Acara Tahunan : Jerebu ^_^

Salam 30 Zulkaedah kawan-kawan!

Pesanan penaja sebelah rumah : Mak, esok barulah 1 Zulhijjah ~_^ Mak sedar tak Mak telah tercepat sebulan masa baru keluar bertapa hari tu ~_^

Okey, abaikan ajelah pesanan itu! Takda kena mengena pun kecuali pada seseorang ni ~_^ Seronok tau menyakat orang sampai raya tahun depan! Lagi best bila dia pun terguling-guling atas karpet tak menyabar nak membalas serangan^_^ Huh, ajak bergusti tepi simpang empat konon. Pirrah....! Keh3x.

Mari kita berbalik kepada topik perbincangan di pagi Isnin yang kelam dan serba kekuningan ini ~_^

Gambar diambil dari sini


Sejak Jumaat lepas I rasa memang teruk sangat tahap jerebu yang melanda. Keluar aje dari pejabat nak balik rumah, tengok 'kuning' aje pemandangan. Lagi-lagilah di kawasan pejabat I ni yang asyik masyuk dengan kerja-kerja pembangunan. Kat depan pejabat bunyi 'gendang-gendung'. Kat kiri pejabat pun bunyi sama. Kat kanan pejabat pun .... oh, ni dah melampau! Kat kanan pejabat Jalan Tun Razak! Takda pembangunan atas jalanraya!

Pendekatalah, selagi ada tanah, selagi itulah dimajukan. Nak buat high rise condo yang makan juta-juta punya harga. Pernah sekali I nampak signboard bank lelong kondo yang berhampiran. Tak mahal sangat you all ~ 1.9 juta aje ^_^ Hahahah!

Entah bilalah agaknya sampai masa tanah pejabat ni pun terjual sama. Harga baik punya tau. Kalau ada tanah di area KLCC ni memang jutawanlah jadinya ~_^

Eh, kita nak cerita pasal jerebu yang melandakan, awat pulak masuk pasal pasaran harga tanah kat KLCC ni..... Kacau-bilau perasaan ni dek jerebu tau sampai terlupa motif entri ^_^

Pagi tadi I ke pejabat dihantar suami tercinta ~_^ Sempatlah breakfast berdua-duaan ala-ala dating selepas Subuh gitu. Pukul 6.56 pagi dah sampai dekat area pejabat. Nak pengsan rasanya.  Pintu pejabat boleh buka pukul 7.45 pagi dan dah sampai barulah I perasan I tak bawa my staff ID. Nak masuk gaya mana ni! Nak panjat pagar, seksi pulak rasanya!

HD kalau memandu memanglah tak boleh lawan I yang macam kura-kura ni ( Eh, I laju sikit daripada kura-kura) Lepas tu sepanjang perjalanan HD buat muka konpiuslah kononnya kenapa I ambil masa lama nak sampai pejabat tapi kalau HD yang drive,  10 minit aje dari sekolah Abang ke my office. Abang pun bukan main pagi ni teruja sampai sekolah cepat!

Walaupun masih gelap lagi, jelas nampaklah ya persekitaran yang 'berdebu' dan kelam aje. Wah, memang teruklah jerebu kali ni. Nasib baik ada saki-baki topeng muka yang I beli borong untuk acara jerebu tahun lepas! Pagi tadi, HD dah start batuk-batuk. Biasalah tu dalam my house ni. Orang pertama yang akan terjangkit atau sakit, tentu HD. Harapkan tubuh badan aje sasa gitu ~_^ Tak imun langsung. Lepas tu boleh menjangkit pada anak-anak. I yang 'lembik' ni katanya, lagi kuat badan tau! Kalau satu rumah tumbang, I masih lagi tegak berdiri megah gitu ~_^

Musim jerebu ni memang banyaklah aktiviti terganggukan. Kasihan pada mereka yang ada masalah pernafasan. Memang siksa rasanya. Kita yang sihat macam ni pun takut nak sedut oksigen. Tapi kalau tak sedut, susah jugakan. Terpaksalah sedut aje oksigen tu sekali dengan debu....

