnya Allah bukakan hati Mami untuk melihat dengan lebih jauh ~ HD anak lelaki yang paling disayanginya. Kalau Mami sebagai ibu tidak merestui kehidupan HD, maka akan hancurlah seluruh kehidupan anak lelakinya kesayangannya. Maka kerana itulah, Mami akur dengan kehendak HD dan memberi restu walaupun pada mulanya Mami sangat takut akan kehilangan anaknya kepada seorang perempuan yang tidak pernah diketahui adat dan keturunannya.
I juga bernasib baik kerana Mami memang bukan seperti ibu berbangsa Uzbek yang lain. Mami menerima I seadanya sebagai pilihan hati anaknya walaupun sedikit kecewa. Kalaulah ibu-ibu yang lain, memang jangan haraplah dapat berkahwin dengan anak lelaki mereka! Begitulah yang berlaku bila ibu-ibu saudara HD mendapat tahu tentang keputusan HD ingin berkahwin dengan bangsa asing. Mereka bermati-matian 'menolong' Mami agar perkara tersebut tidak terjadi dalam susur galur keluarga mereka. Namun kami beruntung kerana Mami memang lebih berfikiran terbuka berbanding dengan ibu-ibu Uzbek yang lain.
Kali pertama kami bertemu empat mata pun, Mami jadi gusar. Banyak kali dikhabarkan kepada Dada (ayah HD) jika didapati menantu perempuan mereka yang satu ini seorang yang tidak berpegang pada ajaran Islam sebenarnya, seorang yang sombong dan tidak boleh menerima kehadiran mereka sebagai ibubapa HD, maka pertemuan pertama itu akan menjadi yang terakhir!
I memanglah takut tak tahu nak kata macamana cuma yang I tak tahu, mereka pun sebenarnya takut nak bertemu empat mata dengan I ~_^
Mami memang sudah boleh menerima yang I tak akan mungkin boleh menjadi seorang 'Uzbek' cuma harapan Mami agar HD dapat membimbing isteri mithalinya ini supaya lebih mengenali adat resam dan cara hidup mereka.
Memang jauh berbeza kehidupan bangsa Melayu dan Uzbek ni tapi bak kata HD kepada ibunya ~
Lihatlah di sekeliling kita, Mami... Hanya bangsa Melayu aje yang ada adat dan tradisi sehampir bangsa Uzbek. Kalau nak dibandingkan dengan bangsa lain, cuma bangsa Melayu aje yang mungkin memahami adat dan tradisi bangsa kita!
Pandaikan my beloved hubby memainkan peranannya ~_^

Kiranya MD ni antara mereka yang bertuah la... Yelah.. bak kata orang tak kenal tak cinta. Selama ni depa dah set dalam minda.. bangsa lain tak mampu ikut tradisi depa. Kalau dah nama jodoh di pisah lautan hindi pun bersatu jugak ye dak??
ReplyDeleteNak kata bertuah ke tidak tu tak tahulah. Tapi kiranya lepas jugalah 'ranjau dan duri' katanya.... Lega tau bila dah selesai semua. Keluarga dah beri restu. Kalau tidak, susah hati juga macamanalah gayanya kalau hidup tanpa restu!
DeleteMemang pun mereka dah set begitu. Mereka tak boleh terima dan anggap orang lain pun tak boleh buat macam mereka. Yang paling penting, mereka selalu rasa macam mereka 'bangsa terpilihlah' kononnya.... Ada adab budaya yang memang kita respek terutama bab ikatan kekeluargaan mereka tapi ada juga yang kita geleng-geleng kepala say 'no' tak mahu ikut. Kah3x.
wow..tekun saya baca entry ni..macam tu rupanya gaya orang Uzbek. Kira kak MD ni bertuah la ye..hehe
ReplyDeleteAkak banyak kali cakap kat HD kalau ada orang tanya pendapat dah tentu akak akan nasihatkan ~ Tok sahlah kahwin dengan Uzbek unless hang tu benar-benar cekal hati dan tetap pendirian ^_^
Deletehehe..orang Uzbek pun tak nak kat saya..hihi
DeleteSal takpa, boyfriend(s) kaya-kaya semua main bola. Pilih aje bangsa apa nak :)
DeleteTiba2 terbayangkan Kajol dan Shah Rukh Khan dalam filem Kabhi Kushi Kabhie Gham gitewww... :)
ReplyDeleteHahaha... Kakcik! Perumpamaan tu walaupun sekadar bayangan jauhnya alahai ~_^ Kira macam percintaan terlaranglah yerk....
