Ragam adik-beradik dan Karnival Usahawan Desa (KUD 2015)

Salam 24 Zulkaedah kawan-kawan!

Aha, ini kira cukup baiklah ya! Hujung minggu lalu kami cuma keluar hari Ahad aje. Melawat Karnival Usahawan Desa (KUD 2015) di Putrajaya. Takda rancangan pun nak ke sini. Bangun pagi tetiba aje terasa nak ikut ~_^ Dari pagi bawa ke tengahari. Itu pun HD tak ikut. I dan anak-anak ikut my sister and niece. 

Sebelum itu marilah dengar selingan cerita kelakar ni dulu. Hari Sabtu malam Ahad, my superheroes balik lewat ikut Ngah pergi makan malam. Mereka terjah Restoran Upin Ipin berhampiran. Agaknyalahkan, siapakah yang paling gembira dalam hati?

Of courselah Adik Cute ~_^ 




According to my niece, semua budak-budak yang ada dalam restoran tu boleh pula menyanyi ramai-ramai lagu Upin Ipin. Maklumlah peminat tegar mereka ni agaknya termasuklah anak bujang bongsu I yang comel tak ingat dunia ni (Opppsss... terover puji pulak! Maklumlah emak perasan memang macam ni selalunya ~_^)  



Sempatlah dia pow MakNgahnya botol air Upin Ipin satu walaupun bila balik rumah dua-dua komplen ayam goreng kat Upin Ipin ni tak best. Tepung ayam goreng tu tak sedap langsung! Bab komplen memang hebat samalah macam Mommy mereka. Erkkkss.... tersasul jerk pagi ni tau ^_^

Dek kerana lambat balik, maka tidur pun lambat. Sebelum tidur sempat lagi Bubbly Abang beritahu MakNgah and kakak ajak mereka pergi Putrajaya esok tapi kena bangun awal pagi. Pukul 8 pagi dah nak pergi. I pun kata (dengan tegas) sebab malam tu lambat tidur makanya esok tak boleh ikut lagi!

Esoknya seawal pagi Abang dah masuk bilik nak minta izin sekali lagi dari Mommy. Mommy geleng kepala aje tanda tak boleh pergilah. Teruslah dia keluar dari bilik....

Tiba-tiba I dengar macam bunyi orang bercakap di luar. Pun I tak keluar dari bilik. Lepas tu I dengar macam si abang kejutkan adiknya tapi siap ada bunyi tu - 'Shhhh....shhhhh....'

Tak lama lepas tu I dengar bunyi orang mandi. Slow okey bunyinya... Selalunya kalau my superheroes 'bermandi-manda' dalam bilik air memang boleh tahu. Kecoh. Ribut. Kalut. Memekak aje mereka sampailah habis mandi setengah jam kemudian! Tapi pagi ni, bunyi air pun sopan aje di pendengaran I tau!

I ni pun pura-pura aje tidur. Kejap lagi I nampak mereka berdua bertuala terhenjut-henjut nak masuk bilik. Si Abang pegang bahu Adik sambil tangan tunjuk isyarat 'Shhhhhh...' suruh jangan bisinglah tu. Si adik pula lagi kesian, menggigil-gigil kesejukan, terketar-ketar I tengok mulut. Pucat.

Dalam pada mereka terhenjut-henjut itulah I pun 'bertempik' ~_^

Aha, pucat lesi dua beradik!

I tanya nak pergi mana tu, mandi senyap-senyap. Jalan terhenjut-henjut tak nak buat bising. Nak lari dari rumah ke apa ni....

Dua-dua tunduk dah takut. Yang paling kesian I tengok si adiklah. Masih lagi menggigil kesejukan. Pucat lesi muka, takda darah tau ^_^

I suspectlah my superheroes ni (diketuai oleh abangnyalahkan) nak senyap-senyap ikut MakNgahnya pergi Putrajaya sebab dah dua kali tanya, dua kali Mommy tak beri keizinan! Teringin sangat nak ikut sampai kata Mommy pun nak dibantahnya dalam senyap!

