'Ku ke udaralah lagi' ^_^

Salam 16 Zulhijjah kawan-kawan!

Hola! Hola! Apa khabar semua?

I ada je di sini, di depan komputer setiap hari tapi biasalah pekerja super-E macam I ni mana boleh cuti. Asal cuti aje, tetiba kerja melambak. Padahal kalau kerja hari-hari pun, bukannya ada kerja yang tertangguh! Pening memikirkan mengapa dan kenapa tau!

Makanya I tak sempatlah nak menjengah blog sendiri apatahlagi nak berjalan-jalan mengomen berjemaah kat blog kawan-kawan katanya. Dalam pada sibuk sangat tu boleh habis 2 novel dibacanya! Kat rumahlah, bukan kat pejabat!

Errkkk... raya haji dah habis ke? Tak boleh ke kalau nak extend mood raya tu lagi? Buat-buat lupalah yang ini raya haji bukannya raya puasa yang boleh extend mood raya sampai sebulankan! Hehehe....

By the way, raya haji tahun ni kami di Kuala Lumpur, bandaraya yang kucintai separuh nyawa gitu ^_^ Sayang sungguh rasanya nak tinggalkan bandaraya kucintai ni tau ^_^ 

Oh, I know... I know.... Memang itulah soalan cepu lempang yang nak ditanyakan! I masak apa masa hari raya tempohari!

Well, well, well..... 

You knowlah I ni kan... propa aje lebih. Senarai menu kekal dalam kepala tak sempat keluar jadi juadah hari raya ^_^

Eh, bukan salah I 100% tau! Salah my sisterlah.... My sister lagilah propa berganda-ganda daripada adiknya tau!

Mula-mula katanya nak beraya di KL sahaja, tak balik kampung. I pun tersengih aje bila mendengar. Lega dalam hati ni. Tak payah masak. Boleh tumpang makan aje sampai habis lauk-pauk raya tu! Tiba-tiba katanya nak balik di pagi raya. Mula-mula sebelum Subuh, and then selepas solat raya and then dah lega-lega nanti gerak balik kampunglah on hari raya. 

Tak lama lepas tu plan bertukar lagi. Kononnya hari Jumaatlah balik kampung. I masih lega juga mendengarnya tapi takdalah nak menunjuk-nunjuk di depan my sister ni betapa leganya I tak perlu  memasak juadah hari raya ~_^ 

Lepas tu, tukar lagi plan ke pagi Sabtu sebab petang tu ada majlis kenduri di rumah my kakak di kampung tu....

By the way, ini semua plan my sister bukan my plan. I memang sejak awal lagi dah kata nak beraya di KL sebab malas nak cuti hari Jumaat. Maklumlah cuti pun tinggal sebelah jari pun dah tak cukup ^_^ Setakat kenduri tu, I jadi tetamu VVIP aje apa salahnya ^_^ Kalau I balik awal pun, bukan I menolong di dapur. I jenjalan sekitar BP dengan suami tercinta dan anak-anak aje. Dahlah tu, nanti tak pasal-pasal my Chik kena 'serahkan' bilik utama untuk I anak-beranak. Maklumlah suamiku 'omputih' kata orang kampung nun ^_^

Dek kerana my Ngah ni memang tukang masak handalan di kalangan ahli keluarga kami, makanya I memang rilekslah dengar my sister tak balik kampung raya ni. Lepas satu tugas. Nanti pagi-pagi raya kita datanglah bertandang macam biasa bawa mangkuk tingkat. Makan puas-puas, buatlah macam rumah sendiri. Apa nak malu, kan rumah kakak sendiri tu ^_^

Tiba-tiba plan bertukar lagi kata nak balik beraya di kampung. Oh, tidak! Teruslah I apply cuti sebabnya sekarang bukan boleh macam dulu-dulu; cuti dulu baru apply cuti (keh3x). Masa itulah I sibuk memikirkan nak masak apa di pagi raya kalau my sister balik kampung. Oh, tidak... 

Berlaku lagi ni nanti kejadian makan nasi impit dengan daging masak black pepper ^_^ I ni memang dalam diri half Asian, half Western gitu; maklumlah tak sedar diri 100% berdarah kacukan BugJaw@_@

Dalam pada I duduk memikirkan menu tetiba my sister kata tak jadi balik beraya di kampung kali ni. Balik pagi Sabtu ikut my another sister dan keluarganya. Oh my, oh my.... lega tau mendengarnya! Tapi sebab dah ambil cuti tak payahlah nak batalkan. Biarkan ajelah cuti tu habis sebelum tahun berakhir ^_^

Makanya, terjawab dah soalan (pendek) dengan  jawapan I yang panjang berjela ni, kan @_@ Terselamatlah I daripada terpaksa merendang, mengkari, mengkurma, menglodeh dan sebagainya di pagi raya.

