Kisah di harijadi Bubbly Abang

Salam 23 Zulkaedah kawan-kawan!

Hai, seronoknya kalau tiba hujung minggu. Rasa macam  tak cukup aje dua hari di rumah tapi bila cuti hujung minggu lebih panjang daripada biasa, terasa malas pulak nak bekerja ~_^

Minggu ni I keluar lewat dari rumah. Kalau selalunya kena keluar antara pukul 6.30-6.45 pagi, minggu ni dapat keluar pukul 7.30 pagi ^_^ Tentulah best walaupun terpaksa menempuh jem!

Bubbly Abang tak bersekolah hari ni. Esok, lusa dan tulat pula ada peperiksaan UPSR makanya, dia dicutikan oleh pihak sekolah ^_^ Hari Jumaat nanti barulah bersekolah semula. Hari ini pulak cikgu dah berpesan - Siapa nak datang bermain, datanglah. Tak nak datang pun takpa sebab tak belajar pun. Cikgu sibuk dengan urusan UPSR yang akan bermula esok. 

So, Bubbly Abang ambil keputusan tak nak pergi sekolah! Tahun lepas dia pergi dan terpaksa tengok kartun Frozen sepanjang waktu persekolahan sampailah I datang ke sekolah pukul 5 petang. Cikgu tak pesan manalah I tahukan. Nasib baik masa park kereta tengok lengang aje takda kereta. So I tanyalah pada salah seorang chinese lady yang kebetulan baru sampai. Katanya boleh ambil anak kalau mahu.

Semua saki-baki murid Tahun 2 disatukan dalam sebuah kelas. Yang lain-lain semua dah balik bila cikgu umumkan di dewan boleh balik kalau ibubapa nak ambil. Maka bertempiaranlah masing-masing menghubungi ibubapa. Si Bubbly Abang akur aje terus masuk kelas  sampailah I datang pukul 5 petang tu. Tinggal dia dan seorang lagi rakan dari kelas yang sama. Kawan-kawan yang lain semua dah balik. Letih katanya...

Jadi kerana tak nak kisah lama berulang kembali makanya dia tak mahu pergi sekolah hari ni ~_^


Okeylah, since cikgu kata tak belajar, I pun berilah keizinan tak pergi sekolah hari ni. Tapi pagi-pagi dah WA katanya lapar! Duh...

Oh, ya.. my anak dah ada handphone dan dah pandai WA sekarang ~_^ Hari-hari sekolah, telefon hanya untuk menghubungi atau WA Mommy kalau ada apa-apa hal. Hujung minggu barulah boleh main game! Kalau dia ingkar, tengoklah macamana Mommy jadi bini Tarzan nanti...

Ini kisah harijadi anak ke apa yerk? Konpius pulak! Bukan sekadar pembaca, penulis entri pun dah konpius ni ~_^

Berkisar tentang harijadi Bubbly Abang hari Rabu minggu lepas. Sebenarnya tepat pukul 12 tengah malam, 2 September tu I dah peluk cium anak sambil buat ucapan di telinga. Maklumlah my anak bujang dah tidur masa tu tapi I tetap berjaga nak buat ucapan ulangtahun. Nak gomol-gomol pipi anak yang gebu tu katanya...

Pagi tu, bila kejutkan Abang untuk bangun ke sekolah pun I wish sekali lagi. Ni time dia dah sedarlahkan. Puaslah kelecop pipi kiri-kanan, dahi dan ubun-ubun kepala. Nak bagi tahulah betapa Mommy ni sayang sangat padanya! 

Hadiah dan kad balik kerja nanti barulah boleh beri!

Sebaik I tahu my anak dah balik sekolah pukul 1.30 petang tu, I hantar WA pulak. Ni lah gambar I google jerk pastu hantar padanya (hulu sangat Mommy nih... ~_^)


Rupa-rupanya masa Daddy ambil dari sekolah, Daddy dah bawa pergi beli DVD game yang dihajatinya. Suka betul. Hilang kisah ucapan harijadi I, sibuk dia WA tentang DVD game yang baru beli tu lepas tu terasa pelik pulak macamana I tahu sebelum dia beritahu ...

I pulak time lunch that day sanggup tak keluar makan ya sebab teruja nak buat kad harijadi untuk anak. Ini kira first timelah... teruja dek penangan si PK ni ^_^  Tapi dek kerana I tak sekreatif PK yang pandai melukis bagai, I print out aje kad tu lepas tu warnakan ^_^ Maklumlah printer color takda pulak kat pejabat ni (oopssss.... )

Kali ni I tak beli kad harijadi macam tahun-tahun sudah sebab kononnya nak indirectly beritahu pada si Bubbly Abanglah yang kalau lain kali  takda duit nak beli kad untuk Mommy boleh aje buat sendiri ~_^ (selalu dia komplen dia takda duit nak beli kad harijadi, sebab itulah harijadi Mommy buat lukisan atas kertas A4 paper jerk...) Barulah nampak kreatif kononnya *_*



Lepas siap mewarnakan kad, teruslah I bungkuskan hadiah harijadi untuk si Bubbly Abang ni... 


