Salam 27 Zulkaedah kawan-kawan!
Ini kisah tak lama dululah ya. Kiranya pengalaman sendiri jugalah. Kalau dah namanya pengalaman sendiri, senanglah sikit nak mengarang novelkan. Takdalah perlu nak tokok-tambah buat penyedap jalan cerita ~_^
Pernah dengar tentang kencing tak lawas?
Serius kata, selama ni I tak pernah tau pun tentang kencing tak lawas ni. Kencing kotor tu adalah juga dengar. Tapi sebab tak pernah kena makanya tak pedulilah nak ambil tau!
Sampailah suatu hari tiba turn I pulak yang mengalaminya. Ahah, siksa hidup weyh! (Sekali lagi nak beri peringatan pada jiran sebelah, jangan over-over membayangkan itu ini ~_^)
Mulanya I pun tak perasan apa sebenarnya berlaku. Seingat I, sekejap-sekejap terasa nak buang air kecil. Ingatnya sebab terlebih minum air tak ingat dunia! Kiranya trip berulang-alik ke bilik air tu macam satu rutin pentinglah. Kalau sejam sekali tu takpalah. Ini baru 15 minit pergi, dah terasa nak buang air kecil lagi! Tak ke merana diri ini dibuatnya!
Itulah tanda awalnya, tapi memang tak perasan pun itu satu penyakit...
I pun takdalah ambil kisah sangat. Kononnya mungkin usia dah kertu, anak dah dua keluar makanya pundi kencing ke, saluran kencing ke semua dah tak anjal lagi. Kurang kemutanlah kononnya.... Penat buat senaman Kegel tau ~_^ Hahaha!
Sampailah satu masa bila buang air kecil tu terasa sakit dan pedih pulak. Lepas tu rasa macam tak puas pulak lepas buang air kecil. Yalah, beria-ia 15 minit sekali nak berlari ke bilik air, bila sampai masa tetiba tak terasa pun masa nak membuang air kecil. Tau-tau aje dah habis urine semua keluar. Lepas tu memanglah part paling berharga tu terasa pedih dan sakit termasuklah bawah ari-ari...
Bila dah beberapa hari kena dan masih lagi tak mahu pergi jumpa doktor, mulalah berfikir yang bukan-bukan. Macam-macam nama penyakit timbul dalam kepala tau. Teringat pulak pada arwah abang ipar yang meninggal dunia kerana kanser prostat (Oh, memanglah kita kaum yang berharga ni mana ada prostat, itu ah kak taulah... tapi takut punya pasalkan semua pun timbul dalam fikiran!) Salah satu sindrom yang dialami arwah mula-mula dulu kencing tak lawaslah. Teringat arwah yang suka tahan kencing sebab tak sanggup menahan sakit bila buang air!
I pun memang habit juga tau menahan buang air kecil ni. Selalu jugalah buat. Itu yang tetiba teringat. Oh, my...asal dengan perkataan 'kanser' aje teruslah I menggoogle nak tahu apa nama penyakit yang terdekat dengan simptom macam ni!
Sebab tak pernah kena, I pun jenuhlah menggoogle 'sakit bila buang air kecil' , 'sakit ari-ari bila buang air kecil' dan sebagainya. Bab kencing tak lawas memang tak tau!
Akhirnya barulah jumpa simptom-simptom yang sama seperti yang I alami...
Barulah tahu inilah namanya kencing tak lawas ... ^_^
Mari tengok simptom-simptomnya dulu ya ~_^
1. Kerap terasa nak buang air dan kerap pergi bilik air. Kalau 10 minit sekali dah terasa nak buang air walaupun baru melawat bilik air, itu tanda-tanda kencing tak lawaslah!
2. Beria-ia nak buang air tapi bila masuk bilik air, alahai sikitnya urine! Lepas tu boleh terasa pulak macam tak puas betul buang air tadi tau. Rasa macam nak buang air lagi tapi tersekat-sekat tak boleh keluar!
