Baju kurung Kedah

Salam 8 Zulhijjah kawan-kawan!

Alahai, sejuknya awal pagi tadi! Kalaulah hari ni hari cuti, alangkah indahnya dunia! Boleh tarik selimut lagi tinggi sampai hujung kepala! 

Tapi apakan daya, hari ini baru hari Selasa. Silalah jangan over-over berangan sampai bermimpi di siang hari. Bangunlah cepat pergi kerja....

By the way, kerana minggu ini minggu cuti sekolah makanya I dengan penuh kebanggaan nak beritahu yang I prepare heavy breakfast setiap pagi (baru dua pagi jerk, keh3x)! Jangan kata I ni pemalas ke dapur. I know, I know, you all memang suka cop-cop diriku yang tak bersalah ni dengan macam-macam cop negatif!

Kita lupakan adegan kelentang-kelentung di dapur pada dini hari kerana entri ini bukan entri tentang masakan ^_^ Sebenarnya I nak bercerita tentang baju kurung Kedah. Since when yerk I kenal baju kurung Kedah ni?

Since I di zaman anak dara sunti lagi, ahkak-ahkak semua!

Entahlah I pun tak tahu kenapa I suka sangat baju kurung Kedah ni ( tapi la ni dah lama tak pakai macam ni...)

Oh, commercial break sekejap yerk ~_^

Semalamkan I dok cerita tentang mencari kain ela untuk buat pakaian ^_^ Yang kain pink bercorak dengan dua tona warna tu.... 

I berangan-angan Mat Jenin kononnya nak buat macam ni lah (salah satu daripada gambarlah, kalau semua pun lagi afdal rasanya ~_^)

Sumber : di sini

Sumber : di sini

Sumber : di sini

 
Sumber : di sini

Tapi itulah, my tailor kata tak menyempat nak jahit khas untuk I pakai di hari bahagia (my anak saudara) tu nanti ^_^ Makanya I memanglah gundah-gulana bila mendengarnya. Kata my tailor nun jauh di selatan sana (alahai, kedainya di atas kedai nasi beriani mat shah kat hospital tu, keponakan I juga tu ~_^), untuk majlis di rumah my kakak aje yang dia boleh siapkan. 

Tapi tak usahlah bimbang I takda pakaian sesuai yerk di hari persandingan itu sebabnya dah beberapa hari ni I dok ushar pakaian aje ketika beronline ni sampai nak blogwalking pun katanya malas ^_^ By the MEX highway, I dah pergi tempah pun kain pink dua tona tu semalam petang kat seorang tailor ni; atas budi-bicara my Ngahlah. Kalau tak sedap pakai, memang Ngahlah yang kena komplen! Ngah yang beri suggestion suruh try hantar kat tailor tu,kan! Ngahlah yang kena!

Kalau sedap 'pembuatan' nya nanti, dah tentu-tentulah I dengan bangga mengaku itu tailor I juga, I  cari sendiri last minute ^_^ 

Amboi, dah duplohlapan perenggan ni mana cerita asal karangan I ni yerk? Konpius pulak dah.... Lately ni kalau menaip entri memang I pun konpius sama tau apa sebenarnya I nak cerita. Bukan you all aje yang konpius nak membacanya sampai skip terus ke perenggan terakhir atau mungkin nampak tajuk aje terus tekan butang 'X' di atas nun ~_^

Sebenarnya I dah lama simpan dalam draft tajuk ni, sebab I nak bercerita tentang baju kurung Kedah ala-ala emak banyak anak... as simple as this gambarlah tapi yang gambar ni pun kira okeylah lagi ^_^

Sumber : di sini


Harapnya you all fahamlahkan apa yang I dok membebel ni!

Siapa kat sini tak pernah tengok atau tak pernah pakai baju kurung Kedah style ni? 

Ahah, janganlah tak mahu ngaku..... 

Dengan bangganya I mengaku I pakai baju kurung Kedah ni masa I di tangga sekolah menengah, you all ~_^ (Sila faham, buka duduk kat tangga sekolah maksudnya! Nak kena letuk juga depa ni asyik salah faham aje....)

