Welcome August! I'm back ~_^

Salam 18 Syawal dan salam penuh kerinduan kawan-kawan!

Oh, ada lagi bersisa Syawal rupanya! I ni dah 'hilang jejak' Syawal ke berapa hari ni. Ini pun sebelum menulis entri, I pergi google siap-siap *_* Memangnya Syawal kali ni tak seperti yang terdahulu. Lama juga kena berhibernasi kali ni, lebih kurang tiga minggu kalau tak silap. Ada yang merindui ke? 

Hahaha....soalan dah cliche sangat! By the way, bab syok sendiri ni I masih lagi juara, tak berubah walau sekelumit pun ~_^



Dek kerana lama berhibernasi, makanya segala cerita yang akan keluar blog pun dah ketinggalan beberapa langkah ke belakang. Biar lambat bercerita, asalkan segala kisah dapat masuk blog. Makanya, hadam ajelah membaca segala cerita yang I persembahkan nanti ~_^

Hajat nak buat 30 entri  sebulan buat kali kedua pun dah berkubur. Takdalah hattrick akan berlaku nampaknya. Tapi takpa, di mana ada kemahuan yang kuat, di situ pasti ada jalan! Tak dapat Jun-Julai-Ogos, kita cubalah pulak Ogos-Sept-Okt nanti. Takda hadiah pun kalau berjaya, sekadar suka-suka mencabar diri sendiri *_* 

Sebenarnya I bercuti raya setakat Rabu dan Khamis sebelum raya sahaja. Hari Isnin selepas raya, I dah mula bekerja. Cuti semula sehari selepas tu kerana menghantar mak mertua ke airport. Selesai segala, rutin hidup berjalan seperti sediakala. 

Kebetulan pulak bila mula bekerja, melambak kerja yang menanti. Tapi knowing me, setakat banyak kerja di pejabat tidak akan mengganggu urusan mengemaskini entri. Bukan disebabkan banyak kerja sebenarnya I membisu seribu bahasa. Memang sengaja melupakan blog buat sementara. Banyak perkara yang perlu difikir semula, diubahsuai dan diolah mengikut keadaan semasa. Tempoh tiga bulan ni kiranya waktu paling mencabarlah. Hendak membuktikan sesuatu kononnya ~_^

Lagi pun bila hati tak keruan, malas nak bercerita. Silap haribulan, habis aib terbuka. Biarlah keadaan reda, hati tenang dan parut semakin mengecil. Barulah boleh bersantai bercerita. Itu pun kalau ikutkan cerita belakang tabir, memang takda 'tapisan'nya. Maka, kalau turutkan sangat kata hati, habis terbuka pekung di dada. Yang elok dan tak elok semua bercampur cerita. Siapa pulak nak dipersalahkan nanti bila mula menuding jari ke arah orang lain sedangkan empat lagi tertuding ke arah diri sendiri?  Paling mudah, kambus lubang yang digali. Simpan rahsia dalam hati ~_^ 

Hajat di hati nak melakukan puasa enam pun dah hampir menjurus kepada kegagalan. Sebelum raya lagi I dah berniat nak ganti puasa secepat mungkin. Bila dibelek kalendar, aduhai.... bilangan hari berpuasa dengan tidak lebih kurang sama sahaja. Rasa-rasanya macam banyak aje hari I dapat berpuasa tahun ni, rupanya tidak!

Baru terkial-kial nak mengganti 11 hari tak berpuasa tetiba dapat viral fever pulak. Hampir seminggu tak bangun dari katil. Mana dan nak ganti 11 hari tak berpuasa disambung dengan puasa enam. 'Anak bulan' Zulkaedah pun dah nak muncul ni... Baru terniat nak sambung ganti puasa hari ni, tetiba aje sakit perut memulas-mulas. Batal lagi puasa ganti....

Oh, sedih sungguh rasanya!

