Persiapan pra-raya ~_^

Salam 19 Syawal kawan-kawan!

Alahai, kesiannya! 

Orang dah habis bercerita pasal open house bagai, I baru je nak warm up entri persiapan raya. Bak kata I di sini, biar lambat asal semua kisah masuk blog ~_^ So, layankan ajelah...

Cuti dua hari sebelum raya tu memang I gunakan sepenuhnya untuk persiapan raya. Hari Rabu memang all out  mencari persiapan raya anak-anak. Hari Khamis pulak khas untuk mengemas rumah. 

Biasalahkan bila nak raya aje kenalah ganti langsir, lap extra luar biasa habuk yang suka berterbangan dalam rumah, time tulah nak mop lantai, nak lap tingkap dan segala macam kerja nak dibuat. Kalau hari biasa tu, lap pun ala kadar aje. Kalau lepas lap habuk berterbangan jatuh balik atas perabot, tutup mata ajelah walaupun hati sakit. Tak dan nak menyental hari-hari. Maklumlah wanita bekerjaya katanya, masa is very limited ~_^

Untuk tahun ini semuanya I buat last minute. Masa tak mengizinkan. I boleh aje nak ulang-alik ke KLCC tapi tanpa anak-anak, sukar sikitlah terutama si Bubbly Abang. Bukan boleh main beli aje. Kena bawa dia sekali. Lagi pun bila mak mertua ada, pergerakan lebih terbatas. Tak boleh lambat 5 minit sampai rumah. Ada aje panggilan telefon yang masuk. Lebih lagi di bulan puasa, lagilah terbatas pergerakan kebebasan berhaluan kiri I ni tau...

Persiapan untuk diri sendiri pun takdalah teruja sangat. InsyaAllah, kalau buka almari tu ada aje pakaian yang boleh dipakai di hari raya. In fact, baju yang I beli untuk raya pun I tak pakai di pagi raya. Terlupa nak bawa balik dek kerana aksi sembunyi baling belakang almarilah ^_^

Kami ke Nu Sentral mencari keperluan my superheroes tu. Main rembat mana dapat. Dah last minute ni, malas nak fikir panjang. Nak memilih itu ini pun bukan senang. My superheroes ni kalau keluar dengan mereka, tak boleh lebih 1 jam. Banyak perangai luar biasa mereka buat nanti!

Setakat mencari keperluan Adik Cute takda masalah. Ada aje saiz kalau berkenan. Yang sukar mencari saiz dah tentulah si Bubbly Abang. Tahun ni semua pakaian kasualnya bersaiz S untuk lelaki dewasa. Just imagine ajelah my bubbly son yang baru nak masuk 9 tahun tu memakai pakaian lelaki dewasa. Tetiba rasa nak menitik air hingus mengenangkan anak dah semakin dewasa (dari segi saizlah....)

Bab mencari sneakers untuk si Abanglah paling azab. Habis segala kedai kasut kita masuk. Apa yang ditunjuk jarinya semua berharga tak kurang dari RM100. Bila suruh cuba, tak muat. Saiz kaki Abang ni sama macam saiz kaki perempuan Mommynya (Well, I pakai saiz 6 jerk... ~_^) Tapi kalau nak ikut saiz budak lelaki memang sukarlah. Saiz Abang antara saiz kaki budak lelaki dan lelaki dewasa. 

Sampaikan kat satu kedai kasut ni, budak jurujual nak ambilkan kasut perempuan. Of courselah I tak mahu walaupun ada saiz. Dah namanya kasut perempuan tak akanlah I nak belikan untuk my anak lelaki! So not proper tau!

Keluar masuk, keluar masuk kedailah kita jadinya sampai letih. My sister yang ada sama suruh cuba beli kasut murah tak ada jenama aje kalau si Abang berkenan sangat nak pakai sneakers. Manalah tahu nampak aje macam suka tapi bila dah beli, pakai sekali aje. Rugi beli kasut sampai ratusan harga. My anak-anak selalunya begitu. Nampak aje suka tapi akhirnya tak mahu pakai.