Bila I ingat-ingat balik rasa kelakar pun ada. Zaman anak dara sunti ke, anak dara pingitan ke patutnya pakailah baju tidur kain t-shirt satu piece tukan, alahai..yang ada gambar barbie doll ke, gambar-gambar kartun ke.... Ni tidak, baju kurung kedah dibantainya. Anak dara pingitan betullah you ni, MD ~_^

Dan, kalau nak tahu, I bukan setakat suka pakai baju kurung Kedah ni di malam hari, di siang hari pun I pakai tau masa tinggal dengan makpak di kampung dulu. Yalah, suka sangat tak tahu apahalnya!

Mehlah I berstory-mory asal-usul cerita .... 

Nak dengar ke? 

Tak nak?

Tak nak sudah...

Eh, nakkan? Nak, kan?

Hahaha.... *modesyoksendirisedangovermenyelubungidiri*

Orang pertama yang memperkenalkan baju kurung Kedah ni di rumah dah tentu-tentulah my own mother. Itu pun bukan emak yang beli sendiri. Punca terjadi kejadian memborong baju kurung Kedah ni memang berasal dari my sisterslah ~ my Ngah and Chik.

Mereka berdua ni masa tu kerja di KL. So kalau sesekali balik kampung mestilah nak belikan 'souvenir' untuk emakbapakkan! Maka, mereka selalu belikan my emak baju kurung Kedah ni. Alah, kat pasar malam KL jerk tapi puluh tahun sudah, beli baju kat pasar malam KL bawa balik kampung pun kita dah rasa bangga 'jiddan'. Maklumlah anak belikan dari KL katanya.... Bangga pertama sebab anak yang belikan; bangga kedua sebab barang tu asal dari KayEl, you all ^_^ Tidak ke double kebanggaan jadinya?

Jadi, dalam belikan emak tu, my sisters ni pun belikanlah untuk diri sendiri; untuk dipakai buat basahan masa di kampung. Maklumlah kalau balik kampung tu mereka mulalah 'verangan' nak jadi anak dara pingitan semula!

Kami adik beradik perempuan ni, saiz dulu-dulu lebih kurang sama aje. Kalaulah emakbapak I buat hal belikan baju yang sama untuk semua anak perempuannya, memang berkemungkinan besar jugalah kami boleh tertukar-tukar baju! 

Itulah sebenarnya yang terjadi. Baju kurung Kedah nikan free size. So, satu hari I pun cubalah sarung.

Eh, macam best pulak! I ni memang sejak dulu suka baju yang angin boleh keluar masuk dengan senangnya ^_^

Mula-mula mencuba, lama-lama terpaut hati. Maka si anak dara pingitan Pak Mail ni pun mulalah suruh kakak-kakaknya tolong belikan baju kurung Kedah banyak-banyak. Bila stok sampai, kita pilih dulu mana berkenan. Mak dan kakak-kakak yang lain silalah tunggu turn. Maklumlah I kan anak perempuan bongsu... memanglah gedik manjanya over tak boleh dibayangkan!

I selalunya pakai baju kurung Kedah ni dengan kain batik (keh3x). Apa? You all fikir I tak pandai pakai kain batik ke? Eh, zaman anak dara sunti dah berkain batik tau! 

Tapi tak tahulah mengapa, la ni tak reti pulak nak berkain batik kecuali masa dalam pantang. Kalau berkain batik juga memang 'ohsem' sangat cara memakainya. Sini luruh ke bawah, sana senteng tak ingat dunia. Memang kena gelak. Tapi zaman moden ni lepas jadi emak-emak budak kan I suka pakai baju kelawar tetas bawah armpit^_^  

Tiba-tiba teringat kata-kata seseorang yang pernah rapat dengan diri ini ....

You ni agaknya sebab ramai kakak itu yang style berpakaian pun dah macam kakak-kakak you juga!

Yalah, pakaian I masa belajar kat universiti dulu macam secretary nak pergi kerja okey! 

Sebab itulah agaknya I dikata 'tua sebelum masanya'. Hahaha....

Tapi lepas kahwin dengan HD, dah kembali 'remaja' semula ^_^ Itu yang you all nampak perangai tergedik-gediks mengada @_@

Sekarang ni dah lama rasanya I takda baju kurung Kedah yang original. Yang dah dimodified jadi moden macam tu lainlahkan.... 