Awal pagi I dah bersiap tau. Sampai rumah my sister boleh pulak tu ditanya - 'Kau nak ke mana ni?'

Eh, hari raya mestilah nak pakai cantik-cantikkan walaupun hanya untuk makan, makan dan makan aje kerjanya!

Okeylah, penat I menggarap cerita tau! Kita sudahi dengan satu gambar raya my anak-anak bujang tersayang, terlovely, tercinta dan tergodalah kalau you all tengok. Hihihi....




Nanti-nanti kita sambung meroyan lagi yerk ~_^



 

 



 


Comments

  1. seronoklah tak merendang, mengari semua. kita lak kena merendang, megari, memasak merah, mempuding tolong kakak ipar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cukup seronok. Pagi-pagi datang bawa badan aje. Lepas tu makan dan makan dan makan. Siap tapau lagi bawa balik rumah sendiri. Hahaha!

      Delete
  2. Kacaknya bujang berdua itu dalam pakaian kebangsaan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah, Kakcik. Anak siapa lagikan. Hahaha....

      Okey, okey! Bab perasan ni memang tak boleh dilayan saya ni tau!

      Delete
  3. hahaha..nasib baik lah kakak balik kampung pas raya.kalau tak kena turun dapur lah kak MD.tahun ni saya mengmasak merah, merendang, menglodeh dan mengimpit.ketupat tak sempat, takde geng tolong anyam..hehe

    dah, dah, tak payah nak raya lama-lama sngat ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uhuh, akak dah bercinta tau nak kena turun dapur memasak untuk 4 beranak!

      Hahaha...4 beranak aje tapi bunyi takutnya macam nak masak untuk kenduri je....


      Eh, akak tak puas rayalah sebab hari raya pertama tu akak kerja makan minum tidur baring aje kat rumah my sister ^_^

      Delete
  4. Nak tanya sikit ni....Ngah tu suka makan buntut ayam tak? Mak suka hihi..... Eh? Ada kena mengena ke soklan mak ngan pengakuan mak ni? Mestilah ada sebab tu mak tanya.....

    Yelah kejap balik Raya, kejap tak balik...kejap balik hari Jumaat, kejap hari Sabtu....mak pun pening tau....tak sabar nak tau akhir cerita Kak Ton hoho.....

    Tp frust betullah....sebab kak Ton tak payah susah susah masak, jeles mak weyh......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish, Ngah tak makan part-part buntut ayam, tongkeng ayam, kaki ayam dan sebagainyalah. Ngah cuma makan isi ayam aje ^_^ Oh, ni nak beritahu kononnya Mak dengan my Ngah ni sama sebijilah perangai. Cakap tak ada konfiden kejap ke utara, kejap ke selatan, timur barat gitu?

      Tapikan... kita yang tak makan buntut ayam pun suka benda-benda last minute macam ni tau ^_^

      Huahahaha...nampak tak dari sana gelak monster kita macamana? Kita happy sangat ada orang kena masak malam buta sambung awal pagi tau. Kesian alahai bersengkang mata. For sure kalau ada orang komplen ada bau hangit, memang minta penumbuk sebijilah jawapannya!

      Delete
  5. Abang punya senyum mcm kena paksa jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena faham-faham sendirilah, Mak.... Bila dah usia macam tu memang kena paksaan ajelah. Maklumlah dah 9 tahun katanya ^_^

      Delete
  6. hahahaha..selamat lah MD dari agenda masak memasak... klu idak, mau bersilat kat dapur ye dak? haha.. kmi raya kt rumah jer, en suami tak balik so raya ala kadar... masak utk makan berempat je.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuh, lega! Nasib baiklah tak kena masak. Tapikan mengeluh kena masak tu macamlah nak masak untuk ramai orang makan. Padahal masak untuk sendiri makan aje :) Memang dasar pemalas tau. Keh3x.