Dek kerana dah penat dan hampir semua kedai kasut yang ada di Nu Sentral tu kami pergi, akhirnya kami balik tanpa membeli kasut untuk Abang. End up kita beli sandals ajelah macam tahun sudah! Kesian juga kat Abang beria-ia nak pakai kasut katanya tapi apakan daya, lain kalilah kita cuba lagi!


Selesai membeli pakaian mereka berdua dan juga sepasang kasut si Adik, kami pun keluar dari Nu Sentral. Si Adik pun bila tengok Abang sibuk cari kasut, dia pun nak beli kasut juga padahal selama ini kalau suruh dia pakai kasut, mahu menjerit melolong tak mahu pakai. Both of them minta cap yang sama (berlainan saiz) untuk dipakai di hari raya. Aduhai... cap pun nak beli! Serius I angkat kening tapi dah anak-anak nak juga, I belikan aje!

Dari Nu Sentral kami menuju ke Sogo. Hajat di hati nak ke bangunan Medan Mara. Teringin nak beli kuih makmur sedap yang I makan di rumah my sister beberapa hari sebelum puasa. Tahu ajelah bila nak dekat raya kawasan ni macamana. Bukan mudah nak cari parking. Makanya menapaklah kita dari tempat open parking di belakang KWSP tu berjalan kaki ke Medan Mara. Kesian anak-anak I. I takpalah, bulan bintang dah penuh. Kalau lapar dan dahaga, McD si Adik Cute ada dalam kereta ~_^

Punyalah puas menapak membawa my superheroes tapi bila sampai kat kedai bakeri tu, tinggal balang kuih semperit aje. Lain-lain jenis kuih dah licin! Tinggal rak je tau! Duh, nak nangis rasanya. Nak main beli aje kuih mana dapat, tak sedap pulak nanti. Kuih-muih kalau tak habis, memang tugas hakiki I lah nak melangsaikannya macamana. Maka, kalau rasa so-so aje, memang I lebih rela takda kuih raya!

Nasib baiklah my Ngah tu bijak sikit. Masa order kuih dengan my sister di kampung, diordernya sekali kuih tart bunga dan 'banjir roll' (it's a cake, okey!) for me. Adalah dua jenis. Dua jenis kuih ni pulak memang my favorite so my sister di kampung tu memang tak lupa orderkan untuk I setiap tahun! 

Masa Ngah balik ke kampung bulan puasa tu, dibelikannya juga I kerepek pisang tanduk dan kerepek ubi pedas. So, adalah 4 jenis kuih di situ ~_^ Balang kuih raya cuma ada enam aje makanya kalau beli kuih pun tak boleh lebih daripada enam jenis. Membazir ....

Bab kuih raya ni I tak susah hati sangat. Kalau tak cukup, pergi aje ke KLCC beli kat satu tempat tu yang 365 hari memang jual cookies ^_^ No problem punya....

Baju Melayu untuk anak-anak pulak, I beli last minute juga. Si Abang dapat 5 helai baju Melayu milik sepupunya, Afiq. Afiq dah tak pakai baju Melayu di Kuwait, berjubah aje kerjanya. Makanya bila my sister beri semua baju Melayu Afiq, I pun ambillah. Sayang tau. Yang rasa nak nangis bila Bubbly Abang yang baru 9 tahun pakai pakaian sepupunya yang berusia 27 tahun! Can you imagine that!

Adik Cute pun tahun ni tak beli baju Melayu di kedai yang selalu I beli setiap tahun. Beli ratus-ratus, pakainya sekali jerk setahun. I beli di Aeon aje. Jauh lagi murah! Buat pakai pagi raya je pun. Lepas tu simpan dalam almari sampai next year and then baru realize tak muat lagi dah!

