Edisi khas : persiapan pra kahwin ^_^

Salam 7 Zulhijjah kawan-kawan!

Oh, tajuk! Ala-ala nak naik pelamin aje kekdahnya! Ala-ala baru nak jadi pengantin padahal kenyataan sebenarnya, dah lama zaman berkompang itu berlalu pergi. Sekarang ni zaman 'mengompang' telinga anak-anak dan suami aje dengar bebelan kita setiap hari ^_^

Okey, okey! Tak payahlah ngumpat lebih-lebih. I know what you talk-talk behind me, you know .... 

Kalau sekarang ni suruh I naik pelamin sekali lagi  ala-ala mengimbau kenangan lalu pun I tak mahu tau. Malu weyh.... Merah padam nanti muka ah kak menahan umpat keji rakan sebaya. Habis meleleh make up menahan malu yang berleluasa! Hahaha! 

Tapikan ada jugalah hati mana tau sampai ulangtahun perkahwinan jubli perak nanti naklah juga mengimbau kenangan silam dok atas pelamin sekali lagi dengan HD. Keh3x....
 
You all buat apa hujung minggu yang lalu ni? Qada' tidur ke? Tapi emak-emak ni mana mungkin hujung minggu dapat qada' tidurkan. Dapat escape dari aktiviti main periuk belanga kuali tu mungkinlah! Atau, ada yang pergi mengukur jalan macam ah kak juga ke ? Atau pergi berholidaying sempena cuti sekolah ni?

Hari Sabtu lepas merupakan hari sibuk sedunia bagi I. Pagi-pagi (eh, pagi apanya, pukul 11 pagi baru keluar rumah!) dah ke Kajang nun nak pergi jemputan majlis perkahwinan. Ah kak is seriau sakan bila dengar nak ke Kajang. Manalah tau ada orang BMC tetiba jadi jemputan juga di majlis yang sama tanpa diduga. Maklumlah dunia ni bulat. Pengsanlah ah kak nanti nak beramah mesra sambil berselfie mesra selalu dengan MakJilap! For sure MakJilap tahan Kak Ton jangan balik cepat sambil duduk menongkat dagu mengumpat kalian semua tau! Penat mengumpat, kita bergusti lengan pulak katanya. Maklumlah first time terjumpa di luar! Hahaha.... 

Tapi macam doa Abang yang dimakbulkan Allah untuk sekolah ditutup akibat jerebu, begitu jugalah my doa tau ~_^ Kelibat MakJilap memang tak nampak langsung. Spek mata dia pun Kak Ton tak nampak atas meja makan tu tau! Oh, lega banyak! Confirmlah MakJilap bukan keponakan mahupun handai taulan pihak keluarga pengantin! Selamat kita ~_^

Lepas kenyang makan dan catch-up little-little dengan my keponakan, kami pun pulang ke rumah. Itu pun sampai rumah dah hampir pukul 2 petang. Lepas solat Zohor, terus keluar semula. Kali ni I keluar dengan my sister dan niece aje. Anak-anak I tinggalkan dengan Daddy mereka walaupun HD sedar kalau I minta izin nak keluar dengan my sister, mahu lepas 5,6 jam kemudian barulah nampak balik muka I di rumah! Sesekali keluarkan, apa salahnya! Bukan selalu dapat izin keluar sendiri dengan my sister ni ....

Mula-mula kita menjejak kain ela untuk dibuat pakaian mak saudara pengantin ^_^ You all nak tau tak, mak saudara pengantin yang paling vogue ni adalah orang terakhir yang belum siap pakaian sedondonnya tau! Sadis tak statement ni? 

I dah called my Chik di kampung suruh pujuk my favorite tailor tu untuk buat pakaian untuk I pakai pada majlis kahwin my nephew on Oct 17 tu. Kalau tailor tu tak mahu, my Chik buatlah apa gaya. Cakap kat tailor tu kesian kat I, nanti tak cukup kain kat badan sebab dia tak mahu jahitkan pakaian I tau! Tiba-tiba Chik called balik katanya tailor kata tak dan nak siapkan pakaian untuk majlis sebelah perempuan tapi untuk majlis di rumah my sister tu, InsyaAllah, dia akan siapkan! Uh, lega!

Maka jomlah kita mencari kain ela.... 

