Jerebu di hatiku ^_^

Salam 1 Zulhijjah kawan-kawan!

Hehehe... (gelak dulu) tak tahulah intro hari ni perlu ke tidak menyakitkan hati jiran sebelah ^_^ Melampau pulak rasanya kalau setiap entri pun nak hangatkan hati jiran. Berbaik sangkalah sesama jiran. Sesekali mengumpat tu okey lagi. Kalau dah hari-hari, memang kutunggu mu datang rumahlah jawabnya ^_^

Semalam kami sekeluarga masuk tidur awal. Pukul 9.30 malam dah kerahkan anak-anak tidur sebabnya depa main tak ingat dunia. Maka, kenalah tidur awal. Dengan makpak pun masuk tidur cepat. Maklumlah takda drama Korea terhangat di Astro malam tadi ^_^

Itu pun I tersedar  tengah malam. Mulalah nak lompat katil aje memanjang. Ingatkan dah Subuh. Rupa-rupanya bila tengok jam baru je pukul 12.30 pagi! Sia-sia aje I terjun katil terkejut katanya! Sambunglah tidur balik....

Pagi ni macam biasalah. Berebut-berebut bersiap. Berebut-rebut make-up. Berebut-rebut lilit shawl. Berebut-rebut jemur sebakul penuh pakaian. Kejut si Bubbly Abang suruh mandi, solat dan bersiap. Pukul 6.45 pagi off we go, keluar dari rumah! 

Sampai kat area sekolah,  tengok lengang aje walaupun ada juga beberapa buah kereta berhenti di depan pagar sekolah. Yang buat u-turn lain. Yang dok bertanya soalan pada pak guard sekolah lain. Tiba-tiba one of the guards menghampiri my kereta dan beritahu berita gembira (untuk Abanglah, Mommy nak gembira apanya...)

Hari ni sekolah tutup, Puan! Jerebu teruk!

Terpancar senyuman megawatt di muka anak bujang tersado I tau ^_^

I pun buat u-turn. Lepas tu teringat something. Suruhlah si Abang tanya kat pak guard, Khamis dan Jumaat macamana. Nak main trial and error macam ni juga ke. Nak kena buat u-turn kat depan sekolah lagi ke atau nak tunggu news update hari Rabu?

Maka Abang pun turunkan cermin kereta dan bertanya...

Pakcik, pakcik! Hari Sabtu dan Ahad sekolah ke tidak?

Uhuh... melampau  tu Abang... Mommy suruh tanya lain, ditanyanya lain!

Kalau takda jerebu pun Sabtu dan Ahad tak sekolahkan... Taulah happy dalam hati tu dapat sambung main game, sembunyilah sikit feeling tu depan Mommy. Kang Mommy naik angin suruh belajar 4 jam tanpa henti macam malam tu baru tau!

On the way nak hantar Abang balik rumah, kita pun singgahlah di gerai Makcik Leha (erkk...bukan nama sebenar) beli extra sarapan untuk bawa balik rumah dan dapatlah Mommy merasa nikmatnya makan roti canai berkuah dal dan sambal di pagi hari. Oh, indahnya hariku yang berjerebu ni! Semalam sarapan sambil berdating dengan Hubbydearie. Pagi ni pulak ditemani anak bujang tersado ^_^

Dekat gerai tu tengok ramai jugalah budak-budak yang berpakaian sekolah. Masing-masing dah tentu cluelesslahkan yang hari ni cuti. Kalaulah depa tau dari awal, memang tak kuasa nak bangun sebelum Subuh pagi tadi!

Dalam kereta tiba-tiba Bubbly Abang bersuara,

Tak sangkalah senang pulak Allah nak makbulkan doa!

...sambil tersengih-sengih gembiralah alahai dalam hati anak bujang ni!

Bubbly Abang fikir dia seorang aje yang berdoa hari ni cuti tapi Mommy rasalah memang ramai pun murid-murid yang begitu!