Pada yang bertanya tentang keadaan Adik Cute pulak, alhamdulillah, sehari dua selepas I up entri tentangnya, Adik dah beransur pulih. Lega banyak rasa dalam hati. Mujurlah takda apa-apa yang serius. Tapi jadi emak ni, memang benda kecil pun boleh jadi besar merebaknya dek kerana emosi berlebihan!

Terima kasih juga pada yang sudi bertanya khabar Adik Cute terutama LM yang sanggup meninggalkan nombor telefonnya supaya boleh menghubungi rakan pakar matanya kalau ada hal yang perlu dirujuk. Thank you so much, LM! Walaupun tak perlu lagi, niat awak ingin membantu tu memang akan saya kenang ~_^

Kita sambung kisah 'lempar belakang' selepas nilah ya. Banyak yang nak dikongsi-cerita sebenarnya ~_^

 

 

 

 

 

Comments

  1. Memang rindu dgn celoteh MD...
    kadang2, ralit sgt baca sampai tak tahu nak komen apa...
    hahaha

    Ok ok... saya dah ready nak baca ni... cerita laju2 :)

    Alamak, saya pun tak ganti lagi puasa.... Tengah kemaruk makan makanan M'sia ni... Isk, teruk betul rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...tengah kemaruk makan makanan Malaysia ya! Takpalah, kita pun faham awak tu merantau dah 3 tahun di negara orang. Ni yang tak merantau pun kemaruk sama, apa kesnya?

      Niat saya nak ganti puasa cepat-cepat lepas tu teruslah puasa enam. Kira punya kira, 11 hari tak puasa baru-baru ni. Yalah awal dan hujung anak bulan terpacak tersenyum indah kat kita! Tak dan ni nak buat puasa enam sebab tak lama lagi anak bulan Zulkaedah pun tersenyum riang ~_^

      Delete
  2. mommy
    miss u

    demam sbb hantar mummy balik kot. demam rindukan mummy, kan. mana tau.

    alhamdulillah lah kalau adik cute dah baik sepenuhnya, xda adalah mommy gelabah lagi
    tp mmhg betullah mommy. saya anak selsema pon dh mcm mcm diusahakan

    kisah cmpak belakang dh sebati dgn blogger mommy. hihihi
    cepatan updatenya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, I miss all my friends too, Ciksu!

      Entahlah demam penat kot. Tetiba aje terus tumbang. Dekat seminggu tu yang tak tahan. Haru-biru rumahtangga jadinya ~_^

      Alhamdulillah, takda apa hal yang serius dengan Adik Cute. Memang lega banyak, Ciksu. Biasalah emak-emak kalau anak sakit sikit aje, parah jiwa raga rasanya!

      Delete
  3. Assalamualaikum,

    Ada masa i intai2 blog MD ni. Ada je cerita yg ditulis almost setiap hari ye.

    Tergerak hati nak komen pasal rasa kesian pulak baca cerita MD hari.

    I tak pasti nak nasihatkan apa. I hope by now, semua dah ok... take care.

    Faizz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, thank you very much sudi mengintai my blog. Biasanya memang hari-hari up entri kecuali hujung minggu. This time aje hibernasi panjang sikit ~_^

      I'm okey, not to worry ^_^

      Delete
  4. Semoga segala urusan MD dipermudahkanNya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah, semoga semuanya dipermudahkan hendaknya, Kakcik!

      Delete
  5. no wonder lama menyepi..demam rupanya.kesian kak MD..takpelah, tak dpt hatrik pun, janji blog berupdate.Bukan macam blog budak sorang tu...lalala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Demam bercampur baur dengan lain-lain hal. Itu yang menyepi lama sikit. Hahaha...

      Budak sorang tu, Sal cuma berupdate kalau ada cerita bola meriah. Keh3x...