DeleteBukan senang bila perkahwinan dua benua... Nasib baik menantu mami pandai ambil hati mami... dan anak kesayangan mami pula pandai meng"ayat" mami supaya terima pilihan hatinya... sambung lagi please.... tetiba jer break mengejut puji HD... tak aci tau!
ReplyDeleteKali pertama bertentang mata, 'ribut' juga dalam hati ni, Nur. Mahu tak takut. Yalah bila mendengar dari HD tentang keturunan Uzbek ni kita pun kecut perut. Lagi-lagi bila tahu adat mereka dan pendapat mereka yang memanjang tak boleh terima bangsa asing especially menantu perempuan! Mahu tak takutnya...
DeleteTapi nasib baiklah pertemuan berjalan lancar. Lepas berjumpa Mami siap cakap lagi dengan Dada - confirm perempuan ni tak 'bomohkan' anak kita sampai dia lupa asal usulnya tetiba nak kahwin sangat-sangat dengan bangsa asing!
Hehehe....
CH rasa macam tergantung jer baca entri ni..
ReplyDeleteNak tahu juga cerita macam mana perjumpaan empat mata MD dgn Mami tu..
Cer sambung entri ni MD :D
Hahaha... sambungannya ikut mood kalau teringatlah, CH. Ada je celah-celah jawapan pengomen ni ~_^
DeleteSebenarnya sudah tertulis di loh mahfuz allah akan tiba satu masa bernikahlah seorg wanita m'sia dgn lelaki Uzbek dan itulah akhirnya melahirkan zuriat comel - syukur semuanya dipermudahkan dan bahagia pun:)
ReplyDeleteKalau tak dapat restu, kak... habislah punah harapan. Kita ni mengharap, ibunya pun mengharap. Memang takut betul salah-seorang pasti kecewa. Knowing them, of courselah akan pilih ibukan... Tapi itulah, jodoh tu kuat. Apa pun berlaku, akhirnya bersatu juga jadi suami-isteri.
DeleteEh, dah macam kisah dalam filem pulak! Keh3x.
Ala, tak la panjang mana. Belum ending lagi ni i rase. Heheh.
ReplyDeleteCerita telemovie memang biasa tergantung macam ni. Lagi-lagi kalau I jadi pengarahnya. Keh3x.
DeleteWahhh bertuah lah akak dapat kahwin degan orang bangsa lain. Hehehe. Baru tahuu tentang bangsa diorang ni mementingkan adat dan tradisi. Macam kita jugaklah kan, penting kan adat dengan tradisi nak nak bab berkahwin semua tu, :D
ReplyDeleteMana ada bertuahnya , Nani. Banyak pros and cons tau ^_^ Tapi alhamdulillah boleh juga get along together katanya walaupun kejap tinggi, kejap rendah perbezaan dan persefahamannya!
DeleteMereka ni ikatan kekeluargaan dan 'nilai-nilai murni' antara keluarga memang sangat dipentingkan. Tak tahulah macamana akak nak elaborate kat sini. Kalau merasainya sendiri barulah tahu susah ke senang!
MD
ReplyDeletekenapa saya rasa macam sekejap sangat entry ni..
Setiap kali baca entry MD.
saya rasa macam baca travelogue..
Penuh huraian...
Saya suka travelogue..
Cinta dua benua ni kebiasaannya
Memang akan ada rintangan nya..
Sebut tentang Uzbekistan ni..
Ada satu menu nama sashlik ke..
Macam kebab kambing makan dengan onion..
Sedapnya..
Kalau salah tolong betulkan
Saya ni kan..
aura open house tak habis lagi..