Untuk majlis nikah di rumah pihak perempuan, sepatutnya tema hijau tapi my Ngah kata, kalau tak ikut tema hari tu pun takpa. Maka I dah terbeli pakaian warna pink, so I pakai pink ajelah ^_^

Ini bukan baju lain, kain lain tau. Yang cream bercorak silang  tu kaki baju  sebenarnya. Kain pun warna pink macam ni juga ^_^

Mak saudara vogue haruslah sesekali terkeluar tema dari yang lain, barulah boleh perasan vogue ~_^ 

Walaupun my favorite tailor tak dan nak siapkan baju untuk majlis di rumah pihak perempuan, I tetap juga akan hantar kain ela ni kat my tailor. Asalnya nak buat kain labuh aje (entahlah kain potong 6 lah, potong 18lah ikut kata my niece...) tapi disebabkan tersangat murah, I beli sepasang juga. Nanti boleh buat pakaian sepasanglah. Sementara ni kita usahakan cari tailor untuk jahit kain saja untuk dipakai di majlis pihak pengantin perempuan. Temanya kata my sister hitam and sukahatilah nak gold ke, nak grey ke tapi I ni tetiba nak pink juga!

Murah sangat kain ni, harga separuh nyawa kalau tak dapat beli katanya...

I dah ada satu ala-ala kaftan pendek so akan disesuaikan dengan kain nilah kononnya....

 

Pssttt..... Tapikan  lepas balik rumah kelmarin, masa takda kerja nak dibuat katanya, I telah melakukan window shopping on the comfort of my bed, tetiba tertekan 'proceed' kat something ^_^ So tak tahulah nak pakai yang mana. 

Yang ini pulak kena cepat-cepat hantar ke tailor hujung minggu ni supaya dapat disiapkan untuk dipakai pada 17hb Okt nanti. Kalau tidak, I mogok laparlah nampaknya sebab takda pakaian sedondon dengan mak pengantin and the rest of my family ^_^




My Ngah nak balik kampung hujung minggu ni maka I kirim kat Ngah ajelah suruh pass pada Chik suruh pass pada ahkak tailor tu memandangkan I tak balik raya Aidil Adha nanti. Tapi kata Ngah 'Memandangkan kau jarang balik kampung, apa kata kau balik hantar baju ni sendiri! Senang tailor nak ukur kotnya ada yang terlebih lemak ke, terkurang tinggi ke...' 

Ni yang masalah ni.... kena balik kampunglah pulak!

Bercakap pasal  warna tema sebelah pihak my sister ni, memang kalut betullah. I ingatkan warna  coklat Milo ke, coklat itu ke, coklat ini ke tetiba ini rupanya 'coklat' yang dikehendaki. Jenuhlah weyh pusing cari kain! I berkenan, my sister tak berkenan. I tak berkenan, my sister berkenan! Bila kami berkenan, my niece pulak tak berkenan! Tapi yang ini my sister yang berkenan sebab my sister tu bukan boleh kalau ada warna merah-merah sikit ni, memang alergi sungguh! Tak dapat dia memakai, orang terdekat pun jadilah! 

Pada mulanya I dah nak ambil plain coklat dan dah pasang angan-angan nak tudung pink (lagi!). Nampaknya memang tak menjadilah angan-anganku itu. By the way, ini baru cerita pakaian yerk, tudung belum menyempat lagi nak cari walaupun hari tu rambang mata tengok kat Ariani sale menggila-gila katanya! Sebab masa tu belum cari kain ela makanya tak beranilah nak beli tudung dulu! Jenuh pulak kang nak bawa tudung ke hulur ke hilir nak cari warna yang sesuai!

Nasib baiklah juga tau bila bawa balik, HD pun berkenan tapi katanya ingat nak beli plain color rupa-rupanya corak juga yang dirembatnya .... You knowlah wife you ni HDkan, memang gitu-gitu aje ^_^

Dek kerana penat, kami bertiga terjah Nu Sentral sekejap 'melepak' minum petang. Amboi, bila anak-anak ditinggalkan dengan Daddynya, memang berlagak bujang aje. Padahal yang bujang my niece aje. My sister and I dah terexpired status bujangnya lama dah! Takpalah sesekalikan asalkan suami dan anak-anak tetap dalam ingatan ^_^

Dah settled semua, dah penat kaki ni mengukur jalan barulah kita tapau makanan untuk mereka yang di rumah. I pun calledlah my beloved Hubbydearie nak beritahulah dah nak balik ni (nak hampir masuk Maghrib pun...) tapi ini pulak jawapannya...