Tak payahlah tahu apa isinya, tengok sampul ajelah cukup ya ^_^ Itu pun baki sampul-sampul yang ada makanya bunga-bunga pun pejam mata ajelah ya, Abang!

Sebelum pulang kerja, I pun calledlah HD. Tanya nak beli kek ke tidak. Nak beli makanan atau masak aje sendiri di rumah atau tunggu hujung minggu baru pergi makan di luar. Jawapannya senang aje,

You nak beli kek, it's up to you tapi kena ingat takda siapa yang makan!

Aha... statement penuh tu yang menggugat jiwa-raga. Sah-sahlah kat rumah I ni takda siapa pun yang suka sangat kek. Kalau beli dah tentu-tentu I tak pun HD yang kena jadi DBKL. Sebelum kena tazkirah, lebih baik jangan buat!

Makanya takdalah beli kek pun untuk harijadi Abang kali ni. Abang pun dari awal memang tak nak. Tapi nak dijadikan cerita, my sister belikan kek untuknya. Bukan sebiji kek pun. Asalnya memang my sister ada niat nak beli sebiji kek tapi memandangkan beliau pun dah arif tentang sikap HD, tak mahulah nanti niat nak bergembira jadi punca gaduh laki bini ^_^

Tapi HD ni pelik. Kalau I jadi perancangnya, memang kena memanjang. Tapi kalau my sister yang terbeli apa yang tak disukainya, tak kisah pulak. Tapi selalu juga tau lepas tu nanti dituduhnya I lah 'tok dalang' nya suruh orang lain belikan itu, ini yang tidak dibenarkannya! Kesian I tau....

Maka dapatlah kek mini aje ....


Cukuplahkan untuk merasa tapi ketahuilah... memang I dan HD aje yang tukang habiskan kek ni. Seorang pun tak teringin nak merasa! Siap masuk peti sejuk lagi buat breakfast keesokan harinya! 

Nasib baik I tak beli sebiji kek tau. Kalaulah I langgar arahan HD, memang kenalah nampak gayanya ^_^

Malam tu I masak sendiri je. Masak biasa-biasa aje tapi I 'kembalikan' menu ayam untuk hari tersebut demi Bubbly Abang. Tak sempatlah nak ambil gambar kerana I terkejar-kejar memasak, lagi pun lambat balik that day singgah sana-sini sekejap bila HD beri green light menyinggah ^_^

Malamnya my sister datang rumah dan kita makan Texas Chicken pulak. Kenyang jugalah dua kali makan dinner ^_^ My niece siap bawa belon lagi (pun HD tak terkata apa yerk...) Dapat extra hadiah lagi from her. Lagilah Bubbly Abang tersenyum comel jerk!





Enjoy jugalah Bubbly Abang malam tu walaupun semuanya impromptu aje. I pun dah berjanji sesuatu dengannya hujung tahun nanti. Hopefully his dream comes true, insyaAllah! ^_^ 

Tapikan macam selalu, yang tak boleh blah perasan macam harijadi dia dah tentu-tentulah yang ini... 




Siap dapat hadiah yang sama macam abangnya. Yang paling tak menahan bila dia sibuk suruh I simpan elok-elok hadiahnya sebab 'mahal tu'!

Malam tu, Adik Cute tanya kat Mommy sebelum tidur,

Mommy, harijadi Adik bila?

Belum lagi. Lama lagilah, sayang!

Alahhhhh... kesian Adik! Abang dah harijadi. Mommy dah harijadi. Daddy dah harijadi. Adik aje yang belum. Kesian betul kat Adik!

Yalah, kesianlah sangat Adik oi!


 













Comments

  1. Walaupun bukan hari jadi Adik tapi hadiah untuk Adik tetap ada kan...

    Seronoknya jadi Adik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka berdua ni dah macam kembar lain tahun, Kakcik ^_^ Kalau belikan abang, kena belikan adik. Kalau belikan adik, kena belikan abang juga. Kalau tidak nanti adalah yang merajuk kata kita tak sayang!