Dek kerana jerebu jugalah kami empat beranak sopan-sopan aje duduk di rumah hujung minggu yang baru ni. Malaslah nak keluar. Buka pintu aje tengok merata kuning. Bau pun boleh tahan. Kalau boleh nak buka aircond 24-jam sehari tapi takutlah pulak nanti hujung bulan nak tengok bil elektrik ^_^ 

I ni kan paling suka membasuh pakaian. Kalau di hujung minggu tu memang terasa kena deralah mesin basuh di rumah. Lepas selesai, basuh lagi. Kalau takda pakaian pun, habis semua I selongkar kasi basuh!

Kalau cuaca elok, seronok sungguh rasanya. Baru jemur sejam dua, dah kering pakaian di ampaian. Bernyanyi riang lagu omputihlah sambil mengangkat jemuran ^_^ Maka bila berjerebu macam ni, matahari segan nak menunjukkan diri. Pakaian pun alahai lambatnya nak kering. Stress ah kak tunggu pakaian kering nak lipat tau! Kuranglah kerjarumah nak dibuat. Bila dah kurang tu, memang lepaking depan TV sampai tertidurlah!

My superheroes pulak merengek ajak pergi taman. Maklumlah aktiviti terbantut agak lama. Kalau tak hujan di petang hari, ada aje projek lain. Baru plan baik-baik tetiba jerebu pulak makin teruk melanda. Memanglah nak badan sihat dengan beriadah, tapi kalau dah berjerebu macam ni gaya, nak sihat apanya!

My Bubbly Abang lagi best. Mungkin dia mendengar perbualan kami kalaulah IPU sampai level 200 ke atas, sekolah dibenarkan tutup. Makanya asyik dok tanya berapa IPU sekarang (dengan harapan tak payahlah pergi sekolah). Amboi, minggu ni 4 hari aje pun sekolahnya. Itu pun berkira! Cuba tengok macam Mommy, even ada ancaman nak bom-mengebom pun tetap juga pergi kerja. Oppss... terlepas statement pulak.... habislah orang tau I kerja kat mana ^_^

Nah, I bagi sekeping gambar tempat kerja I... Pada yang dah biasa dengan Jalan Tun Razak, mestilah tahu ni kat manakan ^_^



Oh, ya! Bab IPU ni pun satu juga! I tengok sikit punya berjerebu kawasan rumah I sampai nak keluar rumah pun takut. Tapi bila tengok bacaan IPU baru 122. Pagi tadi masa I check baru aje 149. Kalau tengok keadaan sekitar, mak hai takutnya nak keluar rumah tanpa topeng muka! Rasa puaslah sedut oksigen berdebu! Sedap masuk dalam thorax ^_^

Terlanjur dah berborak kosong tentang jerebu ni, naklah juga beri ingatan pada kawan-kawan. Yalah, saling mengingat tu kan baik budi pekertinya ^_^ 

Waktu jerebu macam ni kurang-kurangkanlah aktiviti di luar rumah. Duduk senyap-senyap dalam rumah tu. Time ni lah nak mengasah skil memasak katanya. Masak sedap-sedap, makan sedap-sedap sambil tengok TV (minta maaflah Astro tak percuma lagi ^_^) Bila nak makan ke atau lepas buat apa dengan kedua belah tangan tu, silalah kerap membasuhnya ya! Kebersihan paling utama walaupun orang tak nampak kita ni pembersih orangnya time jerebu teruk macam ni ^_^

Kalau rasa-rasa rumah tu sebulan sekali berkemas, apa kata kemas rumah. Spring clean bagi habis licin semua harta pusaka dan bersinar-sinar dalam rumah. Maklumlah kalau tak bersinar, dari luar orang tak nampak rumah kita sebab jerebu teruk!