      Delete
  7. saya tak merendang pun tapi masak yg simple je..takde ketupat rendang bagai...ehehe...janji kenyang...ye tak? kalau orang lain masak kita makan, memang heaven la..ehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ingatkan kalau kena masak memanglah nak buat lodeh, masak kurma daging dan ayam masak merah. Tapi nasib baiklah tak kena masak. Lega bukan main. Pagi raya ni kalau berlengas kat dapur, tak rocklah. Pagi raya kena makan-makan aje. Orang lain masak barulah terasa sedapnya alahai.... Hahaha!

      Delete
  8. Jadi selamatlah ye.. hehehe..
    ai beraya di rumah MIL.. hubby kerja takde cuti masa tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat lagilah kiranya ^_^

      Kenyang makan air tangan kakak. Nak harapkan air tangan emak memang tak dapatlah lagi. Emak pun dah banyak lupa...

      Delete
  9. Comellah tgk budak berdua ni.....gerammmm....hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau geram, tenung ajelah gambar tu yerk. Nak suruh picit pipi tak boleh pulak ~_^

      Delete
  10. Hehehe... akhirnya.. terselamat la MD dr memasak utk pagi raya..
    Ensem bujang berdua tu.. tp senyuman adik nampak lebih ikhlas.. abg mcm terpaksa je.. mummy paksa ye? Hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akhirnya, terselamat sekali lagi. Fuh! Lega betul!

      Adik kalau kita kata nak ambil gambar, okey aje memanjang. Mesti nak tunjuk peace yo dia tu. Abang dah tak main ambil-ambil gambar ni. Penat dah melayan kehendak Mommy!

      Delete
  11. Seronok la tak payah merendang dipagi raya..sy pulak cipta sejarah pertana kali masak hidangan raya dihari raya..sbb mak mertua kesayanganku balik beraya di johor.huhu

    Segaknya bubbly abg n adik cute dipagi raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, bukan ke setakat memasak tu takda masalah, PK? Awak tu kalau suruh memasak untuk kenduri kahwin pun dah boleh kot. Maklumlah dah terror katanya. Lainlah kita ni, memang meremang bulu roma kalau kena suruh memasak untuk ramai orang *_*

      Delete
    2. Ehh sebenarnya expert masak takat isi perut sendiri..en suami n anak2 yg lain tu memang lost.tambah2 hidangan raya..lg la fail.huhu

      Delete
    3. Uish, kalau tukang masak boleh kata macam ni, meremang pulak bulu roma kalau kita yang biasa-biasa ni kena memasak ^_^

      Delete
  12. Aip balik lg juga akhirnya ya.. lama mendiam ingatkan ke manalah..rupanya banyak kerja ya? Haha.. apa pun, Kira meriah la raya korang.. sempat balik kg lagi tu..

    Weh nasi impit dengan daging black pepper? Nak try jugala nati.. nampak menarik je menu ni.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish... masihlah namanya tak balik raya ^_^ Kan kita raya kat KL aje ^_^ Maklumlah orang Kay El katanya....

      Cuti empat hari terasa indahnya dunia. Untunglah cikgu dapat cuti extrakan!

      Adalah lauk hariraya yang lain tapi kira ohsemlah masak daging black pepper di hari raya ^_^

      Delete
  13. wahhh dah banyak hari tak masuk blog akak. blog dah berwajah baru ek. cantik cantik hihihi.

    segak aihhhh ank bujang mommy tu haaaaa. sama la kita kak. konon ingat nak beraya di alor setar ini saja tup tup petang hari rabu balik keja tu suami kata. nak balik kampung jom siap cepat. melompat la kita masa tu baru nak kemas beg la ape la. dengan sinki penuh pinggan nya tapi tetap buat setangkas kilat sebab nak balik beraya dikampung wifey katanya hewhewhew :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya Kira baru pagi tadi akak menggodek. Tetiba semua hilang sebab tak save. Terpaksalah akak guna template paling senang ni untuk kemeriahan akak berblogging. Hahaha!

      Ni tengah stress tau tak sebab gambar header tu besar sangat. Nuffnang semua dah hilang!

      Plan last minute ni kadangkala seronok tau. Tapi adakalanya memang mendatangkan ketidakseronokan jugak ^_^

      Delete
  14. kejap balik kejap tak balik...last2 bali...last minit gitu mau penin gak kan....tu lieya laaa...mau meroyan aku kene kemas beg hahaahahahaha.....

    lieya takpenah lagi masak menu raya yg betul2 kak...selama ni harapkan mak jek laa hahaahaha..... kene gak kumpul2 resepi mak ni...mane tau kan kalo2 kene masak sendiri pasni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik itu plan kakak akak aje tu. Kalau akak yang buat macam tu memang kena hempuklah dengan HD. Tapi kalau endingnya yang kita suka, tak kisahlah berdolak dalik berpuluh kali. Hahaha!