3. Rasa sakit dan pedih di bahagian berharga tu selepas buang air kecil secoet aje pun...
4. Terasa sakit di bawah ari-ari selepas buang air kecil
5. Baru terasa nak buang air tapi dah macam tak boleh ditahan-tahan. Kalau cuba tahan mungkin tak sempat nak sampai bilik air. Sebab itulah bila baru terasa aje dah berlari marathon ke bilik air. Takut berlaku adegan yang tak diingini sebelum sampai bilik air ~_^
6. Kalau teruk sangat, boleh demam beb! Boleh juga terjadi kencing berdarah! Jadi, jangan ambil mudah aje!
Okey nak tahu apa puncanya pulak? Inilah dia diantara main culprits :
1. Kurang minum air. Ini merujuk kepada plain water yerk. Bukan Coke, Fanta, Sprite mahu pun air manis yang lain. Bukan juga teh tarik (Eh, akak suka teh tarik! Tak pernah kurang terminum ~_^)
I suspect inilah jadi puncanya I kena. I memang kurang minum plain water sebenarnya. 1 liter air kalau pada yang dah biasa, sejam pun boleh habis tapi kalau kena kat I ni, 24 jam baru habis ~_^ (Lepas tu membebel tak ingat dunia marahkan anak tak minum plain water katanya!)
2. Kurang menjaga kebersihan part yang paling berharga tu ^_^ (Yang ini I tak faham, kenapa I yang kena... padahal jagaan dah tiptop dah ni ^_^)
Kalau rajin pakai 'diaper' tu, silalah rajin tukar. Jangan seharian memakainya tak bertukar ya. Kalau anak-anak kita yang pakai diaper tu pun kita kerap tukarkan demi kebersihan dan keselesaan katanya. Takkanlah diri sendiri punya tak sempat nak tukar menukar ni!
Panties tu pun kalau boleh tukarlah sehari 12 kali ke.. tak akanlah nak pakai yang sama dari pagi bawa ke malam ah kak-ah kak sekalian! Taulah pakai hak Victoria's Secret punya tapi tukar ler... ^_^ Eh, benda-benda basic macam ni tak payah diajarlahkan! Memang dah sedia maklum pun kan!
Tapi kalau kena juga, nak buat macamana ya tak?
3. Suka sangat tahan kencing tau....
Yang ini pun mungkin penyumbang kepada masalah yang terjadi. I ni pun memang suka tahan kencing apatah lagi kalau di luar rumah. I memang tak sukalah sebenarnya masuk public toilet. Tak ngam betul! Lebih baik tahan sampailah ke rumah!
Kalau sibuk sangat pun (kata je sibuk, gosip sempat aje...) boleh menjadikan I tak mahu ke bilik air. So tahan ajelah sampai dah tak tahan sangat!
Inilah padahnya... ~_^
Okey, kalau semua dah dijaga tapi tetap juga kena penyakit kencing tak lawas ni nak buat apa?
Ini antara solusinya (bergantung juga sesuai ke tidak pada diri masing-masing) :
1. Ada orang suggest Ural. I pun cubalah. Beli kat pharmacy pun boleh. Satu sachet tu murah jerk, seringgit lebih kalau tak silap! Tapi janganlah lepas makan satu sachet dah mengharapkan keajaiban!
Macam I ni, lepas makan 1,2 sachet pun tak jalan juga. Terus demam adalah. Tapi tak tahulah apa puncanya yang pasti bukan sebab Ural lah ^_^
2. Cranberries juice
Boleh didapati di pharmacy juga ya. Yang rajin pergi Guardian beli BioEssence pun boleh juga jenguk-jenguk si cranberries juice ni kalau perlu ~_^
Yang ini I tak cuba tapi dari bacaan katanya bagus juga kalau minum cranberries juice ni. Boleh cepat sembuh kencing tak lawas ni. Masa I nak cari Ural tu, mulanya I tanya kat pharmacist tentang cranberries juice ni untuk kencing tak lawas tapi dia suruh I try Ural. Makanya I pun akurlah ~_^
3. Kalau nak cara tradisional boleh juga....
Air nenas - Ambil nenas yang kurang masak. Buang kulit, bersihkan dan hiris kepada beberapa potongan. Ambil dua potong dan kisar bersama 2 gelas air. Tapis dan minum airnya. Amalkan 2 kali sehari selama seminggu. InsyaAllah, sembuh sakitnya!
Air basuhan beras - Minumlah segelas air basuhan beras yang terakhir. Yang kita dah pastikan bersih ^_^ Minum segelas selepas makan. Amalkanlah untuk seminggu dua. Insya Allah, sembuh juga sakitnya!