Pada yang kaki merokok tu, inilah time nak berbakti kepada keluarga. Dok senyap-senyap tak payah merokok banyak sangat. Nak keluar rumah beli rokok, ingat jerebu! Makanya janganlah keluar. Duit jimat dan kesihatan pun terjaga ^_^ Kalau terasa ingin sangat nak merokok, buka aje pintu dapur tu berdiri kat balkoni dah sedutlah debu jerebu tu puas-puas. InsyaAllah, hilang ketagih nak merokok tu. Jangan sedut banyak sangat, masuk hospital pulak kang ^_^

Kalau rasa duit banyak sangat tak tahu nak buat apa, bukalah aircond 24-7. Nak kasi clean sikit udara dalam rumah demi anak-anak (demi suami ke, demi isteri tak payahlah jaga sangat, depa dah besar boleh fikir sendiri macamana nak sihat!) Tapi kena pastikan jantung tu kuat. Takutlah pulak kena chest pain bila tengok bil elektrik hujung bulan! Yang pasti bukan salah kita guna aircond 24-7, bukan salah TNB caj berlebihan. Salahkan pada jerebu. Eh, eh...nak salahkan macamana yerk! Sorrylah I terlupa fikir logik akal di sini ^_^

Okeylah, sebelum I melalut lebih lama apakata kita tutup cerita di sini dulu! 

Macam biasalah, penutup entri tak boleh panjang berjela. Walaupun di luar sana yang jerebu, I faham hati you all semua yang 'berjerebu' aje bila masuk 'rumah' I ni. Maklumlah orang kidal akal panjang, memang banyak idea nak sumbat dalam satu masa ^_^

Adios kawan-kawan ~_^

 
 

 

 

 




 




 



 

 








Comments

  1. Assalamualaikum.. amboi ayat terakhir dia...!!! Mcm la orang tak kidal ni tak banyak idea.. nati bila sawan update blog datang, meh nak tulis entry 10000 patah perkataan.. hahaha.. kang xda yang baca nati.. xjadilah nak dengki..biar Kak Ton jelah ye..

    Hasrat hati si abang ni mcm aunty la.. hihi. Aunty pun suka kalau sekolah kena cuti, tp berganti tu nanti..xpayahla yer.. kita buat surat jelah kalau rasa jerebu membahayakan kesihatan kita..

    Awat HD yang hantar tu? Kereta rosak ke? Manja2 sengaja ke? Atau sebab ada jerebu kena HD hantar.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam, cikgu ~_^

      Amboi terasa nampak? Takdalah saja jerk nak stress pasal orang kidal. Eh, memang faktakan? Hahaha...Tau dah mesti terasa sebab tak kidalkan ^_^

      Amboi, cikgu gembira luar biasa nampaknya minggu ni? Mengalahkan baru habis UPSR ^_^ Ni mesti sebab nak cuti, dapatlah balik kampung tu. Lagi-lagi KL jerebu, memang elok sangat balik Kelantan ni....

      Tak sangka...tak sangka...! Ingatkan murid-murid aje berdoa guru besar buat announcement, rupa-rupanya cikgu-cikgu pun sama.Hahaha....

      Oh, pagi tadi tengok-tengok tayar belakang pemandu kempis! Makanya pujuklah dengan siksanya supaya HD hantar. Dapatlah dating berdua ^_^

      Delete
    2. Haha.. adakah terpampar kegembiraanku nak bercuti ni? Haha.. minggu ni mood mmg baik rasanya.. rabu dah cuti, khamis pulak separuh hari je belajar sb ada pgram.. ai.. macam mana tu? Happyla kan..

      Bab cikgu suka cuti jerebu ni kena diam2 tau.. aip.. kang murid tahu..