      Eh, serius tukang masak handalan buat bento ni belum pernah masak untuk raya? Kiranya akak menang 1-0 lah kan kat sini. Yeah! Kita menang! Huahahaha....

      Delete
  15. Banyak kali plan berubah ye MD..
    Last sekali tak balik ye..
    Tak pa .. sekurangnya kenyang perut makan rumah kakak tercinta tu..
    Tahun ni CH tak beraya pun..
    Kesedihan kehilangan bonda tercinta masih terasa..
    Lagi 5 hari nak raya bonda pergi menghadap Ilahi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiranya raya tak baliklah ... Balik hujung minggu tu macam biasalah. Itu pun jarang-jarang berlaku. Hahaha!

      Eh, bonda CH dah takda ke? Oh, alahai... lamanya saya tak singgah ke blog CH sampai tak tahu cerita.

      Alfatihah dan salam takziah ya, CH. Semoga CH sekeluarga tabah menghadapi kehilangan sekali lagi!

      Delete
  16. tak sempat baca cite di atas...besoklah
    yang pasti blog dah lain! cantiklah pula nampaknya
    ni memang berjangkit dengan jiran sebelah apa ke?
    nak berjangkit jugalah...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah tak tahu apa puncanya. Menjangkit ke, terjangkit ke, dijangkiti ke, tak pastilah YY. Tapi bila takda kerja mulalah tangan gatal nak menukar itu ini. Bukan pandai mana pun. Ini tengah dok fikir duplohlapankali macamana nak adjust sikit gambar header ni. Penuh dah hah! Dahlah anak-anak kita besar-besar belaka. Kalau masuk makpak sekali dalam gambar, tak muatlah header! Hahaha!

      Delete
  17. laa...tak merendang melondeh ke. untung la orang tu wei
    walau kita ni tak masak teruk sangat, tapi tetap kena masak
    berpuluh ketiak nak masakkan tuk orang lain...sendiri makan, campak aje! =)
    betullah kalau hari raya kena pakai lain dari hari lain
    saya pun sama macam MD. sunat kalau kita berpakaian cantik ni =)
    tapi saya camne pun memang cantik! hehe!

    pasal blog ni kan MD, suka warna orange tu
    pastu MD pandai buat favicon bagai..seriously kemaslah
    ni boleh dapat idea tuk review nanti ni...hehe
    header tu kena reduce size sebelum upload...
    okay dah tu, saiz kena kecikkan aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. YY, bab 'melondeh' tu bahaya! Apa yang nak dilondehkan di pagi raya tu? Hahaha.... (sure terbakar hati dia kena gelak jahat....Hahahaha! Kuat sikit!)

      Ish, kesian sungguh kena dengar orang masak untuk raya ni! Pukul berapa start masak dan pukul berapa pulak habisnya? Lepas orang selesai solat raya ke? Keh3x....

      Yalahkan, raya mestilah nak pakai cantik-cantik. Saya ni kan YY pakai ke, tak pakai apa-apa ke, tetap cantik jerk. Hahahaah..... gelak gangster lagi ^_^

      Eh, bab favicon tu saya pun baru belajar. Lupalah saya baca kat entri siapa ek!

      Saya cubalah reduce size tapi lepas tu terkurang pulak dari width blog ni...dah tak cantik pulak tengoknya! Itu yang saya malas nak fikir panjang nak buat macamana lagi tapi serious sakit mata tau tengok gambar besar gedabak size tak cantik macam ni!

      Err... yang pasal blog tu consider orang puji kitalahkan... Makanya kita kena ucap terima kasihlahkan.... Hahaha!

      Delete
  18. Lyn pun beraya kat sini jer.. eh mmg tiap2 thn kat sini jugak pun.. hahahha
    pagi2 tgk org korban lembu kat depan rumah..
    lepas tu lepak, makan, tgk tv, borak2 & gossip jer...
    gitu lahr raya ku.. hehehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...memang tiap-tiap tahun punkan beraya di Selangor. Nantilah mana tahu akan datang beraya di kampung orang lain pulak ~_^

      Itu ajelah Lyn kerja nak dibuat masa raya korban tu. Nak bertandang, macam weirdlah pulak, bukan raya puasa pun!

      Delete

Post a Comment