4. Tapikan bila I beritahu pada my sister I kena kencing tak lawas tetiba aje my sis teringat masa kena kencing kotor. Katanya cuba minum air kelapa.
Dengar air kelapa yang menjadi kegemaran apalagi berdesuplah pergi beli! Eh, bukan coconut shake eh.... Jangan over teruja sangat sampai pi cari coconut shake pulak nak ubati kencing tak lawas ni!
Alhamdulillah, sekali minum terus hilang sakit tau!
Maka sudah termasuk dalam lipatan sejarahlah kisah kencing tak lawas dengan diri yang begitu berharga ni (maklumlah dah tua... ~_^) Harapnya tidaklah kena lagi. Sekarang pun I dah rajin betul minum plain water.
Sat no... nak pi minum plain water pulak. Mulut dah terasa panas ni penat mengarang bahan berilmiah katanya. Takut pulak kang kena ulcer berleluasa ~_^
Selamat berhujung minggulah ya ^_^
P.S. Pada makpak yang anak dah habis UPSR hari ni, mesti melompat gembira mengalahkan anak-anak depa. Maklumlah anak masuk exam, emak yang kecut perut selalunya. Bapak-bapak rileks aje. Lulus, luluslah. Tak lulus, nasiblah anak oi! Exam masih banyak lagi di hadapanmu! Don't worry too muchlah kata bapak! Adat dunialah tu ^_^ (faham ajelah yerk... kata-kata ini memang diniatkan pada jiran hamba tu ~_^)

Gambar dari sini |
Macam I ni, lepas makan 1,2 sachet pun tak jalan juga. Terus demam adalah. Tapi tak tahulah apa puncanya yang pasti bukan sebab Ural lah ^_^
2. Cranberries juice
Sumber : pakcik Google |
Boleh didapati di pharmacy juga ya. Yang rajin pergi Guardian beli BioEssence pun boleh juga jenguk-jenguk si cranberries juice ni kalau perlu ~_^
Yang ini I tak cuba tapi dari bacaan katanya bagus juga kalau minum cranberries juice ni. Boleh cepat sembuh kencing tak lawas ni. Masa I nak cari Ural tu, mulanya I tanya kat pharmacist tentang cranberries juice ni untuk kencing tak lawas tapi dia suruh I try Ural. Makanya I pun akurlah ~_^
3. Kalau nak cara tradisional boleh juga....
Air nenas - Ambil nenas yang kurang masak. Buang kulit, bersihkan dan hiris kepada beberapa potongan. Ambil dua potong dan kisar bersama 2 gelas air. Tapis dan minum airnya. Amalkan 2 kali sehari selama seminggu. InsyaAllah, sembuh sakitnya!
Air basuhan beras - Minumlah segelas air basuhan beras yang terakhir. Yang kita dah pastikan bersih ^_^ Minum segelas selepas makan. Amalkanlah untuk seminggu dua. Insya Allah, sembuh juga sakitnya!
4. Tapikan bila I beritahu pada my sister I kena kencing tak lawas tetiba aje my sis teringat masa kena kencing kotor. Katanya cuba minum air kelapa.
Dengar air kelapa yang menjadi kegemaran apalagi berdesuplah pergi beli! Eh, bukan coconut shake eh.... Jangan over teruja sangat sampai pi cari coconut shake pulak nak ubati kencing tak lawas ni!
Gambar pakcik Google sedekah lagi ~_^ |
Alhamdulillah, sekali minum terus hilang sakit tau!
Maka sudah termasuk dalam lipatan sejarahlah kisah kencing tak lawas dengan diri yang begitu berharga ni (maklumlah dah tua... ~_^) Harapnya tidaklah kena lagi. Sekarang pun I dah rajin betul minum plain water.