      Delete
    3. Terpancar dengan jelasnya cikgu walaupun cuaca berjerebu teruk di luar sana tu ^_^

      Itulah kalau pun cikgu gembira tak terhingga takut-takut ada announcement sekolah tutup, kenalah cover. Tutup sikit dengan shawl labuh ya. Barulah murid-murid tak perasan. Lepas tu masuk bilik guru bolehlah lompat bintang ikut sukahati ^_^

      Delete
  2. pesanan penaja duduk rumah main masak2 tu macam kebetulan sama lak dengan pesanan penaja kat entri terbaru kita. Semua orang cakap pasal jerebu sekarang. Kita pun minggu ni ber weekend dalam rumah je. Anak & suami batuk.. Kita je antibodi besi lagi tak effect. Hope tak terkesan la sebab kita kan kena jaga kalau orang dalam rumah sakit. Memang tak keluar rumah langsung. Tingkap pun tak buka. Dah macam duduk dalam penjara. Terpaksa bekorban dengan kesihatan2 orang2 tersayang katanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... itulah akak pun perasan. Macam sama pulak citarasa kita di pagi Isnin yang kelam ni. Duduk rumah asah skil memasaklah Suria apalagi.. Tapikan, akak takdalah juga mengasah skil memasak. Akak mengasah skil kuak lentang atas karpet depan TV aje ^_^

      Delete
  3. amboiiiii high rise condo RM1.9 juta dia kata murah ..... Belanja saya Audi A5 kak !

    ayat nih win ..saya gelak tersenyum sorg2 .... :3
    " Kalau terasa ingin sangat nak merokok, buka aje pintu dapur tu berdiri kat balkoni dah sedutlah debu jerebu tu puas-puas. InsyaAllah, hilang ketagih nak merokok tu. Jangan sedut banyak sangat, masuk hospital pulak kang ^_^"
    NASIB BAIK SAYA BUKAN PEROKOK..kekekeke..saya kan budak baik :D


    kalau jerebu teruk sgt , mai lah saya belanja akak dengan family sekli terbang ke Paris,Maldivs,Barbados,New York,London,Kanada,UK,Tokyo,Seoul, blablablablablablabla........duit ada banyak nih...dalam bank..tp duit org laaaaa....hahahhahahaa...saja bergurau..Tapi,Alhamdullilah laa tempat saya belajar nih tak lah di ancam asap kuning berdebu ......... huuuhuuuhuuhuhu............entry nih banyak ceria lah ..Kejap2 guna emoticon ^_^ ^_~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun banyak duit tau. Semua dalam bank ^_^ Hahaha.... Amboi, sekali buat permintaan terus nak Audi A5. Boleh, boleh...akak orderkan sendiri bayar bulan-bulan yerk! Eh, katanya 'Leman' tak pandai memandu, macamana nak bawa Audi tu nanti? Oh, lupa! Lemankan kaya, upah aje pemandu F1 jadi driverkan!

      Nasib baik budak baik. Kekalkan jadi budak baik. Jangan jahat-jahat. Jangan suka ponteng kelas pergi holiday okey!


      Amboi, ni nak ajak pi Changlon melalui Paris, Maldives, Barbados, NY bagai ni.... Habis satu dunia dia belanja makan angin setakat nak jumpa dia kat UUM yerk ^_^ Bolehlah, nanti akak fikirkan tapi akak datang dengan luggage - 4 semuanya in total. Ada mampu? Hehehehe....

      Pssstt.... guna emoticon gitu sebab puaslah akak cari emoticon yang betul punya tak jumpa-jumpa! Sebenarnya akak yang buta emoticon, tak retilah nak bega, nak cari kat mana guna blogspot ni!

      Delete
    2. yg tak reti bawak kereta tuh diam2 sudahlah..jgn kasitau org..malu!kekekkekeke :)
      Saya upah akaklah jd pemandunya..bhahhahahaha......Tak perlu pemandu F1,akak kan adooooooo ......