Yang best, bila try baju yang ada, semuanya kecil. I belikan Adik pakaian untuk budak 7-8 tahun. Biasalah, baju muat, seluar labuh. Nak alter bukan ada masa lagi. Lusa dah nak raya. Kalau suruh Mommy yang alter, jawabnya tak dapat pakai baju Melayulah di pagi raya! Sampailah I nampak satu warna ni - trykan baju Melayu teluk belanganya muat, trykan seluar pun muat. I teruslah rembat tak fikir panjang.

Balik rumah my niece pun tanya,


Aunty, perasan tak baju Melayu Adik ni, bajunya saiz 7-8 tahun tapi seluarnya saiz 5-6 tahun?

Oh, ya ke? Padanlah sedang elok aje Adik try tadi! Padahal yang saiz 7-8 tahun yang lain semua seluar labuh!

Mommy depa ni kan... kalau kalut ginilah jadinya ~_^

Tapi takpalah, asal elok pakai di pagi raya, kira okeylah  *_*

Akhirnya siap juga persiapan raya walaupun last minute katanya. Mommy and Daddy tak beraya sakan. Pakai apa adanya sebab tak dan nak memilih ikut selera dah! Mommy no hal, buka almari nampak pakaian, buka bonet kereta nampak kasut. Handbag raya aje tak dapat beli. Hahaha....

Lagipun, depan mak mertua kena bersederhana katanya. Dibuka almari pakaian I, geleng kepala lama my mak mertua! 'Habis duit anak aku!' agaknya berkata dalam hati. Keh3x.

Lepas ni baru masuk cerita rayalah yerk!

Apa? You all dah jemu baca kisah raya blogger lain?

Eh, itu mereka bukan MD kan....  I baru nak panaskan enjin mengarang entri raya ~_^ 

Katanya raya sebulan walaupun puasa tak cukup sebulan ^_^

Tak rindu ke dengan my superheroes ni? ~_^
 
 





 

 

 

 




Comments

  1. Kakcik dan suami memang tak beli baju raya tahun ini. Angah pun sama. Beli untuk bangcik dan Adik je. Kebetulan kakcik masih ada dua helai jubah yang belum dipakai, itupun hasil pemberian 'orang ramai' sewaktu bersara tempohari. Depa bagi kain, kakcik tempah. Berbulan2 tak pakai sebab rasa macam sempit sikit. Lepas puasa sebulan, baru boleh pakai... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raya kali ni tak terasa meriahnya. Dah semua kerja pun buat last minute. Feeling raya pun tak seberapa macam tahun sudah. Semua pun kucar-kacir. Hehehe...

      Dah tua-tua macam kita ni Kakcik, tak beli baju raya pun takpa. Baju yang belum pakai raya boleh sahaja dibuat baju raya. Saya memang ada beli baju raya online tapi boleh terlupa bawa sekali masa raya. Lagipun bila dah pakai, terasa macam tak best pulak nak buat baju raya. Boleh gitukan...

      Ni lepas raya saya tengah misi mencari kain ela pulak nak buat baju kurung banyak-banyak. Orang pun dah tak bersesak kira okeylah kalau nak pergi meninjau kain :)

      Delete
  2. yay..dah update! walaupun cerita basi..muahahaha. baca entry kak MD dok berkejar ke hulu ke hilir cari baju, saya pun semput hokay. part Adik tu memang win! patut baju melayu n seluar jual asing-asing lah kan, boleh settle problem macam ni.next year plan beli sebelum Ramadhan ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...cerita basi katanya! Basi ke tidak, mesti masuk blog. Mesti kena baca juga. Hahaha....

      Ini kali memang last minute punya kerja. Yalah, bila tahu tak dapat balik kampung pada mulanya, memang malas gila nak buat persiapan raya tapi kalau tak buat langsung, kesian pulak kat anak-anak. Itu yang sampai ambil cutilah kononnya nak buat persiapan raya yang tak berapa vogue. Tahun ni pun takda tema sedondon bagai. Memang dari awal tak nak sedondon, tunjuk proteslah kononnya ~_^

      Next year punya cerita akak rasa tahun ni akak nak start belilah. By puasa next year, dah goyang kaki tunggu raya menjelma. Keh3x.