Dek kerana itulah, I pun bergegas bersiap juga dan ikut sekali ~_^

I pun ceritalah pada my sister gelagat dua beradik ni yang 'nak lari dari rumah' pagi tu... My sister gelak aje. Padanlah katanya bila dia datang tadi, si abang suruh cakap perlahan-lahan sebab Mommy tengah tidur katanya... 

So, kami sampai di Putrajaya agak awal pagi tu. Lebih kurang pukul 8 lebih. Semua gerai pun tak buka lagi. Pergilah makan sarapan nasi lemak dan teh tarik berharga RM2. Lepas dah kenyang, barulah boleh berjalan-jalan.



My superheroes sebenarnya tak minat pun nak jalan-jalan kat sini. Mereka cuma berminat sebab nak ke Putrajaya aje. Jadi I letakkan mereka di bawah jagaan my niece kat satu booth ni ~_^ Kebetulan my niece bertugas di sini.

I dan my sister pun berjalan-jalanlah meninjau! Tapikan sebab awal lagi, tak banyak gerai yang dah dibuka. Bila gerai dibuka sepenuhnya, sekali lagi kami berjalan meninjau. Pun tak tahu nak beli apa. Kami lebih berminat dengan makananlah. Asal berhenti aje di satu-satu gerai dan bila ditanya, dah tentu-tentulah gerai tu milik orang Johor ~_^ 

Rasanya memang dah penat berjalan dari satu kawasan ke satu kawasan lain. Kira dah habis meninjaulah agak kami. Cuma beli nenas dari Parit Tengah Johor, beli aneka kerepek (pun dari Johor) dan rempah opor (yang ini aje dari Pahang ^_^) Lain-lain sekadar tengok aje tak terasa nak membeli pulak.

Yang I pelik, ke manakah perginya pisang salai? Kenapa takda satu pun peniaga dari Johor yang menjual kerepek rempeyek dan sebagainya terfikir nak bawa pisang salai? Kempunan ah kak tau, nasib baik tak mengidam @_@ Wajik sirat pun tak nampak orang jual. Sagun pun tarak (Eh, ada tapi tak menarik!) Apa ke namanya tu (tiba-tiba lupa pulak) yang gula-gula kelapa balut dalam plastik warna-warni tu? Kakzakie mesti tau ni... nak tanya jiran sebelah akak buang air liur jerk *sambillidahterjelir*

Pagi tu my superheroes masuk pertandingan mewarna. Alah, depa berdua ni bukan teruja pun! Bubbly Abang tak nak masuk sebab 'tak cool' katanya jejaka sado macam dia masuk pertandingan mewarna ~_^ Adik Cute pulak malas nak mewarna tapi tetap juga Mommy mereka ni 'paksa' dok mewarna! Akhirnya akurlah my anak-anak. Siapa tak tahu Mommy depakan. Kalau guna kuasa veto, memang habislah tak boleh menjawab!



Adik Cute mewarna separuh jalan aje lepas tu merajuk. Dia tengah rela terpaksa mewarna tetiba budak pengacara tu asyiklah terlanggar kakinya. Kali pertama langgar, dia dah mencemik. Dah nak give up tak mahu mewarna lagi. I paksa juga teruskan usaha katanya...

Kali kedua budak tu langgar, terus meleleh air mata okey! Terus landing kat dada Mommy menangis teresak-esak! I pun bawalah duduk di belakang. Lepas tu dia pun komplen...

Jahatlah budak tu! Siapa suruh dia datang! Asyik langgar kaki Adik!

Eh, dia nak mengacaralah, Dik! Kalau dia tak mengacara siapa nak bercakap pegang mic? Dia tak sengaja pun!

Dia memang ganas. Tak payah suruh dia mengacara lagi! Tak payah suruh dia datang lagi!


Hahaha.... boleh gaya gitu.... nak masuk Melodi ke Adik oi, pengacara pun kena komplen!

Selesai acara mewarna, I ingatkan nak balik rumah. My niece kata dia tumpang kawan-kawan ajelah nanti sebab kerjanya tak selesai lagi. Disuruhnya I pandu keretanya balik ke KL bawa my sister dan anak-anak. Tiba-tiba Bubbly Abang teringat tram yang dia nampak pagi tadi. Nak naik katanya. 