Balik ajelah tak payah call-call. Balik cepat!

Hahaha....ada bibit-bibit marah nampaknya ^_^

Kalau masa baru kahwin dulu mesti kata-katanya lebih lembut seperti ini,

Baliklah cepat, dear. I miss you oredi! Lama betul you keluar tinggalkan I sendirian di rumah ni!

So, kerana hari Sabtu hampir separuh hari di luar rumah makanya hari Ahad, kita berjimbalah dalam rumah aje bersama suami dan anak-anak tersayang.

Eh, silap! Anak-anak tersayang keluar berjimba lagi ke KLCC bersama MakNgah, Abang Iwan dan kakak sepupu tersayang. Mereka ni memang sakit-sakit badan kalau duduk rumah aje hujung minggu tau ^_^

Maka tinggallah MommyDaddy berdua-duaan di rumah menghayati bulan madu-entah-ke-berapa-kali-gamaknya. 

Huhuhu....

 

 



 



 

 

 


Comments

  1. sapa yang nak kawin ni, confuse daku!
    shopping ngalahkan pengantin nampaknya ni
    meriah betul...

    tu hak yang ter klik proceed tu kan, silalah ter send ke saya juga ye
    hehe...best juga tu kalau tetiba ter terima =)

    OMG! seramnya antara ayat-ayat terakhir tu
    kena panggil reporter buat liputan! seram wei!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, walaupun bukan kita yang kahwin (opocot!), haruslah menyibukkan diri juga sempena majlis kahwin anak saudara. Nanti kalau tak sibuk, nampak sangat macam lepas tangan jerk. Sibuk cari kain untuk baju sedondon pun kira okeylah tu ^_^

      Alahai...itu yang terproceed, terclick semuanya past tense, YY. Makanya memang penghantaran tak akan silap alamat. Keh3x.

      Amboi, amboi! Otak memang berkarat tau! Fikir apalah tu gamaknya sampai nak panggil reporter datang rumah buat liputan. Dalam rumah tu privasi, mana boleh buat liputan nanti kena saman, awak ^_^

      Delete
  2. Anak buah yg nak menikah mak-pak sedaralah yg biasanya busy mengalahkan sendiri yg nak menikah. Bab nak sedondon lagilah. Kalau nak senang pihak pengantin kena sponsor semua mak-pak sedara baru ngam semua sedondon..

    Bebudak cuti-cuti ini biarlah mereka jenjalan MD. Dah untung kita tak payah ikut sama sebab ada yg boleh dipercayai boleh buat mereka happy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalahkan, kak. Keterujaan tu kurang sikit aje daripada pengantin yang dapdupdapdup nak lafaz nikah ^_^ Kita ni dah namanya mak saudara kenalah menyibuk juga.... saya belum dapat senarai kerja makanya setakat hari ni tugasa saya 'menyibuk' aje. Hahaha!

      Nak sponsor macamana kak...ramai betul mak saudara kiri-kanan dua belah! Kesian pengantin. Ni pun katanya mak pengantin dah teroverused budget tapi yang saya perasan tudung mak pengantin pun mengalahkan pengantin nak bersanding 7hari7malam, kak.....

      Delete
  3. hamboi...hamboi, lawan tauke nampak, nak kaler lain dari yang lain. Pink sesaje, feminin sungguh! Dekat dah tu 17 Okt, cepat-cepat tempah baju! kalau tak, melepas nak jadi mak sedara vogue!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau baju tak siap untuk majlis belah lelaki, memang akak nangis naik buai laju-lajulah, Sal ^_^ Nasib baik majlis my sister, kalau majlis akak rasanya lagi havoc mak pengantin melaram tak ingat pengantin!