Tiba-tiba teringat pulak kat kawan alam maya Mommy, cikgu kecil molek dari Kelantan pun bukan main gembira lompat bintang belakang almari tapi tak mahu mengaku dia happy! Yalah, takut pulak kalau terlepas ke pengetahuan anak-anak muridnya ~_^ 

Tercapailah impian cikgu nak menonton drama Korea marathon pagi ni sambil berpiknik di bawah payung terjun yerk. Harapnya cikgu gembira dapat cuti. Kalau sambung terus sampai ke Jumaat, dah boleh prepare balik kampung dah ni. Kalaulah I diberi peluang begini, laju aje pack barang tau!

Tapi, bila fikir balik kesian juga pada budak-budak sekolah ni terutama yang nak ambil exam. Asyik cuti aje, bilalah nak habis belajar! Exam dah nak dekat. Tapi jangan bimbanglah.. harungi aje apa adanya. Setakat exam sekolah tu, kacang walnutlah sangat! Kata dah belajar dari awal tahun, apa nak takut ^_^

Eh, by the way, budak-budak yang belajar kat universiti pulak janganlah terasa diri tu masih di bangku sekolah. Tetiba aje nak mengaku masih belajar. Tetiba aje nak memonteng kuliah. Kalau tidak, bukan main lagi nak jadi independent woman/man kononnya, tak mahu dah dengar makpak membebel lagi! 

Lagi pun setakat jerebu ni, pandai-pandailah you all jaga diri. Mask tu murah aje. Belilah satu guna duit PTPTN. Kalau tak mampu, ah kak vogue banyak mask kaler-kaler tau, import dari Jepun lagi. Ah kak vogue kebal sikit, sebab itulah tak pakai mask. Nanti dah sakit barulah nangis-nangis cari mask bawah almari!

Kalau budak-budak sebaya Bubbly Abang tu lainlahkan. Kita suruh depa pakai mask demi kesihatan sejagat, depa pi transform jadi adiwira pulak! Mask ke mana, depa ke mana akhirnya. Susah nak kawal budak-budak yang hyperbola eh, hyperaktif macam ni. Tapi setakat budak-budak ni, kuasa veto masih di tangan makpak. Kalau melawan, jangan dibelikan jajan idaman hati. Mahu depa tak tahan terus ikut kata makpak! Selesai  dah masalah...

Oh, by the way ... I takdalah pulak text my boss kata nak cuti mengejut sebab tak tahan jerebu dah meresap dalam hati dan fikiran! Nanti kalau explain banyak pun bukan boss faham. Simple English pun boss terkebil-kebil apatah lagi kalau I berbicara dalam bahasa Tagalog. Nangis pulak my female boss tu! 

Lepas hantar anak balik ke rumah semula, I terus memandu ke pejabat. Tapi pagi tadi I sempatlah berbuat baik pada suami my neigbour yang sepelaung dari rumah I. I nampak dia keluar dengan tiga orang anaknya yang berpakaian sekolah. I pun sengih sambil beritahu hari ni tak sekolah; sekolah tutup sebab jerebu teruk! Si bapa pun macam  terkejut beruk dengar suara I. Selalunya lalu langgar bahu pun tidak sambil membisu seribu bahasa. Yalah, dia bapak budak and I ni mak budak. Kalau HD takda, apa hal pulak I nak tersengih kat jiran lelaki. Mahu kena hempuk dengan HD kang!


Kiranya hari ni I dah mencurah petrol sia-sia aje pagi tadi dengan ulang-alik ke gerai Makcik Leha dan sekolah Bubbly Abang! Balik rumah petang nanti I nak claim duit minyak kat my Hubbydearie atas kesengsaraan yang terjadi ^_^




















Comments

  1. Kakak dah agak mesti ada yg dah terhantar ke sekolah
    Kalau yg jenis rajin berfb cepat dpt infonya
    Kalau tak pusing-patah-baliklah jawabnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni kalau balik rumah memang lupakan alam maya, kak. Group WA pun takda katanya. Grup ngumpat tu adalah ^_^ Sebab itulah saya tak tahu. Lagilah anak sekolah Cina, mana nak ditanyanya!