      Delete
    3. Okey, okey! Akak tak bagi tau orang Leman tak pandai bawa kereta! We keep it as a secret yerk! Meh, calit ibu jari sikit! Akak janji akak tak akan beritahu orang lain ~_^

      Akak boleh aje jadi pemandu Audi A5 tu tapi masalahnya bayaran bulanan tu mahallah; dalam rega sebiji kondo kat area KLCC kena lelong tu boleh bayar dik? Laalaaaalaaaalaalaaalaaa ^_^

      Delete
  4. kenapa akak tak masukkan nuffnang dalam blog nih..bole tambah side income.. ^_~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang NN tu ada tapi NN cemburu kat akak kotnya. Tak bagi sepanjang masa iklan. Maklumlah akak kan kaya katanya.... kaya kata-kata. Hihihi ~_^

      Delete
    2. hahahhahaa....kaya budi bahasa jugak ~ ^_~

      Delete
    3. Mana pulak butang 'Like' ni daripada semalam tak boleh 'like' komen ni ..... @_@

      Delete
  5. Lemas.. Tekak dah mula sakit, nak bernafas pun payah lemas sgt2.

    Smlm g jugak pasar borong. Br kutip2 bawang putih dh nak pitam pening. Lelaju masuk kereta tinggalkan laki kat kedai. Balik tu terus pening smpi mlm. Br keluar kejap. Sian la ank2 yg kena g sekolah smpi ptg:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kalau keluar sebab nak beli barang keperluan. Masa cuti hujung minggu tu buka aje pintu nak jemur baju tengok kuning aje suasana. Berdebulah agaknyakan.. Kesian kalau yang ada masalah pernafasan, memang tak boleh tahan keadaan macam ni.

      Nasib baik hari ni sekolah tutup. Lega sikit hati tak perlu risaukan anak-anak!

      Delete
  6. Yelah....yelah.....hari ni kasi kak Ton lepas.....mak malas nak bergaduh sebab ngantuk. Tak hilang hilang mengantuk mak ni weyh.....

    Nape keta Ferari kak Ton? Mud guard tercabut ke haha.....

    Tunjuklah gambo dinding bangunan rupa mana pun mak mmg tak leh cam, maklumlah jarang gi KL kan.... harap JJ depan rumah jer....

    Esok sekolah TLBD tak sekolah ..... mungkin pasal jerebu jugaklah kot, mmg teruklah jugak pandangan kat sini tp tak delah sampai kuning, kelabu jer. Entah apa yg sampai kuning pun mak tak tau .....otak kuning taulah.....hihi....

    Bukan main lagi pesanan kat bawah tu ngalahkan menteri kesihatan nampak kehkehkehn..


    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya Mak dah kekeringan idea nak membalas serangan Kak Ton. Mak mengaku ajelah lagi senang. Takdalah Kak Ton ternanti-nanti balasan serang tu, Mak oi...

      Oh, tayar Ferrari Kak Ton pancit pulak, Mak! Maklumlah selama ni Kak Ton naik sendirian tapi hujung minggu lepas 4 beranak naik. Terus pancit ^_^

      Oh, Mak biasalah duduk kat ceruk KL. Kalau Mak biasa dengan area Jln Tun Razak ni memang Mak taulah di mana Kak Ton berada ^_^ Belakang tu istana Mak oi....

      Nyampahlah, Mak. Kak Ton pagi tadi baru tau sekolah tutup. Itu pun depan pintu pagar sekolah Abang, pak guard habaq katanya jerebu kuat maka sekolah tutuplah - pesanan guru besar. Tapikan pagi ni rasanya jerebu takdalah teruk mana. Semalam lagi teruk. IPU tu memang sesuka hati aje nak turun naik ikut kata hati tau!

      Eh, Mak ni...last weekend memang kuninglah Mak di luar. Mak tu kalau kuning aje ingat otak kuning. Biasalah Mak memang tahu 40SX punya spesies. Cuba tengok Kak Ton ni, walaupun spesies SX juga tapi sopan aje kalau berbicara ...