      Delete
  4. kalau mak pengantin pun dah shopping tahap berpeluh2 ni bayang kan la pengantin nya pulak..kan?Suruh kaki shoping yang pilih kain memang la..semua dia tak berkenan sebab dia nak ukur jalan lagi....hahah..agaknya suami MD pun dah paham yang u..Itu yang pesan tak payah call2 la..balik je..ekekekk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, mak pengantin lagi teruk daripada mak saudara pengantin tau. Tak tahulah berapa pasang baju baru dibuatnya. Asal nak tolong carikan kain ela orang lain, mak pengantin sibuk cari barang sendiri. Lepas tu komplen budget dah terlebih-lebih padahal bakal pengantin tak buat apa-apa pun yang jadi punca budget menyusut tau. Hahaha...

      HD memang tau. Time kita rasa nak bermanja, nak jadi mithali tetiba aje buat hal. Kalau kita tak telefon pun kena juga!

      Delete
  5. Cantik2 kain yang MDtunjuk gambar tu,,memang la nak sedara pengantin cantik mcm pengantin nanti tu MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik! Lama tak dengar khabar berita! Blog pun lama tak berupdate yerk!

      Agak-agakkan Acik, bila tiba masa nanti adakah mungkin pengantin terovershadow dek saya dan anak-anak? Mak saudara kekwat, adik-adik sepupu pun kekwat sama nak pakai tuxedolah, itulah... Kesian pulak dengan pengantin!

      Delete
  6. Trend skrg mcm ni lah kan tiap kali ada kenduri kahwin especially anak2 buah sendiri.. semua kena ikut tema.. klu sedara tu tak lah sgt ikut tema. tapi ada gak tempah baju baru semata2 nak pi wedding.
    ingat penganti jer nak glamour, makcik2 pun nak glamour jugak.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah nak sedondon, sama tema semuanya. Padahal dah diberitahu lama dulu tapi biasalah akak, bab mencari kain ni memang malas. Kalau boleh sekali pergi tu nak beli untuk setahun punya pakaian. Senang nak hantar kat tailor yang jauh di selatan tu ^_^

      Makcik-makcik termasuk mak pengantin memang over tau di majlis orang! Kesian kat pengantin kadang-kadang. Tapi nasib baiklah anak saudara akak lelaki makanya selamat dia dari dibayangi dek mak-mak saudara havoc perangai nih ^_^

      Delete
  7. Sakan mak sedara..shopping menhalahlan pengantin..sy pun lebih suka baju yg jenis plain..klu corak kt kain ke kt kaki baju macam yg pink first tu memang lawa..yg corak2 kurang minat sikit..tp klu kena gaya baju cantik jugak..fesyen apa tu MD minta tailor buatkan

    Sakan ehh honeymoon..kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayakan kalau boleh biar sarat dengan corak tapi warna-warna pakaian mestilah nak bright supaya dari jauh orang dah nampak kita. Tapi kesian pulak kat pengantin nantikan kalau pakaian pengantin lebih lembut warnanya daripada pakaian keponakan pengantin! Hahaha....

      Oh, disebabkan PK kata pakaian yang dalam gambar pertama tu lawa, saya rasa nak tambah lagilah warna-warna untuk pakaian yang sama. Tinggal nak proceed ni. Hari tu takda yang support. Ni dah dapat satu support rasanya haruslah proceed terus ^_^

      Ish, menghayati orang kata bukan menikmati.... kena faham tu ~_^

      Delete
  8. Pergh.....sure 10 round merry go round Ahad baru ni kan hihi....Maklum le baru lepas tengok orang kawen,kena sawan ler tu. Weyh Kajang kat mana tu? Ruginya tak tau, kalau tau, maunya mak terjah rumah pengantin. Nak bergusti lengan punya pasal katanya....

    Suka yang warna pink tu. Kak Ton pakai memang sesuai le sebab Kak Ton kan putih melepak macam kapas.... Kalau mak yang pakai harus jadi birat sama mcm bibir mak ni ha haha......

    Dua dua yang bercorak tu pun cantik jugak kak Ton tapi corak dia mcm sama sekali imbas ..... corak melingkau lingkau macam pokok pakis hihi....Pas tu pakai pulak tudung belit belit mmg perghhlah....mabeles weyh! Kira tema Pakislah ni yek hihi....

    Sure kak Ton tak sabar nak mengenakan tema Pakis di hari persandingan anak buah kan.... Sure superb vouge gitu....