Eh, kat mana ek nak cari baju kurung Kedah original untuk dipakai dengan kain batik tradisional untuk dipakai sambil menyapu sampah (dengan penyapu lidi) di laman rumah?

Teringin pulak nak kembali ke zaman anak dara pingitan dulu ~_^

 



 

 

 
 



 

Comments

  1. Salam..
    Haaaa pki kurung kedah senang nk basuh pinggan takyah menyingsing lengan kan?

    Kat segamat masih byk lg ada jual di keai deret2 tu. dulu rm7 je . Kain cotton mmg nmpk selesa. X tau la skrg brp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam,

      Memang betul. Walaupun nampak ala mak-mak masa tu, senang nak buat kerjakan. Oh, memang dah lama tau saya tak buat perangai pakai baju kurung kedah tradisional ni. Kalaulah saya pakai sekarang mesti kena tegur dengan kakak saya - 'Kau ni nak jadi macam tua macam mak ke? Akak pun tak pakai baju ni!'

      Hehehe!

      Delete
  2. Tetiba pulak mak tersuka baju kurung kedah ni Kak Ton... cantik pulak. Tapi janganlah buat pattern yg bawah sekali warna kuning tu...Tu nampak sangat kilauan ar....

    Mak tak pernah pulak pakai baju kurung kedah ni.Sebab tak de kot. Tak delah pulak teringin nak pakai. Tapi sukalah tengok org tua tua pakai. Cantik... Terbayang baju kurung Kedah yg bersulam kat leher tu...Dulu dulu tu yg pemes ek...

    Eh? Bukan ke selalu Kak Ton duk ulang alik kat Jalan Tar tu...takkan tak de jual kot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni ha datang sambil ketip bibir dengan singseng lengan....Apa??? Nak lawan gusti ke? meh ar...

      Delete
    2. Cantikkan, Mak. Errkk... yang modenlah, yang last sekali tu nak pakai pun fikir 18kali keluar masuk bilik tau!

      Dulu masa awal 20-an pun saya selalu buat kurung kedah moden style tau, OKje. Sebab masa tu saya rasa saya ni cun gila kalau pakai macam tu. Comel aje. Memang menawanlah kalau ditenung lama-lama. Hahaha! Tapi la ni rasa lain macamlah nak pakai kurung kedah tu....

      Zaman anak dara pingitan dulu kalau pakai kurung kedah buat basahan terasa ala-ala anak dara kampung yang sopan sungguh. Kalau masa tu ada yang terberkenan menengoknya memang terus hantar rombongan meminanglah. Nasib baik takdakan, kalau tidak kahwin cepat dah macam jiran sebelah. Tak sempat nak ke menara gading katanya... Huahahaha....

      Nantikan Kak Ton nak buat 2,3 helai kurung kedah moden tema paku pakislah, Mak. Kak Ton memang suka satu corak beli banyak warna. Tabiat dari dulu ^_^ Mak janganlah jealous ya kalau Kak Ton nampak comel nanti ~_^

      Mana Kak Ton selalu ulang alik. Setahun 2,3 kali jerk....Yang selalu ulang-alik tu Ngah! Kalau pi pasar malam mungkin ada jual lagi tak baju kurung kedah tukan!

      Mak ni, asyik-asyik datang rumah orang nak ajak bergusti! Tak bersikap feminin langsung tau....

      Delete
  3. walau saya orang kedah tapi tetap suka baju kurung pesak jugak. Ni adik bongsu nak nikah 29hb ni nak tempah confirm la tak sempat. terpaksa la beli baju kurung readymade kids size. Di ulangi kids size ok! Susah jadi manusia tak membesar bersama usia ni. esok2 anak besar boleh share baju dengan anak gamaknya hahaha. Saya seorang tak pandai pakai kain batik. pakai dalam pantang tu main ikat2 je sehari dua tu lepas tu kena juga pakai seluar longgar2 & besar2 ala2 macam pakai kain. Yelah kain batik tu dah la panjang berjela dengan size kita yang tak meninggi ni jenuh nak gulung bagi singkat hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memandangkan akak ni orang Johor sejati walaupun dah jadi kakak tiri si tanggang, selalunya suka baju kurung Johor style yang bersembat leher bagai tu tapi la ni susah nak suruh orang jahitkan. Nak jahit sendiri memang tak pandailah. Nak buat baju kurung terbuat mini tube pulak kang...