      Memang dah sampai depan sekolah terpaksa patah balik. Tapi hati gembira dapat beli sarapan dengan anak ^_^

      Delete
  2. Oh yeh.. termakbul doa Abang ya.. hihi.. budak2 kecil sepatutnya rehat je kat rumah masa jerebu ni.. memang pelajar cemerlang ye, semalam lagi dah diberitahu cuti, ada juga yang tak perasan ye, ni mesti sebab memang setiap hari bersemangat nak ke sekolah ya? Hihi.
    Abang doalah lagi ya, kot cuti nak ditambah lagi 2 hari Khamis dan Jumaat nanti.. wah..beraya sungguh kita kan Abang? Mommy xpayah, kena simpan cuti tu untul benda penting nati2..

    amboi tidur awl dan lena sungguh ya. Tak ada gangguan semalam ya..bgus la gtu.

    Amboi, bagus pagi2 dah berbakti kepada jiran sebelah ye.. haha.. sah2 orang kawasan tu suka tidur awal sampai tak perasan pengumuman ni semalam.. saya terjga sebab batuk tu tgk2 msej dah ada beratus, rupanya sebab kes cuti ni..

    Tulah kan. Hari isnin selasa takde cerita yong pal, bosan la sikit saya pagi ni.. ingatkan nak khatam banyak2 episod tapi terasa malas pulak tgk cerita lain. Bimbang kalau mula kang asyik nak tengok je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak-budak yang tak ada exam ni, kita 'makbulkan' ajelah hajat merekakan, cikgu ^_^

      Semalam ada beritahu ke cuti? Saya tak tahu pun. Saya kalau kat rumah memang tak hadap komputer. Media sosial pun jarang. Kalau rajin pun ngumpat kat WA. Hahaha!

      Eh, eh... kata tak teruja apahal pulak ni suruh doa lagi sambung cuti? Nampak sangat keterujaan yang tersembunyi di situ tau ^_^ Ni mesti cikgu dah terbayang-bayang hari raya minggu depan. Maklumlah kalau dapat cuti lagi dua hari memang bestlah straight seminggu bercuti sambil berpiknik katanya!

      Oppsss.... jangan disebut pasal Yong Pal. Saya kalau hari Khamis & Jumaat tu memang asyiklah Yong Pal sesaja. Sampai pelik kawan pejabat ni. Extreme teruja mengalahkan budak belasan tahun. Hahaha!

      Delete
  3. kita pun skip juga terapi anak kita hari ni sebab jerebu. Belum call therapist lagi nak ambil next appointment. Tak sanggu jugak nak redah jerebu dengan anak yang still batuk.. bukan takat jerebu di hati tengok anak sakit.. siap berdebu di jiwa malam2 asyik kena bangun tiap kali anak batuk. Takut dia termuntah. rasa macam nak pergi cekak pinggang kat negara jiran sambil marah2 jer. Geram sangat tau tiap2 tahun jadi camni. Kesian kat Mall tu kurang sorang pengunjung hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambunglah lagi masak kombinasi masakan terkini tu, Suria. Lebih baik dok kat rumah. Tak lari pun Guardian tu tapi yalah memang kuranglah satu pelanggan setia BioEssence katanya. Kesian jualan produk kesayangan menurun 0.0001% dek kerana dik Suria kita tak dapat keluar rumah katanya...

      Nasib baik kat rumah akak ni belum kedengaran apa-apa lagi. Kalau tidak, lepas sorang, sorang. Akak aje yang selalu tegak berdiri memalam buta menguruskan suami dan anak-anak tau. Manalah nak cukup tidur!