      Erkk... Kak Ton kopipes cakap menterilah tu. Tapi menteri tak pandai berkata-kata makanya Kak Ton olah supaya senang otak kuning Mak nak menerimanya ~_^

      Delete
  7. Pergh.... pengsan saya baca rege rumah smpi 1.9juta... adeh... giler mahai MD ooooiii... saya smpi laaa dok menumpang dok rumah pusaka arwah mak ayah ni... harap2 dpt la cepat cari rumah!!

    Jerebu mmg trk... tadi ingatkan dah tak nak anta hero ke sekolah... tp en hubby ckp minggu ni last dah sekolah... haih, dgn berat hati anto juga la hero pi sekolah! Smpi sekolah tak ramai budak pun dtg... mak pak semua dah berkira2 nak "tuang sekolah" je kot?! Lagipun jerebu kan... bahaya... huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Area kat KLCC ni tak payah jelinglah. Nak jeling pun tak termampu. Sewa pun boleh tersedak kalau tengah makan roti canai kuah dal; dalam 5-6K aje pun sebulan. Kira tu murahlah *_*

      Eh, saya baru tahu Nora dah pindah ke KL. Kalau tak silap dulu kat Melakakan? Nak cari rumah sekarang ni bukan senang. Nak tambah rumah lagilah fikir 18kali walaupun katanya aset berharga. Untung juga ada rumah pusaka. Dapatlah menumpang sementarakan...

      Pagi ni saya hantar anak ke sekolah tengok lengang aje. Rupa-rupanya sekolah tutup. Terpaksa patah balik rumah hantar si Bubbly Abang balik!

      Delete
  8. Jerebu ni dah memang jadi acara tahunan kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa-rasanyalah. Kalau dah setiap tahun pun macam ni memang boleh dianggap seperti acara tahunanlah!

      Delete
  9. Mengenang harga rumah kian tinggi kita sebagai ibu-bapa kena mengorak langkah sekarang MD utk buat aset anak-anak kita. Bimbang akan dtg tiba masa anak entah berapa juta pulak harganya. Nak bersaing dgn mereka yg dah kukuh ekonomi lagilah satu hal... bersedia dari sekarang. Soal jerebu memang dah jadi semakin kerap. Dulu setahun sekali rasanya sekarang ni entah dah berapa kali dah... Yg sedih sekolah kena cuti. Budak yg nak exam tu yg kesian sebab tengah nak struggle utk exam yg makin dekat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang melambung-lambung kak harga rumah sekarang. Tertelan-telan air liur. Entah dapat ke tidak menambah aset...

      Itu yang kami gelak aje bila tertulis 'Bank Lelong RM1.9 juta'. Kalau tak kena lelong bank, tak tahulah berapa juta kena bayar nak beli rumah! Kiranya kawasan ni bukan untuk kita insan marhaenlah. Kita ambil yang jauh sikit dari KLCC ^_^

      Jerebu ni tak tahulah nak kata apa. Setiap tahun pun ada. Tengok keadaan pun tak sanggup. Sekejap aje di luar dah terasa sakit kepala, sakit mata dan semua sakit datang serentak!

      Delete
  10. Uwaa sg petani pun jerebu teruk tau.semalam seoanjang perjalanan balik kerja memutih ja langit..sy pun terus tak sihat sakit tekak hari suara tak keluar..rugilah tak dpt nak jadi tarzab kt sumah macam selalu hahaha..

    Pg ni hujan minta2 kurang sikitlag jerebu..tgok keadaan macam semalam je jerebunya..risau klu anak2 je sakit..kita mak2 ni macam MD kata la satu rumah tumbang pun kita steady ja..

    Pejabat mana bom2 ni..sy memang tak tau.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ni nampak macam dah okey tapi tak tahu pun malam semalam IPU kat kawasan saya ni dah nak mencecah 200 rupanya. Yalah, sedap tidur katanya! Malaslah nak ambil tahu dunia di luar rumah!

      Harapnya taklah makin teruk. Sesak nafas jadinya. Ini yang jenis cukup makan dan cukup sihat. Pada yang ada masalah kesihatan tu, lagilah kesian tau!