      Akak suka baju kurung kedah ni sebab loose. Senang nak bergerak. Tapi itulah konpius sungguh masa zaman anak dara pingitan dah pakai baju kurung kedah. Bila dah meningkat dewasa, dah jadi urban girl dah. Tak main dah berkurung-kurung ni, kita kasi lepas bebas semua. Hahaha....

      Kain batik pun sekarang akak fail lah, tak tahu kenapa. Lama tak praktis pakai kotnya....

      Delete
  4. Dulu dulu selalu jugak Nani buat baju kurung kedah ni. Hikhik. Tapi sekarang dalam koleksi dah tak dek langsung baju kurung kedah. Semua kurung moden je tinggal.
    Psttt, nani dah start cuti, memang nikmat dapat berguling guling atas katil. Hahahaha *Lariiiiii *

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun dah lama takda koleksi ni, Nani. Dulu selalu juga buat kurung kedah tu sepasang tapi dipanjangkan lengan dan dilabuhkan baju tu. Sekarang ni pening tengok macam-macam fesyen yang ada sampai tak tahu mana satu nak buat.

      Untungnya alahai orang tu dah bercuti rupanya dia.... Kita ni yang bekerja kenapalah takda cuti-cuti semester yerk! Stress bila memikirkan!

      Delete
  5. saya suka baju kurung Kedah yang fashion macam dalam gambar tu..terasa vogue gitu! tabik spring la uolls! Orang Kedah belum tentu pagi petang pakai baju kurung Kedah tau.Siap ngan kain batik. Akak memang wanita melayu terakhir. yelah, orang banyak kakak..banyak abang macam saya memang pakai Tshirt je pandai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh akak tak ada abang pun suka pakai t-shirt sal wei
      tak kuasa jadi wanita melayu terakhir or whatsoever
      apapun kita gang sal. tok sah gang ngan wanita melayu terakhir ni
      (gelak jahat lagi...wahaha. syok betul!)

      Delete
    2. Weyh, weyh, ni baca sambil ketap bibir tersenyum tau! Ingat nak biar aje dia bermaharajalawak mengumpat kat sini tapi tak tahan pulak nak balas komen berjemaah. Takpa, takpa.... ni kes mesti tak tahan kena kutuk kat rumah sendiri ni ~_^

      Esoklah baru kita reply komen 'elok-elok' ^_^ Ni intro hangat jerk. Huhuhu....

      Delete
    3. Itulah Sal... akak memang rasa akak ni perempuan Melayu terakhir tau. Zaman akak anak dara sunti dah pakai baju kurung kedah dan batik kat rumah. Menyapu laman, mencuci pinggan mangkuk. Pendekata segala kerja rumah buat dengan berpakaian sopan macam ni. Silalah jealous ya Dik Sal dan ahkak terbantut usia 13 tahun yang nampak jelas kejelesannya mengomen tu ^_^

      Oh ya, YY! Lain kali kalau nak gelak (jahat sekali pun) silalah tutup mulut dengan sebelah tangan yerk (tangan kanan). Tak payahlah nak tunjuk gigi putih disental dengan Colgate tu. Ish, tak akan itu pun kita nak ajar. Memang tak perempuan Melayu terakhir langsunglah perangai.

      Oh, ya... lupa pulak! Kita ni orang Melayu nak pakai t-shirt ke, tak nak pakai apa-apa ke takpalah. Tapi kalau pergi kerja kahwin tu silalah pakai baju kurung yerk.... jangan keluar tema sangat. Nanti orang dok pelik asal dari mana pulak dah tetamu sorang ni....


      Huahahahaa....gelakkan dia kuat-kuat!

      Delete
    4. hahaha..comel lah korang berdua ni..hihihi.Rasanya walaupun saya dan kak YY gila bola, tak pernah lagi buat kerja pakai jersey gi majlis kahwin..hihihi.