      Delete
  4. Oh, mengata depan-depan ya! Dengan beraninya dalam blog kita pulak tu nak kutuk! Hahaha...

    Yalah, yalah, memang dah maklum saya rabun nak kata macamanakan. Ngaku ajelah daripada berlagak sambil kata 'No commentlah kome...'

    Saya ni kalau tak jerebu pun tak nampak juga. Tapi tak nampak tulisanlah. Lain-lain saya nampak tau! Eh, eh...

    ReplyDelete
  5. tak pa la, dh pergi nak buat mcm mna kan..
    xlist blh juga beli juga roti canai..
    suka la abg ye doanya termakbul..

    jerebu mmg makin teruk.. saya dgn rania pon berkurung je dlm rumah.

    apa pon jaga diri ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. At least dapat juga makan roti canaikan.. dah lama sebenarnya tak breakfast kat luar tau, Ciksu ^_^

      Suka betul Abang sebab katanya doa dimakbulkan Allah. Pantang cuti, ceria aje. Hari ni tengok ada kereta macam 'patah balik' dia dah sibuk. Saya kata cuaca cantik , jangan bimbanglah sekolah tak tutup punya!

      Delete
  6. Nasib jiran sebelahku sudah insaf.....makbul doaku hihi...

    Tulah sapa suruh tidur awal sangat, kan dah mengigau lompat macam kanggroo, baby dalam hari pun tido lambat tau....lebih kurang pukul 10....

    Kehkehkeh....abang ni terer gak buat lawak ek pepagi , siap boleh tanya pak guard Sabtu Ahad cuti ke tidak, happy sangat lew tu dpt cuti! Dpt main game....dpt makan roti canai dgn mommy....Auntie gak yg lum dpt makan roti canai....Esok ar ajak Pak Jilap

    Sekarang ni Kak Ton suka betul tinggal pesanan di akhir entri ek... Mak enon sungguh tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada insaf, Mak. Cuma bagi peluang tak meraung bawah meja jerk. Lain hari kita on balik mood menyakat tu. Hidup itu indah kalau dapat menyakat jiran tetangga tau!

      Kebetulanlah hari Isnin mana ada cerita. So kita ambil peluang tidur awallah, Mak. Lain hari selalu aje lambat tidur dek si Adik Cute tu. Ada aje ceritanya kita nak kena dengar. Ni sekali bertempek, ahah dengan bapaknya tidur awal! Hahaha!

      Pagi ni pun sama, Mak. Siap risau tengok kereta macam 'patah balik' je.... Sorrylah cuaca pagi ni okey aje so takdalah nak memonteng ^_^

      Errr... Mak dah dapat pekena roti canai ke tidak semalam? Pak Sponsorkan cuti, apalagi... makan luar lah!

      Delete
  7. Hehe pg td sy lmbt bgn. 5.40 camtu br sedar melompat la jugak.. Lelaju minta suami kejut ank sbb hp berdering, alarm bunyik. Bingit sgt rasanya.

    Bonda call bg tau ayah kata arini ank2 cuti sbb jerebu. Jgn antar ank sek. Eh lompat bintang jap. Haha

    Mujur ayah ngadap hp . Si anak tido awal tak tau apa. Tp sian gak cikgu2 kena g sek gak katanya. Murid je lah mengamuk kat umah. Hehehe

    Mask mahal masa jerebu thn lps. Bergada2 harganya. Thn ni guna last year punya. Mujur byk lg. huhu.. Nnt abis jerebu kena beli lg stok utk thn dpn kot? Ekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang tu terasa bingit bila handphone dan alarm berbunyi serentak tapi tetap juga boleh sambung balik tidur. Itu yang tak tahan. Saya selalu aje kena macam tu. Lepas tu memang lompat katillah kita...

      Nasib baik sempat beritahu maka tak perlulah buat u-turnkan. Macam saya ni kalau di rumah memang lupa sekejap alam maya. Handphone pun elok duduk dalam handbag. Tak pedulilah apa berlaku.