Sat no... nak pi minum plain water pulak. Mulut dah terasa panas ni penat mengarang bahan berilmiah katanya. Takut pulak kang kena ulcer berleluasa ~_^
Selamat berhujung minggulah ya ^_^
P.S. Pada makpak yang anak dah habis UPSR hari ni, mesti melompat gembira mengalahkan anak-anak depa. Maklumlah anak masuk exam, emak yang kecut perut selalunya. Bapak-bapak rileks aje. Lulus, luluslah. Tak lulus, nasiblah anak oi! Exam masih banyak lagi di hadapanmu! Don't worry too muchlah kata bapak! Adat dunialah tu ^_^ (faham ajelah yerk... kata-kata ini memang diniatkan pada jiran hamba tu ~_^)
saya selalu jugak kena kencing tak lawas nak2 kalau kurang minum air. badan mesti rasa semacam je. Kalau jadi macam tu selalunya saya terus pergi mandi lama2 sikit. lepas mandi tu selalunya ok la.. kalau kencing tak lawas ni memang tak selesa sangat. rasa macam nak pam je.. sebab rasa macam keluar tak abis hahahaha
ReplyDeleteAkak ni baru first time katanya kena, itu yang tak tahu apakah penyakit itu ^_^ Nasib baiklah pakcik google banyak membantu. Google yang lain, yang lain keluar makanya dapatlah tahu apa puncanya!
DeleteKebetulan suka air kelapa itu yang minum bila kakak kata masa kena kencing kotor minum air kelapa. Tak tahulah kencing kotor dengan kencing tak lawas ni sama ke tidak, makanya kita cubalah aje. Nak jumpa doktor memang ada gentar sikit ^_^
Betul tau... tak boleh tahan langsung nak kencing tapi bila pergi bilik air, tak mahu keluar habis. Siksanya alahai...rasa macam tak mahu keluar aje dari bilik air tu. Nak berumahtanggan kat dalam tu! Tak tahan bau pulak!
panjang lebar entry ni..thanks for sharing kak! pernah kena, pelik jugak masa kena tu.organ tak pernah 'guna', cmane boleh bermasaalah..hehehe
ReplyDeleteWell, cuba Sal cerita sikit bila masa akak pernah menaip tak panjang lebar? Hahaha... sajalah Sal ni tau... nak juga stresskan pasal tu ^_^
DeleteOh, itu bukan sebab organ pernah digunakan atau pun tidak, Sal... macam sebab-sebab yang tertera di atas, takda kata pun orang yang dah kahwin aje yang kena ^_^ Hahaha....
OK MD sekarang cuba cara kakak pulak. Beli beras barli. Tahu tak beras barli? Eh... jgn buat malu mak-mak pulak hihi... Ambil segenggam-dua cuci. Sambil cuci tu bacalah laisalaha mindunillahi kasyifah (bacalah ulang-ulang suka hati).. Dah tu masuk air lebih sikit, letak seketul garam jantan. Rebuslah. Lagi satu garam jantan tahu tak mak budak ni hihi... tanya kaklong MD. Rebus sampai barli kembang. Nak sedap masukkan daun pandan. Sedap sikit nak minum. Cuba minum air ini setiap pagi dan malam. Kalau tak boleh minum plain letaklah secamca gula. Jgn manis tau... just mild taste aje.
ReplyDeleteBeras barlinya bagi adik comel dan abang gebus makan. Letak gula lebih sikitlah baru sedap kat tekak mereka. Cuba tau...
Akak ni malu tau nak kata tak tahu... Hahaha...Okey, beras barli tu saya tahulah. Saya ni walaupun jarang ke dapur, habis semua keperluan dan bukan keperluan saya beli, kak... Makanya tahulah beras barli tu cuma kan, kan, kan....garam jantan tu garam apa? Garam kasar ke apa? Hehehe....
DeleteOkey, kena take note ni. Manalah tahu kalau nasib tak baik buat perangai tahan kencing kena lagi macam ni. Tak payahlah susah-susah pergi pharmacy. Try cara ni pulak!
air barli pon bagus untuk treat kencing xlawas ni :)
ReplyDeleteOh, ya pernah dengar juga orang kata minum air barli aje.. tapi tak dan nak beli barli masa tu. Dengar air kelapa pun boleh, berdesup cari kelapa ^_^
DeleteAntara punca lain ialah tanda rahim rndah.. Memang risau gak dpat penyakit nih..
ReplyDeleteIye ke? Baru tau. Thank u. Kena lebih alert lah kalau jadi kes mcm ni.
DeleteOh, ya ke ni pun salah satu puncanya. Yang ini memang tak tahu, Maria. Thanks for sharing...