      Hahahah...biarlah rahsia ^_^

      Delete
  11. entry lepas rentetan dr sini la ye..mmg doa abg termakbul la..
    selamat bercuti
    buat mommy teruskan kerja mcm biasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommy kerja macam biasa aje, Ciksu. Nak cuti rasa macam melampau pulak. Pantang anak cuti, emak nak cuti sama. Hehehe...

      Nasib baik hari ni dah nampak okey. Alhamdulillah!

      Delete
  12. pagi ni jerebu agak kurang skit, tapi di sebabkan bercampur dgn kabus.. nampak mcm teruk jugak.
    tapi hari yg teruk hari tuh, mmg sesak dada dibuatnya. rasa nak demam & flu pun ada...
    maklumlah awak ni ada asthma.. so faham2 jer lah kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak macam dah elok, so marilah kita kembali kepada rutin. Takdanya nak monteng kerja lagi. Hehehe...

      Orang ada asthma memang siksalah sikit time jerebu nikan. Kita yang sihat ni pun tak tahan bau asap, sedut debu ni, Lyn...

      Delete
  13. hehe...bab perokok tu win lah
    aritu afif pun dok kata kat papa dia
    papa ni kat luar tu jerebu, papa merokok juga...nanti mati kan susah

    anyway disebabkan jerebu ni, kami anak beranak tak sihat
    saya sejak minggu lepas demam...mc dah berapa hari dah
    sore throat yang tak boleh blah...cam ada duri dalam tekak
    ni pun belum sihat sangat...tapi jengah jugalah besan to be
    takut dia rindu kat kita yang cute miut ni =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, bapaknya budak-budak berdua tu perokok tegar ke? Ish, ish, ish...habislah anak teruna I dapat pak mertua gitu gaya. Paknya sendiri tak merokok yerk, besan..... ^_^

      Mujurlah batuk HD tu sendiri datang dan sendiri pergi. Tak sempat nak transfer pada anak-anak. Saya memang risau kalau HD yang tak sihat sebabnya selalu aje berjangkit pada anak-anak. Maknanya kita lebih risaukan kesihatan anak-anaklah berbanding suami tersayang. Keh3x.

      Amboi! Yang statement last tu pedih hulu hati tetiba tau! Tak tahulah nak jawab macamana.... Eh, no commentlah mak dara ^_^

      Delete
  14. yup..jerebu dah jadi acara tahunan. Dan saya rasa IPU 200 tu tinggi sangatlah.patut IPU 100 dah boleh tutup sekolah.saya suka sekolah tutup..jalan tak jam..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak kan kalau bolehlah Sal hajat di hati ni, asal kata jerebu terbang ditiup angin ke Malaysia aje, terus declare tak sihat, terus declare cuti. Akak lagi suka macam tu ^_^

      Delete
  15. Tak boleh ker kita saman kat jiran yang buat onar tu? Tiap² tahun kot macam nih. Menyusahkan semua orang tau. Especially yg ada asthma.

    Rumah kat tengah² bandar metropolitan kalau tak cecah juta2 memang tak sah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tak faham. Tiap-tiap tahun pun macam ni. Siksalah bila berada dalam keadaan berjerebu macam ni. Alhamdulillah sekarang ni ada kurangnya. Kalau tidak, memang berkurung di rumah ajelah!

      Delete
  16. kannnnn bukan je budak kena kuarantin kita sekali kena kuarantin sama. ni tadi baru je baca dalam paper. katanya 3 tahun kita kena tanggung derita jerebu. depa nak clearkan hutang dengan cara tebang dan bakar pftttttttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, kalau anak-anak kena kuarantin, kita pun duduklah diam-diam dalam rumah saya! Oh ya ke kena bersabar lagi 3 tahun? Aduhai... tapi kalau si Abang dengar ni happylah dia... Tiap-tiap tahun ada cuti extra jerebu!

      Delete

Post a Comment