      Delete
    5. Oh, Sal... akak taulah Sal tak buat macam tu tapi yang 'kakak' sorang lagi tu Sal... memang dia pakai baju tak ikut tema majlis kenduri kahwin tau. Kalau tak percaya, pergilah check entri-entri kerja kahwin dalam blognya. Serius takda pun pakai baju kurung ke, jubah ke, cheongsam ke dan yang seangkatan dengannya.

      Pssssttt... tapi jangan beritahu pada dia akak yang mengumpat tau ^_^

      Delete
  6. aiii..tetiba nak berkurung kedah ni...dulu-dulu nenek saya suka baju kurung kedah, memang pakaian harian dia...tapi xde kata mummydearie nenek tau...ehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apa...kata aje dia nenek
      dia ok aje...(sambil gelak jahat lagi)

      Delete
    2. Puas dok fikir tersilap masuk password blog ke apa ni? Tak sempat tuan blog nak komen, ada pulak yang tukang komen ni.... Sah! Kena jangkitan virus jiran sebelah rumah ni....

      Oh, man.... nenek Kniedaz yang suka pakai baju kurung kedah? Alamak, perbandingan tu tak sesuai langsunglah dengan saya. Maklumlah saya ni jadi mak mertua pun belum macamana nak jadi nenekkan. Hahaha!

      YY, meh kita bayangkan situasi ni.... 20-30 tahun akan datang awak jadi nenek tapi still maintain usia sebaya cucu pertama. Alahai...sedihlah kalau kita jadi macam tu.... Tapi kita pasti, awak memang okey ajekan walaupun baru 13 tahun orang dah panggil Nek Yana ~_^

      Delete
  7. kenapa nama dia kurung kedah ye
    memang asal kedah apa ke
    saya memang tahu pasal ni tapi biasa mak saya aje suka pakai
    saya bab pakai baju gini memang tak doyan

    tapi saya suka gambar no 3 dengan 4 tu. moden sikit nampaknya
    cantik sikit kalau saya pakai. kalau MD...tak tahu lah
    (sambil gelak jahat...hehe)

    eh ada ajelah jual. senang sangat nak cari
    p pasar malam pun ada jual
    tu selalu p jalan TAR, cer lah cari. banyak wei!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, googlekan ada! Cer pi cari kenapa dinamakan kurung kedah! Memang kot asalnya dari belah utara sana!

      Yalah budak kecil setakat usia 13 tahun tak akan nak pakai kurung kedah. Lagi pun tak tinggi mana katanya, nanti tak nampak pulak mana orangnyakan!

      Oh, saya suka semua kecuali gambar terakhir. Yang terakhir tu masa muda-muda, kecil-kecil dulu sukalah. Sekarang tak suka dah... Saya kalau pakai memang terserlah kecomelan,kekiutan, kesopanan dan ketatasusilaannya, YY. Memang cairlah hati kalau melihatnya. Silalah jangan cemburu kuat sangat yerk. Berdosa tau ... lebih-lebih lagi katanya nak berbesan 'sangat-sangat'. Hahaha!

      Ya ke ada jual lagi? Kalau gitu tercapailah hajat saya nak melaram pakai kurung kedah + batik tradisional gitu sambil sapu sampah di laman dengan penyapu lidi! Oh, comel sangat kalau setakat membayangkannya aje pun ^_^

      Delete
  8. zaman dulu2 ada gak Lyn baju kurung kedah. byk gak lah. my mum lah yg suiggest kan..
    tapi skrg ni tak teringin pulak nak pakai..
    mcm dh lupa jer kewujudan baju kurung kedah ni.. klu akak tak tulis sure lyn tak ingat langsung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelikkan, masa muda bukan main lagi kita pakai baju kurung Kedah. Sekarang ni bila umur dah menginjak (lebih matang) bukan main lagi fesyennya. Hahaha...

      Ahah, itulah. Akak pun dah lama tak nampak baju kurung Kedah orang buat basahan dok kat rumah tau!

