Selamat Datang September *_*

Salam 17 Zulkaedah kawan-kawan!

Sekejap aje dah masuk bulan Septemberkan dan juga dah separuh bulan Zulkaedah kita lalui! Masa memang tidak dapat dinafikan, berlalu begitu pantas!

Thank you, Uncle Google for the pic ^_^


Bulan September ni tiada apa-apa yang istimewa untuk dikhabarkan tapi ianya merupakan bulan istimewa untuk si Bubbly Abang ~_^ Bubbly Abangkan lahir pada bulan September! Kalau rajin nak mengimbau, carilah bila tarikh lahirnya (nanti I bagi 10 sen kalau berjaya ~_^) I ni kan selalu aje buat dedikasi panjang berjela buat anak-anak tersayang bila tiba tarikh lahir mereka. Kira macam surat terbukalah. Mana tau pada suatu hari yang indah  pada masa akan datang, anak-anak I tergoogle blog Mommy mereka ni dan terjumpa dedikasi tersebut. Haruslah sayu hati (kalau ikut emosi Mommy merekalah) bila membaca nukilan Mommy mereka yang ketika itu entah hidup lagi ke tidak... (Oh, ah kak yang tulis, ah kak yang sedih awat nih....)

Kali ni tak tahulah nak buat dedikasi lagu mana...

Anak bujang I ni bagus tau. Dari awal sudah diberitahu pada Mommynya tak payah buat apa-apa sambutan harijadi. Tak payah susah-susah nak meraikan harijadinya. Dia tak mahu katanya... Nak ikut resmi Daddy yang tak suka menyambut harijadi!

I pulak baru bercadang nak mencuba sesuatu (oh, rahsialah... kalau tidak mana ada surprisenyakan!) tetapi bila mendengar katanya, tetiba  I dok terfikir harus ke tidak I teruskan plan! Yang kelakarnya semalam sebelum tidur tetiba si Abang bertanya,

Mommy, Abang dapat hadiah tak for my birthday?

Eh, kata tak payah celebrate?

Tak payah celebrate tapi hadiah tak akan tak dapat?

Hehehe.... nak hadiah juga rupanya! So, kenalah pergi cari hadiah! Ingatkan tak payah sambut tu merangkap tak payah sediakan hadiah juga!

Tapi jadi emak ni kan sukar nak buat keputusan! Kalau silap buat, katanya pilih kasih pulak. I dah plan nak sambut harijadi Adik Cute in November nanti jadi macam tak adil pula kalau harijadi Abang tak bersambut. By the way, sambutan di sini bukan bermaksud buat majlis/parti harijadi ya. Daddy memang tak benarkan beli kek letak lilin, tiup-tiup lilin tu semua. Sekadar buat makan-makan untuk kami sekeluarga, beli kek dan makan aje. No nyanyi-nyanyi atau apa pun yang menunjukkan itu adalah majlis harijadi! Itu arahan Daddy!

So tengoklah nanti nak buat macamana. Lagi pun harijadinya jatuh pada hari sekolah. Tahun lepas I ambil cuti dan 'memontengkan' anak dari sekolah semata-mata nak sambut harijadinya ^_^ Tak akan tahun ni nak buat perkara yang sama. Kalau cikgu kelas perasan bila tiba tarikh itu mesti anak murid tak datang sekolah, habislahkan! (itu pun kalau cikgu kelas takda kerja nak berborak-borak dengan guru kelas sebelumnyalahkan which is near to impossible je gamaknya ~_^)

Harapnya bulan September ini akan berlaku perkara yang indah-indah aje buat MD dan keluarga, begitu juga dengan semua kawan-kawan yang ada. Semoga hidup you all semua pun seindah hidup I lah yerk ~_^

Buat pengomen tegar, terima kasih banyak-banyak masih kekal di sini. I love you so much, tak tahu nak express macamana lagi dah!

I know, I know... kalau tak tahu nak express apa kata bagi souvenir aje, Dik Kak MD?

I know what you intend to say... ~_^



 


Comments

  1. Laki kita ni memang jenis tak suka party kot.. tiup2 lilin bagai memang asben kita pun tak suka. Kita takde majlis tapi suka spent time gi jenjalan.. Saya pulak suka sangat celebrate kat Mall.. Tahun ni dapat jugak celebrate kat Mall.. Alhamdulillah. hope tahun depan & tahun tahun seterusnya pun dapat lagi.. hahahaha macam setahun sekali masuk mall je bunyinya. Apapun Nanti birthday abang untie lekat lekit wish.. sekarang nak wish kat mommy dulu.. selamat men survey hadiah untuk bubbly Abang yang comel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang lelaki memang begitu ke? Suruh pilih nak aktiviti sayang-menyayangi tu selama 365 hari setahun atau sehari setahun aje. Taulah tak nak spend duitkan beli hadiah tapi fikir-fikirkanlah perasaan kita yang romantik nikan... Hahaha!

      Since HD tak beri buat sambutan harijadi, selalunya memang kami keluar makan di luar. Bawa anak-anak berjalan. Kalau tak makan di luar, makan di rumah tapi makanan tetap juga tuan rumah BELI. Hahaha!

      Oh, Mommy dah beli pun hadiah Aunty Lekat Lekit! Tapi tetiba pagi ni Bubbly Abang kata kalau dapat DVD game barang 3,4 ketul pun jadilah! Oh.... macamana ni!