      Delete
  3. klu shopping last minute huru hara jugak jadinya. Kemungkinan takde size or out of stock. Frust jugak. Tak larat rasa nya nak kesana kesini. Lagi2 klu ade budak2. Kesian kat dorang lah.
    sbb tu kena prepared mana yg penting dulu tiap kali raya. Diri sendiri punya selalu ala kadar & last minute gak sbb mane kehendak tekak ni semua dah dpt sebelum Ramadhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang haru-biru. Kalau setakat keperluan kita ni tak kisahlah. Hari-hari pun hari rayakan. Tapi kesian kat anak-anak kalau takda apa-apa yang baru menjelang raya. Yalah, selagi mampu belikanlah apa mahu mereka. Kalau tak mampu, itu lain cerita!

      Ini paling sempoi punya rayalah. Kuih raya pun takda ni, Lyn. Oleh itu kita mengamalkan polisi tutup pintu instead of open houselah tahun ni ~_^

      Delete
  4. Salam MD.. Yeayy kuih tart pun fav LM tau. Hihi.

    Err ngeri LM baca MD carik baju last minute. Mujur dpt. bab jgn lbh sejam tu peel ank2 LM gak tu. klu lama sket je mula buat perangai pelik yg buat ummi dia nk balik cepat2. Hahaha

    Baju raya MD tinggal? Sobss klu LM dah meraung dah tu. ank dah lima ni LM terpaksa kemas beg sorang2. Cek dari mlm pertama smpi ke hari last. Siap atur pakaian dalam dorang lg. punyalah takut tertinggal.ramai kan.. Tu yg ngeri tu.

    Raya ni kuih raya ada semperit dh abis sblm raya. Ada tart dah abis jugak. Ada kuih suji ayah je lah yg tinggal. Lain2 beli kerepek pun licin.mmg buat sikit(bahagi tiga umah mana nk byk kan?) dan beli kerepek pun sikit. Malas nk buat stok byk2 xmo membazir. Makanya sila sms dulu sblm md terjah ye . Klu x dpt serdak kuih tart pun belum tentu lg tau!

    Meh la dtg.. Meh la meh la..kita x buat open hse tp umah kita akn open bila awak dtg.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Tart tu memang all time favoritelah, LM. Kalau raya ni memang saya mencari tart aje kalau pergi beraya. Hihihi....

      Inilah raya paling sempoi. Semua last minute. Dah mak mertua pun datang ke Malaysia last minute baru tahu jatuh bulan puasa, makanya semua kerja yang kita biasa buat sendiri tertangguh. Semua plan huru-hara. Makanya ala kadar ajelah apa dapat. Itu pun nasib baik lepas rezeki my superheroes nak berbaju baru di pagi raya. Kalau ikutkan saya ni, memang malas betul nak beraya sakan tahun ni.

      Kuih saya yang empat tu elok lagi dalam balang kuih. Yalah, biasanya kita pergi menghadap saudara-mara yang tua. Yang muda belia ni semuanya level anak-anak saudara. Kalau datang pun bukan nak ngap kuih sangat. Tahun ni pun saya tak buat open house untuk saudara mara terdekat sebab MALAS dah. Dengan demam, dengan takda moodnya cukuplah raya sehari je kita sambut ~_^

      Hehehe...jangan pelawa. Kalau tau alamat, tau-tau dah sampai depan pintu pagar jerk nanti. Serdak kuih raya takpa tapi sekurang-kurangnya adalah mi soto yerk. Hahahaha....