    Udah mak serious...nak kena hempuk ke ngan jiran weyh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi, kalau otak kuning suruhlah dia berfikir ^_^ Laju aje buat conclusion! Kita kata 'menghayati' bukan 'menikmati' Amboi, amboi.....

      Alamak! Lupa pulak kat mana.... Exit dekat Bukit Dukong tu, Mak! Sebenarnya rumah mak mertua salah seorang anak saudara saya. So kamikan pantang dijemput, laju aje datangnya. Buat kat dewan sekolah. Melilau mata den ni memerhati sekeliling manalah tahu kotnya nampak 'Jilapah' ^_^

      Mana ada Kak Ton putih melepak. Kak Ton memang putih tapi melepak tu dah jadi past tense dah, Mak! Hahaha....

      Yalah, yalah... Kak Ton dah bagi tau kat Ngah ada orang kata tema baju kahwin hak Kak Ton tu namanya tema paku pakis! Yalah, yalah..... nantilah yerk ada masa kita balas dendam. Kesumat aje dendam dalam hati ni tau!

      Nasib baik Mak sedar diri dan berhenti mengumpat sendiri. Kalau tidak, see at simpang empat entah kat mana tu nanti!

      Delete
  9. Huhu bab memilih warna baju mmg lah mkn masa berjam2. Klu sendiri punya ok lg tp bila nk pki ramai2 kena ikut citarasa org lain juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik pergi dengan my sister. Kalau dengan HD ni memang main rembat aje. Tak kuasa HD nak 'melepak' sama menunggu kita pilih memilih kain katanya ...

      Delete
  10. Amboiii shopping kain. Seronok bila ada orang nak kahwin ni sebab dapat beli kain baru. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahah, itulah salah satu faktor seronok pergi kerja kahwin nikan, Nani. Boleh meninjau-ninjau kain ela nak buat baju baru. Akak ni kalau ikutkan hati suka beli kain tapi tak suka hantar ke tailor. Simpan aje kain tu buat harta tau!

      Delete
  11. Amboiiiii...sakan shopping. Macan nak naik pelamin jugak jer nih...ekekeke...Tapi kain² tu suma cantik².

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tempias pengantin ni namanya! Dalam kata sibuk tu sempat jugalah tetiap malam mencari pakaian lagi. Kotnya ada yang berkenankan, proceed ajelah masuk shopping cart. Hahaha!

      Delete
  12. Teringat masa nak kawen hari tu....expresss....hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun express juga bab persiapan nak kahwin ni. Takdalah gempak macam zaman sekarang ni. Macam-macam ada. So, sebab tak berapa gempak majlis sendiri apakata majlis anak saudara ni akak menggempakkan diri sikit. Hahaha!

      Delete
  13. alaaaa kenapa tak buat kain satu papan tu togehter2 kalau tidak boleh jadi bridesmaid hihihihih. kalau zaman sekarang memang kita eksaited kan nak beli baju sendondon la ape la. kalau zaman dulu elokkkk je tengok dalam gambo kawen deme. sorang baju kuning sorang lagi baju merah ekekekekeke :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoi! Malulah nak jadi bridesmaid. Nanti mengalahkan pengantin pulak. Maklumlah akak punya gila glamour tu boleh buat tenggelam momen-momen indah pengantin tau!

      Dulu-dulu zaman akak kahwin takdanya nak sedondon bagai. Kalau tengok style make up pun ngerilah sekarang. Betul-betul make up pengantin katanya ^_^

      Delete
  14. Ni banyak baju pasang nak tukar ni MD..
    mengalahkan pengantin tu..
    Kan pengantin ada tukar2 baju tu..
    Jap jap pakai Korea..
    Jap Jap pakai Saree..
    Jap jap pakai baju Tun Teja..

    Boleh jadi MD pun boleh bertukar lah masa tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira macam pengantin jugalahkan emak saudara seorang ni ^_^ Kalaulah boleh CH memanglah saya nak tukar-tukar pakaian aje sepanjang majlis. Biar pengantin jealous ada perbandingan pulak mak saudara pengantin dengan pengantin. Hahaha!

      Delete
  15. Anak sedara yg nak kawen tu lelaki ke fomfuan? Melampau shopping kain sampai banyak macam tu. Majlisnya dah dekat dah ni. lagi 2 minggu.

    ReplyDelete

Post a Comment