I pun keluar kereta sekali lagi. Nak tunggu tram. Tunggu punya tunggu takda juga nampak kelibat tram ni. Si Abang bukan boleh jalan jauh sikit. Malas memanjang. Boringlah. Itulah, inilah. Tapi tadi dia yang nak naik tram. Adik Cute dah ikut si kakak sepupu jalan-jalan cari kuda katanya! Akhirnya bukan naik kuda tapi naik kereta mainan jerk!




Dalam pada kita menunggu tetiba nampak tram lalu tapi penuh pulak. Kita pun jalan laju-laju nak tunggulah tepi jalan tempat tram akan lalu. Belum sempat sampai tram dah berlalu. Nampaklah kelibat Adik Cute dan si kakak sepupu bersantai dalam tram! Lagilah hancur hati si Abang.

Jadi supermak ni, I usahakan juga kejar tram tu. Kali ni bila nampak tram terkial-kial nak naik bukit, I pun apalagi, laju aje dengan si Bubbly Abang menahan. My sister entah mana pulak pergi. Lambat sangat jalan ^_^ Nasib baik ada kekosongan. Nasib baik sebelum tram jalan, nampak kelibat my sister tercungap-cungap berjalan menuju ke arah tram. Akhirnya semua dapat naik ^_^

Dek kerana siksa mengejar tram, kita bantailah pusing dua, tiga round. Orang lain memang takda peluanglah nak naik. Hahaha...

Bila dah naik tram barulah tahu luas rupanya tapak karnival ni. Kami cuma dah cover dua per tiga aje. Ada lagi tapak karnival yang jauh berjalan kaki tak kami terjah. Pagi tadi masa tengok-tengok adalah nampak orang jual ABC macam sedap sangat bila melihatnya! Bila cari balik dah tak jumpa! Tak tahu belah mana. Itulah pasal I tak suka tau berpegang pada kata-kata (kalau nak beli sesuatu) 'Okey nanti kita pusing sekali lagi baru beli! Sekarang jalan tengok-tengok dulu!' Memang tak belilah jawabnya!

Lepas seronok naik tram, malaslah nak pergi menerjah lagi sekali. Anak-anak pun dah penat. Minta kunci kereta kat my niece, masuk kereta dan terus balik KL ^_^ 

Tercapai misi Bubbly Abang dan Adik Cute nak ke Putrajaya (yang kononnya senyap-senyap nak keluar rumah ikut MakNgah sebab tak dapat izin Mommy) walaupun mereka tak tahu yang kakak sepupu nak bawa mereka ke KUD 2015 aje pun! 

At least dapat naik tram pun mereka dah happy. Abang ajak pergi taman bunga naik tram lagi! Eh, nak kena marah Daddy ke apa? Kalau ke taman bunga, Daddy suruh exercise kaki. Ada ke nak naik tram! Jangan mimpilah kecuali Mommy guna kuasa veto sekali lagi ~_^










Comments

  1. Macam2 hal berani ye dua beradik tu komplot ingkar arahan mommy.kelakar pulak rasanya.

    Hai adik cute..awek awak cik pia sekarang dh ikut jejak awak. Dh suka pin pin (upin ipin) hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan main berdengkit-dengkit lagi lepas mandi bertuala masuk bilik. Mereka fikir Mommy ni lenalah tidur tak sedar apa anak buat. Saja aje nak tengok sejauh mana mereka nak masuk perangkap! Hahaha...

      Budak-budak memang kebanyakannya suka Upin Ipin ni cuma si Bubbly Abang aje dulu-dulu takdalah kecoh pasal Upin Ipin ni. Itu pun dia tengok disebabkan adiknya yang tak bagi tukar channel TV!

      Delete
  2. Singgah sat....nanti komen lagi. Amboiiii....balas ngumpat nampak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, singgah jenguk jerk! Puas tunggu bila nak datang mengumpat balik ^_^

      Delete
  3. hahha..pandai pulak tu bersiap senyap2..terbayang2 aksi nya jadi kesian pulak..mujur mommy bagi pergi..boring la tu dok rumah tengok muka mommy je...hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommy sebenarnya bukan suka sangat anak-anak ikut orang jalan jauh-jauh (kalau HD bawa kereta, Putrajaya tu tak jauh; kalau orang lain bawa anak-anak consider jauhlah Putrajaya tu tau ^_^) Itu pasallah tak beri keizinan. Lagipun hari cuti memang selalu keluar berjalan-jalan. Kalau mereka takda, kena dating berdua lagi dengan bapaknya.