DeleteItulah, Nin. Kalau berkongsi info 'berilmiah' banyak juga input masuk. Ini asyik dok membebel aje kerjanya ^_^ At least tahulah kita sekarangkan rahim rendah pun boleh sebab kencing tak lawas!
DeleteWahhhh.....berleluasa nampak buat dosa dah tak srlindung selindung lagi........ tarik baru tau! Tarik apa ? Kasi tarik dulu baru cerita haha...
ReplyDeleteKak Ton....untuk pengetahuan kak Ton mak pun pernah kena tau. Sebijik sama jer simptomnya ngan Kak Ton. Terbaru rasanya tahun nilah.....
Mmg sangat tak selesa. Kalau nak terkencing saja tu tak per jugak..... ini perit, sakit ngilu tu yg tak tahannya yek.....
Masa mak kena hari tu masa gi htr SA....jenuh le setiap RnR kencing....tp kencingnya tak seberapa. Mak sama jer mcm kak Ton takut nak gi klinik...kang gi klinik tak pasal pasal cek tekanan darah ada pulak high blood...baik tak berdebar jadi laju lak jantung mak ni.....kang sesak napas pulak.....ohhh mak rela minum ayor banyak banyak....
Masa kena hari tu tak terpikir lak nak gi cari kat farmasi. So minum air bali jer le ngan minum air banyak....alhamdulilah.....
Takutkan..... bila kena sakit sakit ni.
Ohhhh....terasa lama lak tak buat senaman kegel hikhikhik
Siapa tu Mak yang suka buat dosa? Ish, ish, ish tak serik-serik buat dosakan, Mak... Itulah orang kata jangan diprovoke. Kalau kena provoke memang habislah tak berhenti-henti mengumpat mengata katanya...
DeleteOh, Mak selalu kena ke? Mak lainlah dah kilauan emas. Kak Ton tak mengaku lagi ^_^
Siksakan Mak kalau kena. Asyik nak pergi toilet. Pulak tu tak boleh ditahan-tahan. Kalau ditahan rasa macam nak terbeseh dalam seluar aje. Buat malu muka vogue ajekan, Mak... Buat masuk Harian Metro 'wanita terkencing dalam seluar di khalayak ramai' adui malunya...
Bab sakit ngilu pedih tak puas hati tu yang tak tahan. Rasa macam tak nak keluar dari toilet. Tapi itulah, mana boleh tahan duduk aje dalam toilet. Lainlah kalau pinjam toilet Queen Elizabethkan..bestlah sikit!
Sekarang ni Kak Ton cuba juga memanjakan diri dengan minum banyak plain water, Mak. Maklumlah... diriku begitu berhargakan, Mak ^_^
kencing tak lawas ni mmg mudah kena pada yang kurang minum air suam... insyaAllah dengan minum air suam mencukupi, hilanglah masalah tu... dulu arwah mak saya pun saya bagi minum air barli kalau kencing tak lawas...
ReplyDeleteBetullah tu. Saya pun masa tu memang kurang betul minum air suam. Sedap menikmati air teh tarik katanya. Nasib baiklah siksa tak panjang mana tapi tetap juga tersiksa masa kena tu!
DeleteBetul kata kakzakie tu.. air barli tu penawarnya..
ReplyDeleteCH kalau rasa kencing dah tak lawas.. rebus jer beras barli tu.. utk anak2 lebihkan gula.. sedaplah dorang minum..
Selalunya ada aje barli kat rumah, CH. Tapi tak teringat pun nak merebusnya. Tahan cari air kelapa yang memang takda stok kat rumah!
DeleteSy pun kurang minum air. Pernah jugak jadi camni. Tp x tau pulak boleh minum air kelapa
ReplyDeleteSelagi tak sakit, selagi tulah tak nak minum secukupnya air masakkan. Dah kena barulah terhegeh-hegeh nak minum 2 liter air katanya... ^_^
DeleteOooo....air kelapa la ubatnya! Kesahnya MD, Nin pun pernah ada masalah ni tak lama dulu, tetiba jek jadi. Tapi Nin pun mmg ada perangai suka tahan buang air kecil. Mana taknya, dah kita ni selalu minum (air, milo, nescafe), jadi selalulah nak buang kan? Tapi tak selalunya kita rajin nak meninggalkan katil yang empuk bila nak buang hehehe. Anyway, sedar2 dia stop sendiri. Bila MD mention air kelapa barulah NIn terpikir, air kelapa lah kut solution tanpa sedar Nin aritu. Sbb I love air kelapa. Sekali beli 3-4 biji letak terus dalam jag dan ulang2 minum. Mmg favorite drink I! Thank u MD. Next time kalau jadi lagi tau lah apa remedy nya. Tapi harap2 tak jadi lagi lah kan... kan...?