Asyik teringat makanan je hehe..
Btw saya doakan moga
Md dan Hd happy till jannah..
aamin :)
Hahaha...saya ni memang kuat membebel! Suka menulis. Corner baring pun boleh tahan, sharp semuanya ~_^
DeleteThankslah TH sebab suka membaca catatan alam maya saya ni ~_^ Tak tahu nak kata macamana nak tunjuk appreciation tu!
Ahah, betullah tu shashlik. Tapi saya tak berapa suka makan shashlik tu...
Wah, banyak sungguh open house dia dapat pergi yerk! Cemburu kita....
Amin! Terima kasih banyak-banyak TH atas doamu itu ~_^
Ooo faham dah.. Cuma nk korek sket jmp suami MD kat mana ye masa tu? Sbb dia x menetap di sini sblm kawen kan?
ReplyDeleteSbb tu LM tabik dgn MD. bkn calang2 wanita. Mampu mencairkan hati bonda yg gusar kehilangan kasih syg ank lelaki. Klu LM gagal dah kot.. Debar2 tak masa tu?
Apa persamaan melayu dgn uzbek?nak tau sgt . Makanan pedas? Sopan santunnya?
Ini bukan cinta yahoochat, LM! Keh3x....
DeleteWell, HD pernah bekerja di sini! Saya 'tersalah' mengenalinya beberapa bulan sebelum HD pulang ke negaranya. Lepas tu barulah cinta antara dua benua. Lepas tu barulah bercadang nak kahwin sebab penat dah bercintan-cintun lama-lama lepas tu tak menjadi. Tak mahulah kisah lama berulang kembalikan ~_^ Kalau dah jodoh, apakata kita kahwin aje ^_^
Masa mula-mula dulu saya pun dah nyaris nak kecundang. Saya tak sanggup kehilangan tapi pada masa yang sama saya faham keluhan hati Mami yang takut kehilangan anak kesayangannya. Hidup tanpa restu pun susah juga. Nak dapat restu pun susah juga...
Tapi alhamdulillah, memang dah tertulis itu jodoh kami. Lari ke mana pun, besar mana pun dugaan memang akhirnya kami bersatu juga. Kalau ikutkan jalan cerita, banyak 'peluang' untuk terpisah atau memilih jalan lain tapi balik-balik , endingnya tetap sama ~_^
Budi pekerti kita orang Melayu lebih kurang sama dengan mereka. Ada adab kita yang lebih elok daripada mereka tapi banyak juga adab mereka yang kita tak terbuat pun di sini walaupun kalau nak diikutkan kita ni 'more Islamic' cara hidup berbanding mereka di sana!
Bab makanan tu, Uzbek sebenarnya tak makan pedas. Makanan utama mereka pun roti keras tu sebenarnya, tak macam kita yang tak boleh 'kehilangan' nasi ~_^
Seronok baca pengalaman ni.. menarik..
ReplyDeleteMoga hubungan antara benua itu kekal hingga ke akhir hayat..
Amin....
DeleteHarapannya memanglah hendak kekal till jannah. Semoga Allah permudahkan urusan kehidupan kami seisi keluarga dan kawan-kawan yang lain juga!
Wah, kiranya akak bertuah sgt dpt kawin dgn HD & dapat plak family in law yg boleh terima akak seadanya... syukur yer. ralat tu sure ada skit, tapi Alhamdulillah mereka terima jugak akhirnya..
ReplyDeleteMemang nasib akak kiranya bertuahlah, Lyn. Bukan senang nak masuk dalam keluarga Uzbek ni. Mak mertua pun mungkin ralat tapi terimalah seadanya dah anaknya suka. Ada sesetengah tu memang dah beri warning siap-siap, jangan berani-berani nak kahwin perempuan luar; memang tak boleh terima!
DeleteMula-mula dulu rasa juga skeptical Mami ni, yalah kita berlainan bangsa. Terasa segala perbuatan kita diperhatikan dan setiap langkah ada ajelah yang sumbang tak sama macam bangsa mereka. Tapi alhamdullillah, bila dah lama, dah berubah pemikiran mami. At least dia dah boleh terima fakta yang akak tak mungkin boleh berubah jadi Uzbek walau apa pun yang berlaku...