      Delete
  4. Eh..tentang komen YY pada lobos kat blog saya tu .. si lobos tu marah sebab saya delete komen dia..dah tu komen macam nak bergaduh siap2 maki orang,gila ke apa saya nak simpan komen gitu..delete je la..boleh pulak dia marah dan minta penjelasan,..kita dah update penjelasan nya kat entry tu boleh pulak dia tak puas hati lagi.siap ajak berdebat..sebenarnya dia bukan nak berdebat pun..dia cuma nak ajak lawan maki...bila saya delete dan delete komen dia siap ugut nak bagi saya muntah darah..nampak sangat kuno dan kampung nya dia ni..dia geram sebab saya tak layan dia je..pelik betul.kurang kasih sayang la lanagu tu..tau nak cari taik je..hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga eh orang macam ni! Setakat komen aje tu. Setakat penulisan dan pendapat kita aje tu. Yang tahap sampai nak orang muntah darah tu apahal... Kesian tau orang macam ni. Dah tentu-tentu tak cukup kasih sayang dari orang sekeliling. Kawan pun tak ramai mungkin. Itu yang bila nampak peluang teruslah nak cari pasal. Nak cepat famous ni.. tak mahu bermula dari bawah! Hahaha....

      Delete
    2. eh2 nampak pula nama kita di sini =)

      MD kalau baca komen langau tu, memang sakit jantung dibuatnya
      teruk betul bahasa dia. nasib yang kena wanita besi
      kalau saya yang kena, menangis meraung dah wei!

      Delete
    3. Tak sempat bacalah, YY. Nampak komen YY aje. Itu yang curiousityku membunuh hello kitty gitu *_* Nasib baik Kak Diana sudi berkongsi kisah dalam komen. Ni adik beradik lahabaulah kotnya, YY. Setakat entri dan komen pun sampai naik berasap nak mengamukkan orang apa hal. Kalau tak tahan tekan ajelah button X kat atas nun. Takdalah hati dia sakit, hati kita pun sakitkan...

      Delete
  5. dpt lah jugak pergi KUD tuh.. lyn just baca WA kawan2 yg pergi. mcm2 dorang borong kat sana.
    tapi tak pergi pun tak per. bkn apa, sure parking susah. Klu dah dua tiga kali takde, mau balik terus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak terfikir pun nak pergi, Lyn. Rasa macam karnival orang-orang tua aje tua. Hahaha...

      Tapi dah anak-anak nak sangat pergi Putrajaya, akak pun bangkitlah awal di pagi Ahad tu ikut sama. Tak percayalah budak-budak ni pergi ikut orang lain walaupun kakak sendiri terutama di tempat-tempat yang ramai orang macam ni!

      Delete
  6. Amboiii adik makan ayam goreng tu pun bersungguh betul. Hahaha. Nani kalau dulu dulu bila ibu suruh masuk mewarna pun pehhh bapak ahh malas. Hahahah :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menghayati semangat Upin Ipin katanya, Nani. Tetiap malam suruh bekalkan ayam goreng dengan air masak untuk pergi school padahal school pun tak register lagi ^_^

      Oh, ingatkan budak-budak memang suka mewarna ni! Itu yang akak paksa juga anak-anak masuk, kalau tidak Mommy mogok tak mahu belikan apa-apa!

      Delete
  7. Emmmm dah biasa peel jiran yg bersawan lagi perasan, layankan ajelah hihi...

    Dulu kat BTHO ada gak restoren Upin Ipin ni tapi la ni dah tutup dah....Kesiankan bisnes makan ni. Ada gak yg tak boleh survive ek rupanya. Tengok adik makan ayam, udah teringin pulak weyh....

    Kikiki.....panjang betul akal budak dua orang tu ek.....sampai menjadilah plan depa, akhirnya mommy terpaksa folo.