      Tahun ni tak sempatlah peniaga nak jual mask mahal-mahal kalau jerebu dah reda. Baik untuk kita, rugilah untuk mereka. Hehehe!

      Delete
    2. Kan? Thn ni mcm x lama sgt pki mask. Thn lps blh thn hebat gak...

      Delete
    3. Itulahkan cuaca pun dah elok kembali. Alhamdulillah! Tapi standardlah jadi manusia, tengok cuaca elok pun tetiba terfikir 'Eh, napa tak jerebu pulak hari ni?' Hahaha....

      Apa-apa pun kita simpan ajelah stok face mask kita tu untuk tahun depan. Manalah tahu jerebu datang melawat lagi hujung tahun depan!

      Delete
  8. assalamulaikum...akak singgah sini pulak nak komen2....kikiki...dik bukan ko je yg buat u turn pagi tadi akak pon kene gak....hahaha...nasib sekolah dekat dan lagi satu bukan akak yg pi menganto anak2 tapi cik boss....jadi bila dia balik tu akak hanya mampu sengih2 je....hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam!

      Ish, tak payahlah berakak-akak dengan saya. Saya pun bukan muda lagi tapi awet muda. Hahaha... pinjam kata jiran sebelah rumah jap!

      Habis minyak keretakan sebab kena buat u-turn. Tapi nasib baiklah ada roti canai penyelamat sarapan pagi, takdalah ralat sangat. Nak buat macamana kata kat cik bos, bukan salah kita. Salahkan pada kementerian buat pengumuman lewat. Orang dah masuk tidur baru buat announcement siapanya nak dengar? Lainlah drama pukul 7 alih ke pukul 12 malam. Itu bolehlah kita tahan mata ni jangan bagi tidur cepat sangatkan!

      Delete
  9. Semalam bunda dengar ramai yang terhantar anak kesekolah sebab lambat dapat info cuti jerebu....
    Harini pun ada jugak ke yang terhantar anak kesekolah...ishh ishh ishh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Termasuklah saya juga, Bunda! Bila kat rumah tu tak kuasa dah nak bermedia sosial. Sibuk memanjang walaupun anak dua aje. Urusan tak habis-habis. Memang tak tahu langsung ada pengumuman katanya. Dalam kereta pun masa nak hantar anak, si anak matikan radio pulak, tak suka dengar radio katanya. Makanya teruslah hantar sampai depan pintu pagar sekolah!

      Delete
  10. Syoklah kan budak2 dpt cuti.. klu kita yg kerja ni dpt cuti pun bagus gak..
    tapi dlm mimpi lah... nak taknak kena lah pakai mask & kerja.. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalaulah setiap kali jerebu kita dapat cuti memanglah best. Tapi company bangkruplah macam tu...

      IPU tinggi ke tidak, tak payahlah susah hati sangat kita tunggu pengumuman cutikan, Lyn!

      Delete
  11. Tak la berapa jerebu di hati sangat cerita u ni. Kalau jerebu sekali pun belum tahap bahaya yang kena tutup sekolah la kan? U masuk ofis sebenarnya kul berapa ni Ce citer sikit. Siap sempat gi skolah Abang, pastu u turn, then brekfes dgn dia, pastu hantar dia balik umah lagi. Dekat ke umah u dgn ofis? Tak jem ke? Ishh, jeles plak haku rase. hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang berjerebu hati I tapi hati you all memanglah tak berjerebu sangat ^_^

      Err... rumah dengan pejabat 20 minit aje. Rumah dengan sekolah Bubbly Abang 10 minit aje. Kalau HD drive lagilah cepat. Kalau I drive adalah macam kura-kura sikit. Kalau jem, barulah lama sikit masa diambil. Silalah jealous yerk ^_^