      Delete
  2. afif dah cuti sejak khamis lepas sampai khamis ni
    bukan main sonok dia cuti...pagi pun buat drama tak nak sekolah tadi
    tak ada makna nak melayan
    sekolah tiga jam aje...ada ati nak monteng juga. sabo ajelah!

    wah, sonok juga tu si bubbly abang celebrate birthday
    tak kisah ler simple mana pun kan, janji dia seronok
    nampak muka pun ceria aje huh
    tapi si adik cute yan nampaknya berlebih seronok tu...hehe
    samalah ajelah kalau aisyah pun
    birthday orang pun dia nyibuk juga...birthday dia kang, lagilah extra sibuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia saja mencutikan diri ke apa ni? Lama tu sampai seminggu... Kalau hari Isnin baru ni pergi sekolah pun cikgu takda masa nak mengajar, YY. Dok menguruskan persiapan UPSR. Macam kat sekolah Abang ni banyak cikgu yang takda makanya tak belajarlah budak-budak semua. Tengok kartun aje kat dewan, penat pulak katanya...

      Mulanya ingat makan-makan biasa ajelah. Just belikan hadiah dan beri kad. Tetiba pulak plan mengejut datang. Saya pun tak tahu kakak saya nak datang rumah join makan-makan sekali. Kalaulah saya degil belikan juga kek harijadi, dah tentu pengsan kami laki bini menghabiskannya! Silap haribulan sampai hari ni pun ada lagi. Hari-harilah kena bawa bekal kek ~_^

      Adik biasalah. Nanti kalau nampak abang aje ada hadiah dia takda, mulalah mencemik sedih. Haru-biru pulak majlis orang nanti ^_^

      Delete
  3. Bukan main senyum lebar lagi muka birthday day...
    Nampak sgt dia sgt enjoyed dgn surprise demi surprise dari keluarga terdekat..
    Adik pun tak nak kalah, yer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senyumlah juga sebab impromptukan. Tak ada plan pun nak menyambut bagai. Asalnya nak makan-makan aje satu family sambil hulur hadiah dan beri kad harijadi. Ada jugalah berjanji dengannya tentang sesuatu. Itu yang lagi tak kisah... Tapi Abang ni bagus sikit, kalau boleh katanya tak payah sambut pun takpa!

      Delete
  4. selamat hari jadi Abang.. Abang sama la dengan anak kita MD.. tak makan kek. tu birthday dia bawak jenjalan je senang. Kita pun birthday sesapa takde nak ber kek bagai.. tetiba rasa tak sabar tunggu tahun depan nak celebrate birthday anak lagi sebab tau manafaat dapat kat mak dia jugak hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak akak bukan makan sangat kek. Setakat merasa ajelah. Kalau tak dapat pun takpa. Mereka tak bising ^_^

      Suami akak pun memang lagi suka makan di luar kalau bab harijadi ni. Hadiah pun kalau akak tak uruskan memang takdalah. Nak harap depa bertiga ni memang tidaklah... Itu yang kalau harijadi akak dapat kad harijadi dari A4 size paper aje tau. Sedih tau!

      Delete
  5. Aduh cantik betul kadnya..pandai MD newarna..tak sangka kreatif.hahaha

    Patutlah tersedak ada org seru nama sy.hihi

    Abg dh happyvtu dpt dvd game..dpt mini caje..dpt belon lf..kad harijadi kreatif dr mommy..apalagi yg kurang.hehe

    Kesianlah sgt adik cute oii..awatlah comey sangat.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi, perli nampak? Hahaha.... Nasib baiklah saya teruja juga nak mewarna, PK. Kalau tidak, lagi parah kad buatan tangan sendiri ni tau! Kalaulah ada printer color, memang takdalah kot buat macam ni. Hehehe!

      Adik Cute dah sibuk bertanya bila harijadi dia... Rasanya dia sibuk nak belon juga macam nilah...

      Delete
  6. harijadi abang tapi adik tetap dpt hadiah. how cool is dat? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah tu kalau dah ada anak kembar berbeza usia macam ni, RedRose ~_^

      Delete
  7. Adik pun kemahen eksaited macam hari jadi dia. Hahaha. Kreatif akak ni buat kada hari jadi sendiri, siap colour2 lagi. Nani dulu, kini dan selamanya tak berseni. Hahahah. Mewrana pun buruk nauu :D Selamat Hari Lahir Abang, banyak kali pulak wish. Kahkah. Nikmatilah cuti2 malaysia tiga hari ni :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik memang macam tu. Apa-apa hari pun dia yang teruja lebih. Kalau tak dilayan mulalah merajuk konon orang dah tak sayang dia lagi. Kenalah layan dan abang pun kenalah redha dapat adik macam tu ^_^

      Samalah kita ni, Nani. Akak ni bab-bab macam ni pun kurang 'kesenian'nya. Hahaha...

      Eh, macamana pulak cuti Malaysia sampai tiga hari ni? Akak tak ambil cuti pun. Cuti dah secoet aje tinggalnya!