    Tak pernah pergi karnival karnival cenggini, kecuali terlalu depan mata. Best jugak kot kannn....dapat beli makanan yg jarang jumpa kat mall.
    Kak Ton ni kan sama ngan mil mak tau suka pisang salai.... Lagi satu kuih karas....Mak pisang salai tu tak berapa nak suka, tapi kalau kuih karas tu layan jugaklah.....Semedang kalau maknya kirim kuih karas tu, cepat cepat mak pun nak jugak hihi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat macamanakan, Mak... dah begitu sikap jiran Mak ^_^

      Ayam gorengnya pada saya so-so aje sebab tak spicy. Saya bab ayam goreng ni dah tak leh masuk tekak kalau tak spicy sampai terbakar mulut. Tapi kalau ke sini pun saya makan nasi-nasi, tak pun mi-mi aje. Takdanya nak makan ayam goreng.

      Bukan main tau mereka nak bersiap senyap-senyap. Yang tak tahan nak gelak tapi tahankan aje tu bila tengok mereka dua beradik bertowel keluar bilik air! Menjengkit-jengkit masuk bilik nak ambil baju. Kesian si kecil tu, menggigil-gigil sekali kesejukan. Pucat lesi muka tahan sejuk. Last-last Mommy juga kena peluk kasi warm itu badan. Dah anak-anak nak pergi, HD suruh saya ikut ajelah! Habis cerita...

      Suka Mak pisang salai tu. Dah lama tak makan. Kuih karas tu makan jugalah tapi takdalah suka mana pun. Biasalah apa Mak suka, Kak Ton tak berapa suka.. Sajalahkan....

      Delete
  8. restoran upin ipin ini adik saya penah cite juga
    dia kata tak sedap mana pun
    maka saya dah dengar review dia, memang tak pernah menyinggahlah
    bebudak dah berapa kali ajak
    saya kata elok kita p kfc aje...semua orang boleh makan puas hati =)

    pakatan sulit! memang semua adik-beradik ada perangai gini ye
    afif dengan aisyah pun sama
    kalau bergaduh sampai gugur rambut mama dia
    tapi kalau pakatan sulit...bukan main lagi diorang

    ada planning nak ke sana, pastu cancel last minute
    eh adik cute tak takut pula dengan maskot ye
    kalau aisyah, meraung macam nampak syaitooonnn tau. adehhh anak dara tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau lapar, semua pun sedap, YY. Tapi kalau tak lapar, tak payahlah singgah. Kalau teringin sangat nak makan ayam goreng, pergi ajelah ke restoran yang kita dah lama jadi pemegang sahamnya - KFC ^_^ Oh, ini bukan niat mengutuk perniagaan anak bangsa sendiri cumanya kat restoran ni ada yang sedap, ada juga yang tak berapa sedap. Nak kata tak sedap tu, tidaklah ^_^

      Bukan main tau mereka dua beradik berpakat nak 'lari dari rumah' ikut my sister and niece. Nasib baik Mommy ni dilahirkan cerdik sejak kecil lagi sampailah ni... Hahaha....

      Dah katakan rambut gugur sebab syampu, sebab umur dah tua bukan sebab anak-anak bergaduh. Eh, YY ni sahajalah tu nak mencipta kontroversi ajak bergusti ^_^

      Saya memang tak plan langsung sebab tau ajelah HD ni kalau tanpa emaknya jangan haraplah nak ke tempat crowded macam ni. Itu pun kami dapat parking depan booth sebab anak saudara saya staff salah satu stesyen TV ^_^

      Dulu-dulu dua-dua pun takut. La ni dah besar, dah jadi mat romeo takkanlah setakat maskot pun takut. Nanti dikelilingi perempuan lagi ngeri tau daripada didampingi maskot ~_^

      Delete
  9. alaaaaa kita tunggu2 dari tadi gambo tram nya tauuuuuu. tram tu yang ketapi macam dekat zoo tu ek? dorang kata memang besar. berpeluh ketiak bila jalan. tak sanggup la nak round the world kalau tempat2 gitu huuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar tram tak masuk bloglah, Kira. Kalut dalam tram tak dan nak ambil gambar tau ^_^ Ingat nak ambil juga tapi malaslah pulak nak keluarkan smartphone!