      Delete
  5. ni baru rare..bebetul persiapan last minit punya..
    kalo zee tak senang duduk lambat beli barang keperluan..jadik gelabah semacam..kang tidur pon tak lena..tak pepasal kena serangan heart attack..kihkih
    tapi takpe dah biasa buat gini jadik alah bisa tegal biasa pulok..
    as long as dapat gak baju raya tuk anak2..
    up gambar superhero pakai baju raya pulok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang last minute habis. Pulun habis-habisan dalam masa satu hari. Adatlah kalau ada yang tak dapat dicari, dah katanya last minute ~_^

      Kalau ikutkan hati memang malas nak beria-ia shopping raya this time tapi kesian pulak kat anak-anak. Kita ni tak kisah dah. Ada pakaian baru pakailah. Takda, ambil aje mana-mana pakaian dalam almari yang belum dipakai masa raya. Hehehe...

      Ni baru pra-raya. Cerita raya belum masuk lagi. Masih menggarap. Keh3x.

      Delete
  6. sakan juga boleh balun soping dalam masa sehari dua..kelam kabut kan klu preparition last minute ni..sy ingat tahun depan kena prepare awallah..baru bley sedondon dengan cik pia..ni ibunya baju main taram..kt anak pun main beli je dah takda pilihan.huhu..

    ohh tahu..katanya bulan mengambang so tak heran la ada mcd dalam kereta.kehkeh

    mestilah rindu..dengan mommynya pun rindu..lama betul cuti..dok terfikir la ingatkan sakit mata adik tu belum sembuh2..

    abg makin sado ye..ingatkan puasa slim sikit.patutlah baju abg afiq pun boleh pakai.haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu hari tu balun habis-habisan, PK. Ada juga pergi membeli sendiri tapi bab budak-budak ni, kalau tak dibawa memang tak sahlah nak membeli persiapan. Bukan apa, saiz anak-anak pun tengoklah, memang luar biasa. Kalau main beli aje, mahu meraung nanti bila tak muat!

      Nasib baiklah bulan mengambang penuh seminggu sebelum raya. Memang fully utilisedlah katanya...

      Oh, ini yang makin terperasan ni bila ada yang merindui! Kira tak sia-sialah saya ni syok sendirikan, PK ~_^

      Delete
  7. Untungnya dapat baju raya pemberian online shop owners. Kalau macam tu tak payahlah susah-susah nak cari baju raya.

    Hahaha...bab beg tangan ni memang tak dapat nak menolong. Dah kalut dengan persiapan anak-anak, haruslah persiapan sendiri diketepikan aje. Tapi bak kata suami kita, tak beli pun takpa. Takkanlah setiap kali raya nak semua baru. Membazir. Kita angguk aje walaupun dalam hati tak setuju ~_^

    ReplyDelete
  8. Nani masuk NU Sentral lepas raya. Hahahha. Sebelum raya tak dek feeling pun nak membeli macam maca, tetiba lepas raya napsu nak membeli membuak buak. Kahkah. Tahun ni biasa biasa je raya, baju pun recycle masa kenduri kawen hari tu, kasut pun tak beli. Satu satunya yang beli instant shawl masa KL Raya Fest.Memang ala kadar sungguh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak ni tengah sibuk nak cari kain ela nak buat baju kurunglah, Nani ~_^ Lepas raya baru sibuk nak buat baju. Nanti kalau buat persiapan last minute tahun depan, adalah juga baju nak pakai katanya...

      Masa ke Nu Sentral sebelum raya hari tu, takdalah ramai sangat orang tapi sebab bawa dua superheroes ni memang rasa nak pitam melayan mereka. Bila kata nak ke Sogo lepas tu, dua-dua mogok tak mahu pergi. Dah penat katanya....

      Delete
  9. mula2 igtkan pkai bju melayu lama y abg afiq msa dia kecik2.. rupanya saiz 27thn?? terkini lah...
    oloh,mesti si abg ni tinggi jgk orgnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, tidak! Baju Melayu Abang Afiq baru-baru lagi. Yalah pakai sekali-sekala. Ada satu tu memang baru, belum pakai pun. Abang Afiq pakai muat badan, tapi Abang Sado akak pakai, sendat oi! Hahaha....