Banyak Diana kes macam ni. Tak kiralah berlainan bangsa atau bangsa yang sama. Kalau berlainan bangsa, berbeza agama dan budaya tu mungkin kita boleh faham. Kalau tak boleh terima itu disebabkan perbezaan tersebut. Tapi kalau dah sama-sama sebangsa dan seagama tapi tak boleh terima, banyaklah keburukan lain yang dipertikaikan pulak...
ReplyDeleteSaya sebenarnya dah mulai faham hati seorang emak sebab kita pun dah jadi emak tapi nak membuka hati tu supaya lebih bersifat terbuka yang menjadi susah. Harapnya bila anak-anak saya dah besar, dah pandai memilih teman hidup dan saya masih diberi peluang untuk melihatnya, tidaklah saya menjadi seorang ibu tua yang memilih dan menyusahkan sehingga anak-anak terpaksa memilih!
semua ni jodoh yang pastinya MD kan
ReplyDeletekalau tak kerana ketentuan ALLAH, tak akanlah dipermudahkan jodoh MD and HD
apapun saya sangat kagum dengan mami HD
teringat saya kata MIL saya yang juga perwatakan serupa
dari segi darjat, beza sangat kami ni...tapi dia terima saya seadanya
nak pula saya menantu wanita sulung...baik sangat MIL saya rasanya
mati hidup semula belum tentu jumpa MIL gitu
p/s-late brother? kenapa saya tak penah tahu. dia kenapa? sakit?
Itulah kisahnya. Kalau nak diikutkan dah banyak kali juga boleh berpisah, banyak kejadian menghala ke arah itu tapi dah namanya takdir Allah tetapkan, sejauh mana pun kita cuba lari dari jodoh kalau dah namanya jodoh memang tak ke manalah. Adakalanya bila duduk berborak kosong, kami selalu juga dok fikir perkara yang sama. Kata HD kami kenal tak lama sebelum HD pulang ke negaranya. Masa di negaranya tu, kalau jodoh takda pun boleh tapi tetap juga jauh mana kami pergi, akhirnya kembali bersama ^_^
DeleteKalau berkahwin dengan bangsa asing ni, bangsa, pegangan agama dan tradisilah yang menjadi sebab perhubungan terhalang. Alhamdulillah, rezeki saya Mami mampu terima juga akhirnya. Kalau ikut gaya HD yang anak soleh tu, mana mungkinkan HD akan meneruskan niatnya nak berkahwin kalau ibu kesayangan tak suka. Tapi dah jodoh, boleh pulak tu HD teruskan niat juga. Setahu saya selama kenal HD dari mula berkawan sampai sekarang ni, itulah sekali HD melawan kata emaknya. Tak pernah langsung berlaku dalam kamus hidup HD setakat inilah...
Saya pernah cerita sekali dalam blog. Di sini - http://mummydearie.blogspot.com/2015/04/buat-abangku-yang-terlalu-jauh.html
Adakalanya kita pernah buat perkara tu semasa muda atau pernah melaluinya, sebab itulah bila tiba bab anak, bermati-matianlah kita sebagai emak menghalang. Kononnya tak mahu buat kesalahan yang sama. Tapi, hidup anak bila dah besar memang kita tak boleh nak masuk campur sangat, apatah lagi nak mengawal. Lebih-lebih lagi anak lelaki.
ReplyDeleteSaya pun ada jumpa jenis emak yang mengarah anak lelaki walaupun anaknya dah berkahwin. Ada juga jenis emak sebab dia pernah melaluinya dulu, dia tak mahu anaknya melalui perkara yang sama. Tiba-tiba jerk nak jadi queen control. Kalau dah jodoh, benci macamana sekalipun memang Tuhan dah jodohkan, tak boleh nak buat apa. Kenalah kita yang berubah untuk menerimanya. Kalau tidak, adalah hati yang terluka...