      Delete
  12. laa...ni nak kesian ke nak gelakkan ni
    saya malam tu dah tau sebab tengok berita kat tv1
    afif seronok kan main sebab hari sebelum tu pun tak sekolah sebab demam
    4 hari dia cuti termasuk jumaat lepas
    ni pun paksa sekolah sebab minggu depan dah cuti panjang

    bula terasa nak jadi budak sekolah juga sebab masa
    p kerja ada pakcik mana tegur saya, bukan arini tak sekolah ke
    eh2...pakcik ni tanya saya tak sekolah ke idak...sah2 muda sangat i ni gamaknya
    dengan tersenyum kambing saya jawab, keja dah pakcik
    tak payah sambung cite panjang..takut org tu jealous =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, kata announcement buat dalam berita lewat malam. Kami ni tidur awal pulak di malam kejadian. Lagipun nak mengharapkan FB ke, Whatsapp ke, media sosial ke memanglah tidak kalau dah duduk di rumah ni....

      Oh, kejap eh! Nak pi muntah kedarah jap! Tak tahan baca statement perenggan kedua di atas! Rasa kalau boleh amend, nak aje diamend sesaja komen ni tau!

      Delete
  13. Ehh rasanya sh komen entey ni kenapa takda komennya..ke belim publish

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada, PK? Ini nak tuduh kita terdelete komen macam dulu-dululah tu ~_^ Kecikkkkkk hati kita tau dipikirin begitu. Hahaha.....

      Sila komen lagi. 10 komen berbeza pada entri yang sama, saya tetap publishkan ^_^

      Delete
  14. kalaulah kita yang bekerja ni dikecualikan dari bekerja sebab jerebu, alangkah indahnya doooonia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti bestkan, Sal. Setiap tahun ada cuti extra sebab jerebu. Lain kali bolehlah kita gunakan cuti extra tu untuk jenjalan makan angin kat tempat yang tak berapa jerebu nak singgahkan! Minta-minta PM declarelah hari indeks IPU naik 200 hari cuti seMalaysia. Keh3x.

      Delete
  15. Saya tak tau pon skolah tutup haritu sebab dah tido awal pastu tenet dah habis quota. Husband hantar anak² kata tak skolah.

    Menyusahkan betul tau jerebu nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami sekeluarga tidur awal. Tak sangka pulak ada announcement. Tapi katanya pun dah hampir tengah malam. Siapalah yang nak mendengarnya! Hari Ahad lepas, tengahari dah duduk depan TV nak dengar berita TV3. Manalah tahu kotnya cuti lagi. Nasib baiklah tak pergi sekolah lagi lepas tu u-turn!

      Delete
  16. tapi Allah belum makbulkan doa auntie lagi wahai abang hewhewhew :p

    betul jugak kata akak tu. budak2 ni anti bodi tak kuat mana lagi, kena kuarantin lebih dari orang dewasa. tapi tula yang dewasa ni pun duduk bersidai kat luar sementara nak lunch pun dah rasa sesak dada pedih mata huuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aunty doa apa tu agaknya yerk? Hahaha....

      Yalah, kesian kat mereka kalau jerebu teruk sangat. Kita yang dah dewasa ni takpalah itu pun masih lagi rasa terseksa bila muncul jerebu ni. Hari Sabtu lepas kot yang paling havoc jerebunya. Buka pintu rumah aje terus pedih mata. Tutup pintu rumah balik terus sakit kepala!

      Delete
  17. nasib baik masa ai baca soalan dak abang tu ai belum minum air.. kalau tak mahu tersedak depan pc ni.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah teruja sangat dapat sambung cutikan. La ni dah tak hairan dah. Kerap sangat sekolah tutup sebab jerebu. Hari ni lagi heaven rasanya sebab dua hari tak sekolah. Tapi esok dia ada 'photoshoot' kat TTDI. So tak sekolah tapi kena 'kerjalah' ^_^

      Delete

Post a Comment