      Abang Afiq pun takdalah tinggi orangnya tapi ukuran badan tu ngap-ngap sama je dengan Bubbly Abang. Seriau sebenarnya bila fikir anak 9 tahun dah sama badan dengan anak saudara yang 3 kali ganda umurnya!

      Delete
  10. baca cerita ni sambil membayangkan saya ada bersama ketika itu ... terasa penat , geram , semua rasa ada . bila saya join my kaka n anak buah shopping raya , mcm tu jugalah jadinya . lagilah my anak buah 5 org tu dah pandai pilih sendiri . memasing ada taste . pening kepala dibuatnya . itu belum tgk harga lagi tu . my kakak yg malas nak pening kepala , bayar je la ... bab baju abang saiz s dewasa tu , saya teringat my anak buah 11 thun berkenan kat jubah saiz 10 . bila saya try ,ngm2 je dengan saya . kat my anak buah lak , singkt sikit bawahnya ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau buat kerja last minute, memang penat ajelah yang kita dapat. Nasib baik juga dapat lengkapkan keperluan mereka. Itu pun anak saudara saya tolong lagi carikan samping untuk mereka berdua tapi pagi raya, dua-dua tak mahu pakai. Membazir betul!

      Si Bubbly Abang pun dah pandai memilih ikut kehendak sendiri. Even si Adik Cute pun sama. Kalau tak suka, tak mahu try, tak mau beli, tak mahu pakai! Manalah tak tension!

      Delete
  11. saya pun belum mula cite pasal raya lagi
    lantaklah...blog kita kan. suka kitalah nak update bile...hehe

    saya tak beli baju raya tahun ni. pakai baju biasa p opis aje...hehe
    yang penting anak-anak. kasi happy diorang aje
    kita yang tak berapa muda ni, boleh diketepikan dulu kehendak =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...saya dah habis cerita! Cerita pun tak banyak. Walaupun start lambat, kita pulun habis-habisan, cerita raya semua. Maklumlah blog kita, sukahati kitalah nak pulun cerita dalam satu entri, berpart-part entri dan sebagainya *_*

      Bagi saya, bila umur dah meningkat (kertu) tapi masih maintain 13 tahun sepanjang hayat, pakaian baru yang belum dipakai di hari raya, dianggap barulah tu. Makanya jika kita dah pakai pakaian tu untuk ke pejabat, ke majlis kahwin tapi belum pakai untuk hari raya, bolehlah dianggap pakaian baru di hari raya!

      Eh, sendiri tulis sendiri tak berapa nak faham nih!

      Saya beli juga baju raya tapi yang satu tu sama warna dengan Adik Cute. Demi berlaku adil, saya tak pakailah sebab dah kata nak carca-marba di pagi rayakan. Yang satu lagi, lempar baling belakang almari sampai terlupa nak bawa balik sebab bergolot-golot mengemas barang ~_^

      Delete
  12. CH pun raya tahun ni beli utk anak2 jer..
    Makpaknya adalah sepasang utk dipakai di pagi raya..
    Kuih jgn cakap lah langsung tak buat..
    Tunjuk aje.. bawa balik rumah FIL pun sebalang jer..

    Alhamdulillah ada juga baju raya utk adik cute walaupun size berbeza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya paling kelam-kabut raya tahun nilah. Yalah, puncanya menunggu mak mertua datang dari awal tahun sampai dah nak dekat puasa, takda kepastian. Tiba-tiba katanya nak datang masa puasa. Berantakan jugalah kita orang ni 'ketakutan' bila dengar mak mertua dah beli tiket kapal terbang walaupun katanya menunggu kedatangannya dah lama. Memang tak expect dia nak datang bulan puasa dan beraya di sini.

      Tahun ni kuih langsung takda. Nasib baik ada kakak yang prihatin. Ngahlah yang tolong orderkan kuih kegemaran saya, bukan untuk tetamu yang datang sebenarnya ~_^

      Delete

Post a Comment