      Delete
  6. Tulah lama akak menyepi. ingat bercuti panjang ke apa. sbb setau Lyn klu cuti mmg takde entry..
    Lyn pun demam kak after one week raya. 2 hari tak bgn & MC. ni pun tak ok lagi ni. still ada flu & batuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak cuti pun. Raya ke-4 dah naik kerja tapi itulah, malas nak buka cerita lagi dah ~_^

      Samalah kita, Lyn. Lepas raya aje demam. Aduhai, memang tension. Takda maknanya nak beraya ke, nak pergi open house ke... Duduk rumah senyap-senyap, baring atas katil. Nasib jugalah budak berdua tu rajin ikut my sister pergi beraya. Dapat kumpul duit raya ~_^

      Delete
  7. Takpelah.. LM bg nama doc tu mana tau perlu jmp doc rasa selesa sket dgn org yg kita tau..

    Alahai MD.. Apa kata klu takut cerita meleret2 smpi tercerita apa yg tak perlu MD cerita psl menu ke.. Rutin harian ank2 masa raya ni ke? Slow2 carik rentak menaip semula. Kdg2 LM ni pun klu menaip meleret ntah apa2 yg ditaip smpi terpaksa delete entri pun ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, malaslah LM nak buka cerita bukan-bukan dalam blog! Kalau boleh nak cerita yang happy-happy aje ^_^ Yang tak berapa happy tu kita simpan dalam hati. Tapi, adakalanya terbabas juga kalau tengah bengang. Hehehe...

      Setakat nak menulis entri tu banyak lagi ideanya cuma memang sengaja tak mahu update blog. Nak menyendirilah kononnya, nak 'me time' sangat-sangat ^_^

      Delete
  8. tu dia dia mai dah..pasni kena sedia milo cecah biskut kat sebelah..nak hadam entry MD..haha

    Alhamdulillah adik cute dah ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dia dah mai, jangan haraplah boleh membaca sambil telan air liur aje. Dah tentu-tentu kering tekak. Pi lah cari Milo murah, senang sikit nanti nak buat cicah biskut sambil membaca novel teragung ~_^

      Delete
  9. ohh ye lupa nak mention pasal buka pekung kt dada tu..yelah klu boleh nak cerita yg best2 aje dalam blog..sy pun camtu..nama pun manusia takkan la hidup ni nak happy je..kekadang bila lama tak up entry tu sebenarnya ada la yg tak bestnya dalam hidup.malas nak cerita je..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bolehlah, perkara yang tak sepatutnya memang tak mahu cerita. Hidup manusia biasa macam kita ni begitulah. Bukan sentiasa gembira. Ada kalanya sedih melandakan... Malas nak diingat-ingat balik. Kalau nak bercerita secara berlapik pun takut keterlaluan juga tanpa sedar. Lebih baik simpan mana yang patut. Tak akanlah nak memalukan diri dan keluarga. Ya tak, PK? ~_^

      Delete
  10. Welcome back MD. Hikhik. Lamaaa cuti berayaaa kak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan cuti beraya, Nani. Raya tak cuti lama pun. Ada je cuma blog yang tak berupdate. Nak 'me-me time' gitu ~_^

      Delete
  11. biasalah tu..kita hnya mmpu merancang...tup2 lain jdnya...

    sekejap je... dh msuk bulan Ogos

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lebih separuh perjalanan di tahun 2015 ni kan. Sekejap betul masa berlalu. Awal Julai tempohari memang berkobar-kobar semangat tapi apakan daya, kalau dugaan nak datang bukan boleh kita menghalangnya. Kenalah tempuh dengan sabarkan, Lya!