      Yalah, betullah tu. Macam kat zoo tu. Berangin aje kirikanandepanbelakang kalau naik tram ni. Luas tapak karnival ni. Akak penuh konfiden nak balik sebab dah round semua rupa-rupanya ada lagi. Makanya takdalah merasa makanan dari setiap negeri tu ... tak sampai pun ke situ!

      Delete
  10. Aip..sape si budak pengacara tu? Suka2 dia langgar adik berkali2 ya? Aip.. meh nak tarik telinga dia.. haha.. sian adik ya..

    Yang kedai upin ipin ni kami masuk sekali je, rasanya dua tahun lepas.. budak bedua ni makan sikit je, nasi yg saya order pun tak sedap di tekak saya..dan yang paling tak tahan, naim nak beli semua benda yang dijual..adoi.. pensel la, buku la, botol air la.. so😲, tak yah ler kita singgah lagi ke sana..

    Geli hati weh bila baca bab lari dari rumah tu.. haha.. pandai lak diorang ni merancang nk ikut mak ngah dia tu.. adoi.. geli hati.. mujur tercapai gak hasrat diorang nak pergi putrajaya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik kan time dia nak tangkap leleh, takda apa-apa pun nak meleleh kerjanya. Time ganas, mengganas tak ingat orang lain!

      Ada beberapa kali jugalah saya masuk sini tapi masa tu Adik Cute takdalah teruja sangat dengan Upin Ipin ni sampai hafal dialog semua karakter. Sekarang ni kalau masuk pun gerun, AN. Dia bukan nak makan, dia sibuk dengan hasil jualan sampingan kat dalam tu! Buat menyemak rumah aje pun kalau beli....

      Tiptop punya perancangan tapi dia tak tahu yang Mommynya lagi geliga kepala otak. Hahaha!

      Delete
  11. cop..cop, nape Mommy tak bagi keizinan? Bagus apa gi KUD tu..boleh tengok usahawan-usahawan desa.. Tapi tu jelah, panas dan orang ramainya tak payah cakap. kalau terlepas, macam kes SBC tu, tak jumpa lagilah.Saya kurang gemar tmpt ramai orang macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommy rasa nak pergi Putrajaya dengan orang lain (walaupun kakak dan anak saudara sendiri yang drive) tu macam jauh. Mommy mana boleh benarkan anak-anak keluar ikut orang lain berjalan. Mommy rasa tak senang hati nanti! Kalau setakat pergi sarapan, pergi shopping mall pow MakNgahnya takpalah...kalau keluar dari KL ni memang susahlah hati!

      Akak pun tak suka sebenarnya sebab itu takda dalam plan. HD lagilah. Tapi dah anak-anak nak ikut pergi Putrajaya, kenalah akur. Eh, macam karnival untuk orang-orang tua aje tau. Akak jalan punyalah cepat tapi yang depan, yang belakang semuanya terkemut-kemut. Penat akak berjalan lambat tau!

      Bak kata Bubbly Abang - tempat macam ni jangan haraplah Daddy nak pergi!

      Delete
  12. Ada juga bawa anak jln2 tu MD..
    Anak2 CH ni dah sibuk ajak berjalan..
    Tak tahu yg mama dia bz memanjang dgn kursus dan menjaga uwan dia yg sakit tu..
    BW ni pun kat sepital.. bila mak tido boleh lah mengomen blog kekawan ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, Mak CH masuk hospital ke? Moga cepat sembuh dan dapat pulang ke rumah.

      Anak-anak biasalah CH. Asal cuti aje memang nak ajak berjalan. Bosan dengan rutin. Samalah macam kita juga. Bila dah terbiasa dengan rutin, teringinlah nak buat sesuatu yang berlainan pulak.

      Delete
  13. Konspirasi 2 beradik...Comel jer. Last² mommy pon join skali ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tak nak memang kena pergi. I ni kalau setakat pi belakang rumah ke apa, bolehlah anak-anak ikut orang waima my ahli keluarga sekalipun. Tapi kalau dah lebih dari 10km tu, memang tak bolehlah.... Mommy mesti turut serta ^_^

      Delete

Post a Comment