ReplyDeleteOh, kalau boleh janganlah kena lagi! Siksa nak ulang-alik pergi bilik air. Macam orang kena diarrhea je gamaknya! Yang lagi sadis tu, dah masuk bilik air tak puas pulak kencingnya. Lagilah hampa. Rasa nak duduk dalam tu lama-lama aje sampai habis keluar semua air kencing kononnya!
DeleteSaya pun cuba Ural dan pergi jumpa doktor tapi diberi antibiotik. Tak jalan pun. Eh, antibiotik tu mana nak jalan sebab makan pun separuh jalan jerk! Kebetulan kakak kata cubalah minum air kelapa. Saya pun bila dengar air kelapa, apa lagi. Terbayang-bayang coconut shake pulak! Hehehe...
Tak eh, saya minum air kelapa fresh gitu. Memang nyaman. Tetiba aje tengok dah okey. Takdalah rajin sangat nak berlari ke bilik air. Mampu tahan nak kencing tu. Hahaha!
kekkkekekee...dulu pernah kena penyakit kencing tak lawas nih.......sakit tuh tak..tapi,dia kurg selesaaaa mmg bole tahan lah ..kalau pergi tandas,keluar setitis,dua titis .......bila time nak kencing plak,mengalahkan sembelit 15 jam..hohohoohoh........kekadang , buat dekkkk jer....sedar2 habis basah seluar :p
ReplyDeleteHahaha... bab basah seluar tu yang tak boleh blah. Sebab itu akak takut kalau tak sempat masuk bilik air. Padahal kalau kena kencing tak lawas ni, sikit aje pun urine yang keluar. Yang boleh sampai basah seluar tu tak mahu keluar pulak! Tensionkan....
DeleteSAPA CAKAP TAK TENSYEN KAK...hahhahahaa.......kadang2 nak sembahyang pon was was dia sampai ke tahap tertinggi ....
DeleteAhah, itu pun satu masalah negara tu! Minta-minta takdalah kerap kena penyakit kencing tak lawas ni. Menderita zahir batin gitu. Hahahaha....
DeleteGood sharing kak..
ReplyDeleteLyn plak bergelen2 minum air, tu sbb asik ulang toilet. tapi mmg byk urine.. since makan vitamin ni mmg kena minum at least 2 liter. Tapi mmg dah jadi rutin pun sejak dulu2..
Akak pulak kalau tengok warna urine dah tak jernih, barulah mula minum cukup segelen, Lyn ^_^ Kalau tidak, bukan main hebat lagi menghentam teh tarik. Pagi sekali. Petang sekali. Best betul. Bila dah sakit baru tau takut!
DeleteAdoi.. bab minum air bergelen ni saya mmg xpandai.. masa usaha nk menyusukan nazif secara ekslusif ms sblm 6 bulan ptama je saya gagah gigih telan 3 liter air putih sehari.. adoi, memang ke tandas kerap le.. asyik rasa penuh je tangki.. tapi pernah ke kena kencing tak lawas ni ya? Nak ingat2 sat.. mcm xpenah rasanya walaupun saya jenis minum air sikit.. mitak jauhla ye.. tak nak minta kena.. hihi. Apapun tips Kak Ton ni saya belajar n ingat.. kalaula terkena boleh amalkan..
ReplyDeleteSamalah kita, AN. Mungkin juga saya lagi teruk. Kalau tak sakit, tak minum secukupnya. Saya ni kalau dah sakit mulut kena ulcer baru terkial-kial nak minum air putih sebanyak mungkin dengan harapan ulcer tu menghilang sekelip mata!
DeleteSaya pun tak pernah kena kencing tak lawas sebelum ni, kira inilah pertama kali. Siksa juga tau. Penat berkejar nak ke bilik air. Aktiviti luaran pun terbantut dah kita tak boleh berlama-lama di luar. Nak pergi public toilet tu rasanya lebih baik terkencing dalam seluar. Tapi malu pulak kang...Aduh!