      Delete
  8. hahahha.. pandai adik yer... tunggu lah nnti sure akan lagi meriah kan..
    walaupun bkn hari jadi, ttp dpt hadiah gak yer adik.. in advance yer.. owhh nnti dpt lagi.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bukan hadiah in advance, Lyn. Sebab nak beri Abang hadiah, kenalah beri Adik sekali. Kalau tidak, kecohlah majlis orang nanti!

      Itu pun bukan main bangga dapat hadiah suruh kita simpan elok-elok. Tapi masa buka hadiah siap cakap lagi tu - 'La, kan ni Adik dah ada, buat apa beli lagi!'

      Aduhai..rasa nak cubit aje pipi kiri-kanan tu, geram betul dengan budak ni tau!

      Delete
  9. Apa agaknya abang dapat ek.....
    Itu pun nak berahsia...Nyampah!
    Alahai suwitnya mommy ni tau.....itu sambut bezday anak tu dah kelecop kelepop sana...kalau sambut bezday laki camne ek? Jap jap.....jap nak bayangkan hihi.....

    Dulu dulu mak ada gak bagi kad bagai ni Kak Ton....la ni dah maleh hihi....tp seronok sebenarnya tau ..... kalau kalau terjumpa balik 20 tahun akan datang ....For sure le mommy nangis....mak dah tau dah hihi...

    Untung budak sekarangkan Kak Ton , tak celebrate celebrate bezday pun kenyang makan sedap sedap. Dulu mak.....tak taun pun bila bezday kita hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah, tak akan pasal hadiah pun nak jadi isu bergosip, Mak... Hadiah budak-budak aje pun. Kalau hadiah Kak Ton dapat dari suami ke, Kak Ton beri suami ke, haruslah Mak sibuk nak tau. Kak Ton pun ringan aje mulut nak beritahu semua orang supaya tak tertanya-tanya dan berteka-teki dengan Kak Ton. Hahaha!

      Oh, kalau sambut birthday laki dah jadi 18SX dah, Mak entrinya... takdalah dapat budak-budak bawah umur membaca. Kesian pulak kat kawan-kawan yang bawah umur macam mak anak dua yang suka buat kek pelangi tu. Hihihi... sempat lagi alahai mengumpat terang-terang. Harapnya takdalah dia terfikir nak datang balik baca komen ^_^

      Semua kad yang saya beri kat Abang, saya simpan. Dia tak kisah pun. Manalah tahu 20,30 tahun akan datang bila kita dah takda, tetiba tengok kad teringat balik telatah Mommynyakan... Haruslah syahdu. Mommy dah takda maknanya nak syahdu-syahdu lagi masa tu :(

      Saya sendiri boleh kira berapa kali ada dapat kek harijadi. Maklumlah makpak kita zaman tu takda kisahnya harijadi anak-anak. Birthday party bagai..kalau minta mahu kena pelangkung kot! Hahaha!

      Delete
  10. hepy belated besday abang!!!! selang sehari je dari besday Fateh Uwais hihihih. agaknya sebab HD nak jaga hati dorang yg lain kot. takmo kecik hati nanti tu yang dia takmo bising2. hihihi kalau dengan MD gaduh2 sayang auchhhhhh hahahahahahaha

    adik nanti suruh mommy beli belon macam ni jugak tauuuuu :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you, Aunty Kira (mak-mak yang ada anak semua pangkat auntylah walaupun muda dan comel, hehehe...)

      Oh, ya akak ada baca tentang sambutan harijadi Fateh Uwais tu. Memang selang sehari je tapi jauh tahunnya. Hahaha!

      Suami akak memang macam tu. Tak suka birthday celebration ni semua. Buat senyap-senyap aje. Makan sekeluarga pun dah cukup tapi kena makan yang luar biasalah sikit ^_^

      Adik kalau harijadi dia rasanya nak tenggelam dalam belonlah!

      Delete
  11. Meriahnya birthday Abang! Tapi kenapa u olls tak makan kek?pelik betul...family saya walau ramai badan keremping, tapi bab kek tak pernah tak habis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak akak ni memang lain macam. Memilih makanan memang no.1. Kalau mereka tak suka memang kami lakibinilah yang kena habiskan. Kalau mak tak suka, bapak habiskan. Kalau bapak tak suka, maklah jadi DBKL. Susah tau....

      Delete
  12. Happy belated birthday bubbly abang. Semoga membesar sebagai anak yg soleh, bijank pandai dan sihat tubuh badan. Wow...mommy buat handmade birthday card tu. Kretif juga yerp MD ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you, Aunty Fiza ^_^

      Ohsem sangatkan Mommynya buat handmade card tu. Padahal, print out aje lepas tu kalerlah ikut suka. Kaler pun entah apa-apa. Hahaha!

      Delete

Post a Comment