      Delete
  2. ai tahu dah.. esok adalah besday dak Abang.. yeaaahhh... sama jugak dengan dak Kakak tapi tambah '0' kat belakangnya (bulan je sama).. ekekeke..

    ai belum cukup tegar masuk dalam senarai pengomen tu.. nanti ai cuba kejar carta tu.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandainya! Nah 10 sen I bagi ~_^

      Oh, harijadi Dak Kakak 20 Septemberlah yerk? Tapi tak sebayakan.... yang I tahu sebaya si Dak Nuha dengan Mat Potpet kat rumah I ni - Adik Cute ^_^

      Hahaha...silakan, silakan.... entri I panjang berjela. Kalau tertinggal jangan dikejar. Semput nanti!

      Delete
  3. Semoga bulan ini berlalu dengan manis hendaknya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya begitulah, Kakcik. Tak mahulah yang sedih-sedih :)

      Delete
  4. Sept, please be nice to me. Hahahaha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hopefully, Nani. Sept akan membawa more happiness for you, InsyaAllah!

      Delete
  5. rasa orang lelaki memang gitu kot
    mychintahati memangnya tak kisah birthday ke tak birthday
    dia buat tak tahu aje...macam hari2 biasa
    tapi anak lelaki dia plak, terbalik
    dah macam mama dia pula lagaknya...hehe

    saya doakan moga bulan ni dah seterusnya
    keluarga MD akan sentiasa ceria dan bahagia ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. HD memang bukan spesies romantik ni, YY. Tak pedulilaha hari apa, buat tak kisah aje. Kita ni aje dok buat menari-nari macam dalam filem Hindustan merengek minta diingati. Hahaah... Adakalanya siap kena bagi hint berpuluh kali tau. Ingat tapi sengaja aje nak menyakitkan hati kita, tak mahu bersekongkol join together-gether celebrate. Geram betu. Akhirnya, kita jerk yang syok sendiri. Birthday kita, kita ingatkan. Birthday dia, kita ingatkan. Anak-anak of courselah memang kita jer yang propa lebih. Syok sendiri memanjang. Hahaha!

      Oh, terima kasih YY! Doa sahabat alam maya ni terasa lain macam ikhlasnya tau. I appreciate that!

      Delete
  6. Apa yg penting hadiah tu MD..
    Dah cukup menggembirakan mereka kan..
    CH pun tak tahu nak beli apa hadiah hari jadi Nabilah pd 4 September ni..
    Tahun ni hari jadi Nabil pun tak buat apa2.. kesian kat dia..
    CH sibuk dgn mak sejak mak CH sakit ni.. tumpuan byk berikan pada mak jer..
    Nasib baik en suami memahami.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada budak nak tengok kek harijadi. Ada yang nak buat parti. Ada yang nak hadiah saja. Anak saya semua pun katanya tak kisah tapi kalau kita buat tak kisah, mahu dia menangis! Hahaha...

      Dah belikan hadiah-hadiah untuk harijadi si Abang ni. Alhamdulillah semalam dapat juga makan-makan kecil bersama keluarga kakak saya. Memang itulah 'team party' kami. Kita jemput kakak, kakak jemput kita. Begitulah selalunya...

      Mesti Nabilah faham tu, CH. Yang penting kek coklat MM tu menjadi kenyataan nanti ^_^

      Delete
  7. Ohhhh.....please hokey.... statemen yg last tu..... Dik MD!!! Tetiba jer mak punya lubang telinga keluar bulu kehkehkeh....

    Tak flexible langsunglah HD ni.....alah bukan nak ikut cara kafirun pun ....saja suka suka pun tak boleh yekkk....
    Betul tu.....kekadang pening jadi mak ni tau.....anak anak tak habis habis tak puas hati sesama mereka. Rasa nak melalak jer.

    So bagi hadiah apa akhirnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, Mak tu jealous tak bertempatlah! Apa salahnya sesekali membahasakan diri 'adik'.... Macam Mak tu lagi pulak, sepanjang masa teruja bila dikata awet muda; hari-hari nak selfie tempek dalam blog. Huhuhu....

      Memanglah macam tu. Bab sambut birthday ni HD tak suka. Kalau saya jadi party planner memang kenalah! Bab tiup lilin bagai tu kita fahamlah memang tak baik pun. Ni nak beli kek sempena birthday pun tak suka bapaknya. Nak buat macamana. Kalau nak beli juga janganlah ngengada nak cakap sempeha harijadi ke apa... Sungguh tak lomantik kata orang Spanish tau!

      Semalam dapatlah 2,3 hadiah. Cukuplah tu kotnya. Mommynya buat janji untuk hujung tahun. Harapnya tak lupalah ~_^

      Delete
  8. ada kds yg mmg beria nak kan birthday party..
    tapi klu takde pun tak, membazir..
    dpt hadiah pun dah ok rasanya.. lagi happy budak2 skrg... zaman kita dulu takde pun party2 ni..
    party tupperware adalah.. hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak akak ni Lyn memang tak dibiasakan dengan birthday party bagai. Jadi mereka pun tak kisah. Selalunya kami makan malam di luar. Adakalanya beli segala makanan kegemaran mereka dan makan di rumah. Beli juga kek kadang-kala. Ikut mood anak-anak. Tapi semalam sambutan memang tak didugalah. Tiba-tiba my sister sekeluarga muncul depan rumah. So, kita sambutlah sambil makan-makan secara kecil-kecilan!

      Delete
  9. Meh saya teka..birthday Abang 3 September!hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... salah dah! Itulah kena baca entri terkini barulah terkebelakang *_*

      Delete
  10. Dah nak habis september dah. Baru nak buat komen marathon ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. At least sampai juga ke sini nak buat komen marathon, Fiza. I ni tak menyempat-nyempat nak blogwalking ke sana tau. Tunggu ajelah dengan sabar ya ketibaan komen marathon kita pulak ~_^

      Delete

Post a Comment