Untungnya sekali minum dh okey. Sy kena zaman2 kat uitm dulu. Seksa nya. Dh la kencingnya sikit sgt. Sakit pulak tu. ops tp doktor kata sy kena kencing kotor. Dia bg ubat cecair rasa masam2 x sedap sungguh mcm rasa air kelapa pun ada gak. Tp air kelapa sedap ni mmg x sedap.
ReplyDeleteLps tu taubat! Mmg sy minum air kosong . Takmo dh kena lg. dulu air kosong dua tiga gelas je sehari. Sejak tu.. Tak suka pun terpaksa minum la jugak
Lama juga saya menahan sakitnya LM. Dekat seminggulah juga. Itu pun sebab takut alahai nak jumpa doktor. Last minute baru beritahu kakak. Itu yang dicadangkan minum air kelapa. Saya ni kalau tahu dari awal, memang dah lama terjah beli kelapa. Saya memang sukalah air kelapa!
DeleteSekarang sejak dah kena sekali memang rajinlah minum air masak tapi takdalah lagi cukup 8 gelas. Walau apapun terasa macam sedap pulak air masak sekarang ^_^
Dasyat juga penangan kencing tak lawas ni ye..sko boleh bawak demam..tulah sapa suruh asik mengadak ayaq manis.hahaha...
ReplyDeleteSy Insyaallah masih suka dengan air tanpa kalori..huhu
Yalah, yalah! Kutuklah dengan kegemaran kita ni. Eh, teh tarik kan kalau pekena pagi-pagi terutama masa jerebu membara ni best tau. Nikmat tak terhingga!
Deletesaya pun penah kena juga. even anak dara saya pun baru2 ni kena
ReplyDeletedok pelik dia kerap sangat berulang ke tandas
dia memang kurang minum air...doktor kata kalau lepas makan antibiotik tak elok juga
kena p hospital sebab jarang kencing tak lawas jadi pada budak kecik
alhamdulillah dia ok lepas tu
kalau saya terus p klinik. tak kuasa p cari ubat sendiri
bukan apa, tak tahan sakit dia...hehe
anywayn entry yang ni baguih lah
siap buat kajian bagai
kipidab dongibab
Uhuh, ini baru pelik sebab budak sekecil Aisyah tu pun boleh kena. Mesti kesian dia... sakitkan bila nak terbuang air kecil tu tapi tak mahu keluar. Kita yang dewasa ni pun tak menahan geram sakitnya...
DeleteItulah YY, kalau jarang sakit memang takut betul dengan doktor ni kecuali nak minta MC tak mahu kerja. Hahaha.... Saya ni tengok hospital pun dah seriau tau apatah lagi nak suruh dapatkan perubatan di hospital. Setakat klinik tu okey lagilah tapi nak drag kaki ni pergi klinik alahai malasnya...
First timelah yerk kita buat entri berilmiah sikit-sikit ^_^
Seksa tu kalau kena kencing tak lawan. Penat pon iyer gak sebab asyik nak ke toilet jer kerjanya. Orang kata minum air barli.
ReplyDeleteBab tahan kencing tu memang betul. Kalau keluar gi jalan2 rasa tak teringin plan nak kencing. Sebab tak menahan bau tandas awam yang tersangat wangi da tersangat lah bersihnya. Lebih selesa kencing kat umah...hehehe....
Berlari pergi bilik air bukan main. Rasanya kalau tak berlari memang terkencing meratalah. Tapi bila dah sampai, stressnya bila tak boleh nak kencing sepuas hati. Itu yang tak tahan.
DeleteI pun tak sukalah singgah kat public toilet kalau di luar. Lebih rela menahan sampai ke rumah. Itu yang bila buka pintu aje berlari menonong nak masuk bilik air!
pernah jugak merasa. memang derita nya tuuuuuu huuuuuuu. rasa mcm nak cucuk2 bagi laluan tu terbukak luas sikit nak membuang dengan lawas hukhukhuk
ReplyDeleteTensionkan bila dah penat berulang-alik ke bilik air tapi yang keluarnya secoet aje. Rasa macam tak nak keluar-keluar dari dalam tu tau!
Delete