      Delete
  12. klu cerita yg blh mengaibkan diri sendiri dan org yg kita syg , lbh baik simpan saja dlm hati sbb blog ni wpun kita mesra dgn rakan maya , tapi tetap blh mengundang pelbagai persepsi bila kita bercerita . jadinya , kena berhati - hati terutama yg melibatkan maruah seseorg ... alhamdulillah , thn ni saya htg puasa 3 hari je dan dah selesai byr . hehehee ... next mth dah bln 9 . krg lagi sethn umurku ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kalau boleh nak cerita yang ceria aje masuk blog. Tapi kehidupan kita ni bukan sepanjang masa ceria. Dalam sejam pun macam-macam boleh berlaku, macam-macam reaksi yang kita tonjolkan, ya tak? Kalau perkara yang tak rumit, mungkin boleh santai bercerita buat jenaka. Kalau yang rumit dan melibatkan orang lain, melibat maruah kita dan keluarga, lebih baiklah kita simpan dalam hati aje. Bila main bercerita aje susah kita akhirnya. Betullah tu kata Vee. Walaupun rapat, kena hati-hati juga. Sedangkan pasangan kita sendiri pun adakalanya tak faham diri kita, inikan pulak orang lain ~_^

      Wah, untunglah 3 hari je. Saya bajet 6 hari je tau ni sebab kena awal akhir. Rupa-rupanya amik nah! Kalau tak kerana demam seminggu mungkin juga boleh adjust puasa penuh aje bulan Syawal ni. Lagi pun raya kedua dah balik KL. Tapi itulah apa dayanya... tak kesampaian niat tahun ni...

      Oh, birthday yerk bulan Sept ni.... Memanglah setiap kali birthday, umur kita berkurangan kat dunia ni, Vee. Nak buat macamana...

      Delete
  13. semacam aje permulaan entry MD kali ni
    saya paham MD, tengah marah atau sedih jangan mengadap media sosial
    memang akan menyebabkan malu pada diri sendiri atau orang lain
    kena ada tempoh bertenang...lagipun inilah kehidupan

    ada kenal seseorang tu yang cerita semua pada media sosial
    rasa kesian kat dia sebenarnya
    bila dia buat camtu, menampakkan dia kurang "kasih sayang"
    mana boleh simpan, simpan. luahkan hak elok aje walau ianya diari maya =)

    kot rasa perlukan kawan untuk bercerita
    whatsapp ler saya ye =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, YY. Ada perkara tak elok dibincang lebih-lebih di alam maya. Saya ni walaupun nampak happy go lucky sepanjang tahun tapi adatlahkan, dah namanya manusia, ada juga pasang-surut dalam kehidupan. Tapi tak akanlah semua kita nak buka cerita dalam kain, ya tak? Yang happy-happy ajelah. Yang buruk, yang tak elok, kita simpan ajelah elok-elok dalam kain kita sendiri!

      Tak semua orang suka apa yang kita rasa orang suka dengar, ya tak YY? ~_^ Kita beria-ia cerita semua, rupa-rupanya orang dok berpakat mengumpat. Siapa yang salah? Kitalah juga sebab buka pekung di dadakan!

      Oh, yes... itu yang nak dengar! Terubat rasa di hati, ada juga yang sudi jadi pendengar keluh kesah di dada ^_^

      Delete
  14. Tak ape lah MD kalau entri lemper belakang..
    tak menahan nak baca cerita raya MD ni..
    Lebih2 lagi ada MIL beraya sama kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak kerana berhibernasi lama sangat, memang takdalah entri lempar belakang ni, CH. Ni yang kononnya nak catch up story lama-lama sebab nak juga masuk blog :)

      Delete
  15. kan??bila lama menyepi ada banyak la nak cerita..lepas tu kalau boleh nak cerita semua biar habis beban kan bahu ni kita nak cerita..setitik pun tak nak tinggal.tapi dah namanya aib kena tahan2 je la..malas nak buka pekung di dada..mampu sabar je..yahan2..lepas melaui kentut sudah la..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenis yang suka bercerita dan bermadah pujangga dalam blog, kalau sehari tak update blog memang banyaklah terpendam dalam kepala ni. Lagi-lagi kalau lama tak update. Masaklah idea lama terperap dalam kepala!

      Delete

Post a Comment