      Delete
  9. Cantik² baju kurung kedah tu. Tapi dulu femes gak kurung kedah khenn. Nanti jgn lupa posing ngan baju kurung kedah yang di tempah tu yerp ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu ...suatu masa dulu... memanglah famouskan. Tapi sekarang ni dah dimodenkan jadilah macam tiga gambar di atas. Saya suka tau fesyen macam tu. Yang baju kurung Kedah buat basahan tu tidaklah lagi tergoda. Cuma terkenang-kenanglah zaman anak dara pingitan dulu ~_^

      Delete
  10. Saya berkenanla dengan baju2 kurinh kedah yang tiga kat atas tu.. tetiba dpt ilham nk buat baju kiring kedah cm tu untuk kenduri kahwin tahun depan.. ahha.. kalau jadi, anak buah saya akan kawin, wah.. tak lama lagi dpaat status nenek la nampaknya.. hihi..insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang suka pattern macam ni tau. Pada saya ringkas dan mudah nak menggayakan. Tapi kalau sekarang pakai baju kurung Kedah versi original tu, aduhai...mahu kena gelak!

      Oh, awak... kita dah lama jadi nenek tau! Cucu dah ada 7 dah sekarang ni.

      Oppsss....terlepas pulak cakap! Dah semua orang tahu kita dah jadi NENEK! Hahaha!

      Delete
  11. Mesti selesa kan dengan baju kurung kedah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Nini. Memang selesa sangat pakai baju kurung Kedah. Senang nak bergerak pun ya!

      Delete
  12. Zaman muda2 dulu ada jugakbpakai bajubkurung kedah ni..masa tu rasa moden sangatlah sebab fesyennya kan ke lain sikit dr kurung biasa.dh rasa cukup lawa la memakainya.hahaha

    Kt rumah tak pernah la pulak pakai.tp mak sy jiran2 dulukala semuanya memang suka jadikan baju kurung kedah sebagai baju basahan..sekarang ni macam dh agak pupus.blik kmpg tak nmpk dh jiran2 pkai noo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...saya pakai baju kurung Kedah yang orang buat basahan di rumah tu. La ni memang tak pernah lagilah pakai. Tengok orang pakai pun dah lama tak nampak!

      Kalau dah nama baju kurung Kedah, bukan ke kat arah-arah utara nun mesti banyak lagi yang memakainya? Hahaha!

      Delete
  13. kat kedah ni pun ada lagi kak. macam2 corak. tapi mestilah style asli kampung kan. itu yang syok. boleh berangan gadis sunti kampung yang inesen hahahahaha

    sama la tak reti jugak pakai kain batik. kalau berkain batik mesti 'lidah' dia tu terjelir keluar hewhewhew

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, itulah akak cakap tadi. Kalau dah nama baju kurung Kedah, mesti banyak lagi orang pakai di utara nunkan. Kira adalah sinonimnya nama baju ni dengan negerikan ^_^

      Hahaha...betullah, Kira. Nampak sangat innocentnya bila pakai baju kurung Kedah dengan kain batik sambil menyapu lantai depan rumahkan, kan, kan!

      Bab kain batik tu no komenlah sebab akak pun sama aje walaupun usia kita tak sama. Keh3x.

      Delete
  14. CH pakai baju kurung kedah ni pun masa anak dara dulu MD..
    Sekarang dah jadi mak dara ni ...
    Tak mampu nak pakai doh..

    Cantik juga kalau MD buat baju kurung kedah yg style kain tenun sarawak tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Rupanya ramai juga anak dara pingitan di kalangan rakan alam maya saya ni yerk ^_^ Ingatkan saya sorang jerk!

      Tak mampu dalam erti kata apa tu, CH? Takkanlah hargakan, bukan mahal mana pun. Kemungkinan saiz ke? Eh, CH kan kecil molek aje orangnya tak akanlah tak muat! Ini buat saya konpius sekejap!

      Delete
  15. Dulu suka gak pakai baju kurung Kedah.. sekarang minat tu dah berkurangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dah lama sebenarnya tak pakai kurung kedah ni. Tapi sejak tengok type yang dah kena 'modified' tu, rasa macam teringin pulak!

      Delete
  16. hi dear.. ade amek utk review product tak ye?
    terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi!

      Sorry ya Cik Ana. Sibuk sampai tak sempat nak reply komen.

      Kalau ada apa-apa, boleh hubungi saya di hppyrynne2906@gmail.com ^_^

      Delete
  17. cantik baju kurung kedah nie. my peberet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius cantik. Saya memang suka cumanya dah lamalah tak berbaju kurung kedah macam ni...

      Delete

Post a Comment